You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSS3103 : MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

SEMESTER MEI 2011 TUGASAN KURSUS (30%)

NAMA: MOHD AZLI BIN MUDA 770311-11-5165 alibaba.776@gmail.com

NAMA PENSYARAH :
ANITA BT ABU HASAN

Merujuk kepada maklumat yang diperolehi dan isu alam sekitar di tempat anda, sediakan kertas cadangan kajian (kajian luar) untuk mengenal pasti punca, kesan atau langkah menyelesaikan masalah alam sekitar di kawasan anda. Kertas cadangan ini mestilah menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif yang terdiri daripada: Bab 1 - Pengenalan, Masalah Kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, penerangan terminologi Bab 2 - Tinjauan Literatur Bab 3 - Metadologi Kajian rekabentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian.
(15 markah)

BAB 1

1.1 PENGENALAN Terdapat 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan hujan tropika yang kaya dengan 8,000 jenis flora dan lebih 400 spesis fauna. Hutan di Malaysia bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air. Bagaimanapun, hutan hujan tropika mengalami cabaran besar akibat perubahan dasar pembalakan kerajaan dan gangguan kepada habitat semulajadi seperti pembalakan haram dan pembukaan ladang secara meluas. Kegiatan pembalakan merupakan sumbangan terbesar hutan kepada penduduk di Malaysia terutama sekali di kawasan luar bandar. Kegiatan ini telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Selain itu, ia juga telah berjaya memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Malah kegiatan pembalakan ini juga telah mewujudkan banyak kegiatan perindustrian yang berasakan kayu. Di samping kayu gergaji dan papan lapis, terdapat pelbagai industri berasakan kayu di Semenanjung Malaysia. Ini temasuklah kayu kurlai, perabot daripada kayu dan rotan, pertukangan tangan, kotak dan pembuatan perahu serta sampan. Pembalakan haram merupakan sebarang aktiviti yang tidak diluluskan atau tidak berlesen di dalam semua kawasan hutan simpan, termasuk hutan simpan paya bakau, kawasan tadahan air, kawasan reparian (kawasan simpanan sungai dan tasik) dan tanah persendirian berhak milik yang mempunyai hasil hutan di dalamnya. Takrif pembalakan haram ialah sebarang aktiviti yang bercanggah dengan Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen Perhutanan Negeri dan segala statut yang diguna pakai dalam mengurus dan mengawal hasil hutan, termasuklah memalsukan dokumen pembalakan, memindahkan hasil hutan tanpa permit, tidak membayar royalti, mengeksport balak secara haram, menebang spesis yang dilindungi seperti kayu cengal, gaharu, merbau dan pokok buah-buahan (untuk makanan binatang) serta menebang kayu balak di bawah dan di atas ukur lilit yang dibenarkan, serta menebang balak di kawasan melebihi 25 darjah. Seperti yang kita sedia maklum, pembalakan terbahagi kepada hutan hujan dan pinggir pantai. Pembalakan hutan hujan meliputi penebangan kayu balak yang dikatakan sangat

bermutu tinggi ialah kayu keruing (Diapterocarpus Palenbanica), meranti (Shorea Leprosula), waringin(Ficus Benjamina) dan sebagainya. Pokok-pokok ini akan ditebang dan dijadikan sebagai kayu balak. Kayu balak biasanya akan diproses di industri-industri yang memproses kayu. Sebilangannya akan dieksport secara mentah ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea, Taiwan dan sebagainya. Sementara pembalakan bagi pinggir pantai pula, meliputi penebangan pokok paya bakau, kegiatan pembalakan adalah agak kecil. Kayu bakau dari jenis Bakau (Rhizopora), Berus/Tunu (Braguiera), dan Api-api (Avicennia) digunakan untuk membuat alang-alang dan tiang dalam pembinaan rumah. Kayu bakau dari spesis Rhizopora dan Avicennia akan digunakan untuk menghasilkan arang yang berkualiti tinggi.

1.2 MASALAH KAJIAN Sejauhmanakah keberkesanan sistem yang sedia ada tentang isu pembalakan haram? Di Malaysia, setiap kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal undang-undang dan peraturan-peraturan dalam pengurusan hutan. Majlis Perhutanan Negara merupakan salah satu badan yang ditubuhkan pada tahun 1972 bagi memastikan pengurusan hutan dijalankan secara mampan dan lestari. Ia bertanggungjawab membentuk polisi bagi sektor perhutanan serta mengawal penggunaan tanah untuk tujuan perlombongan dan pertanian. Terdapat pelbagai enakmen dan ordinan perhutanan yang telah diperkenalkan bagi memastikan pengurusan hutan yang efektif dan praktikal. Antara enakmen dan ordinan perhutanan yang telah diwujudkan adalah Akta Perhutanan Negara, Ordinan 1954, Ordinan Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Enakmen Hutan Sabah 1968. Akta perhutanan Negara telah beberapa kali dipinda bagi usaha untuk membanteras pembalakan haram dan usaha dalam melindungi sumber hutan daripada kegiatan pembalakan haram dan kes curi balak. Pindaan memuatkan peraturan serta syarat tambahan dalam pengurusan hutan secara praktikal kerana hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas pembalak haram. Selain itu, pihak polis dan tentera telah diberi kuasa untuk membanteras pembalakan haram, pencerobohan hutan dan kes curi balak. Ordinan 1954 juga telah beberapa kali dipinda bagi memuatkan syarat-syarat mengenai hutan tanaman, memperkuatkan bidang kuasa

pegawai perhutanan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap sesiapa yang melanggar peraturan ordinan tersebut. Ordinan Perbadanan Perhutanan Sarawak pula ditubuhkan bagi memperkukuhkan pengurusan hutan di negeri tersebut.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1.3.1 Mengkaji tentang isu pembalakan haram di Malaysia Pembalakan haram merupakan kes terpencil di Malaysia setelah penguatkuasaan undang-undang dan pelbagai akta serta hukuman berat dikenakan ke atas pesalah jenayah perhutanan. Namun tidak dinafikan ia menjadi ancaman kepada penduduk orang asal yang bergantung penuh kepada hasil hutan sebagai sumber meneruskan kehidupan. Bagi mereka hutan adalah syurga kehidupan. Di sinilah mereka bercucuk tanam, memburu, mencari kayu api, peralatan rumah dan sumber ubat-ubatan. Selepas pewartaan hutan simpan secara besarbesaran pada 1984, maka bermulalah era pencerobohan hutan yang diklasifikasikan sebagai penerokaan haram atau pembalakan haram. Walaupun era pembalakan haram atau lebih dikenali sebagai Zaman 007 bermula sebelum merdeka namun skop kajian tertumpu kepada era selepas pewartaan hutan simpan. Pembalakan haram selepas era 1984, lebih tertumpu kepada kawasan terpencil seperti banjaran gunung, lereng bukit, kawasan tadahan air, pembukaan ladang secara besar-besaran untuk penanaman komoditi utama seperti koko dan kelapa sawit; iaitu kawasan yang terselindung daripada penguatkuasaan kerana lazimnya sukar dihubungi. Senario geografi ini menyebabkan penguatkuasaan agak sukar disebabkan masalah logistik dan sumber manusia sehingga apabila pihak penguatkuasa tiba, pembalak haram telah melarikan diri bersama kayu balak yang mereka curi. Kajian mendapati beberapa negeri yang mengalami masalah pembalak haram tegar termasuklah negeri Pahang, Sabah, Kedah, Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan namun kajian kertas kerja ini lebih ditumpukan terhadap Kampung Binjai Manis, Kuala Terengganu sahaja.

1.3.2

Mengetahui mengapakah isu pembalakan haram terjadi kini Antara sebab yang dikenalpasti punca pembalakan haram adalah permintaan melebihi

penawaran dalam pasaran terbuka atau laizze-faire, kurang kawalan penguatkuasaan dan budaya kurang kesedaran sivik masyarakat, peningkatan pengangguran tenaga kerja di pasaran dan harga kayu balak yang semakin tinggi di pasaran tempatan dan kesempatan mengamalkan rasuah. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan unsur rasuah merupakan punca utama akibat terjadinya pembalakan haram. Walaupun isu pembalakan haram dititikberatkan, tetapi masih terdapat undang-undang yang lemah diterapkan kerana masih ada segelintir pegawai tiada rasa tanggungjawab dan dorongan yang tinggi bagi menghentikan kegiatan pembalakan haram ini. Malah, mereka sendiri mendapat keuntungan daripada hasil tersebut berdasarkan unsur rasuah. Peraturan atau undang-undang perdagangan masih lemah untuk mengenalpasti dan mengesan pengeksportan produk kayu balak yang bergerak melintasi sempadan negara serta peraturan perdagangan yang dilaksanakan tidak efektif dan masih tidak kuat untuk menghentikan kegiatan pembalakan haram ini daripada berleluasa.

1.3.3

Isu tentang alam sekitar Kegiatan pembalakan haram adalah salah satu isu alam sekitar yang mempengaruhi

setiap aspek kehidupan manusia, alam semulajadi, kepelbagaian hayat atau biodiversiti, ekologi, sosial dan ekonomi. Pembalakan haram semakin terkawal melalui pindaan akta perhutanan. Keadaan ini membawa kesan yang buruk terhadap alam sekitar kerana ia mengakibatkan kerosakan terhadap ekologi alam serta membawa kepada kehilangan atau kepupusan habitat haiwan. Penebangan pokok yang berleluasa mengakibatkan berlakunya hakisan tanah, pencemaran mutu air yang disalurkan dari kawasan tadahan air terjejas, berlakunya peningkatan pelepasan karbon dioksida dan kesan rumah hijau kepada peningkatan suhu dunia. Pemanasan global yang berterusan boleh mengakibatkan pupusnya manusia serta tamadunnya. Kesan pemanasan global di Malaysia boleh dilihat dalam kejadian gempa bumi sejurus mengakibatkan impak negatif yang lagi besar iaitu pemanasan global yang menyumbang

yang berlaku pada 26 Disember 2004 dan kejadian banjir besar di Johor. Ini menunjukkan bahawa pemanasan global membawa kesan yang binasa terhadap semua aspek kehidupan di bumi ini. Hutan mempunyai implikasi global bukan sahaja terhadap kehidupan tetapi berdasarkan kualitinya sendiri. Hutan merupakan sumber yang penting dan mempunyai peranan penting dalam memberi sumbangan kepada ekonomi, sosial, ekologi dan alam sekitar. Pemberhentian aktiviti pembalakan dapat menyumbang kepada pemuliharaan ekologi alam serta habitat haiwan. Tumpuan bukan hanya diberi terhadap penebangan kayu balak untuk keperluan dan kepentingan ekonomi dan sosial tetapi penekanan yang sama berat untuk keseimbangan ekologi dan kestabilan alam sekitar juga perlu dititikberatkan.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian yang akan dilakukan ini pada dasarnya ingin menyelesaikan masalah pembangunan yang sering berlaku di kawasan bukit secara khususnya dan juga boleh digunakan oleh pembuat keputusan dasar bagi kawasan-kawasan sensitif yang lain. Ini memandangkan masih lagi berlaku kejadian bencana di kawasan bukit ekoran daripada pembangunan yang tidak mematuhi kawalan yang telah ditetapkan. Dengan itu, kajian ini diharapkan sedikit sebanyak memberikan panduan kepada pihak berkuasa di dalam menetapkan zon kawasan bukit yang boleh dan tidak boleh di bangunkan. Maklumat dan kajian sedemikian dapat dijadikan garis panduan dalam menyediakan piawaian atau dasardasar bagi pelan pembangunan baru di masa hadapan.

1.5 BATASAN KAJIAN


1.5.1 Kajian ini hanya dijalankan di Kampung Binjai Manis, Kuala Trengganu sahaja. 1.5.2 Responden kajian yang dikaji adalah terdiri daripada 100 orang penduduk kampung

tersebut yang berlainan latar belakang.

BAB 2 TINJAUN LITERATUR Beberapa kes pembalakan haram telah dikaji melalui resensi perpustakaan terutama liputan akhbar sebagai contoh yang jelas bahawa memang wujud pembalakan haram di Malaysia.

2.1 ARTIKEL AKHBAR 62 kes pembalakan haram Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD utusanterengganu@utusan.com.my KUALA TERENGGANU 6 April - Sebanyak 62 kes pembalakan haram dilaporkan berlaku di negeri ini sepanjang tahun 2004 hingga 2009. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said memberitahu, daripada angka tersebut sebanyak 18 kes melanggar Seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu mengambil hasil hutan dari Hutan Simpanan atau Tanah Kerajaan tanpa lesen. Katanya, bakinya 44 kes adalah pelanggaran Seksyen 40 Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu memindah hasil hutan dari tanah milik, tanah rizab, tanah lombong atau tanah TOL tanpa lesen pemindah. ''Sebanyak 10 kes pembalakan haram telah disediakan kertas penyiasatan dan tiga kes telah dirujukkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya bagi menjawab soalan Mohd. Abdul Wahib Endut (Pas-Wakaf Mempelam) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Mohd. Abdul Wahib dalam soalan asal meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah kes pembalakan haram di Terengganu dari 2004 hingga akhir tahun lalu. Mengenai kes pendakwaan, Ahmad berkata, sehingga kini belum ada kes yang dibuat pertuduhan di mahkamah. Katanya, antara faktornya adalah kesukaran mendapatkan bukti bagi mensabitkan kesalahan kerana dalam banyak kes, orang yang melakukan kesalahan tidak ditemui di lokasi kejadian. ''Bagi mengatasi kelemahan ini pihak Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menempatkan dua orang pegawai di negeri ini khusus untuk menjalankan siasatan," jelasnya.

2.2 KAJIAN VAZ Aktiviti pembalakan yang menjadi faktor yang signifikan terhadap pengurangan sumber tradisional yang menjadi mata pencarian komuniti Lundayeh juga menyebabkan ancaman terhadap alam sekitar, aktiviti ekonomi dan kualiti hidup. Masyarakat tempatan telah beberapa kali cuba menyuarakan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa tetapi gagal untuk mendapatkan tuntutan bagi hak milik tanah di hutan Long Pasia menyebabkan mereka tidak berupaya dan tidak dapat mengawal pembalakan yang dijalankan. Memburukkan lagi keadaan jalan balak yang disediakan oleh Sabah Forest Industries(SFI) bagi tujuan pembalakan, mengakibatkan pihak luar turut mengambil kesempatan untuk membalak di Hutan Simpan Ulu Padas. Aktiviti ini menyebabkan kebanyakkan penduduk kampung merasa terganggu dan terancam. Menurut Vaz beberapa kawasan tanah negeri di hutan Ulu Padas, menjadi sasaran pihak-pihak luar yang berminat untuk mendapatkan hak milik bagi tanah tersebut. Tambahan lagi, tanpa hak milikan yang sah dari kaum Lundayeh, maka tempat ini bebas untuk dimasuki oleh pelbagai pihak dari luar. Sejak pertengahan tahun 1990-an, jalan balak telah menyediakan jalan masuk bagi pemburu rekreasi dan kem-kem balak. Penangkapan ikan sungai juga dilakukan secara berleluasa menggunakan elektrik dan tuba. Dalam kajian beliau satu analisis masalah telah dijalankan dalam fasa projek pada tahun 1999 mendapati bahawa komuniti tempatan ini telah berpecah belah akibat isu tuntutan hak milikan tanah ini. Walaupun terdapat sokongan yang kuat untuk mengekalkan sumber hutan dan cara hidup kaum Lundayeh, terdapat juga pihak yang ingin mendapat keuntungan yang cepat dari aktiviti pembalakan. Mereka ini menggunakan taktik dengan membuat tuntutan tanah yang telah diusahakan sejak turun temurun, tetapi pada masa yang sama, motif sebenar mereka ialah untuk mendapatkan jalan bagi memasuki tanah dan ladang, memberi kebenaran kepada syarikat pembalakan untuk menjalankan operasi di atas tanah milik mereka. Ada juga pihak yang berusaha untuk mendapatkan kawasan tanah yang luas, dengan alasan untuk memulihara tanah tersebut dari kemusnahan aktiviti pembalakan sedangkan tujuan sebenar disembunyikan oleh pihak ini.

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN Dalam falsafah penyelidikan, terdapat dua pendekatan yang telah diterima iaitu pendekatan secara kuantitatif ataupun pendekatan secara kualitatif. Kaedah penyelidikan selalunya dijalankan bagi projek individu ataupun penyelidik sama ada dengan menggunakan pendekatan kuantitatif ataupun kualitatif (Neumann,1994). Namun begitu, penyelidik boleh menggabungkan kedua-dua kaedah tersebut bagi memaksimumkan faedah daripada satu-satu projek penyelidikan tertentu (Bonoma, 1985). Pendekatan kuantitatif merupakan pendekatan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah sosial manusia dengan kaedah terukur dan dibuktikan secara saintifik. Penyelidikan sebegini biasanya digunapakai untuk mencuba teori-teori saintifik melalui angkubah-angkubah tertentu dengan menggunakan kaedah penomboran. Ianya adalah bersifat logik dan mempunyai tahap praktikal yang tinggi. Penyelidikan ini biasanya dikaitan dengan falsafah positivism (Comteet.al, 1994). Manakala pendekatan secara kualitatif pula digunakan bagi menjelas dan memberi pemahaman berkenaan sesuatu perkara dan tidak dapat diukur dengan menggunakan kaedah terukur (pendekatan kualitatif). Contohnya, masalah yang berkaitan dengan sosial penduduk dimana melalui pendekatan ini, pengkaji akan mengalami sendiri fenomena yang berlaku sebelum mendapat gambaran atau maklumat tentang subjek yang dikaji. Bagi kajian ini, pendekatan kuantitatif adalah digunakan. Sehingga kini, penyelidikan berasaskan sistem maklumat adalah dijalankan secara kuantitatif kerana ianya melibatkan pembangunan pangkalan data yang menggunakan model-model tertentu. Dalan menjalankan kajian ini, falsafah yang diambil kira adalah falsafah positivism. Falsafah ini sering digunakan di dalam kajian natural sains dimana ia melibatkan fenomena yang perlu dikaji daripada luar dan bukan sebahagian daripada masalah. Kajian positivisim adalah kajian yang berasaskan ekperimental atau model. Falsafah positivism ini melibatkan pendekatan kuantitatif dalam kajian yang dijalankan. Ia melibatkan kaedah penggunaan perisian dimana pangkalan data yang akan dibangunkan dan digunakan bagi membentuk satu sistem pemprosesan maklumat dengan lebih cekap, tepat dan efisien. Rekabentuk kajian berbentuk kuantitatif bermula daripada mengkaji matlamat strategi dan keperluan maklumat oleh sesebuah organisasi serta keperluan sistem yang sesuai untuk dibangunkan bagi membekalkan maklumat kepada organisasi.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, pembalakan haram banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Oleh sebab itu, saya yang membuat kertas kerja mengenai isu pembalakan haram ini sangat tidak menyokong pembalakan haram dan menentang kegiatan yang tidak bermoral ini kerana kegiatan ini hanya mendatangkan kesan- kesan negatif ke atas alam sejagat.

Walaupun pembalakan haram agak serius, namun masih terkawal melalui penambah baikan sistem kawalan inventori hutan dan penguatkuasaan secara terancang dan kolektif dengan beberapa agensi penguatkuasaan yang diberikuasa menguatkuasa undang-undang perhutanan. Penggunaan teknologi terkini seperti remote-sensing dan GIS mampu mengawal selia semua protokol pembalakan agar sebarang kegiatan pembalakan haram dapat dikesan dalam masa yang singkat.

Penalti yang tinggi menyebabkan para pesalah gentar sekalipun masih terdapat pembalakan berskala kecil yang dilakukan pendatang asing atau pembalak tegar terutama mengubah balak dalam bentuk bantalan (kayu terubah dengan gergaji berenjin atau dibelah secara baji sebelum dikeluarkan daripada hutan dengan menggunakan kerbau atau tenaga manusia).

Kawalan pengeluaran balak negara, penanaman hutan dan program penghutanan semula dengan bantuan Bank Dunia, pewartaan lebih banyak kawasan hutan simpan dan kawasan tadahan air, serta kaedah pembalakan helikopter dan Reduce Impact Logging (RIL) mampu meletakkan kembali industri pembalakan sebagai salah satu sumber ekonomi

BIBLIOGRAFI Katiman Rostam Dan Tengku Anuar Tengku Dalam .1989.Geografi Kemanusiaan STPM. Kuala Lumpur:Nurin Enterprise. Azizol Abdullah Kadir.1996.Dewan Kosmik.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tengku Anuar Tengku Dalam Shaharuddin Haji Ahmah .1986.Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur:Nurin Enterprise. W.Philips Shively,Power & Choice (New York MC Grawhill 2009), page 5. http://kphmsmperak.blogspot.com/2010/07/pembalakan-haram-singkapan- punca.html

http://www.nre.gov.my/Parlimen/archive/2010/05/19/jumlah-kes-pembalakan-haram-yangdilaporkan

LAMPIRAN

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini . Berikut merupakan kaedah yang telah saya gunakan :

i ) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya .

ii ) Rujukan
Selain itu , saya juga telah membuat rujukan melalui internet dan perpustakaan untuk mencari maklumat tentang pencemaran alam sekitar .

Dapatan Kajian
8.1 ) Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau arasaras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan . Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut 4.Pencemaran bunyi 5.Pencemaran tanah

8.2 ) Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian

Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah pencemaran bunyi . Pencemran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapatnya pelbagai jenis kenderaan , seperti kereta , motorsikal , van , lori dan sebagainya . Selain itu , pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya , terutamanya lori . Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yang banyak dan seterusnya berlaku pencemaran udara di kawasan saya .

8.3 ) Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian


i ) Kenderaan Kenderaan merupakan punca utama yang menyumbang di dalam pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya . Kenderaan ini akan mengeluarkan asap yang menyebabkan penghakisan lapisan ozon . ii ) Racun Serangga Serangga yang melanda di kawasan saya adalah nyamuk . Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang banyak di kawasan perumahan saya . Inilah punca berlakunya penyemburan racun serangga di kawasan perumahan saya . iii ) Sampah Sarap Pengangkutan sampah yang tidak teratur berlaku di kawasan perumahan saya . Jika ini berterusan ianya akan menyebabkan pencemaran bau .

4.1 PUNCA-PUNCA TERCETUSNYA PEMBALAKAN HARAM 4.1.1 Sikap pembalak dan pelaku itu sendiri Pembalakan haram dilakukan dengan niat untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang kepada kehidupan di muka bumi ini. Lebih menyedihkan lagi apabila sebahagian daripada mereka yang ditahan semasa aktiviti penguatkuasaan dijalankan adalah terdiri daripada pihak yang sama yang pernah disabitkan melakukan pencerobohan dan pembalakan haram, menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai pekerjaan lain terutama warga asing yang tidak mempunyai dokumen penegnalan diri yang sah. 4.1.2 Penguatkuasaan yang masih lemah a) Walaupun telah banyak penguatkuasaan dilakukan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membanteras aktiviti pembalakan haram, namun ia seolah-olah langsung tidak memberi petanda bahawa aktiviti ini akan berkurang. Sebaliknya, saban hari kita disogokkan dengan laporan berhubung aktiviti pembalakan haram di dada-dada akhbar. Melihat kepada situasi ini, siapa yang harus dipersalahkan? Bukan tiada usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib, badan-badan bukan kerajaan bagi mengatasi masalah ini. b) Hal ini berlaku kerana kawasan perhutanan di Malaysia adalah agak luas dan sukar untuk pihak berwajib untuk memantau kesemua kawasan perhutanan dalam satu masa. Bagaimanapun, kita sedar dan sedia maklum bahawa organisasi kita amat kekurangan dari segi jumlah tenaga kerja pegawai pelaksana, amat jauh ketinggalan dari segi teknologi dan peralatan, amat longgar dalam perundangan serta amat lemah dalam pembangunan sumber manusia. Oleh yang demikian kita sentiasa dicabar oleh pihak yang tidak bertanggungjwab yang meneroka dan menodai hutan kita sesuka hati walaupun sehebat mana kita meggempur mereka. Semuanya kerana mereka amat tahu mengenai kelemahan penguatkuasaan negara. 4.1.3Tindakan dan hukuman yang ringan a) Aktiviti pembalakan secara haram akan di kenakan tindakan dan hukuman sekiranya seseorang individu atau pembalak itu didapati bersalah melakukan pembalakan secara haram. Namun begitu, tindakan yang dikenakan ke atas akan yang akan dikenakan individu dan pembalak yang didapati bersalah adalah masih begitu ringan. Sekiranya seseorang individu atau pembalak itu didapati bersalah maka tindakan dan hukuman yang dikenakan adalah perlu membayar denda, ganti rugi serta kompaun sahaja.

b) Selain itu, pihak berkuasa akan merampas mesin serta jentera yang digunakan dalam aktiviti pembalakan haram. Hal ini menyebabkan individu ini masih akan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang kerana tindakan ini terlalu ringan dan tidak memberikan sebarang pengajaran kepada individu ini. Di sini timbul persoalan adakah hukuman berbentuk kompaun dan ganti rugi yang dikenakan ke atas kesalahan tersebut terlalu ringan sehinggakan ia tidk mampu memberi pengajaran kepada pembalak haram. 4.1.4Karenah birokrasi dalam pengeluaran kayu a)Sehingga sekarang, setiap pengeluaran kayu balak dari kawasan tanah milik perlu mendapatkan permit pengeluaran dari Jabatan Perhutanan Negeri. Pemilik tanah perlu memohon dengan menggunakan syarikat Sdn.Bhd yang mempunyai tukul besi atau permit. Permohonan dihantar ke Pejabat Perhutanan Negeri seterusnya Pengarah (PPN) akan meminta laporan dari Pegawai Hutan Daerah (PHD) dan PHD pula akan meminta laporan dari Renjer Hutan (RH). Begitulah sebaliknya apabila laporan siap RH akan mengemukakan laporan kepada PHD dan PHD menghantar laporan kepada PPN. Setelah PPN bersetuju maka surat penyediaan sempadan dikeluarkan oleh PPN kepada PHD dan PHD menghantar dokumen tersebut kepada PPN barulah permit disediakan.

Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan jika semua pihak terlibat tidak mempunyai komitmen lain. Selalunya ianya memakan masa sehingga 3 bulan malah ada yang menjangkau hingga ke 6 bulan yang disebabkan oleh pelbagai masalah yang timbul. Karenah sebegini menyebabkan ramai pemilik dan pengusaha tidak berminat untuk mendapatkan permit dari Jabatan Hutan kerana ianya tidak berbaloi dengan pengeluaran yang tidak seberapa. Maka, bermulalah niat untuk melakukan pembalakan haram secara keci-kecilan. 4.1.5Syarat permohonan yang terlalu rumit a) Banyak punca pemilik tanah terpaksa mengeluarkan kayu dari kawasan tanah mereka sama ada untuk projek pembangunan tanah,pertanian dan tanaman semula. Sekiranya pihak jabatan terlalu berkeras dengan syarat permohonan, pihak pemilik tanah tiada pilihan lain kerana untuk tujuan tanaman semula pihak RISDA hanya memberi masa selama 3 bulan untuk kerjakerja penyediaan tapak. Kalau kawasan baru hendak ditanam, pihak pemilik tanah terpaksa membuat pinjaman dari institusi kewangan kerana ianya memerlukan modal yang besar untuk membersihkan kawasan dan penyediaan teras tanaman.

4.1.6Tujuan keselamatan a)Punca yang lebih menyayat hati ialah pemilik hendak menebang pokok kerana faktor keselamatan disebabkan pokok-pokok tanamannya telah terlalu tua. Semua alasan ini bukannya direka tetapi adalah hasil maklumbalas dan sungutan dari pemilik tanah sendiri yang telah ditahan dari mengeluarkan kayu mahupun yang berjaya ditangkap semasa proses mengeluarkan kayu tersebut. 4.1.7Permintaan daripada industri perkilangan a) Pembalakan semakin meruncing dewasa ini juga disebabkan oleh permintaan dan pasaran dari produk berasaskan kayu yang tinggi di pasaran global. Hal ini kerana permintaan yang tinggi datangnya dari negara-negara terkaya di dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Belanda serta yang terbanyak adalah China. Produk seperti perabut, alat tulis, kertas dan sebagainya merupakan barangan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

You might also like