You are on page 1of 16

PERKHEMAHAN PENGENALAN Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran.

Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan. Antara perkhemahan perkhemahan. Ia melibatkan bermalam samada satu malam atau lebih,samada dihutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan. Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, absailing, orienteering dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan ini pasti akan melibatkan penggunaan khemah. Khemah pula terbahagi kepada pelbagai bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu khemah. Jika pada zaman dahulu khemah adalah diperbuat daripada bahan daripada alam sekitar seperti daun kering, pokok kayu, rotan dan kulit binatang atau kulit kayu tetapi pada zaman sekarang khemah pula diperbuat daripada kanvas, nylon, plastic, dan sebagainya yang lebih ringan dan mudah untuk dibawa bergerak. Khemah moden ini juga diperbuat berdasarkan kepada keadaan iklim dan cuaca sesuatu tempat untuk disesuaikan. kemahiran termasuklah yang perlu dipelajari sebelum dan menjalankan merancang aktiviti aktiviti

kemahiran

pengurusan

OBJEKTIF PERKHEMAHAN 1. Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. 2. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar. 4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka. 5. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6. Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab. 7. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik. 8. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. 9. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. 10. Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11. Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. 12. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN 1. Berdikari dan ikhtiar hidup. 2. Mengamalkan kebersihan. 3. Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. 4. Merandang segala aktiviti dan keperluan. 5. Cergas dan yakin pada diri sendiri. 6. Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan. 7. Menghilangkan tekanan. 8. Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. 9. Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat. 10. Bekerjasama.

PERATURAN TETAP UNTUK PESERTA PENDIDIKAN LUAR Untuk menjaga imej yang baik dan bagi tujuan menjayakan program ini, maka perlulah diadakan beberapa peraturan dan tatatertib untuk memberi panduan kepada para peserta. Masa 1. Para peserta haruslah mengikut jadual waktu yang telah disediakan dan berada di tempat-tempat yang ditentukan sepuluh minit sebelum waktu aktiviti dijalankan. 2. Para peserta harus bangun awal dengan kewajipan masing-masing dan bersedia untuk senaman. Kebersihan 1. Perserta diminta menjaga kebersihan setiap kawasan tempat perkhemahan dan kawasan kegiatan. 2. Gunakan lubang kering untuk membuang sampah sarap, sisa-sisa makanan dan lain-lain. Tin-tin kosong bekas makanan hendaklah dikemikkan terlebih dahulu sebelum ditanam. 3. Alat-alat yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan baik dan bersih. Pakaian 1. Semasa menyertai aktiviti luar, para peserta hendaklah memakai pakaian sukan maktab dan berkasut dengan sopan. 2. Semasa menjalani ekspedisi, semua peserta hendaklah menjaga keselamatan diri seperti memakai baju atau seluar panjang, stokin dan kasut. 3. Tuala mandi dan pakaian kotor hendaklah disidai di tempat yang dikhaskan.

MASA MENYERTAI KEGIATAN 1. Setiap peserta mesti mengikut kegiatan dan acara yang ditetapkan kecuali ada hal-hal yang penting dan mendapat kebenaran dari ketua jurulatih.

2. 3.

Setiap peserta hendaklah menjaga keselamatan diri dengan baik menjalani kegiatan luar mahupun semasa ekspedisi. Setiap peserta hendaklah menjaga dengan baik bagi setiap alat yang

semasa

digunakan semasa menjalani kegiatan luar dan dikembalikan ke tempat yang tertentu apabila diarahkan. LARANGAN

1. Pergaulan yang sihat secara beramai adalah dibenarkan tetapi berpasangan


antara lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah. 2. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan melainkan dengan urusan yang penting sahaja dan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari ketua jurulatih. 3. Apabila peserta berbual atau bercakap ditegah daripada mengeluarkan perkatan yang kurang manis atau bahasa yang boleh membawa kepada tersinggung perasaan seseorang atau kaum. 4. Sesiapa yang mendapati engkar daripada meyempurnakan peraturan-peraturan yang ditetapkan atau didapati melakukan sesuatu yang membawa kepada mencemarkan nama baik kursus ini, maka tindakan tatatertib akan diambil oleh pihak penganjur. 5. Selain daripada menghormati dan menhamalkan peraturan di atas, setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak penganjur program ini. 6. Dilarang merokok semasa dan juga aktiviti dijalankan.

7. Para peserta dilarang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti
melakukan kecurian sama ada untuk mai-main atau sungguh-sungguh.

8. Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa aktiviti dijalankan dan
harus melakukan semua pekerjaan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

KOMPENAN-KOMPENAN PERKHEMAHAN JENIS-JENIS KHEMAH Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah: Khemah bentuk Atanpa helaian terbang Khemah A berhelaian Khemah pengembaraan Khemah satu tiang Khemah bentuk dinding Khemah Ridge dua tiang Khemah wagon Khemah dome Khemah igloo Khemah berangka

Khemah berbentuk Ridge

Khemah berbentuk

Dome

Khemah hoop

berbentuk

Flysheet

Dinding Khemah Tiang

Pintu

Besi Pancang Lantai

Tali Khemah

PEMILIHAN KHEMAH

Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah: a) Perlindungan Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya. Disamping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan dari seranggaserangga. b) Keselesaan Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam

aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang.
c) Kalis air Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan. d) Tahan lasak Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan.Khemah perlu ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyah apabila ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah. e) Ukuran Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukatkan kita membawanya. PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta.Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah: a) Tanah atau tapak yang rata Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

b)

Corak tapak perkhemahan Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.

c) Berhampiran punca air Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air samada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya.

Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihanya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

d) Tapak yang lebih tinggi dari punca air Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.

e) Mudah untuk mendapat bantuan Tapak perkhemahan yang di pilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.

f) Mudah untuk mendapat bahan bakar Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan baker juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

g) Keselamatan kawasan perkhemahan Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya. h) Jangkamasa perkhemahan Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain. i) Bilangan peserta perkhemahan Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain. j) Alam Persekitaran Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.

PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan: a) Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring ) b) Terlindung dari angina c) Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai d) Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan terhibur apabila melihatnya ). e) Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah. f) Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan. DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturan-peraturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan: a) Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya. b) Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam, Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera. c) Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. d) e) f) Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden). Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau atau binatang merayap daripada memasuki khemah.

g) Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. h) i) j) Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan. Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam. Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta. k) Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat. l) m) Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala pantang larang. Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. n) Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan sekitar. o) Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. p) Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang. q) Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti. r) Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. s) t) Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran sungai, laut atau tasik. u) Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan menyalahi undang-undang. v) Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. w) Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg. x) Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah.

PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN 1. Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta arahanarahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 2. Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi. 3. Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti. 4. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 5. Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti.

6. Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh
pensyarah atau penunjuk cara. Undangan. 7. Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang dijalankan. 8. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat.

PENJAGAAN KHEMAH 1. Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. 2. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. 3. Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi bahan kimia. 4. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering. 5. Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum disimpan.

PANDUAN DAN PERINGATAN KEPADA KETUA KUMPULAN PERKHEMAHAN 1. Keselamatan dan kesempurnaan khemah adalah tanggungjawab setiap peserta atau guru pelatih. 2. Menyelenggara semua peralatan dengan kemas dan teratur.

3. Mengutamakan kebersihan dan keselamatan dalam segala hal. 4. Ketua kumpulan perkhemahan adalah bertanggungjawab ke atas disiplin dan ketenteraman kawasan khemah sepanjang masa. 5. Membersihkan khemah dan segala peralatan khemah dengan sempurna sebelum dipulangkan. 6. Melaporkan kepada pengerusi peralatan jika terdapat segala kerosakan dan kehilangan alatan perkhemahan untuk direkodkan. 7. Pemulihan dan pemuliharaan kawasan sekitar perkhemahan adalah perlu dilakukan(konservasi).

SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN 1. Khemah tempat masak. 2. Khemah tempat solat. 3. Khemah peserta. 4. Kanvas alat duduk. 5. Generator. 6. Wire dua pin. 7. Mentol lampu/soket. 8. camp bed 9. Skop atau penyauk tanah. 10. Tong minyak petrol dan minyak tanah. 11. Tukul cangkul pencakar. 12. Tiang Khemah memasak. 13. Helar. 14. Parang. 15. Tali nylon/raffia. 16. Belerang/suffer. 17. Gerjaji. 18. Lampu picit. 19. Wisel. 20. Mancis api.

RUMUSAN Perkhemahan Adalah merupakan aktiviti rekriasi yang digunakan untuk memenuhi masa lapang bagi merehatkan fikiran. Disamping berkhemah, pelbagai aktiviti yang terancang boleh dilakukan semasa perkhemahan. Program-program perkhemahan yang terancang dapat memberi kesan yang positif kepada mereka yang terlibat seperti yakin, berdikari, dan bertanggungjawab. Perkhemahan kini bukan lagi merupakan satu aktiviti yang hanya dilakukan oleh golongan kanak-kanak sekolah sahaja malah ianya juga dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai suatu riadah dan rekreasi dan juga sukan. Aktiviti perkhemahan mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri yang menggemari aktiviti tersebut. Namun walaubagaimanapun peraturan dan langkah keselamatan bagi menyertai aktiviti perkhemahan ini adalah sama walaupun ia disertai oleh berbagai lapisan dan bila-bila masa, dan ttempat sekalipun. Aktiviti sebegini bukan sahaja dilakukan di negara kita, namun ianya telah diminati secara serius oleh kebanyakan negara lain selain Malaysia. Perkhemahan juga masih lagi dijadikan sebagai aktiviti rekreasi hujung minggu bagi individu yang berminat. Pengendaliannya pula adalah bergantung kepada sejauh mana peserta tersebut menerima pengajaran daripada ketua pembimbing aktiviti untuk mengadakan perkhemahan. Mungkin ada terdapat peraturan yang berbeza dari semasa ke semasa, namun ianya tetap akan mengikuti sekurang-kurangnya peraturan asas perkhemahan seperti yang ditulis di atas. Jika sekiranya ada kumpulan individu yang cuba tidak mengendahkan semua peraturan tersebut maka sudah pasti akan menimbulkan beberapa reaksi yang kurang menyenangkan atau memuaskan di antara jurulatih dan juga peserta aktiviti. Selain daripada itu perlulah juga setiap guru pelatih atau peserta menyiapkan diri mereka dengan ketahanan fizikal dan mental yang kuat agar dapat menjalani segala aktivit sepanjang perkhemahan dijalankan.

You might also like