You are on page 1of 19

This celebration of unity, aspiration and hope for the Dayaks mark the end of the rice harvest

and ushers in another year of bountiful goodness. During this festival, almost everyone dresses in traditional costumes while the elders perform traditional rites. First celebrated on 1st June 1965, it is the feast for the eyes with its colourful rituals, traditional music, cock fighting, feasting and games. It is simply a time for merrymaking. Tuak (rice wine) and an array of traditional food are generously served. Widespread celebrations are held not only in the main cities and towns but also in the interior settlements. Gawai is an occasion for parties, fun and games, processions and open houses. In remote villages, guests are expected to taste tuak and eat at each household. Music and dancing usually follow suit. In Kuching, for instance, celebrations start a week before with colourful street parades and cultural activities. On the eve of the Gawai, a grand state dinner is usually held with singing, dancing and a beauty pageant, which culminates in the crowning of several Gawai Queens, one each for Iban, Bidayuh and Orang Ulu communities. Obviously, Gawai Dayak is the best and the most interesting time to visit Sarawak as you can see and sample the lifestyle and its festivities.

Where to go -The Skrang River (Iban Longhouse) Experience life at the longhouse with this exciting destination. The journey to Skrang is firstly by road, and then by a motor propelled long boat up the river. The highlight of any visit to a Skrang longhouse is the entertainment by the longhouse residents featuring traditional dances and music.

-The Lemanak River (Iban Longhouse) Upon arrival at the longhouse, the Iban natives will greet and welcome you with tuak, the local traditional rice wine. Explore the longhouse and gain an insight into the unique culture of the Iban communities. This longhouse is home to 23 families. All resides under one roof. Have a chat with the Iban old folks to understand more of their culture and the history of headhunting. The trophy of the headhunting days can be seen hanging from the rafters and antique Chinese jars. -Batang Ai (Iban Longhouse) Arrive at the Lemanak jetty and take an hour boat ride upriver amidst overhanging foliage. Upon arrival at the longhouse, the longhouse occupants with generous flow of tuak will greet you with the traditional dance. Explore and visit the longhouse where you will see many things such as human skull hanging from the rafters, antique Chinese jars dated back hundreds of years and some 25 families living together under one roof. -Annah Rais (Bidayuh Longhouse) Bidayuh, the second largest ethnic group in Sarawak, is formerly known as the 'Land Dayak. They were also known as the 'Engineer of Bamboo'. You will be able to see the splendid architecture of their longhouse, which was build mostly by bamboo when visiting their longhouse. Annah Rais is one of the most famous Bidayuh longhouse in Sarawak, which located about 100 km east from Kuching city and quite close to the Indonesian border. The excursion will take about one and a half hour on the road. Link: http://www.longhouseadventure.com Types of Gawai The Ibans has many festivals called 'Gawai'. These different 'Gawai's are known as 'Gawai Kenyalang' (hornbill festival), 'Gawai Antu' (festival for the dead) and 'Gawai Dayak' (harvesting festival). During such festivals, besides the customary observance of ritual, there is usually a lot of drinking of the locally brewed rice wine called tuak, much merriment and dancing called ngajat and displays of elaborate traditional costumes. Tuak Tuak is a special rice wine. It is a drink for all occasions, be it Gawai, weddings or entertaining visitors. It is generally served during any sort of entertainment or festivities. When you arrive at any longhouse during the festival, the occupants will offer you tuak as a welcoming drink. It used to offend the occupants if visitors refuse the offering but now the host is more understanding as some religion like Islam forbids the consumption of alcohol of any sort.

Hari Gawai Dayak


Gambar: Gadis-gadis Iban berpakaian tradisional

Hari Gawai Dayak jatuh pada setiap 1 Jun. Ia menandakan tamatnya musim menuai dan disambut oleh suku Dayak Iban dan Bidayuh terutamanya di rumah-rumah panjang dan kampung-kampung.

Hari Gawai Dayak merupakan waktu paling baik untuk berkunjung ke rumah-rumah panjang untuk berkongsi tradisi, tarian dan makanan orang Dayak serta menikmati kemesraan penduduk rumah panjang.

Pesta Kapit
Gambar: Perarakan kebudayaan

Pesta Kapit mula dianjurkan oleh Majlis Daerah Kapit pada tahun 1995 sempena dengan sambutan perayaan Hari Gawai di Kapit dan ia biasanya berlangsung pada bulan Mei. Pesta Kapit adalah popular di kalangan masyarakat tempatan.

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah gerai-gerai jualan, pesta ria, sukan tradisional, pentas rakyat, perarakan kebudayaan dan pertandingan ratu cantik dan kumang gawai. Aktiviti kemuncak ialah Regatta Kapit yang menyaksikan pertandingan perahu kayuh dan bot motor laju.

Pasu Iban Sarawak, Gahnya "Nuan" Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau. Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsurunsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup masyarakt suku kaum Iban.

Tarian Ngajat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Tarian Ngajat.

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:1. 2. 3. 4. 5. 6. Ngajat Induk Ngajat Bebunoh Ngajat Lesong Ngajat Semain Ngajat Berayah Ngajat Ngemai antu pala

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan

upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Hari Gawai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu. Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [1] [2] Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. [3]

IBAN Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian. Pengenalan Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut; y y Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

y y

BERSALIN Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi. Pontong Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan

dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. Potong Tali Pusat dan Berurut Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu. SELEPAS LAHIR Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin. Berpantang Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan. Berdiang/Bersalai Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adatadat ini. Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara. Menamakan Bayi Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanakkanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan

diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat. Mandi Sungai Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan. Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak. Berkhatan Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

Pengenalan Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. Merisik Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

Meminang dan Bertunang Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Majlis Perkahwinan Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa Pengantin masyarakat Iban beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari. Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

Upacara miring

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramairamai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas
Upacara akad nikah

tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu. Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain. Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut . Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum. Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

Pengenalan Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian masyarakat ini merangkumi peringkat-peringkat berikut: Semasa kematian Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaikbaiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat. Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional. Semasa pengebumian Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu. Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam. Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu. Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup. Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untuk melindungi kubur. Barang-barang tertentu kepunyaan si mati diletakkan di dalam pondok itu. Umpamanya, jika si mati seorang pahlawan, senjata kepunyaannya diletakkan di situ

Selepas kematian Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga

bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut. Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup. Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni. Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung. Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bunga dijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan aman. Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup. Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan selepas gawai orang mati diselenggarakan.

PAKAIAN TRADISI WANITA IBAN


Bidang Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah. Kalambi Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik. Bedong Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

Pua Kumbu Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara perkahwinan pula, ibu bapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'mas kahwin'. Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.

PAKAIAN TRADISI LELAKI KAUM IBAN Kain Sirat Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Ngayau
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Ngayau, merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa, "lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" ini kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya. Sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih boleh dipersoalkan. Ia dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di Rumah-Rumah panjang, selain orang Bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala. Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa, aktiviti "Ngayau" dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti "ngayau" yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti. Ternyata bahawa masyarakat Iban Tradisional tidak memandang "Ngayau" sebagai perkara yang memudaratkan. Malah berdasarkan cerita lisan masyarakat Iban juga, "ngayau" sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif. Misalnya, "Ngayau sebagai lambang keberanian, Simbol Kelelakian, serta martabat Sosial.

Ngayap
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap (Sandin,1980:69).amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-masing,walaupun amalan ngayap dibenarkan ,namun ngayap seharusnya dilakukan dengan adap sopan santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup bermasyarakat kaum iban itu sendiri bagi mengelakan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai budaya masyarakat iban. Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut,jika kunjungan berterusan ,ibu- bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya kepada si teruna samada si teruna serius di dalam usahanya untuk memikat atau tidak,

jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera . Dan jika si teruna serius dan bercadang untuk mengawini si Gadis, maka si teruna dinasihatkan supaya memberitahu ibubapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si gadis.sekiranya si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibubapa si gadis berhak menangkap si teruna dan menguruskan perkahwinan pasangan yang berkernaan dan kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai Rumah(Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang yang berkenaan. Pada masa kini tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan di dalam arus pembangunan dan cara hidup yang lebih bersifat kemodenan,justeru itu perjumpaan si teruna dan dara dijalankan semasa maljlis keramaian,seperti gawai,pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi,atau di tempat kerja pasangan masing-masing.namun demikian ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan iban, untuk mengelakan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk orang iban sahaja,sekiranya terdapat pelanggaran adap atau campurtangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban,1993.

You might also like