You are on page 1of 7

ESEI SEJARAH

NAMA: Mohd zulhafiz bin Mohd Yusof KELAS: 5 sapphire NAMA GURU: Dora Pongod TAJUK: Ekonomi negara sebelum dan selepas kemerdekaan

PENDAHULUAN
Terlebih dahuhlu saya Mohd Zulhafiz Bin Mohd Yusof ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran saya iaitu Puan Dora Pongod kerana member peluang untuk saya menyiapkan teks yang bertajuk Ekonomi negara sebelum dan selepas kemerdekaan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada guru matapelajaran kami kerana telah memberi serba sedikit bagi menyiapkan teks ini.

OBJEKTIF
Objektif saya menyiapkan teks ini adlah untuk mengkaji struktur dan perubahan-perubahan ekonomi negara sebelum dan selepas kemerdekaan dari segi pencapaian negara Malaysia. Selain itu juga, tujuan saya menyiapkan teks ini adalah untuk mengkaji kedudukan ekonomi negara di peringkat dunia.

KANDUNGAN
PENDAHULUAN OBJEKTIF PENDAHULUAN KARANGAN ISI SETERUSNYA ISI SETERUSNYA ISI SETERUSNYA ISI SETERUSNYA PENUTUP KARANGAN 1 2 3 4 5 6 7 8

Ekonomi negara merupakan penyumbang utama pembangunan negara. Ekonomi negara wujud sejak berabad dahulu lagi yang menjadi tunjang utama kemajuan sesebuah negara. Di Tanah Melayu, sebelum merdeka ekonomi tanah melayu lebih bergantung kepada sektor utama sahaja dimana aktiviti pengeluaran bahan mentah secara langsung daripada alam semulajadi tanpa mengubah suai bentuknya dalam erti kata lain. Keadaan Malaysia sebelum merdeka ini merupakan sebu ah negara ekonomi kecil yang berasaskan pertanian dan perlombongan sahaja. Keluaran utama negara pula ialah getah dan bijih timah . Keluaran sektor utama negara mencapai 43.7 peratus daripada keluaran negara dan seramai 61.3 peratus tenaga buruh terlibat dalam sektor utama ini selari dengan kemampuan negara yang hanya bergantung kepada keluaran sektor utama sahaja. Aktiviti perindustrian pada masa itu tidak begitu memberangsangkan kerana semasa zaman penjajahan, aktiviti ini hanya melibatkan industri ringan seperti memproses bahan makanan dan minuman sahaja yang melibatkan orang -orang tempatan. Perubahan mula berlaku pada tahun 1960 -an dimana negara memperkenalkan Dasar Mempelbagaikan Ekonomi yang menjadi teras pembangunan ekonomi dalam tempoh itu. Tumpu an negara adalah kepada pembangunan industri penggantian import yang berintensifkan buruh dan meggunakan modal yang sedikit. Dengan erti kata lain, negara mula mengubah struktur ekonomi yang asalnya bergantung kepada sektor utama. Namun, negara telah beralih pandangan dan mengubah arah kepada sektor kedua iaitu sektor industri yang menukar bahan mentah kepada barang siap mahupun separuh siap. Negara juga telah meningkatkan sektor kedua ini dengan mengambil bebereapa langkah seperti menggalakkan industri mu da dan tempatan menceburi bidang ini dan memberi kemudahan kepada industri muda dan tempatan untuk menjalankan aktiviti. Secara tidak langsung, industri ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan meningkatkan lagi taraf hidup rakyat di negara Malaysia.

Pada tahun 1970-an pula, kerajaan telah menggalakkan industri berasaskan eksport yang berintensifkan buruh. Sebagai hasilnya, guna tenaga sektor kedua meningkat dan begitu juga sektor pembuatan yang turut meningkat dengan pesatnya. Pada akhir tahun 1970 -an, sumbangan sektor kedua kepada keluaran negara meningkat begitu juga guna tenaga yang turut menningkat. Sebaliknya, kepentingan dan sumbangan sektor utama semakin menurun disebabkan perubahan dasar negara yang mengalihkan perhatian kepada sektor kedua dan mengubah struktur ekonomi negara yang dibentuk pada zaman penjajahan British. Secara kesimpulannya, negara telah mengalami satu perubahan struktur ekonomi yang menuju kepada pembangunan negara. Pada tahun 1980-an, perubahan struktur lebih ketara berlaku di negara kita. Sektor utama semakin terjejas akibat penurunan harga komoditi utama pasaran antarabangsa antara tahun 1980 hingga 1985. Sebaliknya terus menumpukan sektor kedua yang semakin berkembang disebabkan tump uan kerajaan kepada sektor perindustrian. Pelan Induk Perindustrian diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai teras dan asas untuk membangunkan sektor pembuatan negara. Kerajaan juga telah memulakan aktiviti perindustrian berat dengan pengeluaran kereta dan simen. Ekoran daripada itu, pada akhir tahun 1980 -an, sektor kedua telah menandingi dan mengatasi sektor utama dari segi sumbangan dan hasil kepada pengeluaran dan guna tenaga negara. Sektor kedua terus berkembang dan sektor utama terus terjejas sehingga t ahun 1990-an dan kini. Sumbangan sektor utama semakin terjejas dan merosot baik dari segi keluaran negara mahupun guna tegana. Sebaliknya kepentingan sektor kedua semakin meningkat. Kerajaan menggalakkan pembangunan industri memproses bahan mentah tempatan seperti barangan berasaskan getah dan kelapa sawit. Kerajaan juga telah menggalakkan perkembangan sektor ketiga sebagai peneraju utama ekonomi negara. Sebagai contoh, kerajaan menggalakkan sektor pelancongan dan pengangkutan. Mulai pada tahun 1995, kerajaan telah menggalakkan aktiviti ekonomi berasaskan maklumat dan teknologi tinggi dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tumpuan utama negara ialah seperti sektor perkhidmatan dan sektor industri. Menjelang tahun 2000, sumbangan sektor utama dan ke dua kepada keluaran negara semakin menurun dan berkurangan berbanding tahun 1990. Manakala sumbangan sektor ketiga pula kekal sebagai penyerap utama tenaga buruh negara. Dasar kerajaan pula ialah Pelan Induk Berasaskan K -ekonomi.

Semenjak merdeka, sektor ketiga merupakan menyumbang utama kepada keluaran negara. Kepentingan sektor utama dari segi sumbangannya kepada keluaran negara semakin merosot. Sumbangan sektor kedua meningkat semenjak daripada negara merdeka sehinggalah akhir tahun 1990 -an. Sumbangan sektor ketiga merosot dari tahun 1960-an sehinggan tahun 1980-an tetapi meningkat semula mulai tahun 1980 -an sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia, pembangunan berasaskan K -ekonomi dan sektor perkhidmatan. Sektor ketiga kekal sebagai penyumbang utama k epada keluaran negara, sektor kedua menjadi penyumbang kedua terbesar dan sumbangan sektor utama terus merosot. Semenjak merdeka juga, sektor utama merupakan penyumbang utama kepada sehinggalah tahun 1970-an. Selepas 1970-an, sektor perkhidmatan merupakan sektor yang tertinggi menyerap guna tenaga buruh negara. Ini menyebabkan sumbangan sektor utama dari segi tenaga buruh berkurang. Sebaliknya, daya penyerapan buruh oleh sektor kedua dan sektor ketiga semakin meningkat.

You might also like