You are on page 1of 3

Tarian Joget sangat digemari oleh Masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari.

Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal.Malah Joge Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka. Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian kaum Portugis iaitu Branyo.Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingklng Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Jget Serampang Laut,Joget 106,Joget Johore Sport Club dan lain-lain.Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada wrong geng kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Cara Persembahan Dalam tarian joget, gerak geri kai lebih penting daripada gerakan tangan.Tempo tarian joget yang sederhana ilah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget di tarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua,muda,lelaki dan wanita secara berpasangan.Orang yang sedang menari dikatakan berjogetatau bertandak sementara pengiring tarian dikatakn pencak joget. Dalam pesta-pesta keramaian,penari lelaki berjoget akan mengembing atu mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya.Tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan. Pakaian Joget Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping.Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga diatas kepalanya.Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget. Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu.Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan al-Zafin.Tarian Zapin bercorak persembahan atau ertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya.Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian. Cara Persembahan

Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat.Peringkat pertama merupakan permukaan tarian atau pembukaan tari.Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan penutup tarian. Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah.Kebanyakkan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun.Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga,tangan kanan mahupun kiri berada dibawah bahu.Kebiasaannya,senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan assalamualaikum, kata-kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti. Pakaian Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab-Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari-penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarung. Muzik Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain-lain.

Latar Belakang Inang memberi pengertian sebagaipengasuh. Tarian Inang meberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat. Tempo pergerakan taria inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lengok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yng diragakan dalam tarian tersebut. Cara Persembahan

Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selndang dan berbaju kebaya dengan cucuk sanggul sementara lelaki memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping. Pergerakan tariannya banyak tertumpu kepada bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh lelaki atau wanita.

You might also like