You are on page 1of 3

LAPORAN BULAN KECERGASAN TAHUN 2011

Bulan kecergasan merupakan satu program yang biasa dijalankan pada setiap bulan Julai setiap tahun di peringkat KPM,JPN,PPD dan sekolah-sekolah.Perlaksanaan program ini di dorong oleh hasrat Kementerian pelajaran Malaysia bagi melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan masyarakat Malaysia daripada berbagai lapisan untuk menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan. Program ini juga bertujuan untuk menyemai dan menyuburkan persepsi masyarakat yang bukan sahaja melihat sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan tetapi juga untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian. Sepanjang bulan kecergasan ini Sekolah Menengah Agama Nilai telah mengadakan beberapa aktiviti khusus untuk pelajar bagi merealisasikan perjalanan program bulan kecergasan ini. Program bulan kecergasan ini telah di jalankan oleh Pn Norizan bt Mohamed Kalam selaku GPK Kokurikulum di bantu oleh guru-guru serta sokongan daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama Nilai. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti senamrobik pada pagi pelancaran bulan kecergasan ini.Aktiviti senamrobik ini mendapat sambutan yang agak baik kerana turut di sertai oleh guru-guru sekolah ini. Di samping itu, juga terdapat pertandingan bola jaring 3 sebelah yang melibatkan pelajar perempuan .Sebanyak 8 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Di samping itu bersempena dengan bulan kecergasan ini pertandingan bola tampar juga telah dijalankan dan di sertai oleh pelajar lelaki. Sebanyak 8 kumpulan yang menyertai pertandingan ini.Selain daripada itu Guru Kesihatan juga telah mengadakan ceramah kesihatan yang di adakan di kantin Sekolah Menengah Agama Nilai . Dr Faridah dari Klinik Kesihatan Nilai telah dipanggil untuk memberi ceramah.Ini bertujuan bagi menimbulkan kesedaran para pelajar dan guru tentang kesihatan tubuh badan yang ideal. Diakhir Bulan Kecergasan telah diadakan sukaneka yang disertai oleh para pelajar dan juga guru-guru Sekolah Menengah Agama Nilai. Majlis Penutupan Bulan Kecergasan telah diadakan di Dewan Makan SMA Nilai dengan ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Pengetua dan di akhiri dengan persembahan silat oleh Tuan Pengetua. Kesimpulannya Program Bulan Kecergasan ini merupakan sebuah program yang baik dan tepat bagi menimbulkan kesedaran warga sekolah akan betapa pentingnya erti kesihatan.Di samping itu ia juga dapat menjadikan warga sekolah sihat dan cergas sekaligus dapat mengelakkan daripada penyakit-penyakit yang merbahaya. AKTIVITI PROGRAM Antara-antara aktiviti yang di jalankan ialah 1. Senamrobik

2. Pertandingan Bola Jaring 3Sebelah


3. Pertandingan Bola Tampar 4. Sukaneka 5. Ceramah Kesihatan

GAMBAR- GAMBAR SEPANJANG BULAN KECERGASAN 2011

Disediakan Oleh, .. . ZUBAIDAH BT SEMAN KALAM (S/U Kokurikulum) Sekolah Menengah Agama Nilai Nilai

Disahkan Oleh,

PN NORIZAN BT MOHAMED (GPK Kokurikulum) Sekolah Menengah Agama

You might also like