P. 1
Peranan Wanita Dalam Pembangunan Negara

Peranan Wanita Dalam Pembangunan Negara

|Views: 563|Likes:
Published by RoZaiNi

More info:

Published by: RoZaiNi on Aug 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2013

pdf

text

original

1.0 PENDAHULUAN Sesungguhnya penciptaaan manusia adalah lengkap dan sempurna sebagaimafirman Allah s.w.

tyang bermaksud : ´Sesungguhnya aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu,sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain..µ Surah Al-Imran ,ayat 195. Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa: ´Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang ´. Jelas Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan yangsama rata tanpa membezakan antara agama,bangsa dan jantina seseorang.Di sudut Islam,martabat kaum wanita tidak pernah dipandang rendah tetapi tidak pula menyamakan antara lelaki dan perempuan.Apa yang penting Isalam menghormatikaum wanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi mengikut lunas-lunas Islam. Pembangunan berasal dari perkataan ¶bangun· iaitu bererti bangkit atau berubah kedudukan ataupun berlakunya transformasi.Proses transformasi ini melibatkan individu ataupun masyarakat secara progresif.Perkataan transformasi ini juga merujuk kepada manusia dan perubahan yang dialaminya secara berperingkat-peringkat ke arah kemajuan. Dalam memastikan pembangunan berjalan dengan

lancar, maka peranan wanita tidakboleh diketepikan.Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosialdan

0 juta keluarga menjadikan peranan wanita hari ini amat besar. tetapi segalanya-galanya berubah sesuai dengan 50 tahun kemerdekaan yang dicapai oleh negara. Indra Ghandi. Pencapaian pendidikan yang lebih tinggi mendorong penyertaan wanita dalam tenaga buruh dan pelbagai aktiviti perniagaan. Datuk Dr. . Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8).Nama-nama sepertiMagaret Thatcher.Jumlah wanita yang mewakili separuh daripada penduduk Malaysia iaitu sebanyak 13. Benazir Bhutto.Kaum wanitatelah diberi peluang dalam memegang beberapa portfolio dalam kabinet seperti Datin PadukaRafidah Aziz. Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Datin Paduka Zaleha Ismail.usahaakan diambil untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memastikan penyertaan wanita yang lebih berkesan dalam pembangunan negara. wanita telah memberikan sumbangan yang ketara kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.Jika dahulu. wanita sering dikaitkan dengan suri rumah.Wanita akan dilengkapkan dengan pengetahuan yang sesuai menjadikan mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan.1 juta dan membentuk hampir5. Corazon Aquino.Senario kepimpinan wanitadalam sesebuah negara telah merebak ke dalam sistem pentadbiran di Malaysia.politik di kebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. danlain-lain sudah menjadi sinonim kepada pemimpin-pemimpin dunia. Penglibatan dan sumbangan wanita dalam pembangunanekonomi Negara sememangnya tidak dapat disangkal. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Sirimavo Bandaranaike.

Dalam bidang politik dan pemerintahan status kaum wanita telah bertambah baik dan jika dilihat dalam perkembangan status mereka sama tinggi dengan lelaki. organisasi. bukan lagi isu yang mencengkam wanita pada hari ini.Justeru. membela ayam itik dan lain-lain sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok dalam kehidupan keluarga dan masyarakat keseluruhannya. mahupun negara.Dalam membangunkan keluarga masing-masing.Samaada dunia ini adil atau tidak.Semakinbertambahnya penglibatan wanita dalam tenaga kerja dan meningkatnya pendapatan dan kekayaan mereka maka. umpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah untuk membantu suami mereka seperti menyemai. integrasi ekonomi dunia atau globalisasi ekonomi. . 2. baik dalam hal rumah tangga.Ini dapat dilihat daripada jenis-jenis tugas yang mereka lakukan. Dengan kebanjiran tenaga kerja wanita yang bermula kira-kira dua dekad yang lalu dan kini semakin bertambah dalam hampir-hampir semua bahagian dunia. mengubah dan menuai. beriringan dengan kemajuan teknologi yang pesat telah membentuk realitiekonomi kaum wanita dalam pelbagai cara. wanita zaman tradisional menjalankan tugas seperti mencucuk atap.Ini dapat dilihat apabila kaum wanita diberikan hak mengundi seawal-awal usia penubuhan negara kita ini. peranan wanita semakin berpengaruh.0 PERANAN DAN FUNGSI WANITA DI MALAYSIA Dalam masyarakat tradisional. peranan kaum wanita adalah terhad kepada peranan pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. wanita mula mengorak langkah mengharungi cabarannya untuk memastikan kehadiran dan bakat mereka disedari dan diiktiraf.

3. teman sosial.Ini termasuklah di dalam bidang politik negara supaya sistem perundangan dan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar tanpa wujud sebarang pertelingkahan serta bangkangan yang boleh membantutkan pembangunan negara.Pada masa dahulu peranan dan fungsi kaum wanita dalam bidang ini amat terbatas.Berbagai perubahan telah.Oleh yang demikian penglibatan semua pihak adalah amat diambil berat untuk .Walaupun jumlah pekerja-pekerja wanita ramai. Perubahan pada peranan ekonomi mempunyai kesan yang amat besar dan meluas terhadap kaum wanita yang terlibat dari segi peranan dan fungsi sosial.0PERANAN WANITA DARI SUDUT POLITIK Menerusi cetusan ideal Wawasan 2020. sedang dan akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.Nilai sosial lama masih lagi menganggap wanita sebagai makhluk yang dicipta untuk kesenangan kaum lelaki di mana timbulnya institusi-institusi ekonomi moden yang khusus memperdagangkan wanita seperti pelacuran.Jumlah wanita yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan maupun swasta semakin bertambah dan begitu juga pembahagian pendapatan. ternyata hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju begitu tinggi sekali.Dalam bidang ekonomi.Peranan wanita sebagai isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumah dan keluarga dan lebih utama lagi mereka berjaya menentang diskriminasi . hampir keseluruhannya termasuk pada peringkat pekerja-pekerja kurang mahir mendapat jumlah gaji yang kecil sahaja. adalah bidang yang sudah diterokai oleh kaum wanita dan di mana kaum lelaki agak bersikap liberal dalam membuka pintu kepada kemasukan dan penyertaan wanita. kelab-kelab khusus dan lain-lain.

Dan ini tidak terkecuali penglibatan kaum wanita di dalam pembangunan negara.Oleh yang demikian apabila wanita melibatkan diri di dalam politikmenyebabkan penyertaan mereka di dalam bidang-bidang di luar rumah tangga untuk bersamadengan masyarakat untuk turut sama menyumbangkan kepada pembangunan negara.Setiap manusia yang berkecimpung dalam bidang politik memerlukan diri mereka terlibat dengan masyarakat. Oleh yang demikian jika diteliti akan peranan yang boleh diberikan oleh wanita dalam membangunkan negara khususnya dari segi politik antaranya ialah wanita itu boleh menjadi penasihat kepada suami mereka.Ini dapat kita lihat jika seseorang wanita itu bersuamikan orang politik maka ianya boleh melibatkan dirinya secara tidak langsung dengan member nasihat dari segi keputusan yang telah dibuat atau dilaksanakan oleh suaminya yang mungkin tidak bersesuaian dengan kaum wanita yang mungkin tidak sesuai dengan pembangunan. Menurut sebahagian ulama.menguruskan pembangunan negara. Apabila membicarakan politik. Imam Al-Ghazali mendefinasikan politik sebagai suatu kehidupan manusia. politik amat berkait rapat di antara individu dengan masyarakat.Justeru.Sebagai isteri mereka boleh memberi pandangan bahawa peraturan yang dilaksanakan itu mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak pembangunan masa kini yang mahukan kaum wanita sama-sama melibatkan diri dalam arus pembangunan negara. Sebagai contoh mungkin di setengahsetengah negeri tidak membenarkan kaum wanita melibatkan diri mereka secara aktif dalam bidang perniagaan yang bertentangan dengan ajaran agama dan adat sopan. wanita boleh berpolitik termasuk menjadi wakil rakyat sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.Malah dalam sejarah sendiri telah tercatit bahawa khalifah Umar ibn Al khatab juga pernah mendapat nasihat dan teguran dalam melaksanakan undang-undang dan pentadbiran negara dari .

w.Dari perspektif Islam. bersabda.Sekalipun sasaran 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat dasar masih belum mencapai matlamat.suara wanita diambil kira.Melalui NGO juga mereka boleh membantu membangunkan negara dengan memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat terutamanya mengemaskinikan undang-undang dan akta-akta yang boleh mengawal kemakmuran. 4. sosial. "mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam. wanita boleh melibatkan diri untuk membangunkan negara secara aktif melalui pelbagai pertubuhan NGO seperti PERTIWI dan HAWA. Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Demikian juga.0PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN Wanita memainkan peranan yang penting di dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan. iaitu kementerian yang khusus dalam menjaga hal-ehwal dan pembangunan wanita turut diberi tempat dalam barisan kabinet kepimpinan negara. lelaki dan perempuan". budaya dan ekonomi. . keupayaan wanita memberikan kerjasama membangunkan negara amat membanggakan. Rasullullah s. Islam telah menyebarkan dasarnya dengan jelas mengenai wanita di dalam segala aspek kehidupan terutamanya di dalam bidang pendidikan. Dasar ini telah ditegaskan sejak kemunculan Islam pada abad ke enam Masihi. keagamaan.kaum muslimah pada masa zaman pemerintahan khalifah.pertubuhan inilah mereka boleh menyalurkan pelbagai idea dan cadangan dalam usaha untuk membangunkan negara sama ada dari segi pendidikan.Ini menunjukkan peranan wanita dalam pembangunan sesebuah negara adalah tidak boleh disisihkan dan diketepikan. Kementerian Pembangunan Wanita. Wanita terus diberi kepercayaan oleh kerajaan dalam perkongsian kuasa dan pembuat keputusan sama ada dalam bidang politik atau ekonomi .Sesuai dengan perkembangan zaman dan tuntutan semasa.a.Melalui pertubuhan.

dan ianya masih terpakai dan terus menjadi tunjang kepada dasar pengajaran Islam hingga ke hari ini.dalam sidang kemuncak yang bertemakan ´Wanita Nadi Pembangunanµ. Peningkatan tahap pendidikan ini sudah tentu memperlihatkan keupayaan wanita dalam memberikan kerjasama membangunkan masyarakat dan ekonomi negara.Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani. Sesuatu bangsa akan berjaya apabila wanitanya mendapat pendidikan yang lengkap dan tinggi harga diri dan akhlaknya kerana kehalusan sifat wanita serta ketajaman perasaan seseorang ibu boleh memindahkan segala kebaikan yang ada padanya untuk . Islam bukan sahaja meletakkan wanita di tempat yang paling wajar sebagai manusia dan sebagai teman hidup bagi seorang lelaki.Sebab itulah dari satu aspek.Justeru bagi alaf abad ke21 ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan . Berdasarkan petikan ucapan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Wanita berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. kini nisbah menunjukkan jumlah tersebut telah melangkaui jumlah pelajar lelaki dengan 61: 39.Namun demikian.pada tahun 1959 golongan wanita yang bergelar siswazah di Universiti Malaya hanya 77 orang atau 10. wanita lebih penting diberi pengajaran atau pendidikan yang secukupnya kerana kaum wanita merupakan pendidik atau guru yang paling layak untuk mendidik anak-anak dan anak bangsa mereka.7 peratus. tetapi Islam menghargai sifat kehalusan dan ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak untuk memegang tugas sebagai seorang pendidik dibandingkan dengan kaum lelaki.

biarlah kaum lelaki tidak begitu dipentingkan pendidikannya. Nik Safiah Karim (1976). Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Pengetua. kerana wanita-wanita itulah kelak akan mendidik kaum lelaki". Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Penerangan dan Penyelidikan. Peranan wanita dalam bidang pendidikan di Malaysia. Sejak kebelakangan ini.Untuk merealisasikan peranan wanita sebagai seorang pendidik. Kementerian Sumber Manusia. wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia. Kebanjiran wanita di maktab-maktab perguruan memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian.diwarisi oleh anak-anaknya. jumlah peratusan kaum wanita yang memegang jawatan penting di dalam sektor pendidikan adalah kecil.Siva Subramaniam. maka sebuah maktab telah ditubuhkan untuk wanita pada tahun 1935 iaitu Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun. boleh dilihat dengan kemunculan maktab-maktab perguruan. "bila pendidikan telah begitu lengkap bagi wanita. Maktab Perguruan Batu Pahat sehingga April 1997 menunjukkan bahawa pelatih perempuan lebih ramai dengan jumlah 471 orang berbanding dengan pelatih lelaki hanya 182 orang. terdapat 68% wanita terlibat di dalam sektor pendidikan.Lebih 75% wanita merupakan pelatih-pelatih dikebanyakan maktab perguruan.Sebagai contoh Enrolmen Guru Pelatih dan Peserta Kursus.Menurut N.Menurut seorang ahli falsafah Islam. Melaka. terdapat 5% sahaja kaum wanita yang memegang jawatan penting di dalam bidang pendidikan seperti Pegawai Pendidikan. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia. di dalam ceramahnya anjuran Pertiwi di Kolej .Menurut Dr.Wanita perlu mendapatkan pendidikan tinggi bagi menjamin keberkesanan peranannya sebagai salah satu daripada tunjang pembangunan negara terutamanya dalam bidang pendidikan.

antara lain berkata. wanita merangkumi hampir-hampir separuh daripada sumber tenaga kerja. Di negara kita. Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan bahawa ketekunan dan sifat rajin wanita sahaja tidak dapat membantu mereka untuk terus berdaya saing terutama dalam arus globalisasi.Penglibatan wanitadalam ekonomi telah meningkat tidak hanya pada emansipasi (pembebasan dari prasangkadan kongkongan) malah mengambil berat akan keperluan ekonomi.7 juta ( 46. Keluarga dan Masyarakat.Perumpamaan ´tanganwanita yang menghayun buaian boleh menggegarkan duniaµ dapat dilihat sebagai gambaranyang paling tepat untuk menggambarkan kesungguhan wanita di negara ini.7 peratus ) pada tahun 1995kepada 3. ilmu pengetahuan serta kepandaian adalah menjadi tunjang bagi memastikan pada akhirnya kejayaan menjadi milik mereka. . bukan sebagai kegunaan untuk hidup sempurna". kalau orang berbicara A wanita yang terpelajar boleh menyambung kepada B dan terus kepada Z. Wanita terpelajar dapat bertindak dalam apa jua keadaan.Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.1 peratus ) pada tahun 2006.7 juta (44.Kekayaan. PERANAN WANITA DALAM EKONOMI Ekonomi merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara.Fakta ini membuktikan bahawawanita telah memperkayakan bidang masing-masing dan memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonominegara. Menteri Pembangunan Wanita. "perbezaan antara wanita berilmu dengan wanita terpelajar amat jauh. sebaliknya bagi wanita berilmu.Wanita telah memainkan peranan yang besar dalam aktiviti ekonomi duniadan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif. khususnya bagimemastikan kestabilan negara dan kedudukan ekonomi negara yang kukuh.Sebaliknya. pelajaran hanya menjadi tiket untuk mendapatkan pekerjaan.Penglibatan tenaga wanita dalam pasaran kerja telah meningkat daripada 2. status dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kepesatan ekonomiyang dialaminya.

Daripada keseluruhan usahawan itu.Mereka ini mewarisi bakat wanita-wanita Islam pada zamandahulu seperti Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Shifa· binti Abdullah yang merupakan contoh dua orang peniaga dan pengurus perniagaan .Antaranya zakat pendapatan. dengan sumber pendapatan yang ada mereka bukan sahaja boleh membantukeluarga. malahan juga berperanan untuk membantu masyarakat Islam yang memerlukan. zakat emas. lebih daripada 82 000 orang atau 16peratus dimiliki oleh wanita. zakat perniagaan.Oleh itu tidak hairanlah ketika ini. perkilangan dan pertanian dengan 99.Menunaikan zakat bukan hanya memenuhi tuntutan sebagai seorang Islam tetapi perlu difikirkan tentang manfaat dalam menyuburkan dan membersihkan pendapatan dan kehidupan. ramai wanita yang mempunyai pekerjaankerana masing-masing memerlukan sumber pendapatan untuk membantu ekonomi keluarga. Menurut bancian Jabatan Statistik 2006.Penglibatan diterima sebagai kaum wanita sebagai pencari rezeki sudah Islam suatu realitidalam kos kehidupan masyarakat yang moden.terdapat 518 000 orang usahawan dalam sektorperkhidmatan. zakat saham dan sebagainya. Tidak ketinggalan bagi wanita-wanita yang berniaga.Di sinilah wanita-wanita yang bekerja memainkan peranan untuk turut sama membangunkan ummah terutamanya dari segi pembangunan ekonomi masyarakat yang masih dikekang kemiskinan. Memperoleh pendapatan daripada sumber yang bersih akan lebih berkat sekiranya kewajipan zakat itu dapat ditunaikan.1 peratus terdiri daripada usahawan kecildan sederhana.Pelbagai jenis zakat yang boleh dikaitkan dengan seorang wanita.Mungkin kerana semakin meningkatterutamanya di bandar menyebabkan kaum wanita harus sama-sama keluar mencari rezekiuntuk keluarga. semakin ramai wanitayang menjadi usahawan berjaya.Dewasa ini.Namun begitu.

Jelasnya apabila kita membicarakan soal tanggungjawab sosial dalam pembangunan negara ini. sebagai tanda terima kasih kerajaan atas usaha yang dijalankan oleh golongan wanita. ianya harus diukur dari segi tahap kemampuan warganegara terutama kaum wanita. maka Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan pada 1976. Akan tetapi wanita perlu juga diberi tempat dalam membuat sesuatu keputusan dasar terutamanya dalam bidang sosial.t.Berjaya dan cekap.Lantas. penglibatan wanita dalam membangunkan ekonomi memang disedari. tetapi nilainya tetap besar di sisi Allah s.Selaras dengan ini.w. sumbangan mereka kecil. kaum wanita perlu bangkit dengan wajah baru bagi mendapatkan hak yang sewajarnya dalam masyarakat.Walaupun. tidak hairanlah jika ada di antara usahawanusahawan ini mampu untuk mengeluarkan zakat perniagaan untuk ¶dikongsi· bersama asnaf yang memerlukan. turut menuntut kaum wanita agar membuat keputusan yang selaras dengan kehendak komuniti. . Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) pula ditubuhkan pada tahun 1983 yang berfungsi untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi faedah wanita. PERANAN WANITA DALAMPEMBANGUNAN SOSIAL.Selain itu. Secara dasarnya.Oleh itu.Perubahan minda dan gaya hidup masyarakat.Wanita bukan lagi sebagai pendukung dan penyokong kepada setiap keputusan yang diambil oleh kaum lelaki. Pembaharuan yang dicapai oleh negara sekaligus menuntut perubahan dalam apa jua tindakan yang diambil.Kecenderungan wanita-wanita kini untuk berniaga tidak wajar dipertikaikan dan keupayaan mereka untuk merealisasikan impian menjadi usahawan yang berjaya tidak harus diperlekehkan.Penubuhan ini bertujuan menterjemahkan pelan tindakan sedunia tentang wanita dalam pembangunan negara.

Peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji. oleh kerana dengan adanya pengetahuan sains perubatan yang dapat mencipta alat-alat pencegah kehamilan. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang bertemakan "Wanita Alaf Baru Abad ke 21". Datuk Dr.Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga.Memang tidak dapat dipersoalkan lagi bahawa peranan kaum wanita dalam pembangunan yang berperspektif sosial perlu di teliti.Tugas sebagai ibu dan jentera penambah zuriat juga telah mengalami perubahan dalam erti kata wanita tidak lagi menyerahkan nasib mereka bulat-bulat kepada takdir. kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak di tangan mereka.Ini kerana ianya akan menentukan ke manakah arah perkembangan anak-anak yang kebanyakkannya dididik oleh kaum wanita yang digelar ibu. pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka. wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggugjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman.Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Hari ini para isteri moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu.Seperti mana yang diulas oleh . kemurnian dan tatasusila seorang wanita. Peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat dimajukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Oleh itu peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat jelaslah amat penting dalam membangunkan ummah serta negara.Ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran.

Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk pada pembangunan ekonomi tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial. Dengan senario sosial yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini. berwibawa dan berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. pembangunan dari . Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini. yang mengatakan tugas dan peranan ibu adalah penting dalam menghalang anasir dan unsur yang cuba untuk mempengaruhi pemikiran dan budaya anak-anak. sahsiah dan perpaduan ummah.Untuk itu.0 KESIMPULAN Peranan kaum wanita amatlah besar dalam sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki dalam pembangunan negara.Dr.Ini bertepatan dengan pandangan Senator Kamilla Ibrahim dalam menjawab persoalan Bicara Wanita 1 anjuran Biro Perpaduan dan Pembangunan Wanita Umno yang menyatakan bahawa perspektif yang berlandaskan sosial dalam pembangunan wanita adalah penting sebagai kuasa pembentukan ketamadunan. kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat.Rasanya tidak lengkap sekiranya tugas pembangunan negara hanya disandarkan di bahu kaum Adam kerana maksud pembangunan itu sendiri adalah amat luas. 7. tidak mustahil mereka mampu membentuk satu generasi yang matang. Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM).Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman tradisional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang dicapai. Muhammad Nur Munaty.

Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu.Justeru . ia tetap tidak masin melainkan ia sudah mati dan digaramkan.Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Sememangnya perbezaan fizikal wanita akan menyebabkan perbezaan tugas dan tanggungjawab dari pandangan umum.unsur-unsur yang melibatkan faktor-faktor sosial memerlukan tindakan dan perjuangan yang lebih berani dari kaum wanita. kemahiran pekerjaan kepimpinan dan sebagainya. Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun dalam sesetengah keadaan golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita.Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain. jika dicampakkan ke laut masin. wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan.Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan.Melalui ilmu.Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap. Justeru untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu. umpamanya seekor ikan. memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang. Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan.Keimanan menjadikan wanita kebal. seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah pembangunan negara.

tempat kerja.kita harus ingat bahawa tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rasional. . ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin. Seterusnya insan inilah yang bakal mewarnai dan menerajui pembangunan tamadun Islam yang cemerlang dan gemilang serta di redhai Allah s.w.Peranan mendidik generasi serta kerjasama semua pihak samada dalam keluarga.t.Wanita sebagai isteri.Kita tidak harus meletak wanita sebagai golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. jiran tetangga dan masyarakat setempat perlu diperhebat untuk menjadikan wanita kepada penyumbang pembangunan negara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->