P. 1
Rasuah Assignment

Rasuah Assignment

|Views: 2,602|Likes:
Published by Daniel Tan Wei Jun

More info:

Published by: Daniel Tan Wei Jun on Aug 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/16/2013

pdf

text

original

PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN TERENGGANU

NAMA KURSUS :PENDIDIKAN MORAL KOD KURSUS : MPW 1153D TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK :BINCANGKAN PUNCA-PUNCA RASUAH, KESAN-KESAN RASUAH DAN LANGKAHLANGKAH MENGATASI RASUAH

NAMA TUTOR :MUHAMMAD HAIQAL BINCHE AWANG NAMA PELAJAR: DANIEL TAN WEI JUN (1092011060031) LIM HSIAO CHIN ( 1092011060023) WIK WADI (1092011060034) INTAKE: JUN 2011

TARIKH SEMAKAN

: _____________________

TANDATANGAN TUTOR :_____________________

ISI KAN NGAN Pendahuluan --------------------------------------------------------.2-3 Kesan-kesan rasuah ------------------------------------------------.9 .1 Punca-punca rasuah ------------------------------------------------.8 Rujukan --------------------------------------------------------------.4-5 Langkah-langkah mengatasi rasuah ------------------------------.6-7 Kesimpulan ----------------------------------------------------------.

jijik dan juga kekecewaan.Menurut sejarah Jepun.Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera.Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan. Justeru. Perdana Menteri Malaysia kelima. benci. berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. pihak kerajaan terutamanya mas yarakat sendiri perlu mengambil beberapa inisiatif untuk menangani 1 gejala ini. harta benda atau perkhidmatan mampu melenyapkan nilai kejujuran dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam sesebuah masyarakat. sudah lama wujud dalam sejarah manusia. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Amalan rasuah yang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah. Amalan rasuah melibatkan wang ringgit. Gejala negatif ini telah menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh memporak-perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara. Marcapada ini. di seluruh dunia ini perlu ditangani dengan segera.Polemik mengenainya boleh menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah. terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. amalan rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa.Apabila disebut sahaja rasuah. kesan dan langkah bagi menangani gejala rasuah.N A L AN Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti. rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai ³sidepno-shito´ yang bermaksud µwang dari bawah meja¶. Menyedari betapa seriusnya keadaan ini.Berikut merupakan beberapa punca.Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut dianggap sebagai perkara biasa di kalangan rakyat Malaysia. meluat. 1 PENDAHULUAN .

rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah. kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Rasuah juga berlaku kerena wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yang 2 secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Oleh hal yang demikian.NCA- NCA RASUA Antara punca-punca yang berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. wang ringgit. tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda. Pada masa yang sama. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat. Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan. sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah. 2 PUNCA-PUNCA . mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah. Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku. Dengan tidak memikirkan akibatnya. kedudukan dan pangkat. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah.Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong.

sempena menyambut hari-hari kebesaran hari peryaan. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Selain itu. Di samping itu. Budaya ³ senyap´ yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia menyebabkan semakin ramai pihak yang mula naik bulu untuk mengamalkan amalan rasuah dalam kehidupan. menagih populariti dan sebagainya. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender. melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Buktinya. mempercepatkan bayaran. 3 Justeru itu. memenangi pemilihan jawatan politik.Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. sosial dan budaya juga adalah antara punca berlakunya rasuah. masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga adalah satu punca berlaku rasuah. mengumpu l kekayaan. hari perkahwinan dan sebagainya. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. masyarakat Malaysia mengamalkan budaya ³ senyap´ apabila pihak yang menyaksikan perbuatan rasuah enggan bersuara atau melaporkan kes rasuah yang diamalkan itu. disogok atau diumpan tanpa disedari. rasuah boleh berlaku juga adalah kerana punca modenisasi. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untuk sebanyak-banyaknya.Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda. politik juga anatara suatu punca berlaku rasuah.Boleh dikatakan apa yang berlaku di Malaysia kini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat itu sendiri. majlis hari jadi. 3 PUNCA-PUNCA .Bukan itu sahaja. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta. Pengaliran wang juga akan meningkat.

sehingga boleh mencetuskan permusuhan. bertanggungjawab dan selamat. pasaran modal kita juga telah kehilangan beberapa syarikat tempatan dari disenaraikan di Bursa Malaysia dan memilih pasaran saham luar agar tidak terikat dengan syarat-syarat yang terlalu ketat. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah. Kini kita menyaksikan bukan tender yang paling rendah kosnya dan paling efisien yang memenangi kontrak kerajaan atau infrastruktur.KESAN-KESAN RASUA Rasuah mempunyai kesan yang mendalam terhadap negara. Antaranya ialah projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Oleh itu tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. tetapi golongan yang paling rapat dan dekat dengan pemerintah dengan kesanggupan mengeluarkan wang dan hadiah mendapat kontrak tersebut. 4 4 KESAN-KESAN . Faktor yang sama juga menghalang pasaran modal kita dari menarik syarikat luar untuk disenaraikan di Malaysia. mempersulit dan melengahkan kerja pentadbiran. Selain itu yang kedua ialah menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan. Ekonomi yang dibelenggu rasuah ialah ekonomi yang berisiko tinggi bagi pelabur-pelabur yang mencari suasana yang terbuka. orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara. Pada masa yang sama. kerana ia meningkatkan kos. Akibat rasuah. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.

Kesimpulannya ialah masyarakat mestilah mempunyai sikap benci pada amalan rasuah. menjejaskan social serta kestabilan politik dan keselamatan . Keprihatinan masyarakat terhadap amalan rasuah dapat membendung kegiatan daripada berleluasa. Antaranya ialah ia akan menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran . menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga . 5 5 KESAN-KESAN . pengurangan pendapatan Negara juga akan berlaku . menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah . ia juga mengakibatkan kenaikan kos barang dan perkhidmatan . Akhirnya ialah kesan terhadap Negara. dan akan memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. ia juga akan membebankan golongan orang susah . kejatuhan moral atau maruah . Antaranya ialah ia boleh mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu .dan keluarga juga akan terabai. Selain itu sini juga terdapat kesan terhadap masyarakat. dan juga akan menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.Manakala antara kesan yang akan berlaku terhadap individu pula ialah individu akan kehilangan pekerjaan . ia juga akan mengakibatkan tumpuan pembangunan yang tidak seimbang . menerima hukuman .

kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat. 6 LANGKAH-LANGKAH . guru-guru dalam sekolah haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar. Sebagai contoh.LANGKA -LANGKA MENGA ASI RASUA Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala rasuah adalah kerajaan harus menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang rasuah.Ini juga dapat menggalakkan pegawai kerajaan dan pegawai swasta supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masing-masing. satu operasi dan evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah.Oleh itu. buku dan majalah untuk mengetahui lebih banyak isu-isu semasa seperti kes rasuah. kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama.Dengan itu. Selain itu.Sebagai contoh. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) haruslah mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap sesiapa pegawai 6 kerajaan dan pegawai swasta yang terlibat dalam kes rasuah.Sebagai contoh.Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak daripada kerajaan dan rakyat. ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka. Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menguatkuasakanundang-undang untuk mencegah kes rasuah yang semakin banyak dalam negara ini.Dengan itu. Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan.

³bersatu kita teguh. penerapan ini sangat penting untuk menjadikan belia lebih bertanggungjawab dan amanah. Rasa benci terhadap rasuah akan membebaskan negara kita dari amalan rasuah. kerjasama antara masyarakat sangat penting. memupuk semangat anti-Rasuah dalam kalangan belia. kerjasama antara masyarakat penting sekali bagi menangani isur asuah. pekerja tidak akan melahirkan rasa ingin mencuba dan mengamalkan rasuah dalam tugasan. keprihatinan majikan terhadap pekerja juga perlu ada untuk menangani gejala rasuah ini.Seterusnya ialah. bercerai kita roboh´.Hal ini kerana. 7 7 LANGKAH-LANGKAH .Oleh itu.Bak kata pepatah. Justeru.Langkah ini dapat membantu untuk mengurangkan amalan rasuah yang turut dikenali dikenali sebagai jenayah kolar putih ini memandangkan pendedahan awal telah diberikan kepada mereka.Jika tiada kerjasama yang wujud dalam kalangan masyarakat maka negara sukar untuk menangani gejala rasuah ini. Bagi membentuk generasi yang bagus dan standing dengan masyarakat dunia yang lain. Bukan itu sahaja. keprihatinan yang diberikan mampu melahirkan rasa tanggungjawab terhadap pekerjaan yang dilakukan. Akhir sekali.

adalah penting bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). amalan rasuah hanya menjual prinsip.KESIMPULAN Kesimpulannya. pihak kerajaan dan masyarakat haruslah tidak memandang enteng terhadap gejala rasuah ini agar negara dapat membangun dengan lebih maju serta dapat melahirkan masyarakat 1 Malaysia berintegriti tanpa wujudnya gejala rasuah sebegini. 8 ¡ KES   8 PULAN .Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya. Sesungguhnya. rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa. cegahlah rasuah sebelum parah. Islam mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara kita. maruah dan harga diri! Tuntasnya.

com/2009/05/punca -berlakunya-rasuah-dan-kesan-buruk.php?uid=31 2240242824&topic=14591 9 9 RUJUKAN .com/doc/57425506/Esei-Cara-Menangani-Gejala-Rasuah http://www.html http://pengajianamkertas2-cikgusue.com/topic.scribd.html http://www.RUJUKAN http://abihulwa.blogspot.facebook.com/2009/05/rasuah.blogspot.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->