You are on page 1of 15

Definisi Talak

Menurut kamus dewan 1989, mukasurat 214, cerai bermaksud pisah, tidak seperti suami isteri lagi, sudah putus hubungan sebagai suami isteri. Definisi talak pula mengikut kamus dewan yang sama, mukasurat 1272, bermaksud penceraian menurut agama islam. Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud menceraikan atau melepaskan. Mengikut istilah syara' ia bermaksud; Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian. Talak merupakan perbuatan yang halal dilakukan tetapi amat dibenci oleh Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah perceraian.1 Oleh sebab itu sepasang suami isteri haruslah menjaga hubungan pekahwinan dan kekeluargaan dengan baiknya sekali. Cerai adalah jalan akhir untuk pasangan suami isteri apabila tiada jalan lain lagi yang boleh menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta menjaga masa depan anakanak mereka.

Adapun talak adalah perkara halal yang amat dibenci oleh Allah, tetapi disebalik itu, antara hikmah-hikmah disebabkan oleh penceraian ialah :
1

Hadis riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah Mukasurat | 1

Memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk berpisah bagi memulakan kehidupan baru. Dapat menyedarkan suami dan isteri tentang kepentingan menghayati ajaran Islam. Memberi pengalaman dan pengajaran pahit kepada suami dan isteri serta insaf dan sedar akan kelemahan masing-masing. Perkara nikah cerai adalah suatu perkara yang tidak boleh dipermainkan. Jika suami

melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah. Jika semasa isteri di dalam iddah, kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan. Cerai atau disebut juga sebagai talak mempunyai dua pengertian, dari segi bahasa bermaksud melepaskan ikatan, manakala dari segi syarak ialah melepaskan ikatan pernikahan dengan lafaz tertentu. Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraian dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan taklik melalui saluran Mahkamah Syariah. Dengan kuasa yang telah diberikan kepada suami, beliau mestilah pandai meneliti serta menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam keluarga beliau dan tidak mempermainkan hal-hal talak ini kerana perihal talak adalah sesuatu yang tidak boleh dipermainkan. Berdasarkan statistik daripada Jakim, purata penceraian yang berlaku di dalam negara malaysia adalah amat mengejutkan, iaitu 1 pasangan setiap 15 minit2. Statistik ini diambil pada tahun 2009 daripada rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat banyak faktorfaktor yang menyumbang terhadap angka yang kian meningkat tahun demi tahun ini. Kebanyakkan pasangan yang berkahwin, tidak tahu menilai erti sesuatu perkahwinan, tanggungjawab sebagai suami isteri dan selok belok untuk menangani masalah bersama. Cara kehidupan penduduk kita zaman sekarang juga banyak mempengaruhi penilaian tentang sesuatu keputusan yang dibuat. Umat Islam di bumi Malaysia ini telah banyak dipengaruhi dengan norma-norma atau adat-adat penghidupan orang-orang barat yang mana mementingkan meterial lebih daripada tanggungjawab serta kasih sayang yang harus dipupuk dalam sistem institusi kekeluargaan.

Utusan Malaysia. 3 Mac 2011. Mukasurat | 2

Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam, haruslah menjaga perhubungan suamiisteri agar perkara penceraian dapat dielakkan. Kesabaran amatlah penting dalam mengharungi liku-liku hidup dalam sesebuah keluarga. Suami haruslah mendidik isteri agar menjadi isteri yang solehah, dan dapat menjaga keluarga dengan baik serta menjaga aib masing-masing. Ketidak sabaran dalam diri si suami atau si isteri boleh menyebabkan sesuatu pihak individu mengambil jalan mudah dan cepat tanpa berfikir panjang untuk menyelesaikan masalah keluarga iaitu penceraian. Walaupun penceraian adalah halal dari segi Islam, tetapi ia adalah suatu perbuatan yang amat dibenci oleh Allah s.w.t. Tetapi jika sudah tiada jalan penyelasaian, penceraian adalah jalan terakhir bagi menjaga keharmonian masing-masing.

Mukasurat | 3

HUKUM-HUKUM TALAK

Terdapat 5 hukum yang telah ditetapkan oleh syarak berkenaan talak. Hukum-hukum talah adalah wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Di bawah in diperjelaskan situasi-sitiasi terhadap hukum-hukum yang disebutkan di atas.

1)

Wajib -

Sesuatu penceraian itu adalah wajib hukumnya apabila sesebuah

perkahwinan tidak dapat diselamatkan lagi persengketaannya. Apabila kedua-dua suamiisteri bergaduh yang berpanjangan sehingga memudaratkan diri masing-masing serta si suami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami iaitu memberi nafkah, tempat tinggal serta adil jika berpoligami. Oleh itu, apabila berlaku persengketaan dan tiada lagi persefahaman oleh kedua-dua suami isteri ini, maka hendaklah dilantik wakil dari keduadua belah pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan perkahwinan mereka ini. Jika tiada jalan pendamaian boleh dilakukan maka penceraian adalah wajib bagi kedua-dua pihak. Isu hukum wajib cerai juga boleh berbangkit jika si isteri membuat aduan yang suaminya berlaku nusyuz atau derhaka terhadapnya contohnya memukul isteri tanpa sebab dan tidak menjalankan kewajipan sebagai suami. 2) Sunat Sunat bagi si suami menceraikan isterinya jika seseorang isteri

berkelakuan buruk dan meninggalkan sembahyang atau melakukan perkara seperti berkhalwat dengan lelaki lain, keluar tanpa izin suami atau tidak taat lagi pada suaminya. Dalam kes ini, ia bolehlah kita kategorikan bahawa isteri telah menderhaka kepada suami. Jika suami tidak lagi boleh menegur atau merubah perangai si isteri, maka hukumnya sunat untuk suami menceraikan isterinya. 3) Harus Cerai ini berlaku dalam banyak keadaan. Seorang kadhi pula tidak berhak

menghalang penceraian ini. Misalnya jika seseorang lelaki itu berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenalinya, setelah berkahwin didapati bahwa perempuan itu terlalu hodoh atau cacat sehingga beliau sendiri tidak suka menghampiri isterinya. Maka penceraian ini adalah harus, keadaan yang sama jika ia berlaku kepada pihak perempuan.

Mukasurat | 4

4) Makruh -

Suami yang menjatuhkan talak kepada isterinya tanpa sebarang alasan

yang kukuh, diamana isterinya adalah isteri yang patuh dan solehah. Tetapi mungkin sebab suami ingin berkahwin lain maka penceraian ini dikira makruh. 5) Haram Haram bagi suami menceraikan isterinya dalam mana isterinya sedang

haid atau menceraikan beliau dalam keadaan suci tetapi selepas suami mengauli isterinya. Suami isteri haruslah bijak mengendali perasaan masing-masing. Kesabaran perlulah ada dalam diri masing-masing apabila timbul sesuatu permasalahan. Harus diingatkan bahawa, sebelum melakukan sesuatu perkara (menceraikan atau meminta cerai), seseorang haruslah berfikir sedalam-dalamnya tentang masa depan anak-anak dan suami isteri tersebut. Walaupun kedua-dua suami isteri telah bercerai namun masing terdapat ruang untuk perdamaian. Di sebabkan oleh itulah Islam memberikan ruang untuk mereka merujuk kembali.

Mukasurat | 5

JENIS-JENIS TALAK

Talak boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, mengikut dari segi kalimahnya, masanya, sifatnya dan dari jenis boleh atau tidak boleh rujuknya, Semua individu haruslah memahami jenis dan cara untuk mengklasifikasikan sesuatu situasi talak itu.

Pembahagian Talak 1. Dari segi ketegasan kalimahnya Dari segi kalimahnya, bolehlah kita klasifikasikan yang talak ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama iaitu talak khulu iaitu talak dengan bayaran atau dikenali dengan tebus talak. Manakala yang kedua pula ialah tanpa bayaran. Talak ini pula dibahagikan kepada tiga pula iaitu talak shariih (tegas), talak kinaayah (kiasan), talak talik (berdasarkan situasi). a. Talak shariih adalah talak adalah amat jelas dan nyata yang dilafazkan tanpa sebarang keraguaan. Kalimah yang dilafazkan boleh terus difahami ketika diucapkan dan tidak mengandungi kemungkinan ada maksud yang lain. Contohnya : Aku talakkan kamu dengan talak satu. Penyataan tadi jelas menyatakan bahawa si suami menceraikan isterinya. Perihal talak juga adalah satu perkara yang tidak boleh dipermainkan. Walaupun dalam keadaan melawak atau bersahaja, jikalau suami mengeluarkan perkataan cerai atau menjatuhkan talak, maka secara sahnya, jatuhlah talak itu. : .

Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sungguh iaitu nikah, talak, dan rujuk.3

b. Talak kinaayah adalah talak yang maksudnya dalam kiasan. Lafaz cerai itu berkemungkinan untuk bercerai atau sekadar menyindir. Contohnya: Alhiqi bi ahliki (kembalilah kepada keluargamu) atau pergilah engkau dari sini dan sebagainya. Talak kinaayah ini adalah
3

Hadith Riwayat Imam Tirmidzi dari Abu Hurairah R.A Mukasurat | 6

tertakluk kepada suami yang melafazkannya. Is haruslah dilihat samada suami melafazkannya dengan niat untuk bercerai atau tidak. Jika seorang suami menyatakan seperti itu, maka talaknya tidak jatuh kecuali perkataan tersebut disertai dengan niat talak. Jadi apabila suami mengatakannya dengan niat untuk mentalak isterinya, maka jatuhlah talaknya. Tetapi apabila suami tidak berniat mentalak isterinya, maka talaknya tidak jatuh. Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya. c. Talak talik adalah talak yang bergantung kepada sesuatu perbuatan atau sesuatu perkara yang mana perbuatan itu dilakukan oleh isteri atau suami seperti si suami berkata kepada isterinya : Sekiranya kamu keluar dari rumah tanpa kebenaranku maka kamu tertalak, atau jika aku tidak balik dalam masa satu bulan maka kamu tertalak. Talak talik ini berlaku adalah bergantung kepada taliknya.

2. Dari segi masa jatuhnya talak Jika kita bincangkan dari segi masa, talak boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu ; munjazah (langsung), muallaq (menggantung), dan mudhaf (dikaitkan waktu tertentu). a. talak munjazah adalah apabila orang yang melafazkan talak itu berniat untuk menjatuhkan talak pada ketika itu juga. Contohnya dia melafazkan : saya ceraikan kamu atau aku talakkan kamu maka talaknya jatuh pada masa itu juga. Hukum talak munjazah berlaku sejak saat suami mengucapkan lafaz talak tersebut kepada isterinya. b. talak muallaq adalah talak yang dilafaz suami kepada isterinya berserta dengan syarat. Contohnya, suami berkata kepada isterinya, Jika kamu keluar ke rumah si A, maka jatuh talak ke atas kamu dan dengan ayat lain yang membawa maksud yang sama.

Mukasurat | 7

Bolehlah ditafsirkan kemungkinan ada dua sebab atau niat si suami ketika melafazkan talak sedemikian ini: i. Suami memang berniat untuk menceraikan isteri tetapi hanya selepas sesuatu syarat dipenuhi atau isteri ingkar dengan larangan dari suami. Jika isteri melakukan juga apa syarat serta larangan dari suami, maka terus jatuh talak terhadap isteri tersebut. ii. Suami hanya bermaksud untuk memperingati isterinya agar tidak membuat perkara yang tidak disenangi suami namun bukan dengan niat untuk mentalakkan isterinya. Tetapi jika isteri melakukan atau secara tidak sengaja melakukan perkara yang telah disyaratkan agar tidak melakukannya, maka dengan sendirinya jatuhlah talak itu terhadap si isteri. c. talak Mudhaf adalah talak yang dikaitkan dengan waktu tertentu. Misalnya seorang suami mengatakan kepada isterinya: Pada 1 haribulan depan maka kamu tertalak. Kebayakkan ulama berpendapat bahwa talak yang diucapkan dalam situasi seperti ini terlaksana jika waktu jatuh tempohnya sudah sampai. 3. Dilihat dari sifatnya Dari segi ini, talak dibahagi kepada dua, iaitu: talak sunni dan talak bidi. Talak sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.

Mukasurat | 8

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). 4

Sedangkan talak bidi adalah talak yang menyelisihi ketentuan syariat, sehingga hukum talak ini adalah haram dan orang yang melakukannya berdosa. Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut: i. ii. iii. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid). Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya.

4. Dilihat dari boleh dan tidak boleh rujuk Dari segi ini, talak dibahagi menjadi dua, iaitu: talak rajie dan talak bain. Talak bain terbahagi lagi menjadi dua, iaitu: talak bain shughra dan talak bain kubra. a. Talak rajie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

Surah al-Thalaq, ayat 1. Mukasurat | 9

Allah berfirman,

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah... 5

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteriisteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.6

5 6

Surah al-Baqarah, ayat 229 Surah al-Baqarah, ayat 228 Mukasurat | 10

b. Talak bain adalah talak yang terjadi setelah masa iddah isteri kerana talak rajie telah selesai. Dan hal ini menjadikan suami tidak dapat merujuk isterinya lagi. Talak ba-in terbagi lagi menjadi dua, iaitu: a) Talak bain sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah: i. ii. iii. iv. Talak yang diputuskan oleh Hakam Talak melalui Khulu' Talak yang difasakhkan oleh Hakim Suami tidak merujuk isterinya dari talak rajie hingga masa iddah selesai

b) Talak bain kubra, adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini. Allah berfirman,

Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.7

Surah al-Baqarah, ayat 230. Mukasurat | 11

RUKUN-RUKUN TALAK

Rukun-rukun talak terbahagi kepada lima bahagian iaitu :

i. ii. iii. iv. v.

Suami. Isteri. Dikasadkan talak kecuali talak soreh. Isteri yang masih lagi dalam kekuasaan suami. Sighah(lafaz yang digunakan ketika bercerai.

Syarat-syarat bagi suami sekiranya dia hendak menjatuhkan talak terhadap isterinya ialah yang pertamanya beliau mestilah berakal. Tidak sah bagi suami yang kurang siuman atau gila, suami yang sedang tidur (mengigau) atau suami yang mabuk dengan tidak sengaja. Walaubagaimanapun, bagi suami yang hilang akal disebabkan meminum minuman keras, maka jatuh talak terhadap isterinya. Bukti menunjukkan bahawa orang yang tidak berakal tidak sah talaknya ialah bagaiman sabda Rasullullah saw yang ertinya berbunyi seperti berikut : Adalah semua talak itu sah kecuali yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak waras akalnya8 Syarat yang kedua, suami mestilah baligh. Tidak sah talak yang dibuat oleh suami yang belum baligh atau masih lagi kanak-kanak keran mereka belum arif dalam memahami hukum syarak dan mereka juga belum dibebani oleh hukum syarak. Syarat yang ketiga adalah dengan kemahuan dan kehendak sendiri. Jikalau lafaz talak itu dinyatakan atau dilakuakn oleh suami secara paksa, maka tidak sah talak itu. Talak hendaklah dilakukan dengan kehendak sendiri dan bukan atas paksaan sesiapa, seperti mana sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Adalah tidak sah talak dan memerdekakan hamba-hamba pada orang yang dipaksa9 Syarat-syarat bagi isteri yang sah di talaki ialah, pertama beliau mestilah perempuan yang telah menjadi isteri kepada seseorang lelaki ataupun isteri yang masih berada dalam idah rajie.
8 9

Riwayat al-Tarmizi Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah Mukasurat | 12

Syarat yang kedua, isteri yang hendak dijatuhi talak itu mestilah masih dalam kekuasaan suaminya, mahupun isteri itu berada dalam iddah rajie. Syarat bagi lafaz talak pula ialah lafaz atau ucapan dari suami samada secara soreh (nyata) ataupun kinayah (sindiran) yang disertakan dengan niat talak. Walaupun lafaz yang terang tetapi dilakukan secara main-main maka jatuhlah talak ke atas isterinya kerana dalam hal talak ini, si suami tidak boleh mempermain-mainkan lafaz talak ini. Syarat bagi sighah pula ialah hendaklah suami menggunakan perkataan yang difahami dan mengandungi erti kata atau bermaksud benar-benar cerai. Contohnya, jika dalam bahasa Arab kita katakan talak, tetapi dalam bahasa Malaysia, kita katakan cerai. Dimana perkataan itu tadi jelas difahami oleh semua. Seperti mana yang telah kita bincangkan sebelum ini, terdapat talak yang boleh dirujuk seperti talak rajie dan juga terdapat talak yang tidak boleh dirujuk seperti talak bain atau talak khuluk. Talak rajie dimana suami menceraikan isterinya dengan talak satu ataupun dua, dan isteri yang belum habis iddahnya, maka suami dibolehkan merujuk kembali dengan isterinya yang masih berada dalam iddah tanpa sebarang akad nikad atau mahar yang baru. Talak yang tidak boleh dirujuk kembali ialah talak bain iaitu suami menceraikan isterinya dengan talak tiga dan talak khuluk, dimana isteri meminta cerai daripada suami secara tebus talak.

Mukasurat | 13

KESIMPULAN

Berdasarkan kupasan yang telah diperbentangkan, dapatlah kita ambil iktibar dalam perkara-perkara berkaitan talak. Jangan mempermainkan perkataan talak itu sesuka hati kerana ini akan mengundang perkara yang mungkin kita tidak terlintas boleh terjadi iaitu penceraian. Jika dilihat umat kita zaman sekarang yang mana kadang-kadang mengambil mudah isu cerai atau talak ini. Ini dapat diperhatikan apabila terdapat isu dimana suami melafazkan cerai menggunakan sms, walaupun mungkin niatnya hanyalah untuk mempermainkan isterinya atau sekadar gurauan, tetapi dari segi syaraknya, jatuh talak terhadap isterinya. Oleh yang demikian suami haruslah pandai membimbing isteri dan menjaga maruah dan aib diri masing-masing supaya perkahwinan itu dapat berkekalan. Suasana ceria dan bahagia dalam sesebuah keluarga itu dapat mengelakkan daripada terjadinya perbalahan atau perkelahian antara suami isteri. Dengan itu, isu cerai ini juga dapat dihindari daripada berlaku. Tujuan perkahwinan itu juga adalah untuk mendapatkan pahala bermujahadah, iaitu bersabar menghadapi kesusahan dan kesakitan yang timbul dari perkahwinan itu.

Mukasurat | 14

RUJUKAN

1. Ustaz Nordin Salleh. 1999. , Asas-asas Ibadat, Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, Malaysia. 2. Ustaz Ismail Hj Ali. 1999. , Bimbingan Perkahwinan Menuju Kebahagian Rumahtangga, Penerbitan Darul Iman, Kuala Lumpur Malaysia. 3. Abu Muhammad Izzudin. 1996. , Beberapa Permasalahan Hukum Dalam Islam, Perniagaan Jahabersa, Johor Malaysia. 4. Dr Ismail Raji Al Faruqi. 2000. , Al Tawhid : Kesannya Terhadap Pemikiran dan Kehidupan, Terjemah : Unit terjemahan modal perangsang Sdn Bhd, The International Institue of Islamic Thought Malaysia, Gombak, Selangor Malaysia.

Mukasurat | 15

You might also like