You are on page 1of 54

TEKNO-USAHAWAN ATAU TECHNOPRENEUR DI MALAYSIA

MAKSUD TEKNO-USAHAWAN
TEKNO-USAHAWAN ATAU TECHNOPRENEUR ADALAH SATU ISTILAH YANG BARU BAGI USAHAWAN DI MALAYSIA. TEKNO-USAHAWAN MERUPAKAN GABUNGAN DARIPADA DUA PATAH PERKATAAN IAITU TEKNOLOGI DAN USHAWAN TEKNO-USAHAWAN BERMAKSUD INDIVIDU ATAU SEKUMPULAN INDIVIDU YANG BERSEDIA UNTUK MENGAMBIL RISIKO YANG MELIBATKAN ASPEK TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN UNTUK MENGHASILKAN PENDAPATAN. TEKNO-USAHAWAN TERDIRI DARI KALANGAN USAHAWAN YANG TERLIBAT DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT SERTA TEKNOLOGI DALAM MENJALANKAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN

MAKSUD TEKNO-USAHAWAN
DIANTARA CONTOH TEKNO-USAHAWAN IALAH TELECOMMUTING DI MANA USAHAWAN MENJALANKAN PERNIAGAAN DI RUMAH DENGAN BANTUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TANPA MEMERLUKAN MEREKA MEMILIKI ATAU MENYEWA SEBUAH PEJABAT YANG FORMAL

DEFINISI TEKNO-USAHAWAN ROGER LEE DALAM ARTIKEL MAKING OF A TECHNOPRENEUR MENDEFINISI TEKNOUSAHAWAN SEBAGAI SATU PROSES DAN FORMAT TENTANG PERNIAGAAN BARU YANG MELIBATKAN TEKNOLOGI.

CIRI-CIRI ASAS TEKNO-USAHAWAN


MEMPUNYAI DAYA INISIATIF YANG TINGGI BERUPAYA UNTUK MENCARI DAN MEREBUT PELUANGPELUANG PERNIAGAAN BERSIKAP CEKAL DALAM MENGHADAPI KESUKARAN MAMPU MENCARI MAKLUMAT DAN BERTINDAK SERTA MEMPELAJARI DARIPADA MAKLUMBALAS PASARAN KOMITMEN TERHADAP PERJANJIAN KERJA MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YANG BAIK

CIRI-CIRI ASAS TEKNO-USAHAWAN


BERORIENTASIKAN KECEKAPAN MEMBUAT PERANCANGAN YANG SISTEMATIK MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI MAMPU MENYAKINKAN DIRI YANG TINGGI MENYELESAIKAN MASALAH SECARA JUJUR MEMILIKI KEKUATAN KREATIVITI DAN INOVATIF

PERANAN TEKNO-USAHAWAN
MENINGKATKAN KUALITI PENGELUARAN PRODUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEUPAYAAN KESEDIAAN UNTUK BERSAING

PERANAN TEKNO-USAHAWAN MENINGKATKAN KUALITI PENGELUARAN PRODUK

Pelanggan akan memberi tindakbalas kepada pengeluaran produk yang berkualiti tinggi dengan memberi maklumbalas yang baik yang membawa kepada pulangan yang lumayan Catitan. Maklumbalas baik produk diterima oleh pasaran yang membawa kepada keuntungan kepada usahawan Produk meliputi produk baru, barangan lama yang diperbaiki kualitinya dengan menguna teknologi

PERANAN TEKNO-USAHAWAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEUPAYAAN

Usahawan dan Pekerja memperolehi kebaikan dan faedah


Usahawan memperolehi faedah kewangan dan meningkat kemahiran serta keupayaan dalam bidang teknologi Pekerja menjadi lebih terlatih dan cekap dalam urusan perniagaan melibatkan teknologi. Ini mewujudkan budaya kerja yang efisien

PERANAN TEKNO-USAHAWAN

KESEDIAAN UNTUK BERSAING

Tahap pengunaan teknologi yang berbeza membantu teknousahawan bersedia untuk bersaing dengan pesaing Mithalnya, jika terdapat 2 usahawan yang mengeluarkan produk/perkhidmatan yang sama. Pelangan menjadi penilai pengeluaran usahawan. Usahawan yang menguna teknologi tinggi menghasil produk yang tinggi mutu dan dapat perhatian pelanggan. Natijah, tekno-usahawan perlu sentiasa berkembangan dengan teknologi semasa untuk lebih berdaya maju dan dapat bersaing

KESAN DARIPADA APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PEMBANGUNAN TEKNO-USAHAWAN

Teknologi mampu membangunkan teknousahawan melalui: Dapat menempatkan syarikat ke dalam teknologi internet tanpa batas Membantu memulakan perniagaan dengan modal yang minimum Dapat mempromosikan perniagaan melalui internet

KESAN DARIPADA APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PEMBANGUNAN TEKNO-USAHAWAN

Teknologi mampu membangunkan teknousahawan melalui: E-mail dalam perniagaan Memberi perkhidmatan yang terpantas kepada pelanggan Membolehkan sesuatu perniagaan beroperasi 24 jam sehari tanpa henti Membantu meluaskan pemasaran

SAMB
Menjawab pelbagai pertanyaan perniagaan Memudahkan pekerja menghubungi syarikat Memasarkan produk atau perkhidmatan ke peringkat antarabangsa Menyediakan kemudahan penukaran maklumat perniagaan dengan pantas Mendapatkan tindak balas dari pelanggan Menguji pemasaran produk atau perniagaan baru Memperkenalkan perniagaan agensi kerajaan Bantu dalam penetapan harga

Dapat menempatkan syarikat ke dalam teknologi internet tanpa batas


Usahawan yang mempunyai laman web telah menempatkan syarikat ke dalam teknologi matlumat tanpa batasan. Ini membawa makna syarikat ini telah menyertai berjutajuta syarikat mengunakan teknologi untuk mempromosi perniagaannya.

Membantu memulakan perniagaan dengan modal yang minimum


Untuk membuat perniagaan usahawan perlu antara lainnya produk yang hendak dijual atau pejabat dan sebagainya. Melalui internet dan jika usahawan mempunyai e-mail membantu memulakan perniagaan tanpa modal yang banyak. Apa yang diperlukan ialah produk yang hendak dijual dan stok produk tersebut. Terdapat beratus ribu laman web yang boleh membantu dalam pengiklanan secar percuma.

Dapat mempromosikan perniagaan melalui internet


Usahawan dapat menyebar matlumat produk melalui internet E mail, lamaan web. Usahawan juga membina dan mempromosikan laman web di surat-surat khabar atau majalah tempat, kad perniagaan, radio, TV, mencetak katalog. Ini memerlukan perpelanjaan yang besar. Tetapi jika anda mempunyai laman web, anda boleh memberi matlumat perniagaan anda secara terperinci dan menjimatkan beribu-ribu ringgit perbelanjaan mempromosi syarikat anda.

E-mail dalam perniagaan


E mail atau Mel Elektronik adalah suatu teknologi untuk menghantar dan menerima mesej elektronik melalui komputer yang disambung dengan talian telefon. Usahawan boleh menghantar surat, gambar, mesej dan sebagainya melalui E mail. Teknologi ini disamping cost effective juga penghantaran maklumat adalah cepat dan pantas.

Memberi perkhidmatan yang terpantas kepada pelanggan


Dengan adanya laman web usahawan boleh memberi perkhidmatan yang terpantas kepada pelanggan. Pelanggan boleh mendapat matlumat perniagaan dalam beberapa saat sahaja.

Membolehkan sesuatu perniagaan beroperasi 24 jam sehari tanpa henti Internet beroperasi 24 jam sehari tanpa henti. Usahawan boleh mengwujudkan perniagaannya 24 jam sehari tanpa henti melalui laman web.

Membantu meluaskan pemasaran


Melalui laman web syarikat, usahawan boleh mendapatkan pelanggan yang bukan saja tempatan tetapi menyeluruh.

Menjawab pelbagai pertanyaan perniagaan


Pelanggan boleh mendapatkan matlumat perniagaan melalui laman web tanpa mengunjungi atau telefon syarikat berkenaan.

Memudahkan pekerja menghubungi syarikat


Pekerja boleh menghubungi usahawan dengan mudah melalui e-mail walaupun dimana pekerja itu berada. Mereka tidak perlu menelefon majikan dan ini menjimatkan perbelanjaan pengurusan.

Memasarkan produk atau perkhidmatan ke peringkat antarabangsa Usahawan boleh mempromosi perniagaannya dimana saja melalui laman web. Satu kesilapan tidak sengaja yang usahawan dikalangan Bumiputera lakukan ialah anggapan tidak perlu mengiklankan produk yang dikhaskan oleh pengguna Melayu. Mereka lupa terdapat orang-orang Melayu diluar negeri yang boleh menjadi pelanggan kepada produk mereka.

Menyediakan kemudahan penukaran maklumat perniagaan dengan pantas


Matlumat perniagaan samaada produk, berpindah tempat perniagaan sering berlaku/berubah dengan pantas. Untuk meyebarkan matlumat melalui saluran biasa memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Syarikat yang ada laman web boleh berbuat demikian dan boleh memberi tahu perubahan maklumat perniagaan hanya dalam masa beberapa minit tanpa perbelanjaan yang besar.

Mendapatkan tindak balas dari pelanggan


Syarikat boleh mendapat tindak balas dari pelanggan melalui laman web syarikat. Ini berbanding dengan kaedah dimana syarikat mengedarkan katalog atau promosi barangan mereka, tetapi tidak mendapat tindak balas dari orang ramai.

Menguji pemasaran produk atau perniagaan baru


Usahawan yang ingin memulakan perniagaan atau memasarkan produk baru, perlu membelanja beribu-ribu ringgit untuk memperkenalkan perniagaan atau produk baru melalui akhbar, radio atau TV. Syarikat yang ada laman web hanya perlu mempromosi alamat laman webnya saja. Menjimatkan kos.

Memperkenalkan perniagaan agensi kerajaan


Jabatan kerajaan mempunyai laman web. Usahawan yang berurusan dengan jabatanjabatan ini secara tidak langsung telah mendaftarkan syarikat mereka dengan jabatan kerajaan berkenaan. Selain itu, urusan dengan jabatan ini dan juga jabatan dengan syarikat ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan pantas.

Bantu dalam penetapan harga


Maklumat boleh diniaga. Harganya bergantungkan sejauh mana maklumat berkenaan diperlukan oleh individu atau organisasi.

SUMBER-SUMBER PEMBANGUNAN TEKNO-USAHAWAN

Pengunaan teknologi di dalam keusahawanan adalah bukan satu perkara baru. Peter Drucker memberi 7 sumber utama yang perlu ada dalam membangukan tekno-usahawan

Hasil daripada sesuatu yang di luar jangkaan


Peluang wujud luar jangkaan. Rangkaian internet merupakan satu sumber yang banyak memberi peluang luar jangkaan yang boleh membantu perkembangan tekno-usahawan

Berlakunya percanggahan
Percanggahan di antara realiti dengan apa yang seseorang impikan membolehkannya menghasilkan peluang yang lebih inovatif

Keperluan kepada proses inovasi


Apabila hubungan yang tidak kukuh wujud di dalam sesuatu proses tertentu, peluang pada masa sekarang bagi seseorang atau sesebuah syarikat untuk menawarkan semula hubungan yang hilang tersebut iaitu dengan menggunakan peluang secara lebih kreatif.

Perubahan dalam struktur pasaran atau industri Sesuatu perniagaan perlu bersedia untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang inovatif agar selari dengan kehendak industri ataupun pasaran.

Perubahan demografi
Perubahan dalam saiz populasi, struktur umur, pekerjaan, taraf pendidikan dan pendapatan akan menghasilkan peluang yang inovatif.

Perubahan dalam persepsi, mod dan makna


Peluang yang inovatif ini dapat dibangunkan hasil daripada keyakinan, sikap dan penerimaan yang positif daripada masyarakat.

Pengetahuan baru
Kemajuan dari segi pengetahuan saintifik dan pengetahuan bukan saintifik dapat menghasilkan produk baru dan pasaran baru. Catatan : Untuk menjayakan prinsip ini, tekno-usahawan perlu mempunyai kemahiran dalam membuat reka bentuk produk yang efektif melalui penyelidikan dan pembangunan

SUMBER-SUMBER PEMBANGUNAN TEKNOUSAHAWAN


Pengunaan teknologi di dalam keusahawanan adalah bukan satu perkara baru. Peter Drucker memberi 7 sumber utama yang perlu ada dalam membangukan tekno-usahawan Hasil daripada sesuatu yang di luar jangkaan Berlakunya percanggahan Keperluan kepada proses inovasi Perubahan dalam struktur pasaran atau industri Perubahan demografi Perubahan dalam persepsi, mod dan makna Pengetahuan baru

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN TEKNOUSAHAWAN DI MALAYSIA

POLISI KERAJAAN NILAI-NILAI SOSIAL PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN PUSAT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BUDAYA PERSEKITARAN YANG SESUAI LATIHAN TEKNO-USAHAWAN PROGRAM SOKONGAN TEKNO-USAHAWAN

POLISI KERAJAAN
Polisi Kerajaan untuk membangun teknousahawan adalah jelas. Jika sesuatu perniagaan adalah berdaya maju, kerajaan akan membantu dengan menyediakan sumber kewangan melalui pembiayaan untuk jangka pendek dan panjang

NILAI-NILAI SOSIAL
Masyarakat perlu menghargai sumbangan tekno-usahawan untuk pembangunan negara. Tekno-usahawan yang berjaya perlu ditonjolkan dan diberi penghargaan atas daya cipta yang telah mereka hasilkan. Teknousahawan yang tidak berjaya dalam perniagaan mereka, kegagalan tersebut perlu diterima sebagai satu kegagalan sementara. Nilai-nilai sosial yang positif mestilah diterapkan untuk mengurangkan punca kegagalan.

PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN PUSAT PENYELIDIKAN

Kedua institusi ini perlu memainkan peranan dalam meyokong pembangunan perniagaan yang dijalankan oleh teknousahawan yang berteraskan teknologi. Ia bertindak sebagai pusat penyelidikan, pembaharuan dan perekaciptaan yang baru. Institusi ini perlu bertindak sebagai INNOVATION GROUND dan saling bekerjasama dengan para industri dan syarikat yang lain untuk memupuk dan membangukan teknologi serta usahawan-usahawan tekno. Sistem sokongan yang menggalakkan pembabitan dalam usaha baru, peluang khidmat nasihat, sistem penyusunan royalti dan sikap suka berkongsi maklumat boleh mempercepatkan proses inovasi dalam sesuatu masyarak.

PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN PUSAT PENYELIDIKAN

Kewujudan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara serta Taman Teknologi di bawah The Intensification of Research in Priority Areas (IRPA) mampu mengemaskini agensi R&D yang boleh membantu pelbagai pihak yang terlibat dengan teknologi termasuklah usahawan.

PEMBANGUNAN BUDAYA
Persekitaran dan budaya yang dibangunkan oleh universiti memainkan peranan untuk mempromosi atau menggalakkan semangat keusahawanan. Pembangunan budaya dilaksanakan melalui peluang penyelidikan serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan teknologi dalam pembanguan bidang keusahawanan. Ianya boleh dikendalikan semasa kuliah, latihan amali dan juga pembacaan pelajar sendiri.

PERSEKITARAN YANG SESUAI


Persekitaran yang kondusif boleh membantu serta meransang pembangunan tekno-usahawan. Ianya dapat diperoleh melalui akses internet yang cepat, pemilihan yang luas dalam sumber maklumat untuk tren teknologi, pasaran, kewangan, usahasama modal, kemudahan untuk mendapat maklumat, berita dan berhubung melalui saluran talian terus.

LATIHAN TEKNO-USAHAWAN
Program tekno-usahawan boleh didedahkan melalui program latihan seperti pengurusan projek, latihan pembangunan perisian dan perkakasan serta latihan dalam pengurusan kewangan dan sumber tenaga manusia. Program latihan adalah untuk memastikan seseorang itu dapat memahami apa yang dilakukanya, menyesuaikan diri dalam bidang yang dipilih, tahu mengambil peluang dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan ketidakpastian.

PROGRAM SOKONGAN TEKNOUSAHAWAN


Program sokongan seperti kemudahan dari segi kewangan atau dana, membantu dalam pembangunan jaringan dan sokongan dari segi pemasaran adalah bagi memastikan kejayaan dalam pembangunan tekno-usahawan. Penyediaan laman web juga dapat membantu kejayaan pembangunan tekno-usahawan

CABARAN-CABARAN YANG TERPAKSA DIHADAPI OLEH TEKNO-USAHAWAN


TERDAPAT BEBERAPA CABARAN YANG PERLU DIHADAPI TEKNOUSAHAWAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN. ANTARA CABARAN YANG DIHADAPI OLEH TEKNOUSAHAWAN ADALAH: PERUBAHAN TEKNOLOGI YANG BEGITU PANTAS SEMAKIN BANYAK KERJA YANG PERLU DILAKUKAN MELIBATKAN KOS YANG TINGGI PEKERJA GAGAL MENGETAHUI TENTANG KEPENTINGAN PEMASANGAN SISTEM TEKNOLOGI TIADA INISIATIF DARI SENDIRI DALAM MEMPERTINGKATKAN PEMAHAMAN MENGENAI TEKNOLOGI YANG DIPERKENALKAN

CABARAN-CABARAN YANG TERPAKSA DIHADAPI OLEH TEKNOUSAHAWAN

TERDAPAT BEBERAPA CABARAN YANG PERLU DIHADAPI TEKNO-USAHAWAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN. ANTARA CABARAN YANG DIHADAPI OLEH TEKNO-USAHAWAN ADALAH:

PERUBAHAN TEKNOLOGI YANG BEGITU PANTAS


Perubahan teknologi kepada tekno-usahawan membawa kesan dramatik kepada struktur organisai dan dalam kaedah pekerjaan. Ini tidak dapat dimanfaatkan oleh semua pihak mahupun pekerja atau usahawan. Mereka ini tidak sempat untuk menerima proses asimilasi pengaplikasian teknologi yang termini. Pekerja lama yang tidak terdedah kepada perubahan teknologi yang sebati dengan teknik lama akan terkejut kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan pengaplikasian teknologi masa kini.

PERUBAHAN TEKNOLOGI YANG BEGITU PANTAS Teknologi yang diperkenalkan tidak semua adalah baik. Malah keburukan perlu juga diambil perhatian. Apa pun adalah tanggungjawab teknousahawan untuk mencari idea-idea baru atau alternatif untuk memperbaiki keburukan ini.

SEMAKIN BANYAK KERJA YANG PERLU DILAKUKAN Sangkaan yang kedatangan teknologi memudahkan kerja-kerja seharian tidaklah benar. Pada hakikatnya kehadiran teknologi ini semakin banyak kerja yang perlu dibuatkan. Ini adalah kerana manusia sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Rombakan yang dilakukan menuntut tekno-usahawan untu mengambil kira kos dan faedah yang bakal diperoleh kesan daripada pengaplikasian teknologi dalam perniagan yang mereka jalankan.

MELIBATKAN KOS YANG TINGGI


Pengaplikasian teknologi akan melibatkan penambahan peruntukkan sama ada dari sudut penyediaan perkakasan, mengemaskini dan sebagainya.

PEKERJA GAGAL MENGETAHUI TENTANG KEPENTINGAN PEMASANGAN SISTEM TEKNOLOGI

Pemahaman dari pekerja adalah penting. Ini adalah kerana pekerja yang mengendalikan sistem teknologi.. Dengan fungsi mereka sebagai koordinator mereka perlu memahami tatacara dalam peringkat. Output dan Input perlu dikenalpasti oleh pekerja yang bertujuan agar mereka dapat memperbaiki dan mengemaskini sistem tersebut andainya wujud pelbagai kemungkinan terhadap sistem itu pada masa-masa yang akan datang. Mewujudkan pekerja yang benar-benar memahami tentang konsep dan reka bentuk sistem melibatkan kos yang tinggi.

TIADA INISIATIF DIRI SENDIRI DALAM MEMPERTINGKATKAN PEMAHAMAN MENGENAI TEKNOLOGI YANG DIPERKENALKAN

Paradigma dan corok pemikiran dalam menerima transformasi pembaharuan yang berkait rapat dengan kehendak, kemahuan dan keinginan diri sendiri dalam memahami dan seterusnya untuk menerimanya perlu diperluaskan. Teknousahawan perlu kikiskan anggapan mempelajari sesuatu teknologi adalah sesuatu yang sukar. Maka sebelum teknologi baru diperkenalkan, perkara utama adalah proses mempositifkan pemikiran dalam menerima transformasi teknologi yang ingin diaplikasikan.

You might also like