You are on page 1of 35

UCAPAN

Komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh pengucap.

Definisi Ucapan
Kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Merupakan kegiatan melahirkan kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah dan sebagainya.

Perkara-perkara Yang Terlibat Dalam Ucapan: Majlis atau situasi yang membolehkan ucapan itu berlangsung, misalnya majlis hari guru, majlis perhimpunan, majlis sukan sekolah dan sebagainya. Terdapat kumpulan hadirin sebagai pendengar, misalnya majlis meraikan guru besar baharu, tentulah hadirinnya terdiri daripada individu yang diraikan serta guruguru dan murid-murid.

Ada orang yang akan memberikan ucapan, misalnya dalam satu majlis perpisahan, individu yang akan meninggalkan sesuatu jabatan itu akan diminta untuk menyampaikan ucapannya kepada hadirin. Terdapat teks atau kata-kata terdiri daripada simbol dan tanda-tanda, iaitu yang berupa ayat-ayat yang mengikut susunan tatabahasa disertai dengan segala bentuk gerak-geri, perlakuan, mimik muka, hubungan mata dan sebagainya bagi menyerlahkan perasaan atau menyampaikan perkara yang tersirat dan tersurat.

Penerimaan pendengar untuk bersedia menerima mesej dan mendengar apa-apa yang disampaikan oleh pengucap.

Tujuan Ucapan
Memberi Maklumat - Pengucap memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea atau sebagainya. Menghibur - Dibuat untuk pendengar bergembira atau berseronok. - Membawa audiens ke suatu situasi atau kenyataan yang melucukan dan menjauhkan perbincangan mengenai isu-isu besar atau kontroversial.

Memujuk
- Pengucap merayu atau cuba mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan. Cth:- ahli-ahli politik, peguam, jurujual, pendakwah.

Jenis Ucapan
(a)Ucapan Rasmi (b)Ucapan Impromptu (c)Ucapan Yang Dihafal (d)Ucapan Yang Dibaca Daripada Teks (e)Ucapan Dengan Penuh Persediaan (extemporaneous)

(a) Ucapan Rasmi


Merupakan penyampaian ucapan dalam majlis formal yang dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan. Berbentuk komunikasi sehala, pengucap sahaja yang akan bertutur pada masa tersebut dan hadirin bertindak sebagai pendengar. Pengucap perlu membuat persediaan dari segi isi kandungan yang akan disampaikan.

Teks ucapan akan disiapkan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan sebelum majlis bermula. Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi yang ditetapkan.

(b) Ucapan Impromptu


Disampaikan secara spontan tanpa persediaan atau latihan. Ucapan yang pendek, padat, tersusun, bermakna, nada suara yang biasa, tidak tergesa-gesa dan semulajadi (tidak dibuatbuat).

(c) Ucapan Yang Dihafal


Ucapan yang disediakan dengan lengkap terlebih dahulu, Pengucap akan menghafal keseluruhan teks ucapan, perkataan demi perkataan. Ucapan jenis ini sukar dibuat, terutama oleh orang yang kurang baik daya ingatannya. Sukar diubahsuai sekiranya terdapat perubahan situasi atau reaksi audiens.

(d) Ucapan Yang Dibaca Daripada Teks


Ucapan ini merupakan pembacaan sebuah manuskrip atau teks. Digunakan apabila terdapat fakta dan data yang amat mustahak dan setiap apa yang dicatat perlu dibaca kerana mempunyai erti yang tersendiri. Cth:- pembentangan dasar kerajaan, laporan saintifik Ucapan jenis ini agak kaku kerana pandangan mata pengucap lebih banyak terpaku kepada teks daripada memandang audiens.

(e) Ucapan Dengan Cukup


Persediaan (extemporaneous)
Pengucap akan menghafal bahagianbahagian tertentu ucapan (petikan-petikan atau contoh-contoh) Mencatat perkara-perkara mustahak sahaja seperti idea-idea utama dan petikan-petikan yang memerlukan ketepatan.

Ciri Ucapan
a. b. c. d. e. f. g. Bahasa mudah difahami Isi yang bermakna Struktur ucapan Suara yang jelas Cara persembahan Keyakinan diri Gaya penyampaian

a. Bahasa Mudah Difahami


Bahasa yang digunakan oleh pengucap hendaklah difahami oleh kumpulan sasaran. Bahasa yang tidak berbunga-bunga, banyak kiasan, mengandungi makna-makna tersirat dan istilah-istilah khusus. Bahasa yang digunakan haruslah berkesan, padat, tegas dan menyakinkan. Bahasa juga hendaklah sesuai dengan taraf hadirin dan mesej ucapan.

Pemilihan kata, struktur kata, laras bahasa dan sebagainya harus tepat dan sesuai. Bagi teks ucapan rasmi, gaya bahasa perlu bersifat formal, serius dan tegas.

b. Isi Yang Bermakna


Isi yang bermakna hendaklah sesuai dengan tajuk ucapan dan disesuaikan juga dengan tahap keupayaan dan penerimaan pendengar. Jika pendengar terdiri daripada kanakkanak, isi ucapan hendaklah ringkas dan tidak terlalu panjang serta bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak tersebut.

Jika kumpulan pendengar ialah orang dewasa, maka isi ucapan tentulah lebih padat dan mengambil kira status sosial bagi kumpulan khalayak sedemikian. Faktor taraf pendidikan pendengar juga perlu diberikan pertimbangan dalam menyediakan dan menyampaikan isi kandungan ucapan.

c. Struktur Ucapan
Ucapan yang baik hendaklah disampaikan dengan mengikut struktur ucapan yang ditetapkan. Ucapan perlu didahului oleh kata alu-alauan bagi menghargai hadirin yang hadir. Isi kandungan didahulukan dengan isi penting daripada kurang penting. Pengucap perlu menyebut rujukan terhadap hadirin bagi menarik tumpuan mereka. Cth:hadirin dan hadirat sekalian, tuan-tuan dan puan-puan

Ucapan diakhiri dengan kata-kata penutup dan ucapan terima kasih. Ucapan yang tidak berstruktur akan menyebabkan pendengar tidak dapat mengikuti isu ucapan pengucap secara berkesan.

d. Suara Yang Jelas


Pengucap hendaklah menyampaikan ucapannya dengan suara yang jelas dan dapat didengari oleh pendengar. Suara yang jelas dan terang merupakan unsur utama yang mempengaruhi keberkesanan ucapan dan dapat menarik perhatian pendengar untuk mengekalkan tumpuan mereka.

Pengucap perlu menggunakan nada suara yang berbeza-beza dalam keadaan tertentu. Nada suara perlu ditinggikan apabila pengucap hendak memberikan penegasan terhadap perkara-perkara tertentu dan nada suara ceria pula jika menyebut sesuatu yang menggembirakan.

e. Cara Persembahan
Cara persembahan merujuk kepada cara pengucap menyampaikan ucapannya secara keseluruhan. Cara persembahan sesuatu ucapan itu hendaklah memperlihatkan keyakinan dan kesungguhan pengucap itu sendiri. Cara persembahan yang baik dapat melindungi kekurangan-kekurangan yang tidak disengajakan oleh pengucap.

f. Keyakinan Diri
Ucapan juga perlu disampaikan dengan penuh keyakinan diri dan tanpa teragak-agak atau gugup. Keadaan bertenang itu penting bagi membantu pengucap menyampaikan ucapannya dengan lebih baik dan hadirin pula akan lebih selesa mendengar jika pengucap berucap dengan tenang. Pengucap perlu mengelakkan diri daripada menampilkan suara yang menunjukkan keyakinan diri yang rendah atau nada suara ragu-ragu terhadap perkara yang diucapkan.

g. Gaya Penyampaian
Gaya penyampaian meliputi pergerakkan anggota badan, tangan, kepala, mimik muka, pandangan mata dan senyuman. Gaya penyampaian hendaklah berkesinambungan dengan isi ucapan. Pengucap tidak perlu melemparkan senyuman kepada hadirin sepanjang ucapannya berlangsung. Pergerakan tangan, mimik muka dan pandangan mata mempunyai makna-makna tertentu dan dapat berfungsi bagi membantu pengucap mengukuhkan dan menegaskan perkara-perkara tertentu. Gaya penyampaian yang keterlaluan dan pergerakan anggota yang berlebihan tidak perlu dalam sesuatu ucapan.

Format Ucapan
a. Permulaan ucapan b. Isi ucapan c. Penutup ucapan

a. Permulaan Ucapan
Ucapan dimulakan dengan rasa syukur kepada Tuhan, diikuti dengan kata hormat dan salutasi mengikut protokol. Pengucap boleh huga menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemputnya memberikan ucapan atau mengadakan majlis tersebut bagi meraikannya. Panggilan hormat harus disebut dengan betul supaya tetamu tidak berkecil hati terhadap pihak penganjur. Cth:

Jawatan

Penyandang Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhortmat

Isteri/Suami Yang Amat Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia

1. Yang di-Pertuan Agong 2. Raja Permaisuri Agong 3. Perdana Menteri 4. Timbalan Perdana
Menteri

5. Menteri/Timbalan
Menteri/Setiausaha Parlimen

6. Yang Dipertua Dewan


Negara/Dewan Rakyat

Yang Berhormat

Yang Berbahagia Yang berbahagia

7. Timbalan Yang Dipertua Yang Berhormat


Dewan Negara/ Dewan Rakyat

8. 9.

Ahli Parlimen dan ADUN Tun, Toh/ Puan

Yang Berhormat Yang Amat Berbahagia

Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia

10. Tan Sri dan Puan Sri Yang Berbahagia 11. Dato, Datuk dan Datin (kecuali negeri Johor) Yang Berbahagia

12. Ketua Hakim Negara 13. Hakim Besar Malaya/Borneo 14. Hakim Mahkamah Tinggi Agong/Tinggi 15. Ketua Setiausaha Negara

Yang Amat Airf Yang Arif Yang Berbahagia Yang Berbahagia

Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia

16. 17. 18. 19.

Panglima Angkatan Tentera Ketua Polis Negara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ketua-ketua Setiausaha Kementerian/Jabatan Speaker Dewan Undangan Negeri Menteri Besar/Ketua Menteri Ahli Dewan Undangan Negeri Setiausaha Kerajaan, Negeri Pegawai, Kewangan Negeri, Penasihat UndangUndang Negeri

Yang Berbahagia Yang berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia

Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia

20. 21. 22. 23.

Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat

Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia

24. Ketua-ketua Jabatan 25 Raja/Tengku

Yang berbahagia Yang Mulia

Yang Berbahagia Yang Mulia

b. Isi Ucapan
Isi ucapan bergantung pada sesuatu majlis. Isi ucapan hendaklah sesuai dengan majlis seperti tajuk atau tema dan hal-hal yang berkaitan dengan majlis. Memberi puji-pujian kepada individu yang dirai atau sumbangan-sumbangan yang telah disumbangkan oleh individu tersebut. Perkara tersebut hendaklah dinyatakan dengan tepat dan jika perlu disertai tarikh bagi memudahkan hadirin membuat perkaitan dengan individu yang dimaksudkan.

c. Penutup Ucapan
Bahagian ini tidak kurang penting kerana bahagian ini merumusan keseluruhan tujuan ucapan tersebut. Pengucap tidak perlu menyatakan lupa idea, tidak bersedia berucap, memohon maaf berkali-kali atau membuka cerita baharu. Dalam ucapan umum, ayat penanda yang biasa digunakan ialah Akhir sekali saya, Saya mengakhiri ucapan saya

Rujukan
Ahmad, A. M. (2003). Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aziz, S. H. (2008). Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Oxford fajar Sdn.Bhd. Daud, A. F. (2007). Panduan Dan Asas Untuk Pembentangan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Millenia. Dwyer, K. K. (2005). Conquer Your Speech Anxiety. Belmont, USA: Thomson Wadsworth. Fujishin, R. (1994). The Natural Speaker. Englewood Cliffs, New Jersey: A Simon & Schuster Company.

You might also like