You are on page 1of 25

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU ABSTRAK

KOMUNIKATIF

Bermula sejak tahun 1920 lagi, cerpen telah menjadi satu genre dalam kesusasteraan Melayu moden. Dalam meniti perkembangannya, genre cerpen terpaksa merempuh berbagai-bagai halangan dan perubahan untuk mencapai mutunya seperti sekarang. Tugasan ini tertumpu kepada penganalisaan cerpen sekitar tahun 70 an hingga tahun 90 an merangkumi aspek-aspek seperti penggunaan gaya serta kesantunan bahasa , sistem sapaan dan kepentingannya. Kajian ini juga terarah kepada penggunaan elemen-elemen bahasa tersebut dikalangan guru dan generasi muda.

PENGENALAN

Cerpen adalah singkatan bagi dua perkataan iaitu cerita pendek . Menurut Ab Rahman Ab Rashid ( 2003 ) dalam bukunya yang bertajuk Apresiasi Komsas dalam Bahasa Melayu , menyatakan bahawa cerpen merupakan cerita rekaan atau cereka dalam bentuk prosa yang relatif pendek. Faizah Shuib dan Nozah Jaafar ( 2000 ) menerusi buku Analisis Komprehansif Sehijau Warna Daun menyebut, cerpen merupakan hasil ciptaan yang bersifat naratif dan fiksyen. Ciri-ciri utama bagi sesebuah cerpen adalah singkat, padu dan intensif. Di dalam sebuah cerpen mengandungi adegan, tokoh dan gerak. Kebiasaannya, bahasa cerpen tajam, sugestif dan dapat menarik perhatian pembaca selain memberikan suatu impak dalam pemikiran pembaca. Sesebuah cerpen yang bermutu juga harus mengandungi tafsiran daripada pengarang berkenaan pandangannya mengenai manusia dan kehidupan, baik secara langsung atau tidak langsung.

-1-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

BIODATA PENGARANG Fatimah Busu dilahirkan pada bulan Januari 1943 di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dengan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978 dan Doktor Falsafah pada tahun 1994 di universiti yang sama. Beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai penyarah di USM. Beliau telah menghasilkan tiga kumpulan cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980, Yang Abadi terbitan Teks

Publishing pada tahun 1980 dan Al-Isya' terbitan Teks Publishing pada tahun 1985. Beliau juga pernah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia melalui karya-karya beliau. Antara cerpen-cerpen yang berjaya ialah "Mawar Yang Belum Gugur" (1971), "Nasinya Tumpah" (1972), "Anak Bumi Tercinta" dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (1975).

-2-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU SUMBER KAJIAN

KOMUNIKATIF

Tajuk cerpen yang telah dipilih ialah Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan oleh Fatimah Busu di dalam buku Suatu Subuh yang Bening yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1983. SINOPSIS Cerpen Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan memaparkan kisah biasa yang berlaku di sebuah perkampungan di negeri Kelantan. Masyarakat di situ rata-rata menjalankan kegiatan ekonomi desa yang tertumpu kepada menanam padi, menoreh getah, berkebun sayur, menanam pokok buah-buahan dan memelihara haiwan peliharaan seperti kerbau dan lembu. Ada juga antara penduduk tersebut yang berniaga di bandar. Rata-rata penduduk desa yang digambarkan oleh penulis dapat hidup secara berdikari dan tidak diklasifikasikan sebagai golongan miskin. Misalnya Adil dikatakan dapat menjual kerbaunya dengan harga purata RM800.00 iaitu kadar harga pada tahun 1975. Ibu Fatimah sendiri memiliki sawah dan kebun getah untuk menampung kehidupan harian mereka. Kahir pula memiliki kebun sayur dan timun cina atau dikenali juga dengan semangka atau tembikai dan keluarganya juga berniaga di Kota Bharu. Komuniti di situ juga didapati mengamalkan petua yang biasa dilakukan oleh warga desa yang lain. Misalnya digambarkan ibu Fatimah menadah dan menakung air hujan yang pertama turun pada musim hujan kerana dipercayai air tersebut dapat menyejukkan tapak semaian, oleh itu dapat menyuburkan tanaman padi mereka. Penduduk desa itu juga masih lagi mengamalkan pekerjaan secara bergotong-royong terutama dalam kerja-kerja menanam padi. Fatimah juga di gambarkan sebagai watak yang sentiasa ingin membantu melakukan sebarang pekerjaan yang dia mampu lakukan misalnya menolong Kahir menyiram pokok timun cinanya di kebun. Masyarakat di situ sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan saling menolong.

-3-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU Penduduk-penduduk kampung tersebut juga dilihat tidak

KOMUNIKATIF

mengabaikan

pendidikan anak-anak mereka. Fatimah merupakan gadis yang berpendidikan dan seorang penuntut tahun akhir di salah sebuah universiti tempatan. Kahir pula sedang mengambil peperiksaan STP ketika itu dan bercita-cita ingin menjadi seorang petani moden setelah tamat pengajian di Universiti Pertanian suatu hari nanti. Rata-rata cerpen ini memaparkan ikatan ukhuwah yang masih menjadi amalan masyarakat desa. Secara umumnya, nilai masyarakat yang dipaparkan juga berbentuk positif dan suci seolah-olah masih belum tercemar dengan sebarang pengaruh asing yang negatif.

-4-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU 1. GAYA BAHASA

KOMUNIKATIF

1.1 KONSEP GAYA BAHASA Gaya bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap karya penulisan samada puisi, cerpen mahupun novel.

Gaya bahasa merupakan medium bagi penulis menelurkan buah fikiran dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih efektif. Penggunaan gaya bahasa mampu memberikan impak yang lebih berkesan kepada para pembaca.

1.1.1 METAFORA Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1997 ), metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan ( sebagai perbandingan atau kiasan ).

Antara unsur metafora yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

Beberapa butir percikan air memercik ke dinding bangsal. Sinar matahari makin menyala dan memerah. Pelita sedang berkelip-kelip lemah dan suram. ...kain kelubung pinang masak itu sama.... Kemudian mendung pun menyelak. ...timun cina si Kahir macam baldu dan...

( Halaman 152 ) ( Halaman 155 ) ( Halaman 156 ) ( Halaman 158 ) ( Halaman 159 ) ( Halaman 166 )

-5-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

1.1.2 PERSONIFIKASI Personafikasi adalah unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda-benda bukan hidup. Ab Rahman Ab Rashid ( 2003 ).

Penggunaan gaya bahasa sebegini bertujuan untuk memberikan imej yang jelas kepada para pembaca, dengan ini pembaca dapat membayangkan keadaan sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

Antara unsur personifikasi yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

Muka Adil kemerahan seluruhnya dalam warna lembayung . cermat atas kepala dan menjadi seperti limpuhan pengetam-pengatam padi yang lain dari warna pucuk pisang. atas kepala dan kelihatan seperti cendawan yang tumbuh atas rumput kuning Tangisan bayi lelaki ini tentu akan dibawa angin lembut bertiup ke seluruh Kampung Pasir Pekan... ( Halaman 166 ) ( Halaman 152 ) ( Halaman 158 ) ( Halaman 153 )

-6-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU 1.1.3 HIPERBOLA

KOMUNIKATIF

Faizah Shuib dan Nozah Jaafar ( 2000 ) memberikan definisi hiperbola sebagai suatu bentuk gaya bahasa perbandingan yang melampau.

Perbandingan yang dibuat tidak logik dan tidak dapat diterima akal.

Penyataan

yang

berlebih-lebihan

mungkin

juga

sesuai

untuk

menghuraikan maksud hiperbola. Kebiasaannya ia bertujuan untuk mengeyakan sesuatu pandangan atau idea. Hiperbola tidak boleh diterima secara literal kerana sifatnya yang berlebih-lebihan itu.

Antara unsur hiperbola yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

...lengan si Timah seperti seperti dibakar api kuning kemerahan . Kini matahari berayun atas pohon-pohon dusun di barat . Lalu muka Kahir bersinar dan gagah. ...dan tanah pinggir sungai menjadi hijau seperti baldu ...si Timah keluar dari dalam diri sendiri melompat menerusi cermin tingkap kapal terbang... ( Halaman 165 &166 ) ( Halaman 153 ) ( Halaman 159 ) ( Halaman 164 ) ( Halaman 164 )

-7-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU 1.1.4 SINKOPE

KOMUNIKATIF

Sinkope merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan. Ia digunakan untuk memudahkan lagi penggunaan sesuatu ayat. Ab Rahman Ab Rashid ( 2003 ).

Sinkope juga bertujuan untuk menunjukkan dialog lebih realistik dan tidak terlalu formal. Antara unsur sinkope yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

Tak. Mak Nak. Mah ( Halaman 155 ) ( Halaman 162 )

1.1.5 IMEJAN Penggunaan imejan adalah untuk menggambarkan latar tempat yang ingin disampaikan di dalam sesebuah karya.

Selain itu, ia juga digunakan oleh pengkarya untuk menunjukkan latar masyarakat, berdasarkan imej yang diberikan, pembaca dapat menggambarkan keadaan sosial, budaya, ekonomi dan persekitaran dalam sesebuah masyarakat dan tempat.

Antara unsur imejan yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

...pohon nyiur... ...bendang padi.. ...jalan besar Pasir Mas ke Kota Bharu.. ...sodek buluh yang penuh berpalit getah-getah kering... ...kapal terbang Fokker Frienship MAS datang dan...

( Halaman 152 ) ( Halaman 153 ) ( Halaman 158 ) ( Halaman 160 ) ( Halaman 165 )

-8-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

1.1.6 PERULANGAN Unsur perulangan sesuatu perkataan berulang kali pada sesuatu baris boleh menimbulkan kesan keindahan bahasa. Antara unsur perulangan yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

Adil celup jerami dengan kedua belah.... Adil bawa jerami ke hadapan... Adil letak jerami atas tanah. Adil pandang Timah. Si Timah pandang kerbau. Si Timah tunjuk hujung kampung dengan hujung parang. Adil turut memandang hujung kampung ikut hujung parang. Baiklah ! Baiklah ! Baiklah ! Baiklah !!! Hai tuan puteri !!! Si kahir ketawa.Si Timah ketawa dan air sungai Kelantan juga turut ketawa tetapi si Kahir... Selamat tinggal emak. Selamat tinggal. Selamat tinggal ! ( Halaman 163 ) ( Halaman 166 ) ( Halaman 154 ) ( Halaman 162 ) ( Halaman 152 ) ( Halaman 153 )

-9-

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

2. KESANTUNAN BAHASA Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1997 ), kesantunan diertikan sabagai perihal ( sifat ) santun, kesopanan, kehalusan ( budi bahasa dan budi pekerti ) manakala bahasa pula ialah percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.

Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.

Maka kesantunan bahasa dapat didefinisikan sebagai ketertiban budi bahasa dalam konteks penggunaan bahasa itu sendiri. Kesantunan bahasa dapat dibahagikan secara verbal dan non verbal. Kesantunan bahasa di dalam cerpen amatlah penting. Melalui cara ini ( kesantunan bahasa ), nilai-nilai budi bahasa, pekerti mulia dan nilai-nilai murni dapat diserapkan secara tidak langsung kepada para pembaca. Kesantunan bahasa yang terdapat di dalam cerpen mampu memberikan impak mendalam kepada para pembaca.

- 10 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU 2.1 KESANTUNAN BAHASA VERBAL

KOMUNIKATIF

Kesantunan bahasa verbal ialah bahasa yang melibatkan pertuturan sama ada perbualan antara dua orang individu ataupun semasa memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai. Menggunakan kata sapaan yang betul bila bertutur dengan seseorang sangatlah penting bila berkomunikasi khususnya bila bercakap dengan orang yang lebih tua atau berpangkat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Contohnya, apabila

seorang yang lebih muda bercakap dengan seorang yang lebih tua, orang yang lebih muda mestilah menggunakan panggilan Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak bagi yang kita mesra sahaja dan panggilan untuk hal rasmi ialah Tuan, Encik, Puan, Cik Puan, dan Cik.

Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa kesantunan bahasa verbal yang ingin saya nyatakan. Bahasa verbal yang digunakan dalam cerpen ini keseluruhannya ayat yang pendek dan menggunakan sturktur bahasa sehariharian.

- 11 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU Kalau macam ini tentu perempuan itu bukan orang gila dan tidak merbahaya langsung ! Adil pun rasa berani Cari kayu api ? Tidak ! Bawa parang ? Saja jalan-jalan tengok padi masak. Kalau jumpa biawak boleh tetak dengan parang !

KOMUNIKATIF

( Halaman 154 )

Komunikasi akan berlaku sekiranya tiada halangan yang akan menyekat atau membantutkan proses komunikasi. Berdasarkan petikan cerpen di atas, antara halangan yang berlaku pada peringkat awal ialah Adil dan Timah tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka tidak menggunakan kata panggilan. Bahasa yang digunakan ringkas namun, menepati maksud yang hendak disampaikan memandangkan ini adalah pertemuan mereka yang pertama

... Bila balik ? Dapat kamu cari aku di sini, Timah ! ... ... Ha, ha, ha, aku selalu terkena dengan kamu ! ... ... Bapak kamu mana, Kahir ? ... ...Dapat gaji besar. Dapat em...em...em...pun orang besar juga bukan ? ... Jadi benarlah kamu sudah putus dengan Ghani ? ( Halaman 162 ) ( Halaman 163 ) ( Halaman 161 )

Jika dikaji perbualan antara Timah dan Kahir di atas, ianya amat berbeza ketika perbualan antara Adil dan Timah dari aspek penggunaan kata panggilan. Panggilan nama, kamu dan aku kerap digunakan dalam perbualan antara Timah dan Kahir. Melalui pemerhatian saya, ini jelas menunjukkan bahawa individu akan berasa santai ketika berkomunikasi sekiranya aspek-aspek seperti keserasian, kepercayaan dan masa ( berapa lama kita kenal seseorang itu ) berada dalam zon yang sama.

- 12 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

... Ha, ha, ha, aku selalu terkena dengan kamu ! ... ( Halaman 161 )

Petikan di atas secara tidak langsung mengandungi kesemua aspek yang telah saya nyatakan, berdasarkan pemerhatian saya.

a. Keserasian

: wujud unsur kecindan. Ia terjadi kerana ada kepercayaan.

b. Kepercayaan

: watak Kahir seperti tidak ambil pusing dengan gurauan oleh Timah kerana mereka saling

mempercayai antara satu sama lain disebabkan oleh faktor masa. c. Masa : frasa selalu terkena dengan kamu menunjukkan bahawa Kahir dan Timah telah lama kenal antara satu sama lain. Perkataan selalu didefinisikan sebagai sentiasa, selamanya, sepanjang masa, kerap benar dan acap kali. Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1997 ).

- 13 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU Hari ini tak menoreh, mak ? ... Orang pun nak mengetam juga. Mak asah satu... Wauu, sedap benar bau ikan kering pelata goreng !... ... Baru seminggu. Balik sebab nak ketam padi Mak Nik ! ... .. Kalau Kakak Inab dan Kakak Kiah datang tentu sedap makan ramai-ramai ...

KOMUNIKATIF

( Halaman 157 )

( Halaman 159 )

( Halaman 164 )

Berdasarkan petikan perbualan antara Timah dengan ibu dan beberapa orang jiran terdekatnya, penggunaan perkataan mak, kakak dan orang kerap digunakan bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan membezakan peringkat umur. Terdapat juga perbualan yang bertujuan untuk mengambil hati atas usaha yang telah dilakukan oleh ibu Timah dan bagaimana perasaan Timah teringin untuk makan beramai-ramai. Seperti yang telah saya nyatakan pada permulaan sub tajuk ini, apa yang paling penting ialah seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata.

- 14 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU 2.2 KESANTUNAN BAHASA NON VERBAL

KOMUNIKATIF

Kesantunan bahasa non-verbal ialah perkara yang tidak melibatkan pertuturan tetapi melibatkan gerakan tubuh badan. Kesantunan bahasa secara non verbal sangat penting semasa berkomunikasi. Contohnya, apabila seseorang berjalan di hadapan seseorang, dia akan menundukkan sedikit badannya. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu hormat kepada orang yang lebih tua. Selain itu, kita hendaklah sentiasa senyum apabila berkomunikasi dengan seseorang. Contoh yang lain ialah kepala hendaklah ditundukkan sedikit apabila bertemu dengan sultan sebagai tanda hormat.

Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa kesantunan bahasa non verbal yang ingin saya nyatakan.

Adil tersenyum dan tunduk. Si Timah senyum dan tunduk. ( Halaman 154 ) Si Timah ikut dibelakang emak. Emak tiarapkan sebuah kaling getah ke atas tanah... ...Si Timah ikut tiarapkan kaling dan... Si Kahir ternampak si Timah datang dan merasa kagum. Si Kahir lalu berdiri tegak dengan Dua tiga kali si Timah berpaling lepada si Kahir dan tersenyum Tangan emak melambai-lambai. Tangan Wan Mariam melambai-lambai. Tangan si Timah melambai-lambai. ( Halaman 166 ) ( Halaman 164 ) ( Halaman 161 ) ( Halaman 158 )

- 15 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU 3. SISTEM SAPAAN

KOMUNIKATIF

Sistem sapaan merupakan salah satu cabang dari kesantunan bahasa. Ia menunjukkan adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. Dalam sesebuah karya penulisan,. sistem sapaan adalah penting. Ini kerana, cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung. Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua situasi, iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal, ia merujuk kepada hubungan akrab dengan penutur kedua. Dalam situasi formal biasanya pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap penutur kedua mereka. Pengguna bahasa Melayu tidak boleh mencampuradukkan penggunaan katakata tersebut secara sesuka hati. Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa laras sistem sapaan yang berbeza. Penulis menggunakan kata ganti nama seperti aku dan kamu dalam kebanyakkan perbualan. Ini bersesuian dengan latar belakang masyarakat pada ketika itu yang masih belun tercemar dengan pengaruh-pengaruh luar seperti media massa atau media cetak.

Bila balik ? Dapat kamu cari aku di sini, Timah ! kamu buat aku macam puteri, Kahir ! Aku orang dari bendang...... Aku boleh tolong kamu sama. Kita akan balik... Aku minta maaf, Mah. Tetapi tentu kamu...

( Halaman 161 )

( Halaman 162 )

( Halaman 163 )

- 16 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

Selain itu, penggunaan kata ganti nama orang bagi menggantikan kata ganti diri saya, yang digunakan oleh penulis, bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua, menarik perhatian saya. Ini kerana penggunaan kata ganti nama tersebut ( orang ) dilihat semakin dilupakan dan jarang digunakan khususnya oleh anak-anak millenium zaman ini.

Orang pun nak mengetam juga... Orang akan pergi esok sambil-sambil pergi ke sekolah tempat mengajar dulu. Lepas menoreh esok orang mahu pergi ke kebun timun cina si Kahir atas tumbu . Kayu api yang orang cari dalam pasungan...

( Halaman 157 )

( Halaman 158 )

( Halaman 160 ) ( Halaman 165 )

- 17 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

4. KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

Arus globalisasi dan dunia tanpa sepadan kian melanda marcapada tidak terkecuali juga masyarakat di Malaysia. Manusia berlumba-lumba mengejar pembangunan teknologi, namun arus pembangunan yang seakan tiada noktah tidak seiring dengan perkembangan akhlak di kalangan masyarakat sekarang. Keruntuhan akhlak remaja terpampang di dada-dada tabloid tempatan tidak kurang juga yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat. Remaja melayu khususnya yang dahulunya terkenal dengan baik budi bahasanya, lembut tutur katanya, dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal kenangan.

Kebanyakan remaja sekarang, kasar bahasanya. Orang yang lebih tua tidak lagi dihormati. Mereka tidak lagi mengamalkan amalan yang tua dihormati dan yang muda disayangi, bagi mereka semua adalah sama. Mereka lebih cenderung menggunakan perkataan aku, tidak kira kepada rakan sebaya, orang yang lebih tua malahan ibu bapa mereka sendiri. Telah diketahui umum, kata ganti nama aku adalah agak kasar dan nampak pelik untuk digunakan terhadap orang yang lebih tua dikalangan masyarakat melayu.

Golongan penulis dilihat berperanan penting dalam membentuk kembali akhlak remaja sekarang dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam karya mereka. Penggunaan gaya bahasa misalnya, penulis dapat menasihati pembaca supaya bersatu padu. Selain pada itu penulis juga boleh menerapkan unsurunsur kebaikan dengan menggunakan simile. Antara simile yang terkenal ; baik seperti nabi,rajin seperti semut, dan bermuafakat seperti aur dengan tebing.

- 18 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

Kesantunan bahasa juga boleh digunakan oleh penulis dalam hasil nukilan mereka. Penulis boleh menggunakan perbualan-perbualan yang sesuai dalam hasil tulisan mereka. Contoh yang mudah, pak cik, boleh saya tolong ?

penggunaan kata nama pak cik menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua. Ia secara tidak langsung mendidik pembaca tentang cara-cara berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.

Di samping itu, gambaran akhlak-akhlak yang baik juga dapat digambarkan oleh penulis. Contoh yang boleh saya ambil melalui cerpen di atas ialah apabila Timah berharap agar dapat makan bersama-sama kakak Inab dan Kakak Kiah .Jelas di sini penulis mampu menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan mewarnai semula semangat perpaduan yang saya kira semakin pudar sedangkan warna-warna individualistik semakin terang.

Dapat saya simpulkan disini bahawa penulis-penulis haruslah terus-terusan menghasilkan karya-karya yang mampu membentuk jiwa dan mewarnakan semula akhlak masyarakat zaman sekarang.

- 19 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

5. FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

Generasi muda adalah penerus tamadun negara kita. Kecemerlangan dan kegemilangan negara perlu bermodalkan modal insan yang berkualiti namun, saya agak terkesima dengan lunturnya kesantunan bahasa dikalangan mereka. Bahasa jiwa bangsa mungkin tidak lagi serasi dengan jiwa moden mereka. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesantunan berbahasa generasi muda kini. Faktor yang pertama ialah media massa. Cerita-cerita yang selalu mengandungi kata-kata kesat, menyebabkan kesantunan bahasa semakin di kalangan generasi muda sekarang terhakis. Selain daripada itu faktor ibu bapa juga amatlah penting dalam kesantunan bahasa generasi muda zaman sekarang. Ibu bapa zaman sekarang lebih mementingkan akademik daripada menerapkan unsur-unsur kesantunan berbahasa kepada anak-anak. Sepatutnya anak-anak hendaklah diasuh sejak dari awal bak kata pepatah meluntur rebung biarlah dari rebungnya, Oleh itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam menanamkan nilai kesantunan berbahasa dalam diri anak-anak. Faktor yang terakhir ialah pengaruh rakan sebaya. Faktor ini penting kerana pengaruh rakan sebaya, mengatasi pengaruh ibubapa generasi muda sekarang. Pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak baik menyebabkan kesantunan berbahasa itu semakin berkurang. Contohnya, individu yang memiliki perilaku yang negatif, suka menggunakan perkataan kesat dalam percakapan mereka. Jadi, anak-anak yang bergaul dengan golongan seperti ini, secara tidak langsung akan terpengaruh dengan mereka. Oleh itu, generasi muda sekarang hendaklah pandai memilih rakan kerana rakan-rakan akan memberi impak yang besar kepada seseorang.

- 20 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU 6. REFLEKSI

KOMUNIKATIF

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Menganalisis, mengulas dan menghuraikan aspek-aspek gaya bahasa, kesantunan bahasa, sistem sapaan dan kepentingannya berdasarkan sebuah cerpen yang dipilih merupakan satu pengalaman dan cabaran yang baru. Refleksi saya menjurus kepada kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar, sejauh mana keyakinan penguasaan sepanjang melaksanakan tugasan ini dan kesedaran kepentingan kesantunan berbahasa bagi saya sebagai seorang guru. Pada ketika saya mendengar taklimat tugasan oleh pensyarah saya iaitu Pn. Noorsham Binti Sabtu, saya teringatkan sebuah buku antologi cerpen bertajuk Suatu Subuh Yang Bening oleh Othman Puteh dan Ramli Isnin (1983 ) yang ada dalam simpanan saya. Buku ini memuatkan 25 buah cerpen hasil karya 25 orang penulis terkemuka seperti Abdullah Hussain ( Baboon ), S. Othman Kelantan ( Pusaran ), Othman Puteh ( Pahlawan Tua ) dan Fatimah Busu ( Anak-anak Dari Kampung Pasir Pekan ).

Perkara pertama yang saya lakukan ialah merangka satu jadual pelaksanaan tugasan. Dr Salihan Siais ( 2000 ) dalam bukunya Strategi Belajar Cemerlang PJJ menyatakan bahawa antara cara mengurus masa yang berkesan ialah dengan menyediakan jadual waktu. Pada saya, ia merupakan perancangan strategik jangka pendek yang memudahkan saya terutamanya dari segi pembahagian masa. Sebagai seorang pelajar yang mengikuti mode pendidikan jarak jauh ( PJJ ) masa adalah aset yang amat bernilai.

Pembahagian masa yang tepat dapat membantu saya mengatur hidup saya antara kerjaya, pengajian dan yang paling penting sekali keluarga.

- 21 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

Memilih cerpen yang sesuai juga menjadi keutamaan saya. Ini amat penting bagi memastikan tugasan saya ini menepati kehendak soalan yang telah ditetapkan. Akhirnya, saya memilih cerpen Anak-anak Dari Kampung Pasir Pekan oleh Fatimah Busu berdasarkan beberapa faktor seperti latar belakang tempat, masyarakat dan nilai-nilai yang cuba diterapkan oleh penulis yang boleh saya gunakan untuk melengkapkan tugasan ini. Kaedah mencari maklumat juga haruslah terancang kerana sekali lagi aspek masa menjadi keutamaan.

Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya telah meminjam buku-buku dari perpustakaan awam dan Pusat kegiatan Guru ( PKG ) di Muar, menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan dan melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan mereka dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada yang telah saya perolehi melalui buku-buku rujukan tambahan. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan, sebenarnya saya melakukan

bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan.

- 22 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

Melalui pembacaan yang saya buat, dapat saya nyatakan di sini bahawa penulis-penulis tanah air kita sedang berusaha membantu sebaik mungkin menerapkan nilai-nilai murni, kemanusiaan, kemasyarakatan, moral, perpaduan dan sebagainya melalui karya-karya mereka kepada masyarakat supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas namun, dalam waktu yang sama terpaksa mencari satu ramuan untuk terus bernafas dan membuktikan bahawa mereka masih wujud di era globalisasi ini. Talib Samat ( 2004 ) dalam bukunya Memahami Isu-isu Kesusasteraan, Kebudayaan, Pemikiran dan Pendidikan menyatakan bahawa beliau percaya melalui polemik, perdebatan atau

pertentangan fikiran tentang sesuatu isu sastera akan menghidupkan dunia sastera Malaysia yang sunyi sepi itu. Polemik yang tersiar itu sedikit sebanyak ikut juga membantu memasyarakatkan sastera dan pada masa yang sama menyuntik ke dalam fikiran pembaca tantang isu-isu semasa yang menyentuh degup jantung sastera bangsanya. Persoalannya sekarang ialah adakah generasi muda hari ini khususnya pelajar menyedari hakikat tersebut ?.

Marcapada, rata-rata pelajar merupakan pelajar yang bijak dan pandai. Ramai pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebanyakkan mereka mendapat markah yang tinggi di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Apabila saya memperkatakan tentang kuantiti, pada tahun 2010 misalnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa 10.2 % pelajar UPSR telah mendapat kesemua matapelajaran dengan grade "A" berbanding tahun 2009 dengan hanya 9.51% .

- 23 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

Walaupun mereka mendapat markah yang tinggi, adakah kualiti mereka seiring dengan kuantiti yang diperolehi ? . Pada pendapat saya, berdasarkan pemerhatian saya selama 11 tahun di sekolah rendah. Ibu bapa dan guru khususnya terlalu menumpukan kepada cara untuk memastikan pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian daripada menerapkan kesantunan bahasa itu sendiri dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian. Hal ini telah menyebabkan lahirnya pelajar yang hebat dari segi intelektualnya tapi tidak pandai berbudi bahasa. Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka ( DBP ) menyatakan bahawa kemerosotan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu berpunca daripada enam faktor, iaitu dasar bahasa yang ada selama ini tidak kuat atau lemah; pelaksanaan dasar itu lemah atau tidak tegas; perancangan bahasa atau cara membina dan mengembangkan bahasa sebagai bahasa kebangsaan Malaysia tidak cekap atau tidak kena atau tidak sesuai dengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa yang sudah maju sebelum 1957.Petikan dari sebuah tabloid Berita Harian bertarikh 18 Julai 2011

Selain itu faktor-faktor seperti media massa dan media cetak, pengaruh rakan sebaya, kurangnya minat membaca dan jati diri yang lemah turut menyumbang kepada lunturnya kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar hari ini. Jati diri ialah membentuk dan membina diri setiap ke arah positif. Antaranya ialah mengenal pasti sikap-sikap yang perlu ada semasa berinteraksi, berkomunikasi, bekerjasama dan dalam membuat sesuatu pertimbangan. Ahmad Marzuki Ismail ( 2007 ). Pembentukan jati diri yang baik juga memudahkan generasi muda terutamanya pelajar, menerima dan membuat

penilaian tehadap segala perkembangan dan perubahan yang berlaku dengan bijak.

- 24 -

______________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF

Dengan membaca juga, generasi muda khususnya pelajar dapat membentuk jati diri yang positif. Tanpa membaca kita mudah dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku individu lain. Aspek yang paling ditakuti ialah kita tidak mampu menilai kepentingan dan faedah dalam kehidupan seharian. Ahmad Marzuki Ismail ( 2007 ).

Oleh yang demikian, masih tidak terlewat bagi saya sebagai seorang pendidik untuk memberi penekanan yang lebih dalam aspek kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar melalui medium bacaan. Program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia adalah satu usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembentukan generasi yang minat membaca. Membaca adalah sumber ilmu. Dengan menjadikan membaca sebagai budaya, ia sekaligus memperkembang dan membina minda pelajar untuk maju dan berdaya saing. Dalam konteks pengajaran dan pengajaran pula, pemilihan bahan pengajaran adalah penting. Guru seharusnya bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada. Dalam buku-buku teks misalnya, banyak terdapat unsur nilai dan kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran harus ada hubung kait dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan bertutur, membaca dan memahami, dan menulis. Guru wajar memberikan penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam petikan yang diajar. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan bukan dipaksakan. Mempelbagaikan

kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran merupakan antara langkah yang boleh dilakukan supaya pelajar belajar kesantunan

bahasa bukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa. Kesantunan bahasa perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke semasa. Prosesnya sangat panjang dan tiada jalan pintas. Oleh itu, sebagai guru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna.

- 25 -

You might also like