You are on page 1of 15

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

Pengenalan Dalam sumber data dan metode pengumulan data merupakan satu perkara yang penting dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Ia menerangkan bentuk kerja yang akan dijalankan, aliran kerja dan bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Mengikut Rohana Yusof (1996), Asas Sosial Dari Perspektif Sosiologi, penyelidikan yang baik akan memberikan pemerhatian kepada langkah-langkah kajian yang terlibat. Peringkat-peringkat itu ialah satu, mengenal pasti masalah, mentarifkan matlamat dan objektif sesuatu penyelidikan itu, dua, pembentukan hipotisis, tiga, merumuskan reka bentuk penyelidikan, empat, mengumpulkan data, lima, menganalisis data, tujuh, menganalisis hasil penyelidikan untuk menguji penyelidikan. salah satu kaedah kumpul data ialah kaedah primer. Menurut kamus dewan edisi keempat (2007) muka surat 317, data bermaksud butiran atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpul tentang sesuatu dan dapat dijalankan asas untuk membuat kajian manakala untuk primer (muka surat 1231) ialah yang pertama, yang terpenting yang utama. Data primer merupakan data yang didapatkan dari sumber asli atau pertama. Ia merupakan data yang dapat dari sumber pertama, baik daripada individu atau perseorangan. Contohnya hasil dari hasil pengisian kuesioner yag biasa dilakukan oleh pengkaji atau data yang diperolehi secara langsung dari jawapan responden melalui penyebaran kuesioner. Data primer merupakan data-data yang diperoleh secara langsung daripada "kejadian" sosial sebenar . Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001)Pengantar Sains sosial, dalam kaedah data primer terdapat kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan data dan maklumat seperti kaedah tinjauan, kaedah kerja lapangan(Fiel Work/study). Mengikut Rohana Yusof(1996), Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi , kaedah data primer ialah kaedah yang digunakan ialah kaedah pengamatan atau dikenali juga kaedah penyelidikan berpartisipasi, dan kaedah soal selidik. Antara teknik yang digunakan untuk mendapatkan data primer adalah soal selidik, kaedah temubual, tinjauan, kajian lapangan kerja dan sebagainya. pemerhatian, temuduga dan unjian psikologi. Sulaiman (1996) mengatakan, terdapat beberapa alat untuk mengumpul data dan antaranya adalah borang soal selidik, Kedua-dua keputusan kaedah ini diketegorikan
1

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

sebagai data primer adalah kerana kita atau seseorang itu sendiri terlibat secara langsung dengan pemasalahan yang dikaji . Secara mudahnya data primer boleh dikatankan sebagai "sumber mentah" yang belum dianalisis atau menjadi sumber pertama dalam menjalankan sesuatu penyelidikan . Data primer sangat penting kerana ketepatan peratusan kuputusan yang kita akan perolehi adalah tinggi . 1.0 Soal Selidik Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia paling popular kerana mudah diguna dan fleksibel. Soal selidik digunakan kerana ia mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk analisis. (Mohd Najib,1999) Ia juga merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Bidang perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua bidang yang kerap menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap. Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi. Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji kerana soal selidik memerlukan kos membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat, pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. Selain itu, responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi melengkapkan borang soal selidik yang diberikan. Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Kemungkinan wujud responden tiada nama. Pengkaji boleh mengenal pasti responden yang tiada nama itu dengan mengenal pasti kepada siapa pengkaji menghantar borang soal selidiknya. Maklumat prasangka yang kurang berbanding temuramah. Hal ini kerana, adakalanya penemuramah akan salah tafsir maklumat yang diberikan oleh responden. Perkara penting dalam reka bentuk soal selidik adalah pengkaji perlu berhati-hati dengan soalan yang dibina. Pengkaji perlu bijak menarik minat responden disamping mengenal pasti persepsi dan penilaian daripada responden terhadap soalan yang dibina. Berikut merupakan perkara yang perlu dititiberatkan dalam membina soal selidik :

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

Membina soalan peribadi Klasifikasi soalan Kandungan soalan Merangka jawapan

Membina soalan peribadi bagi soalan yang dibina perlulah jelas dan tidak mengelirukan. Penggunaan bahasa perlulah menggunakan bahasa standard atau mudah difahami. Kandungan soal selidik, bentuk dan struktur borang soal selidik mestilah mampu menarik minat responden dalam menjawab soalan dengan jujur. Arksey and Knight (1999) menyenaraikan item yang perlu dielakkan semasa membina borang soal selidik ialah Bahasa prejudis(prasangka), frasa kurang tepat , soalan penting, soalan kabur, soalan tanggapan atau andaian, soalan merupakan andaian(hipotesis), pengetahuan dan daya ingatan. Klasifikasi soalan latar belakang responden merupakan salah satu dalam klasifikasi membina soal selidik. Soalan latar belakang responden perlulah sesuai agar responden berminat untuk meneruskan proses menjawab soalan yang berikutnya. Hanya soalan yang penting sahaja perlu dibina. Elakkan membina soalan yang sukar untuk responden menjawabnya. Contohnya, soalan berkaitan gaji responden. Kandungan soal selidik perlulah meliputi isu kajian secara khusus. Foddy (1993) menyenaraikan kandungan soal selidik mengikut urutan yang tepat. Pengkaji haruslah jelas maklumat yang dikehendaki dan mengelaskan soalan dengan tepat. Responden haruslah boleh mentafsir soalan yang dibna seperti yang diharapkan oleh pengkaji. Responden haruslah boleh membina jawapan sama dengan yang pengkaji mahukan. Pengkaji haruslah boleh mentafsir jawapan yang diberikan responden. Seterusnya, merangka jawapan menetapkan bagaimana responden akan menjawab soalan yang dibina. (ya atau tidak). Jika soalan terbuka, responden boleh menjawab di atas garisan yang disediakan. Jika soalan tertutup, responden boleh bulatkan pilihan jawapan atau tanda atau . Proses-proses dalam menjalankan penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik ialah mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya. Ia bertujuan untuk mengenal pasti
3

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

isu yang hendak di selidiki, jenis maklumat yang dikehendaki dan kegunaannya, liputan soal selidik tersebut contohnya, samada beberapa negeri atau seluruh Malaysia. Mengenal pasti sumber (orang) yang dapat menjawab isu tersebut. Seterusnya mengumpul data dengan memilih teknik penyelidikan yang bersesuaian. Mendefinisikan soalan-soalan (varaibles), menentukan sampel dan seterusnya menjalankan soal selidik. Proses menganalisa data dengan mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik, menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable), menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables) dan mentafsirkan analisis yang telah dijalankan. Satu cara meningkatkan kadar maklum balas terhadap soal selidik dengan membuat soal selidik yang menarik.Maka, paparan umun, pilihan kertas, selang ayat dan arahan menjawab harus dititik beratkan.Soalan pilihan jawapan harus difikirkan, contohnya tandakan / dalam kotak dan bulatkan nombor. Kotak atau garis harus disediakan untuk soalan terbuka. Cara terbaik untuk menggelakkan soalan selidik yang sukar dibaca ialah dengan soalan dibaca kepada responden. Namun, pengumpulan data menggunakan borang soal selidik juga mempunyai kelemahannya. Antara kelemahan borang soal selidik ialah tidak semua responden yang mahu melengkapkan borang soal selidik. Borang soal selidik yang terlalu panjang adalah amat bahaya. Gillham (2000) menyarankan supaya borang soal selidik dibina antara 4 hingga 6 muka surat sahaja. Sesetengah individu lebih gemar menggunakan bahasa komunikasi berbanding dengan menulis perkataan. Kemungkinan responden menjawab soalan dengan sambil lewa, memberi jawapan yang kurang tepat atau mengelirukan.

2.0

Temubual Terdapat beberapa jenis instruman digunakan untuk mengumpulkan maklumat dalam

penyelidikan. Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual. Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. Contohnya tentu kita pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat
4

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit, bank atau sebagainya. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Selain itu juga, kita juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan dimana sebagai guru dan juga penyelidik, kita mungkin akan temu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. kita mungkin temu bual mereka sebelum, semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai. Tujuan temubual ialah dapat berinteraksi secara langsung dgn responden, responden dapat memberikan jawapan secara langsung, perjelasan secara langsung diperolehi dan jawapan bukan bersifat andaian atau tafsiran. Tujuan temubual ialah bagi menbolehkan untuk berinteraksi secara langsung dgn responden, dan dengan ini responden dapat memberikan jawapan secara langsung. Tujuan temubual juga ialah dapat memperolehi perjelasan secara langsung daripada respoden dan jawapan bukan bersifat andaian atau tafsiran. Patton (1980) menyatakan terdapat pendekatan temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka. Fontana dan Fery (1994) Merriem (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur digunakan untuk mengumpulkan data bagi analisis kuantitatif dan manakala bagi proses interaksi berlaku pada tahap yang minimum. Manakala bagi temubual separa berstruktur adalah tidak diseragamkan untuk analisis kualitatif dan mempunyai penambahan soalan. Bagi maklumat respon direkodkan melaui catatan atau rakaman melalui rakaman video dan sebagainya. Responden boleh mengembangkan pendapatpendapat mereka tanpa mendapat sekatan bagi meluahkan pendapat mereka. Temubual begini selalunya lebih bersifat santai tanpa terlalu banyak protokol. Bagi temubual bebas pula ialah digunakan untuk meninjau isu atau topik secara mendalam dan rekabentuk soalan tidak perlu dirancang. Temubual berbentuk begini lebih bersifat sahaja ataupun spontan tanpa terikat Temubual begini akan memudahkan dengan teks yang dirancang soalannya sebelum itu.

reponden bercakap dengan bebas. Selain itu, temubual lain ialah berbentuk temubual tertumpu, di mana temubual ini lebih berdasarkan respon subjektif responden kepada situasi yang mereka pernah terlibat mahupu mereka alami. Penkaji perlu melakukan kajian mengenai latar belakang
5

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

responden seperti menganalisis autobiografi orang yang akan ditemui dan temubual. Hal ini penting untuk pengkaji mendapatkan input dan persedian pengkaji merancang soalan sebelum di tanya kepada responden. Jenis temubual lain ialah temubual perbualan tidak rasmi yang mana temubual ini yang melibatkan penjanaan soalan- soalan secara spontan tanpa perancangan dahulu. Proses temubual ini lebih longgar tanpa ada protokol pertanyaan. Data-data yang dikutip melalui temubual perbualan mungkin sukar dianalis kerana soalan tersebut tidak ditnya secara berulang-ulang. Ada pelbagai jenis temubual antaranya ialah temubual kaedah indidvidu paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan pengalaman seseorang. Temubual mendalam boleh dilakukan kepada: i) ii) Individu yang mengalami sesuatu fonemana Individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat. iii) Pakar yang mengedalikan sesuatu tugasan professional berkaitan fenomena tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik dan lain-lain yang berkenaan. dan

Dalam proses menabual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh semua peserta dan tidak memberi nilai samaada jawapan itu betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya. Jika keselamatan menjadi isu, kehadiran dua penyelidik boleh digunakan dengan memastikan peserta tidak rasa diperkecilkan.perbualan telefon anatara penyelidik dengan peserta juga dikira dengan temubual. Langkah-langkah menabual ialah dengan mengajukan soalan berbentuk protokol. Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. Manakala langkah kedua ialah dengan pengkaji menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar peserta berasa selesa dan terdorong untuk member respon
6

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

yang memuaskan iaitu dengan membina hubugan yang baik, member penerangan yang jelas kepada peserta,member keutamaan kepada perspektif peserta. Selain itu ialah dengan menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan keadaan emosi peserta, serta menggunakan teknik penyoalan yang berkesan. Langkah seterusnya dengan mendokumentasikan temubual iaitu dengan merakamkan dalam bentuk video,pita suara video dan juga nota. Data temubual yang dirakam ini ditaip kembali dalam computer dalam bentuk transkrip untuk melaui proses seterusnya iaitu analisa, Manakala temubual fokus ialah merupakan kaedah kualitatif yang berkesan untuk mempelajari budaya dan amalan sesuatu kumpulan ataupun mendapat pelbagai pandangan dalam sesebuah kumpulan tentang sesuatu isu. Kumpulan fokus dijalankan dengan seorang atau dua fasilitator berjumpa dengan ahli kumpulan untuk membincangkan sesuatu topic kajian. Contoh penggunaan kaedah ini yang paling sering dilakukan ialah dengan kajian-kajian pasaran di mana pengkaji perlu mengetahui tentang produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh sesuatu populasi. Kekuatan data kumpulan fokus terletak kepada dinamika yang terhasil daripada interaksi kelompok. Selain dari menghasilkan respon yang banyak pada masa yang pendek, ahliahli kelompok juga teransang untuk memberikan pelbagai jawapan yang berbeza berdasarkan pengalaman dan personality mereka. Adakalanya temubual fokus kurang Berjaya untuk mendapatkan jawapan berbentuk peribadi. Dalam temubual kumpulan fokus pengkaji perlu membina soalan fokus yang berbentuk penerangan bukan bukan sekadar ya dan tidak. Temubual kumpulan fokus menggunakan protocol soalan yang dibina terlebih dahulu. Pengkaji juga perlu memilih kumpulan fokus terdiri daripada mereka yang memberi respon terhadap isu yang dikaji. Pengkaji boleh membinan kumpulan-kumpulan yang mempunyai cirri-ciri yang sama ataupun berbeza. Di samping itu juga pengkaji perlu menyediakan alat rakaman bagi sesi perbincangan. diperlukan untuk mencatat atau memastikan rakaman berjalan dengan lancar. Selain itu juga, temubual fokus juga memastikan pengkaji bijak mengendalikan temubual kumpulan fokus. Pengkaji perlu memperkenalkan diri, menyatakan tujuan perbincangantersebut dan menerangkan bagaimanan proses temubual fokus berlaku. Pengkaji perlu menyatakan bahawa tiada jawapan yang betul atau salah dan semua ahli berpeluang menyatakan pandangan
7

Seorang fasilitator

diperlukan untuk membaca soalan dan mengendalikan perbincangan, manakala seorang lagi

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

mereka tanpa perlu risau bahawa ia akan dislahgunakan. Pengkaji perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ahli kumpulan untuk merakam sesi dan menggunakan data untuk kajian. Selepas temubual fokus pengkaji perlu mengimbas kembali maklumat yang didapati dalam kelompok tersebut, serta reaksi ahli kelompok terhadap isu kajian semasa maklumat tersebut masih segar diingatan. Jika penyelidik menjalankan kajian ini bersendirian sangat baik jika maklumat ini dijadikan memo di atas kertas atau dalam computer. Rakaman perlu didengar semula untuk ditaip bagi menghasilkan transkrip dan seterusnya dianalisa secara manual atau menggunakan software. Selain itu juga, temubual berkumpulan merupakan salah satu jenis temubual. Temubual ini terdiri daripada pelbagai format yang berbeza. Responden yang digunakan juga mempunyai bilangan penemubual lebih dari satu, temubual bersama dan juga kumpulan fokus. Bagi kelebihan temubual jenis ini ialah pengurangan kos berbanding temubual individu dan menambahkan peluang responden memberi reaksi tanpa ada perasan malu menyatakan isi pendapat apabila menjawab persoalan yang diutaraka. Ini kerana temubual ini akan menggunakan perbagai soalan akan mewujudkan tingkah laku seperti ujian. Selalunya temubual jenis ini respondan akan lebih daripada satu. Dengan menggunakan temubual jenis ini akan menambahkan responden memberi reaksi. Selalunya temubual ini dilakukan bagi mendapatkan maklum balas sesebuah firma contohnya seperti Telekom Malaysia mengenai perkhidamatan yang digunakan oleh pelanggan. Ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

3.0

Kaedah Tinjauan atau Pemerhatian Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan Dr. Prof.et a l(2001) Pengantar Sains sosial,

kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang popular untuk mendapatkan data dan maklumat dikalangan pengkaji sains sosial. Dalam kaedah ini pengkaji memperolehi data dan maklumat dengan cara membentuk soal selidik tertentu yang menepati ciri-ciri piawai serta menyerahkan sempel kepada responden. Ciri-ciri piawai ialah ciri-ciri yang dikehendaki oleh penyelidik itu sendiri yang menepati ciri-ciri yang dibuat. Manakala responden pula ialah masyarakat atau individu dalam masyarakat yang dikaji. Sample responden ditentukan secara rawak atau ditentukan secara nisbah atu purata. Tiga cara untuk mendapatkan dan maklumat dalam kaedah
8

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

tinjauan iaitu tinjauan secara individu (self-administered questionnaires), temu bual dan tinjauan secara individu dan menggunakan telefon. Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al (2001) Pengantar Sains sosial, dalam kaedah tinjauan, tinjauan secara individu ialah kaedah menghantar borang soal selidik melalui pos dan menghubungi responden dari rumah ke rumah. Kaedah tinjauan secara individu dibuat bagi memberi peluang kepada responden menjawab soalan Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku
9

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan denganmu dah dan tempat. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Terdapat dua jenis pemerhatian iaitu permerhatian peserta dan pemerhatian bukan perserta. Jenis pemerhatian peserta melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi dijangka dapat diperhati diperingkat awal. Jenis permerhatian yang kedua ialah pemerhatian bukan peserta. Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong,
10

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

kaset, dan kamera video. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat. Terdapat kebaikan untuk menggunaan kaedah pemerhatian bagi mengumpul data. Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti. Sebaliknya kaedah pemerhatian juga mempunyai kelemahan. Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

4.0

Kajian Kerja Lapangan Definasi kerja lapangan ,kerja lapangan adalah proses mengumpul data mentah secara

saintifik dan dilakukan secara insitu. Berbanding dengan kajian makmal yang mana proses mengumpulan data dilakukan secara terkawal dalam makmal. Kerja lapangan melibatkan hubungan secara langsung (face-to-face) dengan bahan atau objek yang dikaji dalam keadaan semula jadi. temubual, pemerhatian terhadap manusia, bahasa, budaya rakyat dan struktur sosial juga termasuk dalam katogari kerja lapangan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 pula,kajian lapangan bermaksud kawasan atau tempat yang luas, gelangang, medan, padang. Kerja lapangan sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat baru tentang masyarakat dan budaya. Kerja lapangan boleh berlangsung untuk jangka waktu dari beberapa bulan hingga dua tahun
11

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

atau lebih. Tujuannya ialah untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji itu dengan sedalam mungkin. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kerja lapangan, dan pada dasarnya tidak ada satupun formula yang jelas berkenaan perkara ini. Alat terpenting dalam menjalankan kerja lapangan, tidak lain dan tidak bukan, ialah penyelidik itu sendiri, dialah alat saintifik yang sebenarnya. Terpulang kepada setiap orang penyelidik untuk menggunakan kebolehan dan kebijaksanaannya, dari segi watak dan personaliti, untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Satu lagi perkara yang menyebabkan terdapat variasi dalam menjalankan kerja lapangan ialah persekitaran berlainan dan tajuk berbeza-beza yang dikaji oleh penyelidikan. Metod yang dipilih itu mestilah sesuai dengan keadaan dan persekitaran subjek yang dikaji, tetapi agak sukar sekali untuk menyatakan dengan tepat metod yang manakah yang terbaik. Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001) Pengantar Sains sosial, dalam kaedah kerja lapangan(fiel work/study), terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan oleh penyelidik untuk memperolehi data dan maklumat dengan cara turut serta dalam kehidupan atau sosial yang berlaku. Contohnya penyelidik ingin mengkaji proses strategi pilihan raya oleh parti politik, beliau akan turut serta dalam mesyuarat parti tersebut yang berkaitan dengan pilihan raya. Dengan ini data dan maklumat dapat diperolehi. Teknik kedua dalam kaedah kerja lapangan ialah temu bual insentif (indepth interview), dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan cara temu bual yang dibuat barkaitan dengan isu-isu semasa kehidupan dan kemudiannya menjurus kepada topik yang sebenar. Contohnya dalam satu penempatan yang dikaji, penyelidik akan berkumpul dengan dengan penduduk yang berbual dikedai kopi sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti bola sepak dimalaysia. Misalnya sebelum mulai menjurus kepada topik yang sebenar. Teknik terakhir dalam kaedah kerja lapangan ialah Etnografi(pemerhatian). Teknik ini biasanya berkaitan dengan disiplin antropologi. Dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub-budaya. Pengkaji akan terlibat sama dalam masyarakat yang dikaji dan akan bercampur dengan mereka. Contohnya kajian amalan pemujaan oleh satu golongan etnik disesuatu kawasan penempatan. Kajian yang dibuat oleh pengkaji atau penyelidik biasanya berkisarkan kepada memahami budaya masyarakat tersebut dan membezakan ciri-ciri budaya itu dan melihat persamaan dengan budaya lain.

12

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

Etika kerja lapangan sebelum melakukan kajian lapangan, seseorang penyelidik itu tidak melakukan pembohongan data saintifik (plagiat atau penipuan), sentiasa mematuhi hak cipta, perlu menghormati individu, komuniti dan budaya masyarakat setempat dan dapatkan kebenaran, permit dan patuhi segala syarat yang ditetapkan untuk persampelan. Jika kajian melibatkan manusia (sosial, budaya, bahasa dll), individu atau komuniti tersebut perlu diberitahu untuk apa dan bagaimana maklumat yang diperolehi akan guna atau disebar. Dalam mencari data mentah untuk penyelidikan, beberapa etika sangat-sangat perlu untuk dipatuhi. dikenali. Selain itu pemberi maklumat dan nama-nama yang ada dalam cerita mesti di lindungi jika mereta tak mahu Tiada paksaan dalam memperolehi data dan penyelidik juga harus minimumkan kerosakan atau gangguan terhadap alam sekitar serta menjaga kebersihan.

Penutup Dalam melakukan penyelidikan penglibatan secara langsung seseorang itu adalah sangat penting walaupun sebahagian proses penyelidikan boleh dilakukan dalam perpustakaan. Penglibatan secara langsung dapat memberikan pengalaman dan prektikal secara langsung kepada seseorang ke atas isu atau permasalahan yang hendak dikaji . Ini adalah kerana , mereka akan merasa sendiri pemasalahan yang akan timbul dalam penyelidikan yang akan dilakukan mereka. Pada kebiasaannya banyak pemasalahan yang akan timbul daripada kajian mereka dan boleh menyebabkan masa yang diambil adalah lama untuk diselesaikan . Selepas pengumpulan data, prosesperlu dijalankan. Menganalisis data ialah satu proses mencari keputusan atau kesahihan data yang diperolehi . Penganalisian data perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana data-data tersebut akan membuktikan atau menafikan hipotesis awal yang dilakukan oleh penyelidik samada hipotisis mereka benar ataupun sebaliknya. Jika analisis data yang dilakukan adalah salah, ia akan menyebaban penyelidikan yang dihasilkan tidak tepat. Analisa data akan memastikan keputusan penyelidikan itu tepat dan dapat diterima oleh orang ramai. Ini adalah kerana, setiap keputusa daripada penganalisian data akan mempengaruhi kesahihan dan kebenaran hasil kajian. Lepas analisis data, keputusan data dapat dijelaskan dengan menggunakan jadual, graf, dan rajah kerana kaedah ini lebih sesuai dan tersusun berbanding dengan kaedah lain .

13

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

Melaporkan hasilan ialah menukarkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan kepada bentuk teks bertulis dan merupakan peringkat terakhir dalam kaedah penyelidikan. Ini adalah terpulang kepada penyelidik tersebut untuk menulis hasil kajiannya dalam bentuk apa pun seperti tesis, buku ilmiah ataupun jurnal .

Bibliografi
14

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

DATA PRIMER

Diane Kholos Wysocki (2001) , Social Research Methods , Canada : Wadsworth Thomson Learning. Diperoleh pada 21, 2010. pendekatan temubual sebagai mehtod kajian kes, suatu perspesi di kalangan pelajar perempuan cemerlang terhadap perkhdmatan bimbingan dan kaunseling http://eprints.utm.my/2212/1/91.DrMuhdSharif%26Roslee.pdf Diperoleh pd 22, 2010. Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif Pengenalan Proses Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan.www.slideshare.net Drs. Sidi Gazalba (1974 ):Sistematika filsafat , Kuala Lumpur : Penerbitan Utusan Melayu Berhad. Hubert M. Blalock (1982) , Introduction To Social Research , New Jersey : Prentice Hall. Horwich . Paul ,Theory of Thuru ,Jonathan Deney (ed) ,A Companion to Epistemology :Cambrige Bleckwell . Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (2006), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka UKM , 1979 , Research and Publication , Faculty of Social Scince and Humanities : Bangi , UKM Press. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2000) : Etika dan Tatatertib Kuala Lumpur:Ampang Press Sdn. Bhd Tham Seong Chee (1981) , Social Scince Research In Malaysia , Singapore : Graham Brash (Pte) Ltd .

15

You might also like