You are on page 1of 19

Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang diberikan secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, bagi setiap tajuk yang diajar. Tujuan ujian ini ialah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Hasil daripada ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengadakan aktiviti pemulihan, memperbaiki pendekatan/kaedah mengajar dan juga boleh digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki pendekatan/kaedah pembelajaran. Bagi tujua n pemulihan, prosedur membina soalan ujian ialah seperti berikut: i. ii. Menentukan tajuk pengajaran yang ingin diuji. Menentukan aspek dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh pelajar bagi tajuk pengajaran berkenaan. Misalnya, pelajar perlu mendapat 80% untuk menunjukkan mereka sudah menguasai tajuk tersebut. iii. Menghubungkaitkan elemen -elemen dalam tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru perlu menyusun elemen -elemen ini mengikut tahap objektif dan mengaitkannya supaya saling bertautan. iv. Membina soalan ujian mengikut bilangan elemen dalam tajuk, iaitu setiap elemen perlu diuji melalui sekurang -kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap semua elemen ini.

Langkah-langkah Pembinaan JSU


1. Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji 2. Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran 3. Bina carta dua hala 4. Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran 5. Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid 6. Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak ob jektif kurikulum

Jadual Spesifikasi Ujian


- Dikenali juga sebagai jadual Penentuan Ujian (JPU) - Satu blue print ujian / test specification - Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran - Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan - Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian - Membantu penggubal membina item soalan Tujuan JSU - Ujian tidak dibina secara sembarangan - Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian - Panduan kepada penggubal soalan - Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa - Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Jenis-jenis ujian

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Ujian Yang Baik Mempunyai Kesahan Dan Kebolehpercayaan Yang Tinggi. Mengapakah Ciri Tersebut Penting Dan Bagaimanakah Kesahan Dan Kebolehpercayaan Ujian Ditingkatkan?

Sistem penilaian memang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Setiap perancangan kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang diamalkan dinegara kita adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979), sebenarnya pembina ujian menghadapi dua persoalan :
y y

pertama, untuk menentukan apa yang ingin diukur, dan kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya.

Sementara dari segi makna ujian pula Crombach (1970) telah memberikan satu definisi ujian yang agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem berkategori.

Kenyataan di atas memberikan gambaran bahawa ujian bukan merupakan sesuatu yang boleh dilakukan begitu sahaja. Malah ianya memerlukan perancangan dan pengendalian yang sistematik. Bagaimana pula dengan penilaian? Penilaian mencakupi lebih luas dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan ujian. Mengikut Popham (1975), penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara lebih luas, penilaian pendidikan itu mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran, dan matlamat ke arah mana usaha pengajaran dihalakan.

Dari sudut pengajaran, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar (Gronlund, 1981). Ini jelas menunjukkan bahawa penilaian adalah merupakan suatu cara atau alat bagi mengukur keberkesanan pengajaran di samping untuk menentukan sama ada objektif pengajaran boleh dicapai.

Sebagaimana yang kita ketahui, ujian atau peperiksa an adalah satu aspek penting dalam sistem pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru dari semasa ke semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong, mamadankan, ujian beraneka pilihan dan juga bentuk esei. Pada asasny a, semua ini bertujuan mendapatkan maklumat. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan -kelemahannya , meramal

keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Walau apa pun format ujian yang hendak dibina, atau dipilih, pastikanlah bahawa ujian itu mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya suatu ujian yang baik. Antara ciri ciri penting ujian yang baik ialah seperti kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain -lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah sep erti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar atai tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah. Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.

a) Kesahan isi (content validity)

Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian. Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk -tajuk

dalam sukatan pelajaran peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap -tiap tajuk. Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid -murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu, sedangkan tajuk -tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak meliputi sukatan pelajaran.

b) Kesahan telahan/ ramalan

Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya. Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita dapat meramal kejayaan murid murid dalam peperiksaan sebenar tersebut. Demikian juga bagi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya calon -calon yang lulus dalam UKELP dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.

c) Kesahan Semasa/Serentak

Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang per tama.

d) Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti

sifat peramah, bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cer gas otak dan sebagainya. Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai -bagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.

Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian

a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap -tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras -aras kemahiran bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid -murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap -tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

b) Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah deng an mencari korelasi diantara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari, maka kit a terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama.

c) Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat menghormati bo leh dikatakan sangat tinggi dikalanganm ahli -ahli agama. Ataupun sifat mencari keuntungan yang maksimum terdapat dikalangan peniaga -peniaga. Oleh itu sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongan -golongan yang dikatakan mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu. Jika markah kumpulan itu tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan gagasan yang tinggi.

d) Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik -detik startegik di dalam ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian yang keadaan mengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan. Keadaan yang berlainan itu memberi kesan kepada trait seseorang itu. Umpamanya sifat putus asa akan bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi kegagalan. Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur trait putus asa ini, maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang dimasukkan ke dalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya mereka yang dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut. Jikalau markah pada ujian itu menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa yang berikutnya maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan.

e) Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang apa yang dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang diramalkan itu. Umpamanya perlu diketahui apakah ciri -ciri yang ada pada jurutaip yang dikatakan baik itu ataupun apakah ciri-ciri kejayaan di dalam pelajaran di sekolah menengah. Jurutaip yang baik mungkin dapat menaip sebanyak 80 perkataan dalam satu mionit, mengetahui semua format surat menyurat, dapat mengeja dengan tidak membuat salah lebih daripada 2% daripada perkataan yang terdapat pada sesuatu kerja yang dikendalikan, dapat menaip terus menerus dalam jangkamasa 1 jam, dan berbagai - bagai lagi. Bagi kejayaan dalam pelajaran sekolah menengah pula, mungkin perkara - perkara yang penting ialah mendapat m arkah tidak kurang daripada 60% di dalam tiap -tiap ujian yang diambil, menolong rakan sebaya di dalam hal-hal pelajaran di sekolah dan mengambil peranan aktif semasa di bilik darjah.

f) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi dian tara ujian ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriatiria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapa i prestasi yang dikehendaki di dalam kretiria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kretiria itu.

Kebolehpercayaan

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). Menurut Mokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba menggantikannya dengan consiste ncy. Walau bagaimana pun, persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah penilai lain setuju dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: Adakah saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihat nya lagi? (Rowntree, 1977).

Secara umum, kesilapan angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor ujian dalam pendidikan (atau, dengan kata lain, ujian pendidikan cenderung kepada tidak reliabel) melainkan kerja yang lebih berhati -hati dilakukan bagi menentukan aras reliabiliti yang diterima (Martuza, 1977). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja skor yang sama didapati walau pun orang lain yang menilainya, tetapi jika kita harus memberikan skor yang sama juga walau pun kita menilai pada ma sa yang berbeza.

Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu telah ditunjukkan oleh Dicker (1973), yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya 0.46 apabila 24 guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan. Aschersleben (1971) menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam empat ujian matematik yang bersiri dan empat ujian dictation. Beliau mendapati kebanyakan korelasi adalah di bawah 0.60, dengan kertas matematik menunjukkan, secara purata, nilai lebih kecil (Ingenkamp, 1977). Ini menunjukkan bahawa pemeriksaan seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat berbeza di antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa lain. Dengan kata lain pemeriksaan mereka mempunyai reliabil iti yang rendah.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati -hati dalam membina alat penilaian.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Pada kebiasaannya , sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang mis alnya, tidak sentiasa sama kerana pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan, larian atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari disebabkan oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.

Kepentingan Kebolehpercayaan

Apabila kita menilai ataupun menguji murid -murid, kita akan menyoal diri kita sendiri adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah -ubah dan dapat mencerminkan kemahiran, kebolehan dan nilai pada murid itu. Jika b enar maka ujian yang kita berikan itu bolehlah kita anggapkan sebagai stabil. Ujian yang stabil ialah ujian yang dapat memberikan market yang sama apabila murid itu mengambil ujian itu beberapa kali di dalam satu jangka masa yang pendek. Katakan kita menye diakan satu ujian penggal matematik. Untuk menentukan samada ujian itu stabil atau tidak , kita boleh memberikan dua kali ujian kepada murid kelas kita. Biarkan jarak di antara ujian pertama dengan yang kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. Jikal au markah bagi tiap-tiap murid di dalam ujian pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang diperolehi untuk ujian kedua , maka ujian itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yang diperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib. Kita mahukan markah itu datangnya daripada kemampuan murid itu sendiri. Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang senang dilihat didalam ukuran seperti berat, panjang, tinggi dan lain -lain yang berbentuk maujud. Sesuatu ukuran panjang itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau barang yang sama diukur berulang kali. Begitu juaga dengan sesuatu penimbang berat itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau kita menimbang benda yang sama beru langkali. Bacaan yang berlainan akan menimbulkan syak wasangka kepada kita oleh kerana alat -alat sukatan itu tidak lagi stabil.

Bagi ujian ataupun penilaian yang kita sediakan , kebolehpercayaan adalah satu ciri yang patut kita pastikan sebagai dapat dite rima. Jika tidak, penilaian yang kita lakukan itu tidak akan memberi peluang yang cukup kepada murid -murid membuktikan yang mereka mempunyai kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dinilaikan itu. Satu peluang sahaja sudah tentu tidak mengcukupi. Umpamanya k ita mahu menguji samada murid itu dapat menolak nombor-nombor tidak lebih dariapada 20 dan dengan bertangan. Kita tidak hanya memberikan satu soalan sahaja..Kita akan mengemukakan beberapa soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama. Jika murid itu dapat peluang menjawab sebilangan besar soalan -soalan itu , maka baharulah kita berpuas hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu . Dengan kata lain, kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita memastikan yang ujian atupun alat pe nilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebab kan oleh nasib.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya, semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai -bagai interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsisten tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item item ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji . variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujian yang setara bentuknya. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat.Oleh kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada murid murid, maka perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusannya. Keadaan fizikal dan m ental yang positif, azam dan motivasi, galakan guru, kebiasaan dengan format ujian juaga akan memberi kesan yang positif terhadap kebolehpercayaan. Perbezaan skor mungkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan , arahan-arahan mestilah tepat dan jelas. Murid murid haruslah diberi masa yang cukup, terutama dalam ujian daya (power test). Mereka mestilah diawasi dengan teliti semasa ujian. Kadang-kadang kebolehpercayaan ditentukan dengan cara uji-ulang (retest) . Sebarang manfaat yang didapati oleh murid -murid daripada ujian pertama akan

mengurangkan kebolehpercayaan. Contohnya dalam ulang uji murid -murid mungkin lebih biasa dengan format , atau lebih faham dengan item -item ujian. Oleh itu , mereka mendapat skor yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan betapa perlunya penjelasan yang sempurna sebelum ujian pertama dimulakan.

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid -murid dan skor mereka. Persekitaran yang sesuai, seperti kerusi meja yang selesa , ruang dan cahaya yang cukup , ventilasi yang baik, akan menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hangar bingar, misalnya akan menganggu konsentrasi murid -murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian.Apabila sesuatu ujian itu bersi fat subjektif , biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim permarkahan ada disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif, kerana semua responnya adalah tepat. Mana mana pemeriksa akan memberi markah yang sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan.

Meningkatkan Kebolehpercayaan Dalam Ujian

Pada lazimnya , adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factor -faktor berlainan seperti bilangan soalan, emosi dan kesihata n calon, keadaan persekitaran dan cara memeriksa. Oleh itu untuk meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian , guru harus mengurangkan segala punca perubahan faktor -faktor tersebut.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid -muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya , muird tidak akan dapat menjawab soalan dengan sebaik -sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian , maka jawapannyapun tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di dalam keadaan sihat. Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah baik

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item -item ujian itu. Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada muri -murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian , guru seharusnya memastikan yang arahan dan item -item, sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar dan lain -lain lagi itu jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoaln ya beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang. Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali.

Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan denga n sikap, nilai dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku di dalam ujian -ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara

ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun penilaian ilah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin bilangan solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu., kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

Posted by AJ at 11:54 PM 0 comments Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)

Ujian Bakat dan Ujian Personaliti


Ujian Bakat Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu. Ujian Personaliti Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament. Posted by AJ at 11:51 PM 0 comments Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)

Ujian Prestasi dan Ujian Daya


Ujian Prestasi Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai

tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perl adangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.

Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui s oal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
Ujian Daya

Ujian daya mempunya pendekatan yang berlainan di mana terdapat soalan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi. Bilangan soalan dalam ujian daya juga juga sangat terhad. Ujian daya adalah lebih sesuai untuk pelajar yang lebih matang kerana soalan-soalan dalan ujian ini memerlukan penjelasan yang terperinci. Posted by AJ at 11:49 PM 0 comments Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)

Ujian Objektif dan Ujian Subjektif


Ujian Objektif Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Di dalam ujian ini mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu: 1. Item respon bebas Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan. 2. Item respon tetap (item objektif pilihan) Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap; 1. Format salah betul 2. Padanan 3. Aneka pilihan Kelebihan 1. Mudah disemak 2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan) 3. Menguji banyak topik 4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid) 5. Mengukur proses mental yang tinggi Kelemahan 1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea. 2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi

3. Sukar untuk dibina 4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran 5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak 6. Tidak dapat mengukur keaslian Ujian Subjektif Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis iaitu: Jenis respons terhad o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik Jenis respons lanjutan o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral. Kelebihan Mudah digubal Sesuai untuk semua mata pelajaran Sesuai untuk semua aras taksonomi Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh. Mengurangkan konsep meneka. Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samarsamar. Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian. Kelemahan Bidang yg diuji terhad Soalan boleh diramal Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja. Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak. Posted by AJ at 11:47 PM 0 comments Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)

Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif

UJIAN FORMATIF

UJIAN SUMATIF

Fungsi

Menghasilkan maklumat kepada pelajar dan guru. Mengesan punca kelemahan untuk pemulihan

Pensijilan atau penggredan di akhir kursus

Masa diberi Tekanan dalam penilaian Fokus pengukuran Sifat sampelan

Sepanjang pengajaran

Di akhir kursus.

t/ laku kognitif, psikomotor dan afektif Satu satu segmen Terhad kepada tugasan pembelajaran Berubah ubah mengikut segmen Alat pengukur formatif yang dibentuk khas Ujian rujukan kriteria

T / laku kognitif

Objektif kursus Beraneka jenis

Kesukaran item

Semua peringkat : senang susah

Jenis alat

Peperiksaan akhir tahun

Skor

Biasanya ujian rujukan norma

Cara melapor skor Contoh

Gagal atau lulus

Jumlah skor

Ujian bulanan , lembaran UPSR, PMR, SPM, STPM Ujian Sem kerja Posted by AJ at 11:46 PM 0 comments Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)

Ujian Formatif dan Ujian Sumatif


Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang diberikan secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, bagi setiap tajuk yang diajar. Tujuan ujian ini ialah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Hasil daripada ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengadakan aktiviti pemulihan, memperbaiki pendekatan/kaedah mengajar dan juga boleh digunakan oleh pelajar untuk berikut: i. Menentukan tajuk pengajaran yang ingin diuji. memperbaiki pendekatan/kaedah pembelajaran. Bagi tujuan pemulihan, prosedur membina soalan ujian ialah seperti

ii.

Menentukan aspek dan tahap penguasaan yang perlu dicapai ol eh pelajar bagi tajuk pengajaran berkenaan. Misalnya, pelajar perlu mendapat 80% untuk menunjukkan mereka sudah menguasai tajuk tersebut.

iii.

Menghubungkaitkan elemen -elemen dalam tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru perlu menyusun elemen -elemen ini mengikut tahap objektif dan mengaitkannya supaya saling bertautan.

iv.

Membina soalan ujian mengikut bilangan elemen dalam tajuk, iaitu setiap elemen perlu diuji melalui sekurang -kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap semua elemen ini.
Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir

satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pemb elajaran dalam kalangan murid. Ia bertujuan untuk menentukan pencapaian pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Satu lagi ujian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Biasanya ia akan meliputi seluruh s ukatan pelajaran untuk satu peringkat pembelajaran. Ujian sumatif boleh dijalankan selepas satu peringkat pengajaran dan pembelajaran dalam satu kursus yang tertentu. Sebagai contoh, ia boleh dijalankan pada akhir penggal, tahun atau sesi persekolahan. Gur u akan membandingkan pencapaian antara calon untuk menentukan taraf kedudukan murid -murid dalam bilik darjah. Posted by AJ at 11:44 PM 0 comments Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)

Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Uji

jukan Kri ria

Rujukan kriteria pula di unakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain. Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kursus berbentuk ku mulati iaitu pelajar perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumati . Maksudnya kriteria yang digunakan tidak semestinya isi sesuatu kursus yang hanya diperoleh pada akhir kursus. Para pensyarah boleh menggunakan kriteria berbentuk formatif iaitu ciri ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, para pensyarah perlu membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan -soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran. Rajah berikut menjelaskan perbandingan antara ciri ciri rujukan norma dengan ciri-ciri rujukan kriteria. Posted by AJ at 11 37 0c e s e s e j S s SS3110 Labels: e

Ujian Rujukan Norma


Rujukan asaskan norma i unakan sekiranya ensyarah ingin membandingkan

restasi encapaian indi idu pelajar dengan prestasi pencapaian pelajar lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau

 1

 0 $%# 

S s

0c Post by AJ at 11 42 Labels: e e s

   

e s e j

SS3110

!%# %)!  !%(# '%" !  !% & !%#%$#! 

"!



kumpulan. Apa yang ditekankan adalah apakah pelajar A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan. Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian rujuk an norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan -soalan mempunyai

kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi anta ra pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang -kadang menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.

You might also like