You are on page 1of 22

Boneka

Boneka terus berkembang mengikut perkembangan zaman. Setiap bangsa di dunai mempunyai pegangan dan kepercayaan tersendiri terhadap boneka. Secara amnya, boneka dicipta untuk tujuan keagamaan dan hiburan. Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun, Cina dan India berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Di Jepun, boneka yang dikenali sebagai banraku digunakan untuk tujuan berhibur. Boneka ini dicipta bertujuan menghiburkan orang ramai. Pelbagai watak dicipta dan dilakonkan mengikut olahan skrip. Boneka ini dicipta daripada kayu yang boleh digerakkan megikut dialog penceritanya.

Definisi boneka
Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerak serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu mudah dan tingkas, sederhana dan rumit.

Jenis-jenis boneka
Jamilah Ahmad (1999) menyenaraikan lapan jenis boneka yang sesuai digunakan guru semasa proses pengajaran. Walau bagaimanapun, jenis boneka ini boleh dibahagi berdasarkan cara menyedia dan menggunakannya, iaitu:

Boneka daripada peralatan sebenar


Boneka jenis ini diperbuat menggunakan peralatan sebenarnya seperti teko, cawan, sudu, gardu, senduk dan sebagainya. Biasanya perkakas ini tidak digunakan lagi kerana reka bentuknya telah ketinggalan zaman, rosak yang kecil atau warnanya pudar kerana dimakan hari. Untuk keselamatan, elakkan dari menggunakan peralatan yang rosak teruk seperti pecah uang tajam dan sebagainya. Alat-alat yang hendak digunakan ini kemudiannya dihias dengan sapuan cat minyak dan tali terpakai untuk menggambarkan raut wajah yang dihendaki mengikut watak yang sesuai. Untuk menghasilkan reka bentuk yang mudah, guru boleh melukis mata, hidung dan mulut menggunakan Marker Pen High Performance agar tahan lama dan tidak mudah hilang.

Alat-alat yang hendak digunakan ini kemudiannya dihias dengan sapuan cat minyak dan tali terpakai untuk menggambarkan raut wajah yang dihendaki mengikut watak yang sesuai. Boneka jenis ini mudah dikendalikan dan sesuai digunakn untuk murid-murid yang lemah dan terhad pergerakannya.

Boneka Sarung Tangan (Glove)


Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badan sahaja. Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka brkenaan. Diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung kaki yang diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu watak tertantu. Manik, bola pingpong, guli, kain baldu dan kertas keras boleh digunaka untuk membina bahagian mata, hidung dan mulut. Manakala benang bulu dan kain baldu dijahit menyerupai sepasang telinga,misai dan rambut. Boneka jenis ini mudah dikendalikan dengan bahagian jari-jari tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan gerak mulut penggunanya.

Boneka Penuh
Boneka jenis ini lengkap dengan anggota tubuh badannya, iaitu daripada bahagian kepala hingga ke bahagian kaki atau ekornya. Mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh digantung menggunakan benang atau dilekatkan di atas tapak yang sederhana saiznya. Boneka jenis ini diperbuat daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas atau kekabu supaya menyerupai bentuk haiwan sebenar. Murid-murid boleh merasa menggunakan tangan bentuk boneka haiwan tersebut kerana binaannya hampir-hampir menyerupai hidupan sebenar. Mata diperbuat daripada butang baju atau mata tiruan yang ada dijual di kedai-kedai terpilih.

Boneka kosong di tangan


Boneka jenis ini memerlukan tirai yang berperanan melindungi bahagian muka dan kepala penggunanya. Jika tirai tiada, guru boleh menggunakan peralatan alternatif lain seperti kotak, pingan polisterin dan sebagainya. Situasi ini mengingkatkan keyakinan guru untuk bersuara berdasarkan jalan cerita ynag telah dirancang. Untuk memudahkan proses mengendalikan alat secara berkesan, sebuah kerusi diperbuat sebagai tempat duduk guru di bahagaian belakang tabir, tirai atau kotak yang menjadi pelindung tadi.

Boneka jenis ini sesuai untuk haiwan yang mempunyai kepala dan ekor ynag panjang. Contohnya boneka naga, ular sawa, buaya dan sebagainya. Boleh diperbuat daripada kertas suger paper, brown paper atau sarung kaki wanita.

Boneka jari
Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya. Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Mudah dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkannya. Boneka jari biasanya terhad pergerakannya. Mempunyai reka bentuk silinder berongga untuk menutup jari. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan terhad, dan digunakan di dalam kelas prasekolah atau tadikatadika untuk aktiviti bercerita dengan kanak-kanak.

Boneka wayang kulit


Boneka ini boleh diperbuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Reka bentuk wayang kulit dicipta berdasarkan watakwatak tertentu yang berasaskan cerita dalam sastera lama. Tok dalang bertindak sebagai pencerita di belakang pentas sambil menggerakkan watak-watak mengikut jalan ceritanya. Sebuah pentas yang dibina daripada sehelai kain putih dan lampu suruh atau mentol lampu diperlukan semasa persembahan wayang kulit ini.

Boneka tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit, tetapi berbentuk tiga dimensi. Contoh boneka haiwan yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah rama-rama, kelawar, beberapa jenis burung yang mempunyai sayap yang panjang dan sebagainya.

Boneka tali
Boneka jenis ini digeraklakonkan dengan menggunakan tali atau benang. Berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu yang dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu yang dikawal sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu melintang atau tegak. Asas operasinya memerlukan tangsn untuk mengawal kayu-kayu dan tali berkenaan. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar untuk dikendalikan.

Topeng muka
Topeng muka diperbuat menggunakan teknik tampalan kertas surat khabar lama pada belon yang kemudiannya dipotong kepada dua bahagian. Kerja-keja menampal kertas putih menggunakan gam dilakukan dengan cermat supaya cebisan kertas surat khabar lama tidak tanggal. Pelbagai corak, warna dan bentuk topeng boleh dihasilkan berdasarkan tujuan penggunaannya. Penggunaan manik, benang bulu dan bola pong sebagai sebahagian aksesori tambahan akan menghasilkan bentuk topeng muka yang lebih menarik.

5.7.3 Melaksanakan simulasi boneka


Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing. Justeru, penggunaan pentas boneka yang sesuai akan memberikan kesan yang mendalam kepada murid-murid yang terlibat. Keberkesanan sesuatu persembahan boneka berkait rapat dengan reka bentuk pentas. Pelbagai reka bentuk pentas boleh digunakan guru dalam sebuah persembahan. Kesesuaian gambar latar dan warna yang terang di kiri dan kanan pentas dapat menarik minat muridmurid untuk terus menonton persembahan boneka berkenaan hingga ke akhir cerita.

Walau bagaimanapun, reka bentuk pentas adalah mengikut fungsi, tujuan dan sasaran persembahan berkenaan. Penggunaan muzik dan kesan bunyi membantu mewujudkan suasana persembahan yang berkesan. Terdapat lapan jenis pentas boneka yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah (Jamilah Ahmad, 1999), iaitu:

Pentas kerusi
Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang utama. Rentang sehelai kain hitam sebagai tirai. Pemain boneka boleh duduk atau berdiri di belakang kain tirai berkenaan semasa menggeraklakonkan boneka berkenaan.

Pentas rentang
Pentas jenis ini amat mudah dikendalikan. Guru hanya perlu merentang sehelai tirai hitma yang diikat pada dinding ke dinding. Dawai boleh digunakan untuk meregangkan tirai berkenaan dan mengikatnya ke bahagian tepi dinding setelah selesai digunakan. Untuk memudahkan pengurusan, guru juga boleh membina secara tetap pentas rentang yang disesuaikan dengan situasi dan boleh dilipat untuk memudahkan penggunaannya.

Pentas tingkap
Lazimnya pentas jenis ini dikategorikan sebagai pentas sementara. Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Dalam keadaan bilik darjah yang terkawal, guru perlu duduk di luar dan murid-murid menonton di dalam bilik darjah.

Pentas pintu
Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. Kain, papan dan kertas tebal boleh direntang untuk menutupi bahagian bawah pintu. Guru berada di luar dan murid-murid berada di dalam bilik darjah. Pentas jenis juga boleh dikategorikan sebagai pentas sementara.

Pentas meja
Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka berkenaan. Penggunaan lukisan pemandangan bersaiz besar akan memberikan kesan penghayatan yang lebih dalam kalangan murid yang menonton.

Pentas berlipat
Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya yang kemudiannya ditutup menggunakan kain hitam. Mudah disimpan kerana di kedua-dua belah dindingnya boleh dilipat stelah selesai meggunakannya. Selain kayu, guru juga boleh menggunakan bahan terbuang seperti kotak besar yang telah dilukis flora dan fauna dengan menggunakan cat minyak.

You might also like