You are on page 1of 4

CERAMAH GAYA HIDUP SIHAT

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah IPG Kampus Sarawak Dr. Zulmahari Merawi, Ketua- ketua Jabatan, para pensyarah, Pengerusi JPP, exco exco JPP dan para pelatih IPG Kampus Sarawak. Terima Kasih kepada pihak JPP kerana mengundang saya pada pagi yang bahagia ini untuk saya memberikan sebuah ceramah yang bertajuk Gaya Hidup Sihat. Hadirin sekalian, Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat? Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepda diri sendiri, keluarga dan masyarakat . Pada era serba moden ini, amalan gaya hidup sihat ini tidak dikira penting oleh masyarakat Malaysia malah tidak dipedulikan langsung. Masyarakat kita sekarang hanya menumpukan kerjaya mereka untuk hidup lebih selesa. Mereka lupa bahawa kesihatan mereka lebih penting untuk hidup selesa dan wang yang mereka mengejar sekarang untuk hidup selesa tidak dapat membeli nyawa mereka apabila diserang penyakit. Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, satu bentuk pemakanan yang seimbang harus diberi perhatian penting dalam kehidupan kita. Masyarakat Malaysia mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak mengambil berat terhadap apa yang dimakan. Ini adalah kerana mereka lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga, masyarakat kita hari ini juga lupa kesan pengambilan berlemak ataupun makanan yan g mempunyai kandung gula atau sodium glutamit yang tinggi. Pemakanan yang seimbang bermaksud setiap sajian yang diambil harus mengandungi nutrient penting iaitu karbohidrat, protin, lemak, vitamin, mineral dan fibre. Kuantiti makanan yang diambil haruslah mengikut piramid makanan dimana makanan yang berada di puncak piramid perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit manakala makanan yang berada di tapak piramid makanan perludiambil dalam lapan hingga dua belas hidangan. Dengan bantuan piramid makanan, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berkolestrol yang akan mengundang penyakit obesiti. Obesiti ditakrifkan sebagai keadaan dimana terdapat pengumpulan dan peyimpanan lemak yang berlebihan di dalam badan. Ia

mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pe ngambilan tenaga dan penggunaan tenaga. Di samping itu, masyarakat Malaysia perlu mengambil berat tentang makanan mereka kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan mereka di semua peringkat kehidupan. Contohnya jika seseorang ibu mengandung mempunyai mas alah kekurangan zat makanan , bayinya mungkin akan mempunyai saiz yang terlalu kecil ketika dilahirkan atau dikenali sebagai kurang berat lahir. Menurut kajian, bayi tersebut berisiko untuk menhadapi penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi apabila menjangkau usia tiga puluh hingga empat puluh. Oleh itu, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan merupakan salah satu jalan menuju ke arah gaya hidup sihat. Berapa ramai antara kita yang memulakan hari dengan bersenam? Biasanya kita akan memulakan hari dengan menek an pelbagai butang peralatan elektrik yang membantu memudahkan kehidupan seharian. Contoh paling ketara ialah kita menekan butang mesin basuh, butang pemanas air dan butang ketuhar gelombang mikro untuk menyediakan minuman dan sarapan pagi. Bagi yang bekerja, perjalanan beberapa kilometer ke pejabat tidak memerlukan mereka memerah keringat kerana apa yang perlu dilakukan hanya menghidupkan enjin keretadan menekan minyak untuk memulakan perjalanan. Ia tidak seperti zaman sebelum merdeka dimana perlu mengayuh basikal dan setelah sampai mereka tidak akan memanjat tangga walaupun hanya untuk naik ke pejabat di tingkat satu kerana telah tersedia lif yang setia menunggu untuk membawa mereka ke tingkat yang dituju. Ini adalah daripada kehidupan serba moden rakya t Malaysia yang telah menjadikan mereka kurang menggunakan tulang empat kerat dan memerah tenaga untuk melakukan sesuatu yang sebenarnya juga berfungsi sebagai senaman untuk otot dan organ mereka. Hadirin sekalian, Oleh itu, kita boleh menjalankan aktivi ti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari sendirian atau bersama - sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan system

peredaran darah menusia lebih baik serta menjadikan system i munisasi semakin tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan mind a yang cergas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Tambahan pula, amalan kesihatan yang sihat haruslah diamalkan untuk menuju gaya hidup sihat. Ini dimaksudkan dengan amalan buruk seperti merokok, meminim arak dan gaya hidup bebas perlu dijauhi. Amal an merokok dan meminum arak hanya memudaratkan kesihatan kita malah kita tidak mendapat apa - apa faedah. Ketagihan alkohol menyebabkan penyakit sindrom otak organik. Gaya hidup bebas dimaksudkan dengan penyalahangunaan dadah dan perlakuan seks bebas. Amalan ini menyebabkan pelbagai jangkitan yang tiada ubat untuk mengubatinya seperti HIV dan AIDS. Oleh itu, untuk kea rah kehidupan yang sihat, amalan yang tidak baik ini harus dielakkan. Hadirin sekalian, Pada masa yang sama sikap atau mentality positif pent ing untk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya denagn baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekenan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan- rakan di sekeliling. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. Akhir kata, gaya hidup yang sihat boleh diperolehi menerusi semua amalan tadi. Jadi bersama- sama kita berjabat tangan untuk bersama - sama hidup ke arah kehidupan yang sihat. Walaubagaimanapun, ini hanya dapat dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan cirri - cirri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya

hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlu memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekian, Terima Kasih.

You might also like