You are on page 1of 85

Buku Panduan Penyelidikan

1
BAB I PENDAHULUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan Malaysia menjalankan penyelidikan di Bahagian Pendidikan Guru dan maktab perguruan Malaysia. 1.1 Dasar Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Program Pembudayaan Penyelidikan di kalangan pendidik guru telah lama diperkenalkan di maktab perguruan Malaysia. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1998, Bahagian Pendidikan Guru telah mengemukakan beberapa saranan kepada maktab perguruan tentang beberapa langkah yang boleh diambil dalam usaha membudayakan aktiviti penyelidikan, sesuai dengan perkembangan terkini untuk menjadikan pendidik guru sebagai penyelidik. Hasil daripada program pembudayaan penyelidikan tersebut, Bahagian ini telah berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya dua hasil laporan kajian dari setiap maktab bagi setiap tahun. Bahagian Pendidikan Guru memang menggalakkan pihak maktab mengadakan seminar, wacana atau lain-lain bentuk perkongsian ilmu untuk menyebarluaskan hasil dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pensyarah. Bahagian Pendidikan Guru sendiri juga mengendalikan Seminar Pendidikan Guru mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Semua maktab perguruan juga telah mempunyai laman web penyelidikan masing-masing sebagai satu wadah untuk menerbitkan laporan-laporan penyelidikan dan artikel-artikel tentang penyelidikan. Semua artikel dan laporan penyelidikan daripada pensyarah maktab perguruan juga boleh diakses melalui laman web BPG. Selain daripada mengadakan seminar dan bengkel untuk membentangkan dapatan kajian, pihak BPG juga mengedarkan laporan-laporan kajian ini kepada pihak-pihak tertentu di Bahagian dan dijadikan bahan rujukan di pusat sumber.

1.2 Latar Belakang Program BPG menjalankan program pemantauan ke atas penyelidikan yang dilaksanakan di maktab-maktab perguruan pada setiap tahun. Peruntukan khas telah disediakan kepada semua maktab perguruan bagi membiayai kos pelaksanaan penyelidikan ini. Dua tajuk penyelidikan akan dipilih dari setiap maktab perguruan untuk diberi bimbingan dan pemantauan oleh sekumpulan
Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

ahli panel yang dilantik oleh BPG. Ahli-ahli panel terdiri daripada sekumpulan pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dari BPG dan maktabmaktab perguruan. Pemantauan dilakukan dalam tiga peringkat: i. ii. iii. Penyediaan Proposal dan Instrumen Penyelidikan Penyediaan Analisis Data Penyelidikan Penyediaan Draf Laporan Penyelidikan

Di samping itu, pensyarah-pensyarah maktab perguruan juga menjalankan penyelidikan di bawah penyeliaan Unit / Jawatankuasa / Jabatan Penyelidikan masing-masing. Unit-unit di BPG juga sentiasa menjalankan penyelidikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan unit masing-masing dan BPG. Oleh sebab itu, satu garis panduan untuk menjalankan penyelidikan adalah diperlukan untuk membantu pegawai BPG dan pensyarah-pensyarah maktab semasa menjalankan penyelidikan. Selain itu, garis panduan ini juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan. 1.3 Isu Aktiviti penyelidikan di maktab-maktab perguruan agak kurang menggalakkan. Budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik (pensyarah) maktab perguruan masih kurang memberangsangkan. Berbagai-bagai faktor didapati telah menjadi penghalang, seperti kurang galakan dan rangsangan pihak pentadbiran, tidak ada insentif kepada dan, kurang memahami kaedah untuk menjalankan penyelidikan. Pensyarah juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan penyelidikan kerana mereka dibebani dengan pelbagai tugas di maktab masing-masing. Di samping itu, sumber rujukan seperti jurnal-jurnal ilmiah dalam pelbagai bidang juga terhad, menyebabkan pensyarah tidak dapat membuat rujukan dengan baik semasa melaksanakan penyelidikan. Sebagai galakan kepada pensyarah yang menjalankan penyelidikan, mereka haruslah diberikan keutamaan dalam pembentangan hasil penyelidikan, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini juga merupakan satu kaedah untuk menyebarluaskan hasil penyelidikan pensyarah maktab perguruan. Hasil-hasil penyelidikan juga haruslah diterbitkan, sama ada dalam jurnal peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Budaya penyelidikan di kalangan pensyarah maktab perguruan perlu digalakkan. Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dengan lebih mendalam dan meluas.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

Pensyarah seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing. Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. Yang penting adalah hasil dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu pensyarah menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik guru.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

4
BAB II PENGENALAN

2.1

Apakah Penyelidikan?

Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang penyelidikan. Penyelidikan bukanlah sekadar melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, penyelidikan boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik. Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan ini. Jadual 2.1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik ______________________________________________________________________________ ________ Bukan Saintifik Saintifik Pendekatan am: Pemerhatian: Sistematik, terkawal Pelaporan: objektif Konsep-konsep: Definisi yang jelas, specificity Instrumen: precise Pengukuran: Kurang tepat, imprecise Tiada keesahan atau keesahan dan kebolehpercayaan kebolehpercayaan Tidak dapat diuji (Untestable) Uncritical, accepting Tepat, Ada Intuitif Tidak terkawal Unbiased, Empirikal

Biased, subjektif Ambiguous, ketaksaan

operational

Hipotesis: (Testable) Sikap (Attitude): Critical, skeptical

Boleh diuji

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology. N.Y.: McGraw-Hill, pp 7. Oleh sebab itu, penyelidikan boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, penyelidikan menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru. Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk memperoleh pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru. 2.2 Perkembangan Penyelidikan Pendidikan Penyelidikan pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja. Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam penyelidikan. Dalam tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet. Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik dalam penyelidikan pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur. Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek penyelidikan pendidikan. Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi penyelidikan pendidikan berlaku dengan pesatnya antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta yang membekalkan alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian (multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

Usaha-usaha untuk menilai semula penyelidikan pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuran penyelidikan pendidikan dibina melalui pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk penyelidikan untuk menghasilkan maklumat penyelidikan yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap penyelidikan pendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam penyelidikan pendidikan bagi menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik. 2.3 Ciri-ciri Penyelidikan

Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik. 2.3.1 Langkah-langkah logikal Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu. Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah. Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. Membuat kesimpulan dan generalisasi.

2.3.2 Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif. Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum. Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswaperistiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu. Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataankenyataan khusus Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar Jenis Penyelidikan Pendidikan

2.4

Terdapat dua cara untuk mengklasifikasikan penyelidikan: 2.4.1 Klasifikasi berdasarkan tujuan atau matlamat Penyelidikan Asas

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

o o o o

Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam. Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori. Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis.

Penyelidikan Gunaan o o Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan. Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru.

Penyelidikan Tindakan o Berkaitan dengan penyelesaian masalah tertentu dalam keadaan setempat (local situation) dan dijalankan oleh seseorang (guru) yang akan menggunakan dapatan penyelidikan. Situational (masalah yang membawa kepada sesuatu keadaan ); participatory (penglibatan) Menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.

o
o

2.4.2 Klasifikasi Penyelidikan berdasarkan Kaedah Penyelidikan Bersejarah o o o Membuat kesimpulan berkaitan dengan corak, sebab atau kesan peristiswa-peristiswa lampau. Untuk menerangkan peristiwa semasa dan meramalkan peristiswa masa depan. Pengumpulan data diperolehi daripada dokumen-dokumen asli atau melalui temuduga dengan penyaksi-penyaksi (maklumat asal) . Data juga boleh dikutip daripada sumber sekunder.

Penyelidikan Diskriptif o o Berkaitan dengan pengumpulan data dan pengujian hipotesis atau menjawab soalansoalan yang berhubungkait dengan keadaan semasa sesuatu subjek/perkara di bawah kajian. Dilaksanakan melalui pertanyaan soalan kepada responden ataupun melalui pemerhatian.

Kajian Korelasi

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

o o

Menentukan takat perhubungan di antara dua atau lebih pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal (quantifiable) Bukan sahaja menyatakan keadaan-keadan yang terdapat di dalam sesuatu situasi, tetapi juga menentukan sebab-sebab yang mengakibatkan munculnya fenomena di bawah kajian semasa.

Penyelidikan Ujikaji o Membuat manupulasi terhadap sekurang-kurangnya sesuatu pembolehubah bebas serta kawalan terhadap pembolehubah lain untuk mengukur keberkesanan pembolehubah-pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar.

Kajian Ex-pos Facto (After the fact) o o Berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai: Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable. Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubahpembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

2.5 Apakah yang dimaksudkan claims atau tuntutan ilmu? Bila membuat penyelidikan, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji. Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan kajian. Dapatan ini merupakan satu claim atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itu benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claim tersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam penyelidikan, iaitu keesahan dan kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian. Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat: Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity. Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect. Dengan demikian sebelum kita membuat claim pastikan data yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi) dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna claim itu harus dipercayai. Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan claim yang dibuat. Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan. 2.6 Rasional Penyelidikan

Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut. Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction). Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement) Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Memberi penjelasan (explanation) Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

10

Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers. Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving) Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul. 2.7 Pendekatan Penyelidikan Pendidikan Dalam dunia penyelidikan pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepada dua tradisi penyelidikan, iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif adalah penyelidikan di mana data yang dikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam penyelidikan kualitatif, datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-dua bentuk penyelidikan ini adalah berasaskan pendekatan saintifik dan berdasarkan pada data empirikal. Strategi pemilihan tradisi penyelidikan tersebut bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian. Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan kepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh dijalankan menggunakan kedua-dua tradisi penyelidikan tersebut. Penyelidikan kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai angkubah tersebut ialah persekitaran/ latar belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika dilihat dari sudut penyelidikan kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan. Penyelidikan kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian (hipotesis) dengan menggunakan angkubahangkubah tertentu manakala penyelidikan kualitatif merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya penyelidikan kualitatif tidak bermula dengan pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah. 2.7.1Pemilihan Pendekatan Penyelidikan Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan kajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang digunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan kajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

11

kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yang berkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut. Penyelidikan Kuantitatif o o o o Menguji teori Melihat hubungkait angkubah Menerang fenomena dari segi sebab penyebab Membuat ramalan

Penyelidikan Kualitatif o o o o o Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

2.7.2 Perbezaan ciri-ciri penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif Jadual 2.2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

Jadual 2.2 Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif PERKARA Istilah yang berkaitan dengan pendekatan KUANTITATIF Eksperimental Hard data Perspektif luaran Empirikal Positivist Fakta sosial Statistik Etic KUALITATIF Etnografi Kerja lapangan Soft data Symbolic Interaction Perspektif dalaman Naturalistic Ethnomethodologi Diskriptif Pemerhatian turut serta Phenomenological Dokumentari Riwayat hidup Kajian kes Ekologikal Emic Makna Pemahaman sejagat

Konsep utama

Pemboleh ubah Mengoperasi Definisi

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

12
Kebolehpercayaan Hipotesis Kesahan Kesignifikanan statistik Replikasi ramalan Definisi situasi Kehidupan harian Pemahaman Proses Rundingan bertujuan praktikal pembinaan sosial Grounded Theory Symbolic Interaction Ethnomethodology Phenomenology Budaya Idealisme Sosiologi Sejarah Anthropologi Membina konsep Memerihal realiti pelbagai Grounded Theory Meningkatkan pemahaman Terbuka kepada perubahan Fleksibel Umum Membuat tekaan terhadap cara penyelidikan Ringkas Spekulatif Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data Tinjauan bahan kajian tidak mendalam Pernyataan pendekatan yang umum Diskriptif Dokumen peribadi Nota kerja lapangan Gambar Pendapat perseorangan Dokumen rasmi Bahan-bahan artifak Kecil Tidak mewakili populasi Persampelan teoritikal

Gabungan teori

Gabungan Akademik Matlamat

Reka bentuk

Penulisan cadangan penyelidikan

Structural functionalisim Realism, Positivism Behavioralisme Logical Empiricm Systems Theory Psikologi Ekonomi Sosiologi Sains politik Menguji teori Memperjelaskan fakta Perihalan statistik Hubungan antara pemboleh ubah Ramalan Berstruktur Ditentukan lebih awal Formal Spesifik Prosedur kajian yang terperinci Panjang lebar Terperinci dan jelas fokusnya Prosedur spesifik dan terperinci Tinjauan bahan kajian yang mendalam Ditulis sebelum data dipungut Menyatakan hipotesis Kuantitatif Koding boleh dikira Kiraan dan ukuran Pembolehubah yang boleh didefinisikan Statistik Besar Berstrata Kumpulan kawalan

Data

Sampelan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

13
Tepat Pemilihan secara rawak Mengawal pengganggu pembolehubah Eksperimen Tinjauan Temubual berstruktur Kuasi eksperimental Pemerhatian berstruktur Set data Jangka pendek Hubungan tidak akrab Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden

Teknik / kaedah

Hubungan dengan responden

Alat Kajian

Analisis data

Inventori Soal selidik Indeks Komputer Skala Skor ujian Deduktif Dilaksanakan selepas pungutan data Statistikal Mengawal pemboleh ubah yang lain Terlalu rigid Kesahan

Permerhatian Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak Pemerhatian turut serta Temubual tidak berstruktur Empati Menekankan unsur kepercayaan Kesamarataan Hubungan mesra Responden sebagai rakan Mengutamakan keobjektifan Alat perakam suara Transciber Penyelidik bertindak sebagai alat kajian Berterusan Model, tema dan konsep Induktif Analisis bersifat induktif Constant Comparative method Mengambil masa panjang Kesukaran menyaring data Kebolehpercayaan Prosedur tidak rigid Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya

Permasalahan dalam menggunakan pendekatan

(Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:5052) 2.7.3Contoh Soalan Kajian Soalan kajian penyelidikan kuantitatif o o o Apakah kesan keluarga terhadap pembelajaran anak-anak di sekolah? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pensyarah di Maktab Perguruan? Sejauh manakah faktor keluarga mempengaruhi disiplin pelajar?

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

14

Soalan kajian penyelidikan kualitatif o o o Bagaimanakah perubahan sikap terhadap disiplin berlaku dalam organisasi? Apakah pandangan pelajar terhadap larangan keluar dari rumah pada waktu malam? Bagaimanakah sambutan guru-guru terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?

Kesimpulannya, soalan-soalan kajian sangat penting kerana ia berperanan sebagai berikut: 2.8 Menentukan prosedur perancangan kajian Memberi haluan dan kesepaduan dalam kajian Menentukan batasan kajian Menentukan data yang diperlukan Mengawal penyelidik daripada hilang fokus Menyediakan rangka untuk menulis laporan Proses Penyelidikan

Tanpa mengira apakah kaedah penyelidikan yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan yang agak sama. Sebagai contoh, kebanyakan aktiviti penyelidikan meliputi aspek-aspek berikut: Pernyataan masalah kajian Persoalan kajian / hipotesis Definisi istilah Tinjauan literatur Sampel Instrumen/ alat pengukuran Prosedur / reka bentuk kajian Analisis data Pelaporan

Rajah 2.1 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan proses penyelidikan secara keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan komponen-komponen yang biasanya terdapat dalam cadangan penyelidikan (proposal) atau laporan penyelidikan. Urutan ini juga merupakan langkahlangkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu kajian. Anak panah yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalam amalan biasa, proses penyelidikan tidak semestinya mengikut urutan yang tetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan mengambil kira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasa merancang sesuatu penyelidikan.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

15

Pernyataan Masalah kajian

Hipotesis atau Persoalan kajian

Definisi Istilah Instrumentasi

Prosedur/ Rekabentuk

Sampel

Tinjauan Bacaan

Analisis Data

Laporan

Rajah 2.1

Proses Penyelidikkan

2.8.1 Pernyataan masalah kajian Masalah kajian merupakan asas kepada kajian. Pernyataan masalah perlu diiringi dengan penerangan dan latarbelakang masalah yang dikaji. 2.8.2 Menentukan persoalan kajian/hipotesis Masalah kajian biasanya ditentukan secara persoalan dan seringkali juga sebagai hipotesis. Hipotesis merupakan satu ramalan (prediction) atau pernyataan secara spesifik tentang apa yang diharapkan akan berlaku. Hipotesis perlulah dinyatakan secara jelas tentang perkaitan diantara pembolehubah-pembolehubah. 2.8.3 Definisi istilah Semua istilah dalam pernyataan masalah dan hipotesis mestilah didefinisikan dengan jelas.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

16

2.8.4 Tinjauan literatur Kajian-kajian lain yang ada kaitan dengan masalah kajian hendaklah dicari dan dirumuskan dapatannya. Tinjauan bahan-bahan seperti jurnal, laporan, monograf dan lain-lain hendaklah membayangkan apa yang telah diketahui mengenai masalah yang hendak dikaji dan nyatakan juga mengapa kajian anda nanti boleh membantu menambah pengetahuan sedia ada. 2.8.5 Sampel Sampel kajian dan kumpulan yang lebih besar atau populasi (di mana dapatan hendak digeneralisasikan) hendaklah dikenalpasti. Langkah-langkah pemilihan sampel juga hendaklah dijelaskan. 2.8.6 Instrumen Setiap instrumen yang digunakan untuk mengutip data hendaklah diterangkan dengan jelas dan rasional penggunaannya juga hendaklah diberitahu. 2.8.7 Prosedur / rekabentuk kajian: Prosedur sebenar kajian hendaklah diperincikan mengikut urutan. Ini termasuklah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh penyelidik tentang apa yang akan dibuat, bila, di mana, bagaimana, dan dengan siapa. Masa sebenar bila tugas akan dimulakan serta jangkaan tarikh tamat, penggunaan bahan-bahan seperti buku atau peralatan seperti komputer perlu dinyatakan. Selain itu, rekabentuk umum atau metodologi (seperti eksperimen atau tinjauan) hendaklah juga dijelasakan. 2.8.8 Analisis Data : Teknik statistik (termasuk deskriptif dan inferential) yang digunakan untuk menganalisis data hendaklah diterangkan dengan jelas. Perbandingan yang dibuat untuk menjawab soalan kajian juga perlu dijelaskan. 2.8.9 Laporan : Laporan hasil kajian hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang ditentukan.

2.9

Etika Penyelidikan (EP)

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

17

2.9.1 Apakah Etika Penyelidikan? Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan. Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut: Mendapat Kebenaran (informed consent) Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks. Informed Consent merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami beberapa perkara berikut: Matlamat dan tujuan kajian Apa yang dikendaki oleh responden Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan. o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat o Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden. Penglibatan (Participation) o o o o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian. Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut. Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan negatif Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu.

Kerahsiaan (Confidentiality) o o o o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan. Perlindungan hak responden diutamakan. Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent. Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti penyelidikan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

18

Anomiti

Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent. Rundingan (Negotiation)

Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut: Mendapat kebenaran dari institusi Mendapat kebenaran untuk access data Penggunaan data Penulisan laporan Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik? Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian. Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah. Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk clearing data field berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum. Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian. Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual. Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi. Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta. Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan. Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

2.10 Bidang-bidang dalam Penyelidikan Pendidikan Penyelidikan pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai suatu proses penyiasatan terhadap phenomena dalam pendidikan. (Phenomena investigated). Phenomena yang kerap menjadi tumpuan para penyelidikan pendidikan merangkumi bidang-bidang berikut:

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

19

Proses pengajaran Pembelajaran Abiliti kognitif Metod pengajaran dalam bilik darjah Sahsiah pelajar Motivasi dalam pendidikan Kepimpinan pendidikan Kewangan sekolah Program untuk pelajar khas (gifted, learning disbled) Pendidikan guru Perkembangan kurikulum

Berikut adalah beberapa bidang penyelidikan pendidikan yang boleh dilaksanakan dalam konteks maktab perguruan: Penilaian sesuatu program seperti program KPLI, program pengalaman berasaskan sekolah, latihan mengajar atau praktikum. Penyelidikan bilik darjah tentang kemudahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum pelbagai mata pelajaran seperti pelaksanaan kurikulum, perkembangan kurikulum, penggunaan resos dan personal. Penilaian polisi pendidikan seperti peruntukan kewangan bagi pendidikan, pengagihan sumber antara bahagian/jabatan pendidikan. Pengurusan seperti pengurusan resos manusia, teknologi, kewangan dan kemudahan dalam sesuatu institusi. Penyelidikan gender dalam pendidikan. Penyelidikan tentang tingkah laku manusia seperti pemikiran kognitif, kreatif, dan personaliti. Penyelidikan tentang pendidikan khas seperti kanak-kanak autistik dan dyslexia.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

20
BAB III

PENYELIDIKAN KUANTITATIF 3.1 Pengenalan:

3.1.1 Apakah Penyelidikan Kuantitatif ? Penyelidikan Kuantitatif adalah berdasarkan kepada andaian bahawa ciri-ciri persekitaran sosial merupakan realiti yang bebas (independent reality) dan secara relatifnya tidak berubah (constant) merentasi waktu dan tempat. Penyelidik kuantitatif menghasilkan pengetahuan baru dengan mengumpul data numerikal mengenai tingkah laku yang boleh diperhatikan. Data akan dikumpul dari sampel yang ditetapkan. Statistik digunakan untuk menganalisis dan menginterpretasi data. 3.1.2 Falsafah / Logik Penyelidikan Kuantitatif: Penyelidikan Kuantitatif adalah bersandarkan kepada falsafah bahawa realiti sosial adalah objektif dan tetap merentasi waktu dan tempat. Realiti sosial dianalisiskan mengikut angkubah (variable). Penyelidik kuantitatif membuat andaian tertentu dan mengawal angkubah-angkubah tertentu sebelum kajian di mulakan. Penyelidikan kuantitatif menggunakan konsep serta teori tertentu dalam menentukan jenis data yang akan dikutip. 3.1.3 Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif: Mementingkan penentuan hipotesis yang tepat pada permulaan kajian. Memerlukan penentuan definisi operasional yang tepat (precise) pada permulaan kajian. Data adalah berbentuk numerik. Memberi perhatian yang penting kepada penilaian dan penambahbaikan kebolehpercayaan (reliability) skor-skor yang diperolehi daripada instrumen kajian. Memerlukan penilaian kesahan (validity) melalui berbagai prosedur dengan menggunakan indeks statistik. Memerlukan penggunaan teknik-teknik pemilihan sampel secara rawak supaya sampel yang dipilih bermakna dan mewakili populasi. Aspek generalizability amat dititikberatkan. Memerlukan reka bentuk yang membolehkan kawalan statistik ke atas pebolehubah extraneous. Mengemukakan dapatan secara ringkasan statistik.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

21

3.2 Metodologi Penyelidikan Kuantitatif Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan dan justerunya menyokong atau menolak sesuatu tuntutan ilmu. Sejauh manakah bukti itu kukuh untuk menyokong atau menolak sesuatu tuntutan ilmu bergantung kepada kesahan dalaman dan kesahan luaran reka-bentuk kajian. 3.2.1 Kesahan dalaman Merujuk kepada sejauh manakah hipotesis yang diuji sah menjelaskan fenomena yang dikaji dan tiada hipotesis-hipotesis lain yang boleh menjelaskan fenomena tersebut. Contohnya, jika hipotesis kajian ialah bahawa kaedah pengajaran A lebih berkesan menghasilkan pembelajaran berbanding dengan kaedah pengajaran B, sejauh manakah hipotesis ini benar kalau pengkaji mendapati bahawa data yang diperolehinya menyokong hipotesis ini? Apakah kemungkinan pembelajaran dalam kumpulan di bawah pengajaran kaedah A lebih baik disebabkan oleh pelajar yang lebih cerdas atau pun pengajar yang lebih berkesan, dan bukan disebabkan oleh kaedah? Jika masalah ini berlaku, maka kita tidak pasti bahawa kaedah A dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam hal ini, pembolehubah kualiti pelajar dan pembolehubah kualiti guru merupakan pembolehubah luaran (extraneous atau lurking variables) yang telah menjejaskan hipotesis yang diuji ataupun mengelirukan (confounding) dapatan. Kesahan dalaman terjejas jika pengkaji gagal mengawal pembolehubah kualiti pelajar dan pembolehubah kualiti guru dan dapatan kajian kurang sah. Oleh demikian kesahan dalaman sangat bergantung kepada reka-bentuk kajian yang boleh mengawal pembolehubah-pembolehubah luaran (istilah lain ialah covariates atau extraneous variables). Banyak pemboleh ubah extraneous boleh menjejaskan kesahan dalaman. Contohnya, pengukuran yang kurang sah atau kurang boleh dipercayai, ciri dan pendekatan penyelidik yang mungkin mempengaruhi peserta atau pengumpulan data, dan jangkaan peserta kajian boleh mempengaruhi tingkah laku peserta. 3.2.2 Kesahan luaran Merujuk kepada sejauh manakah sesuatu dapatan dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian. Dalam kajian kuantitatif penyelidik menjalankan kajian ke atas sampel tetapi sasarannya ialah populasi kajian. Banyak faktor boleh menjejaskan kesahan luaran. Antaranya, persampelan yang kurang mewakili

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

22

populasi, reka-bentuk ekspeimen yang kurang mewakili situasi sebenar, dan kesan bias penyelidik. Oleh kerana kesahan dalaman dan kesahan luaran merupakan dua kriteria yang penting untuk menjamin kualiti dan kesahan kajian kuantitatif, penyelidik perlu menghuraikan bagaimana kajian dijalankan dari segi metodologi kajian, iaitu tentang soalan atau hipotesis kajian, reka-bentuk, pembolehubahpembolehubah yang dikaji, cara mengukur pembolehubah, cara memilih sampel, dan cara mengumpul dan menganalisis data. 3.3 Soalan Dan Hipotesis Kajian Soalan kajian penting kerana membantu penyelidik mengenalpasti pembolehubah yang dikaji dan seterusnya menentukan bagaimana mengumpul dan menganalisis data. Oleh demikian soalan hendaklah jelas dari segi pembolehubah yang dikaji. Biasanya, penyelidikan kuantitatif bertujuan untuk mengkaji kesan sesuatu pembolehubah atau beberapa pembolehubah ke atas peserta kajian dari segi pembolehubah yang dikenalpasti. Contohnya, kesan sesuatu intervensi atau treatment (program, kaedah P&P, tindakan) ke atas peserta kajian dari segi pembelajaran, sikap, dan sebagainya. Kadang-kadang penyelidik ingin mengkaji sejauh manakah pembolehubah tertentu mempunyai perkaitan dengan atau mempengaruhi pembolehubah yang lain. Contohnya, sejauh manakah jantina mempengaruhi pembelajaran peserta atau sikap peserta kajian terhadap sesuatu isu. Maka tujuan kajian yang jelas mudah menentukan soalan yang ingin dijawab. Untuk menjawab soalan kajian tentang kesan sesuatu pembolehubah ke atas pembolehubah yang lain, dua pendekatan utama biasanya digunakan oleh penyelidik untuk mereka-bentuk kajian, iaitu, Mengkaji perbandingan kesan antara kumpulan o Contohnya, membandingkan kesan antara kumpulan treatment dan kumpulan kawalan; kesan antara kumpulan lelaki dan perempuan. Mengkaji perkaitan antara pembolehubah o Contohnya, perkaitan antara kesan dan jantina; perkaitan antara kesan dan treatment/tiada treatment; perkaitan antara kualiti pelatih dan prestasi dalam praktikum. Apabila data daripada sampel menunjukkan terdapatnya perbezaan antara kumpulan atau terdapat perkaitan antara dua pembolehubah, penyelidik akan menguji sama ada perbezaan atau perkaitan ini boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian. Maka, hipotesis dikemukakan untuk menguji sejauh manakah

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

23

statistiks daripada sampel dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian. Hipotesis biasanya dinyatakan dalam bentuk nol (Ho)*, iaitu jika kita menjangka terdapatnya perbezaan antara kumpulan atau terdapatnya perkaitan antara pembolehubah (Ha)*, hipotesis kita adalah tiada perbezaan atau tiada perkaitan. Contohnya:

Ho : Tiada perbezaan/perkaitan siknifikan antara dua kumpulan/pembolehubah Ha : Terdapat perbezaan/perkaitan siknifikan antara dua kumpulan/pembolehubah Ho Ha adalah hipotesis nol adalah hipotesis alternatif

3.4 Jenis Rekabentuk Penyelidikan Kuantitatif Secara umum, reka-bentuk penyelidikan kuantitatif boleh di kategorikan kepada tiga jenis utama, iaitu, Eksperimen, Kuasi-eksperimen, dan Bukan eksperimen (contoh: tinjauan deskriptif, tinjauan expost facto, korelasi dan perkaitan antara pemboleh ubah).

3.4.1 Klasifikasi Pembolehubah: Untuk memahami logik reka-bentuk kuantitatif kita perlu memahami konsep pembolehubah dan perkaitan antara tiga jenis pembolehubah berikut: pembolehubah bebas (independent/ explanatory/ cause), pembolehubah bersandar (dependent /response/ effect), dan pembolehubah kawalan (control /covariate).

Rangka konseptual umum penyelidikan kuantitatif adalah explanatory, iaitu kita ingin menjelaskan fenomena atau realiti dari segi sebab-penyebab (cause and effect) tetapi istilah-istilah cause and effect elok dielakkan. Oleh sebab itu, istilah bebas dan bersandar digunakan. Antara istilah-istilah lain yang digunakan untuk menggantikan istilah "cause" adalah "treatment variable", "predictor variable", "antecedents" (kajian kualitatif) dan "determinants" (kajian kualitatif) dan istilah-istilah yang menggantikan "effect" ialah "outcome variable", "criterion variable", dan "consequences" (kajian kualitatif). Pembolehubah kawalan adalah pembolehubah yang kita ingin mengawal kesan atau pengaruhnya terhadap pembolehubah yang dikaji. Pembolehubah ini juga dinamakan extraneous variables atau noise variables atau lurking variables. Pembolehubah-pembolehubah kawalan ini perlu dikawal supaya tidak mengelirukan perkaitan (confounding) antara pembolehubah bebas dan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

24

pembolehubah bersandar. Rajah 3.1 menunjukkan perkaitan antara tiga jenis pembolehubah ini. Pembolehubah kawalan Pembolehubah bebas bersandar Rajah 3.1 Pembolehubah

Perkaitan antara pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar dan pemboleh ubah kawalan.

Sejauh manakah pembolehubah kawalan dapat dikawal menentukan jenis reka bentuk kuantitatif : Jika pembolehubah kawalan dapat dikawal secara fizikal, reka-bentuk eksperimen paling sesuai digunakan. Jika pembolehubah kawalan kurang dapat dikawal secara fizikal, rekabentuk kuasi- eksperimen atau reka-bentuk bukan eksperimen digunakan dan pengaruh pembolehubah dikawal secara statistikal.

3.4.2 Reka bentuk Eksperimen Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri treatment yang berbeza (rujuk Rajah 3.2). Treatment merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan (manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubahpembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin. Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciriciri yang agak sama. Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak ciri untuk dipadankan secara seimbang. Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment). Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara mengawal pembolehubah kawalan dengan teknik ini

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

25

dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables). Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan. Kumpulan 1 Agihan Secara rawak Kumpulan 2 Treatment 2 Treatment 1 Perbandingan

Rajah 3.2 Reka-bentuk Eksperimen 3.4.3 Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment) Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya, dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta secara rawak kepada kumpulankumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara statistikal (statistical control). Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam "natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment (rujuk Rajah 3.3). Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan. Cuma treatment ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

Kumpulan 1

Pretest

Treatment 1

Posttest

Covariate Kumpulan 2 Pretest Treatment 2

Perbandingan Posttest

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

26

Raja 3.3 Reka-bentuk Kuasi- eksperimen 3.4.4Reka Bentuk Bukan Eksperimen Reka bentuk bukan eksperimen biasa digunakan jika agihan secara rawak dan treatment tidak dapat dikawal dan kumpulan-kumpulan untuk perbandingan juga tidak jelas. Maka konsep naturally occurring diperluaskan supaya termasuk variasi yang semulajadi dalam pembolehubah bebas. Penyelidik juga tidak dapat mengawal masa bila pembolehubah bersandar diukur. Ini adalah kerana pendedahan kepada pembolehubah bebas tidak dapat dikawal kerana ia berlaku secara semulajadi, maka penyelidik tidak dapat mengawal masa bila untuk mengukur pembolehubah bersandar. Reka bentuk jenis bukan eksperimen lebih merupakan kajian-kajian expost facto atau tinjauan korelasi. 3.4.5 Kajian Tinjauan (Survey research) Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan. Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas. Contohnya, reka-bentuk MLR. 3.4.6 Reka bentuk MLR (Multiple Linear Regression) MLR sebenarnya adalah satu teknik data analisis. Oleh kerana is sering digunakan dalam penyelidikan kuantitatif, ia boleh dilihat sebagai satu strategi untuk mereka-bentuk kajian. MLR berguna untuk mengkaji perkaitan antara beberapa pembolehubah bebas (sama ada secara satu persatu atau secara kelompok) dan satu pembolehubah bersandar. Teknik MLR adalah untuk mengkaji bagaimana beberapa pembolehubah bebas mempengaruhi satu pembeloehubah bersandar. Dalam istilah statistik, ia mangkaji sejauh manakah pembolehubah-pembolehubah bebas, sama ada secara satu persatu atau secara kelompok, menyumbang kepada variance pembolehubah bersandar (accounting for the variance in the dependent variable). "Variance" merujuk kepada variasi (variation) dalam sesuatu pembolehubah.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

27

Oleh kerana kaedah positivistik mengkaji perbezaan, strategi saintifik adalah mencari bagaimana sesuatu fenomena "varies", dan menjelaskan perbezaan itu, atau "account for that variance". Jika hampir 100% daripada variance diterangkan oleh satu set pembolehubah bebas, maka kita boleh katakan bahawa kita sudah mula dapat memahami atau menjelaskan (explain) pembolehubah bersandar tersebut. Sebaliknya, jika peratusan ini rendah, ia bermakna kita masih kurang memahami pembolehubah bersandar tersebut. Dalam MLR, kita juga boleh mengkaji anggaran sumbangan setiap pembolehubah bebas terhadap variance dalam pembolehubah bersandar. Maka, kita dapat mengenalpasti pembolehubah bebas yang manakah lebih penting dan yang manakah kurang penting dalam mempengaruhi pembolehubah bersandar. Konsep MLR dapat digambarkan seperti dalam Rajah 3.4. Pembolehubah-pembolehubah bebas X1 X2 X3 Pembolehubah bersandar Y

[pembolehubah kawalan] Rajah 3.4 Reka-bentuk MLR

3.5

Pengumpulan Data

Dalam penyelidikan kuantitatif, pembolehubah mestilah boleh diukur secara kuantitatif. Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan penentuan kaedah mengukur pembolehubah, pembinaan instrumen, pemilihan sampel peserta kajian, dan pentadbiran instrumen. 3.5.1 Pengukuran Definisi Pengukuran o o o satu proses memberi nombor atau kuantiti ke atas sesuatu tret atau ciri yang diukur (Summer, 1987); pemberian angka-angka kepada objek atau peristiwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu; Pengukuran dalam penyelidikan mempunyai kaitan hal-hal yang berikut; o Proses mewakilkan sesuatu (representing); o Pembinaan instrumen; o Pentadbiran ujian instrumen yang diguna

3.5.2 Teknik Mengumpul Data

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

28

Dalam penyelidikan kuantitatif, terdapat lima teknik yang biasa digunakan, iaitu: Ujian; Soalselidik; Senarai semak; Pemerhatian berstruktur; Temu bual berstruktur

3.5.3 Instrumen Kajian Untuk melaksanakan penyelidikan, instrumen kajian perlu ditentukan terlebih dahulu. Instrumen kajian boleh dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri. Instrumen kajian dalam penyelidikan melibatkan : Pembinaan soalan-soalan untuk mencungkil atau mewakilkan sesuatu yang diukur; Proses memberi nombor-nombor tertentu untuk mewakilkan kadar (magnitude) yang diperoleh.

3.5.4 Jenis-jenis Skala Dalam Pengukuran Dalam penyelidikan, penentuan skala ukuran yang digunakan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kaedah penganalisisan dan teknik-teknik analisis statistik ditentukan. Data boleh digolongkan kepada empat jenis skala ukuran: Skala nominal membezakan objek, orang kepada kategori yang diskrit mengikut sifat kualitatif. Ukuran paling asas, cth. pembolehubah jantina di kategori kepada lelaki dan perempuan. Skala ordinal membezakan objek, orang mengikut susunan pangkatan, cth. tahap persetujuan terhadap kenyataan. Skala sela beza antara kategori adalah sama (ukuran jeda yang sama), cth. markat pelajar. Skala nisbah aras ukuran tertinggi di mana setiap nilai kategori adalah mutlak dan bermakna. Data jenis ini mempunyai perbezaan skala yang sama, seperti jenis jeda, tetapi mempunyai DUA sifat tambahan: o Mempunyai nilai sifar yang mutlak, misalnya 0 sm dalam ukuran panjang bermaksud tiada jarak panjang. o Angka-angka dalam skala nisbah menggunakan nombor jati dan nombor-nombor ini boleh dicampur, ditolak, didarab dan dibahagikan serta boleh dibuat perkaitan secara bernisbah.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

29

3.5.5 Ciri-ciri Utama Instrumen Kajian

Kebolehpercayaan (reliability); Kesahan (validity); Keobjektifan (objectivity); Kebolehtadbiran (administerability); Kemudahtafsiran (interpretability)

3.5.6 Prosedur Pembinaan Instrumen Kajian Menentukan objektif; Membentuk Jadual Penentuan Instrumen (JPI); Memilih bentuk item; Membentuk item; Meninggikan mutu item; Mengulangkaji dan menyunting item; Menyediakan instrumen untuk digunakan; Kajian rintis (try out); Melaksanakan.

3.5.7 Prinsip-prinsip Pembentukan Pernyataan Item Struktur ayat mudah difahami; Kesinambungan antara item demi item; Konstruk item melibatkan hanya satu konsep/pemboleh ubah; Elakkan pernyataan yang bias; Tidak kabur; Elakkan dua persoalan dalam satu pernyataan (satu item bagi satu tret); Tidak bertindih; Tiada kekeliruan; Mempunyai cukup maklumat; Bilangan item yang sederhana;

3.5.8 Kajian Rintis Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina; Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk: Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soalselidik; Menyemak semua item dan arahan agar jelas; Menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus diambilkira dalam melaksanakan kajian rintis:

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

30

Responden mewakili sample sebenar kajian; Bilangan responden: Minimum 30 orang; Data kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen.

Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis termasuk: Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soalselidik? Adakah arahan jelas? Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada, nyatakan item mana dan kenapa? Adakah terdapat mana-mana item yang anda tidak ingin menjawab? Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditnggalkan? Adakah keseluruhan (layout) soalselidik jelas dan menarik? Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan?

3.5.9 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Setelah kajian rintis dijalankan, ujian kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakan ke atas instrumen yang dibina. Kebolehpercayaan instrumen bermaksud bahawa alat yang digunakan itu mampu memberi jawapan yang konsisten. Jika alat itu mengukur seseorang dalam dua masa yang berlainan, maka jawapan yang didapati adalah sama. Kebolehpercayaan di sini merujuk kepada stability instrumen. Konsistensi dalaman pula merujuk kepada kebolehpercayaan item-item dalam sesuatu instrumen dalam mengukur sesuatu konstruk yang sama. Kaedah menguji kebolehpercayaan adalah berikut.

Kaedah menguji kebolehpercayaan dari segi stability Test-retest iaitu mentadbirkan ujian dua kali (biasanya tempoh masa antara ujian kali pertama dan kedua ialah 2 minggu) kepada sampel yang sama dan gunakan pekali korelasi untuk melihat sejauh manakah terdapat korelasi yang tinggi. Korelasi yang tinggi bermakna stabilityyang tinggi. Kaedah menguji kebolehpercayaan konsistensi dalaman - Ujian Cronbach Alpa. Berdasarkan keputusan ujian Cronbach Alpa, pertimbangan hendaklah dibuat terhadap item-item instrumen, iaitu, sama ada untuk:

. .

Mengekalkan item; Mengekalkan item dengan sedikit perubahan; Mengekalkan item dengan membuat banyak perubahan; Menggugurkan item. 3.5.10Persampelan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

31

Data dikumpul daripada sampel tetapi analisis data tersebut adalah untuk membuat rumusan populasi. Proses ini desebut sebagai membuat inferens daripada sample kepada populasi. Persampelan rawak perlu digunakan untuk membuat inferens. Berikut adalah rumusan ciri-ciri umum rekabentuk persampelan rawak: Jadual 3.1 Rekabentuk Persampelan Rawak

Rekabentuk Persampelan rawak mudah Persampelan rawak berstrata

Pemilihan rawak Ahli sampel dipilih daripada populasi secara rawak Ahli sampel dipilih secara rawak dari setiap strata populasi

Ciri-ciri lain Keseluruhan populasi bertindak sebagi satu unit daripada sampel dipilih Setiap strata diwakili dalam sample; sample dipilih mengikut nisbah setiap strata dalam populasi Semua ahli daripada kluster yang dipilih dilibatkan dalam sample; tidak semua kluster dilibatkan; kluster tidak semestinya sama saiz Populasi mengikut susunan tertentu

Persampelan kluster

Ahli kluster dipilih daripada populasi kluster yang lebih besar

Persampelan sistematik

Ahli sampel pertama dipilih secara individu

3.5.11Prosedur Pengumpulan Data Pengkaji perlu menjelaskan dengan terperinci proses kajian yang meliputi kajian rintis dan langkah-langkah yang diambil semasa pengumpulan data kajian sebenar. Sebagai contoh, jika data dikumpulkan melalui eksperimen, jelaskan di mana eksperimen dijalankan, bagaimana subjek-subjek dibahagikan kepada kumpulan, bagaimana rawatan diberikan kepada subjek, bagaimana pengukuran dibuat dan siapa yang mengawas eksperimen tersebut.

3.6

Analisis Data

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

32

3.6.1 Parameter dan Statistik Dalam penyelidikan kuantitatif, statistik digunakan sebagai asas untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu. Oleh itu, statistik digunakan untuk mengumpul, menyusun, menganalisis dan membuat intepretasi data numerikal. Dalam penyelidikan kuantitatif, penyelidik ingin mengkaji tentang populasi tetapi data adalah diperolehi daripada sampel yang dipilih secara rawak. Statistik tentang ciri-ciri populasi yang diterjemahkan dalam bentuk pembolehubah-pemboelehubah ditakrifkan sebagai parameter dan statistik tentang ciri-ciri sampel dari segi pembolehubah-pembolehubah tersebut ditakrifkan sebagai statistik. Analisis data melibatkan proses memeriksa statistik sampel dan seterusnya membuat inferens tentang parameter populasi daripada statistik sampel tersebut. Proses pemeriksaan data menghasilkan statistik deskriptif tentang sampel dan proses membuat inferensi membantu penyelidik membuat rumusan tentang parameter populasi. Maka, analisis data melibatkan dua peringkat, iaitu peringkat deskriptif dan peringkat inferensi. 3.6.2 Pemeriksaan Data dan Statistik Diskriptif Data mentah perlu diperiksa dari segi taburan pembolehubah, outliers, dan perhubungan antara pembolehubah jika pengkaji ingin meneliti tentang perhubungan. Proses pemeriksaan data juga menghasilkan statistik diskriptif. Taburan Pembolehubah dan outliers

Data tentang sesuatu pembolehubah yang dikumpul daripada sampel perlu diperiksa dari segi taburan atau distribusinya. Sesuatu distribusi dihuraikan dari segi bentuknya, kecenderungan memusat dan sebaran distribusi. Ukuran kecenderungan memusat (contohnya min dan median) dan ukuran sebaran (contohnya sisihan piawai dan interquartile range) merupakan statistik deskriptif tentang sampel. Bentuk distribusi, sama ada simetri dan normal atau sebaliknya dapat memperlihatkan sejauh mana data tersebut memenuhi syarat-syarat untuk prosedur statistik inferensi. Ini adalah kerana kebanyakan prosedur statistik inferensi memerlukan data yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Umpamanya ujian-ujian parametrik biasanya memerlukan distribusi yang normal. Statistik deskriptif yang sesuai digunakan untuk prosedur inferensi juga bergantung kepada bentuk distribusi pembolehubah yang berkenaan. Umpamanya, jika distribusi agak simetri dan normal, min dan sisihan piawai sesuai digunakan sebagai ukur kecenderungan memusat dan sebaran distribusi pembolehubah tersebut. Tetapi, jika ia tidak simetri dan tidak normal, median dan interquartile range lebih sesuai sebagai ukur demikian. Pemeriksaan taburan pembolehubah juga dapat mengesan sama ada terdapat outliers yang perlu diteliti. Outliers mempengaruhi min dan sisihan piawai. Setiap outlier perlu diteliti sama ada ia adalah disebabkan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

33

oleh kesilapan pengkaji atau pun ia memang data benar tentang peserta kajian yang mungkin bukan daripada populasi kajian. Sekiranya ia bukan disebabkan oleh kesilapan pengkaji dan peserta-peserta tersebut memang daripada populasi kajian, maka data tersebut tidak digugurkan. Cara yang paling mudah untuk melihat taburan pemboleh ubah ialah melalui rajah. Plot digunakan untuk menilai bentuk taburan. Antaranya ialah: o o o Histogram; Stem and leaf plot; Box plot.

Perhubungan Antara Dua Pembolehubah

Jika penyelidik ingin mengkaji tentang perhubungan antara dua pembolehubah, maka data perlu diperiksa supaya statistik deskriptif yang sesuai digunakan untuk menghuraikan perkaitan tersebut. Data perlu diperiksa dari segi bentuk dan jenis perkaitan yang wujud antara dua pembolehubah tersebut. Darjah perkaitan antara dua adalah dikenali sebagai korelasi. Cara yang biasa digunakan untuk memeriksa bentuk dan jenis perkaitan antara pembolehubah di mana data adalah jenis parametrik ialah graf scatterplot. Untuk data bukan parametrik data dipamerkan dengan jadual dua hala (two-way table) o Bentuk dan Jenis Hubungan o o Terdapat dua bentuk hubungan, iaitu, bentuk linear dan bentuk bukan linear. Bentuk linear merupakan bentuk yang nilai-nilai kedua-dua pembolehubah yang dikaji terletak di dalam kelompok garis lurus. Bentuk bukan linear merupakan bentuk yang nilai-nilainya kedua-dua pembolehubah yang dikaji di dalam kelompok berbentuk lengkung linear. Hubungan positif wujud apabila penambahan atau pengurangan nilai pada sesuatu pembolehubah berkait secara langsung dengan penambahan atau pengurangan nilai pada pembolehubah lain. Hubungan negatif wujud apabila penambahan nilai pada sesuatu pembolehubah dengan pengurangan nilai pada pembolehubah lain. Ia juga terbentuk apabila pengurangan nilai sesuatu pembolehubah berkait dengan peningkatan nilai pada pembolehubah lain.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

34

Tiada hubungan wujud apabila bentuk taburan nilai-nilai sesuatu pembolehubah dengan nilai-nilai pembolehubah lain tidak dapat ditentukan.

Pekali Korelasi o Pekali korelasi digunakan untuk mengukur hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. keteguhan

Nilai-nilai adalah di antara negatif satu dan positif satu (-1 r +1) di mana r disimbolkan sebagai petunjuk sejauh mana kekuatan atau keteguhan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah lain.

Jenis-jenis Pekali Korelasi Terdapat lima jenis pekali korelasi yang biasa digunakan dalam syarat-syarat yang berbeza seperti Jadual 3.2 di bawah: Jadual 3.2 Pekali Korelasi dan Jenis Ukuran Yang Diperlukan Untuk Pembolehubah- Pembolehubah Yang Berkaitan Pekali Korelasi Pearson Product Moment Spearman Rank Order Point biserial Ukuran Pembolehubah Kedua-dua pembolehubah berskala jeda Kedua-dua pembolehubah berskala ordinal Satu pembolehubah berskala jeda; satu lagi berskala nominal atau ordinal Biserial Satu pembolehubah berskala jeda; satu lagi berskala ordinal Coefficient of contingency Kedua-dua pembolehubah berskala nominal

3.6.3 Membuat Inferens dan Statistik Inferensi Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis tentang parameter populasi daripada statistik sampel. Tujuannya adalah untuk menguji sama ada sesuatu kesan (contohnya, perbezaan antara kumpulan atau korelasi antara

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

35

dua pembolehubah) yang diperhatikan dalam sampel dapat dirumuskan kepada populasi. Statistik inferensi digunakan dengan syarat bahawa sampel yang dikaji telah dipilih secara rawak daripada populasi kajian. Terdapat dua jenis ujian: Ujian parametrik digunakan jika data adalah jenis data interval dan nisbah. Ujian statistik parametrik mengandaikan bahawa data bertaburan normal.

Ujian bukan parametrik digunakan jika data adalah jenis nominal atau ordinal. Ujian bukan parametrik juga digunakan untuk menganti

ujian parametrik jika data jenis interval atau nisbah terlalu jauh daripada bertaburan normal.
3.6.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik Secara umum soalan-solan kajian boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu jenis yang memperihal perkaitan antara pembolehubah dan jenis yang memperihal perbandingan antara kumpulan. Teknik statistik yang sesuai bagi setiap jenis soalan ini bergantung kepada bilangan pembolehubah bebas dan bersandar dan juga pembolehubah kawalan. Jadual 3.4 merupakan satu panduan am untuk memilih teknik statistik yang sesuai untuk menanalisis data mengikut jenis soalan kajian, bilangan dan jenis pembolehubah.

Jadual 3.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik (Ubahsuai daripada B.G. Tabachnick & L. S. Fidell,1996)
Bilangan (jenis) pembolehubah Pembolehubah bersandar Bilangan (jenis) pembolehubah Teknik bebas kawalan

Soalan Kajian statistik

Korelasi r Satu (selanjar) Multiple R

Satu (selanjar) Tiada Lebih dpd satu (selanjar)

Ada

Sequential

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan Perkaitan antara Multiple R pembolehubah Satu (diskrit) Lebih dpd satu (selanjar) Canonical R Tiada Satu (diskrit) Ada Satu (selanjar) Sehala Tiada Lebih dpd Satu (diskrit) Perbezaan Antara kumpulan Ada Satu (diskrit) Satu (diskrit) Tiada Satu (diskrit) Ada Lebih dpd Satu (selanjar) MANOVA Lebih dpd Satu (diskrit) Ada Tiada Satu (diskrit) Lebih dpd satu (selanjar)

36

Chi-square

Ujian t atau ANOVA sehala ANCOVA

ANOVA Dua hala ANCOVA Dua hala Chi square MANOVA Sehala MANCOVA Sehala

Dua hala MANCOVA Dua hala

3.7

Membuat Rumusan

Pertimbangan-pertimbangan penting dalam membuat rumusan metodologi: 1. Rumusan hendaklah dibuat dengan jelas, mudah dan straightforward. Elakkan daripada menggunakan istilah yang sukar difahami.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

37

2. Catatkan prosedur pengumpulan data dengan jelas dengan memberi penekanan kepada kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. 3. Tiap-tiap dapatan hendaklah dibincang berdasarkan hipotesis asal atau tema yang berkaitan dengannya. 4. Penyelidik hendaklah membincangkan sama ada dapatan menyokong hipotesis atau sebaliknya. Jelaskan mengapa, jika ianya menyokong atau sebaliknya. 5. Dapatan daripada analisis statistik perlu diintepretasi berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. 6. Bincangkan kemungkinan kesan-kesan daripada dapatan terhadap pembolehubah yang tak dapat dikawal. 7. Setiap rumusan hendaklah berdasarkan pada bukti empirikal (data) yang ada dan tidak berdasarkan pada andaian atau jangkaan penyelidik. 8. Catatkan masalah yang timbul dalam prosedur persampelan, instrumentasi, kutipan data dan analisis data.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

38

PENYELIDIKAN KUALITATIF
4.1 Pengenalan 4.1.1.Konsep Penyelidikan Kualitatif Penyelidikan kualitatif didefinisikan sebagai suatu proses inkuiri untuk memahami permasalahan sosial, berdasarkan pembinaan gambaran yang holistik terhadap sesuatu situasi, peristiwa atau fenomena yang kompleks. Gambaran ini diperjelas melalui huraian yang dibina secara terperinci berdasarkan pandangan responden. Pendekatan penyelidikan ini sesuai untuk meninjau dan memahami pandangan responden dan menjelaskan proses-proses yang berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatanpendekatan yang biasa dikaitkan dengan penyelidikan kualitatif ialah kajian kes, etnografi, inkuiri naturalistik dan lain-lain lagi. 4.1.2.Ciri-ciri Penyelidikan Kualitatif Penyelidikan kualitatif mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut dapat membezakannya daripada penyelidikan kuantitatif. Antara cirri yang berkaitan adalah seperti yang berikut: i. ii. Penyelidik merupakan alat kajian utama untuk mengumpul data dalam situasi yang sebenar; Penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dengan meneroka permasalahan dalam fenomena yang dikaji. Data kajian boleh dalam bentuk naratif dan gambar. Dapatan kajian boleh mengandungi sedutan-sedutan kata responden yang dipetik daripada transkrip temu bual responden, nota kerja lapangan, pita video, gambar, dokumen peribadi, memo dan rekod rasmi; Pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan kerana penyelidikan ini memberi penekanan kepada proses dan hasil kajian; Penganalisisan data dilakukan secara induktif. Matlamat penyelidik bukan untuk menguji atau mengesahkan hipotesis, tetapi membina kesimpulan daripada data yang dikutip, dan; Membuat tafsiran adalah proses paling penting dalam penyelidikan kualitatif kerana penyelidik berhasrat untuk mengetahui dan memahami perspektif responden terhadap sesuatu fenomena yang dikaji. Ketepatan penakrifan bergantung kepada tahap pemahaman penyelidik terhadap budaya responden.

iii. iv. v.

4.2

Reka Bentuk Kajian

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

39

Reka bentuk penyelidikan kualitif adalah luwes. Ia merangkumi prosedurprosedur perancangan hinggalah kepada pelaporan untuk memahami serta menjelaskan proses-proses yang berlaku. Namun begitu, ia tetap saintifik kerana segala prosedur berkaitan perlu dilaksanakan dengan teliti,cuma prosesnya tidaklah terlalu ketat. Kadang-kadang ia boleh diulang-ulang sepanjang proses penyelidikan. 4.2.1 Jenis Penyelidikan Kualitatif (i) Apakah jenis penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan dalam konteks maktab perguruan? Jenis penyelidikan kualitatif yang sesuai digunakan dalam konteks maktab adalah seperti berikut: Kajian kes Penyelidikan tindakan Analisis kandungan

Selain daripada ini, terdapat jenis-jenis penyelidikan yang lain tetapi memerlukan masa yang panjang bagi perlaksanaan, seperti 4.2.1.1 Anthropologi Ethnografi Kajian Sejarah Biografi Kajian Kes

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kajian kes? Dalam kajian kes, pemilihan perkara yang dikaji dilakukan berdasarkan minat khusus dan, bukannya berdasarkan kaedah inkuiri yang digunakan (Stake, 1994). Oleh sebab ia merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar, maka ia adalah suatu strategi penyelidikan komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan penyelidikan tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988). (ii) Bagaimanakah cara untuk menentukan sesuatu kes?

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

40

Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes.

Sempadan Fokus Rajah 1: Kes Contoh : Kes ialah kerja Cik Mariam sebagi seorang pensyarah di MP Teknik, Kuala Lumpur Fokus ialah Cik Mariam Sempadan konteks ialah kerja sebagai seorang pensyarah di MP Teknik (iii) Bilakah kajian kes digunakan? Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan bagaimana atau ` mengapa tentang sesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994). (iv) Mengapa sesuatu kes dikaji? Sesuatu kes dikaji untuk beberapa tujuan. Pertama, sesuatu kes dikaji untuk mendapat kefahaman yang mendalam tentang suatu kes yang menarik (cth. Bread and Dreams : A case Study of Bilingual Schooling in the USA oleh MacDonald, Aldelman, Kushner & Walker, 1982). Kajian kes untuk tujuan ini juga disebut kajian kes intrinsik. Kedua, penelitian terhadap sesuatu kes dilakukan untuk memberi celik akal tentang sesuatu fenomena dan isu, atau untuk tujuan pemurnian teori (cth. Middletown: A Study in American Culture oleh Lynd & Lynd, 1929; Boys in White : Student Culture in Medical School oleh Becher, Green, Hughes & Strauss, 1961). Kajian kes jenis ini dikenali sebagai kajian kes instrumental. Di samping itu, kajian kes juga dilakukan untuk pemahaman yang meluas dengan memanjangkan kajian kepada

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

41

beberapa kes (cth. Innovation up close ; How School Improvement works oleh Huberman & Miles, 1984). Kajian kes seperti ini turut dikenali sebagai kajian kes kolektif. (v) Apakah jenis kajian kes yang boleh digunakan? Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh Whyte, 1943) dan, Kajian Kes Penerangan (cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971). Salah satu daripada jenis tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian. (vi) Bagaimanakah cara menjalankan kajian kes? Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus. Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai. Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua, data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu. Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

4.2.1.2.

PENYELIDIKAN TINDAKAN

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelidikan Tindakan? Penyelidikan tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan (Kemmis, 1988;42) Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

42

terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988: 9) (ii) Apakah prinsip-prinsip penyelidikan tindakan?

Penyelidikan tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, penyelidikan tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip khusus. Penyelidikan tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik tentang masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara lingkaran berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, penyelidikan tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses penyelidikan tindakan, penyelidik bertindak sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh. Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga dipentingkan. Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan hasil penyelidikan. Penyelidikan tindakan juga hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil penyelidikan tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah penyelidikan dijalankan, perubahan kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama penyelidikan tindakan. (iii) Bilakah Penyelidikan Tindakan digunakan? Penyelidikan tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan yang menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan, pelbagai aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan bahan, penerapan kemahiran berfikir umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah pelaksanaan. Di samping itu, penyelidikan juga sesuai sekiranya masa yang boleh diperuntukkan untuk penyelidikan agak terbatas. Oleh sebab penyelidikan bertumpu kepada suatu aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. Penyelidikan memerlukan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

43

peruntukan kewangan. Sebagai suatu penyelidikan yang khusus tentang suatu skop yang lebih kecil, penyelidikan tindakan dapat berperanan apabila peruntukan kewangan untuk penyelidikan adalah terhad. Di samping itu, penyelidikan tindakan juga sesuai apabila usaha kolaboratif di kalangan guru diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina kolaborasi antara guru. (iii) Mengapakah Penyelidikan Tindakan digunakan? Penyelidikan tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya, penyelidikan tindakan juga bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri refleksi amalan kendiri ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama bagi menggalakkan penyelidikan dengan guru dan, bukannya ke atas guru. (iv) Bagaimanakah masalah kajian dalam penyelidikan tindakan ditentukan? Dalam penentukan masalah kajian, faktor-faktor yang berikut perlu diambil kira: (v) Projek tidak mengganggu tugas mengajar; Kaedah pengumpulan data tidak membebankan dari segi masa; Kaedah pengumpulan data mesti menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai dan sah; Penyelidik terlibat secara langsung dengan masalah berkenaan dan ia boleh ditangani, dan; Mempertimbangkan standard dan etika guru/pendidikan/penyelidikan. Bagaimanakah penyelidikan tindakan dijalankan?

Pelaksanaan penyelidikan tindakan dilakukan dalam 5 peringkat: Peringkat 1 : Mengenal pasti amalan yang bermasalah/ menentukan fokus Menentukan amalan pendidikan yang ingin diteliti

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

44

Memilih amalan yang selalu mengganggu dan menyebabkan rasa tidak puas hati atau dirasai bahawa ada sesuatu yang kurang tepat dalam pelaksanaannya Mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa amalan perlu dan boleh dipertingkatkan Mengumpul data awal untuk memastikan amalan yang ingin dikaji betul-betul bermasalah

Peringkat 2 : Perancangan dan Tindakan Meneliti masalah yang ingin dikaji dan mengenal pasti struktur yang membina situasi yang dikaji Menentukan matlamat tindakan adalah jelas Memastikan sebab-sebab tindakan tertentu diambil Menyenaraikan tindakan-tindakan yang dirancang secara terperinci Menyatakan kriteria penilaian dengan petunjuk keberkesanan/kejayaan tindakan dengan jelas

Peringkat 3 : Tindakan/Pelaksanaan Melaksanakan tindakan yang dirancang Memastikan prosedur dan urutan tindakan dipatuhi Melaksanakan prosedur dengan teliti Merekodkan proses dengan sistematik

Peringkat 4: (i) Pengumpulan Data Proses pengumpulan data boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah, termasuklah: Rekod anekdot Nota kerja lapangan Analisis dokumen Penulisan jurnal reflektif Pemerhatian Soal selidik Portfolio Log / catatan

(ii) Menyemak data Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaannya. Suatu cara yang sering digunakan bagi jenis-jenis data yang disebutkan ialah triangulasi. Triangulasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti triangulasi masa, kaedah, sumber dan penyelidik.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

45

Triangulasi masa bermaksud proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber yang dilakukan dalam suatu tempoh atau jangka masa yang panjang. Proses ini memberi peluang kepada penyelidik untuk meneliti proses tertentu dalam kekerapan yang agak tinggi. Keadaan ini memberi peluang kepada penyelidik untuk betul-betul memahami keadaan yang diteliti. Pada masa yang sama, penyelidik dapat menilai ketepatan data yang dikumpulkan. Triangulasi kaedah terbahagi kepada dua jenis, iaitu triangulasi antara kaedah dan triangulasi dalam kaedah. Triangulasi antara kaedah merujuk kepada proses pengumpulan jenis data yang berlainan daripada subjek kajian yang sama. Dengan kata lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis data tentang subjek kajian yang sama. Triangulasi dalam kaedah pula merupakan proses menggunakan kaedah yang sama ke atas subjek kajian atau situasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu jenis data bagi beberapa subjek atau konteks kajian. Sementara itu, triangulasi sumber pula adalah proses mendapatkan maklumat dan pandangan daripada sumber-sumber informasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu-satu jenis data daripada pelbagai sumber. Triangulasi penyelidik pula merupakan proses pengumpulan data menggunakan lebih daripada seorang penyelidik untuk mengumpul data. Proses ini akan menghasilkan beberapa set data yang boleh dinilai kesejajarannya dengan tujuan kajian. Walau bagaimanapun, keselarasan strategi, pengetahuan dan kemahiran penyelidik atau pembantu penyelidik yang terlibat perlu dipastikan. (iii) Penganalisisan data Langkah 1 Data yang dikumpulkan perlu dianalisis, iaitu dibaca dan diteliti satu persatu. Dengan berbuat demikian, penyelidik dapat mengingat kembali peristiwa dan pengalaman yang berkaitan. Proses membaca juga akan mendedahkan status kesempurnaan data. Sekiranya ada data yang tidak lengkap, tindakan susulan boleh diambil. Langkah 2 Selepas membaca dan meneliti data, langkah seterusnya adalah memilih data yang bersesuaian dengan kajian. Dalam proses ini, data ditapis untuk memilih fakta yang penting dan menonjol dari segi kekerapannya. Kemudian, data tersebut dihimpunkan mengikut kategori atau tema tertentu yang dibina berdasarkan kewujudannya dalam data yang terkumpul. Dengan membahagikan data kepada kategori, data yang pelbagai lagi kompleks lebih mudah diuruskan. Langkah 3

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

46

Data yang telah dikategorikan ke dalam pelbagai kelompok perlu dipaparkan dalam suatu bentuk persembahan yang mudah difahami. Bentuk persembahan perlulah lengkap dan mencakup keseluruhan persoalan yang ditangani dalam kajian berkenaan. Dalam persembahan itu, segala hubung kait dan perkaitan antara kategori perlu dinyatakan dengan jelas bagi memperlihatkan keseluruhan fenomena. Untuk itu, pelbagai bentuk grafik yang sesuai, seperti jadual, matriks, carta, carta aliran, graf dan seumpamanya boleh digunakan. Langkah 4 Langkah seterusnya adalah menginterpretasi data untuk membuat kesimpulan. Melalui proses ini hubungan/perkaitan antara data dapat dibina. Seterusnya, usaha merangkakan teori/model untuk menjelaskan situasi dapat dilakukan. Peringkat 5: Refleksi Refleksi merupakan proses mengimbas kembali sesuatu yang dialami atau dilakukan supaya kebaikan dan kelemahan pengalaman tersebut dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan prestasi. Proses ini dilakukan berpandukan data yang diperoleh daripada pengalaman tersebut. Sekiranya tindakan yang dirancangkan tidak berjaya, lingkaran proses diulangi. Dalam hal ini, penilaian terhadap langkah-langkah yang telah dijalankan sebelum itu perlu dilakukan. Ini bertujuan untuk membolehkan pengubahsuaian dilakukan untuk memastikan penyelidikan ulangan yang dijalankan lebih berjaya. 4.2.1.3. Analisis Kandungan (i) Apakah yang dimaksudkan dengan analisis kandungan? Analisis kandungan ialah teknik untuk mengumpul dan analisis kandungan teks (Neuman 1991:272)

(ii) Apakah perbezaan antara teks dan kandungan? Teks meliputi sebarang bahan bertulis, visual atau percakapan yang berfungsi sebagai media komunikasi. Antara contohnya ialah buku, laman web, karangan, temu ramah, perbincangan, tajuk-tajuk akhbar ataupun artikel, dokumen sejarah, ucapan, iklan, pementasan, perbincangan rasmi, malah sebarang bentuk perhubungan yang menggunakan bahasa. Kandungan merujuk kepada perkataan, makna, gambar-gambar, simbolsimbol, idea-idea, tema atau sebarang mesej yang terkandung dalam teks tertentu.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

47

(iii) Bilakah analisis kandungan digunakan? Analisis kandungan biasanya digunakan untuk: mengkaji masalah tentang teks yang bersiri; mengkaji satu-satu topik yang telah berlalu, misalnya dokumen sejarah, hasil penulisan orang yang telah tiada dan lain-lain, dan; mengkaji mesej dalam satu-satu teks yang sukar dikaji sekiranya menggunakan pemerhatian umpamanya, kerana kewujudan elemen emosi, pemikiran, bias penulis yang mungkin tidak dapat dilihat secara visual tetapi boleh dianalisis melalui bahan penulisannya.

(iv) Apakah jenis teks pendidikan yang boleh dilakukan analisis kandungan? Kebanyakan teks yang digunakan untuk tujuan pendidikan di sekolah/maktab boleh digunakan, seperti: Bahan kurikulum, seperti sukatan pelajaran Buku teks Dokumen Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

(v) Bagaimana melaksanakan analisis kandungan? Langkah 1: Baca data, iaitu membaca teks dan meneliti kandungannya Langkah 2: Memilih dan mengekod data ke dalam beberapa kategori berdasarkan pelbagai tahap seperti perkataan, makna perkataan, frasa, ayat, perenggan atau tema Langkah 3: mempamerkan data dalam bentuk matriks, graf, carta atau rangkaian yang membolehkan kesimpulan dibuat Langkah 4: membuat kesimpulan dengan menentukan pola, tema, membanding membeza, mengira, mengkategori dan mengesahkan kesimpulan dengan triangulasi, menyemak penerangan yang bercanggah, mendapat maklum balas daripada responden, menyemak perwakilan, menyemak untuk kesan-kesan penyelidik dan menilai bukti.

4.2.2.Persampelan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

48

(i) Mengapakah persampelan penting dalam penyelidikan kualitatif? Persampelan adalah penting kerana ia menentukan keesahan interpretasi dan, terutamanya keupayaan generalisasi. (ii) Berapa besarkah saiz sampel yang sesuai? Jumlah individu dan kes yang harus dilibatkan dalam kajian kualitatif perlu diambil perhatian. Dalam penyelidikan kualitatif, persampelan bukan melibatkan soal penghasilan kuantiti per se tetapi ia mengutamakan soal kualiti dan jenis maklumat yang dihasilkan. Biasanya sampel yang terlibat adalah kecil, iaitu antara 1 hingga 5 responden atau kes. Jumlah ini dianggapkan sesuai untuk memungkinkan pemahaman yang mendalam. (iii) Apakah konteks dan sampel dalam penyelidikan sosial dan pendidikan? Komuniti, seperti kawasan spesifik, kumpulan sosial yang sama tujuan, ruang sosial yang tertutup, Orang, seperti guru, pelajar, pengetua Institusi, seperti keluarga, gereja, media, kerajaan Organisasi, seperti sekolah, kelab remaja, kolej, syarikat komersial, industri Kumpulan informal, seperti gang, kumpulan persahabatan, Program, seperti projek rintis, eksperimen, program makanan, program kesihatan, sistem atau organisasi terhad, program sementara

(iv) Apakah jenis persampelan yang boleh digunakan dalam penyelidikan kualitatif? Persampelan mudah: melibatkan pemilihan individu paling terdekat atau senang didapati. Proses ini berterusan sehingga saiz sample yang dikehendaki diperolehi. Persampelan purposive : penyelidik memilih sendiri responden berasaskan ciri-ciri tertentu yang memenuhi keperluan spesifik kajian. Persampelan snowball : penyelidik mengenal pasti sekumpulan kecil individu yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang dikehendaki. Kemudian, mereka berfungsi sebagai pemberi maklumat untuk mengenal pasti orang lain yang sesuai dijadikan sampel dan proses ini berlaku secara berterusan sehingga difikirkan mencukupi oleh penyelidik.

(v) Apakah bias dalam persampelan yang boleh mempengaruhi keesahan maklumat? Tidak mewakili ciri-ciri demografi dan budaya dalam situasi berkenaan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

49

Berfokus kepada satu bahagian hiraki dan mengabaikan yang lain Tidak memasukkan peristiwa atau aktiviti yang mencirikan konteks dan, tidak sedar tentang beberapa faktor dan pengecualian yang lain Penumpuan melampau terhadap yang eksotik atau dramatik dan mengecualikan yang biasa Tidak memberi perhatian yang mencukupi terhadap pemilihan masa atau tidak menyedari penyelididkan dipengaruhi masa Hanya berbual dengan orang yang disukai atau senang ditemui Terlampau menghargai sumbangan orang tertentu kerana kesesuaian, tarikan, persahabatan dll. Kegagalan untuk mengambil kira non-response dan membezakan sampel yang dikehendaki dengan sampel yang diperoleh

4.2.4.Kajian Rintis 4.2.4.1 Mengapa kajian rintis penting?

Kajian rintis merupakan suatu usaha untuk membantu penyelidik untuk mendapatkan gambaran/maklumat awal tentang penyelidikan yang akan dilakukan. Kajian rintis merupakan suatu aspek dalam reka bentuk kajian yang dilakukan untuk menguji kumpulan atau individu lain yang tidak akan terlibat dalam kajian sebenar melalui temu bual, kumpulan fokus, pemerhatian atau rakaman audio. Kajian rintis tidak dapat dilakukan dalam semua konteks, contohnya dalam ethnografi. Kajian rintis pada awal penyelidikan dapat membantu mengenal pasti masalah. Individu atau group atau lokasi yang dilakukan kajian rintis perlu dapat dapat menggambarkan atau mewakili konteks kajian yang sebenar. Kajain rintis mestilah dirancang dengan baik. Data daripada kajian rintis tidak boleh digunakan sebagai data dalam kajian sebenar.

4.2.5.Kaedah Pengumpulan Data 4.2.5.1 Pemerhatian

Kaedah pengumpulan data secara terus/langsung Boleh digunakan untuk memperoleh data kuantitatif dan kualitatif Boleh menggunakan pendekatan naturalistik atau eksperimen Memberi ruang kepada pengkaji untuk memainkan pelbagai peranan ketika pemerhatian Perlu dingat, dari suatu segi, semua kajian melibatkan pemerhatian kerana kita tidak dapat meneliti dunia sosial tanpa menjadi sebahagian

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

50

daripadanya (Atkinson & Hammersley 1994, dlm. Denzin & Lincoln, ms. 249). Jenis-Jenis Pemerhatian A. Pemerhatian Turut Serta Pemerhatian turut serta boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu peserta penuh, peserta sebagai pemerhati dan peserta marginal. Peserta penuh identiti penyelidik dirahsiakan; melibatkan soal etika tetapi mungkin itulah caranya untuk meneliti situasi tertentu Peserta sebagai pemerhati mendedahkan identiti dan cuba mendapatkan Kepercayaan peserta kajian utama; menggunakan peranan sebagai peserta dan Pemerhati untuk mengumpulkan data. Peserta marginal - pemerhatian dilakukan secara bersahaja tanpa disedari orang lain, tanpa dianggap menceroboh. Tetapi, penyelidik perlu memastikan peranannya pada pandangan orang lain apabila menggunakan teknik ini. Pemerhati sebagai Peserta Teknik ini turut dikenali sebagai pemerhatian tidak turut serta, tetapi ia sebenarnya agak mustahil. Penyelidik juga tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti tetapi identiti dan kadang-kadang sesetengah aspek tentang tujuan kajian turut diketahui umum atau oleh sesetengah orang. Cara Pengumpulan Data Pemerhatian Beberapa cara yang berkaitan adalah seperti yang berikut: Catatan lapang tak berstruktur Jadual pemerhatian berstruktur Skema pengekodan berasaskan soalan kajian Senarai semak Rakaman peristiwa (cth. Apabila wanita bercakap; apabila pelajar masuk ke kelas) Persampelan waktu (cth. memerhatikan tempat kerja, pusat membelibelah, GERKO maktab pada waktu yang berlainan)

Apa yang boleh diperhatikan? Perlakuan non-verbal

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

51

Penggunaan ruang Interaksi lisan, cth. siapa bercakap, penggiliran, siapa mencelah, siapa bernada tinggi atau lembut Kandungan dan struktur bahasa

Apa yang perlu difikirkan sebelum melaksanakan pemerhatian ? Peranan/identiti penyelidik Lokasi, situasi dan konteks kajian; waktu; ruang; tempat Kebenaran, akses untuk menjalankan kajian, rundingan, persetujuan Membentuk hubungan, kerjasama, penerimaan, kepercayaan Apa yang diperlukan/dikehendaki? Cara memperoleh data; sumber data; siapa terlibat; bila; di mana Isu-isu etika kebolehpercayaan, keesahan

Merekodkan data pemerhatian Rekodkan dengan serta-merta atau secepat mungkin Semak catatan secepat mungkin untuk meneliti/menambah/membaiki, terutamanya kalau penulisan akan dilaksanakan secara naratif Masukkan petanda-petanda insiden, peristiwa, proses Masukkan perkara yang tertinggal kemudian Masukkan interpretasi/idea ke dalam catatan lapangan Gunakan memo sebagai peringatan untuk mengumpulkan data tertentu Sedia suatu diari lapangan *Perlu sedar bahawa kita mungkin tertinggal sesuatu jangan berfokus kepada kelompok peserta yang dianggap relevan sahaja Bilakah pemerhatian sesuai? Atas alasan epistemologi atau ontologikal Kajian eksploratori Kajian etnografi Kumpulan kecil Proses atau peristiwa yang singkat Peristiwa rutin/kebiasaan Aktiviti yang dapat diperhatikan Masa yang lama

Kelebihan/Kekuatan Teknik Pemerhatian Bersifat langsung/terus Dapat memaksimum pengumpulan data dalam konteks Data muncul/timbul, bukan dikeluarkan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

52

Membantu dalam meneliti kandungan/struktur penggunaan bahasa Menimbulkan elemen non-linguistik dalam interaksi lisan Dapat digunakan dalam kehidupan Kurang mengancam

Kekurangan Kesan penyelidik sukar disingkirkan Merekodkan pemerhatia boleh menyukarkan Sukar untuk memisahkan pengumpulan daripada penginterpretasian data Pengasingan penyelidik daripada kajian boleh berlaku memakan masa Memerlukan latihan terlebih dahulu Sering berdepan dengan isu kebolehpercayaan, keesahan, kesahihan Keraguan dari segi etika Temu Bual

4.2.5.2

Secara umum temu bual adalah perbualan yang terbimbing dan berfokus. Pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan siri soalan yang relevan dengan fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992: 100) Selalunya dicipta dan bukan semula jadi, tetapi hubungan mesra boleh terbina antara kedua-duanya Temu bual membekalkan sebahagian gambaran sahaja berbanding dengan kaedah pengumpulan data kualitataif lain kerana konteks sebenar tidak dirangkum dalam temu bual (boleh menimbulkan masalah kebolehpercayaan dan keesahan)

Tujuan Temu Bual Dalam kajian kualitatif, temu bual merupakan berikut: Proses pengumpulan data tentang perkara yang tidak dapat diperhatikan (kepercayaan, prinsip pegangan) atau perkara yang sukar diperoleh (dokumen, diari) Suatu strategi untuk saling semakan dan elucidating data yang dikumpulkan daripada sumber lain (pemerhatian, dokumen, jurnal) Kaedah untuk meninjau dan mengesahkan perspektif peserta kajian utama Strategi untuk memperoleh data sejarah kehidupan

Teknologi temu bual Kaset perakam

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

53

o o o o o o o o

Paling biasa digunakan, tetapi rakaman perlu ditranskripsikan Elok kalau ada mikrofon yang disambungkan ke perakam Letakkan dekat dengan peserta kajian Pastikan aras bunyi (volume) sesuai Pastikan ada bateri Pastikan alat perakam dan keset diperiksa/disediakan lebih awal Pastikan rakaman berjalan lancar; pastikan dari semasa ke semasa; Dengar rakaman secepat mungkin dan masukkan bahagian yang tertinggal jika ada

Menulis catatan o o o Boleh dilakukan tetapi sukar untuk menulis pada masa memandang peserta kajian (terutama temu bual tak berstruktur) Pertimbangan tentang apa yang perlu/tidak mengganggu proses penulisan Sangat relevan kalau data non-verbal diperlukan

o o o o o o o o o o o o o o

Kamera Video Boleh memngganggu proses temu bual; sesetengah Orang tidak selesa Minta izin dahulu mungkin tidak bersetuju, fikirkan Kaedah lain o Sesuai untuk perbincangan kumpulan ada ruang menentukan peserta ketika menulis catatan Berguna dalam merakamkan interaksi verbal dan non-verbal Melibatkan penganalisisan yang kompleks Penggunaan telefon Sesuai kalau jarak peserta dengan penyelidik jauh, terlalu sibuk, orang berstatus tinggi Petanda non-verbal tidak diperoleh Rakaman audio boleh dilakukan Perbualan boleh juga dirakamkan E-mail Berguna dalam kedudukan yang berjauhan Gunakan soalan terbuka supaya tidak menjadi soal selidik Peserta boleh mengambil masa untuk respon Boleh dipindahkan terus ke dalam fail tertentu * Walau apa pun cara yang digunakan, elok dicatatkan refleksi terhadap proses temu bual, begitu juga dengan andaian, pendapat dan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

54

ramalan yang terlintas di fikiran berasaskan kandungan temu bual yang dijalankan. Bentuk Temu Bual Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran Separa-berstruktur - soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan Tidak berstruktur penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir Kumpulan fokus Apakah temu bual kumpulan fokus? Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran dan parti politik Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus Perbincangan dikawal moderator Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara penyelidik dan ahli kumpulan o Bilakah sesuai? Untuk menjelajah isu yang kurang dikaji atau untuk memperoleh idea tentang sesuatu yang kontroversial atau spesifik Apabila peluang untuk temu bual individu terbatas, kurang sesuai, memerlukan banyak masa atau sukar diuruskan Suatu kaedah ekonomikal kerana boleh mendapat data verbal dengan banyak Apabila pemerhatian turut serta tidak dapat membekalkan data secukupnya atau kurang sesuai Kepelbagaian idea dan pandangan diperlukan daripada sekumpulan manusia Idea awal yang menyeluruh diperlukan sebelum alat kajian lain digunakan Sebagai sebahagian daripada penyelidikan pelbagaikaedah Sebagai suatu kaedah

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

55

Perancangan Temubual Sumber yang ada masa, kewangan, pembantu, Berapa kumpulan? 3 hingga 5 (Morgan 1997) Ahli kumpulan? terlalu kecil kurang dinamik; terlalu besar? Heterogenous/pelbagai; persampelan teoretis atau rawak? Pemilihan peserta? Di manakah tempat yang sesuai? Sesi perbincangan berapa lama? Perbincangan tidak berstruktur, berstruktur, terbimbing? Cara merakamkan data? Ada ujian pra dan pasca?

Pelaksanaan Temubual Penguasaan ahli kumpulan tentang isu harus mencukupi (tidak wajar terlalu difokuskan) Peserta seharusnya memberikan data yang spesifik ada bukti, konkrit, pengalaman Menggalakkan perbincangan yang mendalam Mempertimbangankan pengalaman peribadi peserta dan perspektif mereka (Merton et al 1990) Peraturan perbincangan perlu dibina dan persetujui Memantau, mengawal dan mengarah perbincangan dengan bijaksana Buat catatan yang sesuai Mencelah dengan bijaksana

Kekuatan temubual Mengizinkan pemerhatian tentang interaksi kumpulan dalam suatu situasi terkawal Sesuai bagi tema/topik yang kurang berstruktur Penting bagi kajian eksploratori Membolehkan penyelidik untuk menghasilkan banyak data bagi suatu topik khusus Cepat dan mudah dilaksanakan (menguruskan peserta boleh menjadi sukar) Peserta lebih bebas untuk memberi dan menegaskan idea daripada temu bual perseorangan Dapat membekalkan data yang banyak dan mendalam Luwes

Kekurangan temubual bergantung sepenuhnya kepada interaksi kumpulan tidak naturalistik tetapi dicipta penyelidik

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

56

mungkin tidak sesuai untuk sesetengah tajuk peserta mungkin mengarahkan perbincangan ke arah lain yang tidak relevan sesetengah peserta mungkin mengawal perbincangan menimbulkan soal etika soal kerahsian kerana perbincangan terbuka; rakaman dan video untuk siapa? kurang sesuai bagi peserta yang kurang keyakinan atau tidak biasa berbincang secara terbuka mendapatkan peserta yang sesuai mungkin sukar

4.2.5.2

Dokumen Analisis

Apakah dokumen analisis? Dalam dokumen analisis, pengkaji menggunakan bahan yang wujud atau bahan yang disediakan oleh subjek (subjek produced data). Tugas utama pengkaji adalah mencari dan mendapatkan akses ke atas bahan itu. Kualiti bahan yang dihasilkan mungkin berbeza. Mengapakah dokumen analisis penting dalam penyelidikan kualitatif? Dokumen analisis memberi gambaran dan kefahaman mendalam tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Ia juga berfungsi sebagai data sokongan kepada data yang dikumpulkan dengan cara lain. Apakah jenis dokumen yang boleh dianalisis? Terdapat jenis dokumen yang menjadi sumber primer (disediakan oleh responden) atau sekunder (diperolehi dari sumber lain selepas diperoleh daripada responden). Jenis sumber Primer Jenis dokumen Peribadi Perihalan Yang ditulis oleh responden tentang tindakan, pengalaman dan kepercayaan seseorang seperti autobiografi, surat peribadi, diari, jurnal reflektif, hasil kerja murid, buku skrap Minit mesyuarat, memo, rekod murid dan fail peribadi murid Surat panggilan mesyuarat, buku tahunan, press release,kod etika, pernyataan falsafah Surat khabar, bulletin, surat kepada

Sekunder

Rasmi: Dokumen dalaman Rasmi: Dokumen luaran Media massa

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

57
editor Risalah, buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa

Am

4.2.5.4

Nota Lapangan (Field notes)

Apakah Nota lapangan? Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data. Kandungan Nota Lapangan Deskriptif

Ia mengandungi penerangan terhadap latar konteks, individu/kumpulan, tindakan dan perbualan tentang apa yang telah diperhatikan,dialog, dan pelakuan/tindakan penyelidik. Reflektif o o o o Memberi gambaran dan menilai idea-idea dan perkara yang telah diberi perhatian. Ia berfokus kepada soal spekulasi, perasaan, masalah, idea, tanggapan dan prasangka. Ia turut melibatkan refleksi terhadap analisis yang dilakukan Refleksi dilakukan ke atas method kajian, dilema tentang etika dan konflik dan, apa yang difikirkan oleh pengkaji.

Nota lapangan kaya dengan Data (Rich data) o o Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks dan peserta yang dikaji. Sebagai bukti yang membantu proses membuat analisis kajian.

Bentuk Nota Lapangan page) Proses Dalam Menulis Nota lapangan Muka surat pertama (first Perenggan dan margin

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

58

Memahami dan mengenal pasti apa yang hendak dikaji; Merekodkan apa yang diperhatikan; Memikirkan tempat yang sesuai untuk bekerja; Memikirkan masa yang diperlukan untuk menulis nota lapangan; Memulakan penulisan dengan menulis beberapa nota; Menulis mengikut kronologi peristiwa yang telah diperhatikan; Memastikan aliran penulisan tidak terjejas, dan; Memasukkan perkara yang terlupa semasa menjalankan permerhatian.

4.2.5.5 Jurnal Reflektif


Apakah jurnal reflektif? Suatu cara untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui. Bagaimana menulis jurnal reflektif? Kandungan berikut boleh dimasukkan ke dalam jurnal. (Anda boleh menambah aspek lain yang difikirkan sesuai mengikut tujuan dan situasi anda) Kandungan Huraian mengenai peristiwa pengajaran/pembelajaran Contoh Perbincangan mengikut kumpulan 4 orang dengan murid-murid dikehendakai mencari penyelesaian terhadap masalah yang saya (guru) kemukakan dalam edaran. Setiap kumpulan diberi masalah yang berbeza Adalah penting murid diberi peluang berbincang sesama sendiri. Ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama, tetapi ia juga mengajar mereka untuk menimbangkan pandangan orang lain Dalam kebanyakan kumpulan, hanya seorang dua sahaja yang aktif berbincang. Yang lain nampaknya menumpang sahaja. Ada juga

Matlamat yang ingin dicapai daripada peristiwa tersebut

Apakah kesudahan peristiwa tersebut?

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

59
yang meniru tanpa memahami apa yang ditiru

Beberapa sebab yang Cara kumpulan dibentuk komposisi (jantina, berkemungkinan besar kebolehan) dan saiz membawa kepada kesudahan Masa yang diperlukan untuk perbincangan tersebut Beberapa langkah penambahbaikan yang boleh dicuba seterusnya Soalan-soalan selanjutnya untuk diterokai Cara pembentukan kumpulan diubah suai

Apa kata jika prosedur penyelesaian masalah sesuatu kumpulan disemak oleh kumpulan lain? Apakah implikasinya terhadap

4.2.6 Interpretasi dan Analisis data Selepas mengumpul data, apakah tindakan anda seterusnya? Data harus diinterpretasi dan dianalisis. Apakah perbezaan antara penginterpretasian data dan penganalisisan data? Penginterpretasian data merupakan proses memberi makna kepada apa yang dipelajari daripada data yang dikumpulkan. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada proses penganalisisan data. Asas kepada proses menginterpretasi data ialah membaca dan menulis. Suatu interpretasi yang baik membawa penyelidik ke dalam pengalaman yang diperihalkan. Kecekapan menginterpretasi merupakan suatu seni yang dipelajari dan dikuasai setelah melalui proses menginterpretasi yang berulang-ulang kali. Proses interpretasi Lapangan (penyelidik membina teks lapangan yang terdiri daripada nota lapangan dan dokumen) Teks lapangan ( penyelidik melakukan interpretasi berdasarkan teks dan membina suatu teks nota)

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

60

Pembaca (Penyelidik menulis teks penyelidikan tentang pengalamannya. Teks ini dikongsikan dengan rakan-rakan dan komen serta cadangan mereka diterima. Kemudian penyelidik menulis satu dokumen am atau laporan untuk pembaca) Penganalisisan data ialah suatu proses yang sistematik untuk mencari, menyususn maklumat daripada transkrip-transkrip temubual, nota lapangan dan bahan-bahan lain yang telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut. Menganalisis melibatkan aktiviti memahami, menyusun dan mengasing-asingkan data kepada unit-unit kecil; melakukan sintesis, mengenal pasti pola, mendapatkan perkara yang penting,menetapkan apa yang perlu diketahui dan menentukan apa yang harus dilaporkan (Borgdan & Biklen, 1992; 153). Apakah peringkat-peringkat dalam penganalisisan data kualitatif? Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara berterusan sepanjang proses penyelidikan. Sebelum pengumpulan data Semasa pengumpulan data Jenis kerangka konseptual Kes mana? Apakah soalan kajian? Apakah kaedah pengumpulan data? Membuat keptusan bagi menyempitkan bidang/skop yang dikaji Merancang sesi mengumpul data seterusnya berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat Menulis ringkasan, memo, komen dan pandangan mengenai idea yang dibentuk Mengekodkan data Mencungkil tema Membina kategori atau kelompok Mengenal pasti pola, keterangan, persamaan, kemungkinan, proposisi, aliran sebab akibat, tanggapan dan perspektif alternatif

Selepas pengumpulan data

Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu penyaringan data (data reduction), persembahan data (data display) dan penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion drawing/ verifikasi) (Miles & Huberman,1994). Penyaringan data (Data Reduction)

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

61

Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan. Untuk itu, aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses membuat keputusan. Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjang proses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses mengumpul data. Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data. Proses ini melibatkan aktiviti; Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik; Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik; Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor; Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit (ayat dan perengan dengan kategori pengkodan yang berkaitan); Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut kategori dan memasukkannya ke dalam fail menggunakan komputer, dan: Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang muncul.

Persembahan data (Data Display) Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan data agar mudah difahami. Data juga harus dipersembahkan secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat. Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakan perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian. Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik membina kesimpulan tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan, kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripada data. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data, menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari bukti yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif alternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak silang dengan perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu dilakukan.

4.2 .7

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Penyelidikan Kualitatif

Bagaimanakah cara untuk membina keyakinan terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dalam penyelidikan kualitatif?
Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

62

Penyelidikan kualitatif dilakukan ke atas konteks kehidupan sebenar. Oleh sebab itu, proses ini bersifat subjektiviti kerana: impak penyelidik ke atas tempat (Kesan Halo or Hawthorne); nilai-nilai yang dipegang oleh penyelidik, dan; status kebenaran keterangan atau interpreatsi penyelidik.

Bagi mengatasi kemungkinan yang disebutkan di atas, penyelidik perlu sentiasa bertanyakan soalan tentang penyelidikannya. Apakah bukti bahawa tuntutan yang dibuat benar? Bagaimanakah tuntutan itu dijustifikasikan? Oleh sebab itu, kesahan dan kebolehpercayaan data adalah isu-isu yang penting dalam penyelidikan kualitatif. Kategori, huraian, tema, isu yang didapati daripada data harus disemak untuk kemungkinannya, kepercayaan dan kesahan (Miles and Huberman, 1994). (ii) Apakah maksud keesahan dan kebolehpercayaan data? Keesahan: Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57) Kebolehpercayaan: Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza (Hammerslay 1992a:67) (iii) Cara menentukan keesahan dan kebolehpercayaan data? Kesahan data boleh ditentukan melalui menyemak silang dapatan dalam hubungan tertentu. Untuk itu beberapa strategi boleh dilakukan, seperti Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, dengan penyelidik yang berlainan; Kesahan dari sudut responden, iaitu mendapatkan pengesahan dapatan kajian dengan mengemukakan semula kepada responden, dan; Menguji assertions melalui induksi analitik, iaitu mencari kes terpesong/istimewa yang berlawanan dengan ciri-ciri am dalam kebanyakan kes (deviant cases), penggunaan kaedah bandingan setara (constant comparative) dan perspektif alternatif.

Kebolehpercayaan data dapat dipastikan melalui Penulisan nota lapangan yang sistematik; Ujian rintis temu bual;

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

63

Latihan ke atas penyelidik yang akan menjalankan temu bual; Semakan kebolehpercayaan inter-rater ke atas pengekodan transkripsi temu bual; Pelaksanaan audit inkuiri; Pembinaan akaun data; Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula; Penglibatan yang lama dengan tempat kajia, dan; Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.

Bolehkah kesimpulan daripada satu kes digeneralisasikan kepada populasi? Isu generalisasi sering menjadi masalah kepada penyelidik kualitatif, terutama bagi penyelidikan kajian kes. Dalam membuat kesimpulan tentang sesuatu kes, kejadian dalam kes dan juga daripada kes digeneralisasikan kepada situasi lain yang serupa. Adalah sukar untuk melakukan generalisasi daripada dapatan kualitatif selain daripada terhadap kejadian yang dikaji. Walaubagaimana pun, generalisasi boleh dilakukan melalui: Penerangan yang kaya dan mendalam yang dapat memberi penaakulan daripada satu kes ke satu kes lain, dan; Kes dilaksanakan semula (replicate) melalui reka bentuk pelbagai tempat.

Oleh sebab itu, penyelidikan kualitatif tidak boleh dianggapkan sebagai saluran untuk menghasilkan generalisasi atau langkah awal kepada pembinaan teori. Yang penting dalam penyelidikan kualitatif adalah kefahaman mendalam tentang kes dan kajian tentang penerokaan. 4.3. Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif

4.3.1.Panduan Penulisan Tidak ada satu panduan menulis laporan penyelidikan kualitatif yang ditetapkan Laporan boleh ditulis mengikut kreativiti penyelidik asalkan menepati tujuan kajian dan mempunyai justifikasi Laporan boleh ditulis dengan menggunakan ayat pasif atau aktif Tinjauan kajian boleh digabungkan dengan perbincangan umum atau ditulis dalam bab berasingan, bersesuaian dengan tujuan kajian dan kepakaran penyelidik Bagi memudahkan penulisan, penyelidik digalakkan merujuk laporan penyelidikan kualitatif autentik yang sedia ada Peranan penyelidik harus dijelaskan secara eksplisit dalam laporan bagi menyatakan kesedaran tentang bias yang mempengaruhi kajian. Dengan demikian, penyelidik dapat memperjelaskan langkah-langkah untuk menghalang bias daripada mempengaruhi dapatan kajian

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

64

Laporan penyelidik harus dapat menyatakan hasil pembelajaran yang diperoleh daripada proses penyelidikan Bentuk dan gaya penulisan laporan penyelidikan harus menonjolkan hasil pemikiran penyelidik secara eksplisit kepada pembaca laporan Kaedah laporan kajian yang digunakan haruslah selari dengan tradisi kaedah penyelidikan yang sedia ada (contoh Kajian Kes, Kajian Tindakan)

4.3.2.Gaya Persembahan Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif Bentuk persembahan laporan penyelidikan kualitatif berbeza daripada persembahan laporan penyelidikan kuantitif. Pembeza utama persembahan laporan penyelidikan kualitatif adalah penggunaan sedutan kata, dialog dan pemerihalan untuk memperjelas, menginterpretasi dan mempersembahkan data. Antara gaya persembahan yang sesuai digunakan ialah gaya naratif, gaya gambaran (portrayal), gaya sedutan (vignette) dan gaya analisis. Gaya Naratif Gaya naratif melaporkan hasil kajian sebagai sebuah cerita tentang penyelidikan yang dijalankan. Sesuai dengan itu, gaya ini Menyatakan dapatan kajian dalam bentuk penceritaan; Mempunyai kekuatan, iaitu pembaca dapat merasai dan menghayati peristiwa yang berlaku dalam kajian secara langsung; Tidak dimuatkan dengan pendapat sendiri yang boleh mempengaruhi ketulenan kesimpulan, dan; Turut memaparkan kekaburan yang terhasil daripada data untuk membolehkan pembaca membuat interpretasi sendiri.

Gaya Portrayal Menghuraikan data untuk membuat gambaran; Menghuraikan data dalam bentuk profil (lukisan watak yang ringkas dan menarik berasaskan riwayat hidup); Gaya ini merupakan alternatif kepada gaya naratif apabila data yang diperoleh tidak memadai untuk dipersembahkan dalam bentuk naratif, dan; Contoh yang baik untuk gaya ini adalah persembahan dalam filem dokumentari dengan watak, kejadian dan latar belakang kejadian dipaparkan seiring untuk membentuk gambaran yang lengkap

Gaya Vignette

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

65

Memerihalkan suatu siri kejadian yang boleh mewakili senario yang dikaji Berbentuk penceritaan yang terhad dari segi tempoh cerita, latar cerita dan pemaparan beberapa episod penting Pemilihan siri kejadian berasaskan interpretasi penyelidik kerana dialah yang menentukan episod-episod yang dianggap penting untuk dipaparkan Boleh mengandungi analisis penyelidik.

Gaya Analisis Memecahkan keseluruhan data kepada bahagian-bahagian kecil dengan tujuan untuk meneliti fungi, sifat dan hubung kait antara data Membahaskan dapatan penting secara eksplisit dengan sokongan bukti-bukti Bersifat lebih eksplisit daripada naratif Lebih jelas daripada gaya naratif

4.3.3.Kesalahan Biasa Yang Ditemui Dalam Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif Persembahan Terlalu banyak kesalahan bahasa sehingga memerlukan pembetulan dan rombakan yang besar pada teks. Lemah dari segi susun atur, seperti tidak konsisten dalam menulis tajuk dan sub tajuk Tidak konsisten dalam menggunakan akronim (abbreviations) Penggunaan huruf ringkas / akronim yang tidak lengkap dan tidak ada penerangan Rujukan yang tidak dinyatakan dan tidak lengkap Tercicir muka surat

Penulisan Struktur ayat yang lemah Tidak konsisten dalam penggunaan tatabahasa Mengandaikan yang pembaca memahami konteks kajian

Struktur Pengenalan kajian tidak ada atau tidak lengkap Kesimpulan lemah Penutup tidak ada atau tidak lengkap

Kaedah Penyelidikan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

66

Tidak memperjelaskan peranan penyelidik dalam kajian Tiada bukti rujukan dan pembacaan tentang metodologi kajian Tidak ada justifikasi atau ulasan dalam pemilihan kaedah penyelidikan Tidak mengulas dan menganalisis bahan bacaan yang dipetik Memperjelas butiran dalam prosedur kajian yang dilaksanakan (jumlah soal selidik yang diedar dan dikembalikan, jumlah temu bual yang dilakukan, tokoh yang ditemu bual, tempoh perbualan, cara perbualan direkodkan dan cara data diinterpretasi Gagal membuat kesimpulan daripada data yang dikumpul Gagal mengaitkan perbincangan dengan hujah yang dikemukakan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

67

LAMPIRAN 5.1 5.1.1 FORMAT KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN Penyelidikan Kuantitatif HALAMAN JUDUL Halaman Judul Kandungan Senarai Jadual Senarai Singkatan Lampiran BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.7 PENDAHULUAN

Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Rasional Kajian Soalan Kajian Definasi Operasi Batasan Kajian TINJAUAN LITERATUR

BAB 2

2.1Pendahuluan 2.2 Teori/Model/Kerangka Konseptual 2.3 Tinjauan Am 2.4 Tinjauan relevan dengan soalan kajian 2.5 Rumusan BAB 3 METODOLOGI 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Pendahuluan Reka Bentuk Kajian Instrumen Populasi/Sampelan Prosedur Pengumpulan Data - kaedah - kajian rintis Pemerosesan dan Analisis Data Jadual Kerja Anggaran Kos Perbelanjaan / Budjet

BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

68

LAMPIRAN 5.1.2 Penyelidikan Kualitatif HALAMAN JUDUL Halaman Judul Kandungan Senarai Jadual Senarai Singkatan Lampiran BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 BAB II 2.1 2.2 2.3 2.4 PENDAHULUAN Pendahuluan : Latar belakang / konteks kajian Tinjauan Literatur terkini terhadap fokus kajian Minat peribadi terhadap fokus kajian Tujuan Kajian Soalan kajian Kesignifikanan kajian Batasan Kajian METODOLOGI

2.6 2.7 2.8 2.9 3.0

Pendahuluan Reka bentuk kajian Instrumen Populasi/sampelan 2.5 Prosedur pengumpulan data kaedah kajian rintis Interpretasi dan analisis data Etika kajian Kaedah verifikasi data Jadual kerja Anggaran kos perbelajaran / budjet

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

69

5.2

FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN

5.2.1 Laporan Penyelidikan Kuantitatif Halaman Judul HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT (terjemahan abstrak) KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN LAMPIRAN BAB 1 l.1 l.2 l.3 l.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 PENDAHULUAN

Pendahuluan Latar belakang Kajian Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Rasional Kajian Soalan Kajian / hipotesis kajian Definasi operasi Kesignifikanan kajian Batasan Kajian TINJAUAN LITERATUR

BAB II 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Pendahuluan Teori/Model/Kerangka Konseptual Tinjauan Am Tinjauan relevan dengan soalan kajian Rumusan METODOLOGI

BAB III 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Pendahuluan Reka bentuk kajian Instrumen Populasi/sampelan Prosedur pengumpulan data - kaedah - kajian rintis Analisis data

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

70

BAB IV 4.1 4.2 BAB IV 5.1 5.2 5.3

ANALISIS DATA Pendahuluan Paparan data mengikut tajuk soalan kajian / hipotesis kajian PERBINCANGAN

Bincang permasalahan kajian atau hipotesis dengan dapatan data Bincang tentang implikasi dapatan dengan focus kajian Cadangan tajuk-tajuk kajian masa depan

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

71

5.2.2 Format Laporan Penyelidikan Kualitatif Halaman Judul HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT (terjemahan abstrak) KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN LAMPIRAN BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 PENDAHULUAN

Pendahuluan: Latar belakang/ konteks kajian Tinjauan literatur terkini terhadap fokus kajian Minat peribadi terhadap fokus kajian Tujuan Kajian Soalan kajian Kesignifikanan kajian Batasan Kajian

Tinjauan literatur boleh ditulis sebagai satu bab tetapi ini agak jarang dilakukan. Biasanya literatur diserap ke dalam penulisan laporan di mana sesuai untuk menyokong dapatan data. BAB II 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 METODOLOGI

Pendahuluan Reka bentuk kajian Peranan penyelidik sebagai instrumen Populasi/sampelan Prosedur pengumpulan data kaedah kajian rintis Etika kajian Interpretasi dan analisis data Kaedah verifikasi data

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

72

BAB III

KES atau ISU-ISU kajian atau isu-isu dengan pelbagai gaya

3.1 Pendahuluan 3.2 Paparkan kes penulisan

(Pembentangan kes kajian atau isu-isu kajian boleh mengambil beberapa bab) BAB IV 4.1 4.2 4.3 KESIMPULAN

Bincang tentang dapatan kajian dengan kes atau isu-isu kajian Bincang tentang implikasi dapatan dengan fokus kajian Cadangan tajuk-tajuk kajian masa depan

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN Perhatian: Ini adalah satu contoh format penulisan laporan penyelidikan kualitatif. Susun atur bab, tajuk-tajuk, sub-tajuk boleh diubah suai mengikut kreativiti penyelidik.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

73

5.2

Panduan Menulis Laporan Penyelidikan 5.2.1 Bentuk Kertas Saiz: Kertas A4 Jenis: Salinan asal hendaklah menggunakan kertas jenis simili dengan berat sekurang-kurangnya 80 gm. Bagi salinan-salinan lain, kertas fotostat atau offset yang baik mutunya sahaja dibenarkan. Warna: Putih sahaja dibenarkan.

Penaipan Jenis mesin taip: Jenis huruf: Menggunakan komputer.

Penyelidik hendaklah menggunakan huruf Times New Roman, saiz fontnya adalah 11 poin.

Penaipan tajuk: Semua tajuk kecuali sub-tajuk hendaklah ditaip dengan huruf besar tebal di tengah-tengah antara jidar kiri dan jidar kanan. Santak teks: Selang baris: Teks hendaklah ditaip santak kiri kanan. Satu setengah langkau bagi teks am manuskrip. Bagi memulakan perenggan baru, baris pertama hendaklah dua langkau di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya.

Cetakan Pada satu halaman sahaja. Semasa menjilid, halaman hendaklah diletak di sebelah kanan. Penjilidan Naskah-naskah untuk dihantar di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan maktab-maktab hendaklah dijilid oleh penyelidik dengan menggunakan kulit jenis kulit tebal.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

74

Naskah akhir untuk BPG: 5 naskah penyelidikan untuk BPG hendaklah oleh penyelidik setelah penyelidikan tersebut diperiksa dan diluluskan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan maktab masing-masing. i. Penyelidikan berkenaan hendaklah dijilid dengan menggunakan kulit jenis balakrom dan keterangan pada kulit hendaklah dicetak dengan huruf besar berwarna emas; Mendapatkan pengakuan pihak pentadbir berkenaan.

ii.

Warna kulit: Warna kulit hendaklah mengikut warna Maktab

Keterangan pada kulit: Di hadapan:Maklumat-maklumat hendaklah ditaip dengan huruf besar berwarna emas, font berukuran 18 hingga 24 poin dan disusun seperti berikut: Tajuk kajian ( 60 mm dari birai atas) Nama penuh penyelididk Nama Maktab Tahun (60 mm dari birai bawah) Pada tulang belakang: Maklumat hendaklah ditaip dengan huruf besar, berwarna emas, font berukuran 18 poin, dan disusun berikut: Nama penyelidik (60mm dari birai atas) Jabatan/Unit Tahun Nama Maktab (60mm dari birai bawah dan disingkatkan nama)

5.2.2 Format Garis tepi a. Ukuran: Jidar atas - 30 mm dari birai atas Jidar kanan - 25mm dari birai kanan Jidar kiri - 38 mm dari birai kiri Jidar bawah 25 mm dari birai bawah b. Peringatan: Semua tajuk kecuali judul penyelidikan, rujukan dan lampiran hendaklah ditaip 50 mm dari birai atas; Menomborkan halaman a. Letak nombor halaman

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

75

b.

c.

Nombor halaman diletak pada sudut atas sebelah kanan 15 mm dari birai atas dan 25mm dari birai kanan bagi digit akhir nombor berkenaan Jenis nombor Halaman permulaan (sebelum muka surat isi kandungan) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berturut-turut, i. ii. iii. Penomboran bahagian hendaklah dieja dengan huruf besar, (contohnya , BAB 1, BAB 2, BAB 3) Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka Arab (contohnya, 1, 2 , 3, ) Nombor halaman berikut adalah bergantung kepada nombor halaman (contohnya, 1.2, 1.2, 1.3 ) Peringatan: Halaman permulaan dianggap sebagai halaman 1 tetapi nombor itu tidak ditaip. Begitu juga dengan halaman judul.

5.2.3 Susunan Dan Kandungan Tertib Susunan dan kandungan penyelidikan hendaklah mengikut tertib ini: HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT (terjemahan abstrak) KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN LAMPIRAN Halaman judul Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat (ditaip satu langkau dengan huruf besar) dan mengikut susunan berikut: Judul penyelidikan (dalam bentuk piramid terbalik 60mm dari birai atas) Nama penuh penyelidik (seperti nama dalam kad pengenalan) Nama Jabatan/Unit Nama Maktab Tahun penghantaran penyelidikan Penghargaan Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi dalam penyeliaan penyelidikan hendaklah dirakamkan di halaman ini. Penyelidik tidak digalakkan menulis penghargaan yang terlalu panjang.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

76

Abstrak dan terjemahan Abstrak dan terjemahan hendaklah diasingkan pada halaman baru selepas penghargaan. Panjang abstrak hendaklah di antara 200 hingga 300 patah perkataan. Penulisan abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat penulisan kritik. Abstrak biasanya merangkumi a. Tujuan dan objektif penyelidikan b. Perkaedahan penyelidikan seperti kaedah, instrumen dan lain-lain c. Penemuan seperti teori baru, tafsiran baru atau penilaian yang dinyatakan dengan tepat 3.2 Kandungan Kandungan dimulakan dengan halaman baru. Ia mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam kandungan penyelidikan, iaitu,tajuk-tajuk bab/bahagian, sub-tajuk sub-tajuk yang berkenaan dengan diikiuti dengan nombor muka surat. 3.3 Senarai jadual Senarai jadual dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI JADUAL ditaip pada tengah-tengah halaman. Senarai ini hendaklah mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk-tajuknya hendaklah sama dalam teks serta nombor muka surat. 3.4 Senarai Singkatan Senarai singkatan juga dimulakan pada halaman baru dengan perkatan SENARAI SINGKATAN ditaip pada tengah-tengah halaman. Senarai ini mengandungi semua singkatan yang digunakan dalam laporan penyelidikan. 3.5 Lampiran Sekiranya perlu masukkan lampiran, bolehlah dimasukkan contoh-contoh soalan-soalan penyelidikan, data-data penyelidikan, jadual-jadual dan sebagainya yang terlalu panjang untuk di masukkan dalam teks. 3.6 Teks a. b. Panjang penyelidikan: Antara 60 000 hingga 100 000 patah perkataan Pendahuluan: Teks boleh dimulakan dengan pendahuluan. Perkataan PENDAHULUAN hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletak 50mm dari birai atas dan

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

77

c.

d.

ditengah-tengah antara jirai kiri dan jirai kanan. Baris pertama teks dimulakan dua langkau di bawah perkataan PENDAHULUAN. Isi teks: Isi teks mengandungi keterangan lanjut mengenai penyelidikan yang boleh dibahagikan dalam bentuk bahagian, bab, dan sub-tajuk. Sekiranya sesuatu penyelidikan memerlukan jadual, ungkapan, ilustrasi, panduan berikut hendaklah diikuti; i. Jadual Tajuk jadual hendaklah ditulis jadual. Apabila kedudukan jadual itu melintang, maka bahagian atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang belakang penyelidikan. Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab, contohnya, JADUAL 1.1, 1.2; ii. Ungkapan atau ilustrasi Tajuk ilustrasi hendaklah ditulis di bawah ilustrasi. Petikan Petikan yang disisip dalam ayat hendaklah tidak melebihi 40 perkataaan dan mesti dimula dan diakhiri dengan tanda petikan

5.3 Citation Dan Bibliografi


1. Pendahuluan

Dalam menyebut judul bagi bahan-bahan yang dipetikkan seperti judul buku dan judul jurnal, hendaklah ditulis dengan huruf condong atau diboldkan. Penaipan satu langkau dibenarkan untuk rujukan. Senarai rujukan hendaklah ditulis mengikut panduan yang diberikan, iaitu, dengan menggunakan sistem pengarang tarikh. 2. Penulisan nama pengarang

a. Nama

pengarang Barat hendaklah diringkaskan terlebih dahulu kepada nama keluarga sahaja. Contohnya, Ronald Brown ditulis dalam rujukan penyelidikan, adalah Brown, R. Nama pengarang Melayu dan Cina yang ditulis dengan lengkap hendaklah dikekalkan. Contohnya, Shaffe bin Mohd Daud ditulis sebagai Shaffe Mohd Daud. Tam Soo Yoon ditulis sebagai Tam, S.Y.

b.

3.

Tertib Rujukan a. Senarai rujukan disusun mengikut abjad

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

78
b. Rujukan seorang pengarang mendahului lebih daripada seorang pengarang jika pengarang pertamanya sama Contoh: Dollah Baki. 2002. Dollah Baki & Mazlan Kamaruddin. 2002. c. Rujukan yang pengarang pertamanya sama tetapi pengarang kedua atau ketiga berbeza, disusun mengikut mengikut nama pengarang kedua dan seterusnya Contoh: Dollah Baki, Choong, L. M. & Chow, M.S. 2002. d. Rujukan pengarang yang sama disusun mengikut tahun penerbitan Contoh: Dollah Baki. 2002. ; Dollah Baki. 2003. e. Rujukan yang sama dengan tahun penerbitan yang sama disusun mengikut abjad judul dan ditambah dengan huruf a, b, c, pada tahun tersebut Contoh: Dollah Baki. 2002a. Masalah Pelajar ; Dollah Baki. 2002b. Suasana Belajar f. Rujukan dua orang pengarang yang mempunyai nama yang sama disusun mengikut abjad nama bapa atau parap pertamanya. Contoh: Dollah Baki. 2002. ; Dollah Mat 2001. ; Toh, S.M. 2002.

4.

Cara menulis rujukan yang lengkap untuk buku Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut: Nama pengarang (noktah) Tahun penerbitan (noktah) Judul buku (condong) (noktah) Edisi (noktah) Penyunting, penyusun atau penterjemah (jika

ada) (noktah) Tempat penerbit (kolon) Penerbit (noktah) Contoh: Nik Rahimah Nik Yacob. 1991. Perancangan dan pengurusan keluaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.. Smith, M. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London:MacMillan. Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

79
Rosli Sahat. 2002. Pengurusan tekanan di kalangan pensyarah: Beberapa isu dan masalah. Dlm. Roselan Baki (pnyt.) Peningkatan profesionalisme pensyarah Maktab-maktab Perguruan di Malaysia, hlm. 120 148. Kuala Lumpur: Penerbit Budiman. Malaysia. 1990. Bernama Act. 1967 (Revised 1990).

(Act 449). Dewan Rakyat Malaysia. 1986. Peristiwa Memali. Kertas Perintah 21, Tahun 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 3: Pendidikan Moral. UNESCO. 1960. Report. Paris: UNESCO. 5. Makalah dalam jurnal Berikan maklumat selengkap mungkin Nama pengarang (noktah) Tahun penerbitan (noktah) Judul makalah (noktah) Nama jurnal (condong), (noktah) No. jilid (tebal), (kolon) No. keluaran (dalam tanda kurung), (kolon) Halaman seluruh makalah (noktah) Contoh: Bala. K. 1999. Pembinaan Soal Selidik. Jurnal Pendidikan. 18 (3): 88-99. Abdul Rahim. 1998. Kajian Tingkah Laku Pelajar . Selangor. Prosiding Persidangan Pendidikan Malaysia, hlm 66-88. Ismail Ali. 1990. Punca Buta Huruf. Dewan Pelajar, Kuala Lumpur: Mei, hlm. 8-10. Wong. P.K. 1990. Pelajar dan Kerja Kursus. Berita Minggu, 5 April, hlm. 3 10. 6. Bahan Tidak Terbit Director-General of UNESCO

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

80

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut; Nama pengarang (noktah) Tahun (noktah) Judul (noktah) Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana-mana tanda pengenalan yang lain (koma) Nama koleksi (noktah) Nama tempat (institusi, Bandar, negeri) (noktah) Tarikh (noktah) Contoh: Choong L.K. 2002. Pengurusan konflik interpersonal dengan tumpuan kepada dimensi asertif dan koperatif: Satu modul latihan. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Majid Mat Salleh. Beberapa aspek disiplin di sekolahsekolah menengah. Abstrak kertas persidangan pendidikan ke-21. Maktab Perguruan Raja Melewar, 10 11 Jun 2002. Bahagian Pendidikan Guru. 1999. Minit mesyuarat Pengetuapengetua Maktab-Maktab Perguruan Malaysia Kali ke-3 1999. Lumut, Perak. 7 10 Ogos. Media elektronik Rogers, R. 2002. The use of Technology in the teaching of Science. Periodical Reports. http://www.sciencetechnology.com. Available: www. Google.com.(specify path) Funder, D.C. 1994. Judgmental Process and Content: Commentary on Koehler on base rate. (9 paragraphs). Psychology: (On-line serial) 5(17). Available e-mail: psyc@pucc. Message: Get psyc 94 - xxxxx

5.4

Rujukan dari Laman Web What is Research? http://trochim.human.cornell.edu/kb/INTRES.HTM Research - The Big Picture http://www.geolog.com/rm/rmnote2,htm

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

81

Writing a Research Proposal http://ec.hku.hk/acadgrammar/report/ResProposal/WritingPropos al.htm http://www.scre.ac.uk/spotlight/spotlight47.html Beginner's Guide to the Research Proposal http://www.health.ucalgary.ca/bob/res_prop.htm Steps in writing a Research Proposal http://www.fc.peachnet.edu/floyd/academics/s_c/pshch/pugh/215 research.htm Research Tools for Education http://www.lib.iup.edu/instruction/guides/edu_lib.html Web-based Reference Tools http://www.socialpsychology.org/tools.htm Research Methods Glossary http://www.bath.ac.uk/Departments/dacs/gold/glossary.html ERIC Database http://www.ericae.net/search.htm Education World: Research Center http://www.education-world.com/research Research Methods Knowledge base http://trochim.human.cornell.edu/kb/contents.htm An Introduction to Qualitative Research http://www.uea.ac.uk/care/elu/Issues/Research/Res1Cont.html Qualitative Research Resources

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

82

http://don.ratcliff.net/qual/resources.html Integrating Qualitative and Quantitative Research http://trochim.human.cornell.edu/gallery/bowen/hss691.htm Amoeba Web: Research Methods and Ethics and APA Style http://www.vanguard.edu/psychology/webresearch.html Action Research Methodology http://www.wen.net/~robrien/papers/arfinal.html Research to Practice: Guidelines for Planning Action Research Projects http://literacy.kent.edu/Oasis/Pubs/0200-08.htm An Introduction to Action Research http://www.phy.nau.edu/~danmac/actionrsch.html Statistical Data Analysis http://ubmail.ubalt.edu/~harsham/stat-data/opre330.htm Qualitative Data Analysis: Using a General Inductive Approach http://www.auckland.ac.nz/mch/QDA.htm Grounded Theory Methodology on the Web http://www.geocities.com/ResearchTriangle/Lab/1491/gtm19.htm Developing Grounded Theory http://www.stanford.edu/~krollag/org_site/craft_articles/glaser_st rauss.html How to Write a Research Report http://www.ruf.rice.edu/~bioslabs/tools/report/reportform.html A Guide to Writing Research Papers
Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

83

http://webster.commnet.edu/apa/apa_intro.htm How to Write a Scholarly Research Report http://www.ed.gov/databases/ERIC_Digests/ed435712.htm Research Report Writing http://www.msugf.edu/research/research.html

BIBLIOGRAFI Abbas Tashakorri & Teddlie, C.1998. Mixed Methodology. Combining Qualitative And Quantitative Approaches. Applied Social Research Methods Series. Vol. 46. Thousand Oaks: SAGE Publications. Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. 1980. Rethinkng Case Study: Notes from the Second Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular.Norwich, U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia. Abu Bakar Nordin. 1995. Penilaian Afektif. Kajang: Mana Enterprise. Bell, J. 1993. Doing Your Research Project. A Guide For First Time Research In Education And Social Science. 2nd.ed. Buckingham: Open University Press. Best, J.W. & Kahn, J.V. 1993. Research in Education. 7th.ed. Boston: Allyn and Bacon.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

84

Borg, W. R. & Gall, M. D. 1989. Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York & London: Longman Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An Introduction to Theory and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon Bryman, A. 1988. Quantity and Quality in Social Research. London: Unwin Hymen. Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247. Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. 2000. How To Design And Evaluate Research In Education. Boston: McGraw-Hill. Hart, C. 1998. Doing A Literature Review. Releasing The Social Science Research Imagination. London: SAGE Publications. Hammersly, D. 1992a. Whats Wrong with Ethnography: Methodological Exploration. London: Rutledge. Kirk, J. and Miller, M. 1986. Reliability and Validity in Qualitative Research Methods Series No. 1. London: SAGE Publications. Leedy, P.D.1993. Practical Research Planning And Design. 5th.ed. New York: Macmillan Publishing Co. Lovell, K and Lawson, K.S. 1971. Understanding Research in Educations London: University of London Press Ltd. Miles, M.B. and Huberman, A.M. 1994. Qualitative Data Analysis: A sourcebook of new methods. Beverly Hills, CA.: SAGE Publications. Mohd. Majid Konting. 1990. Lumpur: DBP. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Newton, R.R. & Rudestam, K.E. 1999. Your Statistical Consultant.Answer To Your Data Analysis Questions. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Bahagian Pendidikan Guru

Buku Panduan Penyelidikan

85

Silverman, D. _ Interpreting Qualitative Data: Methods for Analyzing Talk, Text & Interaction. London: SAGE Publications. Stake, R. E. 1994. Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247. Selltiz, C., Jahoda, M., Deutsch, M. and Cook, S. 1964. Research Methods in Social Relations. New York: Holt, Rinehart & Winston. Strauss, A. and Corbin. 1990. Basic Qualitative Research. Englewood Cliff: Prentice-Hall Sulaiman Ngah Razali. 1996. Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tabachnick, B. G. and Fidell, L. S. (1996). Using Multivariate Statistics. 3rd ed. New York: Harper Collins. UKM. 1999. Panduan Menulis Tesis. Gaya UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. William, W. 1991. Research Method In Education. 5th.ed. Boston: Allyn and Bacon Yin, R. 1994. Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage.

Bahagian Pendidikan Guru

You might also like