P. 1
SENJATA TRADISIONAL

SENJATA TRADISIONAL

|Views: 162|Likes:
Published by ctshuhada

More info:

Published by: ctshuhada on Aug 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/06/2011

pdf

text

original

SENJATA TRADISIONAL

PENGENALAN Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan rekacipta Pandai Besi maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi. Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsurunsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat. Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.

BADIK

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. . hulunya membongkok ke bawah. tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. dan lebar 2sm.Bentuk badik. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa. hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. KERAMBIT Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam. Badik mempunyai mata yang tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. kuku ayam atau rambai ayam. Panjang matanya diantara 18 20sm. Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Matanya lebih tegak.

Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang. melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam. Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. pahlawan serta kalangan pembesar istana. Hulu Keris . Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut. hingga 8sm. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Keris mempunyai dua belah mata. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. atau secara rautan. berukuran tiga jengkal. KERIS Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya. dan mata diantara 6sm. lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar.Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk. yang terdapat lubang sebesar jari tangan.

besi dan kemor (sejenis batu karang). tanduk. perak. tempinis. Jawa Demam. lebang dan kayu hitam). Anak Ayam Sejuk. tegor. Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng. sena. .Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. emas. boai. petai belalang.celagi. gading gajah. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning. gigi ikan paus.

Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Bilah Keris Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia. bunga tebuk. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok.Kakaktua. sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu. dulang-dulang keris atau memendak. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul. bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. awan larat. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja. tembaga. tujuh atau sembilan dan lurus. perak atau emas. Pendongkok Dikenali juga sebagai dokok. Tapak Kuda dan Pekaka. Diperbuat dari logam. samada tiga. Keris juga diibaratkan sebagai insan. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor. y y y y Paksi Ganja Dagu Kepala Cicak . supaya ianya lebih memberikan kekuasaan. ketam guri. pendongkok. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. lima.

emas. perak atau tidak diukir langsung. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak. Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. tetapi terdapat juga yang tidak diukir. . hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya.y y y Leher Perut Ekor Kepit Aring Sepit Rotan y y y y y y y Gandik Kembang kacang Belalai Gajah Bibir Gajah y y y y y Rigi Janggut Tulang Keris Hujung Keris Tuntung Keris Sampir dan Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. tanduk atau gading.

lok tiga Keris Apit Liang . y y y y y y y y y y Keris Sepukal Keris Sempena Keris Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong . Mata lembing .mempunyai 23 hingga 29 lok LEMBING Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar.Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata.mempunyai sembilan hingga 21 lok Keris Andus . Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa. mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam.lok lima Keris Jenoya .lok tujuh Keris Rantai . regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.

lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. bentuk balik sumpah. lebar di atas . tajam sebelah dan meruncing di hujung. tetapi tidak berpamur.menghasilkan garis gerak yang cepat. telah digunakan sejak berkurun dahulu. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja. Mata tumbuk lada juga diperbuat daripada besi campuran. TUMBUK LADA Matanya melengkung bongkok udang. . Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh. Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh. rengan dan tajam mata dihujungnya. Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja.

Ukiran yang halus ini sebanding dengan ruang kosong. . yang berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak.Tumbuk lada. Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian belakang sarungnya. Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling indah dan halus dalam seni rupa Melayu. Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh-tumbuhan. Ukiran ini tidak kurang indahnya daripada yang terdapat pada hulunya. yang bersalut dan bersendikan perak.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->