You are on page 1of 55

Bowen Fam il y

Sys tems T heor y


OLEH:
HARYATI ABU BAKAR
MASRIYAH MOHD REJAB
KAN DUNGAN

 SEJARAH HIDUP BOWEN


 KONSEP UTAMA DALAM BOWEN FAMILY SYSTEMS TEORY
 PUNCA MASALAH DALAM KELUARGA TIMBUL
 MATLAMAT TERAPI
 PROSES DAN TEKNIK TERAPI
 PENILAIAN
SEPI NTAS MEN GEN AI
TEO RI KELU ARG A TERAPI
BO WEN
 Ahli terapi keluarga psikoanalitik dan Bowen bermula
pada 1950(Samuel T. Glading,1998)
 Mereka ialah Nathan Ackerman dari New York dan
Muray Bowen dari Washington D.C.
 Mereka telah menggunakan teori psikoanalisis
Sigmund Freud (1940) yang berpusatkan teori
perseorangan. Kedua-dua terapi keluarga ini adalah
berunsurkan teori psikoanalisis
Pers amaan Terapi Psikoanalitik dan
Tera pi B owen
Persamaan dari segi :
 Konsep
 Teknik melalui penyelidikan dan kajian
 Kepercayaan-iaitu kedua-dua terapi ini percaya bahawa keluarga
menumpukan kepada perkara silam yang mempunyai kesan kepada
kehidupan masa kini.Sebagai contoh, pengalaman berinteraksi dikalangan
kanak-kanak sewaktu kecil dengan ahli keluarga akan memberi kesan
sehingga seseorang itu dewasa.
 Intrapersonal dan interpersonal
- Iaitu cara seseorang itu memandang dirinya merangkumi perwatakannya
adalah dipengaruhi oleh orang lain.
 Istilah-istilah
- Pengikut kedua-dua terapi di atas telah mencipta istilah-istilah baru untuk
menerangkan tentang dinamika keluarga.
 Pendapat
- Bowen dan Ackerman berpendapat bahawa perubahan dalam sesebuah
keluarga itu memerlukan masa, kesungguhan dan berlaku secara beransur-
ansur.
Senarai Nama Ahli- ahli Te rapi
Ke luarg a Psikoanali tik

1) Nathan Ackeman
2) Ivan Boszormenyi
3) James Framo
4) Theodore Lidz
5) Norman Paul
6) Donald Williamson
7) Robin Skynner
8) Lyman Wynne
Pengenalan Terapi Kelu arga B owe n
 Muray Bowen dan Michael Kerr merupakan pengasas terapi
Keluarga Bowen.Walaupun begitu pengasas paling utama ialah
Muray Bowen yang akan dihuraikan.
 Bowen merupakan orang yang mula-mula sekali merealisasikan
idea yang menghasilkan satu teori terapi keluarga yang berbeza.
 Pengarang-pengarang dan buku-buku yang lain seperti Monica Mc
Goldrick dan Randly Garson yang menulis buku “Gneograms in
Family Assesment”(1985) dan Edwin Friedman “Generation to
Generation: `Family Process In Church and Synogogue`(1985) telah
mempopularkan teori dan teknik terapi ini. Hasilnya, teori dan
sebahagian daripada sumbangannya kepada bidang kesusasteraan
telah digunakan dengan pesatnya.
Sejara h Hidup Murra y B owe n

 Murray Bowen dilahirkan pada 1913 dan membesar di sebuah


pekan kecil di Waverly,Tennessee.Bapanya pernah berkhidmat
sebagai Datuk Bandar di situ.
 Merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik.
 Setelah meningkat dewasa Bowen telah berpindah jauh daripada
keluarganya.Walaupun berada jauh, Bowen sentiasa menjaga
kemesraan dan menghormati kedua ibu bapanya.
 Bowen sentiasa mengekalkan hubungan kekeluargaan dengan cara
yang harmonis.
Gambar University of
Tennessee di Knoxville.
Sambungan…

Beliau mendapat B.S pada tahun 1934 menerusi University of


Tennessee di Knoxville.
Kemudian beliau mendapat MD pada tahun 1937 menerusi
Medical School of the University of Tennessee Medical School di
Memphis.
Seterusnya beliau membuat internship di Bellevue Hospital
di New York City dalam tahun 1938, seterusnya menyambung
internship di Graslands Hospital,Valhalla, New York dari
tahun 1939 hingga tahun 1941
Sambungan…
 Kemudian pada tahun 1941 hingga 1946, beliau telah melibatkan
diri dalam latihan ketenteraan. Selepas mendapat latihan
kemahiran dalam bidang ketenteraan selama 5 tahun,Bowen
layak berkhidmat dalam tentera darat di United State and Europe.
 Bowen berminat untuk menukar profesion sebagai doktor pakar
kepada psikiatris. Hal ini berlaku disebabkan, Bowen telah
membuat pemerhatian terhadap keadaan diri para askar yang
mengalami penyakit mental disebabkan oleh keadaan yang terlalu
mendesak mereka untuk mencapai matlamat dalam perjuangan.
 Selepas perkhidmatan dalam tentera darat berakhir, Bowen
diterima untuk menjadi Fellowship dalam bidang pembedahan di
Mayo Clinic.Sebaliknya beliau lebih berminat untuk meneruskan
minat di Menninger Foundation di Topeka, Kansas sebagai Fellow
dalam bidang psychiatry and personal psychoanalysis.
Pet a Pen nsylavania
Sambungan…
 Bowen, sepertimana Nathan Ackerman, adalah seorang psikitris
yang berminat untuk berkhidmat dengan keluarga di Klinik Menniger
yang memberi rawatan kepada kanak-kanak psikopatik.
 Bowen memulakan khidmatnya di situ pada tahun 1951,beliau
menuntut ibu `kanak-kanak yang terganggu` ini tinggal bersama
satu situasi dan mendapat layanan yang sama seperti anak-anak
mereka ( Guerein, 1976)
 Berdasarkan pengalaman ini, beliau menjadi lebih berminat untuk
mengkaji “ibu-anak simbiosis” yakni ikatan perhubungan yang kuat
berkembang antara seorang ibu dengan anak dan tidak
membiarkan wujud perbezaan.
Sambungan…
 Pada tahun 1954, Bowen telah menyertai Lyman Wynne di Nasional
Institute Of Mental Health ( NIMH ) - Institut Kesihatan Mental
Kebangsaan untuk mengkaji dinamika keluarga dan kanak-kanak
yang menghidap penyakit Schizophrenia
 Sebagai sebahagian daripada rawatan keluarga, Bowen telah
bekerjasama dengan pasukan penyelidik di NIMH melaksanakan
projek yang mengkhususkan kepada layanan dan rawatan kepada
ahli-ahli keluarga yang mempunyai anak-anak Schizophrenia.
Ketika ini dia telah mengenalpasti `ciri-ciri yang digambarkan oleh
keluarga Schizophrenia adalah sama dengan gejala-gejala yang
terdapat pada keluarga yang tidak berfungsi dengan baik` (Fenell
dan Wanfold,1989,m.s 104)
 Selepas beberapa tahun, beliau telah berpindah ke Unversiti
Goergetown. Di sini beliau telah membuat penyelidikan ke atas
dinamika dan membina pendekatan terapeutik hingga ke akhir
hayatnya.
Uni ver siti Geor getown
Sambungan…
 Semasa bertugas di Georgetown, terutama pada tahun 70an,
Bowen telah menyiapkan kerjanya yang sangat proktif ke atas tahap
personal dan profesion. Secara individu, beliau telah defragulated
dirinya kepada orang tuanya dengan kembali kembali semula ke
rumah mereka dan bertindakbalas secara kognitif serta bersikap
berkecuali semasa menyelesaikan isu-isu emosional sepertimana
yang dilaporkan oleh ahli-ahli keluarga kepadanya
(Anonymus.1972).
 Secara profesional, beliau telah menjelaskan teori-teorinya
(Bowen1978); bermula Simposium Pusat Keluarga Georgetown,
mengembangkan Pusat Keluarga Georgetown kepada pusat yang
baru,iaitu kuartes luar kampus;dan juga telah merintis penemuan
Persatuan Terapi Keluarga Amerika (AFTA) dalam memperbaiki
usaha penyelidikan yang serius mengenai terapi keluarga
(Wylie,1991,m.s 77)
Sambungan…
 Bagi Bowen, terapi dan teori merupakan bahagian-bahagian
daripada satu fabrik yang sama yang tidak boleh dipisahkan tanpa
merugikan salah satu pihak.
 Bowen lebih suka menganggap dirinya sebagai seorang ahli teori
 Bowen juga seorang saintis yang mengkaji tentang kebenaran
universal.
 Teori Bowen terus berjuang untuk membuat kesinambungan teori-
teori yang lain yang telah di compromize sebagai contoh :
- alam/pemeliharaan, lelaki/wanita, dan penyakit fizikal/penyakit emosi
(Friedman,1991,m.s 136)
 Dalam kehidupan Bowen, beliau menghadapi kesukaran mengenai
asal-usul keluarganya sendiri,Hal ini telah membawa satu kesan
yang besar ke atas apa yang telah dicadangnya.Beliau telah
dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
kehidupannya sendiri (Anonymous,1972/Papero,1991)
Pengi kti raf an Yang Telah Diteri ma
 1978 – 1982, Originator and First President, American Family
Therapy Association.
 1985 June, Alumnus of the Year, Menninger Foundation.
 1985 Desember, Fakulty, Evolution of Psychotherapy
Conference,Erickson Foundation, Phoenix.
 1986 June, Graduation Speaker, Menninger School of Pcychiatry.
 1986, Governor`s Certificate, Tennessee Homecoming
`86,Knoxville.
 1986 October, Distinguished Alumnus Award, University of
Tennessee-Knoxville.
Andai an Ter hadap K el uarga
 Pada dasarnya Bowen telah menyatakan bahawa seseorang
individu itu hanya dengan memeriksa dan membetulkan pola yang
dipindahkan daripada generasi sebelumnya, mereka lebih
cenderung untuk mengulang tingkah laku dalam keluarga mereka
sendiri (Kerr,1988)
 Peluang jenis yang mempunyai pola berulang-ulang ini secara
khusus sama ada `terlalu bertindak secara emosional ( emosionally
over involved). Sebagai contoh `emosi terputus`(emotionally Cutoff)
iaitu terkenal melalui corak penghindaran daripada orang lain, sama
ada secara fizikal atau psikologikal. Bowen turut mengaitkan dirinya
dengan dengan sistem emosi keluarga.
 Kunci elemen terapi keluarga Bowen adalah terdapat satu
kebimbangan yang kronik dalam semua kehidupan kini yang datang
daripada lingkungan kehidupan yang lalu (Friedman, 1991,m.s 139)
kebimbangan ini berlaku secara emosional, fizikal dan dikongsi
bersama oleh semua protoplasme.
Sambungan…
 Sebahagian individu lebih mudah diserang kebimbangan berbanding
dengan individu yang lain kerana itulah cara generasi sebelumnya dalam
keluarga itu menyalurkan transmisi tersebut kepada
mereka.(friedman,1991,m.s 140)
 Hanya terdapat sedikit masalah sahaja yang dihadapi oleh individu atau
keluarga yang mengekalkan kebimbangan pada tahap yang rendah. Dalam
kes seperti ini, sistem emosi keluarga tidak diganggu. Bagaimanapun,
ditengah-tengah kebimbangan itu berlaku pola yang boleh diramal
berlaku.Green, Hamilton and Rolling (1986 m.s 189) telah membuat
kesimpulan berikut :
“Individu bersikap konsep kendiri yang rendah,menganggap diri mereka
tidak boleh dibezakan mudah tersinggung sehingga membawa kepada
tekanan pada diri.Lama kelamaan akan menyebabkan mereka lebih
cenderung untuk mengidap penyakit fizikal atau penyakit sosial dan
ketidakfungsian diri mereka akan menjadi lebih kronik apabila ianya berlaku.
Keadaan ini berbanding dengan individu yang mempunyai konsep kendiri
yang tinggi, mereka mampu menyeimbangkan emosi dengan kadar yang
cepat apabila tekanan hilang”
Ko nsep-k onsep A sas Terapi B owen

 Dalam memberi penekanan kepada kebimbangan yang kronik dan proses


emosi dalam keluarga dan masyarakat, Bowen telah menekankan 8 konsep
asas.
 Ahli terapi percaya bahawa pemahaman kepada konsep asas ini adalah
penting kerana ianya dapat membantu untuk rawatan keluarga.
 8 konsep asas (Bowen,1978:Kerr 1981) adalah seperti berikut :
1) Perbezaan ( Differentation )
2) Sistem Emosional (Emosional System)
3) Proses Transmisi Anekagenerasi (Multigeneration Transmission
Family)
4) Sistem Emosi Keluarga Nuklear (Nuklear Family Emotional Family )
5) Proses Unjuran Keluarga (Family Projection Process)
6) Segi Tiga (Triangles)
7) Posisi Persaingan Saudara Kandung (Sibling Position)\
8) Kemerosotan Masyarakat (Society Regresion) (Bowen,
1978;Ker,1981)
Perb eza an
 Merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengenali dirinya
sendiri berdasarkan asal-usul keluarganya secara emosional dan
intelektual.
 Terdapat dua elemen yang mengimbangi kehidupan:kekitaan /
kesepaduan dan individualiti.
 Peringkat/tahap perbezaan ini adalah berbeza antara satu individu
dengan individu yang lain yang boleh mereka capai dalam satu
masa dan konsep itu sendiri melambangkan sesuatu proses
(Bowen,1965)
 Tahap pembesaran adalah atas satu `Kontinum` iaitu dari satu
autonomi sebelah pihak yang memberi isyarat keupayaan berfikir
melalui situasi yang jelas kepada ketidakboleh bezaan sebelah
pihak yang lain,Situasi ini menandakan bahawa manusia adalah
bergantung secara emosional kepada keluarga mereka walaupun
tinggal berjauhan daripada mereka.
Sambungan perb eza an
 Sepertimana dalam beberapa kes, hubungan seperti ini digambarkan sebagai
`undifferentioted family ego mass` ( Bowen,1965,m.s 220) iaitu melalui proses
perbezaan ini sesebuah keluarga dan individu itu menjadi berubah. Lihat rajah
berikut
Peringkat rendah,kesepaduan antara emosi dan intelektual Peringkat tinggi , Perbezaan
diri individu

Poor Moderate Moderate-Good Good

Differentiation  Differentiation  Differentiation  Differentiation


Sambungan…
 Sesebuah keluarga yang menonjolkan sesuatu masalah yang sedia
ada mempunyai desakan terhadap beberapa pembentukan
generasi dengan membawa masalah yang sedia ada tersebut.
 Sebagai contoh, dalam sebuah perkahwinan, manusia lebih
cenderung memilih pasangan yang sama tahap iaitu kurang tahap
perbezaan latarbelakang keluarga, pendidikan, asal usul dan
sebagainya. (Bowen 1976)
 Dalam penyatuan menerusi perkahwinan ini, sesuatu sistem
emosional keluarga nuklear berkembang.
 Pasangan yang mempunyai personaliti diri yang tinggi boleh
membentuk dan mengekalkan keperibadian diri yang unggul dan
pada masa yang sama mempunyai kehebatan `mature non
threatening emosional closeness` (Bowen,1965,m.s 220)
 Sebaliknya pasangan yang mempunyai tahap pembezaan yang
rendah akan menghadapi kesukaran untuk membentuk intimasi
kerana telah membina `psuedo selves` sahaja iaitu kepura-puraan
semata-mata ,( Kerr,1988,m.s 43 ).
Sambungan…
 Psuedo selves sentiasa berubah-rubah mengikut situasi dan selalunya
mengakibatkan penyatuan diri kepada `common self` dengan cara
menghapuskan sempadan ego di antara mereka.
 Pasangan lebih cenderung menghasilkan anak-anak pada tahap
pembezaan yang sama seperti mereka, satu proses yang digambarkan
oleh Bowen sebagai Unjuran Keluarga ( Family Projection )
 ( Kilpatrick,1980 )
 Untuk mengelakkan kebimbangan, pasangan yang mempunyai tahap
rendah pembezaan diri akan menjaga jarak emosi mereka antara satu
sama lain.Lantaran apabila tahap kebimbangan semakin tinggi akan
mengakibatkan masalah seperti berikut:
1) Konflik perkahwinan
2) Penyakit fizikal dan penyakit emosi yang dialami salah seorang daripada
pasangan tersebut.
3)Projeksi masalah pasangan kepada anak-anak.
4) Kombinasi masalah di atas
( David,1979 )
Sambungan…
 Apabila bekerja dengan pasangan, Bowen melihat wujudnya
segitiga.Segitiga boleh berlaku antara manusia dengan manusia
dan benda-benda yang lain.
 Golongan yang berada dalam segitiga terdiri daripada a state of
calm between a comfortable twosome and outsider .
(Anonymous,1972).
 Sebahagian daripada segitiga-segitiga itu adalah sihat tetapi
sebahagianya adalah tidak.
 Kes yang mutakhir, segitiga-segitiga selalunya berurusan dengan
kebimbangan di mana ketegangan antara dua pihak ditujukan
kepada objek lain.
 Segitiga-segitiga pada asalnya di dalam keluarga melibatkan
seseorang anak dengan orang tuanya.Dalam situasi yang penuh
tekanan, kebimbangan tersebar daripada titik tengah segitiga di
antara keluarga kepada segitiga di luar keluarga terutama sekali
dalam sistem kerja dan masyarakat (Kerr,1988)
Cont oh segi ti ga

Ibu

Ayah

Anda
Sambungan…
 Berdasarkan kefahaman tersebut, dapat disimpulkan bahawa
mengapa keluarga Bowen bekerja untuk membantu manusia
terutama pasangan, memisahkan daripada intelek dan dalam
proses detriangulate. Mereka melakukan ini dengan cara menyoal
soalan-soalan dalam `sesi` berkaitan dengan pemikiran dan
membina satu bentuk pohon keluarga yang dipanggil `Genogram
Aneka Generasi` (Multigeneration genogram) yang akan
diterangkan nanti.
 Bowen juga menggunakan pendekatan dengan cara memberi
tugasan kerja rumah yang mengkehendakki individu melawat
keluarga mereka untuk belajar melalui aktiviti bertanya
(Bowen,1976)
 Bowen melihat manusia yang mempunyai ciri-ciri personaliti tetap
berdasarkan susunan tarikh lahir dalam keluarga
(Toman,1961).Semakin rapat sesebuah perkahwinan replicates
one`s sibling position` dalam keluarga asal, semakin baik peluang
pasangan itu mencapai kejayaan.
Sambungan…
 Sebagai contoh, jika anak lelaki bongsu berkahwin dengan
perempuan sulung, kedua-dua mereka harus mendapatkan lebih
penyelarasan kerana anak lelaki bongsu lebih suka diambil
perhatian (being taken care of) sementara anak perempuan
sulung lebih suka `mengambil perhatian`(taking care of)
sebagaimana yang dilakukan semasa dalam peringkat
pembesaran.
 Berdasarkan permerhatian proses yang dinyatakan, ahli-ahli
terapi cuba berusaha untuk saling memahami dan melihat
kembali apa yang telah berlaku dan bebas untuk memilih
bagaimana tingkah laku mereka pada masa kini.
Tekni k- tekni k Rawat an Ter api Kel uarga
Bow en
 Terapi keluarga Bowen memberi tumpuan terhadap peningkatan
pembezaan (keperibadian diri/keluarga dan
kepintaran/emosi).Pendekatan ini bukan berorientasikan teknik
kerana terdorong dan terikat oleh sesuatu teknik pada suatu
masa. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa prosedur yang
selalu digunakan iaitu :
1) Genograms
2) Kembali Ke Rumah Semula
3) Defriangulation
4) Hubungan Seseorang Terhadap Seseorang
5) Perbezaan Diri
6) Bertanya soalan
Genogr ams

Merupakan satu gambaran tentang sesebuah keluarga yang


berbentuk geometri, garisan dan perkataan (Sherman, 1993).
Ianya merangkumi maklumat berkaitan pekerjaan, kesihatan,
perkahwinan dan perkara lain dalam sesebuah keluarga,
termasuk perhubungan ahli keluarga lain sekurang-kurangnya tiga
generasi.
Melalui genogram ia dapat membantu seseorang dalam sesebuah
keluarga melihat dan memahami corak sejarah dan perkara yang
tidak mengancam oleh proses ini dan dapat membantu doktor
keluarga menggumpul maklumat sebnayak mungkin dalam
jangka masa yang pendek.Tambahan pula, genograms dapat
menambahkan “kesalingfahaman dan toleransi” antara mereka
dalam pembinaan genogram ini (Sherman,1993,m.s 91 )
Terapi Keluarga Bowen “menasihatkan kita supaya
kembali,kembali,kembali dan ke atas, atas, atas” pokok keluarga
mereka untuk melihat `pengitaran semula`.
Sambungan…
 Keadaan ini bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat malah
melahirkan perasaan dalam konteks dan persekitaran seseorang
yang wujud semasa proses pembentukan individu.
(White,1978,m.s 25-26) Proses ini menggalakkan pemindahan
tindakbalas emosi kepada pengenalan yang jelas.
 Data dalam genogram diteliti untuk :
- Pengulangan corak seperti segitiga,potongan dan pencantuman.
- Kebetulan tarikh seperti kematian atau umur berlakunya sesuatu
tanda penyakit.
- Kesan perubahan dan peralihan kitaran keluarga yang luar biasa
seperti perkawinan, kamatian dan kelahiran anak (Mc Goldrick
and Gerson, 1985, m.s 38).
Kem bali Ke R umah Sem ul a
 Dalam teknik “Kembali Semula Ke Rumah” terapi keluarga
mengarahkan individu atau ahli keluarga kembali ke rumahnya
untuk memahami lebih mendalam lagi keluarganya di mana
seseorang itu membesar (Bowen,1976).
 Idea teknik dapat memberi maklumat untuk seseorang beroperasi
dengan sepenuhnya dalam konteks keluarga di mana mereka
adalah sebahagian daripadanya. Sebelum pulang ke rumah,
seseorang itu perlu berlatih untuk belajar cara menenangkan diri
(Bowen 1976)
Def ri angulat ion
 Konsep ini merupakan proses yang berlaku dalam keadaan
perhubungan dan tahap emosi secara terpisah.(Kerr,1988,m.s 55)
 Proses ini berlaku dalam dua peringkat iaitu :
Peringkat pertama, seseorang individu menghilangkan
kegelisahannya terhadap keluarganya tetapi tidak menonjolkan
perasaan kepada orang lain.
 Peringkat kedua pula, Bowen menolong individu menjauhkan diri
daripada menjadi fokus bila ketegangan atau kegelisahan timbul
dalam sesebuah keluarga.
 Dalam prosedur ini, seseorang tidak akan menjadi tumpuan atau
dipersalahkan di mana ia akan diselubungi kegelisahan. Sebagai
contoh jika seseorang yang sentiasa rasional semasa
mengendalikan tekanan emosi,ia biasanya jarang menjadi fokus
oleh dua orang lagi. (Bowen 1972)
Sambungan…

 Manakala pada peringkat lain pula, keluarga dan ahli mereka


bebas ,menyuarakan pendapat dalam mengambil perhatian dan
cuba untuk bertindak (Piercy and Sprenkle,1986;Thomas,1992)
Hubungan Seseorang T erhadap Seseorang

 Dalam teknik seseorang kepada seorang, dua ahli keluarga


menghubungkan secara perseorangan terhadap satu sama lain
meliputi cara pergaulan iaitu mereka tidak bercakap mengenai
pihak lain (Triangling) dan tidak bercakap isu bukan individu itu
sendiri. (Piercy and Sprenkle,1986,m.s 11). Sebagai contoh
seorang bapa mungkin memberitahu anaknya, perbuatan kamu
mengingatkan saya sendiri semasa saya sebaya kamu” sebagai
tindakbalas, anaknya mungkin bertanya, “Saya tidak tahu hal
berkenaan kamu semasa kamu masih budak lagi, tolong beritahu
saya apa yang kamu telah buat dan apa perasaan kamu semasa
umur seperti saya.” Proses begini dapat menggalakkan
individuasi dan hubungan akan menjadi lebih rapat.
Perbez aan Di ri
 Perbezaan diri adalah bergantung kepada seseorang bertindak
sejauh manakah dia dapat memisahkan antara proses perasaan
yang subjektif kepada proses pemikiran yang lebih objektif
”(Gibson and Donigian, 1993,m.s 28 ).
 Prosedur ini melibatkan teknik yang telah dibincangkan bersama
antara ahli keluarga dan terapis.
 Kegagalan dalam membezakan manusia adalah diatasi oleh
sistem emosi diri akan menyebabkan pencantuman di mana “yang
automatik.”Dalam keadaan demikian, mereka akan “kurang
anjal,dan kurang menyesuaikan diri dan emosinya lebih
bergantung kepada persekitaran mereka”(Samber,L`Abate, and
Weeks,1985, m.s 43)
 Melalui generasi, kanak-kanak yang lebih terlibat dengan
pencantuman keluarga cenderung terhadap darjah pembezaan
diri yang lebih rendah (Bowen 1972)
Bert any a Soal an

 Sebahagian daripada teknik-teknik dalam terapi Bowen ialah


`bertanya soalan’
 Bertanya soalan merupakan tindakan yang berkesan dan alat
penting bagi ahli terapi Bowen.
 Perkara-perkara seperti kematian,kelahiran dan perkahwinan
memberi kesan tertentu terhadap keluarga
 Contohnya apabila berlaku kematian ahli keluarga,,hubungan
kekeluargaan mungkin akan terancam begitu juga dengan emosi
yang menjadi tidak stabil (Bowen,1976). Dalam hal ini pertanyaan
yang dilontarkan akan dapat menolong ahli keluarga yang terlibat
dalam masalah tersebut dan dapat mengenali ahli yang lain
secara lebih mendalam lagi.
Persamaan Ahl i T erapi Kel uarga Bowen
 Dalam model Bowen, perbezaan terapi adalah kritikal. Ahli terapi
perlu bertindak tenang dan membiasakan diri daripada keluarga
yang asas (Friedman,1991)
 Sifat neutral adalah tingkah laku utama yang pelu ditingkatkan
 Untuk berhubung dengan keluarga ahli terapi perlu melalui
perubahan emosi (Kerr,1981). Ideanya adalah jika ahli terapi tidak
melalui perubahan penting dalam rawatan keluarga dahulu,
mereka yang terlibat berhubungan dengannya tidak dapat
mengalami perubahan yang sihat.
 Selain menyelesaikan secara tersendiri perasaan mengambil
berat terhadap keluarga, ahli terapi Bowen selalunya terlibat
dalam melatih dan mengajar.
 Pada mulanya,aktiviti berlaku dalam keadaan berkenalan antara
ahli keluarga,terutama sekali individu dan pasangan, mereka
berbincang dengan ahli terapi atau satu sama lain supaya isu
yang beremosi tidak menyelubungi mesej dalam perhubungan.
Sambungan…
 Menurut Bowen, ahli terapi tidak seharusnya menggalakkan
mereka yang terlibat dan terlibat dan terperangkap dalam
perasaan emosi dan kekeliruan, tetapi mengajar mereka
mengatasinya dengan memberi contoh sebagai seorang yang
bersifat rasional, semulajadi dan dapat mengawal diri.
 Ahli terapi harus bertindak seperti dialog Socrates di mana
pengajar tersebut bertanya soalan dengan jelas sehingga pelajar
dapat berfikir sendiri (Wylie,1991,m.s 27)
 Melalui proses terapi ini terdapat perkaitan antara batasan dan
pembezaan isu daripada perspektif sejarah. Ahli terapi
mengarahkan individu mencari maklumat permulaan, bagaimana
pelbagai tekanan terhadap keluarga dapat ditonjolkan dan
sejauhmanakah keberkesanan keluarga tersebut menyesuaikan
diri terhadap tekanan semenjak dari permulaan. Maklumat
tersebut dapat digunakan untuk melukis genogram.
Sambungan…

 Dengan memeriksa pengalaman yang dinamik ini,ahli-ahli terapi


bertindak sebagai penjelas terhadap klien dalam menilai dan
bekerja melalui corak pelbagai generasi yang tercantum dan
terpisah. Seterusnya bahagian yang rumit akan dapat
diselesaikan.
Proses Terapi dan H asi lnya Bagi Terapi
Keluarga Bowen

 Menurut Bowen, hasil yang paling berjaya dilakukan adalah ahli keluarga
boleh memahami corak antara generasi dan memahami sejarah hidup
yang mempengaruhi cara mereka bertindak sekarang (Learner,1983)
 Pengetahuan yang mendalam tentang sejarah hidup ahli keluarga dapat
memudahkan ahli dalam keluarga memberi tumpuan sekiranya berlaku
perubahan terhadap ahli keluarga.(Smith,1991,m.s 25)
 Perubahan lazimnya berlaku bila ahli terapi membantu ahli keluarga
membezakan peranan antara satu sama lain dan fungsi masing-masing
dan interaksi antara ahli keluarga akan menjadi lebih
kukuh.(Bowen,1978).
 Pada sesi akhir rawatan, isu-isu mengenai corak perhubungan dan
ketidakselarasan antara ahli keluarga harus diselesaikan.Seseorang
individu harus menghubungkan antara kebebasan bertindak dengan
tahap pengetahuan dan corak melemparkan kemaharan kepada orang
lain harus diubah.(Kerr and Bowen,1988)
Sambungan…
 Model terapi keluarga Bowen mementingkan perubahan-
perubahan individu dan pasangan seluruh keluarga tersebut
selalunya tidak ketara.Sebaliknya tujuan individu adalah untuk
rawatan walaupun cara ini adalah lebih sistematik.
 Terai ini juga mementingkan perhubungan antara ahli dalam
keluarga disertai dengan cara terapi yang menuju ke arah
penambahbaikan dalam sistem perhubungan keluarga tanpa
mengira jumlah ahli keluarga yang terlibat dengan sesi rawatan.
 Sehubungan dengan itu, dengan mengubah seseorang ahli dalam
keluarga tersebut maka seluruh ahli akan dipengaruhi dengan
lebih baik oleh ahli yang menerima rawatan.
 Oleh kerana, kedua-dua pasangan suami –isteri adalah dua ahli
keluarga yang jelas dalam ego keluarga maka perubahan akan
cepat berlaku bila pasangan tersebut bekerjasama dengan ahli
teori psikoterapi keluarga.(Bowen,1965,m.s 220)
Sambungan…

 Keluarga tersebut memperbaikki fungsi masing-masing bila


pasangan tersebut lebih bersifat mementingkan kognitif.Walaupun
begitu ahli teori boleh menjalankan rawatan dengan semua ahli
keluarga atau dengan kehadiran seorang ahli keluarga
sahaja.(Bowen,1965,m.s 220)
Sambungan…
 Dengan sifat saling berkaitan antara teori dan terapi telah
menyebabkan para ahli teori keluarga lain menggunakan
pendekatan ini dalam menjalankan rawatan.
 Dalam rawatannya beliau sentiasa peka dan terpeinci dalam
mencadangkan arah haluan ahli dalam keluarga.
 Pusat rawatan yang ditubuhkan beliau di Georgetown adalah
untuk melahirkan para terapis yang mahir melalui pendekatan
yang beliau gunakan.
 Terapi keluarga Bowen amat sistematik, sentiasa dalam kawalan
penumpuan kognitif antara kerjasama antara sesama ahli. .
 Terapi ini tidak seperti terapis keluarga lain, terapi ini boleh
digunakan sepenuhnya untuk individu atau pasangannya.
Anal isa Masal ah K el uarga Cobb dan
Proses Rawat an

Latar belakang kelurga Cobb


Keluarga Cobb terdiri daripada keluarga 3 generasi iaitu terdiri daripada
ayah (David,45 tahun), ibu (Juanita,45 tahun), anak lelaki (James,16
tahun), anak perempuan (Anita,12 tahun) dan ibu Juanita (Lily,65
tahun).Ayah Juanita (Joan,meninggal 3 tahun lalu kerana sakit jantung).
Ayah David (Dan,70 tahun) ibu David (Rufhia,68 tahun) tinggal di bandar
berdekatan.
Pasangan David dan Juanita telah berkahwin selama 20 tahun. Seperti
ayahnya, David agak renggang dengan keluarganya kerana terlalu
memberi penumpuan kepada kerjayanya.
David berasal dari golongan kelas menengah.Dia mempunyai seorang
kakak, Daisy yang 3 tahun lebih tua daripadanya. Ayah David mengidap
penyakit darah tinggi tetapi ibunya seorang yang sihat.Juanita adalah
anak tunggal. Semasa berusia 13 tahun, ibu Juanita (Lily) hampir bercerai
dengan suaminya (John) selepas 20 tahun berkahwin. Juanita dan Lily
Sambungan…
Juanita dan Lily menjaga rumah dan keluarga manakala David
pula bekerja sebagai salesman di sebuah syarikat pengedar
barangan cucian.
Masalah yang menyebabkan keluarga Cobb ini mencari
pertolongan adalah kerana anak mereka, James (18 tahun) sering
pulang ke rumah lewat malam hingga menyebabkan pelajarannya
merosot. Dia pernah ditahan polis kerana merayau pada waktu
malam. David dan Juanita mensyaki James minum minuman
keras dan mengambil dadah.Wang dalam beg tangan Juanita
telah dua kali dicuri dalam beberapa minggu yang terakhir. Lily
pula menganggap James seorang budak yang tidak
bertangunggjawab.Apa yang menarik di sini nama cucunya
adalah sama dengan nama bekas kekasihnya yang hampir
meruntuhkan rumah tangganya. Anita pula tidak memperdulikan
James. Walaupun Anita seorang pelajar yang baik tetai
hubungannya dengan ibunya agak renggang.
Kons epsi Kel uarga Menurut Persepsi
Bow en
 Keluarga Cobb amat ketara dalam perspektif keluarga Bowen
kerana beberapa sebab iaitu:
1) Corak yang sama dalam konflik ibu-anak perempuan selepas
beberapa generasi .
2) Pihak lelaki dalam keluarga ini pula agak renggang dengan
pihak keluarga samada kurang meluangkan masa.
3) Terdapat isu yang menarik nama James adalah menyamai
nama kekasih neneknya yang hampir meruntukan rumahtangga
neneknya.
 Hal ini seperti kebetulan dalam sepanjang tempoh 20 tahun,
perkahwinan Juanita seorang lagi James muncul untuk memberi
masalah kepada mereka.
Proses Rawat an
 Lazimnya rawatan yang diberikan dalam mana-mana keluarga
menurut perspektif terapi Bowen selalunya melibatkan sama ada
individu atau pasangan. Dalam kes keluarga Cobb, terapi
menumpukan kepada unit kekeluargaan dan membantu keluarga
tersebut membuat Genogram. Genogram itu kemudiannya
disemak oleh juru terapi dan keluarga tersebut untuk merangka
corak keluarga.
 Selepas menganalisa corak kehidupan keluarga, ahli terapi
menumpukan perhatian bersama keluarga itu kepada isu yang
melibatkan masalah tersebut.
 Dalam kes keluarga Cobb wujud segitiga antara Lily, Juanita dan
James yang tidak berfungsi dengan betul. Ini dapat dikatakan isu
pepecahan `emosi`, dan David menjadi contoh dalam kes ini.
Sikap kurangnya berinteraksi dengan keluarga menyebabkan
wujudnya satu rongga dalam rumahtangga. Kesannya dapat
dilihat pada perangai James sekarang.
Sambungan…

 Oleh itu, kemahiran keibubapaan dan cara berinteraksi dengan


anak-anak perlu dititikberatkan , terutamanya yang berkaitan
dengan corak keluargaCobb yang terdahulu.
 Dalam usaha membantu keluarga Cobb, ahli terapi akan meminta
pasangan keluarga itu berbincang dari hati ke hati. Dalam hal ini
ianya dapat dimulakan dengan David dan Juanita berbincang
berkaitan rumahtangga mereka.Sementara perbincangan di luar
sesi boleh dibuat antara James dan David, Lili dan Juanita.
 Dalam perbincangan ini soalan secara (cognitif) amat digalakkan
terutamanya soalan yang tidak pernah disoal dahulu. Sebagai
contoh, hubungan sulit Lily.
 Secara keseluruhannya, melalui cara begini, keluarga terbabit
akan mula berubah sikap, kerana tuduh-menuduh dan
pertelagahan tidak wujud lagi. Cara yang betul untuk merapatkan
hubungan kekeluargaan dapat dimulakan dengan ahli keluarga
berinteraksi dalam posisi yang berbeza.
Kekuatan T erapi B owen


1) Terapi Bowen lebih memberi penekanan terhadap apa yang
berlaku pada masa silam,iaitu dengan menggalakkan sesetengah
keluarga atau ahli keluarga untuk meneliti masalah silam
dan bukannya masalah yang sedang dialami sekarang.Cara
yang sebegini amat berkesan dalam membantu ahli keluarga
terbabit dalam memulihkan hubungan kekeluargaan yang
bermasalah.
2) Selain itu,aspek yang menjadikan Terapi Keluarga Bowen ini
unik daripada terapi lain iaitu memaparkan satu pendekatan dan
pradigma yang tersendiri. Justeru itu keberkesanan pendekatan
ini tidak harus dipertikaikan lagi.
Kel emahan Teori

Walaupun terdapat kelebihan dalam pendekatan terapi Bowen ini.


Terdapat juga kelemahan dalam terapi ini iaitu:
1) Rawatan kepada pendekatan ini melibatkan kos perbelanjaan
yang tinggi.Tidak semua orang mampu melaburkan wang yang
banyak dalam proses melalui pendekatanBowen ini.Seperti terapi
psikoanalisis, hanya segelitir kecil sahaja orang mendapat faedah
menerusi pendekatan ini.
Kes impulan
 Psikoanalisa dan terapi keluarga Bowen adalah dua cara yang
sering digunakan apabila menghadapi masalah keluarga. Terapi
keluarga psikoanalisa dimulakanoleh Nathan Ackerman dimana
ianya menggunakan prinsip psikoanalisa individu kepada
keluarga. Cara ini membolehkan keluarga terlibat lebih dihormati
dan digemari oleh ramai psikologis.Murray Bowen dalam bidang
psikoanalisa mencipta pendekatannya yang tersediri dalam
menolong keluarga terbabit yang melibatkan pasangan
berdasarkan pengalaman lampau beliau dan eori psikoanalisa.
 Kedua-dua cara tersebut memberi penekanan kepada pentingnya
kuasa perasaan dalaman dalam kehidupan keluarga.
 Terapi keluarga yang berorientasikan psikoanalisa menenkankan
kerjasama dengan individu dalam keluarga
 Teori Bowen adalah sistematik walaupun klien utamanya adalah
individu dan pasangan. Ianya menekankan kepada pentingnya
melihat sejarah lampau antara generasi.
Sambungan…

 Pendekatan Bowen menggunakan strategi kognitif untuk


menolong pasangan dan ahli keluarga, manakala ahli terapi
keluarga psikoanalisis berorientasikan dalaman (perasaan).
Dalam kedua-dua pendekatan ahli terapi bertindak sebagai
jurulatih dan guru walaupun cara rawatan dan keputusannya
berbeza.
 Secara keseluruhannya, kedua-dua pendekatan adalah terperinci,
iaitu menumpukan hasil dalam jangka masa panjang. Ianya
menekankan perasaan dalaman dan memerlukan pelaburan
masa dan sumber yang banyak.
 Teori Bowen juga menumpukan perhatian kepada keputusan dan
hasil yang memberi klien mengenali corak hubungan keluarga
yang terputus yang telah terjadi dalam generasi keluarga mereka
meliputi individu dan keluarga.
Sek ian,
Terim a k asih

You might also like