Ringkasan Eksekutif Budi bahasa dan nilai -nilai murni adalah sesuatu yang amat perlu dalam kehidupan

manusia. Budi bahasa dan nilai -nilai murni ini perlu diperkenalkan sejak di bangku sekolah lagi. Jika dilihat fenomena melata pada hari ini, kelunturan budi bahasa dan nilai -nilai murni begitu ketara sekali. Fenomena ¶murid buli murid¶ dan ¶murid pukul guru¶ adalah petunjuk kepada fenomena tersebut. Setiap warga sekolah perlulah menjadikan budi bahasa dan nilai -nilai murni sebagai budaya atau ¶trade mark¶ sekolah mereka. Dalam melaksanakan budi bahasa dan nilai -nilai murni di sekolah, imej diri yang positif dalam cara berfikir dan bertindak, melahirkan perasaan dan pertuturan yang menunjukkan kemurnian budi bahasa dan nilai -nilai murni. Setiap warga sekolah hendaklah berusaha untuk melahirkan sekolah berwatakkan budi bahasa dan nilai -nilai murni. Budi bahasa dan nilai -nilai murni yang dijelmakan di sekolah akan memberi manfaat dan faedah kepada semua pihak. Dalam menentukan kecapaian misi dan visi sesebuah sekolah, budi bahasa dan nilai-nilai murni seharusnya menjadi asas dan tunjangnya. Berbagai program dan aktiviti boleh dirancang untuk menjadikan budi bahasa dan nilai -nilai murni berakar umbi dan menjadi budaya di sekolah. Kempen-kempen, seminar, kem-kem boleh diberi imej dan pengolahan baru dalam menjayakan hasrat melahirkan pelajar yang berbudi bahasa dan hidup berdasarkan nilai -nilai murni yang disepakati. Disamping itu juga, sokongan dan dokongan yang kuat seluruh warga sekolah akan mempercepatkan usah a-usaha murni yang diidamkan dan dicita citakan ini.

1.0 Pengenalan Dalam era pelbagai pembangunan yang begitu hebat dirancang, seperti pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kualiti hidup, seharusnya merancang pembangunan budi bahasa dan nilai -nilai murni juga perlu diselarikan. Budi bahasa dan nilai-nilai murni amat dititikberatkan dalam masyarakat Malaysia dan Melayu khususnya, Kata-kata puitis yang begitu kaya dalam masyarakat kita sudah cukup membuktikan hasrat dan cita -cita masyarakat dan pemimpin k ita, antaranya : Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang baik it budi, Yang indah itu bahasa Ianya diperkuatkan lagi dengan kata -kata puitis di bawah, yang cukup jelas menggambar budaya hidup masyarakat kita yang begitu halus akal budinya. Tegak rumah kerana sendi Runtuh sendi rumah binasa Send bangsa ialah budi Runtuh budi, runtuhlah bangsa Dalam memenuhi hasrat negara melahirkan warga negara minda kelas pertama yang berteraskan modal insan, aspek budi bahasa dan nilai -nilai murni tidak boleh dikesampingkan. Institut integriti Malaysia (IIM) telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam memenuhi cabaran keempat, wawasan 2020 iaitu

Lihat sahaja kepada ayat 148. menjelaskan sasaran kempen tersebut yang meliputi institusi pendidikan formal antaranya.Kempen ini akan memberi tumpuan kepada pemupukan dan penghayatan budi bahasa dan nilai -nilai murni di semua lapisan masyarakat.membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri -ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh.¶ .¶ . budi ditakrifkan sebagai kebajikan.Pada hemat saya... kecuali oleh orang yang dianiayakan.w bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut.. ¶ . bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia Dato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi. dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.¶. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi. kita mungkin semakin lupa memupuk ciri -ciri keperibadian luhur.. peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat amnya. Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya" (Sahih Muslim). termasuk pimpinan tertinggi negara. Datuk Seri Utama Dr.. Dia suka akan kelembutan. dari petani hingga ke pegawai daerah. dalam kesibukan kita sehari -hari. Kata beliau ³ Makna perkataan budi ini luas. Dato Seri Abdull ah bin Haji Ahmad Badawi. nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa. Menteri Kebudayaan.. baik mengenai hubungan sosial.. Kesenian dan Warisan dalam ucapan aluan di Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahas a dan NilaiNilai Murni. . tidak terhad pada makna yang berkaitan den gan tingkah laku atau pekerti manusia sahaja. ¶ menggambarkan kebimbangan beliau terhadap fenomena baru yang negatif ini. pula membawa maksud "Sesungguhnya Rasulullah s. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri. iaitu sesuatu yang lebih disukai.a. ¶ sebagai usaha sokongan untuk melahirkan masyarakat maju yang berintegriti dengan bertunjangkan budi bahasa dan nilai -nilai murni.. Menurut Clyde Kluckhohn .ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai -Nilai Murni pada 11 Januari 2005 menegaskan. kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni warisan kita..a.. mahupun mengenai matlamat -matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya. 2. perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan. mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia.0 Definisi Budi Bahasa dan Nilai -Nilai Murni Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat.. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference'. tetapi mencakup seluruh aspek tindakan. baik untuk diri ki ta sendiri ataupun untuk anak -anak kita. atau dalam pengertian yang luas. lagi Maha Mengetahui " . Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar. Rais Yatim.. suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Lagi pun.. Perdana Menteri Malaysia. Islam adal ah agama yang sangat mementingkan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Ini menunjukkan usaha-usaha membina jati diri bangsa berasaskan budi bahasa dan nilai-nilai murni diberi perhatian oleh semua golongan.Manakala sebuah hadis dari Aisyah r... Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau budaya ´. Surah An -Nisa' yang membawa maksud "Allah tidak suka kepada perkataan -perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan oran g). dari murid hingga ke pensyarah.

Di antara pihak yang perlu digembeling tenaga ialah : i.1 Tanggungjawab Siapa Dalam usaha merealisasikan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia di sekolah. Budi bahasa dan nilai -nilai murni perlu ditekankan d i peringkat sekolah atau peringkat kecil lagi kerana pada peringkat ini adalah peringkat peniruan tingkahlaku.. ketinggian akhlak dan akal budi seseorang atau sesuatu bangsa. pelajar amat mudah dibentuk kerana merujuk kepada apa yang pernah diungkapkan oleh ulamak terkenal Nusantara. Sekolah adalah kilang yang sesuai untuk memproses dan menghasilkan pelajar yang berbudi bahasa dan mempunyai nilai -nilai murni.0 Kenapa Perlunya Budi Bahasa dan Nila -Nilai Murni Dibudayakan Di Peringkat Sekolah. Murid-murid iii. Kakitangan sekolah iv.0 Merealisasikan Hasrat Melahirkan Pelajar Berakhlak Mulia Di Sekolah 4. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan . tingkahlaku.. 4. 3. Hamka. Budi bahasa juga menunjukkan kejernihan fikiran. Guru-guru ii. Nilai -nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Imam Al Ghazali pula menegaskan. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) i) Guru . 1988) Budi bahasa dan nilai -nilai murni boleh disimpulkan sebagai budi pekerti.Wan Mohd. Memang menjadi tujuan semua agama. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara -perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Institusi pendidikan seperti sekolah adalah sebaik -baik tempat untuk mendidik dan me mbentuk budi bahasa dan nilai -nilai murni. hendaklah adab sopan anak -anak dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. seluruh warga sekolah dan institusi yang berkaitan dengan sekolah perlu digerakkan dan diselaraskan gerak kerjanya.Pada peringkat kecil atau persekolahan. µ . µ Anakanak bagaikan permata yang bol eh dibentuk mengikut kehendak pengukirnya¶. untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak muli a" (Wan Mohd. perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Zahid. Dr.

. mampu memberi sumbangan bermakna kepada diri.. Ini adalah kerana tutur kata dan tindak tanduk guru menjadi perhatian dan rujukan murid. seorang cendikiawan. Oleh itu. guru perlu terlebih dahulu menjadi contoh pengamal dan pemelihara nila i-nilai tersebut. Sikap proaktif. Ibnu asas . Ibu bapa adalah cerminan pelajar sewaktu di rumah. Secara umumnya.dalam usaha menyuntik nilai murni kepada murid. Ibu bapa perlu membantu hasrat sekolah demi masa depan anak-anak mereka. Guru sebagai ibu bapa kedua berperanan mencorak masa depan murid. ibu bapa dan masyarakat. Mereka perlu difahamkan kepentingan perubahan ini dengan perkongsian misi dan visi sekolah serta hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.2 Asas Dalam Merealisasikan Hasrat Melahirkan Pelajar Berakhlak Mulia di Sekolah Pelajar yang berakhlak mulia boleh dilahirkan dengan melihat kepada asas pembinaannya. bersemangat kental. Guru sebagai nukleus perubah akhlak dan budi bahasa pelajar telah ditegaskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan Perayaan Hari Guru 2007 yang bertemakan ¶Guru Penjana Modal Insan Gemilang¶ dengan katanya: ¶. Tindakan sederap cukup penting supaya tiada pihak yang memandang rendah dan mengabaikan aspek yang penting ini.Guru-guru adalah komponan penting dalam merealisasikan hasrat ini. iii) Pelajar-Pelajar Golongan pelajar adalah golongan sasar dalam merealisasi hasrat ini. Guruguru perlu menjadi contoh dan teladan kepada pelajar -pelajar mereka. berdaya saing. guru harus memiliki peribadi yang cemerlang dan menjadi teladan atau role model terbaik kepada anak didik dan masyarakatnya. 4..¶ ii) Kakitangan Sekolah Satu lagi golongan penting dalam membantu merealisasikan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia ialah kakitangan sekolah bukan guru.Tindakan seiring sejalan antara sekolah dan PIBG perlu dipereratkan. Kesediaan pelajar perlu ada untuk merubah akhlak mereka. berakhlak mulia dan ketrampilan diri perlu menjadi amalan dan budaya kerja.. Visi dan misi sekolah dalam melahirkan pelajar berakhlak mulia perlu dikongsi bersama antara sekolah dan ibu bapa melalui PIBG. Halangan yang berlaku perlu dihadapi demi merealisasikan usaha murni ini. keluarga. Penglibatan ibu bapa dalam semua program sekolah perlu diberi perhatian oleh PIBG.. Oleh itu amat penting kakitangan sekolah juga mempastikan mereka berakhlak mulia dengan berbudi bahasa dan menghayati nilai -nilai murni yang dihayati ber sama. i) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) PIBG adalah ases yang cukup baik antara guru dengan ibu bapa. Mereka juga perlu memahami dan menghayati misi dan visi sekolah serta hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahi rkan pelajar berakhlak mulia. masyarakat dan negara serta mampu menjadi modal insan yang gemilang. Mereka juga menjadi cermin dan rujukan pelajar selama berada di sekolah. Hanya guru yang versatile dapat menghasilkan generas i murid yang berkualiti iaitu murid yang mampu mencipta kelainan.

kerajinan. Sikap ambil tahu merupakan satu lagi budaya yang perlu wujud untuk menjayakan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia. Dua teras ini perlu dilihat secara bertanggungjawab dan serius. Di antara 16 nilai yang boleh diajar ialah baik hati. keberanian. keadilan. Bagi mereka. Budaya ambil tahu patut terus dipromosikan supaya pelajar-pelajar berakhlak mulia dapat dijelma kan walaupun menghadapi berbagai cabaran. g. Hari Penyerahan Rekod Prestasi anak-anak mereka. psikomotor dan akhlak.Maskawaihdalam penulisannya ¶Tahdzub Al Akhlaq¶ menyenaraikan perkara yang menjadi asas kepada perubahan seseorang. Hubungan yang mesra antara guru dan murid. guru dan ibubapa serta sayang -menyayangi antara satu sama lain ádalah mekanisme penting dalam pembinaan akhlak dan budi bahas a. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai -nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita. tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. b. berdikari. Secara pertuturan Secara perlakuan Secara teladan Secara isyarat Secara kefahaman Secara interpretasi Secara konteksual . Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui: a. hemah tinggi. maka terlepaslah tugas menghantar anak ke sekolah. jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif. Hari Anugerah. Kadangkala berlaku ibubapa yang menyerahkan sepenuhnya anak kepada sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan akademik anak -anak mereka. kebebasan. kerjasama. c. f. Kadangkala terdapat juga ibubapa yang tidak mengetahui bilakah Mesyuarat Agung PIBG. kesedaran. d. rasional dan semangat bermasyarakat. iaitu : i) Mencari teman yang baik ii) Selalu muhasabah diri iii) Tidak mengikut dorongan hawa nafsu iv) Berterusan melakukan kebaikan v) Berusaha meningkatkan diri melalui kelemahan diri perkara - Budaya kemesraan dan sayang-menyayangi adalah dua teras utama yang perlu dalam membina akhlak mulia pelajar. afektif. kejujuran. kasih sayang. kesyukuran. Beras askan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi . kebersihan fizikal dan mental. hormat menghormati. apabila yuran sekolah telah dibayar dan kelengkapan persekolahan mencukupi. e. jika ingin melihat palajar yang dilahirkan berakhlak mulia.

kakitangan sekolah. ibu bapa dan pelajar perlu dilibatkan. bukan satu yang mengaibkan jika guru yang memulakannya. banner dan mural yang menekankan kebaikan budi bahasa. Untuk menghiasi sekolah dengan perkara di atas. ¶. cikgu¶. ilmu pengetahuan tanpa budi belum tentu dapat menjamin kemajuan bangsa terutamanya dari segi ketahanan budaya dan moralnya. Guru dan pelajar boleh berlumba-lumba memberi salam antara mereka. Kad dan hadiah ju ga adalah cara sapaan yang boleh menimbulkan kemesraan dan sayang -menyayangi . Mereka boleh dilibatkan untuk menjaga kebersihan dan keselamatannya.3 Program dan Aktiviti Dalam Merealisasikan Hasrat Melahirkan Pelajar Berakhlak Mulia Di Sekolah i) Penekanan Akhlak mulia merentasi kurikulum dan kokurikulum Setiap guru mata pelajaran perlu difahamkan bahawa akhlak mulia yang dihasratkan perlulah merentasi kurikulum. cikgu¶.Semua guru perlu sedar bahawa akhlak mulia perlu ditekankan semasa pengajaran dan pembelajaran. jika dinafikan persoalan pemurnian akhlak ini. ¶ ii) Persekitaran sekolah Persekitaran sekolah yang kondusif dan mendorong kepada penyempurnaan akhlak pelajar perlu dititiberatkan. Kadang-kadang guru boleh memulakan budaya sapa -menyapa ini. Aktiviti kokurikulum juga perlu menjadikan pembinaan pelajar berakhlak mulia sebagai teras aktivitinya di samping kemahiran -kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar.. akhlak mulia tidak boleh diketepikan. ¶terima kasih. banner. nilai murni dan kesan akhlak yang mulia perlu diperbanyakkan. repair (membaiki). repaint (cat semula) dan replace (ganti).. ¶maafkan saya cikgu¶ dan lain-lain lagi. saya menyeru kepada warga pendidikan terutamanya guru-guru untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab masing -masing dalam memperkasa budi bahasa dan nilai -nilai murni dalam kehidupan. Sandakan. Rasanya. Pangajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan sejajar dan ouput pengajarannya akan minimum hasilnya. pelajar dan ibubapa. Aktiviti 8R ini boleh melibatkan guru. Sehubungan itu Dato¶ Sri Hishammuddin Tun Hussein ketika majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai -Nilai Murni peringkat kebangsaan pada 21 Jun 2005 yang baru berlalu menegaskan. reuse (guna semula).Mungkin contoh guru ingin dilihat oleh pelajar. Dalam membina persekitaran yang ceria.. Oleh itu. rethink (pertimbang semula).Budaya ini perlu dibajai semula dalam membina akhlak mulia di kalangan pelajar. kegiatan 8R yang pernah diperkenalkan oleh SRJKC Chi Hwa. reject (buang). Sabah boleh dijadikan asas. poster dan mural tadi. Dalam alam pendidikan. poster. ¶Lapan R¶ yang dimaksudkan itu ialah reduce (mengurangkan). Ibubapa dan pelajar boleh menjadi bapa angkat dan rakan angkat kepada sudut -sudut dan kawasan yang meletakkan kata-kata. Mereka terasa berat untuk melafazkan ¶Assalaamualaikum¶. ¶ selamat pagi¶.4. Perasaan milik bersama dan bertanggungjawab menjaganya adalah antara akhlak yan g mulia perlu disemai. ¶boleh saya bantu. Jika boleh apa saja bahan yang dibekalkan kepada pelajar berasaskan kepada unsur-unsur pemurnian akhlak. recycle (kitar se mula).. Kata-kata. iii) Budaya Sapa-Menyapa Budaya ini sudah mula luntur di kalang an pelajar. Dalam semua pelajaran yang diajar.

.Pertandingan kelas terbersih terus dikekalkan untuk membina akhlak mulia seperti bekerjasama. Pujian juga boleh diberikan kepada para pelajar di atas jasa dan kejayaan mereka.. Kad hari lahir. kuiz. Oleh itu budaya pengukuhan positif adalah resepi penting dalam membina pelajar berakhlak mulia.. pertandingan bahas.sudut yang terdapat di sekitar sekolah yang bertemakan budi bahasa. kadangkala unsur yang kecil ini menatijahkan kesan yang besar dalam membi na pelajar yang diingini. Namun begitu. Lawatan secara percuma untuk pelajar yang berakhlak mulia juga merupakan satu contoh pengukuhan positif yang boleh disediakan oleh sekolah dengan bantuan PIBG. pertandingan kebersihan kelas dan menghiasi sudut -sudut kelas. kad dan hadiah untuk kejayaan dalam ujian dan peperiksaan adalah satu cara untuk guru menghargai murid dan murid akan menyayangi dan mengh ormati guru. guru atau murid sendiri berbin cang tentang kepentingan budi bahasa. beberapa kajian telah membuktikan bahawa ganjaran so sial seperti senyuman. Di samping itu beberapa dasar dan program kerajaan yang menjurus kepada pemurnian akhlak ini perlu dikongsikan dengan pelajar dan ibu bapa seperti rukun negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan dan prinsip kelima dalam pelaksanaan Islam Hadahari iaitu keutuhan budaya dan moral . nilai -nilai murni dan akhlak yang mulia. Seharusnya mencela dan mengejek mereka di atas kesalahan yang dilakukan patut dielakkan. Ada baiknya jika pelajar juga dikongsi bersama dalam menghasilkan misi dan visi sekolah untuk menimbulkan perasaan sayang kepada sekolah sendiri dan menjaga nama sekolah..antara guru dan pelajar. . ¶.Noor dalam penulisannya. Pelajar akan berasa dirinya dihargai dan disayangi apabila guru mengambil berat tentang mereka. Apabila unsur sayang dan hormati tersemai. Setelah itu. tolong menolong dan menjag a kebersihan.¶ v) Perhimpunan Pagi Melalui perhimpunan ini yang mengambil masa 5 hingga 10 minit. para pelajar dikongsikan bersama dengan misi ini melalui ceramah. Kadangkala cara menepuk bahu pelajar dengan sesuatu kebaikan yang dilakukan akan menimbulkan rasa seronok dan merasa dihormati.. vi) Perkongsian Misi dan Visi Sekolah dan Dasar Kerajaan Misi dan visi sekolah mestilah memasukkan unsur -unsur pembinaan akhlak mulia pelajar. Slot ini boleh diambil pada perhimpunan hari Isnin atau mengadakannya pada hari Jumaat sebagai Hari Pemurnian Akhlak. iv) Pengukuhan Positif Membudayakan kita dengan pengukuhan positif adalah satu lagi cara untuk merealisasikan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia. Semua orang suka dipuji dan menerima hadiah. dan sebagainya adalah berkesan untuk meningkatkan tingkah laku positif yang diharapkan. Cuba terangkan kesalahan yang dilakukan dan kenapa patut dijauhi. tingkatan maupun sudut. Waty M. berbudi bahasa dan memiliki nilai -nilai murni. akhlak mulia dan nilai -nilai murni samada di rumah mahupun di sekolah. pujian. Disiplin Pelajar (Pendidik: Julai 2006) mengatakan. Dalam perhimpunan pagi ini. akhlak mulia mula bertunas. pengiktirafan. pertandingan poster. hadiah. Ini akan menjadikan mereka mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara. A. guru boleh menyelaraskan banyak perkara dengan pelajar berkaitan pembinaan akhlak mulia.

Tindakan awal di rumah dalam menangani isu ini amat diharapkan. Badan pengawas boleh dilibatkan dalam program mentor -mantee ini. perwatakan. viii) Anugerah Tokoh Pelajar Berakhlak Biasanya sekolah menyediakan hadiah dan piala untuk kategori pelajar terbaik mata pelajaran. Kutip Sehari Satu Sampah dan lain -lain lagi boleh dibuat untuk membina akhlak pelajar. berbalas p antun dan penulisan kreatif.. pembinaan sahsiah. Sekolah Kita Rumah Kita. ix) Program Mentor-mantee Pelajar yang mempunyai akhlak mulia dan dihormati boleh dipilih untuk menjadi mentor manakala yang kurang akhlaknya akan menjadi manteenya. Ibubapa boleh dilibatkan dalam perbincangan mengenai anak -anak mereka yang bermasalah. kuiz. . Perkongsian maklumat dan pengalaman antara ibu bapa dan guru akan memudahkan usaha tersebut. Menurut Rita Sommers dan John Sommers Flanagan dalam buku mereka Counseling and Psychotheraphy Theories in Context and Practice. Datang Sekolah Dengan Hormat Balik Sekolah Dengan Selamat. Ibubapa ini boleh dikumpulkan bersama -sama untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah yang ditimbulka n oleh anak-anak mereka.Pelajar Berakhlak Mulia bulanan juga b oleh diperkenalkan untuk mendorong minat pelajar membaiki akhlak mereka. pelajar kedatangan terbaik. Ini membuktikan ibu bapa tidak boleh sekali -kali melepas tangan kepada pihak sekolah semata mata untuk membentuk akhlak dan tingkah laku anak -anak mereka. Sifar Buli. x) Program Anak Kita Ibubapa boleh dilibatkan sepenuhnya dala m merealisasikan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia. Kempen-kempen ini boleh dijalankan dalam bentuk pidato. Semangat tolong -menolong dan pesan memesan kepada kebaikan dan pemurnian akhlak akan berlaku dan mantee akan menyayangi mentornya yang bersedia memberikan bimbingan kepada m ereka. Dalam setengah situasi. sikap atau keperibadian anak anak bermula di rumah dan berterusan pula di sekolah. perbahasan. Kempen ini perlu disusun dengan baik dan terancang supaya dapat memberi kesan yang mendalam dalam pembinaan akhlak mulia yang bertunjangkan budi bahasa dan nilai -nilai murni. Kempen Memberi Salam dan Senyum juga boleh dijalankan menjurus ke arah itu. pelajar lebih mudah menguasai lebih mudah berubah melalui rakan sebaya berbanding dengan gurunya. pelajar harapan kokurikulum setiap tahun pada hari anugerah kecemer langan sekolah. Mereka diberikan tugasan untuk membimbing rakan -rakan supaya berlaku perubahan positif diri mereka. Mereka yang lebih kenal pelajar -pelajar ini dan sudah tentu boleh berkongsi tips yang berfaedah untuk membina pelajar berakhlak mulia.Antara perkara yang boleh dicadangkan ialah memperkenalkan anugerah Tokoh Pelajar Berakhlak Sekolah yang diadakan setiap tahun untuk menggalakkan pelajar menghiasi diri mereka dengan akhlak yang terpuji.vii) Kempen Kempen Minggu Budi Bahasa.

perarakan keputeraan Rasulullah peringkat sekolah. para pelajar dan pihak ibubapa akan mewujudkan perasaan . Pihak masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah pula boleh menurunkan ilmu dan pengalaman bagaimana membentuk pelajar berakhlak dalam konteks pelajar sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. selamat. berakhlak mulia dan menghayati nilai -nilai murni satu tugas yang amat berat. banting dan banner yang mengandungi perkataan -perkataan yang merangsang perubahan tingkahlaku dan akhlak pelajar kepada lebih positif. ´Akhlak Mulia Semua Orang Suka´. kem pemurnian akhlak dan lain -lain manakala warga sekolah yang lain. di samping kepakaran dalam motivasi. Majlis Perbandaran dan Jabatan Pertanian boleh memberikan khidmat nasihat mereka. Dalam setengah perkara. pihak-pihak luar boleh memainkan peranan untuk menjayakan misi dan visi sekolah. tentera akan membantu membentuk pelajar yang kita idami bersama. Organisasi ini boleh dilibatkan dalam menjayakan misi dan visi sekolah. xii) Persatuan Murid-Murid Tua (Alumni Sekolah) Persatuan Murid Tua atau alumni sekolah boleh digandingkan dengan warga sekolah dalam merancang dan melaksanakan program pembinaan pelajar yang berakhlak mulia. Perkongsian pintar yang dilakukan antara warga sekolah dengan badan -badan kerajaan. xiv) Banyakkan Aktiviti Tidak Formal Salah satu faktor yang membantu membina perasaan kasih sayang. pembangunan sumber manusia dan kaunseling yang mampu dimanfaatkan untuk membina generasi pelajar yang berakhlak mulia. ´Pelajar Berakhlak Mulia Aset Kecemerlangan Sekolah´. hormat menghormati dan bertolak ansur ialah apabila kekerapan aktiviti tidak formal dijalankan. misalnya. pihak PEMADAM dan AADK boleh dilibatkan untuk majlis penerangan dan aktiviti -aktiviti yang dapat menjauhi para pelajar dari gejala ini. TOT penyayang untuk pelajar bermasalah boleh diadakan dengan bantuan pihak swasta. kemahiran belajar. khususnya para pendidik boleh menumpukan kepada pengajaran dan pembelajara n. Untuk menangani masalah dadah pula. kondusif dan menanamkan rasa tanggungjawab pelajar kepada sekolah. lebih -lebih lagi cabaran di hadapan yang bertali arus dan menggila. Apabila alumni se kolah boleh digerakkan seaktif mungkin dalam merancang dan menjayakan program -program seperti seminar jati diri. Pihak swasta dan korporat biasanya mempunyai peruntukan kewangan untuk program pendidikan dan k ebajikan. sambutan hari hari kebesaran Islam dan program-program lain yang melibatkan warga sekolah. xiii) Perkongsian Pintar (Smart Partnership) Melahirkan pelajar yang berbudi bahasa. Jika sekiranya pihak sekolah ingin mengindahkan landskap persekitaran sekolah untuk melahirkan rasa selesa. Program motivasi. Persatuan Alumni ini juga boleh menaja poster. Kadangkala program yang tidak forma l seperti majlis assyura. badan bukan kerajaan (NGO) seperti JPA3.xi) Penglibatan Swasta Dengan Sekolah Pihak-pihak swasta boleh dilibatkan dengan program pemurnian akhlak ini kerana mereka mempunyai banyak infrastruktur yang boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah. ´Selamat Datang Pelajar Berakhlak Mulia´.

buli dan gejala negatif lain lenyap di arena pendidikan tanah air kita.kebersamaan. Antara perkara berikut ialah : i) Bersungguh-sungguh dan Tanggungjawab Dua unsur ini amat perlu dalam menjayakan usaha pembentukan pelajar yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia. tidak dapat bersabar dengan kerenah dan kepayahan sewaktu menjayakan hasrat ini. masalah tingkah laku juga berlaku kerana pelajar tidak tahu perlakuan yang bagaimana yang seharusnya diamalkan. tetapi Allahlah yang menentukan segala galanya. Hubungan spiritual antara semua pihak yang terlibat dengan usaha i ni dengan Allah adalah perlu kerana manusia dicipta olehNya. maka ramailah yang mudah kecewa. pelajar . jika diabaikan akan menggagalkan usaha murni ini.Pelajar yang berakhlak mu lia. Sesungguhnya tanggungjawab kita adalah merancang dan berusaha menjayakannya. Pihak Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK). Kita menyedari bahawa manusia ini terdiri daripada intelek. berbudi bahasa dan menghayati nilai -nilai murni adalah aset negara masa depan. maka mudahlah usaha -usaha untuk membina akhlak mulia dilakukan kerana mendapat sokongan dan dokongan padu dari semua pihak. Melalui aktiviti tidak formal juga dapat membantu pelajar mengenalpasti perlakuan dan tingkah laku yang sepatutnya mereka lakukan. Kadangkala kita memberikan penumpuan yang lebih dari aspek jasmani dan mengabaikan aspek rohani. Menurut Black dan Downs (1992). jasmani. Apabila kebersamaan yang didasarkan atas hormat menghormati dan kasih sayang ini diikat erat. kita melihat terdapat beberapa perkara yang kecil. kasih sayang dan sa ling hormat-menghormati. Namun begitu. 5. emosi dan rohaninya. merajuk.Apabila aspek ini diabaikan. Sifat enau dalam belukar.0 Faktor Kejayaan Dalam Merealisasikan Hasrat Melahirkan Pelajar Berakhlak Mulia Di Sekolah Semua warga sekolah yang terlibat dengan usaha -usaha pemurnian akhlak pelajar ini mengharapkan natijah yang positif hasil daripada pengorbanan mereka.Tidak ada satu kerja yang dilakukan tanpa mengharapkan kesan dan hasil yang baik. Komited dan rasa bertanggungjawab yang tinggi jika ada para warga sekolah. ibubapa dan PIBG tidak mustahil masalah vandali sme. ii) Doa Hasrat yang ingin direalisasikan ini adalah urusan yang berkaitan dengan akal dan jiwa manusia. Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) atau Rukun Tetangga boleh dilibatkan untuk menjayakan hasrat murni ini. melepaskan pucuk masing -masing perlu dihumbankan sejauh -jauhnya dari kamus kehidupan kita demi melihat kejayaan apa yang kita sama -sama perjuangkan. iii) Menjadi Pendengar Yang Baik . Oleh itu amalan doa mendoakan antara satu sama lain dan sentiasa memohon agar segala usaha murni ini diberkati dan berjaya adalah satu amalan yang baik.

Semua pihak yang terlibat perlulah membuka dada dan pemikiran mereka untuk menerima cadangan dan saranan daripada orang lain. Sesi ini memerlukan kita menyuarakan pandangan dan mendengar pandangan orang lain. Hasrat murni untuk melihat warga pelajar yang berakhlak mulia yang digagaskan berdasarkan Rukun Negara. Kejayaannya juga amat bergantung kepada kerjasama guru. kakitangan sekolah. Berdasarkan pengalaman. ramai yang sanggup memberi cadangan yang bernas dan sedikit yang sanggup melaksanakan cadangan itu sebaik mungkin. Jika empat unsur penting ini digembeling secara mantap. Kecemerlangan dan kegemilangan sesuatu bangsa tidak akan tercapai jika bangsanya tidak memiliki akhlak mulia. Oleh itu ianya perlu dipupuk dan diperkukuhkan dari masa ke masa. Perancangan ini mestilah melalui beberapa siri perbincangan dan ¶brainstorming¶ . Budi bahasa dan akhlak mulia perlu diperkayakan supaya ianya terus bersambung dari satu generasi ke generasi yang lain. Apabila cadangan -cadangan itu dilihat dari segi keutamaan dan kesan maksimum ke atas matlamat yang hendak dicapai. berbudi bahasa dan mempunyai nilai -nilai murni yang boleh menjadi tempat berteduh orang lain. Menjadi pendengar yang baik tidak menghalang kita memberi cadangan yang dirasakan bernas. kemungkinan ada cadangan kita yang disisihkan. Banyak kegagalan berlaku disebabkan kita lebih suka menjadi pencadang daripada pendengar yang baik. Kita sedang berusaha untuk membina satu masyarakat yang ditunjangi oleh para belia yang menghayati budi bahasa dan akhlak mulia. Budi bahasa dan nila -nilai murni bukanlah seperti tumbuhan dan haiwan yang akan bercambah dan beranak tanpa dijaga dan dibajai. Seharusnya.Pelajar berakhlak mulia dapat terhasil apabila ianya dirancang dengan teliti dan dijayakan sepenuh hati. kita akan mampu melahirkan generasi baru pelajar. 6. Usaha-usaha menjadikan budi bahasa. nilai-nilai murni dan akhlak ini perlu ditumpukan supaya kebaikan yang terhasil darinya bukan mesti disuruh -suruh tetapi dijadikan tabiat dan tercerna dalam kehidupannya.0 Kesimpulan Institusi pendidikan seperti sekolah adalah takungan yang penting untuk memproses dan melahirkan pelajar berakhlak mulia yang menghayati nilai -nilai murni dan berbudi bahasa. pelajar dan ibu bapa. Kehebatan bangsa kita . Kunci kepada budi baha sa dan akhlak yang mulia ialah diri itu sendiri yang ingin berubah. Wawasan 2020 dan Konsep Islam Hadhari serta diperincikan melalui surat -surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila ianya dikongsikan bersama. ia tidak sedikit pun mengguris perasaan kita tetapi kita menyatukan hati kita untuk melaksanakan apa yang terbaik yang telah dipilih itu. Sebenarnya pendengar yang baik adalah kunci kepada perpaduan dan kemantapan tindakan yang diambil. Semua cadangan adalah baik dan kita memilih hanya yang terbaik untuk dilaksanakan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

´ Kuantan: Jawatankuasa . Insan Baik Teras Kewarganegaraan.. Kuala Lumpur :Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM.tidak hanya dinilai dengan kemajuan m aterial tetapi juga budi bahasanya. ´Remaja Sukses . Hassan Hj Mohd Ali. Bhd.´ Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar. Hassan Hj Mohd Ali. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2002). Bhd. ´ Komunikasi Untuk Pemimpin . Nor Aini Dan.´ Kuala Lumpur: Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB). 5.´ dalam Jurnal Dakwah Bil. ´Tanggungjawab Ibubapa dan Anak Menurut Islam. Dr . Mohamed Jamli Hj.(1992).1 Jilid 1. ´Nasihat dan Teladan³ Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam. ´Pendidikan dan Wawasan 2020´ . Merenungi beberapa rangkap pantun di bawah sudah menggambar kehebatan budi bahasa dalam masyarakat Melayu kita.´ Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Dato¶ Dr (2001). Tajul Ariffin Nordin & Dr. Bhd.´ Bentong: PTS Millennia Sdn. Dato¶ Dr (2001). Awang Lirai (1991). Mohd Yusoff bin Haji Othman (1998). Pemikir. ´ Mendidik Anak Berakhlak Mulia . Yaakub Isa (1994). Wan Mohd Nor Wan Daud. ´Perkongsian Bijak Komuniti Dan Sekolah: Harapan Dan Cabaran Bagi Merealisasikan Sekolah Berkesan. Yahaya (1987). Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2005). 7. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. 2. Jabatan Perdana Menteri. 8. ´Guru Yang Efektif. Inilah generasi baru yang bakal kita lahirkan. Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat dipulau angsa Indah tampan kerana budi Tinggi bangsa kerana bahasa Kalau ribut runduklah padi Padi cupak Datuk Temenggung Kalau hidup tidak berbudi Duduk tegak berdiri canggung Anak teruna menanam betik Buah cempedak di dalam raga Apa guna berwajah cantik Kalau kurang budi bah asa SENARAI RUJUKAN 1. Md Hashim bin Hj. 10. 3.´ Kuala Lumpur: Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB). 6. (Jan -Mac 1996). ´ Teknik Mendidik Anak Bermasalah . 4. 9.

20 Mac 18 Mohd Fazli Abu Bakar. (2003). 15 ³Six Characteristics of A Safe and Caring School . Kementerian Pendidikan Malaysia. 13. Johardy Ibrahim.org/about/articles/heart_of_caring_school. http://www. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1998). Prosiding Koloki um Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan. Disember 1998. 12.org/1025 . ´Jejak-Jejak Kecemerlangan Dalam Pengurusan Pendidikan Sekolah´ (2002). Utusan Malaysia. 16 Eric Schaps. Utusan Malaysia.edutopia. 14. 111. Jurnal Dakwah Bil.´ Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. ´Pentadbiran Pendidikan. 2007.devstu. Dicapai pada 26 April. Budi bahasa dan nilai murni khazanah kita . Bhd.html Dicapai pada 25 April. ³The Heart of a Caring School´ http://www.Jilid. 9 Mac 2005 . Menterjemahkan budi bahasa kepada tabiat .1.my/pmbj/ 19. 2007. 17. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang. Nilai Murni dilaksana hingga 2010 .´http://www. ³ Manhaj Rabbani Generasi Qur¶ani´. Kempen Budi Bahasa. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.1.johordt. Anjuran Pusat Pendidikan SRI -SMI Berhad (MUSLEH).gov.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful