PENYATA KEWANGAN Penyatan kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatankegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang

perseorangan, atau entiti-entiti yang lain. Penyata ini Memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan dan membuat keputusan. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh : 1. Kreditor (Institusi kewangan) 2. Kerajaan (menentukan cukai perniagaan dan perancangan pembangunan ekonomi) 3. Pemegang Saham (saham keutamaan dan saham biasa) 4. Pihak Pengurusan (organisasi) Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas: ‡ ‡ ‡ ‡ Kunci Kira-Kira Penyata Pendapatan Penyata Aliran Tunai Penyata Ekuiti Pemilik 

Kunci Kira-Kira Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan. Kunci kira-kira memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. Data yang ditunjukkan merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi. Perkara asas dalam kunci kira-kira ialah aset, liabiliti dan ekuiti

pemilik. Ia menyenarai semua milik syarikat, obligasi dan pelaburan pemilik. Ia disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Komponen Kunci Kira-Kira  Aset (apa yang dimiliki oleh syarikat : ‡ ‡ ‡ Aset Semasa Aset Tetap Lain-Lain Aset 

Liabiliti (apa yang dihutang oleh syarikat) : ‡ ‡ Liabiliti Semasa Liabiliti Jangka Panjang 

Ekuiti Pemilik / Dana Pemegang Saham (nilai syarikat kepada pemiliknya) : ‡ ‡ Saham Perolehan Tertahan 

Penyata Pendapatan Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan / keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi satu tempoh tertentu. Penyata Pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus

menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ)

Membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian. Juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma menyelesaikan hutang dan membayar faedah. Aliran tunai boleh dibahagikan kepada 3 aktiviti kewangan : o Operasi o Aktiviti Pelaburan o Aktiviti Pembiayaan membayar dividen. Ia menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada.Ekuiti pemilik syarikat terdiri daripada : o Modal Berbayar o Premium Saham o Pendapatan Tertahan o Rizab . pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Penyata Aliran Tunai Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan.  Penyata Ekuiti Pemilik Merupakan baki setelah aset ditolak dengan liabiliti.

Dengan membuat perbandingan menggunakan jangka waktu yang lebih panjang. Perbandingan ini boleh juga dipanjangkan jangka waktunya lebih dari 2 tahun. penganalisis boleh membuat perbandingan nisbah daripada suatu jangka waktu dengan nisbah daripada suatu jangka waktu yang lain. analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. seseorang penganalisis itu boleh membuat perbandingan dengan mengambil nisbah semasa sesebuah syarikat bagi tahun 2010 dan dibandingkan dengan nisbah semasa syarikat bagi tahun 2009. . Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan analisis keratin rentas.PENGENALAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN Dalam bidang kewangan. Analisis Arah Aliran Dalam analisis arah aliran. Sebagai contoh. Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat. namun ia boleh member makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah ini. nisbah semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang. ia membolehkan penganalisis melihat hala tuju pencapaian syarikat bagi suatu jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh. Dengan membuat perbandingan ini. penganalisis akan dapat menilai sama ada terdapat perubahan keupayaan syarikat ini ketika membayar obligasijangka pendek antara tahun 2009 dan 2010.

Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat. nisbah semasa sesebuah syarikat yang beroperasi dalam industri makanan dibandingkan dengan nisbah semasa syarikat yang juga beroperasi dalam industri makanan. JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) Menilai kemampuan firma membayar liability jangka pendek dengan aset mudah tunai.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan atau liability semasanya. teknik analisis keratan rentas juga membolehkan penganalisis membuat perbandingan di antara nisbah syarikat dan nisbah industri. Sebagai contoh. y Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa.Analisis Keratan Rentas dan Industri Bagi teknik ini. . Daripada segi prinsip. Selain daripada itu. Nisbah industri ditentukan dengan mengambil purata nisbah kesemua syarikat yang beroperasi dalam sesebuah industri. semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. penganalisis membandingkan nisbah-nisbah syarikat dengan syarikat lain daripada industri yang sama. syarikat yang mempunyai nisbah lebih daripada 1.  Nisbah Semasa y Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. Ia membolehkan penganalisis mengukur keupayaan satusatu syarikat membayar liability semasa apabila ia matang. y Semakin tinggi nisbah semasa.

y Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1. bahan mentah. barang separuh siap dan barang siap. y Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.40 kali Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai aset semasa 2. y Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item. dan pembelian secara kredit. Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa = 816762 340416 = 2. . Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1. y Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai. Ini bermakna syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.40 kali ganda daripada libiliti semasa.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.  Nisbah Cepat y Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa.

Nisbah Cepat = Aset Semasa . pengurusan yang berkesan dan cekap menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki. Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah: y y y y Pusing ganti aset tetap Pusing ganti jumlah aset Pusing ganti inventori Tempoh pungutan purata .68 bagi setiap RM 1 lbiliti yang dituntut. Syarikat mempunyai baki RM 0. Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.Inventori Liabiliti Semasa Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Cepat = Aset Semasa ± Inventori Liabiliti Semasa = (816762 ± 583908) = 0.68 kali 340416 Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada liability semasa. Secara amnya. Nisbah Pengurusan Aset (Aktiviti) Boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus aset syarikat.

29 kali .51 kali Jumlah Aset Tetap 360510 Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap sebanyak 7. Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset Contoh: Rujuk Lampiran 1 Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset = 2709000 1182000 = 2.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi sebanyak RM 7.  Pusing Ganti Jumlah Aset Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan.51 jualan dapat dijanakan. Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap Contoh: Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7. Pusing Ganti Aset Tetap Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.

Setiap RM 1 yang dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 2. lebih baik. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2. Dengan kata lain. Lebih tinggi.  Tempoh Kutipan Purata Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan.Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan sebanyak 2.78 kali. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan produk syarikat yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi menyimpan.84 kali lebih besar daripada asetnya.84  Pusing Ganti Inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori Contoh: Rujuk Lampiran 1 Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori = 1625400 583908 = 2.78 kali Berdasarkan kepada pengiraan diatas. kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan. stok dipegang selama 2. Kebiasaannya nisbah tempoh kutipan purata yang rendah . Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima.78 hari sebelum dijual. syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing ganti inventori yang tinggi.

Nisbah Leveraj Memberi gambaran keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinya kepada mereka yang member pinjaman. semakin tinggi risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktu kegawatan ekonomi. . Ia wujud apabila sesebuah syarikat menggunakan hutang atau pinjaman sebagai salah satu sumber pembiayaannya. Syarikat ini perlu menjelaskan liability syarikat dari semasa ke semasa secara tunai. syarikat tersebut mngambil masa selama 14. Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari Contoh: Rujuk Lampiran 1 Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = Purata Jualan Sehari 111108 7421. Selain itu.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima.97 hari Berdasarkan kepada pengiraan di atas.918 = 14. nisbah ini juga mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat.dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat berjaya mengutip semula akaunakaun belum terima dalam jangka masa yang pendek. Tetapi. semakin banyak hutang.

ia masih berhutang sebanyak 51. semakin tinggi peratus modal hutang. Jumlah aset merangkumi jumlah asset semasa dan jumlah aset tetap. Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset = 612276 1182000 = 51. Secara praktikalnya. Nisbah Hutang Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang.80 sen.80 % Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat. Nisbah ini juga dikenali sebagai hutang kepada jumlah asset yang memberitahu berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat. maka semakin besar syarikat dibebani oleh belanja kewangan. . Komponen hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang. Dengan kata lain.80% Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah 51. lebih rendah nisbah ini. lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima lebih perlindungan jika berlakunya pelaburan syarikat.

Nisbah yang rendah menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan olehpara pemegang saham. Kebiasaannya. Nisbah ini juga menjelaskan menjelaskan kedudukan modal hutang dan ekuiti.07 kali lebih besar daripada ekuiti. Nisbah Hutang / Ekuiti Nisbah ini membolehkan penganalisis mengukur nisbah pembiayaan yang dating daripada hutang dan ekuiti. Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti = 612276 569714 = 1.07 Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 1. Nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik syarikat. nisbah yang melebihi 1. .00 dianggap berisiko tinggi kepada pelabur kerana syarikat berhutang terlalu besar.

Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.  Nisbah Margin Untung Bersih Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 = 4. Dengan perkataan lain. Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.30% Jualan 2709000 Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. daripada setiap ringgit jualan.30 peratus.30 sen .Nisbah Keberuntungan Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu: y y y Nisbah margin untung bersih Nisbah pulangan atas aset Nisbah pulangan atas ekuiti Secara ringkasnya. semakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan.

Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset.86% Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka. semakin baik kerana menunjukkan keuntungan. Semakin tinggi nisbah. .Secara ringkasnya terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor: y y y Harga Kos Jualan  Nisbah Pulangan atas Aset (ROA) Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Selain itu menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = Jumlah Aset 116487 1182000 = 9.86%  Nisbah Pulangan Ekuiti Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegangsaham syarikat.

Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan pengembangan syarikat. Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = Jumlah Ekuiti 116487 569724 = 20. Analisis Du Pont Antara aspek-aspek yang member kesan ke atas nisbah pulangan ekuiti mengikut analisis Du Pont ialah: y Pengawalan perbelanjaan syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan syarikat.45.45% Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM 20.Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah: y y y Keuntungan tertahan Saham keutamaan Saham biasa Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. nisbah margin untung bersih akan digunakan sebagai proksi. .

nisbah pengganda ekuiti akan digunakan sebagai proksi. nisbah pusing ganti jumlah asset akan digunakan sebagai proksi. Hubungan nisbah-nisbah ini dengan nisbah pulangan ekuiti boleh diringkaskan dengan persamaan berikut: y Nisbah pulangan ekuiti = nisbah margin untung bersih x nisbah pusing ganti jumlah asset x nisbah pengganda ekuiti Nisbah Pulangan Ekuiti = Pendapatan Bersih x Jumlah Jualan x Jumlah Aset Jumlah Jualan Jumlah Aset Ekuiti .y Pengurusan aset-aset syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan asset bagi menjana jualan. y Pengurusan laveraj hutang syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan leveraj syarikat.

Ringkasan Catatan PENGENALAN PENYATA KEWANGAN juga penting untuk sesebuah syarikat membuat keputusan dalam perniagaannya. Digunakan oleh: ‡ kerajaan(menentukan cukai) ‡ pemegang saham ‡ pihak pengurusan ‡ kreditor(institusi kewangan) Terdiri daripada: kunci kira-kira pendapatan penyata ekuiti pemilik penyata aliran tunai .

KUNCI KIRA-KIRA .

PENYATA PENDAPATAN jumlah pembelanjaan operasi firma Penyata pendapatan Penyata Pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan .

PENYATA ALIRAN TUNAI Aliran tunaidaripada aktiviti pembiayaan PENYATA ALIRAN TUNAI Aliran tunaidaripada aktiviti operasi Aliran tunaidaripada aktiviti pelaburan .

PENYATA EKUITI PEMILIK PENYATA EKUITI PEMILIK baki setelah aset ditolak dengan liabiliti Menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada. terdiri daripada : ‡ ‡ ‡ ‡ Modal Berbayar Premium Saham Pendapatan Tertahan Rizab .

Inventori Liabiliti Semasa .JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa Nisbah Cepat Nisbah Kecairan Nisbah Semasa Nisbah Cepat = Aset Semasa .

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset Pusing Ganti Aset Tetap Pusing Ganti Jumlah Aset Nisbah Pengurusan Aset Tempoh Pungutan Purata Pusing Ganti Inventori Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori .

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset Nisbah Hutang Nisbah Leveraj Nisbah Hutang/Ekuiti Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti .

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan Nisbah Margin Untung Bersih Nisbah Keberuntungan Nisbah Pulangan Aset Nisbah Pulangan Atas Ekuiti Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful