P. 1
Memperkasakan Kurikulum Pendidikan Negara

Memperkasakan Kurikulum Pendidikan Negara

|Views: 712|Likes:
Published by paperputih82

More info:

Published by: paperputih82 on Aug 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/06/2013

pdf

text

original

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA Oleh Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Abstrak Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi negara. Kertas ini membincangkan tentang asas dan cabaran yang perlu dipertimbangkan dalam memperkasakan kurikulum pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Negara dan trend pendidikan dunia adalah di antara kuasa penggerak yang perlu diberi penekanan dalam usaha memperkasakan kurikulum pendidikan negara. Matlamat kurikulum ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yang sama kurikulum turut perlu menyumbang dalam melahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti. 1.0 PENDAHULUAN Perangkaan menunjukkan bahawa hampir 21 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berada dalam lingkungan umur persekolahan iaitu di antara 6 hingga 18 tahun. Kumpulan ini mengikuti sistem persekolahan Malaysia yang menggunakan kurikulum kebangsaan.

Kurikulum merupakan pendidikan. mencorakkan Ia merupakan akan

suatu elemen terpenting dalam sistem nadi kepada Bagi sistem pendidikan suatu yang sistem

generasi

datang.

menjana

Pusat Perkembangan Kurikulum

1

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak-kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu

perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Pernyataaan

kurikulum

ini

perlulah

diterjemahkan

melalui

pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum bukannya satu entiti yang konstan tetapi bersifat fleksibel dan berubah mengikut senario dan tuntutan ekonomi, sosial dan politik tanah air.

2.0

ASAS PERTIMBANGAN PEMBANGUNAN KURIKULUM SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2.1 Perubahan Ekonomi

Malaysia, seperti negara-negara membangun yang lain, terpaksa berhadapan dengan arus globalisasi iaitu aktiviti ekonomi dunia tanpa sempadan. Penghapusan segala perlindungan ekonomi yang dikenakan oleh negara-negara membangun bagi melindungi dan meningkatkan ekonomi, syarikat dan institusi kewangan tempatan telah mengizinkan pergerakan bebas kewangan, pelaburan dan perdagangan. Kesan dari

globalisasi ini, syarikat-syarikat besar datang ke sesebuah negara 2

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

membangun untuk melabur, menjual dan turut mengambil alih syarikatsyarikat kecil. Barangan import yang lebih berkualiti dibawa masuk

dengan harga yang lebih murah menyebabkan barangan tempatan hilang pasaran, seterusnya akan mengakibatkan syarikat tempatan terpaksa ditutup dan rakyat kehilangan pekerjaan.

Arus globalisasi bukan sahaja telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi, malah turut mempengaruhi budaya, politik dan keselamatan beberapa negara membangun. Malaysia belum lagi terjejas teruk seperti sebahagian besar negara-negara membangun yang lain kerana tindakan cepat oleh kerajaan mengatasi kesan globalisasi ini serta disebabkan kita tidak bergantung semata-mata kepada komoditi. Walaupun globalisasi

memberi kesan buruk, tetapi jika ianya ditangani dengan betul dan berkesan, ia akan memberi keuntungan kepada negara.

Semua lapisan masyarakat perlu bersedia untuk memainkan peranan masing-masing untuk mengharungi arus globalisasi kerana arus ini akan terus mencorakkan struktur ekonomi dan sosial rakyat di masa hadapan. Persoalannya ialah sebagai rakyat Malaysia, apa yang perlu Lebih tepat lagi, apa yang perlu kita lakukan untuk

kita lakukan?

menyiapkan diri kita untuk menikmati manfaat globalisasi tanpa merasai kesan negatifnya? Jawapannya bergantung kepada bagaimana kita menangani dan mengurus kesan globalisasi ke atas negara ini. Dalam hal ini, pembangunan modal insan yang relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang merupakan sumber utama 3

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

menentukan kemampuan negara untuk menghadapi cabaran globalisasi. Memandangkan golongan murid dan pekerja merupakan elemen yang

penting untuk memajukan negara, usaha-usaha hendaklah diambil untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan mereka. Golongan ini perlu

ditanam dengan sikap gigih, dedikasi, berani dan keinginan untuk terus meningkatkan taraf ilmu pengetahuan. Oleh itu, aspek latihan dan

pendidikan samada secara formal atau tak formal adalah menjadi tonggak yang menentukan samada masyarakat negara ini bersedia dan mampu mengharungi arus globalisasi atau sebaliknya.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) untuk sepuluh tahun akan datang yang mengandungi prinsip asas pembangunan ekonomi dan pembinaan bangsa serta menjelaskan strategi dasar yang perlu diambil untuk mengurus dan menangani globalisasi. Hal ini turut menjadi agenda

penting dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dengan meletakkan pembangunan modal insan sebagai Teras Kedua dalam mencapai kecemerlangan pendidikan Malaysia menjelang 2010. Untuk Malaysia terus berdaya saing dalam dunia yang semakin global, penekanan yang lebih akan diberi kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Keduanya, sekiranya Malaysia mahu menjadi pemain yang bermakna dan bukan hanya sebagai pemerhati dan penerima teknologi dan pelaburan dalam dunia global, kita mesti membuat perubahan penting dalam cara pengurusan ekonomi dan pembangunan modal insan. 4

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

K-ekonomi

bermaksud

pengetahuan

akan

menjadi

faktor

pengeluaran yang semakin penting, selain tanah, buruh dan modal. Caracara pengeluaran tradisional akan ditukar menjadi proses yang lebih bestari, dengan lebih ramai pekerja mahir dan disokong oleh

penyelidikan dan pembangunan yang lebih luas dan banyak. K-ekonomi memberi tumpuan kepada pengetahuan sebagai pendorong

pertumbuhan ekonomi kerana ilmu ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran dan seterusnya melahirkan proses keluaran yang baru. Contohnya: i. penggunaan pengetahuan terkini dalam pengurusan

pertanian, seperti dalam kawalan serangga, pengolahan genetik, pengurusan dan penjadualan tanaman dan tuaian, untuk menambah hasil dan kualiti produk. ii. dalam sektor pendidikan, pengetahuan dalam aplikasi ICT boleh memperbaiki kadar dan kaedah pembelajaran. iii. dalam sektor industri, pengetahuan tentang kaedah-kaedah terkini pemprosesan, dan bahan-bahan terbaru, teknologi telah

tercanggih, terdapat di

pembaharuan-pembaharuan lain, akan

yang

negara-negara

secara

langsung

membantu industri tempatan meningkatkan daya saing. iv. dalam sektor awam pula, pengetahuan tentang bagaimana boleh dipercekapkan lagi prestasi agensi-agensi kerajaan, tentang meningkatkan prestasi kakitangan melayan awam, dan

menggunakan

kaedah-kaedah

baru

pelanggan, 5

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

memperbaiki

sistem

penyampaian

sektor

awam,

dan

seterusnya dapat negara.

meningkatkan daya saing dan prestasi

Satu ciri penting yang diperlukan oleh sesebuah negara, organisasi, syarikat dan individu untuk menjayakan proses peralihan kepada kekonomi , serta terus berupaya bersaing dalam arus globalisasi ialah kemampuan untuk bergerakbalas segera kepada perubahan dan

keperluan. Dalam suasana persekitaran yang mencabar dan mendesak, "ketangkasan" akan banyak menentukan "survival" atau daya hidup. Kegagalan mengubahsuai apa yang patut, akan menyebabkan organisasi tersebut hilang pasaran dan tidak berupaya mengatasi cabaran-cabaran baru pasaran.

Dalam konteks ini, RRJP3 dan PIPP secara khususnya menjelas dan memperincikan keperluan untuk memberi tumpuan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan modal insan dan penggunaan ICT.

Dari segi pembangunan modal insan, telah terbukti bahawa negara boleh membangun dan maju jika mempunyai tenaga kerja yang produktif, berdaya saing, inovatif, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Negara yang gagal membangunkan modal insan dan menjana

pekerja berasaskan ilmu pengetahuan atau k-pekerja serta penemuan yang inovatif dan terkedepan sudah tentu akan terus ketinggalan.

Pusat Perkembangan Kurikulum

6

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Keperluan tenaga pekerja berilmu dan pembangunan modal insan adalah berasaskan keperluan berikut dalam suasana k-ekonomi: i. Organisasi dan majikan memerlukan sumber tenaga kerja yang mampu menghadapi dan melakukan perubahan di tempat kerja mengikut keperluan dengan cepat. ii. Aktiviti ekonomi berubah kepada industri canggih yang lebih berasaskan high added value dan high value added yang kedua-duanya memerlukan peningkatan pengetahuan dan kemahiran. iii. Pengautomasian perkhidmatan untuk meningkatkan lebih ramai produksi pekerja dan yang

memerlukan

berkeupayaan mengendali dan menyelenggarakan mesin automasi. Pekerja juga harus mampu merekabentuk mesin dan perisian serta mengubahsuai aplikasi sistem automasi. iv. v. Saingan yang lebih kompetetif di dalam dan luar negara. Organisasi memberi lebih tumpuan kepada peringkat yang memberi lebih keuntungan iaitu konsepsi produk,

penyelidikan dan perekaan, menyedia prototaip, serta di peringkat pembungkusan, jenama, jualan dan pengiklanan. Semua peringkat ini memerlukan pengetahuan, kreativiti dan inovasi.

Satu senario yang biasa berlaku dalam k-ekonomi ialah perubahan aktiviti syarikat serta perubahan pekerjaan. Oleh yang demikian,

generasi muda perlu mempunyai kemahiran yang pelbagai dan bersikap 7

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

fleksibel dalam meneroka dunia pekerjaan.

Mobiliti mereka terjejas

apabila mereka hanya terikat kepada satu kebolehan sahaja.

Usaha permulaan yang harus dibuat di peringkat sekolah ialah untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilainilai yang diperlukan bagi menghadapi cabaran globalisasi ini dengan lebih mudah. Antaranya ialah mereka memerlukan pengetahuan dan

kemahiran baru seperti kemahiran ICT serta kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif. Mereka juga perlu mampu berkomunikasi,

menganalisis dan membuat keputusan dengan berkesan. Murid hari ini perlu mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi yang dapat diperolehi melalui pendidikan formal dan didikan ibu bapa agar dapat berfikir secara kritikal dan mampu berkomunikasi secara terbuka.

Aspek kedua yang boleh mempercepatkan perkembangan dan aplikasi pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi negara ialah

penggunaan ICT. ICT perlu difahami sebagai satu "alat serbaguna" yang boleh meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Bagaimanapun peralatan dan perkakasan yang canggih tidak akan menambah nilai kepada mana-mana individu atau organisasi jika aplikasi ICT itu tidak menyeluruh dan komprehensif. ICT juga tidak bermakna jika ianya hanya sekadar untuk mengakses informasi.

Aplikasi ICT perlu dimanfaatkan untuk memperkembangkan potensi individu serta meningkatkan kualiti dan produktiviti. Oleh yang demikian, 8

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

penyediaan infostructure perlu seiring dengan perubahan-perubahan dan peralihan minda dan sikap pekerja, di samping keupayaan mengaplikasi ICT sebaik mungkin. Dalam konteks ini, setiap lapisan masyarakat memerlukan mengakses kemahiran maklumat, bukan tetapi sekadar mengguna peralatan atau

berkeupayaan

memproses

maklumat

dengan cepat serta mempelbagaikan aplikasi ICT dalam setiap proses kerja.

2.2

Perubahan Sosial

Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya

perindustrian.

Modenisasi juga diterima sebagai keadaan di mana

masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang baru. Gaya hidup tradisi

telah berubah kepada cara hidup moden seiring dengan pertumbuhan kilang-kilang, pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan dan tamantaman tema. Justeru itu sistem pendidikan juga turut mengalami proses modenisasi secara beransur-ansur.

Perubahan nilai dan norma dalam kehidupan seperti proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi akan menimbulkan masalah gejala sosial contohnya masalah disiplin di sekolah, ponteng sekolah, gangsterisme, gejala mat rempit dan penyalahgunaan dadah. Faktorfaktor ini menuntut keperluan untuk menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti bagi semua lapisan dan peringkat masyarakat. Sistem 9

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

pendidikan mestilah mampu memberikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan seterusnya menerapkan nilai-nilai hidup bermasyarakat bagi

melahirkan warganegara yang bukan sahaja mampu mensejahterakan diri dan keluarganya, bahkan komuniti dan negaranya.

2.3

Perubahan Struktur Politik

Integrasi kaum merupakan isu yang sering menimbulkan masalah dan perlu diberi perhatian di kebanyakan negara di dunia. kaum di Malaysia sentiasa diberi keutamaan. Integrasi

Tawil dan Harley (2004)

mendefinisikan kejeleketan sosial (social cohesion) sebagai sesuatu yang boleh berfungsi sebagai ‘a framing concept’ atau pun rangka konsep untuk berfikir melalui isu-isu dasar yang kompleks. Kejeleketan sosial

merupakan perkara utama yang perlu diambilkira apabila menilai perubahan dasar kurikulum. Konsep ini merupakan satu kesedaran sosial yang boleh diaplikasikan sewaktu penggubalan dasar sebagai satu tindak balas kepada kepelbagaian isu-isu sosial.

Adalah penting untuk kita mengambilkira faktor budaya, sosial dan politik dalam perspektif sejarah untuk memahami sifat pembahagian sosial, konflik, identiti dan keamanan. Sebagai contoh, isu keterasingan (compartmentalization) dan kelangsungan etnik (ethnic survival) boleh mencetuskan konflik etnik. Kurikulum kebangsaan yang dilaksanakan di sekolah sememangnya memberi penekanan kepada betapa pentingnya nilai dan norma yang menggalakkan perpaduan dalam masyarakat 10

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

majmuk di Malaysia. Pendekatan terarah melalui pengenalan mata pelajaran khusus seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta disokong melalui kaedah penerapan nilai

merentas kurikulum merupakan usaha Kemeneterian Pelajaran Malaysa menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme dan perpaduan kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti sistem pendidikan negara. Malah, langkah penambahbaikan kepada sistem sedia ada dan mengukuhkan lagi integrasi nasional di Malaysia, maka Program Khidmat Negara dilaksanakan. Sebagai langkah awal bagi menerapkan semangat integrasi nasional di kalangan murid-murid, unsur-unsur Program

Khidmat Negara harus diterapkan ke dalam kurikulum persekolahan. Ini menunjukkan bahawa isu integrasi kaum masih lagi merupakan agenda utama dalam masyarakat Malaysia kerana kestabilan politik amat penting bagi negara ini untuk terus membangun. 2.4 Penemuan baru : Bioteknologi dan Nanoteknologi

Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi berlaku dengan amat pesat dalam abad yang lepas dan dijangkakan momentumnya dijangka akan berterusan dalam abad ini. Penemuan yang baru, idea yang kreatif dan inovasi yang tidak terfikir pada abad-abad yang lepas telah menukar cara pembuatan barangan dan peralatan, serta

bagaimana keperluan hidup asas manusia dipenuhi. Teori, prinsip dan hukum sains yang terdahulu mungkin perlu dijadikan pengetahuan latar belakang atau pengetahuan asas, sementara prinsip dan pengetahuan baru dikembangkan mengikut kemajuan terkini dalam bidang sains dan teknologi. Dua bidang terbaru dalam bidang sains dan teknologi yang 11

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

menggegarkan dunia dalam dekad bidang nanoteknologi.

ini ialah bidang bioteknologi dan

Bioteknologi merupakan teknologi yang memanfaatkan sistem biologi. Pemanipulasian sistem biologi telah dipermudahkan oleh

kemajuan yang pesat dalam teknik biologi pada tahap molekul dan genetik. Nanoteknologi pula merupakan teknologi yang melibatkan bahan atau teknik dalam dimensi kurang daripada 1,000 nanometer (1nm = 0.000000001 m). Secara langsungnya, nanoteknologi membawa kesan menakjubkan kepada teknologi pembuatan yang melibatkan teknik pada aras atom dan molekul diperlukan. di mana kepersisan dan kejituan amat

Kedua-dua bidang bioteknologi dan nanoteknologi adalah bersifat ‘interdisciplinary’ atau saling berkaitan. Praktis bioteknologi seringkali memerlukan pemuafakatan antara ahli sains pelbagai disiplin, ahli pertanian, dan jurutera. Nanoteknologi pula telah diterokai oleh bidang

fizik atomik, kejuruteraan elektrik, kimia, sains bahan, fizik numerikal, pengkomputeran. Di samping itu oleh kerana kedua-dua bidang ini berkaitan dengan penghasilan barangan secara komersial, ia

memerlukan kerjasama ahli ekonomi. Ciri multi-disiplin ini menguatkan kepentingan konsep bioteknologi dan nanoteknologi untuk diberi

pengenalan dalam kurikulum sekolah. Adalah dijangkakan kebanyakan jenis pekerjaan pada masa depan akan berkaitan dengan kedua-dua

Pusat Perkembangan Kurikulum

12

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

bidang ini. Murid kita perlu prihatin tentang perkembangan terkini ini agar mereka tidak menerima kejutan budaya bila mereka dewasa kelak.

3.0

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan adalah penting untuk menyediakan seseorang untuk menghadapai masa depannya. Murid-murid perlu diberi pendidikan yang akan

sebagai alat untuk menghadapi pelbagai tanggungjawab dihadapi dalam kehidupan mereka.

Mereka perlu dibantu untuk

menyediakan diri dalam kehidupan dan berupaya mengambil bahagian dalam ekonomi, kebudayaan dan politik. Mereka perlu belajar untuk

mendapat pengetahuan dan kemahiran tertentu yang diperlukan dalam kehidupan untuk menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan bersedia memainkan peranan dalam aktiviti di peringkat

antarabangsa. Namun, di samping menyediakan warga Malaysia ke arah masyarakat maju yang celi ICT dan bedaya saing dalam k-ekonomi, terdapat cabaran-cabaran dalaman/setempat (local) yang perlu ditangani dalam mencapai aspirasi ini.

3.1

Cabaran dalaman/setempat (local) negara mencapai Wawasan 2020, masih terdapat

Dalam

sebilangan kecil murid dalam sistem pendidikan negara yang masih bergelut dengan masalah penguasaan literasi asas membaca, menulis dan mengira. Mereka tergolong dalam kumpulan kecil yang tercicir dari

Pusat Perkembangan Kurikulum

13

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

arus pendidikan negara. Pola komposisi murid ini lebih cenderung kepada mereka yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang rendah. Seperkara yang turut diberi perhatian ialah merapatkan jurang pendidikan antara kaum melalui konsep ekuiti dalam pendidikan untuk semua. Ke arah itu, KPM memastikan semua rakyat Malaysia seharusnya mendapat peluang pendidikan yang setara tanpa mengira kaum, agama, lokaliti dan sosio-ekonomi dan budaya. Menyedari masih terdapat kelompok masyarakat yang seakan terpinggir dari arus pendidikan perdana, inisitaif daripada KPM ialah meneydiakan ruang dan peluang yang secukupnya untuk memastikan masyarakat Orang Asli dan Penan di pedalaman turut menerima peluang, kemudahan dan kualiti pendidikan yang sama taraf dengan mereka yang berada di bandar. Isu Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semenjak 2003 turut

menyumbang kepada diskusi intelek yang menyokong dan pada masa yang sama ada yang menolak dan menuntut supaya dasar ini dilihat semula. Namun, KPM pada dasarnya akan tetap melaksanakan dasar PPSMI melainkan diarahkan sebaliknya oleh ketetapan Menetri Pelajaran dan persetujuan Jemaah Menteri. Kajian keberkesanan pelaksanaan PPSMI bagi pelbagai peringkat persekolahan telah dan sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat tepat daripada para guru yang

mengoperasikan dasar di sekolah dan murid yang mengalami sendiri pengalaman pembelajaran di bawah dasar tersebut.

3.2

Ciri-ciri Pendidikan Berkualiti (UNICEF 2000) 14

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

UNICEF mentakrifkan aspek-aspek murid,

pendidikan berkualiti sebagai merangkumi kandungan kurikulum, proses

persekitaran,

pengajaran dan pembelajaran serta sifat murid.

Dari aspek murid, pendidikan berkualiti dapat menghasilkan murid yang sihat, mendapat makanan yang mencukupi dan berzat bersedia untuk belajar secara aktif dan mendapat sokongan penuh dari keluarga dan komuniti.

Aspek persekitaran menekankan persekitaran yang sihat, selamat , sensitif terhadap perbezaan jantina dan dilengkapi dengan fasiliti dan resos yang mencukupi. Pendidikan berkualiti juga perlu mempunyai kandungan kurikulum dan bahan pengajaran yang mengandungi kemahiran asas (seperti literasi dan numerasi), kemahiran pengurusan hidup, kemahiran dalam bidang-bidang seperti gender, kesihatan dan HIV/ AIDS dan keamanan. pemakanan, pencegahan

Proses-proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi guru terlatih, pendekatan pengajaran, pentaksiran ke arah membolehkan

pembelajaran berlaku serta mengurangkan jurang perbezaan turut menyumbang kepada pendidikan berkualiti. akan dapat menghasilkan murid yang dan mempunyai sikap yang positif. Akhirnya aspek-aspek ini

berpengetahuan, berkemahiran

Pusat Perkembangan Kurikulum

15

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

3.3

Kuasa Penggerak Ke Arah Pencapaian Pendidikan Berkualiti

Di antara perkara yang menjadi kuasa penggerak ke arah pencapaian pendidikan berkualiti adalah: i. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu mulia, mencapai

pengetahuan, bertanggungjawab kesejahteraan

berketrampilan, dan serta

berakhlak

berkeupayaan memberi

diri

sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

ii.

Wawasan 2020 Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah

negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu

Pusat Perkembangan Kurikulum

16

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

bersaing, ketahanan.

dinamis,

tangkas

serta

mempunyai

daya

iii.

Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3)

a. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah alat penting bagi membantu memperoleh pengetahuan baru. b. Sekolah akan dilengkapi banyak dengan mata kemudahan diajar dan

membolehkan menggunakan

lebih

pelajaran multimedia

teknologi

interaktif,

pengajaran menerusi laman web. c. Sebahagian besar sekolah (termasuk luar bandar dan terpencil) akan dihubungkan menerusi intranet dan

internet menjelang tahun 2010. Menangani kekurangan pelajar aliran sains masuk ke universiti dengan

mempergiatkan

penggunaan

kaedah

pembelajaran

kontekstual dan menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kualiti guru.

iv.

Pembangunan Pendidikan 2001-2010

a. Input pendidikan yang berkualiti sama ada berbentuk fizikal dan bukan fizikal i. sistem penyampaian ii. tenaga kerja yang berkelayakan iii. kurikulum hadapan 17 yang relevan dengan keperluan masa

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

b. Orientasi dan Kandungan Kurikulum i. menghasilkan sumber tenaga manusia yang kreatif, berdaya saing, ketahanan diri tinggi menguasai bahasa ii. berkemahiran berkomunikasi, cekap dan berwibawa iii. mampu meningkatkan penguasaan dalam 3M, sains dan teknologi dan ICT (Sejajar dengan persediaan negara ke arah mencapai K-ekonomi, menghadapi cabaran dalaman dan globalisasi serta persaingan ekonomi antarabangsa) c. Aktiviti Kokurikulum i. Menyokong usaha melahirkan insan yang seimbang dan tenaga kerja yang berkualiti d. Penilaian i. Memantau pencapaian kemajuan pembelajaran murid secara berterusan ii. pengukuran perkembangan murid dari aspek intelek, kerohanian, emosi dan jasmani iii. ujian rujukan kriteria disediakan untuk rujukan pentadbir, guru dan ibu bapa e. Tenaga Pengajar Berkualiti i. Kumpulan profesional terlatih ii. Skim perkhidmatan lebih menarik seperti kenaikan pangkat, elaun dan insentif iii. Kebajikan guru dipertingkat iv. a. Meningkatkan kemahiran dalam ICT dan R&D

f. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkualiti i. Program penyediaan bahan Pengajaran Dan

Pembelajaran ii. Menilai kandungan buku teks supaya sesuai dengan perkembangan semasa 18

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

iii. Guru diberi pendedahan penggunaan buku teks dan teknologi pendidikan dalam penyediaan BBM iv. Melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG), Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP ) v. Pendidikan Taraf Dunia Wawasan ke arah melahirkan generasi

mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Guru bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat daripada

perkembangan teknologi dan perledakan maklumat. Aliran dunia sekarang sedang menuju ke arah

penggabungan pasaran dunia menjadi satu. Kuasa oligopoli akan mewujudkan satu monopoli tunggal di

dunia dan ini sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Pendidikan perlu berasaskan kurukulum yang menepati keperluan pasaran dunia bagi menyediakan

Pusat Perkembangan Kurikulum

19

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

negara

berhadapan

dengan

dunia

yang

serba

mencabar ini.

vi.

K-ekonomi Membangunkan sumber manusia bagi mencipta tenaga kerja yang produktif, berdaya saing dan inovatif berasaskan pengetahuan sebagai pendorong kepada

pertumbuhan ekonomi negara. 4 Faktor sebagai asa pertimbangan adalah: i. ii. iii. iv. Modal intelektual (idea dan pemikiran sebagai modal, bukan lagi tanah, modal dan buruh) Teknologi maklumat dan komunikasi Globalisasi Ekonomi maklumat

3.4 Langkah-Langkah Ke arah Memperkasakan Kurikulum Pendidikan Negara Kurikulum merupakan unsur utama dalam pengajaran dan

pembelajaran yang perlu disemak dan dikemaskini dan diperkasakan selari dengan keperluan dan perkembangan semasa. Kualiti murid yang akan dihasilkan memerlukan kurikulum yang relevan dan untuk itu, semakan kurikulum (curriculum review) dari segi kandungan (content) dan pendekatan (pedagogy) mesti peka kepada keperluan persekitaran (sensitive to environment). Tuntutan kepada melahirkan masyarakat dalam era k-ekonomi dan bijak menggunakan ICT perlu menjadi unsur 20

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

yang penting dalam semakan kurikulum ini. Keperluan sumber manusia dan tenaga kerja adalah antara faktor penting yang diambil kira dalam semakan ini.

Seterusnya, pelaksanaan kurikulum adalah penting di peringkat sekolah dan bilik darjah. Keberkesanan dan kejayaan sesebuah institusi pendidikan sangat bergantung kepada kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kepimpinan guru yang berkualiti di bilik darjah menjadi faktor kritikal dan penentu kepada keberkesanan pendidikan. Untuk itu, kualiti latihan praperkhidmatan guru bagi peringkat prasekolah, rendah dan menengah perlu diberi tumpuan khusus.

Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid dan berkesan, bahan dan sumber pengajaran yang berkualiti juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Peningkatan penggunaan bahan-bahan pengajaran berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kualiti dan keberkesanan sistem persekolahan. Aspek inovasi dan kreatif dalam penyediaan sumber pengajaran perlu terus dikekalkan malah dipertingkatkan.

Bilik darjah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di dalamnya harus mempunyai unsur-unsur yang menjurus kepada pemupukan semangat perpaduan. Keharmonian di bilik darjah 21

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

hasil interaksi guru dan murid yang berbeza latar belakang dan kaum akan menjadi cermin yang menggambarkan perpaduan erat di kalangan pelbagai kaum di luar bilik darjah. Bilik darjah perlu menjadi pentas mendidik murid-murid supaya menghayati semangat perpaduan yang seterusnya akan dapat diamalkan di dalam kehidupan bermasyarakat di luar sekolah.

Tunjang kepada proses pendidikan adalah untuk melahirkan insan syumul, seimbang dan bersepadu berpaksikan kepada kepatuhan dan keyakinan kepada Tuhan yang kemudiannya dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat negara. Selaras dengan itu, perancangan kurikulum yang relevan ialah perancangan kurikulum yang mengambilkira senario abad ke-21 dan langkah-langkah yang sejajar dengan perkembangan yang berlaku. Di kebanyakan negara maju, perencanaan dan perancangan kurikulum adalah ke arah

penyediaan individu yang menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum yang relevan ialah kurikulum yang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta agenda pembangunan negara.

Agenda pembangunan negara yang sering dikaitkan dengan Wawasan 2020 menggariskan usaha-usaha bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah negara industri yang adil dan bermoral, berdaya saing dan berdaya maju, dan mempunyai keperibadian sendiri. Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, 22

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani dan emosi, dan jasmani. Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang khususnya sains dan teknologi, teknologi maklumat, pasaran dan industri.

Malaysia sebagai sebuah negara yang turut mempunyai teknologi tinggi pasti mengalami gelombang teknologi maklumat. Kemahirankemahiran penggunaan teknologi komputer untuk mengumpul,

menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara efisien dan bijak perlu diberi penekanan dalam kurikulum supaya murid bukan sahaja menjadi warganegara Malaysia yang

bertanggungjawab dan produktif, tetapi juga warga global yang boleh “think globally and act rationally and locally”.

Antara

langkah-langkah

yang

diambil

bagi

memperkasakan

kurikulum pendidikan negara adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Perubahan Dari Segi Perundangan Penyemakan Kurikulum Pembekalan Resos Pembangunan Profesionalisme Perguruan Pengenalan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Pemantapan Program Bahasa Inggeris Pelaksanaan Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Penerapan Sains dan Teknologi

Pusat Perkembangan Kurikulum

23

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

ix. x.

Penekanan Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Nilai

4.0

HALATUJU KURIKULUM Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan

koheran dengan keadaan pada masa depan dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Dalam pembangunan kurikulum, aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan adalah:

Empat Persoalan Utama
i. ii. iii.

Apakah objektif pembelajaran yang hendak dicapai? Apakah pengalaman pembelajaran yang hendak dicapai? Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh dirancang secara berkesan? Bagaimanakah cara menentukan hasrat pembelajaran sudah tercapai?

iv.

Enam Teras Utama Kurikulum yang hendak dibangunkan hendaklah berteraskan

perkara-perkara berikut:
i. ii. iii. iv. v.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Wawasan 2020 Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3 Perkembangan Dunia Semasa

Pusat Perkembangan Kurikulum

24

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

vi.

4 Pillars of Education ( learning to know, learning to do, learning to live together and learning to be ) a. Belajar untuk mengetahui (learning to know): Prinsip ini merujuk kepada pengetahuan dan konsep yang perlu dikuasai oleh murid. Ini direalisasikan dengan dengan mata

penggabungan

pendidikan

umum

beberapa

pelajaran terpilih yang dapat memberi ruang untuk pendidikan seumur hidup.

b. Belajar untuk membuat (learning to do): Prinsip ini merujuk kepada kebolehan atau kemahiran untuk menghadapi pelbagai situasi alam pekerjaan serta mampu bekerja dalam pasukan.

c. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together): Prinsip ini merujuk kepada sikap dan nilai yang

menekankan toleransi, keamanan dan keharmonian dan hormat pada orang lain. Belajar untuk hidup bersama merupakan satu daripada isu utama dalam pendidikan masa kini memandangkan dunia hari ini sering dilanda keganasan. Oleh sebab itu, kita perlu membina satu kurikulum yang boleh mengelak atau menyelesaikan konflik secara aman dengan menganjurkan prinsip learning to live together dengan orang lain.

d. Belajar untuk menjadi insan sempurna(learning to be)

Pusat Perkembangan Kurikulum

25

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Prinsip ini merujuk kepada keupayaan berdikari dan mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab

dalam usaha mencapai matlamat bersama. Untuk mencapai matlamat tersebut murid perlu dilengkapkan dengan daya ingatan, daya penaakulan, kemahiran berkomunikasi dengan orang lain serta perkembangan menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.1

Halatuju Pendidikan pendidikan kita adalah untuk menghasilkan murid

Hasrat berikut :

a. Murid yang seimbang dari segi intelek,rohani,jasmani dan emosi i. ii. iii. iv. v. Berilmu pengetahuan Berketerampilan Percaya pada tuhan Berakhlak mulia Berkeyakinan b. Warga negara yang bertanggungjawab i. ii. iii. iv. v. vi. Berbudi Bersatu padu Patriotik Adil Penyayang Berbakti 26

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

c. Global Player i. Daya saing

ii. Daya tahan iii. Jati diri iv. Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris atau

Bahasa antarabangsa d. Pekerja berilmu
i. ii. iii. iv. v. vi.

Inovatif Kreatif Dahagakan ilmu Menguasai ICT Creators of techonology Belajar sepanjang hayat

Halatuju

pendidikan

pada

masa

depan

bermatlamat

untuk

menghasilkan murid yang berkeyakinan, produktif, inovatif dan kreatif. Ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang boleh memenuhi keperluan pasaran kerja, mampu berdaya saing, mempunyai jati diri, dahagakan ilmu, bersifat antarabangsa dan menjadi pendorong

pertumbuhan ekonomi negara. Warganegara Malaysia pada abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa oleh arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Mereka perlu merancang masa depan serta membuat pilihan yang bijak dan tepat, sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Pusat Perkembangan Kurikulum

27

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

5.0

KOMPETENSI YANG DIPERLUKAN Keprihatinan untuk menyediakan lepasan sekolah menghadapi

dunia pekerjaan menuntut fokus diberi kepada menghasilkan generasi muda warga Malaysia yang mampu berdikari, boleh berfungsi dalam pasukan, dan mempunyai nilai-nilai yang sewajarnya untuk

membolehkan mereka terus produktif dan berdaya saing di pasaran ekonomi tempatan, serantau, dan global. Mengambil kira ciri-ciri di atas, penekanan kurikulum bukan setakat melibatkan mata pelajaran sebagai sumber utama ilmu, tetapi

melengkapkan diri murid dengan kemahiran kognitif, interpersonal, dan kompetensi yang tinggi. Secara umumnya, kompetensi yang diperlukan itu mempunyai unsur-unsur seperti kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan peribadi; kemahiran utama dan penting untuk penglibatan diri di dalam dunia pekerjaan dan organisasi kerja. Ia berfokuskan kepada keupayaan menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di dalam pekerjaan; kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan secara am di tempat kerja dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus.

Aspek-aspek ini perlu ada pada murid dalam melaksanakan tugas dengan sempurna dan membolehkan murid memudahkan dan

melaksanakannya dalam pelbagai situasi dalam alam pekerjaan dan kehidupan seharian. Ia merupakan persediaan bagi membolehkan murid menyesuaikan diri dan berjaya melaksanakan tugas di dunia pekerjaan yang diceburi kelak. Dalam konteks persekolahan di Malaysia, 28

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

kompetensi yang dikenalpasti perlu diberikan penekanan adalah seperti berikut: i. Kemahiran Generik Kemahiran generik boleh dianggap sebagai kemahiran asas yang diperlukan seseorang individu untuk menjadi pekerja yang mahir, cekap, dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan ekonomi begitu diri dan menyumbang yang kepada

pembangunan kepakaran

negara. mobile

Pekerja dan

mempunyai peluang

akan

mempunyai

kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. Secara umumnya, kemahiran generik ini terdiri daripada yang berikut: a. Kemahiran Asas: membaca, menulis, menggunakan idea dan teknik matematik, bertutur dan

mendengar; b. Kemahiran Berfikir: membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional, mengenal pasti andaian, idea, dan perspektif yang membawa kepada perubahan yang positif; c. Kualiti Peribadi: atribut-atribut yang membantu

murid berdikari dan mampu berinteraksi dengan individu lain atau bekerja dalam kumpulan. Antara atribut itu ialah dan motivasi dan inisiatif kendiri,

kejujuran

integriti,

sociability,

pengurusan

kendiri, serta etika kerja cemerlang. 29

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

ii.

Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran yang melibatkan seseorang individu itu

menunjukkan

kebolehan

untuk

mendengar

dan

mampu

berkomunikasi secara verbal dan bertulis dalam semua situasi manusia sama ada di tempat kerja atau dalam kehidupan. Seseorang individu juga harus mampu menyatakan pemikirannya secara tersusun dan logikal supaya mudah difahami orang lain. Kemahiran berkomunikasi ini termasuk juga bahasa bukan verbal yang disampaikan semasa kita bercakap dan menulis kepada orang lain.

iii.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kemahiran yang melibatkan penggunaan peralatan

teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur, dan menyampaikan maklumat secara pantas dan cekap, seperti internet atau multimedia.

iv.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran ini melibatkan penggunaan kemahiran

penyelesaian masalah dalam pelbagai cara dan situasi, termasuk situasi yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam mencapai sesuatu keputusan. Pemikiran kritis dan membuat

kesimpulan berasaskan maklumat yang diberikan adalah kritikal 30

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

dalam alam pekerjaan dan kehidupan. Pemikiran kreatif pula ialah kebolehan berfikir dalam cara yang asli atau unik. Kreativiti membolehkan kita berfikir secara lateral dan melihat situasi tertentu dari perspektif yang berbeza atau melakukan sesuatu dengan lebih baik.

v.

Kemahiran Sosio-Emosi Kemahiran sosio-emosi ialah keupayaan mengenali

perasaan diri sendiri dan perasaan orang lain, untuk memotivasi diri dan mengurus emosi kendiri dan emosi hasil interaksi dengan orang lain. Secara umumnya, kemahiran ini merangkumi aspek-

aspek mengurus diri sendiri dan hubungan diri dengan orang lain. Antara perkara yang termasuk dalam pengurusan diri sendiri ialah kesedaran kendiri, harga diri, mengendalikan perasaan kendiri, dan motivasi kendiri. Aspek hubungan diri dengan orang lain pula melibatkan kemahiran mengendalikan hubungan manusia dan melahirkan perasaan empati.

vi.

Kemahiran Kerjaya Kemahiran Kerjaya membolehkan murid kita celik

kerjaya dan berupaya menangani cabaran dunia pekerjaan masa depan. Dalam konteks dunia yang pesat berubah, kebolehan untuk merancang dan mengelola aktiviti diri sendiri termasuk 31

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

penggunaan masa dan sumber, berupaya untuk menentukan keutamaan Kemahiran dan mengawasi juga pencapaian diri adalah penting. individu

kerjaya

melibatkan

keberkesanan

berinteraksi dan bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan dalam usaha mencapai matlamat tugasan atau organisasi.

vii.

Kemahiran Kesedaran Global Kemahiran ini menjadi suatu aset yang penting untuk

membolehkan pekerja kita mengambil tempat sewajarnya di arena antarabangsa sebagai global players seiringan dengan arus

globalisasi dunia tanpa sempadan. Antara kemahiran yang berguna ialah: a. Kefleksibelan: kebolehan membuat penyesuaian kepada idea baru, teknologi baru, dan perubahan budaya. Individu yang fleksibel lebih senang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di tempat kerja, perubahan kerja, dan menguasai kemahiran bolehguna; b. Pelbagai Bahasa: kebolehan pelbagai bahasa antarabangsa utama dunia; c. Padan Budaya: kebolehan menyesuaikan diri dalam

sesuatu persekitaran kerja seperti syarikat multinasional.

viii. Kemahiran Kepimpinan Kemahiran Kepimpinan boleh mengambil bentuk yang

berlainan. Secara umumnya, pemimpin ialah individu mahir yang 32

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

bervisi dan berorientasikan matlamat. Mereka menampakkan ciriciri berpencapaian tinggi, mengambil risiko, dan boleh memotivasi orang lain.

6.0

PENGISIAN PROGRAM Untuk memastikan sistem pendidikan kita tidak ketinggalan dalam

persaingan

menghadapi

cabaran

globalisasi

abad

ke-21,

pelbagai

program dirancang dan dilaksanakan sebagai pengisian bagi mencapai halatuju pendidikan berkualiti.

6.1

PENDIDIKAN BAHASA i. Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan di semua sekolah. Ia berfungsi sebagai bahasa pengantar utama di semua Sekolah Kebangsaan(SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Ia juga menjadi mata pelajaran yang wajib diajar di semua Sekolah Jenis Kebangsaan iaitu di SJK(C) dan SJK(T).

ii.

Bahasa Kedua Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di semua SK,

SJK(C), SJK(T) dan SMK. Mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris di Tahun 1 , Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai tahun 2003 dan diikuti oleh Tahun 33

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

2, Tingkatan 2, Tingkatan 6 Atas dan Matrikulasi pada tahuntahun berikutnya.

iii.

Bahasa Ibunda Bahasa Cina (BC) dan Bahasa Tamil (BT) diajar sebagai

Bahasa Ibunda di SK dan SMK apabila terdapat permintaan daripada sekurang-kurangnya 15 orang ibu bapa untuk mengajar bahasa berkenaan. BC digunakan sebagai bahasa pengantar di SJK(C) dan BT digunakan sebagai bahasa pengantar di SJK(T).

iv.

Bahasa Tambahan Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT) dan Bahasa Arab

(BA) diajar sebagai Bahasa Tambahan di SK. Permintaan daripada ibu bapa tidak diperlukan untuk membuka kelaskelas tersebut. Ia dilaksanakan mulai tahun 2007 sebagai sebahagian daripada inisiatif memeprkasakan sekolah

kebangsaan dan menggalakkan lebih ramai ibu bapa memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan untuk

pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka dalam sistem pendidikan Malaysia.

v.

Bahasa Antarabangsa Bahasa Jepun, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman kini

diajar sebagai Bahasa Antarabangsa di sekolah berasrama 34

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

penuh. Bahasa-bahasa berkenaan akan diperkenalkan di sekolah harian secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2005. PPK bercadang memperkenalkan Bahasa Korea dan Bahasa Rusia pada masa akan datang.

vi.

Bahasa Etnik Bahasa Semai, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban

diajar sebagai Bahasa Etnik di SK dan SMK bagi murid kaum asli di Semenanjung dan kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak.

6.2

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) telah membuat keputusan tentang

DAN

Kerajaan

Pelaksanaan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di semua sekolah rendah dan menengah bermula dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam Rendah pada tahun 2003. Dasar ini dilaksanakan atas kesedaran bahawa ilmu dalam bidang sains dan teknologi memainkan peranan dan menjadi asas penting dalam kemajuan dan pembangunan negara. Sains dan matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat dinamik dan pelbagai inovasi penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini juga berkembang pesat melalui pelbagai media terutamanya 35

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

dalam bahasa Inggeris.

Pendedahan awal kepada pelajar memberi

peluang kepada pelajar untuk mengakses maklumat dan mengikuti perkembangan terkini terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Sepanjang tahun 2003 dan 2004, persediaan menyeluruh telah dibuat yang melibatkan tenaga dan kos yang besar bagi memastikan guru dan murid dapat melaksanakan perubahan. Keupayaan KPM

khususnya guru-guru melaksanakan program ini dengan licin serta dapat mengatasi beberapa masalah terpencil adalah merupakan satu kejayaan. Di sebalik itu, masih terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dan ruang yang perlu dibaiki. Dalam keadaan ini semua lapisan masyarakat perlu terus memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia agar pelaksanaan PPSMI ini benar-benar mencapai matlamatnya. Pihak kerajaan akan terus komited untuk

memastikan dasar ini mencapai matlamat dan objektifnya.

6.3

MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH HARIAN

Program mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah harian mula dilaksanakan pada tahun 2002 secara berperingkat dan berstatus mata pelajaran elektif di Tingkatan 4 dan 5 . Program ini menawarkan 22 subjek MPV yang dilaksanakan melalui empat fasa. Semua mata

pelajaran ini berfokus kepada kemahiran vokasional yang bernilai komersil dan direka bentuk berdasarkan lima bidang usaha iaitu pembuatan, pembinaan, agro teknologi, ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer. 36

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

6.4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

6.5

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN MORAL

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah wadah kepada pembangunan insan. Pengukuhan kepada pegangan ajaran agama beserta dengan penerapan nilai-nilai murni di peringkat awal dapat membendung penularan fahaman dan amalan yang bercanggah dengan syariat kehidupan mulia.

6.6 PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial bertujuan untuk membolehkan murid memperolehi pengetahuan tentang perubahan fizikal, emosi, dan sosial serta memupuk sikap dan nilai positif murid terhadap perkembangan seksualiti. Kurikulum ini membina kemahiran diri murid untuk memelihara perhubungan peribadi, kehidupan keluarga, sahabat dan keahlian dalam masyarakat.

6.7

PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN 37

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Mata pelajaran dan program yang berasaskan komputer telah mula ditawarkan di peringkat SPM. Di antaranya ialah mata pelajaran:i. ii. iii. iv. v.

Mata Pelajaran Teknologi Maklumat (1999) Mata Pelajaran Produksi Multimedia Mata pelajaran Grafik Berkomputer Program Literasi Komputer Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran merentasi kurikulum. Projek Malaysian SchoolNet Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Grid Pembelajaran Kebangsaan (Malaysia Grid For Learning – MyGfL)

vi. vii.

viii.

6.8

PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dan mengukuhkan mutu pendidikan negara. Pengajaran

dan pembelajaran yang kurang menarik akan membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid. Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR dan KBSM yang mempunyai potensi tetapi tidak diamalkan sepenuhnya ialah pembelajaran di luar bilik darjah.

Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan jika dilaksanakan secara elektif dan bijaksana. PLBD adalah satu aktiviti 38

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

terancang dengan objektif yang jelas.

Pembelajaran dan pengajaran

secara ini lebih berbentuk penerokaan yang berpusatkan murid.

7.0

PENUTUP Bagi menjana satu sistem pendidikan yang berkualiti, maka

kurikulum yang dihasilkan perlu relevan dan dinamik dengan kehendak semasa disamping turut mengambil kira keperluan-keperluan masa akan datang. Ini adalah perlu kerana budaya pendidikan semasa mempunyai kaitan lansung dengan segala bentuk perubahan yang melibatkan struktur sosial, ekonomi, dan politik di dalam negara mahupun di seluruh dunia.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, kurikulum perlu memberi penekanan kepada aspek perpaduan untuk mengekalkan social cohesion (kejeleketan sosial). Di samping itu, kurikulum juga perlu menyemai semangat patriotisme dan semangat cintakan negara dikalangan semua lapisan masyarakat. Ini secara lansung menjamin pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan seterusnya melengkapkan agenda pembangunan negara.

Pusat Perkembangan Kurikulum

39

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Rujukan: Delors, Jacques. Learning: The Treasure Within . Report to UNESCO of International Commission on Education for the Twenty-first Century Fatimah Daud (1992). Pengenalan Teori-Teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Goleman, D. (1998). Working with Emotional Intelligence. New York: Bantam Books. Mohamad Hassan Zakaria and Wan Fara Adlina Wan Mansor (2002). Towards A Culturally Sensitive Curriculum: An Indispensable Reform. In Proceedings of ICEFA 2002 Volume II International Conference on Education For All. Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia. Noor Azmi Ibrahim (1998). Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan. Jurnal Kurikulum . Jil. 1 Bil. 1, 32 – 53. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (1995). Kertas Konsep Kemahiran Generik. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Tawil S. and Harley A. (Eds) (2004). Education, Conflict and Social Cohesion. International Bureau of Education, Geneva.

Pusat Perkembangan Kurikulum

40

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Lampiran 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) Dasar ini dibuat atas kesedaran bahawa ilmu dalam bidang sains dan teknologi berkembang pesat melalui pelbagai media, termasuklah media elektronik yang menggunakan Bahasa inggeris (BI). Sains dan

matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat dinamik dan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini juga memainkan peranan

dan menjadi asas penting dalam kemajuan dan pembangunan negara. Jika dilihat negara-negara maju, penerokaan dalam bidang sains dan teknologi telah membawa negara berkenaan ke tahap kemajuan yang tinggi. Kita semua maklum bahawa Bahasa Inggeris (BI) adalah bahasa ilmu dan bahasa perhubungan antarabangsa. Penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris akan membolehkan seseorang itu mendapat akses kepada 41

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

maklumat dan mengikuti perkembangan terkini terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Pada masa kini, sebahagian besar daripada maklumat terkini mengenai perkembangan dalam bidang ini sama ada dalam elektronik atau bukan elektronik terdapat dalam Bahasa Inggeris. Sudah tentunya seseorang yang cekap berbahasa Inggeris akan

mempunyai `advantage’ dalam hal ini dibandingkan dengan seseorang yang lemah dalam bahasa berkenaan. Oleh itu, pendedahan yang awal kepada sains dan matematik dalam BI akan membolehkan murid mengakses maklumat dan menerokainya. Bagaimanapun, perlu

ditegaskan bahawa objektif utama PPSMI bukanlah untuk meningkatkan penguasaan BI walaupun pada akhirnya ini merupakan salah satu daripada hasil pelaksanaan dasar ini. Secara khusus, tujuan dasar PPSMI ini ialah untuk membolehkan murid : i. mengakses ilmu yang teknologi dalam BI; berasaskan sains, matematik dan

ii. berkomunikasi mengenai sains, matematik dan teknologi dalam BI; iii. berfikir dan melahirkan idea sains, matematik dan teknologi dalam BI; iv. menghasilkan bahan inovasi/reka cipta Ekoran beberapa pembentangan kepada Jemaah Menteri, dan beberapa siri pertemuan dengan pelbagai pihak seperti ahli akademik, kesatuan-kesatuan guru, pendidik, jurulatih sains dan matematik serta guru-guru sekolah rendah dan menengah yang telah dibuat untuk meneliti cadangan ini serta mendapat pandangan mereka, Jemaah 42

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Menteri telah bersetuju dengan Strategi Pelaksanaan PPSMI dengan bermula untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam Rendah pada tahun 2003. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai

keadaan infrastruktur, kesediaan guru, kesediaan murid dan persekitaran yang berbeza di kalangan sekolah, masa untuk persediaan pelaksanaan serta implikasi kewangan. Bagi memastikan pelaksanaan berjalan mengikut jadual, licin dan berkesan, KPM telah membuat persediaan yang menyeluruh sebaik sahaja keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri. keperluan guru dan murid seperti berikut: i. Penyediaan Kurikulum Sains & Matematik yang dialihbahasa sesuai diajar dalam bahasa Inggeris Antaranya ialah aspek

ii. Program latihan bagi guru; iii. Pembekalan buku skrip, teaching courseware untuk guru iv. Pembekalan bahan pembelajaran murid v. Pemberian insentif kepada guru-guru sains, matematik dan BI; vi. Pembekalan peralatan ICT vii. Penyediaan kemudahan infrstruktur asas seperti elektrik dan talian telefon di sekolah pedalaman viii. Penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalam dwibahasa; maklumat kepada semua pihak

ix. Sesi penyebaran berkepentingan

x. Memantau dan memberi bimbingan kepada sekolah. Satu komponen penting dalam menjayakan perubahan ini ialah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasratnya adalah kemudahan ICT akan membawa perubahan dalam cara guru mengajar

Pusat Perkembangan Kurikulum

43

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

dalam bilik darjah, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan, di samping mewujudkan suasana BI. Pada tahun 2004, pelaksanaan PPSMI diperluaskan ke kelas-kelas Tahun 2, Tingkatan 2, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi. Program ini seterusnya akan dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi hingga meliputi semua peringkat pada tahun 2008. Oleh yang demikian, aspekaspek persediaan terus dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kelaskelas yang berkenaan di samping meningkatkan keberkesanan

pelaksanaan di kelas-kelas yang sedang melaksanakan program ini. Sepanjang tahun dijalankan bagi 2003 dan 2004, pemantauan dan kajian kearah telah

mengumpul

maklumat

meningkatkan

keberkesanan PPSMI. Dapatan dari pemantauan menunjukkan: i. semua sekolah telah bersedia dari segi perancangan, guru dan bahan ii. pelaksanaan juga berjalan licin iii. terdapat sokongan dan penglibatan pelbagai pihak iv. tahap pencapaian yang pelbagai mengikut sekolah Dapatan pemantauan juga menunjukkan terdapat beberapa

masalah terpencil yang dihadapi guru dan murid.

Antaranya ialah

tentang keupayaan sebahagian guru dan murid menggunakan BI sepenuhnya di bilik darjah, perubahan budaya pengajaran serta

penggunaan ICT. Terdapat juga murid terutamanya di luar bandar yang tidak mampu berinteraksi atau bertanya soalan disebabkan masalah bahasa. Masalah ini memang telah dijangkakan terutama di peringkat

awal pelaksanaan kerana guru dan murid perlu mengambil masa untuk 44

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

membiasakan dengan perubahan.

Dalam keadaan ini guru dan murid

perlu terus diberi sokongan dan bimbingan. Lampiran 2 PELAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK Senarai MPV dan fasa pelaksanaannya adalah seperti berikut: Tahun Pelaksanaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 . 11 . 12 2004 FASA III . 13 . 14 . 15 . Pembinaan Domestik Membuat Perabot Seni Reka Tanda Menservis Peralatan Pembinaan Pembuatan Pembuatan Elektrik Pembuatan ERT ERT Agro Teknologi Agro Teknologi Aplikasi Komputer Aplikasi Komputer Pembinaan Pembuatan Mata Pelajaran Vokasional Bidang Usaha

2002 FASA I

Domestik Rekaan dan Jahitan Pakaian Katering dan Penyajian Landskap dan Nurseri Tanaman Makanan Produksi Multimedia Grafik Berkomputer Pendawaian Domestik Menservis Automobil

2003 FASA II

Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara Pembuatan Penjagaan Muka dan Dandanan ERT Rambut Hiasan Dalaman Asas Pembinaan ERT &

Pusat Perkembangan Kurikulum

45

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

16 . 17 . 18 . 19 2005 FASA IV . 20 . 21 . 22 .

Asuhan

dan

Pendidikan

Awal ERT ERT Agro Teknologi Pembinaan Pembinaan Pembuatan

Kanak-kanak Pemprosesan Makanan Akuakultur dan Haiwan Rekreasi Kerja Paip Domestik Kimpalan Arka dan Gas Menservis Motosikal

Gerontologi Asas & Perkhidmatan ERT Geriatrik

MPV berhasrat untuk membekalkan murid dengan kemahiran yang relevan dan bermakna agar mereka boleh mendapat pekerjaan,

membuka perniagaan sendiri atau melanjutkan latihan ke peringkat lebih tinggi. Program baru ini merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran bagi mencapai sasaran 30 peratus murid Tingkatan 4 dan 5 mendapat akses dalam pendidikan teknikal dan vokasional menjelang tahun 2010. Sehingga Fasa IV iaitu pada tahun 2005, kesemua 22 MPV dapat dilaksanakan di 440 sekolah (630 bengkel ubahsuai). Perancangan program MPV disusun dengan melibatkan beberapa strategi pelaksanaan dan iaitu penggubalan kurikulum, aktiviti pembangunan program MPV,

prasarana penyediaan

pembiayaan, dan

penyelarasan serta

personel

latihan,

perancangan

pentaksiran

modular yang holistik, fleksibel dan berpusatkan murid. Penilaian

Pusat Perkembangan Kurikulum

46

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

keberkesanan program MPV pula dijalankan secara berterusan melalui pemantauan dan kajian oleh Jemaah Nazir Sekolah dan Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK). Pelaksanaan MPV menyaksikan bagaimana sumber yang ada khususnya sumber manusia, digemblengkan secara cekap sebagai usaha awal bagi merealisasikan kehendak negara dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan terlatih untuk pembangunan negara. Dalam usaha penambahbaikan kurikulum dan bahan kurikulum MPV yang direka bentuk berasaskan penguasaan kemahiran vokasional yang bernilai komersil, sektor industri telah dilibatkan sama. Hal ini adalah bagi memastikan kemahiran dan kompetensi yang mesti dicapai dalam semua 22 MPV serta teknologi terkini yang digunakan menepati keperluan semasa. Pihak industri juga dilibatkan dalam memberi latihan teknikal kepada seramai 714 guru MPV melalui sejumlah 27 jenis kursus peningkatan kemahiran yang diadakan sepanjang tahun 2002 hingga

2004. Pendedahan kepada kemahiran yang khusus, teknologi terkini dan persekitaran industri sebenar semasa menjalani kursus peningkatan menghasilkan guru yang lebih kompeten dan berkeyakinan untuk mengajar MPV. Selain itu, pihak industri juga terlibat dalam memberi

ceramah atau demonstrasi bagi membantu guru mengajar kemahirankemahiran yang kritikal. Hasil pelaksanaan program MPV sejak berjaya. Kejayaan ini dapat dilihat melalui tahun 2002 adalah amat hasil produk murid dalam

modul pembelajaran MPV yang diikuti; hasil kerja murid dalam lima pameran MPV peringkat kebangsaan yang telah dianjurkan oleh PPK; 47

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

sumbangan murid kepada sekolah seperti mengindahkan landskap dan mengendalikan majlis jamuan sekolah; pengurangan kes ponteng

sekolah dan peningkatan permintaan daripada sekolah dan masyarakat untuk menawarkan MPV. Kemahiran yang diperoleh murid juga dapat dibuktikan oleh pencapaian cemerlang murid MPV kohort pertama dalam peperiksaan SPM tahun 2003 bagi MPV. Dalam peperiksaan tersebut tujuh daripada lapan MPV mencapai kelulusan lebih 99% dengan tiga daripadanya mencapai kelulusan 100%. Murid lepasan MPV juga

berpeluang menduduki peperiksaan kendalian pusat latihan industri selepas mengikuti kursus jangka pendek yang disediakan. Secara keseluruhan dapat dikatakan bahawa pelaksanaan MPV telah memberi nafas baru kepada golongan murid di sekolah harian yang cenderung kepada aliran teknikal dan vokasional dalam meluaskan peluang kerjaya mereka. Kesan faedah ini akhirnya dinikmati semula oleh sektor industri apabila lebih ramai lepasan sekolah dalam bidang teknikal dan vokasional bersedia untuk bekerja atau diberi latihan lanjutan.

Lampiran 3 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 48

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Mata pelajaran ini digubal secara tematik seperti berikut: Sekolah Rendah Tema Sayangi Diri Sayangi Keluarga Sekolah Menengah Tema Pencapaian Kendiri Hubungan Kekeluargaan

Hidup Bersama di Sekolah dan Hidup Bermasyarakat Masyarakat Warisan Kepelbagaian Budaya Kenali Budaya Malaysia Malaysia Malaysia Negaraku Sedia Hadapi Cabaran Malaysia Negara Berdaulat Cabaran Masa Depan

Penggubalan tema ini mengambil kira dimensi peribadi dan sosial murid yang berkembang dari diri individu, hubungan dengan keluarga, komuniti sekolah, masyarakat luar sekolah, negara dan cabaran masa depan. Komponen Amali PSK Murid juga diwajibkan menjalani kerja amali secara berkumpulan di peringkat sekolah rendah dan menengah sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Kerja amali ini dilakukan di luar jadual waktu persekolahan. Di peringkat sekolah rendah, aktiviti ini dikenali sebagai Projek Kewarganegaraan dan murid dikehendaki menghasilkan laporan dalam bentuk portfolio. Projek yang dilaksanakan adalah mengikut tahun dan tema seperti berikut: Tahun Sayangi Diri 4 Sayangi Keluarga Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat 5 Kenali Budaya Malaysia 49 Tema

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Malaysia Negaraku 6 Sedia Hadapi Cabaran Di peringkat sekolah menengah aktiviti ini dikenali sebagai Khidmat Masyarakat dan murid dikehendaki menghasilkan laporan bertulis. Projek yang dilaksanakan adalah mengikut tingkatan dan tema seperti berikut: Tingkata n Pencapaian Kendiri 1 2 3 4 5 Hubungan Kekeluargaan Hidup Bermasyarakat Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Malaysia Negara Berdaulat Cabaran Masa Depan Tema

Pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperkenalkan secara berperingkat mulai tahun 2005 untuk murid Tahun 4 dan Tingkatan 1. Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran teras untuk semua murid tahap dua di sekolah rendah dan semua murid sekolah menengah. Jadual pelaksanaan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan adalah seperti berikut: Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 Peringkat Tahun 4 dan Tingkatan 1 Tahun 5 dan Tingkatan 2 Tahun 6 dan Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5

Peruntukan waktu bagi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah 2 waktu untuk sekolah rendah dan menengah. Di peringkat sekolah

Pusat Perkembangan Kurikulum

50

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

rendah, 2 waktu diambil daripada mata pelajaran Kajian Tempatan, manakala bagi sekolah menengah peruntukan waktu akan dilihat dari penstrukturan semula jadual waktu persekolahan. Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan kursus Jurulatih Utama (JU) mata pelajaran ini untuk seluruh negara. Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama JU bertanggungjawab memberi kursus kepada guru-guru PSK di peringkat negeri. Murid sekolah rendah dibekalkan buku teks, manakala murid sekolah menengah dibekalkan modul PSK. Penilaian bagi mata pelajaran ini adalah berasaskan sekolah.

Lampiran 4 PENDIDIKAN KEKELUARGAAN DAN SEKSUALOGI Antara elemen pendidikan kesihatan keluarga/seksualiti dalam pendidikan kesihatan adalah seperti berikut:

Pusat Perkembangan Kurikulum

51

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN Tahun 2 Pengurusan kesihatan diri menjaga pakaian dan alat keperluan diri.

HURAIAN Cara penjagaan pakaian dan alat keperluan diri

Memahami perasaan Cara menunjukkan kasih Perasaan kasih sayang kepada ibu bapa, sayang kepada ibu bapa, guru dan rakan guru dan rakan. Cara bersalaman dengan ibu bapa. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Perbezaan organ seksual antara bayi lelaki dan perempuan Perbezaan fizikal antara bayi lelaki dan perempuan. Tahun 4 Pengenalan sistem pembiakan Lelaki Perempuan Seksualiti Akil baligh Perubahan fizikal Organ-organ dalam pembiakan manusia sistem

Tanda-tanda fizikal akil baligh. Perubahan fizikal lelaki dan perempuan pada peringkat akil baligh.

Pengurusan kesihatan diri Amalan asas kesihatan Amalan asas kesihatan harian Penjagaan kebersihan diri khasnya organ dari segi aktiviti penjagaan seksual kebersihan diri, pakaina, alat Pemeriksaan kesihatan keperluan diri. Alatan kebersihan diri - Tuala wanita - Pakaian dalam - Sabun dan bedak - Shampoo Tahun 6 Seksualiti perubahan fiikal yang dialami oleh remaja saiz otot pertumbuhan bulu pertumbuhan payu dara paras rupa Perubahan bahagian tubuh badan semasa awal remaja Pertumbuhan fizikal dari kanak-kanak ke peringkat remaja. Penjagaan diri dan kesihatan tubuh badan. Kepentingan penjagaan 52

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN Menjaga kebersihan diri dan kedihatan tubuh badan Tingkatan 4 Akibat seks sebelum kahwin Sosial dan moral melanggar hukum agama Fizikal mengandung mengulangi perbuatan Mental Masa depan gelap Tekanan emosi Tingkatan 5 Akibat seks tidak normal Definisi Hubungan sejenis Heteroseksual HIV / AIDS Penyakit STD (kelamin) Seksualiti Akibat seks sebelum kahwin mengandung keruntuhan moral mencemarkan nama baik keluarga masa depan gelap mengulangi perbuatan terkutuk pembuangan anak

HURAIAN kebersihan fizikal remaja.

semasa

1. Akibat kahwin

seks

sebelum

Akibat seks tidak normal terhadap kesejahteraan masyarakat. Risiko seks tidak normal.

Kesan seks sebelum kahwin

Lampiran 5 Matapelajaran Teknologi Maklumat (1999)

Pusat Perkembangan Kurikulum

53

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk murid yang berpengetahuan secara menyeluruh menangani tentang tekonologi dengan maklumat dan berkemahiran teknik dan

maklumat

menggunakan

perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah. Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum Teknologil

Maklumat juga membentuk murid yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. 250 buah sekolah telah menawarkan mata pelajaran ini sejak tahun 1999. Setiap sekolah yang ingin menawarkan mata

pelajaran ini perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan menerusi 15/2/2000. surat makluman KP(PPK)016/62/Jld.1(51) bertarikh

Kementerian membekalkan peralatan dan perisian

tambahan untuk pelaksanaan mata pelajaran ini.

Mata Pelajaran Produksi Multimedia Mata pelajaran ini mula ditawarkan kepada murid peringkat SPM pada tahun 2003. Ia digubal dengan tujuan untuk

menghasilkan murid yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses penghasilan produk multimedia serta kebolehan untuk menggunakan peralatan khusus bagi menghasilkan produk

multimedia yang menarik dan berkualiti.

Pengalaman yang 54

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

diperoleh melalui mata pelajaran ini membolehkan murid untuk terus menceburi bidang pekerjaan yang berkaitan dengan

pengiklanan, rakaman studio dan penyiaran. 8 buah sekolah telah menawarkan mata pelajaran ini. Sekolah-sekolah berkenaan dilengkapkan dengan sebuah makmal komputer yang diubah suai dan peralatan yang diperlukan. Pada

tahun 2004, pelaksanaan mata pelajaran ini dipeluaskan ke 19 buah sekolah lagi.

Mata pelajaran Grafik Berkomputer Mata pelajaran Grafik Berkomputer digubal dengan tujuan untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses penghasilan produk grafik serta berkebolehan untuk menghasilkan produk grafik yangl menarik dan berkualiti

menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi. Pengalaman yang diperoleh melalui mata pelajaran ini

membolehkan murid untuk terus menceburi bidang pekerjaan yang berkaitan dengan penerbitan dan pengiklanan. 8 buah sekolah telah menawarkan mata pelajaran ini. Sekolah-sekolah berkenaan dilengkapkan dengan sebuah makmal komputer yang diubah suai dan peralatan yang diperlukan. Pada

tahun 2004, pelaksanaan mata pelajaran ini dipeluaskan ke 28 buah sekolah lagi.

Program Literasi Komputer 55

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Pada

tahun

2005

Kementerian

Pendidikan

akan

melaksanakan satu lagi mata pelajaran baru iaitu mata pelajaran Literasi ICT untuk murid-murid sekolah rendah. Mata Pelajaran ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas tentang penggunaan perkakasan dan perisian komputer bagi membantu murid-murid meningkatkan prestasi pembelajaran menggunakan ICT. 75 buah sekolah telah dipilih untuk melaksanakan mata pelajaran ini. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan ICT telah diperluaskan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berikut

dipertingkatkan dengan bantuan penggunaan keomputer sebagai alat Bantu mengajar. Perisian-persian pendidikan yang sesuai

telah dikenal pasti dan dibekalkan untuk tujuan ini. i. Mata pelajaran Reka Cipta Di antara objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid menggunakan Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) dalam perekaan produk. Sekolah-sekolah

yang terpilih adalah sekolah-sekolah yang telah memiliki perkakasan komputer. Manakala perisian Reka Bentuk

Berbantu Komputer (CAD) dan SCAD) dibekalkan. ii. Mata pelajaran Seni Visual Sekolah-sekolah yang terpilih dibekalkan dengan 2 komputer dan 1 perisian Adobe Photoshop. Murid

menggunakan komputer dan perisian yang dibekalkan untuk menghasilkan lukisan berbantu komputer. 56

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

iii.

Mata pelajaran Bahasa Melayu Semua sekolah menengah dan 80% sekolah rendah

telah

dibekalkan

dengan

perisian ini untuk

Dewan

Eja.

Murid mereka

menggunakan

perisian

membantu

mengarang. Perisian ini boleh membantu murid menyemak ejaan, erti perkataan dan struktur ayat. iv. Mata pelajaran Bahasa Inggeris Dalam tahun 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah membekalkan perisian pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris ke sekolah-sekolah yang terlibat dalam Projek Komputer Dalam Pendidikan. Di antara perisian yang dibekalkan ialah :a. b. c. d. e. f. g. v. Having Fun With Lipo Picto Elementary English Enov 8 Net Language ‘A’ Star Author Plus Mata pelajaran Bahasa Tamil 500 buah Jenis Kebangsaan Tamil telah dibekalkan dengan perisian pemprosesan perkataan Murasu. Murid

menggunakan perisian dini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil. vi. Mata pelajaran Bahasa Cina 57

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Perisian Chinese Star dibekalkan kepada 879 Sekolah Menengah Kebangsaan yang menawarkan Bahasa Cina dan 1,284 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Murid menggunakan perisian ini untuk mengarang dalam Bahasa Cina dan mencari maklumat di Internet yang memaparkan dalam Bahasa Cina. vii. Pendidikan Pra sekolah Tahun 2003 adalah tahun permulaan untuk muridmurid kelas Pra-Sekolah mendapat pendedahan tentang ICT. Penggunaan ICT diintegrasikan ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membantu murid-murid Pra-Sekolah belajar dengan lebih berkesan di samping mendapat pendedahan kepada penggunaan perkakasan dan perisian ICT. Sebanyak 2,731 sekolah rendah yang

melaksanakan kelasj Pra-Sekolah delengkapkan dengan 2 buah komputer bagi setiap kelas Pra-Sekolah dan perisian untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Projek Malaysian SchoolNet Malaysian SchoolNet atau nama singkatan mySchoolNet

merupakan satu projek Kementerian Pendidikan menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan aktiviti di sekolah.

MySchoolNet

berfokus

kepada

pembangunan

pendidikan

berasaskan internet yang berfungsi sebagai satu Web Portal dengan memberi perkhidmatan kepada 3 sasaran pengguna utama iaitu: 58

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

i. Murid ii. Guru iii. Pentadbir Sekolah Tujuan laman MySchoolNet adalah untuk merealisasikan kativiti pendidikan melalui Internet sebagai platfom penyebaran maklumat dan sumber P&P. Laman MySchoolNet bertujuan untuk meningkatkan

kemahiran menggunakan Internet dan memperluaskan capaian kepada maklumat am dan sumber pendidikan di kalangan murid, guru dan pentadbirl sekolah. Laman web MySchoolNet dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: i. Laman Murid disediakan untuk murid mengakses maklumat berkaitan dengan aktiviti kurikulum, kepimpinan dan

kokurikulum, pengetahuan am serta aktiviti interaktif. Laman ini dibahagikan kepada beberapa segmen seperti berikut: a. Tutorial b. Belajar IT c. Tahukah Anda? d. Persatuan/Kelab e. Kaunseling f. Pakatan Pintar Memaparkan berita terkini dan memberi akses kepada pautan luaran berkaitan dunia pendidikan. i. Laman Guru

Laman Guru dibangunkan dengan tujuan seperti berikut: 59

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

a.

Membantu

guru

melaksanakan

aktiviti

pengajaran selaras

dan

pembelajaran

berasaskan

Internet

dengan

perkembangan ICT dalam pendidikan; b. Meningkatkan pengetahuan sedia ada guru dalam aspekaspek penting pendidikan seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini; dan c. Meluaskan pengalaman dan pengetahuan guru melalui

perkongsian idea secara online.

ii. a. b. c. d. e. I iiv.

Laman Guru menyediakan beberapa segmen iaitu: Model Pengajaran dan Pembelajaran Pentaksiran Belajar IT Pakatan Pintar dan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Laman Pentadbir Laman Pentadbir mengandungi maklumat terkini dan

menyediakan pelbagai bahan rujukan untuk keperluan pentadbir sebagai pemimpin organisasi pendidikan di sekolah dengan lebih efisien. Laman Pentadbir mengandungi bahan-bahan yang berfokus kepada: a. Pengurusan Sekolah 60

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

b. c. d.

Profesion Pakatan Pintar Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mula dilaksanakan pada tahun 2003 untuk murid-murid Tahun 1, tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Kerajaan telah membekalkan Notebook dan peralatan lain kepada sekolah-sekolah bagi membantu melancarkan pelaksanaan projek tersebut. Peralatan yang telah dibekalkan kepada sekolah-sekolah bagi pelaksanaan projek ini terdiri daripada: a. b. c. d. e. f. Notebook Projek LCD dan layar putih Troli Speaker dan sub-woofer Uninterruptable Power Supply (UPS)

Televisyen (untuk sekolah kurang daripada 150 orang murid) untuk mengantikan projector LCD. Hasil Kajian Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM mendapati pencapaian Murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 di kawasan Bandar dan luar Bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah enam bulan projek menunjukkan pencapaian purata skor yang

menggalakkan bagi setiap mata pelajaran berkenaan. 61

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Pemantauan keseluruhan oleh Jemaan Nazir Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah turut menunjukkan peningkatan besar, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Grid Pembelajaran Kebangsaan (Malaysia Grid For Learning – MyGfL) MyGfL adalah portal e-Pembelajaran menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran yang menyediakan kandungan digital setempat (indigenous) untuk tujuan pembelajaran secara on-line. Projek ini dibiayai melalui peruntukan Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS). MyGfL mengandungi komponen-komponen berikut: i. ii. iii. iv. Teacher’s Resource Exchange (TRE) & Virtual Teacher Centre (VTC) MyGuru MyTest Objektif

Selain membina sumber berkualiti untuk seluruh komuniti pendidikan melalui internet berasaskan konsep e-learning, MyGfL turut meningkatkan kompetensi ICT (pembelajaran) Sekolah Luar Bandar serta menyumbang kepada komuniti sekolah dan setempat.

Lampiran 6 62

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dan mengukuhkan mutu pendidikan negara. Pengajaran

dan pembelajaran yang kurang menarik akan membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid. Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR dan KBSM yang mempunyai potensi tetapi tidak diamalkan sepenuhnya ialah pembelajaran di luar bilik darjah. Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan jika dilaksanakan secara elektif dan bijaksana. PLBD adalah satu aktiviti terancang dengan objektif yang jelas. Pembelajaran dan pengajaran

secara ini lebih berbentuk penerokaan yang berpusatkan murid.

Beberapa jenis aktiviti sesuai dijalankan supaya merealisasikan pembelajaran luar bilik darjah. Ini termasuk lawatan bertujuan, kerja

lapangan dan aktiviti penerokaan. Kesemua jenis aktiviti perlu dirancang terlebih dahulu oleh pihak sekolah yang mengelolakan aktiviti tersebut supaya menghasilkan manfaat kepada pembelajaran murid. PLBD yang dijalankan seharusnya merangkumi ciri-ciri berikut: i.ada kaitan dengan kurikulum mata pelajaran ii.mempunyai aturcara aktiviti dan pelaporan iii.menggalakkan murid bekerja dalam kumpulan iv.melibatkan pembelajaran oleh murid secara aktif v.memberi peluang untuk murid menambah pengetahuan 63 Aktiviti

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

i)

Lawatan Bertujuan Pusat yang dilawati hendaklah sesuai dengan objektif pembelajaran

yang hendak dicapai. Pada masa ini terdapat banyak pusat yang boleh dilawati bagi tujuan ini; agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri, badan berkanun atau swasta. Kebanyakan pusat ini menyediakan Buku

pelbagai program khas untuk pelawat seperti murid sekolah.

aktiviti, lembaran maklumat atau lembaran aktiviti juga disediakan. Dengan sedikit usaha tambahan, bahan itu boleh digunakan oleh guru menjadikan aktiviti PLBD dijalankan dengan bermakna, seronok dan menghidupkan pembelajaran sesuatu tajuk dalam kurikulum sekolah. Antara pusat-pusat yang boleh dipertimbangkan adalah: i. Muzium Negara/Muzium Negeri

ii. Zoo Negara/zoo negeri iii. Pusat Sains Negara iv. Petrosains v. PORIM vi. MARDI vii. FRIM Di samping itu lawatan ke pusat yang tidak menyediakan program khas untuk murid boleh juga dilakukan. Pusat-pusat seperti kilang-kilang, ladang tanaman, dan ladang ternakan. Walau bagaimanapun guru perlu menyediakan tugasan yang sesuai dan berkaitan dengan lawatan untuk

Pusat Perkembangan Kurikulum

64

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

murid supaya mereka belajar dari lawatan itu dan berbincang pendapat mereka dengan rakan sebaya. ii) Kerja Lapangan Aktiviti lapangan sesuai dijalankan oleh murid dalam kumpulan. Aktiviti sedemikian boleh dijalankan di persekitaran sekolah, kawasan berhampiran dengan sekolah atau di suatu lokasi yang tertentu. Dengan perancangan yang rapi aktiviti lapangan boleh merangkumi pelbagai tugasan yang sesuai untuk semua murid yang masing-masingnya mempunyai pelbagai kecerdasan. Kemahiran seperti memerhati,

merekod, melapor dapat diperkembangkan. Aktiviti kerja lapangan juga boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid supaya melanjutkan pengetahuan mereka melalui bacaan dan rujukan tambahan serta perbincangan dengan rakan dan guru. Bagi murid yang berminat tinggi, kerja lapangan boleh menggalakkan mereka menjalankan kajian

terhadap perkara yang merangsangkan minda mereka. Berikut adalah satu sampel tentang berbagai kerja lapangan yang sesuai: i. mengenal pasti spesis burung/pokok/bunga di persekitaran sesuatu lokasi

ii. mengkaji jenis perniagaan di sepanjang satu jalan/dalam satu pekan kecil iii. mengkaji ‘trend’ hujan yang turun di sesuatu kawasan iv. mengkaji kesan hakisan tanah v. mengkaji pencemaran alam di suatu kawasan iii) Aktiviti Penerokaan

Pusat Perkembangan Kurikulum

65

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Satu lagi kategori aktiviti PLBD yang boleh dilaksanakan oleh sekolah merupakan aktiviti penerokaan di lokasi yang memberi cabaran kepada murid. Cabaran yang dihadapi oleh murid dalam aktiviti Justeru itu, aktiviti

penerokaan termasuk cabaran fizikal dan mental.

penerokaan memberi peluang kepada murid untuk bekerja dalam kumpulan, membina semangat berpasukan serta membina kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh aktiviti penerokaan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti perkhemahan, mendaki bukit dan orienteering. Aktiviti penerokaan sebaiknya diuruskan oleh guru yang

mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam jenis aktiviti yang ditetapkan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun guru-guru pelapis

perlu dilatih mengelolakan aktiviti penerokaan tersebut supaya aktiviti sedemikian dapat dilaksanakan secara berlanjutan oleh sekolah dan melibatkan warga sekolah dengan lebih meluas. Kaedah pembelajaran luar bilik darjah mempunyai potensi

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Selanjutnya pelaksanaan PLBD ini diharapkan dapat melahirkan individu yang boleh bertindak dengan lebih berautonomi, bertanggungjawab, berpengetahuan di samping mempunyai nilai-nilai estetik dan dapat berkomunikasi dengan baik. Walau bagaimanapun kerjasama yang lebih erat antara sekolah dengan institusi dan agensi yang berkenaan perlu dipertingkatkan dalam menyediakan program yang lebih menarik dan bermutu. Pada masa yang sama, guru perlu

mengambil inisiatif merancang dan mengendalikan penggunaan sumber 66

Pusat Perkembangan Kurikulum

MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Sokongan moral dan kewangan perlu diberi oleh pihak

sekolah, ibu bapa, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjayakan program ini.

Pusat Perkembangan Kurikulum

67

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->