You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN Pelaksanaan Visi 2020 adalah untuk menentukan rakyat Malaysia dapat dibangunkan secara bersatu menerusi program-program pendidikan. Guru sebagai agen perubahan perlu mendidik dan membina generasi masa hadapan,

bertanggungjawab untuk membantu menyedarkan tentang matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru dan Visi 2020, terutamanya objektif pendidikan kebangsaan. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK. Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah

dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.

2.0 KEPENTINGAN ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Elemen-elemen Berpekerti mulia

Analisis Sahsiah guru yang baik bersopan, berdisiplin, bermoral, berbudi bahasa dan sebagainya

Berpandangan saintifik

progresif

dan

Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi. Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesion perguruan

Bersedia negara

menjunjung

aspirasi Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan. Berusaha agar dapat menyumbang secara

maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Menyanjung warisan kebudayaan Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik. negara Memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara. Menjamin perkembangan individu Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memelihara suatu masyarakat yang Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif menyumbang kepada pembangunan negara. dan berdisiplin Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

Jadual: Elemen-elemen dalam FPG

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) mengandungi enam elemen iaitu berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan

memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik progresif dan berdisiplin. Keenam-enam elemen ini merupakan nadi kepada FPG. Elemen berpekerti mulia membawa maksud guru yang mempunyai sahsiah yang baik. Ciri-ciri seperti bersopan-santun, berbudi bahasa, bermoral, amanah dan berdisiplin menjadi inti pati kepada sahsiah yang baik. Guru yang mempunyai budi bahasa dan tahu bersopan-santun mencerminkan imejnya sebagai seorang pendidik. Apabila berinteraksi dengan pelajar atau masyarakat sekeliling dua ciri ini adalah amat penting untuk ditonjolkan dalam diri seorang pendidik yang bergelar sebagai guru. Guru yang bermoral merupakan asas pembentukan sahsiah seseorang guru itu. Hal ini demikian kerana seseorang yang bermoral mempunyai prinsip hidup yang diterima baik oleh masyarakat, dan berpegang teguh dengan prinsip hidupnya, serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan prinsip hidupnya. Amanah bermaksud sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga, ianya merupakan ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang pendidik, guru perlulah amanah dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada nya. Antara contoh jenis-jenis amanah dalam konteks seorang guru ialah mengetahui bidang tugasnya, mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan rakan sekerja lain, melakukan setiap tugas dengan bersungguhsungguh dan yang terbaik, menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah amanah, membocorkan soalan peperiksaan. Selain itu, guru haruslah mempunyai nilai disiplin. Guru yang berdisiplin akan sentiasa aktif dalam penubuhan profesional, menjadi ahli kepada komuniti yang belajar, dan membina dan mengekalkan hubungan profesional. Elemen guru berpekerti mulia sudah jelas sebagai salah satu tonggak kepada pembentukan sahsiah yang baik. Guru menjadi model kepada pelajar dan akan sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka yang penting dalam masyarakat. Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai elemen ini, ketidakupayaan guru menunjukkan model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Situasi seperti inilah yang patut kita hapuskan dari dunia pendidikan di negara kita. Namun begitu, kebanyakan guru di negara kita mempunyai budi pekerti yang mulia kerana telah dididik oleh sistem pendidikan dalam profesion perguruan yang melatih dan menerapkan guru-guru dengan nilai-nilai murni. Apabila guru menunjukkan

budi pekerti yang mulia, pelajar menjadi lebih hormat kepada gurunya, sekali gus membentuk asas kepada sahsiah yang baik. Pelajar mula membentuk sahsiah yang baik dengan menjadikan nilai hormat kepada guru sebagai asas perkembangan sahsiah dirinya. Apabila seseorang pelajar hormat akan seseorang, dia akan mendengar nasihat dan pandangan orang yang dihormatinya. Di sinilah guru sekali lagi perlu memainkan peranan dalam membentuk dan mengembangkan sahsiah yang baik dalam diri pelajar. Selain daripada pelajar, masyarakat juga akan menghormati dan membentuk kepercayaan terhadap guru yang berpekerti mulia. Masyarakat, terutama dalam kalangan ibu bapa akan menjadi lebih yakin untuk menyerahkan anak mereka kepada guru di sekolah. Elemen kedua yang terkandung dalam FPG ialah guru berpandangan progresif dan saintifik. Sesuai dengan peredaran masa zaman kini, penekanan kepada sains dan teknologi dititikberatkan. Progresif bermaksud menuju ke arah perbaikan atau kemajuan, guru yang berpandangan progresif akan sentiasa memikirkan cara untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) lebih efektif dan kondusif dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang terkini. Sebagai contoh, guru menggunakan tayangan slaid (slide show) yang interaktif untuk menarik minat pelajar yang bosan dengan kaedah pengajaran yang biasa, ini dapat mewujudkan suasana PNP yang lebih efektif dan kondusif. Guru yang berpandangan progresif dan saintifik akan berusaha untuk memastikan diri tidak ketinggalan dari segi profesional. Profesionalisme seorang guru merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, dan pengetahuan serta kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Dari aspek kemahiran mengajar, seorang guru haruslah mengemaskinikan dirinya dengan kemahiran-kemahiran yang baru supaya sesuai dengan arus perubahan zaman pada masa kini yang memberi penekanan kepada sains dan teknologi. Dari aspek kepimpinan pula, guru perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan

masyarakat. Guru yang mampu membuat keputusan yang rasional adalah seorang guru yang berwibawa. Selain itu, guru juga mestilah memiliki ciri intelektual di mana ciri ini dapat menunjukkan kebolehan akademik, minat terhadap hal-hal intelektual, dan bijak merancang. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh diperbaiki melalui proses pembacaan. Ia juga dapat mengelakkan guru kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Ilmu yang meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif. Pertambahan guru yang berpandangan progresif dan saintifik semakin hari seiring dengan pertambahan guru yang berijazah, graduan-graduan daripada Institutinstitut Pendidikan Guru dan Institut-institut Pengajian Tinggi Awam telah dilatih untuk berpandangan progresif dan saintifik. Selain itu, guru-guru di sekolah rendah yang berkelulusan diploma telah diberi ruang dan peluang untuk menyambung lagi pengajian ke peringkat ijazah melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG). Bersedia menjunjung aspirasi negara merupakan elemen ketiga dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Guru menghayati aspirasi negara yang dihasratkan dan berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Guru bertanggungjawab membentuk pelajar dalam menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional dalam usaha untuk mencapai wawasan negara, iaitu wawasan 2020. Bukan hanya mendidik, malah guru berperanan membentuk bangsa yang bersatu padu dan bangsa yang mampu memahami aspirasi negara seterusnya membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang pada masa depan. Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Amanah yang telah diberikan menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga guru. Guru memikul tanggungjawab yang besar dalam menyediakan pelajar ke arah pencapaian aspirasi negara. Secara tidak langsung, masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara. Bak kata mantan Perdana Menteri Malaysia, guru merupakan satu-

satunya golongan yang mempunyai kuasa istimewa untuk membentuk budaya, minda, nilai, sikap dan watak remaja negara yang bakal menentukan nasib bangsa di masa hadapan. Abdullah Ahmad Badawi (2002). Nilai keempat dalam elemen FPG ialah menyanjung warisan kebudayaan negara. Antara cara untuk menyanjung warisan kebudayaan negara adalah dengan menghayati warisan kebudayaan negara yang unik. Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan rakyatnya daripada pelbagai kaum, bangsa, keturunan dan agama. Malaysia terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, India dan Cina dan beberapa kaum minoriti yang lain. Ini menjadikan kebudayaan negara Malaysia yang unik. Tiga kaum yang berlainan bahasa dan agama dapat hidup saling bergantungan antara satu sama lain dengan aman damai sebagai sebuah unit di bawah nama bangsa Malaysia. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis perkahwinan dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Guru perlulah memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid, apabila perasaan bangga terhadap kebudayaan negara dapat dipupuk dalam kalangan pelajar, ini secara tidak langsung dapat menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara. Patriotisme adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba, agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya mantap, politiknya bebas dari pengaruh universalism, perpaduannya teguh, semangat juang nya tinggi, dan masa depannya terus cerah. Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama, bangsa dan negara.

Dengan ini, terbuktilah bahawa sifat patriotisme dan cintakan negara adalah sangat penting dan haruslah disemai ke dalam jiwa pelajar. Menjamin perkembangan individu merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam elemen FPG. Guru memainkan peranan dari segi perkembangan diri dan perkembangan secara menyeluruh, yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab guru dalam menjamin perkembangan pelajar dalam keempat-empat aspek ini. Perkembangan jasmani melibatkan kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti membuat kerja, berlari, dan melompat. Guru haruslah peka terhadap perkembangan jasmani pelajar dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pertumbuhan fizikal pelajar. Guru juga hendaklah memahami mereka tidak boleh mengadakan aktiviti yang begitu kompleks atau sukar untuk diikuti oleh pelajar sekiranya pelajar tersebut belum cukup matang atau mahir untuk mengendalikan sesuatu aktiviti. Perkembangan dari aspek emosi pula bermaksud kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Sebagai contoh, guru bertindak untuk memupuk emosi yang sihat dan mencegah tingkah laku yang tidak baik yang mungkin boleh berlaku di kalangan pelajar. Misalnya, menunjukkan sifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dalam situasi tertentu. Tidak hanya menumpukan pada aspek jasmani dan emosi, guru juga haruslah memberi perhatian terhadap perkembangan rohani murid. Selain jasmani, emosi dan rohani, perkembangan aspek intelek juga harus dititikberatkan. Perkembangan intelek bermaksud perkembangan dari segi kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, dan menganalisis. Di sini, gurulah yang akan memainkan peranan dalam menentukan alat bantu mengajar yang digunakan bertepatan dan sesuai untuk digunakan. Isi kandungan pelajaran yang hendak diajar hendaklah diajar mengikut tahap daripada tahap yang mudah kepada yang lebih kompleks, umum kepada yang khusus dan daripada yang konkrit kepada abstrak, sesuai mengikut tahap perkembangan intelek pelajar. Elemen terakhir yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) ialah memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru sebagai ahli masyarakat untuk

menyumbang kepada pembangunan negara. Guru menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan pada masa hadapan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Apabila guru mampu membentuk pelajar yang menjadi modal insan, ini sekali gus memberi impak yang positif kepada pembangunan negara. Guru juga harus berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang ditetapkan dengan mendidik generasi muda tanpa mengira agama atau warna kulit bagi memastikan aspirasi dan hasrat negara tercapai. Hal ini demikian kerana pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan negara maju terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untuk memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru memainkan peranan.

3.0 KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU TERHADAP PERANAN GURU BERDASARKAN MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Rajah: Model Konseptual Pendidikan Guru

Menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai asas, Model Konseptual Pendidikan Guru dibina. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga sudut utama, iaitu kendiri, ketuhanan, dan kemasyarakatan. Sudut ketuhanan menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang patuh kepada ajaran agama. Agama mengajar manusia untuk membezakan antara kebaikan dan keburukan. Sebahagian pertanyaan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan pertanyaan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya pertanyaan kehidupan setelah mati, tujuan hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, pertanyaan-pertanyaan ini sangat menarik dan perlu untuk menjawabnya. Maka, agama itulah fungsinya untuk menjawab

soalan-soalan ini. Selain itu, agama menjadi fungsi peranan sosial, kebanyakan agama di dunia ini menyarankan kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi peranan sosial. Sudut kendiri merangkumi pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan berpekerti mulia. Sudut kendiri dapat dikaitkan dengan elemen berpekerti mulia dalam FPG. Peranan guru sebagai seorang insan yang berpekerti mulia merupakan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar yang baik. Tanpa bimbingan dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin maju memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan seorang guru yang mempunyai akhlak yang baik yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni. Guru boleh merujuk pada nilainilai murni dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan merupakan salah satu akauntabiliti guru, iaitu dari sudut kemasyarakatan. Sudut kemasyarakatan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru mempunyai hubung kait dengan elemen memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik progresif dan berdisiplin dalam FPG. Hubungan guru dan masyarakat memang tidak boleh dipisahkan. Kerjaya mendidik ini mempunyai pertalian yang erat antara ibu bapa dan guru. Jika salah satu peranan diabaikan nescaya akan pincanglah masyarakat. Mengikut Falsafah pendidikan kebangsaan yang melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Dari sudut perubahan sosial, guru yang baik

tidak sahaja harus mampu melaksanakan tugas profesionalnya di dalam kelas, namun harus pula berperanan melaksanakan tugas-tugas pembelajaran di luar kelas atau di dalam masyarakat. Hal tersebut sesuai pula dengan kedudukan mereka sebagai agen perubahan yang berperanan sebagai pemangkin terhadap kemajuan serta pembaharuan. Dalam masyarakat, guru adalah sebagai pemimpin yang menjadi sumber atau teladan serta contoh bagi masyarakat sekitar. Mereka adalah pemegang norma dan nilai-nilai yang harus dijaga dan dilaksanakan. Ini dapat kita lihat bahawa betapa peranan guru dalam masyarakat sangat berpengaruh terhadap orang lain.

Model Konseptual dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan nilai. Aspek pengetahuan merangkumi pengetahuan am, pengetahuan mata pelajaran dalam KBSM dan pengetahuan ikhtisas keguruan. Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambah baik sesetengah daripada aspek pengajarannya setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guruguru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah baik pengajarannya agar lebih efektif dan menarik. Kemahiran ikhtisas merangkumi kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi. Aspek ini saling berkait dengan elemen berpandangan progresif dan saintifik dalam FPG. Guru yang mempunyai kemahiran ikhtisas akan berusaha untuk memastikan diri tidak ketinggalan dari segi profesional, yang merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, dan ilmu pengetahuan. Seorang guru haruslah menambah baik dirinya dengan kemahiran-kemahiran yang baru supaya sesuai dengan arus perubahan zaman pada masa kini.

Aspek nilai pula merangkumi penghayatan amalan nilai-nilai murni, guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, kreatif, dan patuh kepada etika profesion perguruan. Aspek ini mempunyai saling kaitan dengan semua elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Memandangkan bidang pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang baik seperti, penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, kreatif, dan patuh kepada etika profesion perguruan. Di samping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani (JERI).

4.0 REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi mata pelajaran EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Pada hari pertama menerima tugasan ini, saya akui saya berasa teramat kabur tentang apa yang perlu dilakukan. Tetapi, setelah pensyarah kami, En. Kalai memberi penerangan berkenaan kerja kursus ini, kekaburan itu mula menghilang dan saya berasa jelas tentang apa yang perlu dilakukan dalam menyiapkan KKBI ini. Untuk itu, saya berterima kasih kepada En. Kalaiselvan A/L Patcheyapan. Seiring masa dengan masa yang berjalan, kami membuat tugasan KKBI sedikit demi sedikit. Sepanjang proses itu, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan saya melalui buku-buku dan sumber daripada internet di pusat sumber IPG. Saya tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mendapatkan maklumatmaklumat tersebut kerana mendapat kerjasama yang baik daripada petugas-petugas di pusat sumber. Namun begitu, saya menghadapi beberapa kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini kerana dibebani dengan kerja tugasan yang lain. Saya juga telah mengalami sedikit kekeliruan tentang Model Konseptual Pendidikan Guru. Masalah ini telah diatasi apabila pensyarah bimbingan, En. Kalai, memberikan kuliah berkenaan dengan Model Konseptual Pendidikan Guru ini. Masa yang berlalu bagaikan arus sungai yang deras, begitu cepat masa yang berlalu, tugasan KKP yang diberikan kepada saya sudah berjaya disiapkan. Di akhir proses tugasan ini, banyak input yang telah saya peroleh mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), Falsafah Pendidikan Guru(FPG), dan Model Konseptual Pendidikan Guru. Antaranya ialah saya dapat memahami akan kepentingan peranan FPK dan FPG dalam senario pendidikan di negara kita. Saya juga berasa input yang diperoleh akan mampu untuk membantu saya dalam menambah ilmu di dada supaya suatu hari nanti saya berupaya menjadi seorang guru yang kompeten.

You might also like