You are on page 1of 4

Dakwah Rasulullah Di Madinah

Madinah terletak di utara Makkah di tengah tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam. Terdapat tiga golongan pendudukannya iaitu Nasrani, Yahudi dan Arab. Yahudi tergolong dari tiga golongan iaitu Bani Quzairah,Qunaiqa,dan Nadhir.Terdapat juga golongan Arab iaitu suku Aus dan Khazraj. Kehidupan kurang aman disebabkan pergeseran kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi.Terdapat juga masalah politik dan ekonomi kerap berlaku di antara mereka.Suku kaum Aus dan Khazraj menjemput Nabi S.A.W dan disitu wujud Aqabah 1 pada 621M. Madinah juga dikenli sebagai Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah.Kaum Yahudi pertama hijrah ke Madinah ialah Qinuqa.

Perjanjian Aqabah 1&2


Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian memeluk agama Islam. 621M mengunjungi agi dan wujud perjanjian Aqabah 1. Antara syarat-syarat perjanjianya adalah Suku Aus/Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji untuk membantu Nabi Muhammad. Mereka tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak. Selepas perjanjian ini Nabi menghantar Musab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2.Antara isi kandungannya ialah suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia mereka kepada Nabi. Mereka juga menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah.Selain itu,mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan agama Islam.

Kesan Perjanjian
Antara kesan perjanjian ialah penghantaran utusan dakwah ke Madinah. Islam juga mula tersebar di Madinah dan kemudian seluruh pelusuk dunia. Perlindungan bagi orang Islam di Makkah juga lebih terjamin.Jaminan dan keselamtan orang Islam Makkah terjami.Berlaku Hijrah dan kewujudan tanah Madinah.Merupakan permulaan wujudnya negara Islam di Madinah.Perjanjian ini juga megembalikan keamananan dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam. Namun wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.

Hijrah

Berlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Nabi Muhamad hijrah bersama Abu Bakar AsSiddiq.Perjalanan Hijrah mereka berlaku selama 12 hari.Manakala Umar al-Khattab berhijrah dengan terang terangan, bersendirian dan dengan berani.

Konsep Hijrah
Hijrah bermaksud perkataan Arab iaitu berpindah.Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Hijrah ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran.Hijrah juga merupakan perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.Hijrah salah satunya adalah semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.Namun, Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah satu bentuk pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.

Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw.


1. Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi. 2. Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.

Sebab dan tujuan hijrah.


Hijrah merupakan perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah. Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.

Kepentingan hijrah.
Terdapat pelbagai kepentingan Hijrah.Antaranya ialah dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang. Berjaya mmpersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj),mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah. Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.Selain itu Hijrah menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah. Nabi membina masjid al-Nabai masjid untuk menjadikan masjid sebagai tempat beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli. Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar. Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya. Hijrah membawa sikap toleransi, tolong menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah. Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf. Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita. Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa. Akhir sekali,Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.

( Piagam Madinah/Sahifah Madinah.


Latar belakang piagam Madinah. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.Tujuan ia diwujudkan adalah untuk mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat.Piagam ini terbentuk dari hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam.Kandungannnya ialah 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya, 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.

Kandungan Piagam Madinah.

1. Politik nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil. 2. Agama bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam. 3. Sosial masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. 4. Undang undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil. 5. Ekonomi riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi. 6. Pertahanan semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh. 7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.

You might also like