You are on page 1of 41

LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN SELAYANG BARU Klinik Kesihatan Selayang Baru merupakan sebuah klinik yang terawal

dan tertua dibuka di Daerah Gombak, Selangor. Ia dirasmikan pada 4hb Oktober 1993 oleh Dr. Narajan Singh selaku Pengarah Kesihatan Negeri Selangor bersama-sama Dr. Lila P. Mohd Meeran juga seorang Pegawai Kesihatan Daerah ketika itu.

Klinik ini memulakan perkhidmatan dengan unit Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, dan juga 2 buah Klinik Desa iaitu Klinik Desa Selayang Baru dan Klinik Desa Batu Caves. Setelah 5 tahun Klinik Kesihatan Selayang Baru dirasmikan, kedua-dua klinik desa yang sedia ada telah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1998. Senarai perkhimatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut : A) B) C) D) E) Perkhidmatan Pesakit Luar Rawatan Kecemasan Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak Perkhidmatan Extended Hours Clinic Program Penyakit Tidak Berjangkit i. ii. iii. iv. F) i. ii. Diabetes Saringan Kardio Vascular Program Berhenti Rokok Program Kesihatan Mental Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas Perkhidmatan Kesihatan Remaja

Program Expended Scope

G)

Program Penyakit Berjangkit i. ii. iii. Saringan HIV, PMCT Rawatan TIBI Rawatan Bawaan Vektor Makmal Farmasi

H)

Sokongan i. ii.

I)

Klinik Pergigian

Pada di awal perkhidmatan Klinik Kesihatan Selayang Baru ini, ianya diterajui oleh seorang Pegawai Perubatan yang dibantu oleh seorang Pembantu Perubatan dan seorang Jururawat Terlatih serta seorang Attenden ( kini dikenali Penolong Perawatan Kesihatan ) dan seorang Pemandu. Kini semuanya telah diberi perubahan yang begitu besar memandangkan bilangan pesakit semakin hari semakin meningkat dan beban kerja semakin banyak.

Kini Klinik Kesihatan Selayang Baru berwajah baru dengan adanya seorang Pegawai Pakar Perubatan Keluarga ( sejak tahun 2000 ) yang dibantu oleh 8 orang Pegawai Perubatan dan 1 Pegawai Farmasi. Ia juga dapat bantuan sokongan dari perjawatan 5 orang Penolong Pegawai Perubatan, 13 orang Jururawat Terlatih, 2 Pembantu Farmasi ( kini Penolong Pegawai Farmasi ) serta 3 orang Juruteknologi Makmal Perubatan juga terdapat 4 orang Penolong Jururawat dan 11 orang Jururawat Masyarakat, 4 orang Penolong Perawatann Kesihatan. Dalam melengkapkan sebuah organisasi, perjawatan dalam bidang pentadbiran juga diberikan dengan perjawatan 2 orang Pembantu Tadbir, 3 orang Pekerja Rendah Awam dan seorang Pemandu.

LOKASI Klinik Kesihatan Selayang Baru merupakan sebuah klinik kesihatan yang terletak dalam Mukim Batu yang meliputi beberapa buah kampung, taman perumahan, kondominium serta apartmen. Taburan penduduk yang menjangkau 173 678 orang semestinya dapat di tampung ketika itu. Selain itu, ia juga sebuah klinik yang berkedudukan strategik dimana berhampiran dengan Balai Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga. Jabatan Pendaftaran, Pejabat Tabung Haji serta beberapa buah sekolah yang terdapat di sekitarnya.

Penduduk yang berada sekitar Klinik Kesihatan Selayang Baru tidak akan mengalami masalah untuk mencarinya lokasinya kerana klinik ini berada di tepi jalan besar menghala ke Sungai Tua. Dengan pengangkutan awam yang mudah diperolehi, ia memudahkan lagi pesakit untuk mendapatkan rawatan.

2.0

DEFINISI / KONSEP / TERMINOLOGI

DEFINISI : FARMASI ( Dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas ) Farmasi (bahasa Inggeris: pharmacy, berasal daripada perkataan Greek , pharmakov yang bermaksud dadah) merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.[1] Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.[2] Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.

VISI ORGANISASI
4

- Ke arah individu, keluarga dan masyarakat yang sihat

MISI ORGANISASI

Kami bertekad dan komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pelanggan. Memupuk budaya kerja cemerlang di kalangan warga kerja kesihatan Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Merangsang individu menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai dan berusaha mengekalkan status kesihatan yang optima bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

3.0

PERKHIDMATAN FARMASI KLINIK KESIHATAN SELAYANG BARU.

Tujuan kajian ini dibuat : o Mengenalpasti sejarah kewujudan farmasi o Mengenalpasti carta organisasi perkhidmatan farmasi dan perjawatannya

o Menyatakan tugas dan tanggungjawab sebagai Penolong Pegawai Farmasi o Mengenalpasti cara pendispensan o Mengenalpasti cara penyimpanan ubat-ubatan o Mengenalpasti cara menginden ubat-ubatan o Menyatakan cara proses pra bungkus dilakukan o Mengenalpasti statistik yang direkod di jabatan farmasi

3.1

SEJARAH

Farmasi adalah antara salah satu profesion perubatan yang tertua di dunia, menurut kajian arkeologi tinggalan zaman prasejarah yang membuktikan kewujudan aktiviti-aktiviti manusia untuk mendapatkan penyembuhan dari kesakitan. Dari satu

permulaan yang mudah dan kuno, manusia purba belajar dari gerak hati, dari perhatian kepada beburung dan haiwan liar yang melata. Misalnya mata air yang sejuk, dedaunan, lembah dan lumpur adalah aplikasi penyembuh yang digunakan pada waktu itu. Dari percubaan demi percubaan manusia menemui apa yang terbaik baginya untuk rawatan sesuatu penyakit dan kesinambungan itu, pengetauan ini dapat diteruskan dari generasi ke generasi dengan penambahbaikan melalui pengalaman.

Di Malaysia, pada tahun 1986 telah membuat satu penstrukturan di Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Sistem Saraan Baru(SSB) dengan mewujudkan : Bahagian Perkhidmatan Farmasi Satu bahagian di bawah PROGRAM P&ST

Kini hampir 50 abad, farmasi mempunyai sejarah kepada manusia dan telah dikenali sebagai satu profesion yang hebat. Perkembangan ini telah melakukan aktiviti-aktiviti utama seperti penentuan kualiti farmaseutikal, penguatkuasaan dan perlesenan dan pengurusan farmasi (Pharmaceutical Care) serta pengurusan Dasar dan Pembangunan Profesion.

LOKASI :

JABATAN PESAKIT LUAR


BILIK PEMERIKSAAN PEGAWAI PERUBATAN
BILIK KAUNSELING

RUANG MENUNGGU

JABATAN FARMASI PANTRY

3.2

CARTA ORGANISASI PERKHIDMATAN FARMASI

PAKAR PERUBATAN KELUARGA U54 DR SANIDAH MD. ALI

PEGAWAI FARMASI U44 WANG KHEE ING

PEGAWAI FARMASI U41 HILMI BIN MOHTAR

PEGAWAI FARMASI U41 NOOR ZULIANA BT ZULKIFLI

PEN PEG FARMASI U32 EN SADURI ANUAR

PEN PEG FARMASI U29 ROHIDA BT SHAFIE

PEN PEG FARMASI U29 YUNIZAR BT MOHD YUSOF

PEN PEG FARMASI U29 YUSAFINA BT MOHD YUSOF

PEM RENDAH AWAM R1

3.3

TUGAS

DAN

TANGGUNGJAWAB

SEBAGAI

SEORANG

PENOLONG PEGAWAI FARMASI Hirarki dan tanggungjawab : Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi Y/M atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan.

Diskripsi Tugas : 1 2 3 4 5 6 Bertanggungjawab ubatan. Pengendalian produk farmaseutikal. Urusan stok dan bekalan Pengumpulan data dan maklumat. Memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih. Lain-lain tugas yang diarahkan untuk menjayakan matlamat perkhidmatan farmasi kesihatan. melaksanakan tugas berkaitan pendispensan

Pendispensan persediaan tempat kerja sebelum dan selepas masa bekerja seperti menokok tambah stok ubatan, dan bahan-bahan mendispens di kaunter. melabel dan mengisi ubat-ubatan yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima. Membuat semakan terhadap kesempurnaan dan kesahihan preskripsi. Semakan semula ubat-ubatan yang diisikan dan diserahkan kepada Pegawai Farmasi untuk mendispens.

10

Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap. Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Besepadu (SPUB)

Pengeluaran / Penyediaan Mengendalikan penyediaan ekstemporanous dan sediaan tertentu Membuat rekonstitusi dan pencairan (dilution) persediaan ubat-ubatan yang diperlukan. Mengendalikan sisa klinikal. Menjalankan tugas pembungkusan dan prabungkus. Memastikan semua sediaan di label dengan sempurna. membuat sediaan ubat-ubatan mengikut SOP

Stok dan Bekalan Membuat pemeriksaan stok Membuat anggaran keperluan bekalan dan inden Mengaturkan keperluan pengangkutan dan bantuan sokongan untuk urusan bekalan. Membuat penerimaan, penyimpanan dan penyusuan stok serta pengrekodan. Membekalkan kepada unit pengguna. Pemantauan rangkaian sejuk untuk ubat-ubatan berkenaan. Melaksanakan prosedur untuk pelupusan ubat dan barang. Mengendalikan proses produk panggil balik jika ada keperluan.

11

Mengenalpasti, mengasing dan melaporkan item untuk dilupuskan.

Pengumpulan Data Merekodkan pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu. Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi Menjalankan pengumpulan data berkaitan QAP, Pegawai Farmasi dan lain-lain tugasan yang diarahkan. Mengemukakan laporan statistik dan lain-lain data kepada pegawai atasan. Menfailkan dan menyimpan kertas kerja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

Latihan Memberi bimbingan kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan anggota baru Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.

Lain-lain Tugas Yang Diarahkan Menjalankan tugas dalam kumpulan berkaitan dengan kualiti kerja seperti KMK, Inovasi dan sebagainya. Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlu demi untuk melaksanakan deskripsi tugas. Menjalankan tugas gantian di klinik lain apabila diperlukan Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan bagi fasiliti dan pekerja dalam Unit Farmasi

12

Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

3.4

PENDISPENSAN

Perkhidmatan ini merupakan unit yang memberi khidmat bekalan ubat kepada pesakitpesakit dari perkhidmatan pesakit luar serta unit rawatan kecemasan Klinik Kesihatan Selayang Baru. Sebagaimana yang diketahui, pendispensan yang dilakukan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan di mana mestilah membekalkan ubat bagi semua preskripsi yang diterima mengikut masa yang dijanjikan dengan Piagam Pelanggan. Ini bagi meningkatkan tahap pengetahuan pesakit mengenai penggunaan dan kegunaan ubatubatan yang pesakit terima.

Proses kerja Di unit ini terdapat beberapa proses kerja iaitu penerimaan preskripsi, perlabelan, pengisian, semakbalas preskripsi dan pendispensan ubat. Semua proses ini dilakukan berdasarkan konsep Island System (Teamwork). Berbeza dengan hospital, penyaringan selepas penerimaan preskripsi. tetapi tidak sepenuhnya. Dengan wujudnya proses dilakukan lebih teliti dan membuat konsep kerja ini, prosesnya memerlukan kerjasama antara kakitangan farmasi itu sendiri

o Penerimaan preskripsi Kebiasaannya penerimaan preskripsi akan berlaku di kaunter penerimaan. Pada masa yang sama, pesakit yang membawa preskripsi meskipun untuk ubat

13

ulangan akan diberi nombor giliran. Kaunter ini mengamalkan sistem QMS ( Queue Management System ) di mana pesakit yang datang dulu akan menerima nombor giliran terlebih dahulu dan diikuti pesakit yang kemudiannya. Ada sesetengah pesakit hanya meletakan kad pesakit sahaja pada nombor giliran mereka. Ini kerana preskripsi ubat pesakit berkenaan diterima secara sistem online yang masih belum diperluaskan penggunaannya. Sebagai Pegawai Farmasi ataupun Penolong Pegawai Farmasi perlulah menyemak preskripsi tersebut dalam komputer untuk menyediakan ubat-ubatan yang telah dipreskrip oleh Pegawai Perubatan. .

Gambarajah : Proses penerimaan preskripsi

14

o Pengisian ( filling ) Proses pengisian ubat-ubatan merupakan proses yang melibatkan lebih ramai kakitangan di jabatan farmasi terutamanya Pegawai Farmasi sendiri disamping dibantu oleh Penolong Pegawai Farmasi serta Penolong Pegawai Farmasi Terlatih dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) yang menjalani praktikal di jabatan farmasi ini.

Pengisisan ini memerlukan preskripsi yang dijana melalui sistem online ataupun preskripsi dari pesakit itu sendiri. Dan yang penting sekali, ia dilakukan mengikut nombor giliran yang terdapat pada preskripsi yang ada. Bagi ubat tablet / kapsul terkawal / tidak terkawal, ianya di isi mengikut preskripsi yang betul. Sebelum mengisi ubat ke dalam envelope, filler perlu memastikan bahawa ubat yang diambil adalah yang betul, dan semak beberapa kali nama ubat dan kekuatannya pada bekas ubat itu dengan teliti. Setelah ianya disahkan, kira kuantiti ubat dengan tepat dan betul sebelum memasukkannya ke dalam envelope yang disediakan. Meskipun begitu, filler perlu menyemak semula nama ubat dan juga kekuatan yang diberikan pada envelope serta bekas tadi agar kesilapan medikasi dapat dielakkan. Setelah sah, pengisian ubat ke dalam envelope terus dilakukan disamping kuantiti yang betul.

Proses pengisian ubat ini boleh dibuat secara berperingkat dimana diberi bekalan secara penuh ataupun separa. Ini bergantung kepada tempoh durasi dan jumlah item yang dibekalkan oleh preskriber / pegawai perubatan. Bekalan akan

15

diberikan secara penuh sekiranya preskripsi tersebut mempunyai jumlah item yang sedikit dan mungkin tempoh durasinya yang pendek.

Contohnya dalam preskripsi tertulis :

Contoh : preskripsi yang dibekalkan secara penuh

Dengannya tertera bekalan ubat itu, maka sebagai filler mestilah membekalkan penuh ubat tersebut. Ini kerana dalam tempoh yang singkat, ia amat menyukarkan pesakit untuk datang semula ke farmasi disamping keadaan usia pesakit tersebut yang agak tua dan mungkin kurang berupaya untuk mendapatkan bekalan itu.

Berbeza dengan preskripsi yang tempoh durasinya yang panjang dan filler perlu membekalkan dalam kuantiti ubat yang banyak. Kadangkala ubat yang hendak dibekalkan mempunyai tarikh luput yang hampir dan stok ubat masih dihadkan pengeluarannya, jadi filler perlu menghadkan pembekalan ubat tersebut. Tempoh

16

durasi ini biasanya boleh mencapai sehingga 4 bulan dan pembekalan ini kebiasaannya tidak akan dibekalkan lebih dari 3 bulan.

Sebagai contoh pegawai perubatan / preskriber telah menpreskrip ubat kepada pesakit seperti berikut :

Contoh : preskripsi yang dibekalkan secara separa Contoh cara pengiraan : Rujukan : o Daily o BD / BID o TDS / TID o QID o EOD o ON o OM o PRN : : : : : : : : sekali sehari dua kali sehari tiga sekali sehari empat kali sehari selang sehari malam sahaja pagi sahaja bila perlu 17

o 1/7 o 1 / 52 o 1 / 12

: : :

hari minggu bulan

1) Tab Perindopril 8mg OD x 3 / 12 Kekuatan dos Bekalkan untuk 1 bulan sahaja = 240 mg Jumlah tablet yang perlu dibekalkan : 240 mg / 80 mg = 30 tablet Perindopril : : 8 mg / tablet

= 8 mg x 1kali sehari x (1 x 30 hari )

2) Tab Lovastatin 20mg ON x 3 / 12 Kekuatan dos Bekalkan untuk 1 bulan sahaja = 600 mg Jumlah tablet yang perlu dibekalkan : 600 mg / 20 mg = 30 tablet Lovastatin : : 20 mg / tablet

= 20 mg x 1kali sehari x (1 x 30 hari )

2) Tab Metoprolol 25mg BD x 3 / 12 Kekuatan dos Bekalkan untuk 1 bulan sahaja = 1500 mg Jumlah tablet yang perlu dibekalkan : 1500 mg / 100 mg = 15 tablet Metoprolol : : 100 mg / tablet

= 250 mg x 2 kali sehari x (1 x 30 hari )

18

Dalam hal sedemikian, filler akan menulis tempoh bekalan yang telah dibekalkan dan juga tarikh yang perlu pesakit datang di bahagian Kegunaan Farmasi. Dispenser juga akan menandatangani prekripsi itu yang memaklumkan bahawa beliau telah membekalkan kuantiti ubat tersebut. Pesakit akan dimaklumkan dengan tarikh tersebut dan akan datang semula pada tarikh yang telah ditetapkan.

Jika pengisian ubat melibatkan persediaan ekstemporanous, filler akan memberikan ubat tablet bagi menggantikan ubat syrup yang dipreskrip. Selain syrup, adakalanya preskriber / pegawai perubatan akan menpreskrip ubat suspension, sebagai filler hanya membekalkan granule sahaja tanpa membuat dilution. Semasa mendispens, dispenser akan memaklumkan kepada pesakit itu sendiri supaya membancuhnya sendiri di rumah di samping dijamin kebersihannya. Ini kerana jabatan farmasi tidak mempunyai tempat yang steril dan tidak dijamin kebersihannya.

Akhir sekali, filler perlulah menyemak semula proses pengisian ubat tadi samada dari segi nama ubat mahupun kekuatannya. Setelah itu, preskripsi dan ubatubat yang telah disediakan tadi dimasukan ke dalam bakul dan diserahkan kepada Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk disemakbalas dan didispens..

19

SENARAI NAMA UBAT

UBAT LIST A / KK
PRESKRIBER : Consultant / Specialist/ Kerajaan Cap Calcitriol 0.25mg Cap Calcium Carbonate 500mg Cap Cefuroxime 250mg Tab Irbesartan 300mg Tab Pentoxyfylline 400mg Tab Simvastatin 20mg Tab telmisartan 40mg Tab Ticlopidine 250mg Tab Acarbose 50mg Tab Acyclovir 200mg Cap Alfacalcidol Tab Alprazolam 0.25mg Tab Amlodipine 5mg Tab Augmentin 625mg Tab daflon 500mg Tab Tramadol 50mg Tab Losartan 50mg Tab Felodipine 5mg / 10mg Tab Gliclazide MR 30mg Tab Losartan 50mg + HCTZ 12.5 mg ( HYZAAR) Betahistine Dihydrochloride 16mg 20

UBAT LIST A
PRESKRIBER : Consultant / Specialist dari Hospital Kerajaan

Family Physician Specialist Dalam Poliklinik sahaja

1 Tab Premarin 0.625mg Tab Pravastatin 20mg Tab Ramipril 5mg Tab Risperdal 2mg Tab Terazosin 1mg / 2mg / 5mg Tab Zolpidem 10mg Tab Omeprazole 20mg Tab Bisoprolol 2.5mg Tab Isosorbide Mononitrate 30mg / 50mg Tab Fluoxetine 20mg Tab Tranexamic acid 250mg Afrin Nasal Spray

UBAT LIST A *
PRESKRIBER : Consultant / Specialist untuk Specific Indications dari Hospital Kerajaan 1 Tab Carvedilol 6.25mg / 25mg 2 Cap celecoxib 200mg 3 Tab Co Aprovel 4 Tab Rosiglitazone 8mg 5 Tab valsartan 80mg 6 Tab Co Diovan 7 Tab Atorvastatin 20mg 8 Tab Alendronate PLUS 70mg 9 Tab Minoxidil 5mg 10 Tab Doxazosin XL 4mg 11 Tab Finasteride 5mg 12 Seretide Accuhaler 13 Seretide Evohaler

21

Untuk sesetengah preskripsi, ada juga pegawai perubatan / preskriber menpreskrip ubat di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952. Jika terdapat ubat-ubatan ini, kebiasaannya Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi akan mengendalikan proses pengeluaran ubat-ubat yang dipreskrip ini. Ini berbeza dengan hospital kerana di hospital hanya Pegawai Farmasi sahaja yangdibenarkan melakukan proses pengeluaran pembekalan ubat ini. Tetapi di Klinik kesihatan Selayang Baru telah mendapat kelonggaran memandangkan bilangan kakitanganya yang terhad dan beban kerja yang banyak.

Dan proses pembekalan ini hanyalah dibuat pada waktu kerja sahaja iaitu pada jam 0800H sehingga 1700H sahaja dari hari Isnin sampai Jumaat. Ini bagi meringankan beban kerja kakitangan farmasi yang bekerja pada EXTENDED HOUR yang bermula pada 1700H sehingga 2130H. Setiap pengeluaran ubat ini perlu membuat rekod di dalam BUKU REKOD DADAH BERBAHAYA dengan menulis maklumat seperti berikut :

BUKU REKOD DADAH BERBAHAYA Tarikh RN Nama dan alamat pesakit Kuantiti keluar Nama Pegawai Baki Perubatan / Preskriber Nama / tandatangan Pemberi

CONTOH UBAT DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 22

1 2 3 4 5 6 7 8

TAB VALIUM 5MG / 2MG INJ VALIUM INJ MORPHINE INJ PETHIDINE RECTAL VALIUM 5MG TAB CLONAZEPAM 2MG TAB ALPRAZOLAM 0.25MG / 0.5MG TAB PHENOBARBITONE 30MG

Dalam sebulan, jumlah statistik yang dapat direkod dalam pengeluaran ubat di bawah Akta dadah Merbahaya ini adalah sangat sedikit dan jarang sekali untuk kita lihat. Kebiasaannya 2 orang pesakit sahaja dalam sebulan itu pun jarang sekali.

o Semakbalas Proses in dibuat setelah proses pengisian dan juga peringkat akhir pemprosesan bekalan ubat sebelum proses pendispensan dilakukan. Kebiasaannya, semakbalas pengisian ini akan dilakukan oleh Pegawai Farmasi serta Penolong Pegawai Farmasi yang ditugaskan juga dikenali sebagai dispenser. Proses ini dilakukan berdasarkan preskripsi yang betul, ubat yang betul, dan kuantiti yang betul. Ini kerana bagi mengelakan berlakunya medication error semasa perlabelan, pengisian dan juga pendispensan. Checker akan menandatangani preskripsi itu sekiranya pembekalan semua ubat betul dan tepat. Seandainya checker mendapati pengisian yang dilakukan tidak mengikut preskripsi yang dipesan, pembetulan akan dibuat dengan kadar segera. Biasanya, masalah yang sering berlaku seperti salah

23

identiti (salah ubat), kuantiti, label dan mungkin terjadi pada dos sesuatu ubat. Setelah selesai membuat semakbalas, checker akan menyerahkannya kepada dispenser.

Preskripsi yang diterima melalui sistem online hendaklah disaring dahulu oleh Pegawai Farmasi ataupun Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas. Proses ini mestilah dilakukan sebelum melakukan proses yang seterusnya agar semua maklumat pada preskripsi adalah tepat dan betul. Ini bertujuan supaya dos ubat yang betul, frekuensi medikasi yang betul, tiada drugs interaksi, tiada komplian, tiada incompatibiliti, tiada folifarmasi, di samping dapat memastikan stok ubat yang mencukupi. Tidak lupa juga, ada beberapa kategori ubat yang ada di farmasi jika ubat-ubat itu dari List A mestilah preskripsi ditandatangani oleh Pakar itu sendiri. Dan ubat-ubat ini tidak dibenarkan Pegawai Perubatan biasa menpreskripnya tanpa kelulusan Pakar.

Jika terdapat masalah, dispenser hendaklah hubungi dan merujuk semula pada preskriber / pegawai perubatan supaya pembetulan preskripsi dapat dibuat. Setelah pembetulan dibuat, preskriber hendaklah mengisi BORANG DAILY / MONTHLY STATISTICS FOR INTERVENED PRESCRIPTIONS dan borang itu sebagai rekod kepada jabatan farmasi.

o Pendispensan

24

Gambarajah : kaunter mendispens Proses pendispensan ubat-ubatan akan dilakukan oleh Pegawai Farmasi, ataupun Penolong Pegawai Farmasi yang ditugaskan di kaunter pendispensan. Sebelum mendispen, dispenser mestilah menyemak semula ubat-ubatan berdasarkan maklumat pesakit dan pesanan yang dibuat adalah betul dan tepat. Sekiranya pengisian tidak lengkap atau tidak betul, pembetulan akan dibuat dengan segera.

Setelah pembetulan dibuat dan pengisian tiada masalah, dispenser akan memanggil pesakit mengikut nombor giliran dengan menggunakan sistem QMS. Di sinilah, proses pendispensan dilakukan berdasarkan ubat yang betul, dos yang betul dan kuantiti yang betul. Sewaktu mendispens, tentukan samada pembekalan ubat adalah penuh ataupun separa. Jika pembekalan ubat itu penuh, preskripsi akan disimpan semula oleh dispenser. Dan sekiranya pembekalan ubat adalah separa, maklumkan kepada pesakit tarikh bekalan akan datang dan preskripsi akan dikembalikan semula kepada pesakit tersebut. Dispenser mestilah menandatangani preskripsi itu sebagai bukti penerimaan setelah proses pendispensan dilakukan. Selesai sahaja proses ini, dispenser akan mencatatkan pula statistik bilangan ubat yang didispens ke dalam BORANG STATISTIK yang disediakan jenis pendispensan.

25

KAUNSELING KEPADA PESAKIT Perkhidmatan kaunseling perlu diadakan di setiap peringkat hospital mahupun klinik kesihatan. Ini kerana ianya merupakan satu proses penyelesaian masalah yang berkaitan dengan penggunan dan pengambilan ubat yang bertujuan mewujudkan perhubungan dan suasana bagi mendalami masalah pesakit yang berkaitan dengan tingkahlaku pengambilan dan penggunaan ubat-ubatan. Kebiasaannya, Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi yang akan memberi kaunseling kepada pesakit bagi memastikan pesakit-pesakit menggunakan ubat dengan selamat, di samping mendapatkan manfaat dan menjamin komplain dari terapi ubat yang dipreskrip.

Objektif mengadakan pekhidmatan kaunseling ini, bagi mengenalpasti masalah tingkahlaku pengambilan ubat yang diambil yang mungkin akan menyumbangkan kepada kegagalan terapeutik. Dan perkhidmatan ini diberikan kepada pesakit yang memerlukannya dan sebelum dikaunsel, Pegawai Farmasi atau penolong Pegawai Farmasi mestilah mengenalpasti masalah-masalah itu berdasarkan : 1. penyakit kronik atau terapi yang berpanjangan seperti asma, dibetes mellitus, kardiovascular atau sebagainya. 2. penggunaan ubat formulasi khas seperti ubat sedut, insulin, nasal spray. 3. pesakit yang menerima rawatan ubat-ubatan yang perlu perhatian khas seperti ubat warfarin, dan Glyceryl Trinitrate (GTN) 4. permintaan khas dari preskriber, pesakit atau pesakit-pesakit yang bermasalah. 5. pesakit yang tidak komplains kepada medikasi. 6. pesakit yang mempunyai masalah komunikasi 7. pesakit yang perlukan perhatian khas seperti Geratrik dan Padiatrik 8. pesakit Psikiatrik

26

Selepas itu, perlu dikenalpasti keperluan kaunseling mengikut pesakit berdasarkan komunikasi antara pesakit dan dispenser jika terdapat sebarang masalah atau keraguan. Sekiranya ada pesakit memerlukan dispenser perlu mengisi BORANG REKOD KAUNSELING dan BORANG KAUNSELING INDIVIDU DI FARMASI. Ini sebagai rekod di mana berapa ramai pesakit yang memerlukan perkhidmatan kaunseling ini. Kebiasaannya, perkhidmatan ini diberikan kepada pesakit yang baru menggunakan ubatubatan dalam rawatan kesihatannya. Dan setelah itu, segala maklumat didokumentasikan dan sessi kaunseling ditamatkan.

CONTOH KAUNSELING : 1. Cara pengambilan FOSAMAX 70mg o Pilih sehari dalam seminggu yang paling sesuai dengan jadual gerak kerja anda. Pada hari pilihan anda, bila anda bangun : ambil 1 tablet Fosamax 70mg bersama segelas air yang penuh sebelum anda mengambil sarapan pagi, minuman atau sebarang ubat-ubatan yang lain. o Teruskan gerak kerja pagi anda Anda boleh duduk, berdiri atau berjalan asalkan badan anda sentiasa dalam keadaan tegak. Dalam masa sekurang-kurangnya 30minit, jangan baring, makan, atau mengambil sebarang ubat-ubatan yang lain. Selepas itu, anda boleh mengambil sarapan pagi. o Ingat, ambil FOSAMAX 70mg seminggu sekali pada hari yang sama. Jika anda terlupa mengambil 1 dos, boleh mengambil FOSAMAX pada waktu pada yang berikutnya sebaik sahaja anda teringat. Jangan ambil 2 tablet dalam sehari. Selepas itu, ambil 1 tablet seminggu sekali seperti jadual yang asal pada hari pilihan anda.

27

SISTEM PENGURUSAN UBAT-UBATAN BERSEPADU ( SPUB ) Jawatankuasa Kerja Amalan Dan Perkembangan Farmasi telah menggubal satu kertas konsep bertajuk Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu yang merupakan sebahagian dari Integrated Pharmaceutical Care. Matlamat konsep tersebut adalah ke arah mengoptimakan perkhidmatan farmaseutikal sebagai sebahagian dari sistem integrasi penjagaan kesihatan di Malaysia. Antara faedah yang boleh diperolehi dari sistem ini adalah kemudahan kepada pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan di mana-mana farmasi di bawah KKM yang berdekatan dengan tempat kediaman pesakit walaupun di tempat yang agak terpencil. Mereka akan menerima layanan yang sama dan perkhidmatan yang berkualiti, seterusnya akan meningkatkan komplian pesakit terhadap ubat-ubatan. Satu projek printis yang melibatkan tujuh buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan telah dijalankan pada Disember 2001 sehingga Mei 2002. Ia dijalankan di peringkat nasional mulai 1 Jun 2003 setelah projek perintis dijalankan mulai Disember 2001 sehingga Mei 2002. Rumusan dari projek perintis tersebut dinyatakan dalam Laporan Projek Perintis Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu (SPUB).

Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) merupakan satu sistem membekalkan ubat-ubatan melalui preskripsi yang sah dimana pesakit boleh mendapatkan bekalan ubatubatan dari farmasi yang disenaraikan dalam direktori SPUB. Bilangan pesakit yang menggunakan perkhidmatan ini juga meningkat daripada setahun ke setahun. Terdapat peningkatan jumlah preskripsi sebanyak 16.4 % pada tahun 2007 berbanding tahun 2006. Didapati 68% daripada kos preskripsi tersebut adalah daripada ubat kategori A.

28

PIAGAM PELANGGAN SPUB


Piagam Pelanggan ini adalah sebagai tambahan kepada piagam yang sediada di farmasi hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan KKM.

PIAGAM PELANGGAN SISTEM PENDISPENSAN UBAT-UBATAN BERSEPADU (SPUB) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA UBAT AKAN DIBEKALKAN BAGI TUAN/PUAN YANG MEMBAWA SLIP UBAT YANG TELAH DIRUJUK KE .. * OLEH PIHAK FARMASI HOSPITAL/KLINIK KESIHATAN LAIN (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SAHAJA)

* Sila catatkan nama hospital atau klinik kesihatan anda pada garisan yang telah disediakan Contoh ; Hospital Serdang atau Poliklinik Batu Tiga.

29

CONTOH COP DAN PAPAN TANDA SPUB


(HADAPAN) Bekalan Susul Di Hosp/K.K. .. Preskripsi telah disemak dan disahkan oleh .. Pegawai/Pembantu Farmasi, Hospital/Klinik Kesihatan (Maklumat bekalan sila lihat muka belakang.

(BELAKANG) SISTEM PENDISPENSAN UBAT-UBATAN BERSEPADU (SPUB) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SEKIRANYA TUAN/PUAN INGIN MENGAMBIL UBAT SETERUSNYA DARI HOSPITAL/KLINIK KESIHATAN YANG BERDEKATAN DENGAN TEMPAT TINGGAL TUAN/PUAN, SILA RUJUK KEPADA ANGGOTA FARMASI DI KAUNTER Terima Kasih

Font : 8

Saiz :

2 in x 1 in

30

Di Klinik Kesihatan selayang Baru tidak terkecuali dalam menjalankan perkhidmatan Sistem Pengurusan Ubat-Ubatan Bersepadu ( SPUB ) ini. Setiap kali pesakit yang ingin mandapatkan bekalan ubatan-ubatan yang mempunyai cop dan tanda SPUB, pihak farmasi akan menyemak semula senarai yang telah dihantar oleh pihak hospital atau klinik kesihatan yang berkenaan. Cara ini bagi memudahkan pesakit yang tinggal berjauhan dari hospital mahupun klinik kesihatan yang mendapatkan rawatan untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan.

Ini adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi memastikan pesakit sentiasa mendapat rawatan yang optima di samping komplians terhadap ubat-ubatan yang diambil. Di jabatan farmasi akan menyediakan ubat-ubatan itu setelah mendapat pengesahan dari senarai semak yang ada. Sebelum mendispens ubat-ubatan itu, dispenser perlu merekodkan segala maklumat di dalam preskripsi pesakit tersebut pad BORANG PENGUMPULAN DATA HARIAN SPUB. Ini bagi rekod simpanan jabatan farmasi di klinik ini sekiranya berlaku masalah yang berbangkit suatu hari nanti.

31

3.5

PENYIMPANAN

Di Jabatan Farmasi ini cara penyimpanan stoknya yang baik dan susunaturnya juga praktik tetapi ia tidak dilengkapi dengan ruang penyimpanan yang dikhaskan. Hanyalah sekadar tempat ataupun ruang yang boleh meletakan sebilangan kecil sahaja stok. Dengan keluasan farmasi yang sempit ini, pengurusan stor juga sangat menyukarkan. Walaubagaimanapun, sistem Masuk Dahulu Keluar Dahulu ( MDKD ) tetap diamalkan bagi memastikan tiada pembaziran stok akan berlaku.

Memandangkan farmasi ini hanya untuk perkhidmatan Pesakit Luar dan Rawatan Kecemasan yang telah ditetapkan, rasanya ia tidaklah perlu menyimpan banyak stok seperti di hospital-hospital. Tetapi dalam pengurusan stok, perlu diambil inisiatif dalam menambahbaikan dalam pengubahsuaian tempat penyimpanannya. Ini akan membuatkan lagi jabatan farmasi akan lebih sistemik dan strategik. Selain itu, suhu di dalam stor juga perlu dititikberatkan di mana suhu bilik berkenaan mestilah berada di bawah suhu yang telah ditetapkan. Ini bagi menjaga kualiti dan keselamatan sesuatu stok itu agar tidak mudah rosak.

Peti sejuk Di setiap jabatan farmasi, penggunaan peti sejuk amat penting dan diperlukan seperti mana di jabatan Farmasi Klinik Kesihatan Selayang Baru, ia mempunyai banyak stok yang perlu disimpan didalam peti sejuk. Misalnya, insulin, ubat titis mata dan sebagainya. Stok-stok ini memerlukan pantauan dimana pengrekodan suhu peti sejuk perlu dicatatkan setiap hari. Sekiranya peti sejuk tersebut tiada sistem rekod suhu sendiri, pastikan minimax thermometer disediakan. Ini adalah salah satu kemudahan bagi menjaga kestabilan stok-stok di dalam peti sejuk berkenaan.

32

Gambarajah : cara penyimpanan Kaedah penyimpanan stok berdasarkan suhu di label : Di label Freezer Refrigerator Cold Place Cool Place Room Temperature Warm Excessive Heat Simpan pada -20oC 10oC 2oC- 8oC Tidak melebihi 8oC 8oC 15oC 15oC 30oC 30oC 40oC Melebihi 40oC

Rekod Dalam proses penerimaan dan pengeluaran stok atau ubat-ubatan, ia memerlukan sistem rekod. Ini bertujuan untuk menentukan bahawa stok fizikal adalah sama dengan rekod stok ( kad petak ). Di sini, pengurusan stok boleh mengesan di mana kelemahan ataupun apa jua masalah yang menyebabkan kadangkalanya stok berlebihan dan kadangkala juga ia berkurangan.

33

Selain itu dengan merekod setiap penerimaan dan pengeluaran ini, dengan sendirinya kita mahupun pihak yang dipertanggungjawabkan menguruskan stor ini dapat mengenalpasti yang mana satu stok yang bergerak lambat ataupun tidak bergerak. Jadi dalam melakukan proses menginden stok tidaklah berlaku pembaziran dan disamping dapat mengawal penerimaan dan pengeluaran stok yang ada.

34

3.6

MENGINDEN

Dalam erti kata lain, indent membawa maksud permintaan. Maka pengurusan stor juga memerlukan stok-stok yang dianggap penting dalam pengurusan stor di jabatan farmasi. Walaupun, stor yang disediakan tidaklah sebesar stor di hospital tetapi dengan adanya stor ini dapat menjimatkan masa ketika kehabisan stok.

Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan ini, misalnya Penolong Pegawai Farmasi yang dilantik. Beliau perlu memastikan keadaan stok sentiasa cukup. Jadi tugasnya akan merekod mana-mana stok yang tinggal sedikit ataupun kehabisan untuk di inden ke klinik kesihatan yang berhampiran. Cara menginden biasanya, dengan mengisi borang yang dikhaskan seperti BORANG PESANAN UBAT ; MCHC KLINIK KESIHATAN SUNGAI BULOH.

Borang ini akan diisi dengan mengikut keperluan jenis ubat-ubatan yang mahu dipesan. Pesanan ini akan dijalankan pada minggu pertama bagi setiap bulan Januari, April, dan julai manakala bulan Oktober sehingga disember pada minggu pertama bulan Ogos. Pesanan pada bulan Ogos perlu diselenggara untuk kegunaan selama 5 bulan demi mengelakan situasi kekurangan budget pada akhir tahun. Dan proses pesanan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan. Dan pastikan baki stok adalah mencukupi untuk tempoh pesanan dibuat.

35

3.7

PRA BUNGKUS

Proses pra bungkus yang dilakukan di jabatan Farmasi Klinik Kesihatan Selayang Baru ini mengamalkan sistem unit of use. Di mana ia menyediakan bekalan ubat untuk tempoh yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Kesemua jenis ubat yang terdapat di stor farmasi ini akan di bungkus dengan berperingkat mengikut keperluan ubat itu. Tugas melakukan proses pra bungkus ini biasanya dilakukan oleh Pembantu Rendah Awam sepenuhnya dan sebagai kakitangan farmasi juga membantu dalam memudahkan proses ini dilakukan.

Bagi ubat tablet yang mahu di packing dalam kuantiti yang banyak perlulah menggunakan mesin counting tablet. Mesin ini boleh memudahkan pengiraan sesuatu kuantiti ubat yang besar disamping mempercepatkan kerja seharian di jabatan farmasi yang sememangnya sentiasa dibebani kerja yang banyak. Pra bungkus ini tidak semestinya untuk ubat tablet sahaja tetapi ia juga dilakukan pada syrup, cream, lotion dan sebagainya. Proses ini memudahkan kakitangan farmasi dalam menyediakan ubat-ubatan kepada pesakit dan tidak akan mengambil masa yang lama dalam melakukan proses filling. Setiap kali melakukan proses ini, perlu direkod di dalam BUKU REKOD PRA BUNGKUS. Dengan adanya rekod ini, dapatlah melihat tahap pergerakan sesuatu ubat samaada cepat ataupun lambat. Disini boleh kita membuat anggaran perbelanjaan dalam pengurusan penerimaan dan pengeluaran ubat-ubatan.

36

Gambarajah : Aktiviti pra bungkus 3.8 STATISTIK

JUMLAH KEDATANGAN PESAKIT PADA OGOS 2009


20000
BILANGAN 10000 PESAKIT

15000 5000 0 PESAKIT EXTENDED HARI SABTU LUAR HOUR


WAKTU OPERASI

PESAKIT LUAR EXTENDED HOUR HARI SABTU

Graf : Jumlah kedatangan pesakit Berdasarkan graf di atas, ia menunjukan jumlah kedatangan pesakit ke Jabatan Farmasi Klinik Kesihatan Selayang Baru pada bulan Ogos tahun 2009. Pada waktu beroperasinya Jabatan Pesakit Luar pada jam 0800H sehingga 1700H, kita dapati majoriti pesakit datang ke jabatan farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat samada pembekalan ubat secara penuh mahupun separa. Jumlah pesakit yang datang telah direkod seramai 17844 orang pesakit. Ini kerana pesakit mempunya masa yang terluang untuk datang ke klinik berbanding pada waktu malam ataupun cuti am. Berbeza pula ketika waktu Extended Hour hanyalah 4563 pesakit sahaja memandangkan waktu operasinya pada jam 1700H sehingga 2130H. Ini sudah sedia maklum ketika ini, waktu adalah terhad untuk pesakit datang untuk mendapatkan bekalan ubat. Perbandingan diantara waktu operasi yang sering mendapat kunjungan pesakit yang minoriti adalah pada hari Sabtu. Dengan jumlah pesakit hanyalah 1228 orang dan angka yang tidak jauh bezanya dengan waktu Extended Hour hanya beza 3335orang sahaja. Perbezaan ini tidak ketara jika dibandingkan dengan waktu pesakit luar yang beza seramai 16616 orang.

37

Kesimpulannya, pesakit lebih gemar datang ke klinik kesihatan pada waktu beroperasinya pesakit luar kerana waktu lain adalah masa yang lebih sesuai bersama keluarga dan beristirehat. 4.0 RUMUSAN Tugasan kedua yang dihasilkan ini adalah bertajuk Jabatan Farmasi di Klinik Kesihatan Selayang Baru, Selangor . Secara umumnya, ia merupakan suatu bidang yang berkaitan persediaan ubat dalam pelbagai bentuk yang sesuai diambil mahupun digunakan termasuklah mendispen, sintesis, pengeluaran, dan pembungkusan yang merangkumi persediaan serta pembekalannya.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini lebih mementingkan komitmen setiap kakitangan farmasi tidak kira Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi mahupun Pegawai Perubatan itu sendiri mestilah mengambil berat dalam tugasan sehariannya. Lebih-lebih lagi jabatan farmasi, ia tempat yang sememangnya melibatkan risiko nyawa seseorang pesakit sewaktu membekalkan ubat yang telah dipreskrip oleh pegawai perubatan. Dan sebagai seorang penolong pegawai farmasi yang terlatih, kita mestilah sentiasa menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran yang telah ada.

Perkhidmatan ini juga memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pesakit. Perkhidmatan yang efisyen dan berkesan dapat meningkatkan kualiti dan mutu kesihatan pesakit. Dalam perancangan kerja yang baik dan teratur, ia juga dapat meminimumkan masa menunggu bagi seseorang pesakit dalam mendapatkan bekalan ubat-ubatan mereka. Di samping, mengekalkan amalan perkhidmatan mesra pelanggan, di mana hubungan yang harmoni dapat diwujudkan. Dengan wujudnya kemesraan ini juga, tugasan yang akan dilakukan setiap hari akan

38

sentiasa seronok dan tidak akan mengalami tekanan di samping dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kakitangan tanpa mengira budaya dan bangsa.

5.0

CADANGAN Berdasarkan pemerhatian saya selama 1 bulan menjalani latihan praktis di Klinik

Kesihatan Selayang Baru terdapat beberapa aspek yang boleh dijadikan pengajaran dan juga pembaikan. Dan kemungkinan cadangan saya ini akan memberi sedikit impak dan idea kepada penambahbaikan dalam mempengaruhi komplians terhadap pesakit. Sebagai penuntut dalam bidang farmasi sendiri, saya cuba memberi buah fikiran untuk dikongsikan bersama. Cadangan saya seperti berikut : Memperbesarkan keluasan stor

Pengurusan stor yang tiada dan juga kurang strategik malah menyukarkan penyimpanan stok yang banyak. Sepatutnya sebagai sebuah farmasi yang sering membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit, ia perlu mempunyai sebuah stor yang dikhaskan bagi kemudahan dan keselesaan ketika menyimpan stok-stok yang ada. Dengan keluasan farmasi yang kecil, ia juga menghadkan pergerakan setiap kakitangan yang bertugas ketika itu. Tetapi memandangkan keluasannya yang tidak begitu luas, kakitangan juga tidak boleh terlalu ramai kadangkala menyebabkan tidak menang tangan ketika preskripsi tersusun menunggu giliran. Mengadakan Continous Medical Education

Continous Medical Education (CME) mesti kerap diadakan bagi meningkatkan lagi pengetahuan ubat-ubatan kepada semua kakitangan farmasi. Kesibukan bekerja seharian bukanlah penghalang untuk mendengar talk ataupun CME yang hanya beberapa minit sahaja diadakan. Dalam talk ini, kakitangan farmasi juga dapat mengingat semula kepentingan mengenai sesuatu ubat yang sering dianggap endah tidak endah selama ini di

39

samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi.

6.0 Buku :

RUJUKAN

1. Adaptasi dari Concise Medical Dictionary, 2001, Kamus Jururawat, 9th, Shah Alam Selangor, Fajar Bakti Sdn Bhd.

Dokumen / Nota Peribadi : 1. 2. 3. Fail Jabatan Farmasi Pharmacy Practice For Technicians, 3rd Edition, Sir Jane M.Durgin and Zachary I.Hanan. Hj Mohd Hatta Bin Ahmad - Timbalan Pengarah Perhidmatan Farmasi (A&P) ( Nota Organisasi Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan dan Struktur Perkhidmatan Farmasi Hospital)

Internet : 1. 2. www.pharmacy.gov.my MyHealth for life

40

7.0

BIBLIOGRAFI o Maklumat / temuramah secara peribadi : 1. Pegawai Farmasi U41 - Cik Nur Ainie Bt Mamat - Cik Loo Yee Wen - Puan Wang Khee Ing Penolong Pegawai Farmasi U32 - Encik Saduri Anuar Penolong Pegawai Farmasi U29 - Puan Rohida Bt Shafiee - Puan Yunizar Bt Mohd Yusof - Cik Yusafina Bt Mohd Yusof Pekerja Rendah Awam R1

2. 5.

6.

o Pandangan dan pendapat kakitangan di klinik kesihatan dan rakan-rakan sekuliah. o Nota di jabatan farmasi o Contoh-contoh dokumen yang terdapat di klinik

41

You might also like