P. 1
Topik 4 Kesedaran Ruang

Topik 4 Kesedaran Ruang

|Views: 5,161|Likes:
Published by Ac Mal Faezs

More info:

Published by: Ac Mal Faezs on Aug 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 4

KESEDARAN RUANG

y

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangka akan dapat:

1. Mengenal pasti bentuk dua matra seperti poligon, segitiga, dan sisi empat; dalam satah geometri. 2. Mengenal pasti pepejal tiga matra seperti kubus, kuboid, silinder, kon, piramid, dan prisma. 3. Menggunakan bahasa dan perbendaharaan kata yang ada kaitan dengan geometri. 4. Menggunakan bahan manipulatif untuk menyiasat ciri-ciri pepejal tiga matra. 5. Membina objek dua matra dan tiga matra menggunakan bahanbahan mudah atau alat konvensional. 6. Menggunakan konsep geometri dalam kehidupan seharian.

1

dan ruang yang berkaitan. Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang konsep geometri sesuatu objek. 2 . Individu yang mempunyai kesedaran ruang tahu tentang aspek geometri yang ada. dan perkaitan yang ujud antara pelbagai jenis bentuk. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri. atau alam semulajadi. dan menghargai bentuk geometri yang terdapat dalam lukisan. dan pelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat di persekitarannya. kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam kalangan murid. Sebagai guru matematik.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR TAJUK 4 4.0 PENGENALAN KESEDARAN RUANG Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap bentuk. senibina.

Antara bentuk geometri yang dapat dikelompokkan adalah seperti berikut.1 Perhatikan kesemua grafik di atas.1 Pepejal Tiga Matra dan Bentuk Dua Matra Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Aktiviti 4.1 PENGENALAN Bentuk geometri yang telah anda kenalpasti daripada Aktiviti 4. dan tiga matra sebagai 3-D. Rajah 2 ialah Menara Kuala Lumpur. Berdasarkan pemerhatian anda. Rajah 1 menunjukkan sebuah khemah.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR UNIT 4. dan Rajah 3 ialah Louvre.1 dapat dikelompokkan kepada dua kumpulan utama. di Perancis.1. Rajah 4 3 . senaraikan semua bentuk geometri yang dapat anda perhatikan. iaitu objek dua matra dan tiga matra. Objek dua matra disebut juga sebagai 2-D. 4.

bulatan segiempat tepat segitiga tak sama kaki segiempat sama segitiga sama sisi trapezium segiempat selari segitiga kaki sama rombus lelayang Rajah 6 4 .3 Bentuk Dua Matra Objek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dikenali sebagai bentuk dua matra atau 2-D. dan tidak mempunyai ketebalan. Beberapa lagi contoh bagi bentuk dua matra ditunjukkan dalam Rajah 6.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Rajah 5 Apakah ciri-ciri yang ada pada objek dalam Rajah 4 dan Rajah 5? 4. Ia hanya mempunyai dua dimensi. Kesemua objek ini berada dalam satu satah. iaitu panjang dan lebar.1.

dan simetri. segiempat sama. senaraikan ciri-ciri setiap bentuk sisi empat yang dinyatakan berdasarkan aspek berikut. trapezium. rombus. Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai. segiempat selari. perihalkan setiap segitiga berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan dalam Jadual 1.2 untuk mengenali pelbagai bentuk sisi empat dengan lebih dekat. sisi. Aktiviti 4. lelayang adalah contoh bagi bentuk sisi empat. Rajah 7 5 .WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Setiap poligon segitiga yang terdapat dalam Rajah 6 mempunyai ciricirinya yang tertentu.2 Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai. Apakah perbezaan antara setiap bentuk ini? Lakukan Aktiviti 4. Jadual 1 Jenis Segitiga Segitiga sama sisi Segitiga kaki sama Segitiga tak sama kaki Bilangan sisi sama panjang Bilangan garis simetri Saiz sudut Segiempat tepat. sudut. pepenjuru.

Poligon dinamakan berdasarkan bilangan sisinya. Beberapa contoh ditunjukkan di sebelah. Kesemua objek ini mempunyai tiga dimensi iaitu panjang (atau ketinggian). Buat rujukan dan lengkapkan Jadual 2 di bawah. Rajah 8 berikut menunjukkan beberapa lagi contoh pepejal tiga matra. Perhatikan bentuk dalam Rajah 7. lebar. Rajah 8 Aktiviti 4.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Poligon boleh mempunyai lebih daripada empat sisi. Kenal pasti kategori pepejal tersebut.2 Pepejal Tiga Matra Objek seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di kenali sebagai pepejal tiga matra atau 3-D. Jadual 2 Jenis Poligon Pentagon Bilangan sisi poligon 5 6 7 Octagon 8 9 10 11 Dodecagon 12 4. 6 . dan tentukan bilangan sisi bagi setiap satunya.3 Buat rujukan dan kumpulkan grafik pepejal tiga matra yang terdapat dalam kehidupan seharian. dan ketebalan (atau kedalaman).1. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio.

heksagon dan lain-lain. bulatan.1. Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR 4. atau gabungan kedua-duanya. Ada pepejal mempunyai tapak berbentuk segiempat sama. kon dan lain-lain. segiempat tepat. 7 . bucu Permukaan mendatar berbentuk segiempat tepat tepi Permukaan mendatar berbentuk segitiga Rajah 10 Prisma bertapak segitiga dalam Rajah 10 mempunyai enam bucu dan sembilan tepi. Pepejal ini juga mempunyai tiga permukaan berbentuk segiempat tepat dan dua permukaan berbentuk segitga. sfera. Setiap pepejal ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu seperti berpermukaan mendatar atau berpermukaan melengkung. prisma.4 Ciri Pepejal Tiga Matra kubus sfera prisma segitiga kon silinder kuboid prisma heksagon piramid Rajah 9 Rajah 9 menunjukkan pelbagai jenis pepejal tiga matra iaitu kubus.

Jelaskan pemerhatian anda dalam bentuk jadual. Gunakan bahan manipulatif bagi membantu anda untuk mendapatkan gambaran sebenar setiap objek. bilangan permukaan mendatar. dan bentuk permukaan yang dipunyai setiap objek. Bina beberapa bentuk lagi bagi mengukuhkan pemahaman anda tentang ciri-ciri bentuk dua matra.4 Bagi setiap objek dalam Rajah 9. dengan menggunakan alat geometri seperti jangka lukis. UNIT 4. bilangan bucu. jenis permukaan. tentukan ciri-ciri yang ada pada setiap objek tersebut. Seterusnya bina bentuk dua matra seperti yang terdapat dalam Rajah 6.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Aktiviti 4.2 Membina Bentuk Dua Matra dan Pepejal Tiga Matra Rajah 11 Pelbagai bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan geobod (Rajah 11). 8 . bagi menyatakan bilangan tepi. sesiku dan pembaris.

Cetak hasil kerja dan simpan dalam folio anda. MSWord.5 Bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. ii. Rajah 12 ICT boleh dimanfaatkan untuk membina bentuk dua matra. Smart Draw. dan lain-lain.6 Bersama rakan anda bina beberapa bentuk dua matra dengan menggunakan perisian seperti GSP.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Aktiviti 4. Bina bulatan dengan menggunakan tali dan paku tekan. Aktiviti 4. Rajah 12 menunjukkan beberapa contoh bentuk yang dibina dengan menggunakan Geometer¶s Sketchpad (GSP). i. Bina elips dengan menggunakan tali dan dua paku tekan. 9 .

Bina bentangan bagi beberapa bentuk tiga matra seperti silinder. Seterusnya cantumkan tepi yang bersesuaian bagi membentuk model pepejal dalam tiga matra. kuboid. kon mengikut kumpulan. Rajah 14 Rajah 14 menunjukkan bentangan bagi kubus.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Rajah 13 Rangka pepejal tiga matra boleh dibina dengan menggunakan lidi dan plastisin. Rajah 13 menunjukkan contoh bagi kuboid dan prisma. Bina rangka bagi pepejal yang lain bersama rakan dalam kumpulan anda. piramid. 10 .

3. Pada peringkat analisis. mempunyai empat sudut tegak. Pada peringkat ini. Lima peringkat tersebut ialah penggambaran (visualization). 11 . Pierre van Hiele dan Dina van Hiele-Geldof pada tahun 1959 telah memberi maklumat kepada kita tentang perbezaan pemikiran geometri dalam kalangan individu. analisis.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR UNIT 4. Sebagai contoh. dia bukan sahaja dapat memberi tumpuan kepada hanya satu bentuk segiempat tepat. Hasil daripada pemikiran peringkat 0 ialah seseorang dapat kelompokkan bentuk yang dilihatnya sebagai ´serupa´. dan apakah jenis idea geometri yang dimiliki. sisi bertentangan yang selari dan sama panjang. seseorang dapat mengenali dan menamakan bentuk berdasarkan pandangan dan ciri-cirinya yang umum. dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. deduksi tak formal.3 4. seseorang berupaya untuk memikirkan semua bentuk dalam kategori yang sama. Justeru dia dapat membuat perbandingan mengapa sesuatu bentuk itu dikatakan segiempat tepat dengan melihat kepada bilangan sisi. Kajian yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik. dan lain-lain. Peringkat 1: Analisis Idea pemikiran pada peringkat 1 ialah kemampuan melihat bentuk secara berkelompok dan bukannya secara berasingan. Peringkat 0: Penggambaran (Visualization) Idea pemikiran pada peringkat 0 ialah tentang bentuk dan bagaimana rupa sesuatu bentuk.2 Peringkat Pemikiran Geometri Model van Hiele Model van Hiele menjelaskan bahawa terdapat lima peringkat berhirarki bagaimana individu memahami konsep atau idea ruang. deduksi.3. dan rapi (rigor) Setiap lima peringkat menjelaskan proses bagaimana seseorang itu berfikir. tetapi beberapa jenis segiempat tepat yang berlainan saiz dan posisi.1 Konsep Ruang dan Hubungannya dengan Aktiviti Pengenalan Tidak semua orang berfikir tentang konsep dan idea ruang dalam cara yang sama. 4.

bukan lagi sekadar intuisi. dan juga dalam kalangan ciri-ciri bentuk. Hasil daripada pemikiran peringkat 3 ialah sistem deduksian aksiom tentang geometri. Individu mula berfikir tentang struktur sistem yang terdiri daripada aksiom. definisi. ia boleh melihat dengan mudah bahawa pepenjurupepenjuru segiempat tepat. Pada peringkat deduksi. dan postulat. teorem. dan dalam masa yang sama menghargai pembuktiaannya melalui hujah-hujah deduksian.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Hasil daripada pemikiran peringkat memperihalkan ciri-ciri sesuatu bentuk. 12 .´ Hasil daripada pemikiran peringkat 2 ialah seseorang memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. Sebagai contoh. Pada peringkat deduksi. Jika suatu bentuk adalah segiempat sama. Dia berupaya untuk membuat penaakulan ´jika .. membahagi dua sama antaranya. maka´. 1 ialah seseorang dapat Peringkat 2: Deduksi Tak Formal Idea pemikiran pada peringkat 2 ialah ciri-ciri bentuk.. seseorang dapat meneroka lebih daripada ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. dapat Peringkat 3: Deduksi Idea pemikiran pada peringkat 3 ialah kemampuan memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. Pemikiran begini akan beransur matang menggantikan pemikiran sebelumnya yang hanya konjektur tentang hubungan antara ciri-ciri geometri. maka bentuk itu mestilah segiempat tepat. Sebagai contoh. Setelah dapat berfikir tentang ciri-ciri objek geometri. individu boleh menggunakan pernyataan yang abstrak tentang ciri-ciri geometri yang berasaskan logik. Peringkat 4: Rapi (Rigor) Idea pemikiran pada peringkat 4 ialah sistem deduksian aksiom tentang geometri. maka bentuk itu juga adalah segiempat tepat. ´Jika semua sudut bagi suatu bentuk adalah bersudut tegak. seseorang akan dapat mengembangkan pemikirannya berkaitan dengan hubungan antara ciri-ciri bentuk.

tumpuan adalah tentang sistem aksiom.3 Konsep Geometri dan Kehidupan Seharian Rajah 15 Kemahiran dalam geometri dapat menghasilkan corak yang menarik. i. Peringkat 0: Penggambaran ii.7 Bersama rakan anda rancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian untuk membantu murid supaya pemikiran dan kemahiran geometri bagi setiap peringkat berikut dapat dibangunkan dalam kalangan mereka. Individu boleh membanding dan melihat hubungan antara sistem aksiom yang berbeza. Peringkat 1: Analisis iii.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Pada peringkat paling tinggi dalam hirarki van Hiele. pemikiran geometri pelajar sekolah rendah perlu dibangunkan sekurang-kurangnya hingga ke peringkat 2. berbeza dengan geometri satah. Hasil daripada pemikiran peringkat 4 ialah membanding dan membezakan sistem aksiom yang berbeza tentang geometri. Kefahaman tentang ciri-ciri yang ada bagi sesuatu bentuk. 13 . Aktiviti 4. Peringkat 2: Deduksi tak formal 4.3. pelajar perlu dibantu dengan memberi pengalaman dan aktiviti yang bersesuaian supaya mereka mempunyai kesediaan yang baik apabila belajar tentang geometri di peringkat kolej atau universiti. Sebagai guru. Sebagai contoh. Berdasarkan teori van Hiele. geometri sfera adalah berasaskan garisan yang dibina atas sfera. seperti simetri dan transformasi bentuk dapat dimanfaatkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15.

(2007). Boston: Pearson Education. Elementary and middle schools mathematics: teaching developmentally (6th Ed. Inc.). Bentuk dan corak dapat menghasilkan suatu yang menarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16. 14 . Aktiviti 4. dan membina corak yang terdapat pada bangunan. J.A.8 Bina corak yang menarik berasaskan konsep dan ciri-ciri bentuk geometri bagi menghasilkan satu kraftangan yang menarik. Rajah 17 Perhatikan alam semula jadi di sekeliling kita.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Rajah 16 Kemahiran dalam geometri juga diperlukan dalam mereka bentuk bangunan. Aspek geometri dapat diperhatikan sebagaimana contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 17. Rujukan Van de Walle.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->