You are on page 1of 23

TAJUK: UPAH MINIMUM DI KANADA

1.0

PENGENALAN Upah minimum ialah standard asas buruh yang menetapkan kadar upah terendah yang dibayar oleh majikan di bawah perlindungan undang-undang. Objektif utama

diwujudkan perundangan upah minimum ialah untuk meningkatkan taraf hidup pekerjapekerja gaji rendah , dan seterusnya menyumbang kepada penurunan dalam kemiskinan (West dan McKee, 1980). Upah minimum merupakan keadaan di mana seluruh pekerja atau kesatuan mereka dapat berunding dengan pihak pengurusan mengenai kedudukan upah yang lebih tinggi. Bagaimanapun pelarasan diperlukan dari masa ke semasa dalam pelaksanaan upah minimum ini dengan mengambil kira perubahan keadaan sosial dan ekonomi. Berikutan evolusi sejarah perundangan upah minimum, satu analisis khas diperuntukkan dalam bidang kuasa Kanada. 2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH Kanada merupakan sebuah persekutuan yang terdiri daripada sepuluh wilayah dan tiga daerah. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Kanada Barat, Kanada Tengah, Kanada Atlantik, dan Kanada Utara serta tiga daerah yang terdiri daripada Yukon, Northwest Territories, dan Nunavut. Kanada Timur Tengah pula merujuk kepada Kanada Tengah dan Kanada Atlantik dan kuasa wilayah lebih besar berbanding daerah. Berdasarkan kajian perundangan wilayah Kanada termasuk Baker et al. (1999), Goldberg and Green (1999), Campolieti et al. (2005), and Campolieti et al. (2006) data upah minimum Kanada sangat banyak kerana perundangan upah minimum digubal oleh wilayah-wilayah daripada kerajaan pusat. Menurut Baker et al. (1999) Kanada

mempunyai kelainan dalam kajian upah minimum kerana upah minimum Kanada ditetapkan di bawah kuasa wilayah, dan bukannya di bawah persekutuan. Senarai upah minimum di Kanada dinyatakan dalam dolar Kanada (CAD) ditetapkan oleh setiap wilayah dan daerah di Kanada. Bagaimanapun, terdapat kritikan mengenai upah minimum di Kanada yang mendakwa bahawa kadar upah minimum yang ditetapkan adalah rendah dan perlu dinaikkan sejajar dengan peningkatan kos sara hidup. Di Kanada, usaha awal dalam menetapkan upah minimum hanya melibatkan

bayaran upah bagi mereka yang terlibat dalam pekerjaan awam dan kontrak kerajaan. Pada masa kini, perundangan Kanada telah menggubal dasar-dasar untuk mengatasi isuisu seperti gaji atau upah yang sangat rendah, jam bekerja yang terlalu lama dan suasana kerja yang kurang selamat. Akta perundangan berhubung upah minimum di Kanada ialah Kod Buruh Kanada (Canada Labour Code) pada tahun 1918 dan perundangan ini sentiasa diubah suai berdasarkan kepada keadaan semasa. Wilayah-wilayah terawal yang menggubal perundangan upah minimum di Kanada ialah British Columbia dan Manitoba, pada tahun 1918. Pada tahun 1920, diikuti empat wilayah lain iaitu Nova Scotia, Ontario, Quebec dan Saskatchewan. Bagaimanapun, pada masa ini, undang-undang tersebut hanya digunakan terhadap pekerja-pekerja perempuan dalam beberapa jenis pekerjaan. Kesatuan sekerja Amerika Utara pada masa itu telah mempertimbangkan kedudukan yang lebih baik untuk memastikan gaji yang mencukupi untuk golongan pekerja lelaki melalui tawar-menawar, tetapi mereka menyokong campur tangan negeri untuk melindungi wanita yang bekerja, yang kebanyakannya lebih terancam terhadap eksploitasi.

Di Ontario dan Quebec, undang-undang bagi upah minimum pada mulanya dirujuk pada gaji sahaja. Di wilayah lain, perundangan turut mengambil kira jumlah jam bekerja dan syarat-syarat kerja. British Columbia mengamalkan Akta Upah Minimum Bagi Lelaki (Men's Minimum Wage Act) pada tahun 1925, dan merupakan wilayah pertama yang menggubal upah minimum untuk pekerja lelaki. Setelah satu dekad pelaksaan akta ini dilaksanakan di British Columbia, barulah ianya dilaksanakan oleh wilayah Manitoba dan Saskatchewan pada tahun 1934, Alberta pada 1936, manakala Ontario dan Quebec pada tahun 1937. Prince Edward Island ialah wilayah yang terakhir melaksanakannya pada tahun 1960 dan turut mewujudkan upah minimum bagi pekerja wanita. Namun, tahap upah minimum bagi pekerja lelaki pada ketika ini ditetapkan lebih tinggi daripada pekerja wanita, kerana diandaikan kaum lelaki merupakan ketua sebuah keluarga. Namun pada tahun 1974, perbezaan upah minimum berdasarkan jantina telah dibubarkan. Sehingga awal tahun 1970-an, terdapat sesetengah wilayah di Kanada yang mempunyai perbezaan dari segi geografi di mana pekerja-pekerja di pusat bandar dibayar upah yang lebih tinggi dari kawasan luar bandar. Ini adalah disebabkan pada umumnya kos sara hidup yang lebih tinggi di bandar berbanding kawasan luar bandar. Terdapat pelbagai perbezaan lain sepanjang pelaksanaan upah minimum. Antaranya ialah perbezaan jenis pekerjaan. Misalnya, pekerja-pekerja ladang pada umumnya dikecualikan upah minimum atau hanya diperuntukkan pada kadar minimum yang lebih rendah. Pekerjaan seperti pekerja restoran, pendandan rambut, jurujual, dan buruh binaan juga diperuntukkan kadar upah minimum yang berasingan.

2.1

Situasi Pada Masa Kini Dalam Perundangan Upah Minimum Pada masa kini, setiap wilayah di Kanada telah mewujudkan perundangan upah minimum dalam pekerjaan. Kanada tidak mempunyai upah minimum persekutuan kerana penetapan peraturan upah minimum adalah tertakluk kepada setiap wilayah masing-masing. Peraturan ini menegaskan para majikan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya membayar upah kepada pekerja mereka kurang daripada upah minimum, mengikut jam bekerja, harian, mingguan, atau bulanan. Adalah menjadi kesalahan bagi pekerja terhadap majikan mereka sekiranya mereka bekerja kurang daripada kadar upah minimum yang ditetapkan. Ia juga membenarkan seorang pekerja untuk mendakwa majikan mereka sekiranya upah yang mereka peroleh itu adalah berbeza dengan upah yang sepatutnya mereka terima sekiranya dibayar mengikut kadar upah minimum. Akhirnya, digubal kadar upah minimum yang mengambil kira peraturan-peraturan yang digunakan mengikut industri tertentu, pekerjaan atau kelas pekerja, serta mengambil kira kemahiran khusus. Terdapat peraturan di bawah Kod Standard Buruh (Labour Standards Code) di Nova Scotia yang menentukan upah minimum berdasarkan suasana kerja pekerja dalam industri tertentu seperti pembinaan dan pada tahun 2000 ditubuhkan Akta Standard Guna Tenaga (Employment Standard Act) di Ontario, di mana upah minimum dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan dan suasana kerja bagi pekerja yang bekerja dalam industri seperti tekstil, pakaian, persembahan-persembahan secara langsung dan hiburan visual. Di bawah pembahagian kuasa wilayah persekutuan Perlembagaan Kanada, peranan dan penguatkuasaan undang-undang tenaga kerja terletak pada sepuluh wilayah,
5

tiga daerah diberikan kuasa ini berdasarkan undang-undang persekutuan. Ini bermakna bahawa setiap wilayah mempunyai upah minimum yang tersendiri. Upah minimum terendah umum yang dikuatkuasakan pada tahun 2010 ialah British Columbia iaitu $8.00 per jam, dan yang tertinggi adalah di Ontario $10.25 per jam. Beberapa wilayah membenarkan upah lebih rendah dibayar kepada pelayan-pelayan yang terlibat dengan perniagaan minuman keras dan pekerja yang tidak berpengalaman. British Columbia menetapkan majikan membayar $6 sejam kepada pekerja tak berpengalaman, tetapi meningkat kepada $8 sejam sekiranya pekerja tersebut telah memperolehi 500 jam pengalaman. Akta Standard Guna Tenaga di British Columbia (Employment Standards Act of British Columbia) membolehkan majikan membayar sebanyak $6 sejam bagi pekerja baru yang mempunyai kurang daripada 500 jam pengalaman bekerja (iaitu 3 bulan kerja sepenuh masa atau 6 bulan kerja separuh masa). Di Yukon, upah minimum ditetapkan bagi pekerja yang berumur 17 tahun ke atas. Secara teorinya kerajaan pusat menyediakan kadar upah minimumnya yang tersendiri untuk pekerja-pekerja dalam industri bidang kuasa persekutuan (contohnya industri keretapi antara wilayah). Pada tahun 2006 bagaimanapun, upah minimum persekutuan ditakrifkan menjadi kadar upah minimum bagi orang dewasa di wilayah di mana tempat mereka bekerja. Misalnya, sebuah syarikat keretapi antara wilayah tidak boleh membayar seorang pekerja di British Columbia kurang daripada $8.00 sejam tanpa mengambil kira pengalaman pekerja.

Persekutuan Parti Demokrat Baru di Kanada telah menuntut upah minimum persekutuan yang berasingan $10 per jam, walaupun begitu, perubahan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana majikan di bawah bidang kuasa wilayah kecuali wilayah tersebut secara sukarela bersetuju untuk menyelaraskan sendiri upah minimum.

Upah minimum di setiap wilayah Kanada pada tahun 2002-2010 adalah sebagai berikut:
Wilayah Alberta British Columbia Manitoba New Brunswick Newfoundland Northwest Territories Nova Scotia Nunavut Ontario Prince Edward Island Quebec Saskatchewan Yukon 2002 $5.90 $8.00 $6.50 $6.00 $6.00 $7.00 $6.00 $7.00 $6.85 $6.00 $7.20 $6.65 $7.20 2003 $5.90 $8.00 $6.75 $6.00 $6.00 $8.25 $6.25 $8.50 $6.85 $6.25 $7.30 $6.65 $7.20 2004 $5.90 $8.00 $7.00 $6.20 $6.00 $8.25 $6.50 $8.50 $7.15 $6.50 $7.45 $6.65 $7.20 2005 $7.00 $8.00 $7.25 $6.30 $6.25 $8.25 $6.80 $8.50 $7.45 $6.80 $7.60 $7.05 $7.20 2006 $7.00 $8.00 $7.60 $6.70 $6.75 $8.25 $7.15 $8.50 $7.75 $7.15 $7.75 $7.55 $8.25 2007 $8.00 $8.00 $8.00 $7.25 $6.75 $8.25 $7.60 $8.50 $8.00 $7.50 $8.00 $7.95 $8.37 2008 $8.40 $8.00 $8.50 $7.75 $7.50 $8.25 $8.10 $10.00 $8.75 $8.00 $8.50 $8.25 $8.58 2009 $8.80 $8.00 $9.00 $8.25 $8.00 $8.25 $8.60 $10.00 $9.50 $8.40 $8.50 $9.25 $8.89 2010 $8.80 $8.00 $9.50 $9.00 $10.00 $9.00 $9.65 $10.00 $10.25 $9.00 $9.50 $9.25 $8.93

Sumber: Statistik Kanada

2.2

Perundangan Upah Minimum dan Kajian Semula Kadar Upah Minimum Peningkatan upah minimum dari masa ke semasa atau peraturan dalam perundangan standard pekerjaan wilayah diluluskan oleh kerajaan. Pelarasan dalam kadar upah minimum mengambil kira pelbagai faktor yang dianggap penting sebagai penentu kepada upah minimum. Kebanyakan akta tidak menyediakan garis panduan khusus mengenai bagaimana upah minimum ditentukan, tetapi terdapat pengecualian tertentu. Perundangan standard guna tenaga di wilayah New Brunswick dan Prince Edward Island menetapkan perundangan upah minimum mengambil kira kesan sosial dan ekonomi akibat daripada pelaksanaan upah minimum di wilayah tersebut dan perlu mempertimbangkan perkaraperkara berikut: (a) peningkatan kos sara hidup iaitu kos yang diperlukan oleh seorang pekerja membeli barangan keperluan, perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan penjagaan kesihatan. (b) keadaan ekonomi dalam wilayah hasil daripada pelaburan swasta. Dalam kes itu, Akta Upah Industri Pembinaan Manitoba (Manitobas Construction Industry Wages Act), perundangan upah bagi sektor pembinaan mesti mempertimbangkan kedudukan kompetitif industri pembinaan di Manitoba dan hubungan dengan industri pembinaan di wilayah-wilayah lain, keperluan berkaitan dengan kemasukan tenaga kerja yang mahir dan produktif dalam proses pembangunan, menetapkan keadilan dalam proses tender untuk projek-projek pembangunan serta

menyediakan tingkat upah yang adil. Bagaimanapun, garis-garis panduan tersebut tidak lagi wujud dalam Kod Standard Guna Tenaga (Employment Standards Code) wilayah. Peraturan upah minimum diwujudkan adalah untuk menetapkan atau

mencadangkan upah asas, setelah mempertimbangkan kos sara hidup, keadaan ekonomi dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Biasanya, seluruh rakyat diberi peluang untuk bersuara dan membuat pertanyaan secara meluas sebelum arahan upah minimum dikuatkuasakan. Hanya perundangan di empat buah wilayah memerlukan semakan semula gaji minimum. Satu tinjauan tahunan di adakan di Nova Scotia dan Prince Edward Island manakala Peraturan Upah Minimum (Minimum Wage Law) di Saskatchewan perlu semakan semula peraturan-peraturan berkaitan dengan gaji minimum sekurangkurangnya setiap dua tahun sekali. Di Newfoundland dan Labrador, bidang yang berkuasa harus mengkaji semula gaji minimum sekurang-kurangnya setiap dua tahun dari tarikh bermulanya peraturan gaji minimum. Meskipun semakan semula gaji minimum adalah perlu, namun kerajaan sama sekali tidak terikat untuk meningkatkan atau mengubah suai kadar gaji minimum. 2.3 Tingkat Upah Minimum dan Ciri-ciri Upah Minimum Pekerja Walaupun secara umumnya kadar upah minimum dalam setiap bidang kuasa di Kanada digunakan ke atas kebanyakan pekerja, namun terdapat beberapa kategori pekerja khusus yang dikecualikan daripada peruntukan upah minimum dalam undang-undang. Sesetengah pekerja juga dilindungi di bawah kadar upah minimum yang berbeza:

i)

Pekerja golongan muda Terdapat bidang kuasa lain tidak menyediakan penetapan upah minimum untuk pekerjapekerja muda. Di Newfoundland dan Yukon, kadar upah minimum tidak digunakan ke atas pekerja-pekerja di bawah umur 16 tahun. Bagaimanapun, pekerja-pekerja muda di Yukon berhak ke atas upah minimum yang ditetapkan oleh undang-undang untuk suatu pekerjaan tertentu.

ii)

Pekerja kurang upaya Pada masa kini, wilayah Alberta, Manitoba dan Saskatchewan membenarkan pembayaran upah di bawah kadar upah minimum umum kepada pekerja kurang upaya di bawah suatu sistem permit majikan masing-masing. Walaupun peruntukan ini ialah masih berada dalam buku, namun ianya kurang digunakan. Bidang kuasa persekutuan, Newfoundland and Prince Edward Island telah membatalkan peruntukan-peruntukan tersebut.

iii)

Pembantu rumah di bawah penjagaan Dari segi sejarah, pekerjaan sebagai pembantu rumah tidak termasuk dalam upah

minimum. Namun di Kanada pada hari ini, hanya wilayah New Brunswick yang mengecualikan pembantu rumah daripada upah minimum. Walaupun Peraturan Upah Minimum (Minimum Wage Law) digunakan atas kebanyakan majikan dan pekerjapekerja di wilayah ini, takrif majikan dalam Akta Standard Pekerjaan (Employment Standard Act) tidak termasuk individu-individu yang bertanggungjawab untuk pekerjaan orang dalam atau sekitar rumah mereka. Ini bermakna pembantu rumah yang disediakan perlindungan tempat tinggal tidak diperuntukkan upah minimum.

10

Di Prince Edward Island, Manitoba dan Quebec, orang-orang yang diupah untuk menjaga anak-anak kecil, orang sakit, atau golongan yang sudah berumur di rumah persendirian, mereka dikecualikan daripada kategori upah minimum, tetapi bagi kategori pembantu rumah lain di bawah perlindungan upah minimum (walaupun mereka bekerja lebih daripada 24 jam setiap minggu, namun mereka layak mendapat peruntukan upah minimum di Manitoba, dan kadar-kadar istimewa juga turut diberikan kepada pembantu rumah yang disediakan perlindungan di Quebec). Di wilayah Nova Scotia juga tidak diperuntukkan upah minimum untuk pembantu rumah yang memberikan perkhidmatan mereka kepada ahli keluarga terdekat, untuk satu tempoh 24 jam atau kurang setiap minggu. Keadaan berlainan pula berlaku di Ontario, Newfoundland dan Labrador, Northwest Territories dan Nunavut, iaitu pembantu rumah menerima upah minimum. Di Saskatchewan, pembantu rumah yang disediakan tempat tinggal, berhak menerima upah minimum untuk lapan jam setiap hari. Wilayah Alberta telah menubuhkan satu jumlah tetap sebagai upah minimum bulanan untuk pembantu rumah, sementara di Yukon, upah minimum dikira berdasarkan 8 jam bekerja didarab dengan kadar upah minimum setiap hari bekerja. iv) Buruh Ladang Pekerjaan sebagai buruh ladang dikecualikan daripada peruntukan upah minimum. Perundangan dalam beberapa bidang kuasa masih tidak meliputi kebanyakan pekerjapekerja ladang. Ini berlaku di Alberta, Manitoba, Ontario, dan Saskatchewan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pengecualian di Saskatchewan, pekerja-pekerja ladang

11

yang bekerja di ladang penternakan ayam dan tanaman, diperuntukkan upah minimum, kecuali bagi pekerjaan tersebut, hanya ahli keluarga terdekat majikan yang diambil bekerja. Di Ontario, mereka yang bekerja sebagai petani buah-buahan, sayur-sayuran atau tembakau untuk pemasaran adalah layak mendapat upah minimum bagi golongan muda, bergantung kepada umur mereka manakala di Quebec, petani dibayar upah mengikut upah minimum, sementara pekerja yang bekerja sebagai pemetik buah dikira tertakluk kepada peruntukan minimum khusus sebagai imbuhan mereka. Pekerja yang ditugaskan untuk memetik anggur, strawberi atau epal, perlu dibayar berdasarkan kuantiti buah yang dipetik, sementara pekerja yang ditugaskan untuk memetik buah yang selainnya perlu dibayar kadar upah minimum umum. Di British Columbia juga peruntukan upah minimum bagi pekerja ladang berdasarkan kepada jenis tanaman dan kuantiti buah yang dipetik. Newfoundland dan Labrador, Northwest Territories, Nunavut dan Yukon tidak mengecualikan mana-mana pekerja ladang daripada dibayar berdasarkan upah minimum. 2.4 Pengecualian Daripada Upah Minimum Ramai pekerja di Kanada tidak dilindungi oleh undang-undang upah minimum. Kebanyakan wilayah mempunyai undang-undang yang tersendiri dan mengecualikan beberapa jenis pekerja daripada mendapat upah minimum atau membenarkan kadar upah minimum yang lebih rendah bagi sesetengah pekerjaan. Pekerja-pekerja yang tergolong dalam kelas lain yang dikecualikan upah minimum seperti penyelia, pekerja pengurusan, pelajar yang terlibat dalam skim latihan,
12

pelatih dalam tempoh pengalaman bekerja, pelatih berdaftar, jurujual yang diberi ganjaran oleh suruhanjaya, dan ahli-ahli profesion yang dilantik. Selain itu, pekerjaan lain ialah kaunselor, jurulatih di kem pendidikan, pusat rekreasi dan taman permainan, sukarelawan dalam organisasi politik atau keagamaan, nelayan, dan penjaga kediaman. 3.0 BENTUK UPAH MINIMUM Penetapan kos sara hidup juga akan mempengaruhi kadar upah minimum di Kanada. Kos sara hidup adalah termasuk keperluan semasa dan keperluan lain yang perlu dipenuhi yang melibatkan pendapatan dan perbelanjaan. Ia merangkumi tahap minimum perbelanjaan di mana pendapatan sebagai sumber dan pendapatan ini dipengaruhi oleh upah minimum. Konsep kos sara hidup ini bukan hanya mengambil kira kehidupan individu tetapi merangkumi kehidupan seluruh keluarga. Kos sara hidup yang tinggi memerlukan pekerja untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan hidup pada tahap yang lebih baik. Menurut Blais et al. (1989) pengukuran upah minimum adalah tertakluk kepada upah purata dalam industri perkilangan, peratusan kesatuan sekerja, pekerja wanita, pekerja muda yang berumur 15 hingga 19 tahun, kadar pengangguran, kadar inflasi, dan peratusan pekerja dalam firma-firma kecil. Hasilnya, kesemua pembolehubah adalah negatif dan signifikan kecuali pembolehubah bagi kesatuan sekerja adalah tidak signifikan. Pekerja yang berumur 15 hingga 19 tahun dan pekerja wanita diukur dalam kadar tenaga buruh. Mereka ini tergolong dalam pekerja yang menerima upah rendah kesan
13

daripada kenaikan upah minimum. Bagaimanapun secara purata, pekerja menganggap undang-undang upah minimum bergantung kepada upah yang dijangka dan kesan guna tenaga. Kesan upah adalah begitu besar apabila permintaan untuk pekerja adalah tidak anjal iaitu pekerja muda (Baker et al. 1999). Faktor ini berkaitan dengan kemampuan kumpulan-kumpulan tersebut secara efektif. Seperti yang ditunjukkan oleh Seltzer (1995) pekali bagi pembolehubah tersebut adalah untuk mengukur permintaan bagi gabungan terancang, misalnya firma-firma hanya mengupah pekerja muda dan pekerja wanita. Dalam perniagaan, firma besar dengan keuntungan korporat berkadaran dengan KDNK wilayah di Kanada, manakala perniagaan kecil tidak dimasukkan sebagai satu kadar dalam KDNK. Firma kecil akan terjejas secara langsung oleh kenaikan upah minimum kerana mereka mempunyai lebih tenaga kerja kurang mahir dan mungkin mereka kurang mampu untuk menggantikannya kepada modal dan buruh mahir. Kedudukan firma besar dari segi teori adalah kabur. Firma-firma besar boleh menentang upah minimum lebih tinggi sejak mereka mungkin mempunyai lebih banyak pengaruh dalam perundingan dengan kesatuan apabila upah minimum rendah. Bagaimanapun, firma-firma besar mungkin menyokong upah minimum lebih tinggi ketidaksembangan akan meningkatkan kos pesaing-pesaing firma kecil. Kenaikan dalam upah minimum menyebabkan pengangguran tinggi dan kesan ini dapat dilihat pada kadar pengangguran di wilayah-wilayah di Kanada. Kedua, insurans pengangguran dapat memberikan insentif yang kuat untuk berada dalam pasaran buruh dan mencari pekerjaan sementara untuk mendapatkan faedah tersebut. Program insurans pengangguran Kanada telah memberikan manfaat kepada pekerja di seluruh wilayah.

14

Ini berbeza-beza di seluruh wilayah mengikut keperluan kelayakan, tempoh manfaat, dan tahap penggantian upah semua bergantung kepada kadar pengangguran tempatan. Asas teori mengikut Fortin (1984) yang berspekulasi bahawa pampasan insurans pengangguran yang tinggi akan mengurangkan tuntutan kenaikan upah

minimum khususnya kerana upah minimum mempunyai kesan tenaga kerja yang negatif, membuatkannya lebih sukar untuk mendapatkan faedah apabila meningkatkan kadar upah minimum. Bagaimanapun, terdapat satu hujah yang mengatakan bahawa insurans mengurangkan beban pengangguran, jadi perlu tingkatkan permintaan untuk menaikkan kadar upah, ceteris paribus. Selain itu, dalam ideologi, ahli politik mempunyai dasar utama mereka yang tersendiri untuk mendapatkan sokongan. Dalam idealogi parti-parti politik wilayah, partiparti utama dilihat kurang sensitif terhadap kenaikan upah minimum. Antara parti-parti politik wilayah ialah Kredit Sosial, Progresif Konservatif, Liberal, Parti Quebec, dan Parti Demokrat Baru. Selain daripada ideologi, bentuk upah minimum turut dipengaruhi oleh inflasi. Ketika inflasi, upah minimum relatif (upah minimum yang ditetapkan dibahagi dengan purata pendapatan per jam) akan jatuh secara automatik. Inflasi ini diukur sebagai perubahan berkadar dalam indeks harga implisit untuk barang-barang penggunaan bagi setiap wilayah.

15

4.0 4.1

KESAN UPAH MINIMUM Upah Minimum dan Kesan ke Atas Guna Tenaga Objektif penting dalam perundangan upah minimum ialah untuk meningkatkan taraf hidup pekerja yang menerima upah rendah, dan mengurangkan kemiskinan (West dan McKee, 1980). Namun begitu, undang-undang menitikberatkan mengenai kesan negatif peluang pekerjaan bagi penerima upah rendah. Pengurangan dalam guna tenaga wujud disebabkan oleh dua keadaan. Pertama, firma-firma akan mengurangkan pekerjaan sepanjang permintaan kerja dan menggantikan modal kepada buruh apabila berlakunya peningkatan upah. Kedua, semakin tinggi kos yang dihadapi oleh firma yang menggunakan buruh pada harga yang rendah akan mendorong firma meletakkan harga barangan yang lebih tinggi kepada pengguna dan turut mengurangkan jualan dan pengeluaran, dan akhirnya akan mengurangkan guna tenaga (Riddell 1986). Kajian menunjukkan pengangguran berlaku akibat kenaikan upah minimum terutamanya pengangguran di kalangan golongan remaja. Card et al. (1999), Card dan Krueger (1994), Card (1992) and Katz dan Krueger (1992) mendapati terdapat hubungan negatif antara upah minimum dan guna tenaga di kalangan pekerja muda. Dalam rangka kerja neoklasik, kenaikan upah minimum mengurangkan tenaga kerja di kalangan pekerja dan terdapat bukti empirikal terhadap kesan negatif guna tenaga di Kanada (Brown 1988, Swidinsky 1980, Schaafsma dan Walsh 1983). Secara umum, kajian agregat dengan menggunakan data siri masa dari tahun 1970-an sehingga tahun 1980-an menunjukkan kenaikan 10 peratus upah minimum

16

telah mengurangkan guna tenaga di kalangan golongan remaja sebanyak 1 hingga 3 peratus (Brown 1988). Baker et al. (1999) menunjukkan hubungan penting upah minimum yang dengan guna tenaga yang rendah di kalangan pekerja muda. Keanjalannya adalah sebanyak -0.3 hingga -0.5. Yuen (2003) dengan menggunakan data dari Kanada, upah pekerja muda di bawah tingkat upah minimum yang baru mempunyai kebarangkalian yang rendah terhadap guna tenaga. Secara khususnya, peningkatan upah minimum sebanyak 30 peratus berhubung kait dengan kebarangkalian lebih rendah terhadap guna tenaga iaitu sebanyak -3 peratus hingga -4 peratus. Disebabkan upah minimum di Kanada berada di bawah kuasa wilayah, maka peningkatan upah minimum mendorong pekerja bergaji rendah di wilayah lain boleh berkhidmat sebagai kumpulan kawalan. Dalam hal ini, kesan upah minimum dikenalpasti sebagai variasi antara dua kumpulan individu yang menerima upah rendah dengan pengalaman yang setanding. Kebanyakan majikan hanya memilih pekerja yang mahir untuk mengisi pasaran buruh. Pelaksanaan upah minimum memberi kesan negatif kepada golongan belia iaitu pekerja kurang mahir dan mengurangkan peluang pekerjaan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Peningkatan upah minimum juga mengurangkan pekerja terutamanya pekerjaan yang melibatkan peringkat bawahan yang biasanya dipelopori oleh pekerja kurang mahir iaitu dari golongan remaja. Upah minimum turut memberi kesan negatif ke atas guna tenaga bagi pekerja dewasa. Walau bagaimanapun, peningkatan kadar pengangguran di kalangan golongan
17

remaja adalah lebih tinggi berbanding pekerja dewasa memandangkan pekerja daripada golongan remaja adalah lebih ramai berbanding pekerja dewasa. Card dan Krueger (1994) dari kajian beliau, peningkatan sebanyak 10 peratus dalam upah minimum menyebabkan peningkatan dalam kadar pengangguran sebanyak 3.0 peratus bagi golongan remaja lelaki, 2.3 peratus golongan remaja perempuan, dan 0.5 peratus daripada pekerja dewasa perempuan manakala tiada kesan bagi pekerja dewasa lelaki. Kesannya pada guna tenaga, upah minimum meningkatkan pengangguran, terutama pekerja muda atau dari golongan remaja. Kesan buruk pada pengangguran adalah lebih kecil daripada kesan buruk terhadap penyerapan tenaga kerja kerana ramai yang keluar daripada pasaran buruh dan tidak mendapat pekerjaan pada tingkat upah minimum yang tinggi.

4.2

Upah Minimum dan Kesan ke Atas Upah Meyer dan Wise (1983), peningkatan upah minimum sebanyak 10 peratus telah mengurangkan pendapatan pekerja golongan remaja sebanyak 6.0 peratus. Nilai upah sebenar bagi pekerja yang menerima upah rendah ini akan berkurangan dan pengurangan ini adalah lebih besar berbanding upah sebenar yang diterima oleh pekerja dewasa. Bagi pekerja dewasa, pengurangan dalam upah adalah lebih ketara bagi pekerja dewasa wanita manakala bagi pekerja dewasa lelaki, pelaksanaan upah minimum akan menyebabkan hanya sedikit kejatuhan dalam pendapatan mereka, ataupun tiada sebarang kesan. Neumark et al. (2000) mendapati bahawa peningkatan 10 peratus dalam upah minimum akan mengurangkan purata pendapatan tahunan setiap pekerja dewasa sebanyak $226 dan yang meningkatkan varians daripada agihan pendapatan. Keputusan
18

ini mengesahkan yang gaji minimum merendahkan pendapatan purata dan meningkatkan ketidaksamaan dalam jurang pendapatan masyarakat. Pengurangan dalam pendapatan telah mengurangkan tingkat kuasa pengguna di mana pendapatan rendah yang diterima hanya terhad untuk penggunaan tertentu sahaja. Ini bermakna hasil daripada upah yang diterima itu dapat digunakan untuk pembelian barangan keperluan dan pendapatan yang diperoleh hanya mampu menampung kos sara hidup pada kadar minimum. Kesan daripada upah minimum ini juga akan mendorong pengguna untuk mengurangkan permintaan terhadap barangan dalam pasaran. 4.3 Upah Minimum dan Kemiskinan Hasil kajian Neumark and Wascher (2002) peningkatan upah minimum berkolerasi dengan peningkatan dalam kadar kemiskinan. Trend kadar kemiskinan

diukur melalui peratusan sessebuah keluarga dalam ekonomi di bawah Potongan Pendapatan Rendah (LICO). Namun, Potongan Pendapatan Rendah (LICO) tidak mewakili garis kemiskinan Kanada secara rasmi. Statistik Kanada menunjukkan daripada pendapatan yang diperolehi, sebanyak 20 peratus dibelanjakan ke atas makanan, perlindungan, dan pakaian ke atas keluarga secara purata. Oleh itu, Potongan Pendapatan Rendah (LICO) merupakan saiz relative kepada kesejahteraan mutlak. Disebabkan saiz kemiskinan tidak dapat diukur secara rasmi di Kanada, Potongan Pendapatan Rendah ( LICO) telah banyak digunakan dalam kajian empirical. Phipps (1993) menggunakan Potongan Pendapatan Rendah (LICO) untuk mengukur indeks kemiskinan, sementara Osberg (2003) menggunakan Potongan Pendapatan Rendah (LICO) untuk menilai kesan dasar terhadap kemiskinan.

19

Upah minimum memberi kesan yang positif terhadap tingkat kemiskinan sesebuah negara. Di Kanada, hampir 60 peratus pekerja adalah terdiri daripada golongan remaja (kebanyakan tinggal bersama ibu bapa mereka), tidak terikat dengan individu lain atau pencari nafkah kedua dalam keluarga. Upah minimum adalah tidak membantu pekerja untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi tetapi menjatuhkan pendapatan keluarga dan membawa kepada kemiskinan. Pengurangan dalam pendapatan bagi pekerja yang menerima upah rendah ini turut memberi kesan ke atas kehidupan mereka memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Kejatuhan pendapatan pekerja secara puratanya adalah sebanyak 10.2 peratus selepas dikenakan upah minimum. Neumark et al. (1997), kesan sebenar upah minimum terhadap kemiskinan berkaitan dengan pengagihan semula pendapatan antara keluarga berpendapatan rendah keluarga berpendapatan tinggi. Kenaikan upah minimum boleh mengurangkan pendapatan keluarga miskin kerana kesan pengangguran tertumpu kepada keluarga berpendapatan rendah. Walaupun upah minimum meningkatkan pendapatan beberapa keluarga miskin relatif terhadap tahap kemiskinan, secara keseluruhan ia meningkatkan kadar kemiskinan dan keluarga yang kurang berada dan mengurangkan pendapatan keluarga dengan kadar di atas garis kemiskinan. Dengan demikian, mereka menyimpulkan bahawa upah minimum menurunkan kecekapan dan ekuiti.

20

4.4

Upah Minimum dan Kesan Kebajikan Horrigan dan Mincy (1993), OBrien-Strain dan MaCurdy (2000), dalam kajian yang dilakukan, pelaksanaan upah minimum di Kanada adalah tidak efektif dalam meningkatkan taraf hidup keluarga miskin. Ini dapat dilihat berdasarkan kos dan faedah yang diperolehi oleh keseluruhan rakyat daripada golongan kaya dan golongan miskin. Berdasarkan kajian pada tahun 1996, didapati golongan yang berpendapatan tinggi itu dan keluarga berpendapatan rendah mendapat manfaat yang hampir sama hasil daripada upah minimum. Sebaliknya, 22% daripada pendapatan tambahan digunakan untuk membayar cukai. Di bawah andaian yang semua kos daripada upah minimum yang lebih tinggi menjadikan harga lebih tinggi, maka keluarga berpendapatan rendah berhadapan dengan peratus peningkatan yang lebih besar dalam harga barangan yang dibeli. Akibatnya, kenaikan upah minimum memberi kesan negatif terhadap keseluruhan keluarga. Kesan upah minimum dapat dilihat apabila kehidupan majoriti rakyat adalah kekal dalam kemiskinan. Hal ini berikutan para pekerja tidak dapat meningkatkan pendapatan mereka dalam sesuatu bidang pekerjaan, antaranya adalah disebabkan pengurangan latihan. Upah minimum akan mengurangkan latihan dalam pekerjaan yang boleh menjurus kepada penurunan dalam pencapaian pendidikan. Pembentukan kemahiran adalah sangat penting bagi pekerja yang dibayar gaji yang rendah untuk melayakkan mereka mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan gaji yang lebih tinggi dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi.

21

Namun,

peningkatan

upah

minimum

menyebabkan

majikan

terpaksa

mengurangkan latihan kerana terpaksa menanggung kos yang banyak. Oleh itu, ia mengurangkan peluang pekerja-pekerja berkemahiran rendah untuk mendapatkan latihan secara formal dan mungkin mendorong para majikan untuk tidak menyediakan latihan. Keadaan ini menyebabkan mereka hanya memperoleh pendapatan yang rendah sepanjang mereka bekerja. Oleh yang demikian, ramai antara pekerja yang tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka walaupun mereka bekerja. Disebabkan itu, pelaksanaan upah minimum tidak memberi manfaat terhadap kebajikan seluruh masyarakat. Oleh itu, kesan upah minimum dapat dilihat tidak membawa kebajikan kepada pekerja dan memberi impak negatif ke atas kebajikan mereka. 5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pelaksanaan upah minimum ini banyak membawa kesan negatif terutama dalam konteks guna tenaga dan upah. Fokus utama adalah terhadap kesan guna tenaga di Kanada. Kesan upah minimum ini melibatkan pekerja yang menerima upah rendah terutamanya pekerja daripada golongan remaja yang memberi kesan terhadap pendapatan individu dan seterusnya membawa kepada peningkatan dalam kadar pengangguran di kalangan mereka. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil langkah dalam mengurangkan kadar pengangguran dengan menurunkan upah minimum supaya seluruh rakyat di Kanada dapat memasuki pasaran buruh sama ada bagi pekerja muda dan pekerja dewasa.
22

Selain itu, pengurangan pendapatan rendah yang diperolehi keseluruhan pekerja ini akan menyebabkan mereka kekal dalam kemiskinan dan tidak dapat memenuhi keperluan serta tidak dapat mengubah taraf kehidupan yang lebih baik. Dalam jangka masa panjang, upah minimum ini tidak membawa kelebihan dan faedah kepada keseluruhan rakyat, malah menjejaskan keseluruhan matlamat sebenar penetapan upah minimum. Oleh itu, pendekatan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

23

You might also like