P. 1
Etika Berpakaian Menurut Islam

Etika Berpakaian Menurut Islam

|Views: 433|Likes:

More info:

Published by: Ahmad Bin Yusof Liey on Aug 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/01/2014

pdf

text

original

ETIKA FESYEN BERPAKAIAN MENURUT ISLAM Isi kandungan Prakata Pendahuluan Definisi Hukum menutup aurat Batas-batas

Aurat Lelaki Dan Wanita Ketika Dihalayak Ciri-Ciri Pakaian Wanita Mengikut Sunnah Kesalahan-kesalahan Menutup Aurat Hikmah Menutup Aurat Kesimpulan Lampiran Rujukan muka surat

Prakata Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnianya,tersempurnalah tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas saya Daripada modul KAJIAN PERSOALAN FIQH SEMASA(PPPG3283) dengan tajuk Tugasan yang telah diberikan kepada pelajar PBJJ,semester 7,sesi SEP-JAN 2010/2011. Terima kasih diucapkan kepada tutor PBJJ UKM Kota Bharu Yang Bhg.Ustaz Abdul Basir b. Mohamad yang telah memberikan garis panduan dan bimbingan untuk menyiapkan tugasan yang terlah diberikan. Saya memohon maaf sekiranya ada cacat dan cela persembahan tugasan saya ini. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada Kelemahan saya sendiri. Semoga segala manfaat daripada isi pengajian ini akan menambahkan ilmu Saya untuk meneruskan wadah sebagai anak bangsa yang berwawasan. Sekaligus Memartabatkan lagi profesion perguruan yang menjadi kerjaya saya selama ini.

Sekian,terima kasih. Yang menjalankan tugas, MAZNI BT MOKHTAR(G75127) Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian(Syariah)

ETIKA FESYEN BERPAKAIAN MENURUT ISLAM Pendahuluan Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syarak. Definisi Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang aurat kerana dalam islam pakaian dan aurat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi bahasa, aurat itu berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.Menurut istilah syarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.

Hukum Menutup Aurat Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan hadis. Diantaranya firman Allah S.W.T : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka,atau saudarasaudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,atau anak bagi

saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuanislam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"(surah anNur:31). Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah An-Nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujah akal, walau sehebat mana logoknya hujah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan. Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu. Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersendasendakan hukum Allah jelas memperlihatkan kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik larangan-larangan Allah yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan.Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas.

1. Syeikh Abdullah Bin Muhammad Basmeh, Bahagian Hal Ehwal Islam .Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Cetakan :1988. 2. Berita metro

Batas-batas Aurat Lelaki Dan Wanita Ketika Dihalayak Umum Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita. Kemeja-T dan seluar yang terlalu ketat sehingga kelihatan bentuk badan dan pakaian yang terlalu nipis, tidak boleh dianggap pakaian Islam kerana ia tidak mampu menutup aurat dengan sempurna. Demikian juga pakaian yang bertulis kata-kata yang tidak manis disebut seperti I Love You, Kiss Me dan sebagainya, tidak sesuai dipakai sama ada oleh wanita atau lelaki Islam, kerana tulisan itu memberi erti yang negatif dan bertentangan dengan nilai-nilai dan adab sopan Melayu dan Islam. Aurat wanita Islam yang wajib ditutup supaya tidak dilihat lelaki yang bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badannya, kecuali muka, dua tangan dan dua tapak kaki menurut sesetengah pendapat. Saya setuju dengan pendapat ini kerana ia sederhana dan tidak menyulitkan wanita. Ada beberapa pendapat lain turut menyatakan hukum dan batas-batas aurat wanita, misalnya kewajipan menutup aurat itu hanya khusus kepada isteri-isteri nabi. Wanita biasa dan bukan isteri nabi tidak wajib menutup aurat seperti yang disebutkan di atas, kerana tiada dalil menyebutkan dengan jelas bahawa mereka juga dikehendaki menutup aurat. Selain itu, ada lagi pendapat yang agak keras iaitu wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali sebelah mata kiri sahaja yang harus dibuka bagi keperluan bergerak ke sana sini. Bagi memenuhi keperluan ini, mereka perlu memakai pakaian seperti niqab yang menutup muka, di samping jilbab yang biasa dipakai wanita. Saya cenderung kepada pendapat yang menyatakan muka dan dua tapak tangan harus dibuka kerana keperluan hidup harian mendesak wanita membuka muka dan tangan. Hidup harian yang dimaksudkan termasuklah pergerakan wanita yang berkerjaya, seperti guru dan pelajar. Mereka perlu membuka muka ketika berada di luar rumah dan

ketika berinteraksi dengan murid-murid di bilik darjah, ketika berbincang dan menduduki peperiksaan dan di tempat kerja. Saya kira pendapat ini cukup sesuai bagi menjalani kehidupan yang lebih selesa dan mudah terutama bagi wanita dalam masyarakat seperti di Malaysia yang pada umumnya berkerjaya seperti lelaki. Wanita yang berkerjaya, pada anggapan saya, tiada alasan untuk tidak menutup aurat, tiada juga tanda-tanda menunjukkan bahawa pakaian yang menutup aurat itu mengurangkan tahap kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka. Pendapat sesetengah orang yang membenarkan wanita mendedah aurat dan sebahagian besar anggota badannya kepada umum agak keterlaluan. Sumber-sumber tafsir dan hadis menyatakan pendedahan aurat itu adalah aksi kaum jahiliah pada suatu ketika yang lalu dan ditolak oleh Islam. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum sama ada tapak kaki wanita juga termasuk bahagian daripada aurat yang wajib ditutup atau bukan aurat. Sesetengah mazhab menyatakan tapak kaki tidak wajib ditutup, kerana ia perlu dibuka bagi keselesaan berjalan, lagipun tapak kaki tidak mendatangkan reaksi negatif kepada kaum lelaki. Dalam surah al-Nur, ayat 30-31 menyatakan batas-batas aurat dan perhiasan yang harus dan tidak harus dibuka. Menurut tafsir Ibn Abbas, muka dan dua tapak tangan atau disebutnya sebagai perhiasan zahir dikecualikan daripada anggota badan yang wajib ditutup. Perhiasan batin iaitu telinga, leher, rambut, dada, dua lengan dan betis hanya harus dibuka ketika di rumah atau ketika berada di hadapan keluarga terdekat iaitu bapa, anak-anak, ibu bapa mentua dan adik-beradik. Anggota yang lebih sulit seperti belakang, perut, kemaluan dan paha, tidak harus dibuka sama sekali, sekalipun di hadapan keluarga terdekat atau sesama wanita, sama ada Muslim atau bukan Muslim, kecuali kepada suami sahaja yang diizin melihat seluruh anggota isterinya. Dengan kata lain, aurat wanita dari segi tempat terbahagi dua iaitu di dalam dan di luar rumah. Di dalam rumah ketika di hadapan mahram, tidak wajib ditutup anggotaanggota leher, rambut, lengan dada, betis dan perhiasan yang dipakai pada anggota-

anggota itu. Ketika di luar rumah pula, biasanya wanita lebih terdedah kepada orang ramai, dia hanya harus membuka muka dan tangan. Hukum ini difahami daripada firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan orang perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, semasa mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuanperempuan yang baik. – (al-Azhab: 59). Difahamkan perintah ini dikenakan kepada wanita-wanita yang masih muda kerana bimbang keselamatan mereka diganggu lelaki yang tidak bermoral. Tidak benar jika ada pendapat menyatakan Islam tidak mempercayai iman dan ketakwaan lelaki, kerana iman adalah soal yang terlalu nisbi sama ada lelaki atau wanita. Penutupan aurat adalah sebagai langkah pencegahan sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku. Wanita yang sudah lanjut usia atau disebut dalam al-Quran al-qaqaid min al-nisa, iaitu wanita yang tidak berminat lagi untuk berkahwin atau tidak lagi diminati lelaki, mereka harus membuka sebahagian pakaian luar yang menutup badannya, tanpa memakai perhiasan yang berlebihan kerana dibimbangi keselamatan mereka terancam atau diganggu. Hukum ini dijelaskan dalam surah al-Nur, ayat 60 yang bermaksud: Mana-mana perempuan tua yang telah putus haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka meninggalkan pakaian luarnya, tanpa bertujuan mendedahkan perhiasan. Namun jika mereka tetap mempertahankan penutupan aurat dengan lebih sempurna, ia adalah lebih baik dan menjamin keselamatan mereka. Saya berpendapat wanita tua ada baiknya juga memilih hukum yang dilonggarkan itu serta menerima keterbukaan Islam dalam soal aurat dan cuba merealisasikan hikmah yang tersirat di sebaliknya, seperti merapatkan hubungan orang tua dengan masyarakat sekitar dan lainlain. Aurat wanita sesama wanita pula ialah seluruh badan kecuali kawasan antara pusat dan lutut. Kawasan ini haram dilihat atau didedah, sekalipun tanpa berlaku fitnah yang dibimbangi.

Batas-batas aurat lelaki pula, ulama sepakat menyatakan kemaluan hadapan dan belakang merupakan aurat mughallazah (keras) yang wajib ditutup. Tetapi mereka berbeza pendapat tentang hukum paha, sama ada ia juga wajib ditutup. Kebanyakan ulama berpendapat paha termasuk aurat yang wajib ditutup bagi lelaki. Ini bermakna, aurat lelaki ialah kawasan antara pusat dan lutut. Mereka bersandarkan sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Jarhad dan lain-lain yang menyatakan paha itu aurat. Sebahagian ulama berpendapat hadis ini terdapat beberapa kelemahan yang mencacatkan kesahihannya dari segi hujah dan pengambilan hukum. Sesetengah ulama pula berpendapat paha tidak termasuk aurat yang wajib ditutup kerana ada hadis Anas yang juga diriwayatkan oleh Bukhari. Hadis itu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membuka paha sucinya. Pendapat ini didukung oleh Ibn Hazm dan Imam Malik. Dalam kitab-kitab mazhab Malik menyatakan bahawa aurat lelaki hanya terbatas kepada dua bahagian kemaluan sahaja. Sebahagian ulama fikah cuba menserasikan antara dua pendapat ini dengan mencari jalan tengah, termasuk Imam Bukhari sendiri yang berpendapat hadis riwayat Jarhad lebih sempurna bagi penutupan aurat, sekalipun daif, manakala hadis Anas pula lebih sahih dari segi riwayat. Ini bermakna Imam Bukhari lebih cenderung kepada hadis Jarhad dalam hal penutupan aurat yang membabitkan hukum masyarakat. Imam al-Syaukani juga lebih cenderung kepada hadis Jarhad yang menyatakan paha itu aurat. Menurut beliau, hadis Anas walaupun kedudukannya lebih kuat, namun ia lebih merupakan suatu pemberitahuan tentang keadaan nabi. Jalan pemberitahuan ini lebih khusus kepada nabi sahaja. Maksudnya, hukum itu tidak boleh diamalkan oleh umatnya secara umum dan menyeluruh. Ibn al-Qayyim pula cuba mencari jalan serasi yang lain, beliau mengatakan aurat itu terbahagi dua iaitu mughallazah (berat) dan mukhaffafah (ringan). Kemaluan hadapan dan belakang dikategorikan sebagai aurat mughallazah (berat), paha pula dikategorikan sebagai mukhaffafah (ringan). Bagaimanapun kedua-duanya dikira aurat dan wajib ditutup juga. Pendapat yang bersandarkan hadis Anas ini memberi sedikit kelonggaran kepada ahli sukan dan pasukan beruniform yang memilih pakaian itu jika ia tidak mengganggu

pandangan orang ramai dan penonton. Hadis riwayat Anas menjadi sebaik-baik hujah kepada mereka. Saya berpendapat majoriti masyarakat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Syafie pada umumnya masih belum dapat menerima pendedahan paha bagi kaum lelaki. Walaupun sebelum ini beberapa pasukan beruniform mengenakan pakaian seluar pendek seperti polis dan kanak-kanak sekolah. Pakaian itu kini bertukar kepada seluar panjang, kerana masyarakat Islam dan budaya Melayu tidak dapat menerima pendedahan paha kepada umum.

1.Syeikh Abdullah Bin Muhammad Basmeh, Bahagian Hal Ehwal Islam .Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Cetakan :1988.

Ciri-Ciri Pakaian Wanita Mengikut Sunnah 1. Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda ; Telah berkata Aisyah r.a "Sesungguhnya, Asma Binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ,Maka Nabi berpaling dan bersabda " Wahai Asma, sesungguhnya apabila wanita ini telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil" sambil mengisyaratkankepada muka dan tapak tangannya ". 2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar. " Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga,sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh". (Riwayat Muslim) 3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. ia menutup bahagian- bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. Dalam sebuah riwayat dari Abdullah Bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata, "Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!" lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya. " selanjutnya Umar berkata, " Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak" 4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamaya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir didalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam) 5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin

lelaki ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh RAsulullah saw sebagai zaniyah yakni pelacur atau penzina. " Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur". (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi) 6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki. Telah berkata Ibnu Abbas : " Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki". (Riwayat Bukhari) Kesalahan-kesalahan Menutup Aurat Ramai dikalangan wanita muslim gagal menutup aurat dengan sempurna sebagaimana dituntut syariat. Walaupun menutup aurat dengan pelbagai fesyen berpakaian, tetapi pada masa sama mereka menonjolkan potongan tubuh badan kepada orang awam. Berikut antara kesalahan berpakaian yang melanggar etika fesyen berpakaian Islam pada masa kini. KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya

adalah dari firman Allah S.W.T: ertinya : “hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahakn aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-nur: 31) KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

1 Syeikh Abdullah Bin Muhammad Basmeh, Bahagian Hal Ehwal Islam .Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Cetakan :1988. 2. http://nurulsaadahmry.blogspot.com/2010/05/kesalahan-menutup-aurat.html

Hikmah Menutup Aurat Wanita Islam wajib memakai pakaian sopan sebagaimana yang dituntut olah syarak iaitu menutup seluruh tubuh badan selain muka dan tapak tangan. Pakaian juga tidak nipis dan tidak menampakkan tubuh badan. Islam menetapkan satu etika pemakaian sebagai bukti ia menjaga maruah dan kerhormatan wanita sebagaimana firman Allah Taala dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Berdasarkan ayat di atas, Allah telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna). Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas: 1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah Allah dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan Allah. Maka, renungilah ayat berikut: “Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang

berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67) 2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. Sebagai perumpamaan, andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap bertudung. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalamberbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalamhatinya (berhati jahat).” (33:32) 3. Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafsir Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan

aurat melambangkan dia adalahwanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya. 4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Contohnya pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Kesimpulan Jika anda menganggap pakaian haram yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh Allah, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh Allah itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) Allah. Nauzubillah.

Lampiran

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->