You are on page 1of 6

LAPORAN BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH PANDANG DAN SEBUT OBJEKTIF y y y Latihan menyebut perkataan.

Latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata. Latihan membina dan membaca ayat.

PENGENALAN y y y y y Dikenali juga sebagai kaedah seluruh perkataan. Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti utama memandang dan menyebut. Perkara yang dipandang gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Perkara yang disebut perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

RASIONAL y y y Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid. Mengecam huruf dan menghafal bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman : Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Cara Pelaksanaan 1. Menyebut Perkataan. 2. Mencerakinkan Perkataan. 3. Membina dan Membaca Ayat. 1. Kaedah Pandang dan Sebut Menyebut perkataan. y y y y Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah perkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan melalui kaedah ini disertakan dengan gambar.

2. Mencerakinkan Perkataan Menjadi Suku Kata. y y y Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata. Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain mencerakinkan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.

3. Membina dan Membaca Ayat. y y y Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah ayat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

AKTIVITI 1 : TINGKAP MISTERI

1. Buka tingkap 2. Pandang dan kenalpasti gambar. 3. Sebut perkataan yang diberikan dengan kuat dan jelas, diikuti dengan rakan sekelas.

AKTIVITI 2 : KERETA API SAYA

1. Sila eja perkataan yang diberikan. 2. Ceraikan perkataan mengikut suku kata dan tampalkan di tempat yang disediakan.

AKTIVITI 3 : POSTO-POSTO

1. Bahagikan kepada empat kumpulan. 2. Jawab teka-teki yang disediakan. 3. Kumpulan yang berjaya menjawab teka-teki mempunyai kelebihan untuk memilih sampul dan memulakan aktiviti. 4. Bina ayat dengan menyusun perkataan-perkataan yang diberikan. RUJUKAN http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/peringkat-peringkatpengajaran-membaca.html http://marimembacasayangku.blogspot.com/2010/05/kaedah-pandang-sebut.html http://saujana.sg/portals/0/kegiatan%20masyarakat/naim%201.pdf http://www.scribd.com/doc/22547244/Pandang-Dan-Sebut

LAMPIRAN Aktiviti 1

Aktiviti 2

Aktiviti 3

You might also like