You are on page 1of 2

Tema: Buah-buahan

Pantun buah-buahan: Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar. Hutang budi dibawa mati. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Sorong papan tarik papan, Buah Keranji dalam perahu; Suruh makan saya makan, Suruh membaca saya tahu. Sorong papan tarik papan, Buah Keranji dalam perahu; Suruh makan saya makan, Suruh mengaji saya mahu. Ambil buah pelam, Simpan dalam raga; Belajar dalam diam, Ilmu simpan di dada. Buah manggis buah duku, Dalam raga di atas meja; Adik suka membaca buku, Kakak tolong emak kerja. Sungguh banyak buah manggis, Rasanya manis macam gula;

Rindukan emak adik menangis, Sekejap lagi pulanglah dia. Pokok mangga tidak berbuah, Pokok ada di tepi kota; Ibu bekerja menuai di sawah, Mencari beras untuk kita. Buah pisang masak di batang, Manis rasa buah nangka; Nampak luas sawah bendang, Sawah padi negara kita.
Cadangan Aktiviti-aktiviti kumpulan: 1. Membuat rojak buah 2. Membuat jus buah-buahan - air limau, air epal, air tembikai, air, belimbing. dan sebagainya.

You might also like