P. 1
Bab 6 Makanan

Bab 6 Makanan

|Views: 1,275|Likes:
Published by Rosz Linda

More info:

Published by: Rosz Linda on Aug 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/25/2015

pdf

text

original

Sections

  • BAB 6
  • GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA
  • 1. PENGENALAN
  • a) Pengendali Makanan
  • b) Prosedur Perolehan Makanan Tambahan
  • c) Panduan Pengendalian Makanan
  • d) Prosedur Penyediaan Makanan Seimbang
  • e) Panduan Pengurusan Peralatan Memasak dan
  • Makanan
  • PANDUAN PENGENDALI MAKANAN
  • 2. Status Kesihatan
  • 3. Pakaian
  • 4. Amalan
  • 5. Kebersihan Diri
  • 6. Penyakit
  • 7. Pemeriksaan Kesihatan
  • 8. Suntikan Typhoid 6
  • 9. Kursus Pengendali Makanan
  • BORANG DAFTAR PENGENDALI MAKANAN
  • Parlimen : Bil. Pengendali Makanan :
  • PROSEDUR PEROLEHAN MAKANAN TAMBAHAN
  • Prosedur 1
  • Prosedur 2
  • PANDUAN PENGENDALIAN MAKANAN
  • 1. Panduan Asas Penyimpanan Makanan
  • 1.1 Penyimpanan makanan
  • 1.2 Simpanan sejuk
  • 1.4 Simpanan kering
  • 2 Panduan Am Pengurusan Peti Sejuk
  • PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN SEIMBANG
  • 1. Pengenalan
  • 2. Panduan Umum Penyediaan Makanan
  • 2.1 Kriteria Pemilihan Bahan-bahan Makanan
  • DIBENARKAN DILARANG
  • 2.3 Penyediaan Makanan Sihat
  • 2.3 Makanan yang Pelbagai
  • JUMLAH SAJIAN DISYORKAN KUANTITI BAGI SETIAP SAJIAN
  • Keperluan tenaga harian
  • [kilokalori (kcal)]
  • Lelaki Perempuan
  • 2.4 Takrif Halal
  • 3. Panduan Pemilihan Makanan Sihat
  • 3.1 Makanan kurang lemak
  • 3.2 Makanan kurang gula
  • 3.3 Makanan Kurang Garam
  • 3.4 Makanan berserat tinggi
  • 3.5 Minum sekurang-kurang 6 – 8 gelas air sehari
  • 3.6 Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
  • PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN
  • MENGHIDANG
  • PROSEDUR PEMBERIAN, ETIKA DAN TEKNIK MENGHIDANG
  • MAKANAN
  • 1. Prosedur Pemberian Makanan
  • 2. Prosedur Etika Ketika Makan
  • 3. Pemberian Makanan Semasa Bulan Ramadhan
  • 4. Teknik Menghidang
  • PROSEDUR RUJUKAN KES KE KLINIK KESIHATAN
  • Rujukan:

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN

Pekeliling Bahagian Pengurusan Dan Pemakanan Jabatan Kemajuan Masyarakat Bil. 07 Tahun 2009

Tarikh Dikeluarkan

:

1 November 2007

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

ii

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

ISI KANDUNGAN Perkara 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Pengenalan Panduan Pengendali Makanan Prosedur Perolehan Makanan Tambahan Panduan Memilih, Menyedia, Menyimpan Dan Menghidang Makanan Serta Minuman Panduan Pengendalian Makanan Panduan Penyediaan Makanan Seimbang Panduan Pengurusan Peralatan Memasak Dan Menghidang Prosedur Pemberian , Etika Dan Teknik Menghidang Makanan Tambahan Prosedur Rawatan Susulan Cadangan Menu Tabika Cadangan Menu Taska Lampiran Lampiran A Lampiran B Lampiran C Lampiran D - Rekod Suntikan Typhoid 6 Rekod Kesihatan Pemaju Masyarakat 38 39 40 41 Muka Surat 1 2-9 10-11 12-15 16-19 20-28 29 30-33 34 34-35 36-37

- Daftar Bahan Mentah Kering Senarai Semak Untuk Memantau Penyediaan Maknaan Sihat

iii

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

iv

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

BAB 6 GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1.

PENGENALAN 1.1 Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalak tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pada saban hari, masalah berlebihan berat badan dan kekurangan berat badan yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan pengambilan zat makanan yang tidak seimbang. Kekurangan zat makanan teruk menyumbang kepada penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia (UNICEF, 1998). Mengikut saranan pengambilan nutrien (RNI), kanak-kanak taska memerlukan 950kcal sehari; manakala kanak-kanak tabika memerlukan 1300kcal sehari (KKM, 2005). Bermula pada tahun 2005, pihak KEMAS telah memperuntukkan untuk setiap kanak-kanak taska sebanyak RM 3.00 sehari dan setiap kanak-kanak tabika sebanyak RM 1.50 sehari mengikut hari persekolahan. Berikut adalah tajuk-tajuk penting yang terdapat di dalam bab ini sebagai rujukan dan panduan bagi memastikan makanan berkualiti disediakan:

1.2

1.3

a) Pengendali Makanan b) Prosedur Perolehan Makanan Tambahan c) Panduan Pengendalian Makanan d) Prosedur Penyediaan Makanan Seimbang e) Panduan Pengurusan Peralatan Memasak dan Menghidang
1

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA f) Prosedur Pemberian. Etika dan Teknik Menghidang Makanan g) Prosedur Rujukan Kes Ke Klinik Kesihatan 2 .

2 Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah sentiasa diawasi.1 Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan dan mempunyai sijil atau kad kesihatan untuk mengesahkannya. Pengenalan Pengendali makanan di premis prasekolah adalah individu yang mula terlibat dalam penyediaan makanan. dan disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan. Pengendali makanan juga dapat menentukan makanan yang disedia dan dihidang adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak di prasekolah KEMAS 2. Perakuan tersebut hendaklah sentiasa disimpan di premis prasekolah berkenaan. Status Kesihatan 2. 2. menghidap cirit birit. batuk atau penyakit berjangkit yang lain dan berkudis tidak dibenarkan melibatkan diri dalam urusan pengendalian makanan. Pengendali yang demam.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGENDALI MAKANAN 1. 3 . Dia hanya boleh menguruskan pekerjaan selepas dirawat.

Memakai penutup kepala yang sesuai.4 Pengurus Premis prasekolah bertanggungjawab menyimpan satu borang daftar kesihatan pengendali makanan seperti contoh di lampiran. Memakai apron berwarna cerah. 3.1 Semasa bertugas.1 i. kemas dan sesuai. dan iv. 4 . Borang daftar ini hendaklah dikemaskini setiap kali ada perubahan dan hendaklah dipamirkan di premis prasekolah. dan 2. 4. Amalan 4. iii. Memakai sarung tangan pakai buang. Pakaian 3. Memakai tanda nama dan kasut mengikut keadaan yang sesuai. bersih dan ceria sepanjang masa. Amalan yang mesti dipatuhi: Menampilkan diri dalam keadaan kemas.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2. bersih serta mudah dibasuh. v. semua pengendali makanan hendaklah: i. Berpakaian sopan.3 Pengendali makanan yang mengalami luka di bahagian tangan hendaklah membalut luka tersebut dengan plaster yang kalis air sebelum membuat sebarang kerja pengendalian makanan. ii.

vii. Menutup makanan yang disedia dengan penutup yang sesuai dan bersih. Lalat dan Tikus) dan haiwan-haiwan lain. meja dan tangan. Memegang sudu. Membuang sampah kering dan sampah basah secara berasingan. iv. Menggunakan sudu. 5 . v. iii. mangkuk. Membersihkan lantai dengan menggunakan pengelap lantai jika perlu. garfu. viii. pisau. sarung tangan plastik atau penyepit semasa memegang makanan yang sudah dimasak. Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan apabila batuk atau bersin sambil menghalakan muka ke arah lain dari makanan. Menggunakan kain pengelap yang bersih dan berasingan untuk mengelap pinggan. Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras lebih 45cm dari lantai. di tempat makanan sedang di masak atau dihidang. x. xi. cawan yang bersih pada tangkainya. minyak tanah dan bahan pencuci di tempat khas yang berasingan di luar tempat penyediaan makanan. Memastikan dapur prasekolah bebas dari LILATI (Lipas. garfu.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA ii. Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun serangga. ix. vi.

Berludah merata-rata. mengalas atau menutup makanan dengan bahan yang tidak bersih. ii. Kebersihan Diri 5. bersin. Membersihkan meja dengan membuang sisa makanan dari atas meja ke lantai. iv. Membenarkan kanak-kanak ke kawasan penyediaan makanan. plastik bewarna atau bahan bercetak. Membuang sampah ke dalam tong sampah besar atau lubang sampah. membawa atau menyimpan pinggan yang berisi makanan secara bertindih. Membungkus.1 Rambut 6 . garfu dan penyepit dalam saku apron. bercakap-cakap atau ketawa ke arah makanan. vi. Batuk. xiii. dan viii. vii. Memastikan tong sampah berlapik dengan karung plastik. v.2 Amalan yang ditegah: i. bertutup dan bersih. 5.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA xii. iii. 4. Meletak. Meniup ke dalam pembungkus yang digunakan untuk membungkus makanan. Membawa sudu.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA i. iii. v. Elakkan memakai aksesori seperti cincin. Kulit yang merengsa atau luka perlu diubati dan dibalut ii. bersih dan bertutup Jangan menggaru. Kuku perlu dipotong pendek Sinki membasuh tangan perlu diasingkan daripada sinki pengendali bahan mentah iv. ii. ii.2 Mulut. memegang atau menyikat rambut semasa mengendali makanan. iii. vi. 5. iii.3 Kulit i. iv. vii. Membasuh tangan sebelum dan selepas :7 . rantai tangan dan jam semasa mengendalikan makanan ii. Hidung Dan Telinga i. Jangan menggaru kulit yang luka Elakkan badan dari berbau 5.4 Tangan i. Diikat. Jangan batuk atau bersin pada makanan Jangan merasa makanan dengan menggunakan jari Jangan mengorek hidung Jangan meludah Jangan menggigit kuku atau menjilat jari Jangan makan atau mengunyah gula-gula getah Jangan merokok 5.

1 Lapor kepada PM lebih awal 6. 6.1.2 Mendapatkan rawatan di pusat rawatan yang berdekatan dan mendapatkan sijil sakit sekiranya perlu. Pemeriksaan Kesihatan 7. Penyakit 6.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA • menyedia atau menghidang makanan • Menggunakan tandas • Menyentuh bahagian kulit yang lain • Mengendalikan bahan mentah • Membersihkan persekitaran v. pengendali makanan perlu :- 6. Keringkan tangan menggunakan tuala bersih atau pengering tangan 6.1 Jika pengendali makanan disyaki sakit.1 Pengendali kesihatan makanan untuk perlu menjalani pemeriksaan mampu memastikan pengendali melaksanakan tugas dan untuk memastikan pengendali 8 .1. 7.3 PM perlu memaklumkan kepada PPS dan merancang semua keperluan sepanjang ketiadaan Pengendali makanan.1.

Suntikan Typhoid 6 8. pengendali melakukan langkah-langkah 8. 9 . ii.1 Suntikan di Premis Kesihatan i. PM membuat temujanji dengan Jabatan/Pusat Kesihatan kawasan masing-masing. Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan pada tarikh yang telah ditetapkan. iv. iii. Kebiasaanya Jabatan/Pusat Kesihatan telah menentukan tarikh-tarikh khusus untuk suntikan Typhoid 6. 8.1. PM perlu memastikan pencegahan. Terdapat dua cara bagi bawaan mendapatkan khidmat dari Pejabat/Klinik Kesihatan di kawasan yang berhampiran. Resit suntikan diperlukan untuk membuat tuntutan di Jabatan. Sekiranya pengendali menghidapi penyakit.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA tidak mempunyai penyakit yang mudah berjangkit.1 Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan Typhoid 6 bagi tiap-tiap tiga tahun untuk mengelakkan penyakit air seperti taun.

Pengendali makanan berkumpul pada tarikh. Resit suntikan diperlukan untuk membuat tuntutan di Jabatan. v. perlu disimpan/di paparkan di premis.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA v. perlu disimpan/ di paparkan di premis.2 Suntikan Di Premis KEMAS i. Kad/dokumen Typhoid yang mengesahkan Suntikan 6 telah dilakukan. makanan perlu mendapatkan iv.1. 10 . vi. 8. Kad/ dokumen yang mengesahkan Suntikan Typhoid 6 telah dilakukan. ii. masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak. iii. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan bagi memudahkan pemantauan. vi. Pengendali suntikan. PM membuat temujanji dengan Jabatan/ Pusat Kesihatan kawasan masing-masing. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan bagi memudahkan pemantauan.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 9. SUNTIKAN TYPHOID 6 Premis Kesihatan Premis KEMAS Kenalpasti Tarikh Suntikan PPS Menetapkan Tarikh Suntikan Tuntutan Semula Ke KEMAS Negeri PPS-Simpan Rekod & Jadual JADUAL 1 Prosedur Suntikan Typhoid 6 11 .1 Pengendali makanan hendaklah menghadiri kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan. Kursus Pengendali Makanan 9.

BORANG DAFTAR PENGENDALI MAKANAN Parlimen Bil. Pengendali Makanan : : TARIKH TARIKH MENGHADIRI TEMPOH KURSUS TAMAT PENGENDALI PELALIAN MAKANAN BIL NAMA NAMA TARIKH NO. TABIKA/ JAWATAN PELALIAN KP ALAMAT DIBERI Disediakan Oleh : _________________________ Penyelia Prasekolah Disahkan Oleh :_______________ Pegawai KEMAS Daerah .

5. PPS bertanggungjawab mengenalpasti serta menyenaraikan keperluan jenis-jenis makanan tambahan untuk dibekalkan di Tabika/ Taska dalam Parlimen masing-masing. 4. Pihak KEMAS Negeri dibenarkan membuat perolehan makanan Tabika/ Parlimen. Pembekal yang dilantik adalah bertanggungjawab menghantar bekalan makanan ke Tabika/ Taska yang telah ditetapkan sebagaimana spesifikasi yang terkandung dalam pesanan tempatan (local order) 2 . KEMAS Negeri perlu bertanggungjawab menentukan agihan peruntukan untuk setiap Parlimen berdasarkan bilangan Tabika/ Taska serta kanak-kanaknya.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PROSEDUR PEROLEHAN MAKANAN TAMBAHAN Prosedur 1 1. 3. Perolehan yang dibuat untuk peringkat Parlimen hendaklah dengan mengemukakan senarai keperluan beserta sebutharga daripada pembekal tempatan ke peringkat KEMAS Negeri untuk tujuan perolehan dengan berpandukan prosedur serta tatacara kewangan yang ditetapkan. Taska mengikut Parlimen berdasarkan keperluan 2.

PROSEDUR PEROLEHAN Tabung Tabika Pembekal Tempatan Tuntutan Semula PPS Rancang Keperluan/ Pengarah KEMAS Negeri AG (Akauntan Negara) Kelulusan & Perolehan Terima Barang – Sahkan PPS/ Proses Bayar JADUAL 2 Prosedur Pembelian Makanan Tambahan 3 . Prosedur 2 1. kualiti serta tarikh luputnya. Tabika menggunakan duit tabung Tabika dan menuntut semula. PPS atau Pegawai Jabatan yang dilantik sebagai pegawai penerima adalah bertanggungjawab memastikan penerimaan dalam keadaan sempurna kuantitinya.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 6.

dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas buahan dalam peti sejuk • Hidangkan sebaik sahaja selepas dipotong • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan 4 . biarkan air mendidih sebelum dimasukkan sayur • Masak dalam masa yang singkat • Masak di dalam periuk atau kuali yang bertutup • Mentah Simpan dalam peti sejuk kecuali sayursayuran berubi • Sayur yang telah dimasak tidak disimpan • Perlu dibasuh. dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas sayur dalam peti sejuk • Hidangkan sebaik sahaja selepas dimasak atau disediakan • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan • Tutup dengan sempurna Buahbuahan • Segar Pejal Tidak bertompok hitam Tidak kering atau kecut • tidak bertukar • Basuh sebelum dimakan atau dipotong • Kupas kulit sekiranya perlu • Perlu dibasuh. MENYEDIA. MENYIMPAN DAN MENGHIDANG MAKANAN SERTA MINUMAN BAHAN MAKANAN Sayursayuran KRITERIA PEMILIHAN • Segar Baru Keras rapuh dan pejal tidak layu tidak kecut tidak kering tidak bertukar warna • Tidak rosak • Tidak busuk PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Basuh sebelum dipotong • Tidak direndam selepas dipotong • Sekiranya direbus.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN MEMILIH.

tertutup. potong dan simpan dalam bekas secara berasingan mengikut keperluan harian Sebaik-baiknya gunakan pada hari itu juga atau dalam tempoh yang singkat Simpan pada suhu beku jika perlu Gunakan bahan yang telah dinyahbekukan kesemuanya pada hari yang sama • Hidangkan sebaik sahaja dimasak • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan Tutup dengan sempurna Kekalkan pada suhu tidak kurang daripada 63oC (Hidangan masih panas) • Elakkan daripada menggunakan baki makanan yang disimpan semalaman Ayam • Segar Pejal Tidak berlendir • Cuci dan bersihkan dengan air • Bermasak Simpan dan tutup makanan yang 5 . penuh dan membonjol Badan berlendir Insang merah dan cerah Tidak berbau busuk • Cuci dan bersihkan dengan air mengalir sebelum dipotong di mana perlu • Mentah Cuci. terang.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA • Tutup dengan sempurna Daging • Segar Warna kemerahmerahan Tidak berubah warna Tidak kering Tidak berbau busuk Tidak berlendir • Halal • Bermasak Simpan dan tutup makanan yang belum dihidangkan Elakkan menyimpan makanan lebih daripada 4 jam pada suhu biasa (27oC) BAHAN MAKANAN Ikan basah dan lainlain makanan laut KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Segar Pejal Tidak meninggalkan kesan apabila ditekan dengan jari Sirip dan sisiknya kemas. berkilat dan tidak tertanggal Mata yang cerah.

ulat.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Tidak berubah warna Tidak berbau busuk • Halal mengalir sebelum dipotong di mana perlu belum dihidangkan Elakkan menyimpan makanan lebih daripada 4 jam pada suhu biasa (27oC) • Tutup dengan sempurna • Simpan berasingan daripada bahan mentah • Jangan dihidangkan jika melampaui tarikh luput • Hidangkan sebaik sahaja selepas disediakan atau dimasak • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan • Tutup dengan sempurna Roti • Tidak rosak Tidak berkulat • Tidak melampaui tarikh luput • Bungkusan tidak rosak • Bungkusan berlabel • Elakkan terdedah secara langsung kepada pancaran matahari • Gunakan peralatan yang khusus untuk menyediakan roti yang dimakan terus seperti sandwic BAHAN MAKANAN Bijirin atau kekacang KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Tidak rosak Tidak hancur Tidak berkulat Tidak hapak Tiada tanda serangan serangga. kering dan dingin • Elak meletakkan guni atau karung terus di atas simen setinggi 20cm sekurang-kurangnya daripada lantai • Simpan di tempat yang dingin/peti sejuk dan kering atau mengikut Makanan berkaleng (makanan dalam tin) 6 . kutu atau habuk Tidak lembab atau basah • Bentuk tin hendaklah sempurna Kemas • Buang bahan seperti batu atau benda asing • Basuh mengikut kesesuaian • Simpan di tempat yang bertutup.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Tidak kemek Tidak bengkak atau mengelembung Tidak berkarat Tidak melampaui tarikh luput Susu UHT atau Pasteur • Bungkusan hendaklah sempurna Bersih Tidak rosak Tidak mengelembung Tidak bocor Tidak melampaui tarikh luput • Arahan penyediaan seperti pada label perlulah dipatuhi arahan pada label simpan di dalam bekas lain selepas tin dibuka Susu UHT • Simpan pada suhu bilik dalam keadaan dingin dan kering • Elakkan disusun berlapis melebihi 8 tingkat • Elakkan meletak di atas simen Alas setinggi 20cm daripada lantai Susu Pasteur • Simpan dalam peti sejuk sepanjang masa (1oC-4oC) • Jangan dihidangkan jika melampaui tarikh luput Telur • Elak memilih telur yang retak • Tidak pecah • Tidak diseliputi najis • Cuci kulitnya sebelum disimpan atau digunakan. • Di dalam peti sejuk di bahagian khas. • Elakkan menghidang telur separuh masak 7 .

8 . kuetiau. mihun. beras. mi. laksa. makaroni KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Tidak rosak Tidak berkulat Tidak berbubuk atau berkutu Tidak berbau busuk atau hapak • Tidak melampaui tarikh luput • Rendam/celur seketika menggunakan air panas sebelum dimasak Pasta basah • Simpan di dalam peti sejuk • Tutup atau bungkus dengan sempurna Pasta kering • Tutup dengan sempurna • Simpan dalam keadaan dingin dan kering Bahan kering (susu tepung.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA BAHAN MAKANAN Pasta. Beras • Tidak digalakkan mencuci beras sehingga hancur atau terlalu bersih • Disimpan di dalam bekas kedap udara. tepung dsb) • Tidak rosak Tidak berkulat Tidak berbubuk atau berkutu Tidak berbau busuk atau hapak • Tidak melampaui tarikh luput • Elakkan pembelian dalam kuantiti yang banyak. gula.

1.1 Penyimpanan makanan 1.1.1. 1.5 Jangan simpan makanan yang dimasak lebih dari 2 jam pada suhu biasa untuk dihidangkan kepada kanak-kanak.2 Simpan makanan yang telah dimasak pada suhu yang selamat jika tidak disaji segera.4 Makanan perlu disimpan pada suhu di bawah 4°C (peti sejuk) atau melebihi 60°C (periuk bertutup).1.1. 1.6 Baca arahan tentang keadaan menyimpan makanan pada label bungkusan sebelum dan sesudah dibuka.1. 1.1 Makanan yang dimasak atau dimakan terus hendaklah diasingkan penyimpanannya daripada makanan mentah. Panduan Asas Penyimpanan Makanan 1.3 Elakkan menyimpan makanan pada suhu dalam zon merbahaya iaitu di antara suhu 10°C-60°C kerana mikroorganisma boleh membiak dengan cepat jika makanan disimpan dibawah suhu biasa. 1.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGENDALIAN MAKANAN 1. 1. 9 .

1.5 Letakkan makanan mentah yang menitis dalam bekas yang sesuai dan diletakkan di tingkat bawah di ruangan pendingin. 1.3 Simpanan sejuk beku 10 .2.2 Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruangan yang berbeza.4 Simpan semua makanan masak dan makanan mentah dalam bekas bertutup rapat. 1. 1.2.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1.1 Jangan simpan ikan dan daging di dalam keadaan ruang pendingin (0°C-2°C) lebih dari 3 hari.2.2.8 Sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh.6 Bersih dan keringkan semua bekas sebelum disimpan di dalam peti sejuk.2 Simpanan sejuk 1. dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas sayur di dalam peti sejuk.3 Simpanan makanan masak dibahagian atas dan makanan mentah dibahagian bawah.2. 1. 1.2. 1.2. 1.2.7 Simpan sayur dan susu pasteur di ruang pendingin suhu (0°C-4°C) untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.

6 Makanan yang perlu dinyah beku boleh melalui 3 cara pilihan seperti berikut:i. Makanan yang disejuk beku hendaklah dicairkan menggunakan ketuhar gelombang dan diikuti dengan masak secara terus.2 Makanan sejuk beku seperti daging dan ikan hendaklah disimpan dalam ruang beku secepat mungkin kerosakan. 1. 1.3.3. iii. 1.3. Makanan yang disejuk beku hendaklah selepas dibeli untuk mengelakkan dialihkan dahulu ke bahagian am peti sejuk (sila rujuk Lampiran A) selama 5 jam sebelum digunakan .5 Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah dinyah sejuk beku. 1. Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam bungkusan yang kalis air an diletakkan di bawah air paip yang mengalir. ii.1 Ikan dan daging yang telah dibersihkan hendaklah disimpan di dalam bekas plastik yang kedap udara untuk mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada makanan-makanan lain.4 Nyah sejuk beku bahagian yang diperlukan sahaja. 1. 11 .3 Makanan hendaklah dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil sebelum disimpan.3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1.3.3.

1. ruang yang sentiasa kering dan bersih. 1.4 Makanan hendaklah diletakkan jauh daripada dinding dan paip.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1. 1.2 Jangan menggunakan bekas simpanan bahan kimia untuk menyimpan makanan.3. 1.4.4. 1.4.7 Simpan makanan yang di sejuk beku dalam bekas tidak telap wap air untuk mengelakkan kekeringan.4 Simpanan kering 1.8 Peti sejuk hendaklah diselenggara dengan baik. 12 .3. 1. 1.1 Jauhkan racun dan bahan kimia daripada makanan. pencahayaan yang mencukupi.4. 1.3.6 Ruang penyimpanan makanan kering hendaklah mempunyai pengudaraan yang baik. kacang dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat sejuk dan kering.4.10 Makanan mentah hendaklah dicuci dengan sempurna sebelum disimpan.5 Jangan letak makanan atas lantai dan gunakan pengalas yang sesuai. 1.4.3.9 Jangan muatkan makanan dengan padat dalam peti sejuk.3 Makanan bijirin seperti beras.

1 Kapasiti atau keupayaan peti sejuk hendaklah cukup besar untuk memenuhi keperluan anda.1 Peti sejuk mestilah diletakkan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan cahaya matahari. 2. 2.2 Peti sejuk hendaklah mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan makanan yang dimasak dan tidak dimasak di ruang yang berasingan. Berhati-hati mengeringkan untuk mengelak daripada ditumbuhi kulat.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2 Panduan Am Pengurusan Peti Sejuk 2.2.2.2.3 Pembersihan peti sejuk 2.4 Periksa dengan menggunakan termometer untuk memastikan yang peti sejuk anda sentiasa kekal pada suhu antara 0°C hingga 4°C 2. 2. 2.2.3.1 Bersihkan peti sejuk setiap minggu menggunakan bahan disinfeksi yang sesuai atau kain yang bersih. Ianya hendaklah cukup sejuk untuk menyejukkan semua bahagian makanan hinggalah ke suhu yang diingini dalam tempoh yang singkat.2 Kapasiti dan ruang peti sejuk 2.3 Jangan sesakkan sesuatu ruang agar udara boleh beredar. Buka pintu sedikit untuk 13 .

9 Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka.11 Peti sejuk perlu dibersih dan dikosongkan sebelum cuti sekolah bermula. 2. 2.10 Sekiranya berlaku tiada bekalan elektrik selama 1 hingga 2 hari.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA membolehkan udara beredar sebelum meletak semula makanan.8 Jangan buka peti sejuk terlalu kerap. 2.7 Jangan masukkan terlalu banyak makanan ke dalam peti sejuk.6 Makanan panas hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.4 Penggunaan peti sejuk dengan bijak. 2. makan di dalam peti sejuk hendaklah dibuang dan peti sejuk perlu dibersihkan. 2. 2. 2. 2. 14 .5 Jangan menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA LAMPIRAN A 15 .

segar dan mencukupi serta bebas daripada bahan tambah contoh pewarna/perisa disediakan di Tabika dan taska. Pengenalan Makanan dan minuman berkhasiat disediakan di Tabika dan Taska bagi kepentingan tumbesaran dan perkembangan kanakkanak dari aspek jasmani.2 Berikut adalah makanan yang sesuai. rohani. intelek dan sosial semasa mereka berada di Tabika dan Taska. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan Tabika dan Taska bagi memastikan hanya makanan yang bersih. emosi. selamat.1 Kriteria Pemilihan Bahan-bahan Makanan 2. berkhasiat. tidak digalakkan dan dilarang dsediakan / diberikan kepada kanak-kanak di Tabika: 16 . 2. Panduan Umum Penyediaan Makanan 2.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN SEIMBANG 1.

capati. tembikai dan ciku. tembikai. kuih kasturi. Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk samaada masam. gambar. vadai dan kuih lapis. tauhu sumbat. belon dan lainlain. bubur. telur rebus. Minuman: Minuman bercokelat Susu. tebaloi dan bebola. nanas. basah atau kering seperti asam masin. limau nipis. minyak dan lemak yang berlebihan. • Mi segera • Makanan segera • Konfeksi ais • Minuman yang menggunakan bahan pewarna • Teh dan kopi • Minuman berperisa/Kordial • Minuman kotak/ botol • Minuman ringan bergas • Sebarang imbuhan atau hadiah yang diberi kepada kanakkanak tidak digalakkan dalam bentuk makanan ringan Makanan dan minuman yang melanggar Peraturanperaturan Makanan 1985 seperti: • Makanan yang melampaui tarikh luput • Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin. jeruk mangga. belimbing besi. popia. Makanan dan minuman yang mengandungi alkohol 17 .MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA SESUAI Makanan bermasak: Makanan seperti nasi. susu segar. Kuih muih seperti karipap. biskut dan bijirin Buah-buahan: Buah-buahan segar seperti betik. kuih badak. yogurt Minuman yang diperbuat daripada buah-buahan seperti oren. kulit limau dan jeruk bawang Makanan ringan yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan seperti gula-gula dan coklat. Roti. kacang kuda dan kacang rebus. pisang. mi/ mihun. sandwich. masin atau manis. markisah dan lain-lain samaada disediakan daripada buah-buahan yang segar Air barli dan air kacang soya Air mineral TIDAK DIBENARKAN DILARANG • Makanan yang mengandungi gula. nasi lemak. kuih pau. Jagung rebus. keropok lekor. lepat pisang/ ubi. Kekacang seperti kacang goreng. seri muka.

Pengetahuan ini boleh diperolehi secara tidak langsung melalui penyediaan makanan sihat di Tabika/ Taska. manakala kanak-kanak di Taska mengambil sarapan. Oleh 18 .1 Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan mengenai makanan sihat supaya mereka bijak memilih makanan yang mereka makan.bubur kacang dan kuih tempatan) perlu dicuba sebanyak 10-20 kali dalam pelbagai kaedah hidangan bagi menarik minat makan kanak-kanak.3 Makanan yang Pelbagai 2. 2.3 Pengenalan makanan baru (makanan yang jarang diberi kepada kanak-kanak seperti oat. 2.3 Penyediaan Makanan Sihat 2.2. makan tengahari dan minum petang. 2. Justeru Tabika/ Taska merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik mereka mengamalkan tabiat pengambilan makanan yang baik.2.3.2 Kebanyakan kanak-kanak mengambil sarapan dan minum pagi di Tabika.1 Tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2.2. Tabiat ini perlu dipupuk seawal mungkin agar ia kekal sehingga mereka dewasa. minum pagi.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA itu makanan yang pelbagai hendaklah disediakan untuk kanak-kanak. Kepelbagaian makanan boleh diperolehi melalui kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid Makanan. * Nota – Saranan sajian kanak-kanak adalah berasaskan saranan pengambilan nutrien (RNI-Recommeded Nutrient Intakes for Malaysia) 19 .

gula dan Garam Paling sedikit digunakan Tidak perlu sengaja mengambil makanan dari kumpulan tersebut kerana telah terdapat di dalam masakan 20 . ikan dan kekacang 1–2 Setiap hari Susu dan hasil tenusu 2 Setiap hari Lemak. produk bijirin dan ubiubian JUMLAH SAJIAN DISYORKAN 6–8 Setiap hari KUANTITI BAGI SETIAP SAJIAN 1 senduk nasi 1 keping roti mil penuh (wholemeal) 1 senduk mihun basah/ pasta/ mi/ lain-lain jenis mi ½ keping capati (saiz sederhana) 2 senduk bubur nasi kosong 3 keping biskut tawar 2 sudu makan bijirin sedia dimakan 1 biji kentang saiz sederhana 5 sudu makan sayuran berdaun hijau gelap yang dimasak (termasuk batang yang boleh dimakan) ½ cawan sayuran jenis buah dan akar yang dimasak ½ biji jambu batu saiz sederhana 1 potong buah betik/ tembikai/ nanas 10 biji buah dalam bentuk dadu 1 biji pisang saiz sederhana 2 sudu makan buah-buahan kering ½ cawan jus buah-buahan 1 ketul paha ayam saiz sederhana 2 sudu makan isi ikan tenggiri 2 saiz kotak mancis daging tanpa lemak 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala Nota: 1 saiz kotak mancis daging tanpa lemak boleh diganti dengan: 1 biji tauhu 1 biji telur 2 sudu makan mentega kacang ½ cawan kekacang (kering) 1 keping tempe 1 gelas susu 4 sudu makan susu tepung 1 cawan yogurt 1 keping keju Sayur-sayuran dan buahbuahan 3-5 Setiap hari Daging ayam.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA KUMPULAN MAKANAN Bijirin.

umur dan aktiviti fizikal yang dilakukan. 21 . 2.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2. Secara amnya.1 Makanan halal adalah makanan yang dihalalkan oleh hukum syarak iaitu semua jenis tumbuhan serta haiwan halal yang disembelih dan suci.3.4 Takrif Halal 2. keperluan tenaga bagi kanak-kanak prasekolah adalah: Keperluan tenaga harian Umur (tahun) [kilokalori (kcal)] Lelaki 2–4 4–6 980 1340 Perempuan 910 1290 2. bergantung kepada jantina.2 Setiap kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza.4.4.2 Minuman yang tidak memabukkan dan tidak membahayakan kesihatan.

3 Pengendali makanan boleh mengurangkan pengambilan lemak dengan: i. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan dalam badan serta menyebabkan berat badan bertambah. E dan K. 3.2 Penyediaan makanan kurang lemak di Tabika/ Taska dapat membiasakan kanak-kanak dengan makanan yang sihat dan mengurangkan risiko kegemukan dan pelbagai jenis penyakit kronik yang dikaitkan dengan faktor pemakanan. Panduan Pemilihan Makanan Sihat 3. iii. 3.1 Makanan kurang lemak 3. Menggunakan daging tanpa lemak atau membuang lemak yang kelihatan. Mengurangkan penggunaan minyak atau lemak dalam semua jenis masakan. D.1.1 Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin yang larut lemak. Membuang kulit ayam. Menyediakan lebih hidangan ikan. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 3. ii.1.1. iv. 22 . iaitu vitamin A.

kuih-muih dan agar-agar perlu juga dikurangkan.2. membakar. bubur atau kuih-muih. vi. Menggunakan santan cair atau susu ketika menyediakan gulai.2. Susu pekat manis tidak digalakkan dan sebaik-baiknya diganti dengan susu tepung penuh krim. 3.2 Makanan kurang gula 3. Satu sudu teh gula sahaja bagi satu cawan minuman adalah mencukupi. kaedah masakan memanggang secara dan mengukus.2. 3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA v. Penggunaan gula dalam penyediaan makanan seperti bubur.2 Pengendali makanan hendaklah mengurangkan penggunaan gula dalam minuman.1 Makanan yang tinggi kandungan gula boleh merencatkan selera makan kanak-kanak dan boleh menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat. Pemberian secara terus hendaklah diberi dalam sukatan yang sedikit (1/2 sudu teh). pemberian tidak 23 . Mempelbagaikan merebus. 3.3 Penggunaan minuman madu disarankan dalam bentuk atau dicampur didalam masakan.

2. Mengurangkan penggunaan kicap dan sos.1 Pengendali makanan di Tabika/ Taska boleh menghadkan penggunaan garam dengan: i. Jika menggunakan kicap atau sos.4 Kebanyakkan makanan yang diawet dan diproses mengandungi kandungan gula yang berlebihan. 24 . 3. 3. Tidak digalakkan menggunakan MSG. Kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan kuih-muih. atau kiub perisa.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA terlalu kerap (2 . ii.3 Makanan Kurang Garam 3.3. garam tidak perlu ditambah dalam masakan iii. ikan masin dan sayur jeruk iv.3 kali seminggu) dan disusuli dengan penjagaan kebersihan gigi. Mengurangkan penggunaan garam dan serbuk perasa. Tidak menyajikan telur masin.

4 Makanan berserat tinggi 3.4. Menggunakan hasil bijirin mil penuh seperti mil penuh (wholemeal) dan tepung dalam menyediakan makanan ii.4.4. Memperbanyakkan hidangan yang berasaskan kekacang atau hasil kekacang (air soya. 3. sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi serat yang tinggi. 3. kekacang.2 Makanan ini juga kaya dengan vitamin dan mineral.4 Pengendali makanan boleh meningkatkan pengambilan makanan berserat oleh kanak-kanak dengan: i. penyakit usus dan berperanan mengurangkan paras kolestrol dalam darah.3 Serat berupaya mencegah sembelit.1 Bijirin (terutamanya bijirin dan hasil bijirin mil penuh). Menyediakan ulam contoh seperti timun dan lobak merah v. 3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 3. Memastikan pelbagai hidangan sayur dimasukkan ke dalam menu harian iv.4. Menyediakan pelbagai jenis buah-buahan 25 . tauhu dan bubur kacang dan lain-lain) iii.

6 Kebanyakan mengandungi buah-buahan lemak dan sayur-sayuran rendah dan yang membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A. Menggalakkan pengambilan jus buah-buahan atau sayuran segar tanpa ditapis 3. Nasi ayam seharusnya dihidangkan dengan sekurang-kurangnya 4 keping timun. sayur campur (dadu lobak merah.5 Menggunakan lebih sayur dalam masakan seperti: i.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA vi. zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan. 3. vitamin C.4.4. kacang pea dan jagung) adalah digalakkan. Bagi penyediaan nasi ayam. asid Folik. Disarankan tomato dan timun dipotong dadu digaul bersama inti untuk memudahkan penyediaan dan mudah dimakan oleh kanakkanak iii. 26 . Hidangan mi atau seumpamanya seharusnya mengandungi tidak kurang daripada satu sudu makan sayur-sayuran ii. Sandwic harus mengandungi tomato dan timun.

Ianya dapat membantu mengawal berat badan.6 Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan.5 Minum sekurang-kurang 6 – 8 gelas air sehari Air adalah penting untuk fungsi fisiologi didalam badan. Jika berat badan berlebihan. 27 . Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang. kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal. terutama jika terlibat dalam aktiviti fizikal. 3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 3. mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN MENGHIDANG 1. 3. Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih setiap kali ianya digunakan. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan baik dan mematuhi panduan penjagaan keselamatan tong gas. Bagi penggunaan milamin hendaklah tidak melebihi suhu 95°C (mendidih). 28 . senduk. 4. seramik atau milamin. Penggunaan senduk milamin tidak 2. Elakkan menggunakan peralatan aluminium. 5. sudip Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk dan dibenarkan. makanan tidak berasid seperti PH 2-5 (jus oren) dan pinggan dan mangkuk yang retak tidak dibenarkan. Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat daripada kaca.

Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan untuk melapik kerana ia mempunyai risiko tempat pembiakan bakteria. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan pelapik dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangnya selama seminit dicuci dengan menggunakan sabun dan dilap dengan kain khas. 7. 8. 29 . 9.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 6. Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau gelas yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai digunakan.

Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada bahan sintetik atau polipropilen dan tidak mudah berkulat. 12. 30 . 11. ikan.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 10. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana dikhuatiri penjagaan kebersihan tidak terurus akan menggalakkan pembiakan bakteria. Papan pemotong bagi daging. ayam dan sayur perlu berasingan dengan papan pemotong bagi buahbuahan. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan bersesuaian dengan makanan yang disediakan.

6. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangnya selama seminit dicuci dengan menggunakan sabun dan dilap dengan kain khas. Bagi penggunaan milamin hendaklah tidak melebihi suhu 95°C (mendidih). 31 . 3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN MENGHIDANG 1. Penggunaan senduk milamin tidak dibenarkan. 4. 5. Elakkan menggunakan peralatan aluminium. Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk sudip dan senduk. makanan tidak berasid seperti PH 2-5 (jus oren) dan pinggan dan mangkuk yang retak tidak dibenarkan. Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih setiap kali ianya digunakan. 2. seramik atau milamin. Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat daripada kaca. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan baik dan mematuhi panduan penjagaan keselamatan tong gas.

Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau gelas yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai digunakan. 12. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana dikhuatiri penjagaan kebersihan tidak terurus akan menggalakkan pembiakan bakteria.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 7. 8. 10. 9. ayam dan sayur perlu berasingan dengan papan pemotong bagi buah-buahan. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan bersesuaian dengan makanan yang disediakan. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan pelapik dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar. 11. 32 . ikan. Papan pemotong bagi daging. Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada bahan sintetik atau polipropilen dan tidak mudah berkulat. Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan untuk melapik kerana ia mempunyai risiko tempat pembiakan bakteria.

i. 1. iii. 1.3 1.5 Pastikan kanak-kanak duduk di tempat yang sesuai. vi.4 Pastikan kanak-kanak beratur sebelum mencuci tangan. Prosedur Pemberian Makanan 1. ETIKA DAN TEKNIK MENGHIDANG MAKANAN 1. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan 7 langkah yang disarankan. 33 .MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PROSEDUR PEMBERIAN. ii. 1.2 Pengagihan makanan mestilah mengikut sukatan yang disarankan. Keringkan tangan dengan kain bersih.6 Pastikan kanak-kanak membaca doa sebelum makan. vii. Basuh tangan dengan sabun secukupnya Gosok tapak tangan Gosok setiap jari dan celah jari Gosok kuku di tapak tangan Gosok belakang tangan basuh dengan air bersih secukupnya. iv.1 Pastikan peralatan makan minum dan tempat makan dalam keadaan bersih. 1. v.

2.8 Digalakkan memberi buah-buahan kepada kanak-kanak selepas minum pagi / makan tengahari 1.11 Pastikan kanak-kanak membaca doa selepas makan. 2.1 Pastikan kanak-kanak duduk dalam posisi yang betul dan sopan. 34 .2 Pastikan PM dan PPM menerangkan kepada kanak-kanak tentang khasiat makanan dan memperkenalkan makanan baru ketika kanak-kanak sedang makan. Prosedur Etika Ketika Makan 2.10 Pastikan kanak-kanak mencuci tangan dan mulut selepas makan. 1.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1.1 Pastikan kanak-kanak makan dengan tertib. 1.7 Pastikan PM dan PPM memerhati dan membantu kanakkanak sepanjang waktu makan.9 Pastikan kanak-kanak meletakkan peralatan makan minum di tempat sesuai selepas makan. 2. 1.

3. 3. Walaubagaimanapun.4 PM dan PPM perlu memastikan kanak-kanak makan sehingga selesai. 35 . 3. kanak-kanak yang berpuasa hendaklah diasingkan di tempat lain seperti taman permainan.3 Memberi pujian kepada kanak-kanak yang makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah.1 Penyediaan makanan tambahan semasa bulan ramadhan adalah seperti biasa.3 Makanan untuk kanak-kanak yang berpuasa. 2.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2.2 Kanak-kanak yang tidak berpuasa diberi makan seperti biasa. hendaklah dibungkus dan dibawa pulang oleh kanak-kanak selepas habis hari persekolahan.5 Pastikan kanak-kanak tidak berlari atau bermain ketika dan selepas makan 3. Pemberian Makanan Semasa Bulan Ramadhan. 2.

iii. iv. 4. Menghidang-Saprah Ala barat Ala cina Ala India 36 . Teknik Menghidang 4.2 Pastikan pinggan dan mangkuk yang dihidang tidak bertindih.1 Pastikan makanan yang dihidang diletakkan di atas alas / lapik yang bersih. 4.4 Jenis-jenis cara menghidang :i.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 4.3 Pastikan buah-buahan diberi secara berasingan dengan makanan lain iaitu tidak dicampurkan bersama-sama dengan hidangan utama. ii. 4.

4. Pendidikan amalan pemakanan yang sihat melalui Bengkel Keibubapaan dan Penerapan Amalan Hidup Sihat. Penilaian semula ke atas status tumbesaran kanak-kanak pada setiap Januari. Mei dan September. Merujuk kes kanak-kanak ke Klinik Kesihatan untuk pengesahan oleh Pegawai Kesihatan dan rawatan susulan. 3. 5.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PROSEDUR RUJUKAN KES KE KLINIK KESIHATAN 1. 37 . Kenalpasti pertumbuhan kanak-kanak – Bantut / Obes / Kurang Berat Badan 2. Perbincangan bersama ibu bapa / penjaga diadakan di Tabika/ Taska susulan di rumah.

38 . Panduan Penyedian Hidangan Sihat.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Rujukan: KKM. Ministry of Health Malaysia. 2005. KPM. KKM. Panduan Diet Malaysia. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan. Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan. Bahagian MOH. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. KKM. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. 2007. Cawangan Pemakanan. 1999. Panduan Kebersihan & Keselamatan Makanan. Sekolah. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2005. 2004.

Tel: 012.327 7834 Tel: 09.608 6626 Tel: 03-8883 4092 Faks:03 – 8888 4647 3.: 088-787621.088-787610 Faks: 088-787621 4. Shahrulnaz Norhazli bin Nazri Pegawai Zat Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Cawangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Bangunan Kuala Terengganu Bussiness Centre. Tel: 012.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Ahli Kumpulan: 1. Pn. 21100 Negeri Terengganu. Blok E10. Pn. Wisma Persekutuan Jalan Hang Tuah 75300 Melaka Tel : 06-2823987 Faks : 06-2835198 39 . Mukim Cabang Tiga. Marlina Binti Mokhtar Penyelia Operasi 1 Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Tingkat 5.622 1385 2.622 6028 Faks: 09.Felecia Dora Tiongin Lumbok Pegawai KEMAS Daerah Pejabat KEMAS Daerah Tuaran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sabah Kementerian Kemajuan Luarbandar Dan Wilayah Tel. Cik Teh Wai Siew Penolong Pengarah (Pemakanan) Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 7. En. Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->