You are on page 1of 5

Lukisan hamparan merupakan lukisan kerja yang dilakukan dengan melukis pola kesemua permukaan sesuatu objek.

Ia menunjukkan bentangan objek tersebut. Lukisan pola biasanya dibuat terus ke atas kepingan logam atau kadbod dan apabila pola ini dilipat dan dicantumkan hujungnya, ia akan membentuk bongkah yang dikehendaki

Lukisan hamparan Terdapat dua cara melukis lukisan hamparan iaitu: 1. Lukisan hamparan kaedah selari- untuk menghasilkan objek yang permukaannya rata 2. Lukisan hamparan kaedah jejari- untuk menghasilkan objek yang permukaannya melengkung Lukisan hamparan kaedah selari Kuboid, kubus dan silinder merupakan contoh yang sesuai dilukis menggunakan kaedah selari. Kubus berbentuk segi empat sama dan mempunyai permukaan yang rata. Cara melukis hamparan bagi bentuk kubus: 1. Lukis pandangan pelan dan pandangan hadapan 2. Unjurkan garisan mendatar dari pandangan hadapan ke sebelah kanan (PQ dan RS). 3. Pindahkan segala ukuran yang diperlukan dengan menggunakan jangka lukis ke atas garisan hamparan dan ulangi dengan pandangan pelan.

4. Buat garisan menegak di B dengan 2 dan C dengan 3. Pindahkan jarak AB ke titik menegak tersebut menggunakan jangka lukis.

5. Sambungkan semua titik yang dilukis dengan garisan objek. Hitamkan semua garisan.

Cara melukis hamparan bagi bentuk silinder 1. Lukiskan pandangan pelan silinder mengikut skala penuh dan bahagikan pelan kepada 12 bahagian yang sama besar menggunakan sesiku T dan sesiku set. 2. Unjurkan garisan selari ke sebelah kanan (AB dan CD). 3. Setkan jangka lukis dan ukur satu daripada garisan menegak. Seterusnya pindahkan kepada 12 bahagian berikutnya. Binakan tapak dan penutup bagi silinder.

Lukisan hamparan kaedah jejari Lukisan kaedah jejari ini sesuai digunakan untuk melukis kon dan piramid. Cara untuk melukis hamparan bagi kon ialah:
RAJAH LANGKAH LANGKAH 2 Bina separuh bulatan dengan menggunakan jarak condong kon RAJAH

LANGKAH LANGKAH 1 Lukiskan pelan dan pandangan hadapan kon Bahagikan pelan kepada 12 bahagian dengan menggunakan sesiku set 30o/60o dan sesiku T

LANGKAH 3 Pindahkan pembahagian 12 bahagian pelan kepada separuh bulatan

LANGKAH 4 Buat satu garisan lurus dari pusat separuh bulatan ke poin akhir pembahagian

LANGKAH 5 Bina tapak untuk kon

Cara untuk melukis hamparan bagi piramid adalah seperti berikut:


RAJAH LANGKAH LANGKAH 2 Bina separuh bulatan dengan menggunakan jarak condong piramid RAJAH

LANGKAH LANGKAH 1 Lukiskan pelan dan pandangan hadapan piramid

LANGKAH 3 Pindahkan jarak setiap sisi piramid kepada separuh bulatan

LANGKAH 4 Buat satu garisan lurus dari pusat separuh bulatan ke poin akhir pembahagian dan garisan antara setiap poin tersebut

LANGKAH 5 Bina tapak untuk piramid

You might also like