You are on page 1of 24

ELEMEN 1

MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

ELEMEN 2
MEREKOD FAKTA SEJARAH

1.0- TAJUK

PENTADBIRAN KOMUNITI SETEMPAT MUKIM PELANGAI

2.0 SENARAI KANDUNGAN


BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 PERKARA TAJUK: PENTADBIRAN KOMUNITI SETEMPAT MUKIM PELANGAI SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 6.1-INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN y NAMA RASMI y LOKASI y MATLAMAT y CARTA ORGANISASI 6.2-LATAR BELAKANG y SEJARAH PENUBUHAN y UNDANG-UNDANG TUBUH y PERINCIAN PERANAN / TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIRAN y CARA PERLANTIKAN PENTADBIRAN TEMPATAN 6.3-PERANAN y EKONOMI y KEAGAMAAN y KEMASYARAKATAN y KEBAJIKAN 6.4-PERKEMBANGAN y SUMBER KEWANGAN y PEMBANGUNAN PRASARANA / FIZIKAL y KEMAJUAN YANG DICAPAI y PERANCANGAN MASA HADAPAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA SURAT

7.0 8.0 9.0

3.0 PENGHARGAAAN
Setinggi pengharaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi menyiapkan kerja kursus georafi. Penghargaan dan rasa terhutang budi yang sesungguhya tidak dapat dilahirkan dengan sempurnanya dalam beberapa baris ucapan. Namun demikian, setinggi-tinggi penghargaan perlu ditujukan kepada: Encik Rosdin bin Rahmat, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pelangai, kerana telah membenarkan kami menjalankan kerja kursus sejarah 21/2 ini. Saya juga ingin menguncapkan terima kasih kepada Pn.Asiah Bibi bt Mohidin,guru sejarah tingkatan 3. Beliau telah memberikan dorongan dan sokongan sepanjang perlaksanaan kerja kursus sejarah 21/2i ini. Beliau juga sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Seterusnya, saya ingin menguncapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Mohd Fadril bin Othman dan Junaimah binti Lamsah. Kedua ibu bapa saya telah memberikan semangat dan dorongan yang kuat kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus sejarah 21/2 ini dalam tempoh yan ditetapkan. Selain itu, saya ingin menguncapkan terima kasih kepada kakak saya iaitu Nor fazlina binti mohd fadril, yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan kakak saya, mungkin kerja kursus sejarah21/2i ini tidak dapat disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Mohd Arif bin Hassan kerana bekerjasama dalam mengumpulkan maklumat . Terima kasih daun keladi. Budi tuan semuan jadi kenangan.Semoga Allah jua yang akan membalasnya.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Saya melaksanakan kerja kursus sejarah 21/2 ini untuk mencapai objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum adalah untuk menguasai kemahiran mengumpul, menganalisis, dan merekod fakta sejarah secara jelas dan tepat. Bagi objektif khusus pula, saya ingin mengetahui tentang latar belakang Mukim Pelangai dari segi sejarah, undang-undang berkaitan penubuhan serta struktur pentadbiran. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui peranan pentadbiran Mukim Pelangai dalam bidang keagamaan.kemasyarakatan. kebudayaan, dan kebajikan terhadap masyarakat tempatan. Pengetahuan tentang peranan yang dimainkan oleh pentadbir Mukim Pelangai ini penting bagi menyedarkan masyarakat tentang sumbangan dalam memperbaiki taraf hidup masyarakat setempat. Di samping itu,kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui Pelembagaan Pentadbiran Mukim Pelangai sebagai salah satu komuniti setempat yang terdapat di negeri Pahang.Ini secara tidak langsung akan membolehkan masyarakat memberi cadangan atau peranan dalam usaha meningkatkan Pembangunan serta kemajuan Mukim Pelangai dan juga Negara kita.

5.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah lawatan dan pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang telah kami gunakan untuk mendapatkan maklumat dan sumber tentang pentadbiran Mukim Pelangai. Lawatan ke Balai Penghulu Mukim Pelangai oleh 39 0rang pelajar tingkatan tiga telah diadakan pada 21 APRIL 2011 jam 09.00 pagi hingga 11.00 pagi. Disana kami telah menemubual Penghulu Mukim Pelangai, Encik Nasaruddin b. Ahmad. Beliau telah menjawab soalan dan memberi taklimat tentang pengurusan Mukim Pelangai. Semasa lawatan, kami telah menggunakan kaedah temubual dengan orang sumber iaitu Encik Nasaruddin bin Ahmad,Pnhulu Mukim Pelangai. Beliau telah memberi penerangan tentang latar belakang, struktur pentadbiran, peranan dan perkembangan Mukim Pelangai. Seterusnya, kami telah menganalisis dokumen seperti peta minit masyarakat, dan bahan-bahan lain yang diperolehi dari pejabat Pnghulu Mukim Pelangai. Saya juga telah melayari internet di laman web Kampung Simpang Pelangai melalui laman web tersebut saya telah memperolehi maklumat tentang kemajuan dan pembangunan penduduk Mukim Pelangai. Hasil daripada pengurusan dan pentadbiran berkesan oleh pentadbiran, Mukim Pelangai.

6.0- HASIL KAJIAN


6.1- Institusi Pentadbiran Tempatan y Nama rasmi Institusi Pentadbiran Tempatan ialah Balai Penghulu Mukim Pelangai. Dahulunya disebut sebagai Mukim Penghulu. Tidak ada nama lain bagi institusi ini. y Lokasi Mukim Pelangai terletak dalam daerah Bentong di Negeri Pahang Darul Makmur. Mukim Pelangai diliputi Sembilan buah kampung. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Shafie, Kmapung Simpang Pelangai, Kampung Hayat, Kampung Bukit Gajah, Kampung JawiJawi, Kampung Felda Chemomoi, Kampung Sg Kemahal, Kampung Semerting, Kampung Baris dan Kaampung Chemomoi.

y Matlamat balai penghulu Mukim Pelangai dari segi visi ialah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat yang mendiami Mukim Pelangai tanpa mengira pelbagai kaum. Terdapat sejumlah ..ribu penduduk mendiami Mukim ini yang terdiri daripada kaum melayu yang merupakan majoriti kaum cina diikuti kaum India dan Orang Asli. Misi Balai penghulu Mukim Pelangai adalah untuk menyampaikan segala dasar-dasar kerajaan kepada penduduk Mukim Pelangai bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan Negara.

y Carta organisasi dan senarai Pentadbiran - Balai penghulu Mukim Pelangai diketuai oleh seorang Pembantu Pegawai Tadbir yang dipanggil penghulu. Penghulu Mukim Pelangai ialah Encik Nasaruddin bin Ahmad. Beliau bertugas di bawah pegawai daerah Bentong. Dibawah penghulu terdapat Sembilan buah kampung dalam mukim pelangai.

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN MUKIM PELANGAI

6.2- Latar Belakang y Sejarah Penubuhan / Asal usul / tarikh / pengasas -Mengikut sejarah, Institusi Penghulu telah diwujudkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Penghulu bertangungjawab mentadbir Mukim dan merupakan wakil sultan. Institusi ini mengutip cukai bagi pihak sultan kepada penduduk di Mukim ini. Penghulu tidak mempunyai pendapatan tetap. Pada hari ini, institusi penghulu terletak dibawah jabatanya dikenali sebagai penolong pegawai tadbir. Dahulu jawatan penghulu berdasarkan keturunan tetapi sekarang seseorang yang telah dilantik mengetuai Mukim berdasarkan kelayakan. Bangunan Kompleks Penghulu yang mentadbir Mukim Pelangai telah didirikan sekitar tahun 1930an. Bangunan baru Kompleks Penghulu Mukim Pelangai telah didirikan pada tahun 1997.

y Undang-undang penubuhan / undang-undang kecil / Garis panduan Penubuhan - Institusi Penghulu yang mentadbir Mukim Pelangai terletak dibawah bidang kuasa jabatan perkhidmatan Awam. Penghulu Mukim sebagai ketua pentadbiran institusi ini akan merujuk kepada pegawai daerah. Walau bagaimanapun, Penghulu Mukim Pelangai merupakan salah satu jawatan yang mendapat pengiktirafan sultan.

y Perincian peranan / tanggungjawab / bidang tugas pentadbiran -Penghulu sebagai ketua pentadbir institusi Pentadbiran Mukim Pelangai bertanggungjawab menjalankan pengurusan pentadbiran di mukim ini. Seterusya, merancang dan menyelaras perlaksanaan programprogram di peringkat mukim. Di samping itu, institusi ini juga menyelesaikan masalah tanah antara rakyat dengan kerajaan di peringkat daerah. Institusi ini juga bertanggungjawab mengadakan mesyuarat dengan semua pengerusi jawatan kuasa kerajaan bagi mengenal pasti masalah penduduk tempatan dari segi kemiskinan tanah kebajikan dan sebagainya. Dalam mesyuarat juga dibincangkan tentang program pendidikan / kebudayaan / kesihatan dan sebagainya untuk penduduk mukim ini.

y Cara perlantikan pentadbiran tempatan -Penghulu sebagai ketua pentadbir dilantik oleh jabatan perkhidmatan Awam dengan perkenan sultan. Jawatan pengerusi jawatankuasa kampung juga dilantik oleh jabatan (JKKK) bagi setiap kampung dibawah mukim pelangai juga dilantik oleh jabatab yang sama dengan perkenan sultan.

6.3- Peranan y Keagaman -Dalam bidang keagamaan, Institusi pentadbiran Mukim Pelangai terlibat dalam mengadakan program berkaitan hari-hari kebesaran Islam. Misalnya, program sambutan Maal Hijrah, Israk Mikraj, Maulidur Rasul dilaksanakan di kampung-kampung di Mukim Pelangai melalui kerjasama pejabat penghulu dan JKKK kerana penghulu secara tidak langsung merupakan AJK setiap masjid. Pejabat penghulu juga berperanan mengenal pasti fakirfakir miskin dalam bulan Ramadhan dan Syawal untuk diberi bantuan oleh zakat dan kerajaan negeri.

y Kemasyarakatan -Dalam bidang kemasyarakatan Institusi Pentadbiran mukim pelangai ini mengadakan kerjasama dengan pihakpihak tertentu seperti polis, pejabat kesihatan, sekolah dan lain-lain. Pihak berkuasa bertujuan menjaga keamanan / keselamatan dan kesejahteraan penduduk tempatan. Misalya mengadakan mesyuarat dengan pihak polis untuk membanteras kegiatan mat rempit dan jenayah lain di kampung-kampung. Langkahnya adalah mengadakan kemudahan pusat jalur lebar, dewan, gelanggang sukan untuk keselesaan penduduk tempatan. Semua kemudahan ini dibekalkan kepada masyarakat hasil kerjasama dan maklumat diberi oleh Institusi ini kepada kerajaan.

y Kebajikan -Pihak pentadbir penghulu mukim juga bertujuan menjaga kebajikan penduduk mukim pelangai. Dalam hal ini, Pejabat Penghulu dengan kerjasama JKKK akan mendapatkan bantuan untuk penduduk mukim pelangai yang menghadapi masalah. Misalnya menyalurkan bantuan daripad kerajaan negeri atau persekutuan kepada mangsa banjir, kebakaran, pesakit kronik dan sebagainya. Bantuan kepada pelajar miskin seperti mendapat biasiswa atau bantuan lain dalam bidang pendidikan turut diuruskan oleh pejabat penghulu.

6.5-

Perkembangan y Sumber kewangan -Sebagai sebuah institusi yang banyak membantu dan menjaga kebajikan penduduk tempatan. Sememangnya memerlukan sumber kewangan yang banyak. Salah satu sumber kewangan institusi ini ialah daripada ADUN dan kerajaan negeri Pahang. Ianya digunakan untuk menjalankan pentadbiran dan program di mukim Pelangai. y Pembangunan prasarana / fizikal -Pembangunan dan kemajuan mukim pelangai begitu rancak dan mewujudkan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, klinik, telah sedia ada di mukim pelangai hasil usaha institusi pentadbiran ini. Selain itu, institusi ini juga mendapatkan pelbagai kemudahan lain untuk meningkatkan taraf kehidupan penduduk tempatan. Antaranya adalah pusat jalur lebar, gelanggang futsal, dewan orang ramai. Dan sebagainya.

y Kemajuan yang dicapai -Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh penduduk mukim pelangai di bawah pentadbiran institusi ini. Usaha institusi ini dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan telah membawa kemajuan penduduk setempat dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan sebagainya. Dalam bidang ekonomi masalah kemiskinan telah dapat diatasi melalui program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT), kampung Angkat ADUN, Proram Ekonomi Kampung dan sebagainya. Kemajuan dalam bidang sosialpula dengan bantuan biasiswa kerajaan Negeri seperti yayasan Pahang disalurkan kepada pelajar. Begitu dengan bantuan komputer riba atau netbook bagi melahirkan orang yang celik teknoogi maklumat(IT). Projek-projek mega hasil usaha institusi ini sedang dilaksanakan seperti pusat latihan ketenteraan Awam yang terbesar di Asia Tenggara, Lebuh raya karak,pelangai.

y Perancangan masa hadapan -Perancangan masa hadapan bagi institusi ini adalah meningkatkan mutu perkhidmatan dengan memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Misalnya dalam soal tanah yang sering menjadi masalah dan isu utama kepada penduduk. Seterusnya memastikan kesemua program dan projek pembangunan dilaksanakan denan lancar. Misalnya projek pembangunan pusat latihan ketenteraan Awam(PULKA) dan banyak projek lebuh raya Karak.pelangai. Perancangan masa depan untuk penduduk Mukim Pelangai sedang diusahakan oleh institusi ini dengan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan iaitu mendirikan Institusi pengajaran tinggi Awam(IPTA), sekolah berasrama penuh dan rumah rehat khas sebagai tempat persinggahan orang luar.

7.0-RUMUSAN
Hasil daripada kajian ini saya telah dapat mengetahui peranan yang dimainkan oleh Balai Penghulu Mukim Pelangai sebagai sebuah Pentadbiran Komuniti setempat di kampung saya. Kajian ini juga menyedarkan peranan tanggungjawab dan tugas yang dipikul oleh Balai Penghulu Mukim Pelangai dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan dan membangunkan penduduk setempat selaras dengan hasrat kerajaan. Melalui kajian ini, saya juga menyedari akan sumbangan yang telah diberikan institusi tersebut pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat. Seterusya kajian ini juga membolehkan masyarakat tempatan memberi cadangan dan saranan kepada pihak pentadbiran tempatan bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan mereka. Akhir sekali, saya juga menyedari pentadbiran komuniti setempat seperti Balai Penghulu Mukim Pelangai memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada penduduk Mukim Pelangai tetapi juga terhadap pembangunan, kemajuan serta kesejahteraan bangsa dan Negara.

SENARAI PENTADBIR
01. ENCIK NASARUDDIN BIN AHMAD  Penghulu Mukim Pelangai ENCIK MOHD SHUKOR BIN SABTU  JKKK Kampung Shafie ENCIK MOHD YUSOF BIN HJ JALALUDIN  Pengerusi JKKK Kampung Simpang Pelangai ENCIK AHMAD@JOHAN BIN HJ MAT TAHIR  Pengerusi JKKK Kampung Semerting TN.HJ ABDUL RAHIM@ABD KUDUS BIN TAHAR  Pengerusi JKKK Kampung Hayat ENCIK HAMZAH BIN SAID  Pengerusi JKKK Kampung Baris ENCIK ABDUL GHAFFAR BIN MAT IDRIS  Pengerusi JKKK Kampung Baris TUN HJ IDRUS BIN MAT NOR  Pengerusi JKKK Kampung(f) Chemomoi

02.

03.

04.

05.

05.

06.

07.

Temu bual
Orang sumber : Kad Pengenalan: Alamat : Encik Nasaruddin bin Ahmad 700528-06-5363 Balai Penghulu Mukim Pelangai

Soalan: 1. Apakah nama institusi ini?  Balai Penghulu Mukim Pelangai 2. Berapa buah kampung yang berada di bawah Mukim Pelangai?  Sembilan buah Kampung. 3. Bolehkah disebutkan nama-nama kampung tersebut?  Kg. Baris, Kg.Shafie, Kg.Bukit Gajah, Kg.Felda Chemomoi, Kg. Chemomoi, Kg.Sungai Kemahal, Kg. Simpang Pelangai, Kg.Hayat dan Kg. Semerting. 4. Bilakah bangunan Mukim Pelangai dibina?  Bangunan lama Mukim Penghulu telah dibina pada tahun 1970an. Bangunan baru dibina pada pada tahun 1977. 5. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Mukim Pelangai?  Seorang penghulu yang mengetuai pentadbiran Mukim Pelangai. Di bawah penghulu terdapat Sembilan orang pengerusi JKKK yang mengetuai Sembilan buah kampung. 6. Apakah matlamat Pentadbiran Mukim Pelangai?  Pentadbiran Mukim Pelangai bertanggunjawab menjalankan pengurusan Mukim Pelangai. Seterusnya merancang dan melaras perlaksanaan program-program di peringkat Mukim Pelangai. 7. Apakah visi dan misi pentadbiran Mukim Pelangai?  Visi Pentadbiran Mukim Pelangai adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh kampung Mukim Pelangai.  Misi Pentadbiran Mukim Pelangai pula adalah membantu kerajaan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk Mukim Pelangai.

9.0-RUJUKAN
Lawatan:  Kompleks Penghulu Mukim Pelangai, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Orang Sumber:  Encik Nasaruddin bin Ahmad, 41 tahun, Kompleks Penghulu Mukim Pelangai, 28740 Bentong,Pahang Darul Makmur. Internet:  http://telecentremy/kampungsimpangpelangai/kampungkampungsekitar.html Lain-lain sumber:  Minit mesyuarat jawatan kuasa Tindakan Mukim Pelangai. Bil.1, tahun 2008 sasaran kerja tahunan. Encik Nasaruddin bin Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir Mukim.

8.0-LAMPIRAN

ELEMEN 3 MENULIS ESEI

Esei: Institusi Pentadbiran tempatan merupakan Pihak yang membantu kerajaan dalam melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan membangun serta memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Melalui institusi seperti Majlis Perbandaran JKKK Mukim dan lain-lain. Pentadbiran kerajaan dapat melahirkan rakyat yang bersemangat setia akan Negara. Ini adalah kerana mereka bersyukur menjadi warganegara Malaysia yang dapat hidup dalam sesebuah Negara yang berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera. Melalui Proram kemasyarakatan yang telah dijalankan oleh institusi Pentadbiran tempatan akan terhasilkan rakyat yang bersemangat kekitaan. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royon, sukaneka, sambutan maulidur Rasul dan sebagainya dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu dan harmoni. Di samping itu akan wujud juga nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan wujud la juga tolong menolong dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain sewaktu melaksanakan aktiviti anjuran Institusi Pentadbiran tempatan. Seterusya segala program pembangunan adalah bertujuan memelihara kesejahteraan rakyat dan melahirkan sebuah masyarakat yang berdisiplin. Melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti mulia. Keberkesanan pentadbiran institusi tempatan akan terselah. Apabila wujudnya perpaduan,dapat menutup di kalangan rakyat Malaysia.

You might also like