You are on page 1of 16

KAEDAH INKLUSI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Oleh: YM Raja Ismail B.

Raja Lope Ahmad Pendahuluan Melihat kepada sinario pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dulu dan kini maka kita dapat perhatikan pelbagai kaedah dan pendekatan telah dipraktikan. Apa yang jelas ialah sesetengah pendekatan, kaedah, teknik cara dan sebagainya itu secara tidak langsung telah meninggalkan kesan terhadap persepsi kita pada pengajaran mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh kita ambil sukan bola sepak dan hoki umpamanya, guru PJ kita akan mengadaptasikan banyak latihan serta latih tubi yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran terutamanya kemahiran-kemahiran yang berbentuk asas, tektikal dan individu. Bagi sukan yang lebih bercorak tektikal dan memerlukan ketelitian sama ada dari aspek psilogikal dan nilai astetika maka pendekatannya pula mungkin lebih berbentuk ketepatan dan kepatuhan yang total pada tunjuk ajar serta arahan guru dan contoh untuk sinario tersebut ialah seperti dalam sukan gimnastik, sukan kombat dan sebagainya. Menurut Faridah (2002), arus globalisasi yang penuh dengan perkembangan dan tuntutan baru dalam bidang Sains, Komunikasi dan Teknologi Maklumat serta wujudnya perubahan sosial, ekonomi dan idealogi sejagat merupakan cabarancabaran baru pada abad ini. Kemelut ini menjadikan tugas dan tanggung-jawab serta peranan guru kini semakin kompleks yang mana peranan guru tidak lagi khusus kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja malah telah berkembang ke tahap mengsosialkan, penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar. Dalam konteks ini, seorang guru pada masa kini perlulah seorang yang proaktif dan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam profesionnya sebagai seorang guru. Dengan erti kata lain, seorang guru pada masa kini perlu meningkatkan profesionalismenya seperti yang dinyatakan oleh Muhammed, (2002) yang mengatakan, kualiti pendidikan amat bergantung kepada kualiti guru. Di negara kita, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya seperti yang terdapat dalam Tatasusila Profesion Keguruan ( Mok Soon Sang, 2001). Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, seorang guru perlulah menyediakan rancangan mengajar sebagai panduannya melaksanakan proses tersebut. Walau bagaimanapun, persediaan mengajar bukanlah satu penentu kepada kejayaan perlaksanaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kaedah yang diaplikasikan oleh guru tersebut. Menurut Mosston dan Ashworth (1986), kaedah pengajaran merupakan perkara asas yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Terdapat percanggahan pendapat berkenaan pengertian antara kaedah dan strategi pengajaran ini. Menurut Mosston (1986), kaedah pengajaran merujuk kepada

keputusan yang dibuat oleh guru, penyampaian dan penilaian setiap episod pengajaran. Manakala, Siedentop (1991), mengatakan bahawa kaedah pengajaran adalah merujuk kepada suasana pengajaran dan pengurusan untuk mengajar atau lebih mudah jika hal ini dinyatakan kepada melihat interaksi guru semasa sesi pengajarannya ( Mawer, 1996).

Definisi Stail Inklusi (Stail E) Memang tiada pengertian atau definisi yang khusus untuk menerangkan istilah stail pengajaran atau teaching styles. Definisi yang lazim dan telah diterima ramai adalah menganggapkan ianya sebagai satu set teknik pengajaran seperti yang dikemukakan oleh Galton et. al. dalam tahun 1980. Siedentop 1991 pula telah mendefinisikan stail pengajaran sebagai suatu format arahan (instructional format). Dalam lingkungan pendidikan jasmani stail pengajaran ini telah di definisikan sebagai suatu corak umum yang terhasil akibat daripada penggunaan sesuatu set startegi yang tertentu (Baalpe 1989 p. 9). Dalam tahun 1966, Mosston telah secara spesifiknya telah membuat analisis terperinci terhadap stail pengajaran (teaching style) dan tingkahlaku (behaviors). Idea beliau adalah berasaskan kepada interaksi yang berlaku antara guru dan pelajamya sebagai rangka kerja dalam pengajaran pendidikan jasmani dalam kontek yang berbeza dan bersifat global. Idea yang begitu signifikan ini telah dinyatakan oleh Nixon dan Locke dalam penulisan mereka sebagai " the most significant advance in the theory of physical education pedagogy inrecent history" (axon & Locke. 1973, p. 1227). Mosston telah memperkenalkan stail inklusi ini sebagai elemen yang kelima dalam pemaparan spektrumnya. Secara khususnya stail ini adalah tergolong dalam kelompok "reproduction" iaitu menghasilkan semula sesuatu pembelajaran berdasarkan tunjukcara, arahan, demonstrasi, pengalaman lepas dan beberapa lagi bentuk fungsi memori kognitif (Axon, J. & Lock, L. 1973) yang lain. Menurut beliau aplikasi stail ini adalah lebih fleksibel dan dalam variasi tahap kepayahan (difficulty) serta pencapaian kemahiran (performance skill) yang pelbagai mengikut keupayaan pelajar. Satu kriteria utama stail ini adalah ianya memfokuskan semua perkara tersebut tadi pada satu tugas atau cabaran yang perlu dilakukan oleh semua orang. Dengan lain perkataan satu cabaran untuk semua orang tetapi perlakuan pelajar adalah pada tahap kemampuan mereka dan bukannya atas ketetapan dan kemahuan gurunya. Objektif Stail Inklusi Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran PJ berorientasikan stail inklusi (Inclusion Style) menjurus kepada dua perspektif iaitu objektif isi pembelajaran (subject matter) dan pelakuan (behavior). Objektif Isi Pembelajaran (subject matter) Objektif Pelakuan (behavior)

Disesuaikan dengan perbezaan prestasi setiap individu. Mereka bentuk rangkaian pemilihan tahap untuk semua pelajar dalam tugas yang sama. Meningkatkan penguasaan kemahiran hasil daripada penyertaan yang berterusan. Menawarkan peluang untuk menyemak semula keputusan. Mempertingkatkan mutu penglibatan yang aktif dengan cabaran. Memperkukuhkan proses pengaturan penilaian.

Memperolehi pengalaman dalam penetapan initial entry point. Melatih kemahiran penilaiankendiri berdasarkan kepada kriteria-kriteria prestasi yang telah disediakan. Mengalami proses pengalaman pengubahsuaian dalam membuat keputusan untuk tujuan mngekalkan penglibatan. Menerima kenyataan tentang terdapatnya perbezaan dalam keupayaan dan prestasi setiap individu. Menangani perkaitan dan perbezaan antara aspirasi dengan prestasi yang sebenar. Melatih secara intrinsik kemahiran berdikari. Melatih sifat jujur dalam proses pemilihan tahap dan melakukan penilaian kendiri.

Berdasarkan kepada objektif yang berorentasikan stail Inklusi ini, jelaslah bahawa kaedah ini mengutamakan kepada peningkatan dan penguasaan seseorang individu secara berperingkat-peringkat dan penyertaan secara sukarela. Ini adalah kerana pelajar itu sendiri diberi kebebasan untuk menilai kemampuan mereka dalam setiap tahap latihan yang diberikan kepada mereka. Sorotan Literatur Terdapat beberapa kajian yang mendapati akan kelemahan-kelemahan stail ini dari segi praktikalnya di bilik darjah. Mereka menyangkal akan kefungsian teori spectrum Muska Mosston kerana terdapat perbezaan dari segi proses pengaplikasiannya dalam situasi sebenar di bilik darjah. Menurut Byra dan Jenkins, (1998) menyatakan bahawa stail inklusi ini kurang sesuai untuk digunapakai ke atas pelajar-pelajar istimewa (exceptional students). Menurut mereka tidak semua para pelajar istimewa ini boleh memanfaatkan stail inklusi dengan baik dan berkesan. Mereka mendapati bahawa adalah sukar untuk pelajar-pelajar tersebut berkompromi dengan situasi yang memerlukan mereka menggunakan keupayaan kognitif dan persepsi kendiri pada tahap yang optimum. Tahap keupayaan mental serta penumpuan yang kurang ini merupakan fakror yang men.dorong kepada ketidakupayaan mereka untuk belajar dengan stail tersebut.

Goldberger, Gerney, Chamberlain (1982) mendapati walaupun stail inklusi terbukti berkesan dalam menghasilkan peningkatan prestasi,kemahiran tetapi ianya masih rendah berbanding stail praktis. Apa yang ingin dinyatakan di sini ialah keberkesanan pembelajaran memerlukan penglibatan aktif guru dan jika peranan guru itu dialihkan kepada pelajar maka keberkesanan proses pembelajaran dari segi penghasilan (outcome) akan menurun. Skop penilaian dan matlamat akhir merupakan penentu lama ada stail yang mana harus dipraktikan. Sekiranya inginkan perkembangan prestasi serta hasil maka stail yang lebih berorientasikan guru perlu dipraktikkan dan sekiranya perkembangan itu untuk diri pelajar maka pendekatan hendaklah berunsurkan sesuatu yang boleh membentuk pelajar tersebut bukan sahaja untuk memanfaatkan fizikalnya malahan dari segi, kognitif, emosi, sosial serta etika kendirinva. Goldberger, Gerney (1986) mendapati bahawa semasa mempraktikkan stail pembelajaran inklusi terdapat para pelajar yang suka untuk memilih tahap permulaan yang tinggi walau pun telah diperjelaskan oleh guru untuk tidak berbuat demikian. Dapatan ini mengandaikan bahawa terdapat pelajar-pelajar yang mungkin memerlukan sesuatu pendekatan yang lebih kompetetif, mencabar serta mampu memaparkan tahap dominasi mereka masing-masing secara perbandingan terus dengan elemen tahap kesukaran yang diluar kemampuan dan keupayaan mereka. Konsep Stail Inklusi (Inclusion Style) Konsep ini telah diperjuangkan lebih 30 tahun oleh Mosston ke seluruh dunia yang mana konsep pembelajaran yang berorientasikan pelajar ini telah dinyatakan dalam bentuk perlambangan yang berkaitan dengan kemampuan pelajar untuk melompat tali tapi pada dua situasi atau senario yang berbeza sebagai cara menjelaskan konsep inklusi. Senario pertama tali tersebut direntangkan lurus sejajar antara dua hujungnya. Pada tahap yang rendah, cabaran melompat tali tersebut akan dapat dilakukan oleh ramai pelajar, namun semakin tinggi ianya maka semakin ramai pula yang akan berundur kerana mereka tahu ianya melampaui kemampuan mereka.

Senario pertama ini meperlihatkan berlakunya penyingkiran (exclusion) pelajar satu demi satu kerana tali menjadi semakin tinggi dan tidak mampu dilepasi oleh mereka. Dalam stail inklusi perkara tersebut tidak akan timbul kerana stail inklusi tidak melakukan penyingkiran malah ianya menggalakkan penyertaan (inclusion). Senario kedua pula memaparkan konsep inklusi iaitu tali yang sama direntangkan tetapi pada keadaan condong (slanted rope). Satu hujungnya ditinggikan dan yang satu lagi direndahkan. Semua pelajar perlu melompat melepasinya tapi mereka boleh memilih untuk melompat pada bahagian yang tinggi atau pun yang lebih rendah berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan mereka masing-masing. Guru pula hanya akan melihat serta memberikan bimbingan kepada pelajar sepanjang proses tersebut dijalankan. Pelajar sendiri akan menentukan dari ketinggian mana hendak memulakan lompatan (entry point). Berjaya pada cubaan pertama maka lompatan yang kedua mungkin akan dilakukan pada tahap yang sama atau ditingkatkan tahap atau pun direndahkan lagi. Jika lompatan pertama gagal maka bermaksud mereka telah melampaui keupayaan maksima dan seharusnya mencuba tahap yang lebih rendah untuk lompatan keduanya.

Melihat kepada kedua-dua senario tersebut maka stail inklusi ini lebih merupakan cara atau kaedah yang boleh menggalakkan pelajar aktif beraktiviti dan mempertingkatkan potensi diri mereka dengan melakukan latihan yang bersifat ansur maju dan berterusan untuk cabaran yang disediakan berdasarkan keupayaan dan potensi diri yang mereka rasakan sesuai. Anatomi Pengajaran dan Pembelajaran Stail Inklusi. Seperti juga stail yang sebelumnya, stail inklusi ini juga mempunyai kriterianya yang tersendiri dan pendekatan yang berbeza. Penetapan keputusan pada peringkat pra impak adalah masih menjadi tanggungjawab guru sepenuhnya. Guru akan menetapkan isi pelajaran (subject matter) dan perlakuan (behavior) yang berkaitan untuk dijalankan semasa proses implimentasi (impact) pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat pra impak ini guru perlu menyatakan apakah konsep dan pendekatan sebenar stail inklusi agar mereka tidak terkeliru dengan stail-stail sebelumnya. Guru masih perlu merancang serta menetapkan objektif tetapi ianya merupakan panduan atau kriteria panduan yang akan menjadi penanda (bench mark) kepada penilaian-kendiri pelajar dan untuk keseluruhan kelas. Bila masuk kepada tahap impak maka peranan guru mula dikurangkan. Guru hanya sebagai pemerhati dan tempat merujuk serta mendapatkan pengesahan kepada aktiviti serta prestasi persembahan pelajar. Pada tahap ini maka berlakulah peralihan iaitu keputusan bukan lagi menjadi tanggungjawab guru tetapi telah berpindak kepada pelajar. Pelajar akan membuat keputusan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh guru sebagai panduan serta indikator kepada tahap pencapaian prestasi pelajar pada fasa pos impak. Peranan pelajar dalam membuat keputusan serta pemilihan tahap kesukaran tugasan adalah maksimum atau sepenuhnya pada segmen impak dan pos impak. Peranan guru pada masa itu hanyalah sebagai fasilitator dan tempat bertanya. Pra impak Semua keputusan awal serta perancangan isi pelajaran, perlakuan dan logistik ditentukan oleh guru sepenuhnya.

Impak Peranan membuat keputusan berpindah daripada guru kepada pelajar.

Pos impak Pelajar membuat penilaian kendiri serta menetapkan keputusan yang perlu dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi mereka berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru.

Keputusan yang boleh dibuat oleh pelajar; Pelajar boleh memilih tahap atau diberikan oleh guru. Pelajar membuat keputusan dalam bentuk penilaian-kendiri dan menentukan pemilihan tahap yang sesuai dengannya. Membuat pilihan tahap yang tepat dan selamat untuk memastikan kejayaan.

Kejayaan pada pemilihan tahap awal bermakna ; Ulang tahap yang sama. Tingkatkan tahap. Turunkan tahap. Jika melangkaui tahap tertinggi atau sentiasa gagal maka pelajar terpaksa menentukan sama ada untuk ; Ulang semula. Tingkatkan. Turunkan.

Implimentasi Stail Inklusi Pada permulaan sesi, guru adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkan konsep serta demonstrasi pembelajaran dengan cara inklusi supaya pelajar jelas tentang tugas dan peranan yang mereka perlu lakukan. Pelajar akan mengendalikan sepenuhnya sesi pembelajaran secara individu dengan bantuan lembaran aktiviti tugasan, menetapkan lokasi, dan mencari tahap permulaan yang sesuai. Pada sesi pos Impak pula pelajar akan cuba menjalankan penilaian kendiri berdasarkan tugas yang telah dijalankan. Namun begitu peranan guru tidak lebih daripada sebagai pemerhati dan pembimbing semasa berjalannya P&P. Semasa pelajar menjalankan tugas yang telah disediakan, guru hendaklah bersabar dan berikan pelajar peluang dan masa untuk memulakan dan membuat keputusan terhadap penetapan tahap permulaan yang bersesuaian dengan mereka. Pelajar akan teruja untuk mengemukakan persoalan kepada guru namun guru hanya perlu menjawab dengan komen yang neutral sahaja (neutral feedback) dan elakkan daripada mempengaruhi serta menentukan keputusan yang akan dibuat oleh pelajar. Objektif utama stail inklusi ini adalah untuk melatih pelajar membuat keputusan tentang tahap (level) prestasi perlaksanaan isi pembelajaran (subject matter) yang sesuai dengan keupayaannya. Perlakuan (behavior) ini bukan sahaja menekankan kepada proses pembangunan kognitif dan fizikal semata-mata tapi juga berkisar pada aspek emosi, konsep-kendiri (selfconcept) dan komitmen. Guru tidaklah seharusnya membiarkan pelajar membuat tugasan tanpa perlu diperbetulkan, oleh itu guru seharusnya secara retoriknya mencadangkan pelajar untuk menyemak semula perlaksanaan tugas mereka dengan diskripsi yang disertakan dalam lembaran tugas (task sheet) yang telah dibekalkan. Jika berlaku kesilapan dan kesalahan oleh pelajar yang sama pada pemantauan berikutnya maka adalah perlu untuk guru campurtangan dan memperjelaskan kepada pelajar tentang kesalahan yang berlaku atau yang dilakukan. Implikasi Stail Inklusi a) Guru 1. Penggunaan Stail Inklusi ini membuktikan dari segi falsafahnya konsep inklusi dan penglibatan (pada mana-mana tahap kesukaran) boleh diterima dan diguna pakai dalam kontek profesion perguruan. 2. Stail ini juga mampu untuk memperkembangkan pemahaman mereka terhadap konsep tidak-berlawanan (non-versus) dengan mengadakan perancangan yang bersifat untuk untuk menyekat penglibatan (terdapat alternatif pemilihan kriteria perlaksanaan tugasan yang sukar kepada yang mudah) tetapi pada jangka panjang mampu untuk menggalakkan penglibatan pelajar. 3. Adalah perlu untuk dikaji akan keutamaan untuk mengadakan pilihanpilihan tahap permulaan yang sah untuk digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran kemahirankemahiran dalam pendidikan jasmani. Dari segi praktikalnya memang tidak dapat dinafikan akan terdapat perbezaan

antara individu manusia termasuklah dari segi saiz, keupayaan, bentuk fizikal badan, tahap tenaga dan motivasi dirinya. b) Pelaj ar 1. Suasana pembelajaran yang membolehkan pelajar mengalami situasi perkaitan antara aspirasi (diri) dengan realiti tugasan sebenar. 2. Membuktikan bahawa pelajar boleh belajar untuk menerima hakikat bahawa terdapatnya jurang yang membataskan antara aspirasi diri dengan realiti sebenar dan dalam masa yang sama juga mereka turut belajar serta berusaha untuk merapatkan perbezaan di antara jurang tersebut. 3. Stail ini juga membenarkan pelajar untuk melakukan sesuatu yang berpadanan dengan kemampuan dan keupayaan sendiri (What I can do) dan bukannya berasaskan kepada prestasi persembahan orang lain. Semasa proses pembelajaran pelajar akan bersaing untuk standard, keupayaan dan aspirasi sendiri dan bukan dengan motif untuk menandingi orang lain. Pembelajaran stail inklusi ini juga mampu membangkitkan sifat pengujian terhadap keupayaan konsep-kendiri (self-concept). Pengujian konsep-kendiri ini termasuklah kebebasan dari segi emosi pelajar kerana dia tidak perlu bergantung kepada keputusan guru dalam menentukan kedudukannya semasa melakukan dan melaksanakan tugasan. Kaedah Meningkatkan Keberkesanan Stail Inklusi Adalah seronok untuk mengkaji dan mencari penyelesaian yang boleh membantu para pelajar untuk lebih berkesan dan pandai dalam membuat keputusan yang sesuai serta tepat untuk sesuatu tugasan dan cabaran yang diberikan kepada mereka. Berikut adalah antara tip yang mungkin boleh membantu kearah tersebut:
1. 2. 3. 4.

5.

Menggurangkan jumlah tahap yang perlu disempurnakan untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan tugasan. Melebarkan ruang kesukaran antara tahap agar ianya lebih mudah dicapai. Menggabungjalinkan dan menggandingkan segmen inklusi dan praktis dalam sate episod pembelajaran yang saling berbantu dan melengkapi. Wujudkan variasi dalam stail pengajaran agar pelajar lebih bersemangat dan teruja dengan persembahan isi pembelajaran, tugasan dan aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh guru. Guru memainkan peranan dengan cara bersoal jawab dengan pelajar iaitu dengan mengemukan soalan-soalan yang bersifat dan emosi yang boleh menjana minda pelajar dalam memikirkan langkah-langkah yang menjuruskan kepada membuat keputusan.

Kesilapan dan kegagalan pelajar dalam membuat keputusan tepat merupakan petunjuk yang menyatakan bahawa pelajar tersebut memerlukan pengubahsuaian dalam set pencapaian pembelajarannya. Kelebihan Secara retoriknya memang terdapat kelemahan yang melingkungi setiap satu jenis stail tersebut namun ini bukan bermaksud ianya gagal atau tidak berkesan

langsung dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu. Stail inklusi juga tidak terkecuali untuk tidak memiliki kelemahan tersendiri tapi sinonim untuk kelemahan itu juga terdapat kelebihan yang tidak boleh disangkalkan keutamaan dan peranannya dalam menjayakan sesuatu proses pengaiaran dan pembelajaran. Kelebihan yang paling nyata stail ini adalah ianya menggalakkan sifat berdikari pelajar daripada pengaruh dan keputusan guru. Proses kognitif membuat keputusan dan pen.ilaian. teiah dialihkan oleh guru daripadanya kepada pelajar untuk melakukannya. Secara tidak langsung ianya. boleh menggalakkan perkembangan minda pelajar serta melatih mereka untuk lebih berdikari dan tetap dengan pendirian sendiri. Stail ini juga melatih pelajar untuk berfikir dengan lebih kritis dan dinamik. lni adalah kerana setiap keputusan yang akan diambil akan mempengaruhi dirinva dan biasanya keputusan tersebut tidak akan bersifat pengunduran atau statik tetapi mungkin lebih dinamik serta mencabar kemampuan sendiri. Pelajar juga dilatih ketajaman konsep-kendirinya self-concept di mana mereka akan didedahkan dengan sesuatu yang bare dengan elemen verbal abstrak (tulisan) yang memerlukan mereka untuk menaakul akan cara perlakuan yang betul dan mengikut prosedur yang sebenar perlakuan yang dikehendaki oleh kriteria (lembaran kerja atau task sheet) yang disertakan oleh guru. Selepas memahami konsep pelajar juga akan dikehendaki untuk melakukan penilaian kendiri atas persembahan prestasi mereka. Mereka bertanggungjawab sama ada perlu menganjakkan tahap atau kekalkan selepas sesuatu sesi impak. Tahap kejujuran pelajar juga akan dapat ditingkatkan serta keupayaan mereka dalam mentafsir persembahan prestasi mereka sendiri juga boleh meningkatkan tahap kebolehpercayaan (credibility) serta persepsi diri. Dari aspek logistik stail ini juga boleh membantu guru dan murid untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan tentang kekurang alatan, ruang dan sesetengah bahan pembelajaran. Ini adalah kerana setiap murid akan melakukan satu tugasan yang sama. Contohnya permainan bola baling umpamanya, sekiranya kemahiran menjaring maka semua pelajar akan melakukan kemahiran tersebut ditempat yang sama iaitu gawang gol. Paling minima alatan dan ruang yang diperlukan ialah satu kawasan jaringan gol dan satu bola.Pengawalan serta pengorganisasian pelajar juga akan menjadi agak terkawal dengan menggunakan stail inklusi kerana guru boleh membuat pemantauan serta bimbingan secara individu kepada setiap pelajar. Interaksi pelajar sesama pelajar juga dapat dikurangkan kerana masingmasing sibuk dengan program individu mereka. Pelajar akan lebih kerap untuk berinteraksi dengan guru dan lembaran-lembaran pembelajaran yang dibekalkan. Tiada fenomena persaingan juga akan timbul kerana pelajar bersaing dengan dirinya dan bukannya dengan orang lain, oleh itu suasana pembelajaran akan menjadi lebih terkawal dan kondusif untuk proses pembelajaran berlaku. Stail inklusi juga merupakan suatu stail yang menggalakkan penyertaan pelajar kerana elemen penyingkiran dan kekangan penglibatan telah dimansuhkan oleh

rankaian pilihan tahap prestasinya yang agak flexible dan mesra pelajar. Pelajar boleh memilih alternatif yang mereka rasakan bersesuaian dengan keupayaan masing-masing. Seandainya mereka hendak menurunkan tahap prestasi ke aras yang mereka rasakan selesa dan selamat juga tidak menjadi suatu tegahan. Pelajar akan lebih giat untuk berdepan dengan tugasan jika kriteria tugasannya boleh diubahsuai dan dipertingkatkan dari semasa sesuai dengan peningkatan prestasi yang berlaku sepanjang melakukan latihan dan aktiviti yang dirancang dan disenaraikan dalam lembaran tugasan dan kriteria yang dibekalkan. Kelemahan Kelemahan yang paling ketara untuk stail inklusi ialah ianya memakan masa. Aspek masa di sini adalah daripada perspektif kecapaian target atau objektif pembelajaran yang direncanakan oleh guru. Guru menyediakan rangkaian pilihan tahap prestasi dengan andaian pelajar akan melakukan yang terbaik mereka. Namun dari segi realitinya memang terdapat keinginan pelajar untuk tidak membuat sebaik mungkin kerana mereka berpeluang untuk melakukan persembahan mereka dalam fasa-fasa dinamik yang mereka rasakan sesuai dengan tahap keupayaan serta kemahiran mereka. Guru biasanya terpaksa bersabar untuk menunggu pelajar beraksi pada tahap optimum dan melakukan yang terbaik mereka. Stail ini juga pada dasarnya banyak memerlukan komitmen guru terutama sekali di peringkat pra impak dan impak kerana mereka terpaksa menyediakan persiapan dari segi isi pembelajaran, persiapan bahan serta logistik dan objektif pembelajaran. Guru perlu merangka borang-borang atau lembaran-lembaran aktiviti yang padat dan komplek yang boleh memuatkan seluruh keperluan pembelajaran dan satu atau dua muka surat sahaja. Guru juga terpaksa merangka penerangan dann penjelasan yang seringkas mungkin dan tepat dalam lembaran-lembaran tersebut agar ianya boleh dan mampu di adaptasi oleh pelajar kepada bentuk perlakuan yang betul dan sesuai dengan keupayaan mereka. Guru juga perlu memikirkan bagaimana semua pelajar sekelas tersebut boleh terlibat dalam satu tugas yang sama dengan tahap penilaian yang berbeza. Selepas perlaksanaan oleh pelajar guru pula terpaksa membuat pemantauan dan bimbingan secara tidak langsung kepada semua muridnya dalam satu sessi pembelajaran yang agak singkat peruntukan masanya. Pelajar merupakan elemen utama dalam stail inklusi dan mereka juga diberikan banyak kelonggaran dan kebebasan untuk beraktiviti mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kadang kala terdapat pelajar yang mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut dan mereka cuba untuk tidak melakukan sesuatu padan tahap yang sepatutnya mereka lakukan dan terdapat juga elemen zon selesa yang mana pelajar tidak mahu mencabar dirinya melakukan sesuatu yang lebih mencabar. Selain tidak beraksi pada tahap yang

sepatutnya mereka juga mungkin akan cuba untuk menipu diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang tiada cabaran dan peningkatan untuk prestasi diri mereka secara peribadinya. Terdapat juga pelajar lemah yang kurang baik daya penumpuan dan fungsi kognitifnya. Kekadang adalah sukar untuk mereka terutama untuk memahami sesuatu arahan yang berbentuk abstrak seperti animasi, grafik dan tilisan, oleh itu besar kemungkinan mesej serta perantaran yang disampaikan oleh guru tidak dapat mereka terjemah dan lakukan dengan sempurna. Bagi pelajar yang mempunyai tahap kecekapan yang tinggi, mereka akan melakukan sesuatu yang melebihi tahap realiti dan keupayaan sebenar mereka. Mereka ini juga akan menghadapi kesulitan bukan kerana tidak memahami arahan tetapi kerana pelajar tersebut ingin untuk merealisaikan aspirasi mereka terhadap tugasan tanpa menimbangkan keupayaan sebenar mereka. Sesetengan pelajar juga akan mudah terasa bosan kerana stail ini berorientasikan satu tugas untuk semua orang yang akan dijalankan secara berulang-ulang pada tahap persembahan prestasi yang berbeza-beza mengikut kesesuaian pelajar. Mungkin pelajar akan menjadi kurang berminat untuk terlibat serta melakukan dengan serius tugas yang disediakan. Pelajar yang cepat bosan ini mugkin kerana mereka sudah mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sedia ada untuk tugas yang disediakan oleh guru dan mungkin juga guru tidak memberikan cabaran-cabaran yang lebih sukar untuk mereka lakukan. Stail inklusi juga bersifat rigid dengan perlakuan yang telah disediakan oleh guru dalam lembaran kriteria yang dibekalkan. Ianya tidak menggalakkan fungsi kreativiti dan perkembangan tingkahlaku. Pelajar hanya akan melakukan sesuatu yang telah diarahkan dan ditetapkan oleh guru. Mereka perlu melakukannya berulang-ulang demi untuk mencapai peningkatan dari segi tahap pencapaian prestasi persembahan. Pengabaian oleh guru juga mungkin boleh berlaku terutamanya kepada para pelajar yang dapat menguasai tugas dengan cepat dan betul. Guru menyedari kelebihan itu maka penumpuannya akan lebih ditumpukan kepada bimbingan dan interaksi dengan pera pelajar yang lemah dan agak sukar untuk melakukan dan menvempurnakan tugas yang disediakan walau pun terdapat panduan dan bimbingan diberikan. Kesimpulan Secara amnya dapatlah dikatakan bahawa stail inklusi ini merupakan suatu stail pengajaran dan pembelajaran yang bersifat bebas dan fleksibel kepada kepada para pelajar terutamanya dalam aspek membuat keputusan. Ianya adalah lebih bersifat mesra pelajar dan menumpukan segala prosedur dan aspek perlaksanaan pembelajaran kepada mereka. Guru hanya berperanan dalam aspek perancangan awal iaitu menetapkan objektif pembelajaran, memilih isi pelajaran dan merancang medium. Guru juga menyediakan dokumentasi kriteriakriteria pembelajaran dalam bentuk yang mudah sama ada dari aspek tahap mula

atau entry point dan tahap kesukarannya. Pada perspektif pelaiar pula stail ini adalah kurang memerlukan tekanan kepada mereka di mana mereka diberikan kebebasan memilih dan membuat keputusan tanpa ada pengaruh daripada rakan-rakan atau guru. Stail ini juga mampu untuk memperkembangkan dan meningkatkan potensi serta kemampuan kognitif pelajar terutamanya dalam keupayaan mereka membuat keputusan yang sesuai dengan prestasi sebenarnya. Stail ini juga cuba menerapkan etika dan kejujuran kepada para pelajar dengan cara membuat keputusan yang bersesuaian untuk mempertingkatkan prestasi mereka dan bukan yang terlalu rendah dan tidak pula terlalu melampau. Konsep cuba jaya akan dipraktikan dalam latihan dan latih tubi yang berkaitan tugas. Setiap kegagalan dalam cubaan bukan bermakna penyingkiran tetapi pelajar boleh memilih alternatif tahap kesukaran untuk tugas yang lebih rendah. Dengan ini maka pelajar akan lebih giat dan tekun untuk berusaha dalam memperbaiki persembahan dan catatan pribadi mereka. Dari perspektif afektif iaitu kejiwaan pula pelajar akan lebi.h memahami diri mereka dan cuba untuk memperkukuhkan tahap pengaplikasian aspek-aspek kendiri mereka dalam menangani dan mengawal suasana pembelajaran yang memerlukan mereka berhadapan sendiri dengan tugas tanpa bantuan guru secara langsung.

Bibiliografi British Association of Advisers and Lecturers in Physical Education. 1989. Teaching and Learning Strategies in Physical Education. Leeds: White Line Press. Byra & Jenkins. 1998. The Thought and behaviors of learners in Inclusion Style of Teaching. Journal of Teaching in Physical Education. Coates, B. 1997. Refining your Style. Sportsteacher. Spring Edition. Dougherty, N.J. & Bonanno, D. 1979. Contemporary Approaches To The Teaching of Physical Education. New Brunswick. NJ: Burgess Publishing Company. Faridah Karim, 2000. Halangan Terhadap Perkembangan Profesion Perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Perguruan 2002. Galton, M., Simon, B. & Croll, P. 1980. Inside the Primary Classroom. London: Routledge & Kegan Paul. Goldberger, M. & Gerney, P. 1986. The Effect of Direct Teaching Style on Motor Skill Acquisition of Fifth Grade Children. Research Quarterly for Exercise and Sport. 57(3), 215-219. Goldberger, M. & Gerney, P. & Chamberlain J. 1982. The Effect of Three Style of Teaching on The Psychomotor Performance of Fifth Grade Children. Research Quarterly for Exercise and Sport. 53(2), 116-124. Kane, J.E. 1974. Physical Education in Secondary Schools. Schools Council Research Studies. London Macmillan. Mosston, M. 1966. Teaching Physical Education. Columbus. OH: Merrill. Mosston, M. & Ashworth, S. 1986. Teaching Physical Education. Columbus. OH: Merrill Mosston, M. & Ashworth, S. 2002. Teaching Physical Education. Fifth Edition. San Francisco. CA: Benjamin Cummings.

Nixon, J. & Locke, L. 1973. Research on Teaching Physical Education. In R. Travers (Ed.), Handbook of Research On Teaching, pp.1210-1242. Chicago: Rand McNalty. Siedentop, D. 1991. Developing Teaching Skills in Physical Education. Palo Alto. CA:Mayfield.

STAIL INKLUSI (KAEDAH E) BORANG SKOR KEMAHIRAN MENGELECEK BOLA SEPAK KRITERIA PELAKSANAAN TUGASAN Berdiri pada kedudukan bersedia di belakang bola dengan mata memandang bola. 2. Menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri. 3. Badan condong ke kiri, tangan dibuka untuk imbangan dan lutut kiri dibengkokkan sedikit. 4. Tolak bola ke kanan pula menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan lakukan seperti nombor 3. 5. Pergerakan mengelecek ini perlu dilakukan dalam bentuk zig-zag melalui skitel yang disediakan.
1.

JUMLAH SASARAN TAHAP 1 20 saat Jarak 5 meter

10

JUMLAH SASARAN TAHAP 2 40 saat Jarak 11 meter

10

JUMLAH SASARAN TAHAP 3 60 saat Jarak 17 meter

10

You might also like