Nota Tutorial Pendidikan Islam Tingkatan 2 Al Quran (Hidayah Sumber Kebahagiaan

)

(Surah Ali Imran, ayat 8)

Maksudnya : Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.

Pengertian hidayah dan rahmat Allah 1. Hidayah dari segi bahasa ialah petunjuk. Istilah syarak pula ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. 2. Rahmat dari segi bahasa ialah belas kasihan. Istilah syarak pula ialah segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada hambaNya. 3. Antara rahmat Allah ialah : y y y y Tubuh badan yang sihat. Akal yang cerdas. Hati yang bersih. Rezeki yang melimpah ruah.

Ciri-ciri Orang yang Memperolehi Hidayah 1. Sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup. 2. Mudah menerima sesuatu kebenaran.

3. Berpandangan jauh dan berfikiran terbuka. 4. Mudah melakukan perkara kebaikan.

Akibat tidak memperolehi hidayah 1. Mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. 2. Jiwa dan perasaan sentiasa gelisah. 3. Susah menerima sesuatu kebenaran. 4. Tidak mendapat kebahagiaan hidup. 5. Mendapat kemurkaan Allah. Perkara yang Menghalang Hidayat 1. Meninggalkan ibadat fardhu seperti solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan sebagainya. 2. Melakukan maksiat seperti zina, mencuri, minum arak dan sebagainya. 3. Memiliki akhlak buruk seperti takbur, riak dan sebagainya. 4. Menderhaka kepada ibu bapa.

Pengajaran Ayat 1. Hidayah ialah anugerah Allah kepada seseorang yang dikehendaki-Nya. 2. Allah mengurniakan hidayah dan rahmat-Nya kepada orang yang berusaha mencarinya. 3. Orang yang mendapat hidayat akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. 4. Kita hendaklah menjauhi daripada perkara-perkara yang menghalang daripada memperolehi hidayat. Aqidah : Beriman Kepada Asmaul ul Husna

Maksud Asma ul Husna 1. Asma ul Husna bermaksud nama-nama Allah yang \baik lagi indah. 2. Kita tidak mengetahui jumlah sebenar nama-nama Allah, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Allah SWT mempunyai 99 nama. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, sesiapa yang menghitungnya (memikir tujuan maknanya dan beramal dengan tuntutannya maknanya itu), mereka akan masuk syurga. 3. Sebab-sebab wajib beriman dengan Asma ul Husna. y y Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Melahirkan kecintaan dan kesyukuran kepada Allah dengan menyebut namanama Allah SWT. Mendekatkan diri kepada Allah SWT. Memudahkan seseorang itu memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menyebut namaNya sesuai dengan permohonan. Menjauhkan seseorang daripada perkara yang boleh membawa kepada syirik, kufur dan sebagainya.

y y

y

Kesan Beriman dengan Asma ul Husna 1. Membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dalam kehidupan seharian. 2. Mengharapkan pertolongan Allah SWT dalam kehidupan. 3. Insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri. 4. Mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi Sirah dan Tamadun Islam Saidina Umar Al-Khattab Riwayat hidup 1. Nama penuh beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza. 2. Beliau berketurunan Arab Quraisy dari Kabilah Bani Adi.

3. Beliau dilahirkan di Mekah pada 584 Masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW. 4. Beliau memeluk Islam ketika berumur 33 tahun. 5. Beliau mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara hak dan batil. 6. Dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadil Akhir tahun ke 13. 7. Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masihi menggantikan Saidina Abu Bakar R.A. Saidina Umar bin Al-Khattab 1. Saidina Umar bin Al-Khattab dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masehi menggantikan Saidina Abu Bakar RA. 2. Beliau dilantik menjadi khalifah atas wasiat Saidina Abu Bakar. 3. Beliau memerintah selama sepuluh tahun enam bulan. 4. Beliau wafat pada bulan Zulhijjah tahun 23 hijrah ketika berusia 63 tahun. 5. Beliau telah dibunuh oleh Fairuz yang bergelar Abu Lukluk iaitu hamba berbangsa Parsi. Sifat Peribadi Saidina Umar Al-Khattab 1. Beliau seorang yang taat pada perintah Allah. 2. Seorang yang berani. Antara buktinya ialah : y y Ketika memeluk Islam, beliau mengisytiharkan keislamannya pada umum. Ketika hendak berhijrah ke Yathrib (Madinah), beliau mencabar musyrikin Quraisy agar menghalang perjalanannya dari berhijrah. Menunaikan ibadat secara terang-terangan.

y

Mesir dan Parsi. Mengasaskan takwim Islam Hijrah yang berdasarkan tarikh hijrah Rasulullah ke Madinah. Jasa dan Sumbangan Saidina Umar dalam Bidang Dakwah 1. 3. Saidina Umar seorang yang adil dan tegas dalam pemerintahan. Sifat Peribadi 1. Mengasaskan jabatan cukai dan harta. 5. . Jasa dan Sumbangan Saidina Umar dalam Bidang Pentadbiran 1. Memisahkan kuasa kehakiman daripada pentadbiran. berfikiran terbuka dan sedia menerima pendapat dan teguran orang lain. 2. 3. Pernah suatu ketika beliau mengangkat gandum dan diberikan kepada keluarga yang miskin. timbangan sukatan dan sebagainya. Beliau seorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat. Melantik gabenor untuk melicinkan pentadbiran dan dakwah di tempat tersebut. 2. 4. Beliau seorang yang mengambil berat terhadap keselamatan dan kemakmuran negara. ketenteraan dan persuratan. 4. Beliau pernah menyamar sebagai rakyat biasa untuk melihat sendiri keadaan hidup rakyatnya sama ada susah atau senang. Mengembangkan penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Rom. Beliau seorang yang berpandangan jauh. Beliau seringkali meminta pendapat para sahabat yang lain ketika hendak memutuskan sesuatu perkara atau dasar negara yang penting.3. Mengasaskan undang hisbah seperti adab berjual beli. Beliau pernah menghukum anaknya sendiri yang pernah melakukan kesalahan. Beliau seorang yang tegas dan adil dalam pemerintahan. Mengemaskinikan Majlis Syura yang berfungsi sebagai majlis mesyuarat kerajaan. 2.

Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah (lebih kurang 94 km). Mendirikan masjid dan rumah persinggahan untuk para musafir. . Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur. Mengemaskini Baitulmal sebagai institusi kewangan negara. Pengertian solat jamak : Perkataan jamak dari segi bahasa bermaksud himpun atau kumpul. 2.3. Solat Jamak 1. Rukhsoh Solat 1. Jenis y jenis solat jamak : Solat jamak taqdim Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar. Mengetahui destinasi yang ditujui. Syarat-syarat perjalanan atau musafir yang diharuskan qasar dan jamak ialah : y y y Perjalanan yang bukan bertujuan maksiat. Pembangunan 1. y Solat jamak takhir Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua. Syarat-syarat Solat Jamak Takhir 1. Berniat akan melakukan solat jamak takhir semasa dalam waktu pertama. manakala dari segi istilah syarak solat jamak ialah menghimpun dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu. 3. Hantar ulama dan pendakwah ke serata tempat untuk sebarkan Islam. Membuka kawasan baru untuk pertanian. 2. Rukhsoh solat ialah kemudahan yang diberikan kepada orang yang bermusafir. 2.

Antara contoh nikmat ialah : y y y y Kesihatan tubuh badan. Dapat merasai pelbagai jenis makanan. 3. Musibah pula ialah semua bentuk kesusahan. keselesaan dan kemudahan yang diterima seseorang. 2. Tempat tinggal yang selesa. 5. Keamanan dan kesejahteraan hidup. Nikmat ialah semua bentuk kesenangan. Niat jamak takhir dalam solat yang pertama.2. Kedua-dua solat tersebut dilakukan secara berturut-turut. 4. 3. Nikmat Musibah Ujian kehidupan Pengertian nikmat dan musibah 1. Antara contohnya ialah : y y y y Kesakitan. Masih dalam perjalanan sehingga selesai kedua-dua solat. Kegawatan ekonomi. 5. Mendahulukan solat yang waktunya terkemudian iaitu Asar dan Isyak. Kebuluran atau kelaparan. Kematian orang yang disayangi. kesulitan dan keperitan yang dihadapi seseorang. Allah mengurniakan nikmat atau musibah untuk menguji keimanan hamba-Nya. 4. .

Mendapat azab yang pedih di akhirat. Mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.Akibat Tidak Bersyukur 1.T. Menjadi contoh teladan kepada orang lain. 6. Adab Menerima Musibah 1. Mendapat nikmat dan keberkatan Allah SWT dengan diberi nikmat yang melimpah ruah.W. 4. Tidak mendapat keberkatan dalam hidup. 5. Yakin dan percaya bahawa musibah yang dihadapi adalah ujian daripada Allah S. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. 5. 4. Tidak berputus asa dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bersungguh-sungguh.T dengan mengucapkan innalillah hi wa inna ilai hi rojiun . Tidak dihormati dan dikasih oleh masyarakat. 3. Mendapat penghormatan dan sanjungan masyarakat. Mendapat keampunan Allah. 2. Sabar dan tabah menghadapi ujian Allah S. Kelebihan beradab ketika ditimpa musibah 1.W. 3. 2. .T. Beristighfar kepada Allah S. 4. 2. 5.W. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Nikmat yang dinikmati akan ditarik oleh Allah SWT. Mendapat kesempitan dalam hidup. 3.

.Ilmu Penyuluh Kehidupan (Surah Ali-Imran : Ayat 18) Maksudnya : Allah menyatakan bahawasanya tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Orang yang berilmu mendapat kejayaan dalam hidup. Orang yang beriman dan berilmu memperolehi darjat yang tinggi di sisi Allah. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. 4. Islam mewajibkan penganutnya menuntut ilmu kerana dengan mempunyai ilmu seseorang itu dapat mengenal Allah S. Dari segi istilah bermaksud pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara. 3. 2. Orang Islam wajib menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu dari segi bahasa bererti pengetahuan. Para malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. 5.T sebagai pencipta alam ini. Tuhan yang berhak disembah. orang beriman dan orang yang berilmu mengakui keesaan Allah.W. Konsep Ilmu 1. Intisari Ayat Malaikat.

Fardhu ain Fardhu kifayah Ilmu akidah Ilmu kedoktoran Ilmu akhlak Ilmu sains Ilmu fekah Ilmu perniagaan Ilmu Al-Quran Ilmu undang-undang 3. Ciri-ciri Orang yang Berilmu 1. . Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh semua orang Islam yang mukalaf. Beramal dengan ilmu yang dimiliki. y y y y Mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah S. 2. maka kewajipan muslim lain dalam masyarakat itu sudah terlepas. Berakhlak mulia.W. Berjaya di dunia dan akhirat. Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang hanya wajib dipelajari oleh segolongan individu dalam masyarakat. Martabat dan kelebihan orang yang berilmu. Sekiranya sudah terdapat individu yang mempelajari ilmu tersebut dalam sesebuah masyarakat.Pembahagian Ilmu 1.T. Dipandang mulia oleh masyarakat.

Masyarakat Islam yang menguasai ilmu akan mencapai kemakmuran di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas. Merendah diri dalam kehidupan. 10. Merendah diri dalam kehidupan. 5. 7. Dengan ilmu pengetahuan kita akan mengenali Allah S.W. Berketurunan Bani Umaiyah. Menyebarkan ilmu yang dimiliki untuk semua orang. 2. 5. Umat Islam yang berilmu pengetahuan akan mencapai kemajuan dan disegani oleh masyarakat bukan Islam. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas. Ciri-ciri Orang yang Berilmu 6. Ilmu pengetahuan sangat penting dalam menjalani kehidupan yang cemerlang. 3. 8.T dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S. 2. 4.T di muka bumi ini dengan baik dan sempurna. 3. 9.2. Menyebarkan ilmu yang dimiliki untuk semua orang. Riwayat Hidup Usman Bin Affan 1. . Beramal dengan ilmu yang dimiliki. Nama penuh Usman bin Affan bin Abu Al As bin Umaiyah. 4. Islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Pengajaran Ayat Surah Ali-Imran 1. Memiliki keyakinan diri yang tinggi.W. Memiliki keyakinan diri yang tinggi.

Sifat Peribadi Saidina Usman bin Affan 1. Mendapat gelaran Zun Nurain yang bermaksud yang mempunyai dua cahaya kerana memperisterikan dua orang puteri Rasulullah SAW. Mengembangkan dakwah Islam ke kawasan-kawasan baru supaya ajaran Islam dapat disebar dan diluaskan. Beliau seorang yang taat kepada Allah dan Rasul. 2. Menderma 300 ekor unta dan 10 000 dinar pada perang Tabuk. Beliau dipilih menerusi Majlis Syura. Seorang yang pemalu dan lemah lembut. Dilahirkan di Makkah pada 576 M iaitu enam tahun selepas tahun Gajah. 7. Memerdekakan hamba pada setiap Jumaat. 5. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab. 4.3. Beliau wafat pada 18 Zulhijjah tahun 35H kerana dibunuh oleh pemberontak. y y y Sumbangan dan Pengorbanan Saidina Usman bin Affan 1. 6. Membeli sebidang tanah untuk pembesaran Masjid Nabawi. Seorang yang dermawan dan zuhud. Dalam bidang dakwah y Mengumpul dan membukukan Al-Quran sehingga dikenali sebagai Mushaf Usmani untuk menyeragamkan bacaan Al Quran. y . 4. 5. Beliau memerintah selama 12 tahun. Buktinya ialah : y Membeli perigi yang berharga 35 000 dinar lalu mewakafkan untuk kegunaan umat Islam. 3. Dilantik menjadi khalifah yang ketiga pada tahun 23H bersamaan 644 M menggantikan Saidina Abu Bakar.

Sosial y Memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan untuk melancarkan urusan. Menjadi utusan Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyah. Menawan hati rakyat dengan akhlak beliau sehingga mewujudkan masyarakat yang harmoni. Mengembangkan dakwah Islam ke kawasan-kawasan baru supaya ajaran Islam dapat disebar dengan luas. y . Dalam bidang ekonomi : a. Dalam bidang dakwah : y Mengumpul dan membukukan Al-Quran sehingga dikenali sebagai Mushaf Usmani untuk menyeragamkan bacaan Al-Quran. Berjaya mempertingkatkan ekonomi rakyat dan negara. sosial dan juga dakwah. b. 3. Dalam bidang politik : a. y 2. y Sumbangan Saidina Usman 1.2. Menyumbang harta kekayaan pada jalan Allah (untuk perkembangan Islam). Sosial : y Memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan untuk melancarkan urusan. Sumbangan dan Pengorbanan Saidina Usman 1. 2. Menubuhkan angkatan tentera laut. Saidina Usman banyak menyumbang dan berjasa dalam berbagai bidang seperti bidang politik. b. ekonomi. Menawan hati rakyat dengan akhlak beliau sehingga mewujudkan masyarakat yang harmoni.

7. 4. di belakang. Hukum menghormati dan memuliakan jiran adalah wajib. Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan. Jiran bukan Islam. di kiri. Menghayati Adab Berjiran Maksud jiran 1. 3. Beliau berusaha mengatasinya dengan menghantar pegawai penyiasat ke Kufah. 5. Mesir. 4. 2. 3. di depan. 2. Timbul akibat fitnah seorang yahudi dan munafik bernama Abdullah bin Saba . Saidina Usman dituduh tidak telus dalam pentadbiran.Konflik Pada Zaman Saidina Usman 1. Hasil siasatan membuktikan krisis itu berpunca daripada musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan Islam. Islam telah membahagikan jiran kepada tiga jenis iaitu : y y y Jiran muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Beliau dituduh mementingkan kroni. . di tingkat atas dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru. Basrah dan Syam. 6. Beliau juga mengadakan perbincangan dengan rakyat dan memanggil gabenor untuk disoal siasat. Islam menyuruh umatnya menghormati dan memuliakan jiran. Fitnah tersebut menyebabkan timbulnya pemberontakan yang membawa kepada terbunuhnya Saidina Usman. Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Kehidupan berada dalam aman dan damai. Mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan. keluarga dan harta benda akan terancam. Masyarakat hidup dalam keberkatan dan keredhaan Allah SWT. 5. Kemungkaran dalam masyarakat dapat dicegah dengan lebih berkesan. Tidak melakukan perbuatan yang menyakitkan hati jiran. musim perayaan dan sebagainya. Setiap orang mendapat kehidupan yang selesa kerana mendapat pembelaan. 2. Maksud Allah S. Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas. Masyarakat akan mencapai taraf hidup yang baik dan berkualiti. Seseorang itu akan terpinggir daripada masyarakat. 4. mendapat cahaya mata dan sebagainya. 5. Membantu jiran ketika mereka memerlukan pertolongan. 4. Keselamatan diri. Menghormati dan bersangka baik dengan jiran. 6. Lahir individu yang mementingkan diri sendiri.Cara Beradab Kepada Jiran 1. 3. 5. Hikmat Beradab Kepada Jiran 1.W. Kehidupan akan jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah. 3. 3. 2. Menziarahi jiran pada waktu yang sesuai seperti hujung minggu. Ar Rahim : Allah yang Maha Penyayang 1. 2. Akibat Tidak Beradab Kepada Jiran 1. Memberi hadiah pada hari lahir. 4.T bersifat Ar Rahim : .

5. Bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih.W. Allah memberikan rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa. 3. bertahmid dan bertakbir atas nikmat yang dikurniakan. 3. kebajikan dan kemuliaan. Kesan Beriman dengan Sifat Ar Rahim 1. 2. . Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia.T ini khusus untuk orang mukmin sahaja. Ar Rahim Allah S. Menggunakan nikmat kurniaan Allah pada jalan kebaikan. Ini kerana hanya orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Memulakan setiap pekerjaan dengan lafaz Bismillah hir rohmanir rahim .T bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang.W.y y Allah S. Allah menurunkan Al Quran sebagai panduan dan perutusan Nabi Muhammad SAW kepada manusia untuk membimbing ke arah kebenaran. Allah S.T amat menyayangi orang mukmin di dunia dan akhirat. Allah menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya dapat beribadat dengan baik dan sempurna. Allah memberikan kita ibu bapa yang kasih dan sayang kepada kita. Ar Rahim berasal dari kata rahmat yang bererti kasih sayang. 2.W. 4. y y y y Tanda-tanda Allah Bersifat Ar Rahim 1. Sebesar-besar sifat Ar Rahim Allah kepada kita ialah menganugerahkan kepada kita dengan nikmat iman dan Islam (menjadikan kita sebagai orang Islam). 6. Oleh itu. kita hendaklah berusaha menjadi orang mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

4. Sifat Ar Rahman : y y Untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam. pangkat. Menjalinkan hubungan baik sesama manusia.W. Tidak menghormati ibu bapa. pahala. Untuk nikmat dunia dan akhirat seperti nikmat Islam. Menginsafi Kekuasaan Allah S. Untuk nikmat dunia sahaja seperti kesihatan. harta kekayaan dan sebagainya. syurga dan sebagainya. Mempertingkatkan ibadat dan kebajikan kepada Allah SWT. Ciri y y y y y ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim Bersikap bakhil atau kedekut kepada orang miskin.T Surah Ali Imran. guru dan kawan-kawan. Suka bergaduh dan bersikap bengis terhadap manusia dan makhluk Allah SWT. Sifat Ar Rahim : y y Khusus untuk orang beriman sahaja. Menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan. Mementingkan diri sendiri dan membiarkan orang lain dalam kesusahan. Perbezaan antara sifat Ar Rahman dan Ar Rahim 1. nikmat iman. 5. 2. ayat 26 : .

W.W. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada orang yang Engkau kehendaki. Pengertian kalimah : y Yang mempunyai kuasa pemerintahan.W. Allah S. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu . KekuasaanNya meliputi langit dan bumi.T berdasarkan ayat di atas ialah : y y Memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. y Di tangan Engkaulah segala kebaikan. y Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Antara bukti kekuasaan Allah S. Menghilangkan kuasa pemerintahan seseorang. 2.T Maha Berkuasa. . Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki.T Maha Berkuasa 1. Allah S. y Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki.

3. 3. Akibat kepada individu : . puasa Ramadhan mengeluarkan zakat dan sebagainya. berjudi dan lain-lain. Membelanjakan harta untuk menyara diri dan keluarga. Tidak mahu berubah ke arah kebaikan. berzina. 3.y y Memuliakan seseorang. 2. Menggunakan nikmat untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sebab sebab Kehinaan 1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan. masyarakat dan negara. Cara Menghargai Nikmat Allah 1. 4. 4. Akibat Tidak Menghargai Nikmat Allah 1. 4. Menggunakan nikmat Allah S.T untuk beribadat kepadaNya. Menggunakan nikmat untuk kemajuan diri.W. Menjadikan seseorang itu hina. Melakukan larangan Allah seperti minum arak. 5. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Malas untuk berusaha. Bertawakal kepada Allah setelah berusaha dan berdoa. 2. Sebab-sebab Kemuliaan Seseorang 1. Melakukan kebaikan sesama manusia. Menggunakan nikmat secara berhemah dan tidak membazir. Berakhlak mulia dalam kehidupan. 5. 2. Tidak melakukan perintah Allah seperti solat fardhu.

b) Negara akan musnah dan hancur. c) Sumber alam akan rosak dan pupus. c) Mendapat kemurkaan Allah SWT. Orang yang tidak bersyukur akan mendapat bala. 2. . Dari segi istilah syarak puasa bermaksud menahan diri daripada makan. 2. Allah Maha Berkuasa kepada setiap makhluk. Akibat pada masyarakat dan negara : a) Masyarakat hidup dalam pecah-belah dan porak-peranda. c) Mudah dipengaruhi unsur negatif. Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri. b) Alam akan musnah. 2. Kuasa yang hakiki hanyalah kuasa Allah. Kita hendaklah tidak bersifat sombong dengan kuasa yang ada kerana kuasa itu hanyalah pinjaman dari Allah. 3. 3. Kita mesti bersyukur atas nikmat Allah. Akibat pada alam sekitar : a) Berlaku pencemaran alam. Pengertian Puasa 1. 5. minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat. b) Menjadi manusia yang tidak berguna. Pengajaran Ayat 1.a) Hidup dalam keadaan kesusahan dan sia-sia. 4.

Menahan diri dari segala perkara yg membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa . Rukun Puasa 1. 2. 3. Suci daripada haid dan nifas. 3. pitam sepanjang hari dan sebagainya. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Niat Sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala . Orang yang sengaja meninggalkan puasa dengan sengaja akan berdosa dan dimurkai Allah. Umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. 5. Syarat Sah Puasa 1. Hukum berpuasa adalah wajib bagi setiap orang Islam yang cukup syarat. 2. 4. Islam. Mumaiyiz. Syarat wajib puasa : y y y y Islam Baligh Berakal Bebas dari uzur syarie seperti haid. Niat pada waktu malam bagi puasa fardhu. 4. 5. Berakal. 6.3.

3. Gila walaupun sekejap. 4. Bersetubuh pada siang hari. 5. Melahirkan anak.y y y y y y y y y y Makan dan minum dengan sengaja. 2. Banyak berzikir. Segera berbuka apabila masuk waktu. Perkara Makruh Ketika Berpuasa 1. Keluar haid atau nifas. Murtad. Mengadakan jamuan berbuka. berselawat dan membaca Al Quran. Membaca doa sebelum berbuka. 6. Berbuka dengan buah kurma atau bahan manis. 7. Pengsan atau pitam sepanjang hari. Bersahur. Muntah dengan sengaja. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Berkumur secara berlebihan. Rasa makanan dengan lidah. 2. Mengeluarkan air mani dengan sengaja pada siang hari. Perkara Sunat Ketika Berpuasa 1. . Banyak bersedekah.

4. Berbekam. Bersyukur dengan penciptaan Allah SWT yang sempurna. Pergerakan cakerawala tanpa berlaku perlanggaran antara satu sama lain. Cap jari manusia yang berlainan antara individu yang lain walaupun saudara kembar. 2. Kesan Beriman Pada Al Hakim 1.3. Tidur sepanjang hari. Ciri-ciri Amalan yang Bertentangan Dengan Konsep Al Hakim . Menggunakan semua nikmat Allah SWT untuk mendapatkan keredhaanNya. 4. Kejadian siang dan malam yang silih berganti. Mandi kerap atau terlalu lama untuk segarkan badan. warna dan rasa. Melakukan perbuatan yang sia-sia seperti mengumpat. Allah SWT Bersifat Al Hakim Maksud Allah SWT bersifat al Hakim 1. masyarakat dan negara. 3. 6. Kejadian binatang yang pelbagai bentuk dan rupa. 5. Bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan. Allah SWT bersikap al Hakim yang bermaksud Allah SWT Maha Bijaksana. 5. Tanda-tanda Allah SWT bersifat al Hakim 1. 2. 4. Sifat kebijaksanaan Allah dapat dilihat daripada kejadian yang tersusun indah dan amat menakjubkan dalam alam ini. Menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri. 3. 2. Kejadian tanaman yang beraneka jenis.

Tidak berusaha untuk membuat perubahan ke arah kemajuan diri. 2. Kepentingan Menjaga Maruah Diri 1. . Cara pergaulan : y Memberi salam apabila bertemu saudara seagama. Cara Menjaga Maruah Diri 1. 3. Memandang rendah pada golongan berilmu pengetahuan.W.T. Tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang atau logo yang haram seperti salib. 2. Banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha. Cara berpakaian : y y y Memakai pakaian yang menutup aurat iaitu yang tidak jarang dan ketat.1. Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam. 3. d) Supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah : a) Untuk mendapat keredhaan Allah S. unsur-unsur lucah dan sebagainya. c) Untuk menjaga kemaslahatan diri dan orang lain. b) Untuk memelihara maruah diri dan keluarga. Umat yang bermaruah ialah umat yang mempunyai jati diri yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang merosakkan. Menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan. 2. kemas dan sopan. arak. Memakai pakaian yang bersih. 4.

rogol dan sebagainya. Tidak menghina orang lain ketika bercakap. Mengeluarkan pendapat yang diterima ramai. Mendapat kemurkaan dan azab Allah. 2. Masyarakat dan negara berada dalam keadaan tidak tenteram. Bercakap pada perkara yang berfaedah sahaja. Dipandang hina dan dibenci oleh orang lain. Menjaga rahsia orang lain sebaik-baiknya. 4. Seseorang itu akan terpinggir kerana disisihkan oleh kawan-kawan dan masyarakat.y y y y y Menjaga batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak. 3. Cara percakapan : y y y y y Bercakap dengan bahasa yang baik dan sopan. . Hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain. 7. Tidak mementingkan diri sendiri. 3. Hikmah Menjaga Maruah Diri 1. Maruah diri dan keluarga akan tercemar. Akibat Tidak Menjaga Maruah Diri 1. 6. Umat Islam akan dipandang rendah oleh orang lain. Mendapat ganjaran pahala dan keberkatan dari Allah. Menepati janji ketika berjanji. 5. Bercakap benar. Mendorong berlakunya maksiat dan jenayah seperti zina.

Terhindar dari melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. 6. Dihormati dan dikasihi oleh masyarakat. Negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera. 5. Maruah dan kehormatan diri akan terpelihara. Menghargai Sunnatullah 1. 4. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu. 3. Pengertian kalimah y Engkau masukkan y malam .2.

Manusia dapat beribadat pada waktu malam dengan khusyuk. 2. Semasa berputar kawasan yang mendapat cahaya matahari akan menjadi siang. Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas semua makhluk. 4. Segumpal darah tersebut akan menjadi seketul daging (mudghah-embrio). 3. 4. 5. Bermula dengan proses pencantuman air mani lelaki dengan ovum perempuan. 3. Hikmah Kejadian Siang dan Malam 1. Manusia dapat berehat pada waktu malam. Daging tersebut akan membentuk beberapa tulang (izam). 2. Manusia dapat menjalankan kegiatan seharian dengan sempurna.y siang y yang hidup 2. Dapat menentukan masa dan hari. Proses Kejadian Manusia 1. Proses persenyawaan air mani dan ovum akan terbentuk segumpal darah (alaqahzigot) dalam masa 40 hari. manakala kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari akan mengalami malam. Manusia dapat mencari rezeki pada waktu siang. Proses kejadian siang dan malam : y y y Siang dan malam terjadi disebabkan bumi berputar di atas paksinya. 3. . Bumi mengambil masa selama 24 jam untuk membuat sekali putaran.

Orang yang beriman hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan menggunakannya pada jalan kebaikan. 4. tulang-tulang itu akan dibaluti daging.T 1. Rezeki Kurniaan Allah S. 3.W. Allah S. Dunia Jambatan Menuju Ke Akhirat 1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat. 4. masa dan tenaga ke arah kemajuan bangsa dan negara. b) Banyak melakukan amal soleh dan kebajikan. Kehidupan di dunia tidak akan berakhir setelah meninggal dunia kerana mereka akan dihidupkan semula untuk menjalani kehidupan di akhirat.W.T dengan bersyukur padaNya.T mengurniakan rezeki kepada semua makhlukNya.5. Semua manusia sama ada Islam atau kafir akan mendapat rezeki berdasarkan usaha mereka. 3. Antara cara-caranya ialah : a) Menghargai nikmat Allah S. Maka terbentuklah lembaga yang lengkap.W. 2. d) Memberi sumbangan harta. Akhir sekali lembaga tersebut ditiupkan roh. c) Berbuat baik sesama manusia. Selepas itu. Kehidupan di dunia adalah sementara kerana terdapat satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat. 2. 6. Manusia hendaklah bersungguh-sungguh mencari rezeki. .

mahsyar dan sebagainya. 4. 3.Pengajaran Ayat 1. 2. Ilmu manusia memerlukan kajian dan pemerhatian terhadap sesuatu perkara. y y Kesan Beriman Kepada Sifat Al Alim . Ilmu Allah SWT tidak memerlukan kajian atau pemerhatian kerana Dia mencipta semuanya. Setiap manusia hendaklah mencari rezeki kurniaan Allah SWT. Kejadian siang dan malam menjadi bukti kekuasaan Allah. Ilmu manusia : y Ilmu manusia terbatas. 2. iaitu mereka hanya mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka sahaja. Maksud Allah SWT Bersifat Al Alim 1. Perbezaan Antara Ilmu Allah dan Ilmu Manusia 1. Allah SWT bersifat Al Alim yang bermaksud Maha Mengetahui. Manusia hanya mengetahui perkara yang nyata sahaja serta tidak mampu menjangkau perkara yang ghaib seperti alam barzakh. Allah SWT mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi kerana semua makhluk berada dalam pengawasanNya. y 2. Semua makhluk atas muka bumi ini tertakluk pada sunnatullah iaitu peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Allah SWT mengetahui perkara yang nyata dan perkara ghaib. Umat Islam hendaklah melakukan amal kebajikan semasa di dunia untuk mendapat kesejahteraan hidup di akhirat yang kekal abadi. Ilmu Allah SWT : y y Ilmu Allah SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi.

3. Tidak menyumbang ilmu yang dimiliki untuk orang lain. Memandang ringan terhadap dosa yang dilakukan. Beliau juga diberi gelaran Abu Hassan dan Abu Turab. iaitu 10 tahun sebelum Nabi SAW menjadi Rasul. Bersifat sombong dan takbur apabila memiliki ilmu. 5. 6. 2. Amalan yang Bertentangan Dengan Sifat Al Alim 1. 2. Beliau berketurunan Bani Hashim. Seseorang itu akan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi perkara maksiat kerana segala perbuatan diketahui Allah. 3. Melahirkan ilmuan yang merendah diri kepada Allah. Keistimewaan Saidina Ali 1. Merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam ketika berusia 10 tahun. Nama penuh beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib. 2. Beliau dilantik menjadi khalifah Ar Rasyidin keempat pada 35 Hijrah dan memerintah selama 4 tahun. 3. . Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 601 Masihi. 4. 4. Riwayat Hidup Saidina Ali 1. Tidak berminat untuk belajar. Melahirkan individu yang amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 4. Melahirkan individu yang berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat. Beliau digelar karamullah hi wajhah yang bererti Allah memuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala.1.

Beliau diberi amanah membawa panji perang dalam beberapa peperangan. Digelar gedung ilmu oleh Rasulullah. 3. Menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda ketika peristiwa Hijrah. Jasa dan Pengorbanan Saidina Ali 1. Menjadi penulis wahyu. buktinya : y Menyertai semua perang bersama Rasulullah kecuali perang Tabuk. Mengetuai misi dakwah di Hamadan. 5. Beliau menyahut cabaran Amru bin Walid iaitu pahlawan Quraisy dalam perang Khandak dan berjaya membunuhnya. 3. ilmu hisab. Pemuda yang berani. Seorang pemuda yang gagah dan berani dan handal bermain pedang. Seorang cendekiawan unggul yang memiliki pelbagai ilmu pengetahuan seperti kehakiman. 4. Taat dan patuh pada perintah Allah sejak kecil. 6. . Merupakan salah seorang sahabat dari 10 orang sahabat yang dijamin syurga.W. tegas dan tidak gentar menghadapi risiko. 4.2. 3.A. Seorang khalifah yang adil. Berilmu dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Menggunakan pedangnya yang bernama Zul Faqar . 5. sastera dan sebagainya. 2. Jurutulis perjanjian Hudaibiyah. Iraq. y y y Sifat-sifat Peribadi Saidina Ali 1. 2. Seorang suami dan bapa yang pengasih dan penyayang. Beliau ialah sepupu dan menantu Rasulullah S.

Antara sebab-sebab kita perlu beradab terhadap orang Islam dan bukan Islam ialah : a) Untuk menjamin keharmonian hidup. kita mestilah beradab ketika bergaul dengan saudara seagama dan juga orang bukan Islam. 3. Setiap manusia perlu menjalinkan hubungan baik sesama manusia sama ada dengan orang Islam atau bukan Islam. 5. Kepentingan Beradab Dalam Masyarakat 1. Pada zaman beliau. 2. Menjadi hakim di Yaman. Menjadi penasihat dalam bidang kehakiman kepada Khalifah Abu Bakar As Siddiq. tetapi perancangan jahat dari puak munafik telah membawa tercetusnya Perang Jamal yang turut disertai Saidatina Aishah. berlaku beberapa peperangan yang berpunca dari perancangan jahat orang-orang munafiqin dan yahudi yang diketuai oleh Abdullah bin Saba untuk menggagalkan proses damai. Sebagai Muslim yang beriman. 2. Faktor Berlaku Peperangan Pada Zaman Saidina Ali 1. Memberi salam kepada orang Islam dan salam sejahtera kepada orang bukan Islam. c) Untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara. 6. Umar Al Khattab dan Usman bin Affan. Contohnya dalam perang Jamal. Hubungan baik dan harmoni dalam masyarakat dapat diwujudkan sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan adab-adab mulia dalam kehidupan. .4. b) Untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Adab Terhadap Orang Islam dan Bukan Islam 1. Menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Saidina Ali telah mencapai persetujuan dengan kumpulan Saidina Talhah dan Zubair bin Al Awwam untuk berdamai. 4.

. 3. Umat Islam akan dipandang hina oleh umat bukan Islam. Sebab Dituntut Beradab Terhadap Orang Bukan Islam 1. Berakhlak mulia dalam pergaulan. aktiviti sukan dan sebagainya. 2. 6. Supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Mengadakan majlis-majlis yang melibatkan semua masyarakat seperti Hari Keluarga.2. 2. Hormat menghormati antara satu sama lain. 3. 5. Membudayakan amalan ziarah-menziarahi dalam kehidupan bermasyarakat. 4. Supaya dakwah Islam dapat diterima oleh mereka. Mereka dapat melihat akan kecantikan Islam. Bertoleransi dalam sesuatu perkara. Langkah-langkah Mengekalkan Adab Terhadap Orang Bukan Islam Bersandarkan Syariat 1. Supaya mereka tidak memusuhi Islam walaupun tidak menerima Islam. Akibat Tidak Beradab Terhadap Orang Bukan Islam 1. Dapat menarik minat orang bukan Islam terhadap ajaran Islam. 5. Masyarakat bukan Islam akan berburuk sangka terhadap Islam. Perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terjejas. Rakyat menjadi mundur dan pembangunan negara akan terbantut. Dakwah Islam tidak akan berkembang luas. 2. 3. Tolong menolong dalam perkara kebaikan. 4. 5. Jujur dan adil kepada semua orang. 4.

7. 3. Berbuka dengan buah kurma atau bahan manis. 6. Tidur sepanjang hari. Gosok gigi selepas gelincir matahari. 7. Mengadakan sambutan hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan. Bersahur. Mengadakan jamuan berbuka. Mengadakan perancangan penempatan yang tersusun. selawat dan baca Al Quran. Segera berbuka apabila masuk waktu. Berbekam. hari raya dan sebagainya. 4. Perkara Makruh Ketika Berpuasa 1. Rasa makanan dengan lidah. 5. 6. 4. Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaan. 6. 2. 5. 4. Membaca doa sebelum berbuka. 2. Banyak bersedekah. Banyak berzikir. Mandi kerap atau terlalu lama untuk menyegarkan badan. Melakukan perbuatan sia-sia. 3. . Berkumur secara berlebihan. Mengadakan dialog perpaduan dan perbincangan dengan orang bukan Islam.3. Perkara Sunat Ketika Berpuasa 1. 5.

jujur dan ikhlas. y Puasa pada 9 dan 10 Muharram. y Puasa pada hari Syak iaitu 30 Syaaban. y Puasa Isnin dan Khamis. Puasa makruh y Puasa sunat hanya pada hari Jumaat atau Sabtu. 3. 12 dan 13 Zulhijjah. Puasa haram y Puasa pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.Jenis-jenis Puasa 1. Puasa wajib y Puasa Ramadhan y Puasa Qada y Puasa nazar 2.hari Tasyrik iaitu 11. 4. 14 dan 15. 2. Puasa sunat y Puasa 6 hari dalam bulan Syawal. y Puasa pada hari . Menjana kekuatan jiwa seseorang . Melatih diri supaya bersifat sabar. y Puasa tiga hari setiap bulan iaitu 13. y Puasa sepanjang tahun. Hikmah Puasa 1.

T.A. Setiap umat Islam mestilah mengikut panduan yang diberikan oleh Rasulullah S.a. Kemungkaran bermaksud setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam samada kesalahan kepada Allah S. Umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat mengikut kemampuannya. dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman. Cara-cara Mencegah Kemungkaran .W. Memberi kerehatan pada sistem penghadaman manusia Hadis Nabawiyah Mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama Maksudnya : Daripada Abu Said Al-Khudri r. 2.A. Menimbulkan keinsafan dan belas kasihan kepada orang miskin 4.W dalam mencegah kemungkaran. manusia atau alam sekitar.W bersabda : Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati. 1. beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah S.3. sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah. 3.

5. guru kepada anak-anak muridnya. Masyarakat Islam akan dipandang rendah oleh orang bukan Islam. Hikmah Mencegah Kemungkaran 1. 4. Mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Dakwah Islam tidak akan berjaya kerana kebenaran tidak sampai kepada sasaran dakwah. 4. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu. iaitu membenci kemungkaran yang dilakukan dan menjauhkan diri daripada perkara tersebut serta berazam agar pada suatu masa nanti dapat mencegahnya dengan tangan atau lisan. . 3. Kesan tidak Mengikut Prinsip Dakwah yang Betul 1. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia. c) Mengubah dengan hati. 3. 5. b) Mencegah dengan lidah iaitu jika seseorang tidak mampu mengubah dengan tangan ia hendaklah mengubahnya dengan lisan iaitu memberi nasihat dan bimbingan dan pengajaran yang baik. ketua kampung terhadap anak buahnya pemimpin terhadap rakyatnya dan lain-lain. 2. prihatin dan bertanggungjawab. ketua kelas terhadap rakan sekelas. Mencegah dengan hati ialah selemah-lemah iman. 2. Meningkatkan kualiti diri dalam kehidupan. Masyarakat Islam akan lemah dan mundur. Melahirkan individu yang berakhlak cemerlang dalam kehidupan.Antara cara-cara mencegah kemungkaran ialah : a) Mencegah dengan tangan iaitu mengubah dengan bidang kuasa yang ada seperti kuasa bapa kepada anaknya. Perbuatan maksiat akan berleluasa dalam masyarakat. Maruah umat Islam akan tercemar.

Maksud Allah SWT bersifat Ar Rahman. y Kejadian alam seperti bumi. Lahir individu yang bersifat pemurah pada orang lain. Memberi rezeki kepada manusia. 3. Negara dalam keadaan aman dan sejahtera. 2.6. Mencegah kemungkaran dalam masyarakat akan menjamin kehidupan yang sejahtera. 2. Allah SWT Bersifat Ar Rahman 1. tumbuhan dan sebagainya. siang malam. . Mencegah kemungkaran merupakan faktor utama untuk mewujudkan tamadun manusia yang mendapat keredhaan Allah S. 4. 5. langit. Mencegah Kemungkaran 1. Mencegah kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman. Maha Pemurah Allah mengurniakan pelbagai nikmat kepada semua manusia sama ada Islam atau tidak. Setiap muslim mestilah mengikut prinsip-prinsip dakwah yang betul ketika mencegah kemungkaran.W. Akal untuk beza baik dan buruk. binatang.T. Bukti-bukti Allah bersifat Ar Rahman. y y y Kesan Beriman dengan Ar Rahman 1. Memberi kesihatan yang baik. y y Ar Rahman bermaksud Maha Pemurah. Mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas setiap muslim mengikut kemampuan masing-masing.

Sentiasa taat pada Allah dan jauhi maksiat.2. Sifat pemurah Allah SWT y y y y Tidak terbatas kerana kekayaan Allah adalah mutlak. Perbezaan antara Pemurah Allah dan Pemurah Manusia 1.W. Sifat Ar-Rahman Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar-Rahman. 3. .T. 2. Memberi untuk mendapat ganjaran atau manfaat. Merangkumi kebaikan dunia dan akhirat. 5. 1. Memberi sesuatu tanpa manfaat tetapi untuk menguji manusia. Sifat pemurah manusia y y y y Terbatas kerana manusia tidak mempunyai kekayaan mutlak. Diberi kepada semua hambaNya samada mukmin atau kafir. 2. Sentiasa bersyukur pada Allah atas nikmatNya. Belas kasihan dan prihatin pada golongan susah dan memerlukan pertolongan. Kedekut atau bakhil kepada orang miskin. Sentiasa merendah diri dengan kekayaan diri kerana sedar semuanya adalah dari Allah. Diberi kepada orang tertentu mengikut penilaian tertentu. Bersifat kejam terhadap makhluk Allah S. hanya terbatas kepada kebaikan di dunia sahaja. 4.

dan didapatinya Abu Jahal sedang dudukduduk bersama rakan-rakannya.T. Sifat Peribadi Saidina Hamzah . Mudah berputus asa dari rahmat Allah S. Nama penuh ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. 3. Ketika pulang dari berburu. Kemudian Hamzah terus mengisytiharkan keislamannya. 4. bukannya daripada Allah S. 4. Riwayat Hidup Saidina Hamzah 5. Berketurunan Bani Hashim dan dilahirkan di Mekah pada tahun 570 M iaitu bersamaan dengan tahun kelahiran Rasulullah SAW. 2.3. Hobinya ialah memburu dan memanah. 3. Saidina Hamzah terus mencari Abu Jahal. 4. Merupakan panglima tentera Islam dan pembawa panji perang.W. Riwayat Hidup Hamzah bin Abdul Mutalib 1. Percaya bahawa kekayaan adalah hasil usaha sendiri.T. Pengislaman Saidina Hamzah 1. Gugur syahid pada perang Uhud dan dikebumikan di Bukit Uhud pada tahun ketiga hijrah.W. Setelah hampir Saidina Hamzah terus memukul kepala Abu Jahal dengan busur panah hingga berdarah. Beliau adalah bapa saudara sebelah bapa dan sepupu sebelah ibu. 7. Rakan-rakan Abu Jahal cuba membantunya tetapi dihalang oleh Abu Jahal dengan berkata bahawa dialah yang memulakannya dengan memaki dan menghina anak saudara Hamzah iaitu Rasulullah secara keterlaluan. 2. 6. Saidina Hamzah telah diberitahu oleh dua orang perempuan bahawa Abu Jahal telah menghina dan mencerca Rasulullah SAW secara keterlaluan. Digelar Asadullah yang bererti singa Allah.

3. 3.1. Beliau gugur syahid. Saidina Hamzah berjaya membunuh 21 orang tentera musuh. Dalam perang Uhud. b) Menyahut cabaran dua orang pahlawan musyrikin untuk berlawan dalam perang Badar. Kesyahidan Saidina Hamzah 1. 6. Kematian Saidina Hamzah sangat menyedihkan Rasulullah. 4. 7. Dalam perang Uhud. Seorang hamba iaitu Wahsyi (hamba Jubair b Mut im) telah mengambil kesepatan itu dengan melontarkan lembing yang tepat mengenai perut Saidina Hamzah. Seorang hamba iaitu Wahsyi (hamba Jubair b Mut im) telah mengambil kesepatan itu dengan melontarkan lembing yang tepat mengenai perut Saidina Hamzah. 5. 8. 2. Kejayaan Wahsyi menyebabkan dia dibebaskan oleh tuannya. 2. Kesyahidan Saidina Hamzah 4. tabah dan cekal hati. Tiba-tiba Saidina Hamzah terjatuh dan baju besi yang dipakainya pecah. Beliau gugur syahid. Pahlawan yang gagah dan berani. Tiba-tiba Saidina Hamzah terjatuh dan baju besi yang dipakainya pecah. Buktinya : a) Memukul kepala Abu Jahal. Sanggup berkorban untuk menegakkan kebenaran Islam. Seorang yang gigih. Isteri Abu Sufian iaitu Hindun binti Utbah telah membelah dada Saidina Hamzah dan cuba memamah jantungnya tetapi gagal. Seorang yang pantas bertindak. . Saidina Hamzah berjaya membunuh 21 orang tentera musuh. 9.

Baginda telah mengurniakan gelaran Saiyidus Shuhadak iaitu Penghulu Para Shuhadak kepada Hamzah. 6. Untuk mengelakkan kemurkaan dan azab Allah S. 2. Mengambil wuduk. Meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi. Mencium Al-Quran selepas menggunakannya. Memegang mashaf Al Quran dalam keadaan berhadas. 6. 2. 5. 4. 4. Memelihara Kesucian Mashaf Adab terhadap mashaf Al-Quran : 1. Untuk membentuk diri supaya lebih berdisiplin. Untuk mendapat ganjaran pahala. Untuk memuliakan Al-Quran sebagai Kalam Allah. Perkara yang Menyalahi Adab Terhadap Mashaf Al Quran 1. 3. Meletak atau menyimpan Al Quran di tempat yang rendah seperti atas lantai. Berpakaian bersih dan menutup aurat. Mashaf Al-Quran yang rosak mestilah dibakar dan abunya hendaklah ditanam di tempat yang orang tidak lalu lalang atau dialirkan ke dalam arus sungai atau laut. Untuk mengelakkan penghinaan terhadap Al-Quran.10.W. 5. Untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah. 3.T. . Memegang atau membawa mashaf Al-Quran dengan tangan kanan. 2. Tujuan Beradab Terhadap Mashaf Al Quran 1.

lalu dengan nikmat Allah S.T itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara. Menulis ayat Al Quran dalam bentuk lembaga manusia atau haiwan. dan janganlah kamu bercerai-berai. titik.W. 2. Menulis ayat Al Quran di tempat yang terdedah kepada penghinaan seperti kasut.W.W. Pencipta dan pembeli khat hendaklah menjaga adab-adab terhadap Al-Quran. Antara adab-adab itu ialah : a) Penjual dan pembeli mestilah orang Islam.3. Adab Mencipta dan Menjual Seni Khat 1. dan ingatlah nikmat Allah S. baris dan sebagainya. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka.W. 4. Konsep dan Pengertian Perpaduan (Surah Ali-Imran : Ayat 103) Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama) Allah S.T .W. Mengoyak halaman mashaf Al Quran.T menyelamatkan kamu daripadanya.T. 6. lalu Allah S. lalu Allah S. Menggantung ayat Al Quran di dinding tandas.W. Demikianlah Allah S. 5. c) Menjual khat Al-Quran dengan harga yang berpatutan.T menyatukan di antara hati-hati kamu. b) Pencipta khat mestilah teliti supaya tidak tersilap huruf.T kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu.

menerangkan tanda-tanda kebesaranNya kepadamu. 2. 5. Perpaduan dapat mewujudkan umat yang kuat. lemah dan terkeluar daripada arus perdana dunia. Kehidupan masyarakat akan berjaya dan memperolehi rahmat dan keberkatan Allah SWT. Memupuk semangat kejiranan. Perpaduan dalam Islam berasaskan akidah Islam iaitu keimanan kepada Allah S. Saling bekerjasama dan bertoleransi dalam kehidupan. 1. 3. 2. agar kamu mendapat petunjuk. Lahir umat Islam yang bersatu padu. Umat Islam dihormati dan disegani oleh masyarakat bukan Islam. 4. Menghindari perbuatan memfitnah dan sebagainya. 5. manakala perpecahan menyebabkan umat Islam mundur. Perpaduan dalam Islam bukan saja melibatkan hubungan baik sesama orang Islam malah meliputi hubungan baik dengan orang bukan Islam. maju dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan. 2. dihormati.W. 3. Wujud keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara. teguh dan kuat.T dan Rasullulah. Perpaduan sangat dituntut dalam Islam dan perlu dihayati oleh setiap Muslim. 3. Perpaduan bermaksud persaudaraan yang menjadi satu prinsip bagi menyatupadukan masyarakat. Lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Pembangunan dapat dilakukan dengan baik dan sempuna. 4. Cara Mengukuhkan Persaudaraan 1. . Hikmat Bersatu padu 1. 6.

Membudayakan amalan ziarah menziarahi. Pengajaran Ayat 1. 2. Islam adalah agama perpaduan dan persaudaraan. Keadilan Allah adalah mutlak. Akidah Islam merupakan asas perpaduan dalam Islam. 2. . Sayang menyayangi antara satu sama lain. Umat Islam akan dipandang hina dan tidak dihormati oleh orang bukan Islam. alam sekitar dan sebagainya. Allah menyuruh manusia melakukan keadilan dan meninggalkan perbuatan yang zalim sama ada kepada manusia. Allah SWT bersifat Al Adl bermaksud Maha Adil. 3. 3. Keburukan Perpecahan 1. Umat Islam bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri. 2. Memberi peluang kepada musuh-musuh Islam menzalimi dan menindas orang Islam. 4. Menjejaskan perkembangan ekonomi dan kestabilan negara. haiwan. iaitu tidak mempunyai had atau batasan. Perpecahan dan permusuhan akan merugikan sesebuah bangsa dan negara. 4. Perpaduan yang kukuh merupakan pemangkin kepada kecemerlangan. 5. Allah SWT Bersifat Al Adl Maksud Allah SWT bersifat Al Adl : 1.4. 5. 3. Umat Islam lemah dalam semua aspek kehidupan.

4. Menunaikan hak diri sendiri seperti solat. Menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik. Menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan baik dan cermat. 5.Ciri-ciri Amalan yang Adil 1. . 3. Memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat. belajar. bersukan. 2. Membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih dahulu. berehat dan sebagainya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful