You are on page 1of 12

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-54 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011

1.0 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. KPM memandang berat tentang pentingnya dijalin hubungan rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka . Berkonsepkan penglibatan masyarakat setempat , para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan peralatan , penggemblengan tenaga dan kepakaran. Bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan yang membawa maksud rakyat perlu bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan , memajukan Negara serta kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Justeru, kita sebagai warga yang bertanggungjawab perlu memikirkan apakah pengisian terbaik yang wajib dilaksanakan ke arah memastikan negara kita Malaysia akan sentiasa berdiri gah di mata dunia . Apakah cara dan perlakuan yang perlu dilakukan setiap warganya dalam usaha memastikan Malaysia bukan sahaja maju daripada segi fizikalnya tetapi juga maju daripada segi pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi yang terkandung warganegaranya yang bersahsiah, berpendidikan kelas dunia, saling menghormati pelbagai kaum dan sebagainya lagi.

2.0 Rasional Sambutan Malaysia Merdeka 51 Tahun disambut pada 31 Ogos 1957 setelah mendapat kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini bukan hanya diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 dikira sebagai tarikh rasmi negara Malaysia merdeka. Laungan keramat Merdeka ! Merdeka ! Merdeka! oleh Tunku Abdul Rahman sememangnya memberi semangat yang mendalam kepada seluruh rakyat ketika itu. Namun setelah 51 tahun negara merdeka, sambutan yang diadakan semakin jauh terpesong . Sajian hiburan dan keseronokan yang keterlaluan jelas sekali bertentangan dengan matlamat. Banyak wang yang dibazirkan dan kesannya mungkin lebih merosakkan sahsiah generasi muda hari ini. Apakah dengan menyediakan hiburan demi hiburan kepada generasi muda hari ini, jiwa mereka itu terdidik ke arah kebaikan termasuk mencintai negara? Ingatlah, ada negara yang lebih lama menikmati kemerdekaan daripada Malaysia, akhirnya dijajah semula dan hancur akibat kelalaian serta kealpaan rakyat dan pemimpin. Seperkara lagi, dalam memahami erti perjuangan menuntut kemerdekaan, saban tahun kita hanya dipaparkan dengan nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak serta lain-lain tokoh yang seangkatan dengannya. Apakah kita melupai perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong serta ramai lagi pahlawan Melayu terdahulu? Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka usaha pihak sekolah menganjurkan program ini adalah amat tepat sekali sebagai salah satu cara untuk menarik minat golongan pelajar ke arah mengenali seterusnya menghayati nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan bagi bangsa yang merdeka. Program ini diyakini sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana cara yang betul dan yang benar untuk menyambut seterusnya menghayati Hari Kemerdekaan negara kita tanpa melakukan banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

3.0 Objektif & Matlamat

Sambutan Bulan Kemerdekaan yang setiap tahun diadakan di sekolah merupakan salah satu daripada pengisian wajar bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia. Di samping itu juga, sambutan ini bermatlamat untuk;

a. Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang b. Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara pelajar kepada negara Malaysia c. Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi warga negara Malaysia d. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa penting hidup dalam keadaan aman damai e. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa beruntungnya kita menjadi warganegara Malaysia

4.0 Tarikh, Tempat & Masa

Tarikh Tentatif Masa Tempat

: 4 Ogos 2008 hingga 16 September 2008 : Sepanjang tempoh sebulan program : SK Bunut Payong

5.0 Sasaran Program

: Semua Murid SK Bunut Payong

6.0 Jawatankuasa Induk

Pengerusi

Pn. Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad (Guru Besar)

Naib Pengerusi

Pn. Siti Ruhanah Harun (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi I

En. Chandran A/L Karppaya (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi II

En. Wan Roslan Wan Hassan (Penolong Kanan Ko Kurikulum)

Setiausaha

Pn. Yusnee Yusoff

Bendahari

Pn. Shazatul Azuarina Yusof (Pembantu Tadbir)

Ahli Jawatankuasa

1. En. Tan Anuar Tan Abdullah 2. Hjh Tuan Rahimah Tuan Hussin 3. Pn. Azizah Daud 4. Pn. Hjh Zahimah Ali 5. Pn. Aryati Abdullah 6. Pn. Rosmarina Che Othman 7. Pn. Hjh Noraini Abdul Rahman

7.0 Jawatankuasa Kerja Terlibat BIL AJK KERJA TUGAS-TUGAS CATATAN

1.0

Backdrop/Banting/Bendera/ Persiapan Tempat

y Menyiapkan backdrop. y Banting kecil dipasang pada

Tarikh

Menampal

Backdrop: kawasan tapak perhimpunan 10 Ogos 2008 1. En. Chandran A/L Karppaya 2. En. Wan Roslan Wan Hassan 3. En. Mohamad Din Salleh 4. En. Omar Kalang 5. En. Abdul Ghani Awang y atau di kawasan sekolah yang difikir sesuai Bendera Malaysia Tarikh Menggantung Banting/Bendera: 10 Ogos 2008

dikibarkan di tempat-tempat yang strategik di seluruh kawasan sekolah y Persiapan tempat bagi setiap majlis yang akan diadakan.

2.0

Persembahan Murid

y Membuat persiapan / latihan Sambutan Bulan sewajarnya. Kemerdekaan y Memastikan pelajar pada kehadiran hari 28 Ogos 2008

1. En. Wan Roslan Wan Hassan (Dikir Barat)

persembahan. y Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan serahkan perbelanjaan anggaran

2. Pn. Yusnee binti Yusoff

(Tarian Tradisional)

sebelum

atau

pada

10

September 2008. y Berhubung dengan AJK Siaraya tentang peralatan

3.0

Ceramah Kemerdekaan

Tayangan

filem

yang Tempoh

berkaitan dengan semangat Pelaksanaan: patriotik atau kemerdekaan 1. En. Mohamad Din Salleh Negara y Ceramah kemerdekaan . 2. En.Mashrin Mohamed Noor 4 Ogos 2008 hingga 16 Sept 2008

4.0

Hadiah AJK : 1. Pn. Azizah Daud 2. Cik Sarina Razali 3. Pn. Shazatul Azuarina Yusof 4. Pn. Rohawiyah Razali

Berhubung dengan AJK Majlis Penutupan: yang terlibat dengan 16 Sept 2008 (Mengendalikan penyampaian hadiah)

pertandingan dan dapatkan anggaran perbelanjaan y Menguruskan pembelian

hadiah /cenderahati y Sediakan perbelanjaan y Anggaran perbelanjaan 5. Pn. Noriza Abdullah anggaran

dibincangkan dengan Guru Besar

5.0

Siaraya

Menyediakan

alat-alat Sepanjang Tempoh Bulan Kemerdekaan

siaraya yang diperlukan oleh AJK Persembahan dan AJK AJK : 1. En. Tan Anuar Tan Abdullah 2. En. Mashrin Mohamed Noor y Menyediakan siaraya untuk Hari Pelancaran 14 Ogos 2008, Sambutan 28 Ogos 2008 dan Majlis Penutup 16 September 2008 y Menyimpan semua alatan selepas majlis selesai y Pertandingan Memastikan alat siaraya berfungsi dengan baik

6.0

PROGRAM RIMUP Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang Tahap 1 Pn. Kamsidah Hashim Cik Azuri Irawati Ab.Aziz

Membentuk Pelaksanaan RIMUP

AJK Program

Sepanjang tempoh sebulan Bulan Kemerdekaan

y Menyediakan aktiviti yang boleh melibatkan semua pelajar (komposisi kaum)

Pertandingan Melukis Jalur Gemilang Tahap 2

En. Ahmad Jailani Ab. Rahman Pn. Salma Yusoff

Pertandingan Basikal Berhias Jalur Gemilang En. Wan Roslan Wan Hassan En. Mohamad Nazeri Hussin

y Menyediakan aktiviti yang berlangsung Pertandingan Membuat Bendera Pn. Norhayati Harun Pn. Zakiah Muhamad y sepanjang Bulan Kemerdekaan Menyediakan perbelanjaan anggaran yang

diperlukan sepanjang aktiviti

Pertandingan Kelas Patriotik Pn. Aryati Abdullah Pn. Wan Maziah Wan Ahmad

Pertandingan Buku Skrap Berkaitan Sejarah Kemerdekaan Malaysia En. Chandran A/L Karppaya

Pn. Hjh Noraini Abd. Rahman Pn.Rosmarina Che Othman

Persembahan Pakaian Rakyat Malaysia Pelbagai Kaum En. Mohamad Din Salleh Cik Mashitah Hussin Cik Farha Alwana Mahmood

7.0

Bacaan Doa

y Membaca doa khas pada Hari Pelancaran Merdeka , Di dan Bulan Ambang

Hari Pelancaran: 14 Ogos 2008 Di Ambang Merdeka: 28 Ogos 2008 Penutup : 16 Sept. 2008

Encik Ahmad Jailani Abd. Rahman

Penutup Kemerdekaan

y Kerjasama dari En.Ahmad Jailani Abd. Rahman / Pn. Kamsidah Hashim untuk

menyediakan teks bacaan doa.

8.0

Dokumentasi/Fotografi Rakaman Video/Pamplet

Merakam setiap dijalankan Sambutan Kemerdekaan

gambar

bagi yang

Tempoh Pelaksanaan: Hari Pelancaran: 14 Ogos 2008 Di Ambang

aktiviti

sepanjang Bulan

1. Pn. Yusnee Yusoff y Menyediakan dokumentasi

2. Pn. Azizah Daud

dan

segala

kertas

kerja

Merdeka: 28 Ogos 2008

program

sambutan

kemerdekaan Kali Ke-51

Penutup : 16 Sept. 2008

Menyediakan pamplet / buku program

Menyediakan Sambutan.

VCD

9.0

Pengacara Majlis

Menyediakan teks yang bersesuaian bagi setiap

Sepanjang tempoh Bulan Kemerdekaan

1. Pn. Azizah Daud

majlis

10.0 Bendera Malaysia

Menyediakan bendera kecil untuk dikibarkan semasa

Tempoh Pelaksanaan: Hari Pelancaran:

nyanyian Lagu-lagu Patriotik 1. Pn. Hjh Zahimah Ali 14 Ogos 2008 2. Pn Norhayati Mansor y 3. Pn. Rohaya Awang Teh Menyediakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan Di Ambang

sepanjang aktiviti

Merdeka: 28 Ogos 2008 Penutup : 16 Sept. 2008

8.0

Anggaran Perbelanjaan & Sumber

Tidak dapat dinafikan bahawa untuk menjayakan sesuatu program, yang paling penting ialah sumber kewangan. Tanpa peruntukan yang disediakan agak mustahil untuk sesiapa sahaja melaksanakan program yang dirancang itu akan berjalan lancar. (SILA LIHAT LAMPIRAN KEWANGAN) 9.0 Kesimpulan & Harapan

Langkah pihak sekolah untuk mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-51 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi kemerdekaan di samping mendedahkan para pelajar tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita diraikan dan juga untuk merealisasikan Program RIMUP bersesuaian dengan KPM yang telah melancarkan program tersebut sejak tahun 1986. Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama 51 tahun bukanlah datang secara percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang terdahulu dan atas titik tolak perundingan yang telah diketuai Tunku Abdul Rahman, untuk membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini.

Kepada seluruh warga SK Bunut Payong, diharapkan kita semua dapat turut serta dalam program-program yang telah diatur oleh pihak Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan, dengan harapan akan menyemarakkan rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara tercinta. Usah dibangkitkan bebanan tugas yang terpaksa dipikul secara individu malah lakukanlah ia secara bijaksana, cemerlang dan yang penting biarlah ikhlas. Sama-samalah kita mengibarkan Jalur gemilang sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan menyedarkan kita sebagai rakyat Malaysia tentang hakikat sebenar kemerdekaan. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51 !

Disediakan Oleh,

YUSNEE BINTI YUSOFF Setiausaha , Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008, SK Bunut Payong

You might also like