You are on page 1of 10

Peristiwa Perang Hunain

| Tentera yang Tiada Tandingan | Mencari Maklumat | | Serangan Mengejut | Ketabahan Nabi dan Sahabat | udah merupakan kebiasaan Nabi, bilamana baginda menaklukkan suatu wilayah, secara peribadi baginda mempelajari keadaan politik dan agama penduduknya selama baginda tinggal di situ. Sebelum meninggalkan tempat itu, baginda melantik orang-orang yang sesuai untuk berbagai jawatan. Alasannya ialah bahawa orang-orang di wilayah itu, yang mengenali sistem lama yang batil, tidak mengenali sistem Islam yang menggantikannya. Islam adalah suatu sistem sosial, moral, politik, dan agama, yang hukumhukumnya berasal dari wahyu. Untuk mengenalkan hukum-hukum ini kepada manusia serta penerapannya dalam praktik diperlukan orang yang cekap, cerdas dan berpengetahuan. Ia harus mampu mengajarkan kepada mereka prinsip-prinsip Islam yang benar secara bijak, dan harus pula menerapkan sistem Islam di tengah-tengah mereka Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Muaz bin Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu dan imam masjid kepada Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.

Kembali ke atas

Tentera yang Tiada Tandingan


Pada saat itu ada 12,000 tentera di bawah panji Nabi. Dari jumlah itu, 10,000 orang menyertainya dari Madinah dalam pembebasan Makkah, sedang yang 2,000 berasal dari kaum Quraisy Makkah yang baru masuk Islam, dengan Abu Sufyan sebagai pemimpinnya. Di masa itu, tentera sebesar itu hampir tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya, berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan taktik dan prinsip-prinsip perang. Ketika para sahabat melihat jumlah tentera yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, Sama sekali kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar daripada musuh. Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan jumlah bukanlah satusatunya faktor penentu kemenangan, dan sesungguhnya faktor itu malah kurang penting. Al-Quran sendiri menyebutkan hal ini yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan berceraiberai. (Al Qasas : 85)

Kembali ke atas

Mencari Maklumat

Setelah pembebasan Makkah, api perlawanan menyala di daerah-daerah kediaman suku Hawazin dan Tsaqif. Mereka menjalin hubungan khusus di antara mereka. Mata rantai penghubung di antara mereka ialah seorang lelaki gemar berperang yang bernama Malik bin Aufan Nasri. Hasil dari persekutuan mereka, sebelum tentera Islam sempat memberi perhatian kepada mereka, mereka sendiri telah datang menghadapi tentera Islam. Akibatnya, sebelum kaum Muslimin bergerak, mereka menyerang dengan keras melalui suatu taktik tentera. Mereka juga telah memilih seorang lelaki gagah berani berusia tiga puluh tahun untuk bertindak sebagai komando perang. Selain dari kedua-dua suku di atas, suku Bani Hilal, Nasar, dan Jasyam juga ikut serta dalam pertempuran ini, dan semuanya menjelma sebagai pasukan pemukul yang padu. Sesuai perintah panglima tertingginya, semua yang ikut dalam pertempuran itu menempatkan kaum wanita, anak-anak, dan hartanya dibelakang tentera. Ketika ditanya tentang alasan keputusannya itu, Malik, sang panglima mengatakan, Kaum lelaki ini akan tetap teguh dalam pertempuran untuk melindungi keluarga dan hartanya dan sama sekali tak akan berfikir untuk melarikan diri atau mundur. Ketika Duraid bin Sammah, pejuang tua yang berpengalaman, mendengar ratapan kaum wanita dan anak-anak, ia mengecam Malik. Ia memandang tindakan Malik itu salah dari sisi prinsip perang, ia berkata kepada Malik, Dengan tindakan ini, apabila nanti kamu dikalahkan maka kamu akan menyerahkan semua wanita dan harta kamu kepada tentera Islam secara borong. Malik tidak mempedulikan kata-kata tentera berpengalaman itu. Ia mengatakan, Kamu telah menjadi tua dan telah kehilangan kebijaksanaan dan pengetahuan tentang taktik berperang. Peristiwa kemudian membuktikan bahawa orang tua itu benar. Kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang, di mana orang harus menyerang dan lari, ternyata tak berguna, bahkan hanya mempersulit dan menghalangi gerak tentera. Nabi mengutus Abdullah al-Aslami secara rahsia untuk menghimpun maklumat tentang peralatan, niat, dan rancangan gerakan musuh. Ia berkeliling di seluruh tentera musuh itu sambil mengumpulkan maklumat yang diperlukan, untuk kemudian menyampaikannya kepada Nabi. Sebaliknya, Malik juga mengirim tiga orang perisik kepada kaum Muslimin secara khusus untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun, mereka malah kembali kepada Malik dengan hati penuh takjub dan takut. Panglima pasukan musuh itu memutuskan untuk menambah bilangan tentera dan berusaha mengatasi kelemahan moral tenteranya dengan tipu daya yang licik, yakni dengan melakukan serangan mengejut dan menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, agar tentera Islam porak-peranda.Untuk mencapai tujuan itu, Malik berkhemah di hujung lembah yang mengarah ke wilayah Hunain. Kemudian ia memerintahkan semua tenteranya bersembunyi di sebalik batu-batu dan celahcelah bukit tinggi di sekitar lembah itu. Begitu tentera Islam tiba di lembah yang dalam dan panjang itu, mereka semua harus keluar dari tempat persembunyiannya lalu menyerang kesatuan-kesatuan tentera Islam dengan panah dan batu. Setelah itu, suatu kelompok khusus harus turun dari perbukitan secara teratur dan menyerang kaum Muslimin dengan pedang di bawah perlindungan pasukan pemanah.

Kembali ke atas

Serangan Mengejut
Nabi menyedari kekuatan dan strategi musuh. Oleh itu, sebelum meninggalkan Makkah, baginda memanggil Shafwan bin Umayyah, lalu meminjam seratus baju perang sambil menjamin pengembaliannya. Baginda sendiri memakai dua baju perang dan pelindung

kepala. Sambil menunggang keldai putih yang telah dihadiahkan kepadanya, baginda bergerak maju bersama tentera Islam. Tentera Islam beristirehat malam hari dimulut lembah tadi. Sebelum fajar sepenuhnya muncul, pasukan Muslim dari suku Bani Salim tiba di jalur Lembah Hunain di bawah komando Khalid bin Walid. Ketika sebahagian besar tentera Islam masih di dalam lembah itu, tiba-tiba terdengar bunyi riuh desiran panah dan teriakan ramai pasukan musuh yang sebelumnya telah duduk menghadang di sebalik batu-batu. Ini menciptakan kegemparan luar biasa di kalangan kaum Muslimin. Panah menghujani mereka, dan sekelompok musuh menyerang di bawah lindungan para pemanahnya. Serangan mengejut ini menyebabkan kaum Muslimin bertempiaran dan mereka segera mencari perlindungan. Kekacauan dan perpecahan pun timbul. Perkembangan ini sangat menggembirakan kaum munafik yang ada di antara tentera Islam. Sebahagian berkata, Kaum Muslimin akan melarikan diri hingga ke pesisir laut. Seorang munafik lain mengatakan, Sihir telah terlawan. Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.

Kembali ke atas

Ketabahan Nabi dan Sahabat


Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid. Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya. Baginda mengucapkan kalimat ini lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan, juga maju bersama Nabi. Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang bertempiaran, Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membaiat Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini! Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, Labbaik! Labbaik! Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi. Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya. Taktik perang ini berhasil membuat para pejuang Hawazin dan Tsaqif melarikan diri ke wilayah Autas dan Nakhlah dan ke benteng Thaif, dengan meninggalkan kaum wanita dan harta mereka serta tenteranya yang mati di medan pertempuran.

Kembali ke atas

PERANG BADAR DAN PERANG HUNAIN

Studi Analisis Sebab-Sebab Kemenangan Umat Islam dalam Perang Badar dan Perang Hunain

Dalam sejarah perjalanan agama ini, peperangan menjadi sesuatu yang tidak dipisahkan dalam memperjuangkan dan membela hak-hak kehormatan islam dan umatnya. Apa yang dahulu dijaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam terjadi hendaknya dapat dijadikan ibrah untuk kita dalam mengambil sikap pada kondisi saat ini. Dalam kesempatan ini saya akan membahas secara singkat sebuah tema yang cukup menarik yakni, studi analisis sebab-sebab kemenangan umat islam dalam perang badar dan perang hunain. Namun sebelumnya saya akan menggambarkan secara singkat peristiwa perang badar dan perang hunain. Semoga apa yang disampaikan pada kesempatan ini bisa bermanfaat bagi kita semua, Insya Allah. Perang Badar Qubra Perang badar Qubra adalah suatu bukti yang dengan peristiwa ini Allah Subhanahu wa Ta'ala memulyakan agama islam. menegakkan panjinya, menghapus kemusyirikan dan membongkar akar-akarnya. Adapun sebabsebabnya ialah suatu ketika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam keluar bersama para sahabatnya untuk menyerang kafilah dagang orang-orang quraisy yang kembali dari negeri syam yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb. Jumlah Sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang ikut dalam peperangan ini ialah berjumlah 313 orang (riwayat lain menyebutkan 314 atau 317), 82 orang (riwayat yang lain menyebutkan 83 atau 86) diantaranya dari kalangan muhajirin dan 61 orang dari suku aus serta 170 orang dari suku khazraj. Ketika Abu Sufyan bin Harb mendengar bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berangkat dengan beberapa sahabatnya untuk menyerbu kafilah quraisy yang datang dari syam, ia mengirim seorang utusan kepada orang-orang quraisy di makkah untuk memberitahukan perihal rencana penyerbuan yang hendak dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam beserta para sahabatnya kepada kafilah Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb. Ketika orang Quraisy mengetahui berita tersebut, lalu dikirimlah sekitar seribu orang Quraisy untuk menjaga kafilah dan barangbarang dagangan mereka. Namun Abu Syfyan Bin Harb beserta rombongannya melewati pesisir pantai menuju kota makkah sehingga selamat dari penyerbuan kaum muslimin, maka abu Sufyan bin Harb-pun mengutus seseorang untuk memberitahukan kepada pihak kafir quraisy yang telah berangkat ke badar untuk

menghadang penyerbuan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa sallam agar kembali ke makkah karena Abu Sufyan dan rombongannya telah selamat. Pada saat itu pasukan kafir quraisy ingin kembali ke makkah namun dihalangi oleh Abu Jahal, maka pasukan kafir Quraisy pun melanjutkan perjalanan mereka ke badar untuk berperang melawan pasukan kaum muslimin. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan para sahabatnya menyerbu mereka sehingga terjadilah pertempuran yang dahsyat Dalam pertempuran tersebut umat Islam diberikan kekuatan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan bantuan balatentara malaikat, hingga pihak Quraisy lari mundur dan mengalami kekalahan yang kemudian dikejar oleh umat islam sambil dibunuh dan menawan pasukan kafir quraisy. Dalam peperangan badar ini, pihak kafir quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang diantara mereka terdapat abu jahal serta yang ditawan berjumlah 70 orang pula. Sedangkan dari pihak umat islam yang terbunuh hanya berjumlah 14 orang. Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kepada para sahabatnya yang lain untuk mengubur para korban baik dari pihak muslimin maupun dari pihak kafir, setelah itu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam beserta para sahabatnya kembali pulang ke madinah. Perang Hunain Kemenangan yang gilang-gemilang yang dicapai umat islam dalam Fathul Makkah, dikhawatirkan akan terus meluas sehingga kabilah tsaqif dan hawazin mengadakan persekutuan dengan kabilah yang lain untuk memerangi kaum muslimin sebelum mereka diserang. Setelah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mengetahui rencana tersebut, maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berangkat bersama 2000 orang penduduk Makkah termasuk orang yang baru masuk islam dan 80 orang yang belum masuk islam (kalangan musyrik), ditambah 10000 tentara islam yang keluar bersama beliau dari madinah Ditengah perjalanan, ternyata jumlah pasukan kaum muslimin yang banyak tersebut menyebabkan sebagian kaum muslimin menganggap remeh terhadap musuh. Setibanya kaum muslimin di hunain, musuh yang telah lama menanti dan telah mempersiapkan diri dengan berlingung dicelah-celah lembah hunain, mereka melempari kaum muslimin dengan batu-batu besar dan kecil seperti hujan yang lebat. Akibat lemparan batu tersebut, kaum myuslimin menjadi kacau balau dan banyak pula yang lari kocar-kacir. Pada saat itu hanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan beberapa sahabat-sahabat yang tetap bertahan, diantaranya ialah: Abu Bakar, Umar, Ali, Abbas dan abu Sufyan bin Harits,

yaitu putra paman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa sallam. Maka 'Abbas memanggil mereka yang lari dan mundur itu dengan suara yang keras: "Hai para sahabat yang telah bersumpah dalam Bai'atur Ridlwan". Dengan seruan itu lalu sahabat anshar menjawab: "Ya, ya, kami maju". Kemudian mereka maju dan bertempur disamping Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan rahmat dan pertolonganNya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan kaum muslimin dengan memberi bantuan balatentara yang tidak kelihatan. Kaum muslimin terus maju hingga pertempuran dimenangkan oleh pihak kaum muslimin Studi Analisis Sebab-Sebab Kemenangan Umat Islam dalam Perang Badar dan Perang Hunain Setelah kita mengetahui secara singkat peristiwa perang badar kubra dan hunain serta latar belakang yang menyebabkan terjadinya peperangan tersebut, maka dapat diambil sebuah ibrah / pelajaran tentang sebab-sebab kemenangan umaty islam pada pristiwa kedua peperangan tersebut. 1. Keimanan kaum muslimin merupakan faktor terpenting yang menjadi sebab kemenangan kaum muslimin pada perang badar dan perang hunain, pada perang badar hal ini dibuktikan dengan kegigihan kaum muslimin dalam mentaati seruan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam ketika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam meminta pernyataan dari kaum muhajirin dan anshar dalam membela Beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. 2. banyak atau sedikitnya jumlah bukanlah menjadi tolok ukur peraihan kemenangan dalam sebuah pertempuran, hal ini dibuktikan dalam peperangan badar yang mana jumlah pasukan kaum muslimin sangat sedikit dibandingkan pasukan kaum kafir quraisy, namun dengan jumlah yang sedikit tersebut membuat hati-hati kaum muslimin menjadi tawadhu dan mengharap pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga dengan keimanan dan tekad yang kuat dalam berjihad dijalan Allah, mereka mendapatkan kemenangan yang gilang gemilang. Berbeda dengan apa yang dialami oleh kaum muslimin pada peperangan Hunain, karena jumlah pasukan kaum muslimin yang banyak tersebut membuat hati-hati para kaum muslimin menjadi sombong dan terlena sehingga dengan kesombongan dan keterlenaan mereka itu, mereka mendapatkan pelajaran yang amat berharga dari musuh dengan dibuat kocar-kacirnya kesatuan mereka. 3. pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala berupa balatentara malaikat menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kemenangan kaum muslimin dalam perang badar dan hunain, namun pertolongan Allah ini tidak hanya diberikan begitu saja, akan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan pertolongannya kepada hamba-hambanya yang memang yakin akan kekuasaan dan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala. 4. Peran do'a dalam kemenangan kaum muslimin di perang badar merupakan bukti bahwa kemenangan itu hanyalah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, bagaimanapun keadaan kita, memohon pertolongan kepada Allah

Subhanahu wa Ta'ala merupakan sesuatu yang mutlak harus dilakukan. 5. Strategi dalam berperang juga menjadi kunci kemenangan umat islam dalam perang badar, hal ini tergambar dengan apa yang dilakukan oleh sahabat Khubab Ibnul Munjir yang memberikan saran kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tentang posisi terbaik bagi pasukan kaum muslimin dalam menghadapi peperangan badar. 6. Niat yang lurus untuk mencari keridhoaan Allah dan mencari kesyahidan yang menghujam di setiap dada para pasukan kaum muslimin pada perrang badar juga menjadi sebab kemenangan yang diraih oleh umat islam dalam peperangan ini. Kesimpulan Dari pembahasan yang telah saya sampaikan pada kesempatan ini, dapat disimpulkan bahwa hendaknya kita bercermin pada sejarah masa lalu, apa yang terjadi pada kondisi umat islam saat ini hendaknya dapat kita renungi bahwa sebuah kenyataan yang terpampang di depan mata umat islam di seluruh belahan dunia kini menjadi bulan-bulanan bangsa kafir, di palestina apa yang terjadi saat ini menjadi cerminan bahwa jumlah kita yang banyak saat ini tidak berarti apa-apa dihadapan musuh-musuh islam. umat islam kini ibarat buih di lautan yang terlihat banyak tapi seketika hilang kembali. Apa yang terjadi pada perang badar dan hunain hendaknya menjadi introspeksi bagi kita semua, meluruskan kembali niat perjuangan dalam menegakkan dienullah ini, memohonkan pertolongan pada Allah, dan membina ummat agar senantiasa mengamalkan agama ini dengan sebenar-benarnya sesuai dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Wallahu'alam Bish Shawab. FRIDAY, OCTOBER 22, 2010 Perang Hunain Satu Pengiktibaran Kisah Perang Hunain adalah sebuah kisah peperangan yang perlu dihayati oleh semua umat Islam kerana ia memberi iktibar yang besar buat kita semua.

Perang Hunain berlaku antara Umat Islam dari Kota Madinah dan Kota Makkah (yang baru masuk Islam selepas Fathul Makkah) dengan Kafir dari puak hawazin di Thaif. Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang agak ramai iaitu 12,000 orang iaitu 10,000 dari umat Islam Madinah dan 2,000 umat Islam Makkah. Pada zaman itu, tak pernah ada tentera sebesar itu di Tanah Arab. Tapi, kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Kenapa ya? Haa.. sebabnya mereka berasa selesa dengan kedudukan mereka dan menyebabkan mereka terlupa untuk mengatur strategi perang bagi mengalahkan tentera musyrikin.

Di pihak tentera kafir pula,bila mereka mendapat tahu mengenai jumlah tentera Islam yang sangat besar, mereka berasa gentar dengan jumlah tentera Islam yang besar tersebut. Normal lah manusia bila dalam keadaan terdesak, mereka akan cuba memerah otak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di tengah kekalutan itu, muncul seorang pemuda bernama Malik bin Aufan Nasri yang mengerahkan seluruh kaum keluarga dan harta benda digunakan bagi tujuan peperangan. Kenapa dia bertindak begini? Malik berkata, Kaum lelaki ini tetap akan teguh dalam pertempuran melindungi keluarga dan hartanya dan tidak akan terfikir sama sekali untuk mundur atau melarikan diri.

Tindakan ini dibantah keras oleh seorang tua (pahlawan yang berpengalaman) yang bernama Duraid bin Sammah. Beliau berpendapat bahawa tindakan Malik ini tergopohgapah dan Malik tidak memikirkan akibat yang bakal diterima jika mereka kalah dalam peperangan ini. Jika mereka kalah, mereka perlu menyerahkan kaum wanita dan harta mereka kepada orang Islam sebagai harta rampasan perang. Selain itu, kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang telah menyulitkan dan menghalangi gerakan tentera.

Nampak tak dalam peristiwa tersebut sikap orang muda yang tergopoh-gapah dalam membuat keputusan? Bukan apa, orang muda ni sebenarnya agresif dan mempunyai semangat yang membara dalam diri mereka. Saya berpendapat jika orang muda ini dibentuk dan dibimbing ke jalan yang benar, kita semua boleh mencapai kemenangan. Yang orang tua pula seharusnya memberi tunjuk ajar sebab pengalaman yang mereka ada memang banyak. Apa yang penting sekarang bukanlah untuk menuding jari siapa salah dan siapa betul. Daripada kita semua terus mengukur perbezaan kita, rasanya lagi baik kalau kita semua mencari titik persamaan antara kita semua. Haa kalau susah sangat, kita gunakan perbezaan yang kita ada itu untuk melengkapi antara satu sama lain. We are here to complete, not to compete.

Berbalik kepada kisah perang Hunain tadi, umat Islam mengalami kekalahan pada peringkat awal gara-gara terlalu selesa dengan bilangan tentera yang ramai. Hal ini menyebabkan ramai di antara tentera Islam yang berniat untuk melarikan diri dari medan perang. Kenapa ya? Haa.. sebabnya keimanan mereka ini masih belum teguh, mereka ni sahabat-sahabat yang baru memeluk Islam selepas Fathul Makkah. Dalam keadaan kelam kabut tu, Rasulullah melaungkan, Hai Pembela Allah dan NabiNya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya!. Laungan Rasulullah SAW tidak didengari dek kekalutan waktu itu. Lalu baginda meminta Saidina Abbas yang mempunyai suara yang lantang untuk melaungkan, Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membaiat Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini! Saidina Abbas melaungkannya dengan berulang-ulang.

Mendengar laungan Saidina Abbas itu, sahabat-sahabat ini tersedar dan kembali kepada Rasulullah dengan penyesalan yang mendalam. Mereka kembali untuk menyusun kembali barisan peperangan mereka, dan Alhamdulillah mereka telah berjaya mengalahkan pihak tentera kafir dalam masa yang singkat.

Jika disingkap iktibar yang boleh diambil dari kisah Perang Hunain ini, ada 3 perkara yang saya dapat: 1. Kuantiti Vs Kualiti Jumlah yang besar tidak mampu menjamin kemenangan kita. Kita kena sedar segala kemenangan dan kekalahan yang kita perolehi datangnya dari Allah SWT. Umat Islam bagai buih-buih di lautan. Kalau kita tengok siapa yang tertindas kat dunia sekarang ni? Umat Islam kan?? Bilangan kita ramai tapi kita masih lagi ditindas oleh orang kafir.,. Ya, kita tahu Allah janjikan kemenangan untuk umat Islam suatu hari nanti, tapi adakah kita boleh untuk rasa selesa dengan keadaan kita sekarang ni? Ramai, tapi. (sambung sendiri ya) . Kalau kita kaitkan dengan situasi kita sebagai pelajar, selama ni kita adalah pelajar terbaik sekolah, creme de la creme and what not.. Bila kita gagal dalam peperiksaan, terus kita patah hati. Seakan dunia berhenti berpusing. Apa yang kita boleh buat adalah kita perlu sedar yang mungkin Allah nak ajar kita untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa Aku hebat dalam diri. Mungkin kita terlupa bersyukur kepada Allah.

2. Perselisihan pendapat antara orang muda dan orang yang lebih berpengalaman rasanya saya dah hurai di atas. Yang penting, kita semua di sini adalah untuk saling melengkapi, bukan untuk bertanding sesama sendiri.

3. Baiah Hebat kan Islam? Laungan Saidina Abbas telah menyedarkan tentera Islam tentang lafaz baiah mereka. Baiah ini adalah perjanjian kita dengan Allah untuk

menyerahkan hidup dan perjuangan kita ni hanya kerana Allah SWT. Dalam kisah ini, baiah ini telah mengingatkan sahabat-sahabat supaya kembali istiqamah dalam keadaan sukar atau senang.

Akhir kata, banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah-kisah terdahulu.

You might also like