You are on page 1of 2

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR

SERVIS BAWAH TANGAN

Cara-cara membuat servis bawah tangan adalah seperti berikut: (a) Posisi permulaan

i. ii.

Berdiri tegak dengan kaki dibuka pada jarak lebih kurang luas bahu. Kaki kiri diletakkan di bahagian hadapan untuk pemain servis yang biasa menggunakan tangan kanan (right-handed server).

iii. iv. v. vi.

Kaki hadapan diletakkan menghala ke arah di mana servis akan ditujukan. Lutut dibengkokkan sedikit. Badan menghadap ke gelanggang. Letak bola pada tangan kiri di hadapan kanan badan untuk pemain yang ingin membuat servis menggunakan tangan kanan.

vii.

Berdiri sejauh antara 2-10 kaki dari garisan belakang (baseline).

(b) i. ii.

Lambungan Lutut kaki belakang dibengkokkan sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan yang memukul bola (striking hand).

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR

(c) i.

Aksi Tangan/Sentuhan Semasa bola dilambungkan, tangan yang membuat servis ditarik ke belakang seperti pergerakan buah bandul jam.

ii.

Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan ke kaki hadapan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.

iii.

Sentuh atau pukul bola dengan tangan, sama ada dengan menggunakan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima.

iv.

Memukul bola juga boleh dilakukan pada bahagian tengah lengan atau bawah sedikit, dengan lengan diluruskan dan siku dikunci.

v. vi. vii.

Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan (limit follow through with serving arm). Pergelangan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Mata hendaklah sentiasa mengikut atau memerhatikan laluan bola selepas servis dilakukan.

You might also like