You are on page 1of 30

1

KANDUNGAN
Agenda Mesyuarat Agung PIBG SMKSM Kali-8 AJK PIBG SMKSM 20102012 Ucapan Aluan Tuan Pengetua Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG Koleksi Ucapan & Minit : Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung Cadangan dan Usul 2011 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010 Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 2010-2011 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7 2010 3 4 5 67 9 19 20 21 23 24 25 - 29

IBG uarat Agung P Agenda Mesy g eberang Maran SMK S 011 Kali ke VIII 2

IBG g Di Pertua P init 1.Ucapan Yan engesahan M np bentangan da BG Kali ke-7 2.Pem rat Agung PI Mesyua 2010 n an pengesaha nd 11 Pembentanga 3. IBG 2010/20 nP ran Kewanga Lapo kit rkara berbang ul 4.Pe erbahasan us np bentangan da 5.Pem an tangguhan 6.Ucap an mesyuarat 7.Penangguh 8.Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK SEBERANG MARANG 2010 / 2012


PENASIHAT Dr. Haji Ab Rahman bin Mat, Pengetua SMK Seberang Marang YANG DI PERTUA Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku NAIB YANG DI PERTUA Encik Md Tahir bin Ahmad SETIAUSAHA KEHORMAT Encik Dzolfakar bin Daud BENDAHARI KEHORMAT Puan Siti Rozi binti Daud AHLI JAWATAN KUASA Puan Hajah Norhayati binti Ismail (PK PENTADBIRAN) Tuan Haji Harun bin Mohamad (PK HEM) Encik Othman bin Abdullah (PK KOKURIKULUM) Encik Mohd Hussin bin Muda Encik Jaafar bin Awang Encik Azam bin Mohamad Encik Razak bin Abdullah Puan Rohani binti Muda Encik Md Kamil bin Md Nor Puan Shalini binti Embong PEMERIKSA KIRA-KIRA Puan Kaniza binti Yong (Guru) Encik Mohd Zubir bin Mamat (Ibu Bapa) 4

Ucapan aluan Tuan Pengetua


Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat sama-sama berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011. Seluruh warga SMK Seberang Marang berasa amat bersyukur kerana pada hari ini kita mampu mengadakan majlis yang penting di peringkat sekolah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa pengelola pada hari ini kerana barisan kerja ini telah mampu melaksanakan tugas dengan baik berkat kerjasama padu dari semua pihak. Anugerah Kecemerlangan Pelajar ini diadakan sebagai meraikan dan mengiktiraf pencapaian para pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri dan peringkat kebangsaan. Dengan meletakkan persaingan yang positif sebagai salah satu objektif program, diharapkan agar majlis seumpama ini akan terus merangsang para pelajar untuk belajar dengan lebih tekun dan mengasah semua bakat yang ada supaya dapat diserlahkan di semua peringkat. Sesungguhnya kecemerlangan pelajar khususnya dan kejayaan sekolah umumnya sangat bergantung kepada kerjasama semua pihak iaitu pelajar, guru dan ibubapa terutama dalam menjana program berkesan meliputi program kecemerlangan akademik, kecemerlangan ko kurikulum dan pembangunan sahsiah diri pelajar.

Kecaknaan ibu bapa melalui PIBG merupakan teras sokongan yang sentiasa membantu mencapai visi sekolah iaitu SMKSM 2013. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam PMR dan SPM 2010 serta pelajar yang cemerlang dari setiap tingkatan. Terima kasih juga disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Seberang Marang yang sentiasa positif membantu pelajar dan sekolah ini. Sebagai penutup ucapan , sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pada hari ini . Cemerlang Daerah Marang

Madah diungkap santun bicara, Pantun dilantun mengusik hati, Salah dan silap tutur bicara, Pohon diampun seikhlas hati.

Sekian, terima kasih

(AB RAHMAN BIN MAT) Pengetua, SMK Seberang Marang.

Ucapan aluan Yang Di Pertua PIBG, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.
Assalamualaikum w.b.t buat semua warga pendidik, ibu bapa dan penjaga pelajar SMKSM yang dirahmati Allah s.w.t. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t. yang memanjangkan usia, dan kita dapat bertemu semula dalam majlis permuafakatan persaudaraan dan semangat muhibah sempena hari Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 tahun 2011 pada 26 Mac 2011. Sebelum meneruskan bicara terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama tuan/ puan yang ikhlas hadir beramai-ramai dalam majlis permuafakatan bersama Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu baru-baru ini. Terima kasih sekali lagi. Tuan/puan yang dirahmati Allah sekalian, PIBG adalah badan yang ditubuhkan demi untuk menyokong dan memantapkan program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencemerlangkan pelajar-pelajar dalam pelbagai aspek sama ada akademik, kokurikulum, disiplin diri, rohani dan sebagainya. Justeru kami memerlukan sokongan dan kerja sama daripada pihak ibu bapa bagi merealisasikan hasrat murni pihak sekolah. Pihak AJK PIBG SMKSM akan berusaha keras agar Wawasan SMKSM untuk sebagai sekolah cemerlang di daerah Marang 2013. Hasrat suci pihak sekolah ini tidak akan tercapai sekiranya kita pihak ibu bapa tidak memberi kerjasama sepenuhnya. Sebagai ibu bapa kita perlu menggalak, mendorong dan membimbing anak-anak kita dalam pelajaran.

Jangan bersikap sambil lewa, menyerahkan bulat-bulat kepada pihak guru semata-mata. Kita perlu memainkan peranan mendidik anak-anak di rumah. Pastikan mereka belajar di rumah supaya ilmu yang dituntut di sekolah dapat di mantap dan diperkukuhkan. Sebagai ibu bapa kita perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak kita. Jangan biarkan kita terjebak dalam kancah najis dadah, gengsterisme atau gejala sosial yang lain. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Nasi telah menjadi bubur Menangis setempayan air mata tiada gunanya Sediakan payung sebelum hujan. Sebagai YDP PIBG SMKSM, saya rasa bangga dengan pencapaian dalam akademik dan kokurikulum. Seperti yang kita maklum, dua orang pelajar kita telah berjaya memperoleh straight As (8A). Kita berharap pihak sekolah boleh berusaha melahirkan ramai lagi pelajar yang cemerlang. Pihak PIBG berharap pihak sekolah dapat meneruskan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pula. Selain itu, SMKSM juag telah melahirkan pelajarpelajar yang cemerlang dalam kokurikulum.

Hadirin dan hadirat sekalian, Baru-baru ini, SMKSM telah menjadi johan dalam sukan olahraga peringkat daerah Marang. Pastinya ramai atlet SMKSM akan mewakili daerah Marang dan seterusnya mewakili negeri Terengganu dan juga mewakili negara. Syabas diucapkan kepada atlet-atlet SMKSM yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Namun begitu, para pelajar janganlah hanya mengejar bidang sukan semata-mata sehingga lupa bidang akademik. Akademik dan kokurikulum perlu seiring agar kita cemerlang dalam kedua-duanya. Tuan/puan, Sebagai Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, saya telah diamanahkan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk mengurus dan merancang pembangunan kawasan DUN Rhu Rendang. Saya tidak lupa untuk mengagihkan sebahagian peruntukan yang diberi untuk kepentingan dan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar di semua sekolah rendah dan menengah daerah Marang.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru ibu bapa dan pelajar-pelajar agar merebut dan menggunakan bantuan ini sebaik-baiknya. Orang memberi, kita merasa, Tepuk dada, tanya selera. Kita perlu bertanya pada diri kita, apakah sumbangan kita kepada negeri Terengganu. Marilah sama-sama kita mengharumkan nama negeri Terengganu dalam bidang akademik dan kokurikulum amnya dan SMKSM khususnya. Akhir kata, saya menyeru kepada ibu bapa, marilah kita sama-sama memberi sokongan dan sumbangan baik berupa tenaga, buah fikiran mahupun wang ringgit agar hasrat murni dan wawasan sekolah akan tercapai. Sokongan padu daripada pihak tuan/puan akan melancarkan pentadbiran dan pengurusan PIBG SMKSM. Sekian, terima kasih. Yang benar,

(NIK DIR BIN NIK WAN KU) Yang Di Pertua, PIBG SMK Seberang Marang,

Koleksi Ucapan

&
Minit Mesyuarat

Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 2010.

Dalam ucapan beliau selanjutnya, Puan Norhayati telah membentangkan analisis yang menunjukkan perbandingan keputusan PMR dan SPM tahun 2009 dan 2008. Dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008, tiada pelajar yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran, berbanding tahun 2009, SMKSM telah berjaya melahirkan seorang pelajar yang memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Sesuai dengan visi sekolah iaitu SMKSM Cemerlang Menjelang 2010, pihak sekolah mensasarkan peningkatan yang tinggi dalam peperiksaan PMR, iaitu 12 orang pelajar disasarkan mendapat semua A. Bagi peperiksaan SPM pula, pihak sekolah berusaha melahirkan sekurang-kurangnya seorang pelajar mendapat semua A+ dalam semua mata pelajaran dan 100% orang pelajar layak mendapat sijil SPM (lulus Bahasa Malaysia)

UCAPAN Puan Hajah Norhayati binti Ismail


Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seberang Marang.

Puan Hjh. Norhayati binti Ismail memulakan ucapan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Encik Latif bin Awang, wakil YB Senator Dato Abdul Rahman bin Bakar (Pegawai Pembangunan Parlimen Marang), Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Yang DiPertua PIBG SMKSM, barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru SMKSM, para ibu bapa dan para pelajar bagi menjayakan majlis pada pagi ini. Terlebih dahulu, beliau menyampaikan salam takzim Pengetua SMKSM yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Beliau berharap agar Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG dapat berjalan dengan baik dan dapat memberi kesan kepada kemajuan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah ini pada masa sekarang dan akan datang. Seterusnya, beliau turut menyentuh mengenai kepentingan menimba ilmu pengetahuan berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abdul Al-Barr yang menyatakan pentingnya peranan yang dimainkan oleh pihak tertentu misalnya ibu bapa dan guru dalam mengembangkan proses penyampaian ilmu kepada pelajar.

10

Seterusnya, beliau turut menekankan mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum menggerak IQ, EQ dan SQ pelajar secara pengalamian. 10% markah dari kokurikulum menjadi syarat untuk kemasukan ke IPT bagi lepasan SPM dan STPM, dan kemasukan ke asrama penuh bagi pelajar yang akan melangkah ke tingkatan 4. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama dan sokongan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Pada tahun 2009, bidang kokurikulum yang merangkumi sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan badan beruniform, pelbagai pencapaian telah diperoleh oleh pelajar-pelajar di sekolah ini. Misalnya, menjadi johan keseluruhan acara olahraga di daerah Marang dan beberapa orang pelajar berjaya mewakili daerah dan juga negeri, naib johan nasyid peringkat daerah, johan daerah dalam pelbagai permainan seperti bola sepak, hoki, ragbi dan lain-lain.

Kejayaan-kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa kerjasama dan sokongan dari ibu bapa, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru dan para pelajar dan melalui bantuan dan sokongan sepenuhnya PIBG. Rasa syukur pihak sekolah juga dipanjatkan kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada PIBG terutama YDP yang sentiasa memberi bantuan dan galakan dalam memajukan sekolah ini. Kerjasama erat PIBG dengan pihak sekolah turut memberi impak kepada kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Akhir sekali, beliau bagi pihak sekolah khususnya Tuan Pengetua merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru SMKSM dan barisan AJK PIBG yang sentiasa membantu dan memberi sokongan serta kerjasama kepada pihak sekolah. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YDP PIBG dan PPD Marang yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan teguran agar sekolah ini bergerak di landasan yang betul.

11

UCAPAN Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku


Yang Di Pertua PIBG, SMK Seberang Marang.
Yang DiPertua PIBG memulakan ucapan dengan kata-kata aluan kepada para hadirin. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Latif bin Awang Penolong Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT) yang sudi hadir sebagai wakil YB Senator Dato Abdul Rahman Bin Bakar kerana dapat bersama-sama dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG SMKSM kali ke-7 tahun 2010.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan akademik dan berharap semua pihak khususnya PIBG bekerjasama meningkatkan kecemerlangan dari semasa ke semasa.

Sekolah ini telah banyak merancang pelbagai program untuk kecemerlangan para pelajar. Biasanya program-program yang diadakan itu dapat dijalankan dengan jayanya oleh para guru. Justeru ibu bapa perlu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang kurang mengendahkan hal anak-anak mereka. Sikap ibu bapa begini amat mendukacitakan pihak PIBG. Contohnya, terdapat ibu bapa yang bersikap lepas tangan terhadap kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Wakil PIBG telah ditugaskan pergi ke rumah mereka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah sebelum pihak sekolah mengambil tindakan buang sekolah. Jawapan yang diterima daripada ibu bapa/penjaga amat mengecewakan. Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan komitmen ibu bapa terhadap perkembangan dan peningkatan akademik anak -anak mereka. Beliau menekankan agar ibu bapa perlu mengambil berat tentang anak-anak sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah/ disiplin. Ibu bapa perlu memantau kehadiran anak-anak ke sekolah dan kelas-kelas tambahan.

Pada kesempatan ini, beliau merayu dan menawarkan jawatan YDP yang dipegangnya kepada mana-mana individu yang berminat. Beliau telah memegang jawatan YDP PIBG SMKSM selama 7 tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun, beliau masih sudi mencurahkan jasa untuk memajukan sekolah ini.

Kedatangan ibu bapa pada pagi ini ada peningkatan berbanding tahun lepas. Walau bagaimanapun, kaum wanita masih lebih ramai berbanding lelaki. Hal ini mungkin disebabkan golongan lelaki terpaksa bekerja. Tetapi beliau menyeru kepada ibu bapa yang tidak hadir pada kali ini untuk datang pada tahun-tahun akan datang.

12

Menjadi hasrat sekolah dan PIBG untuk membina surau di sekolah ini. Cadangan ini telah diutarakan sejak sekolah ini dibuka. Tapi hingga hari ini PIBG masih kekurangan kewangan. Sehingga kini sekolah berjaya mengumpulkan dana sumbangan orang ramai lebih kurang RM 23,000. Walau bagaimanapun, kos sebenar pembinaan surau dianggarkan berjumlah RM 300,000. Pihak sekolah telah berusaha dan berunding dengan pihak kontraktor untuk mendirikan tapak surau. Kos upah sahaja mencecah RM 16,000 RM 18,000. Baki yang ada tidak mencukupi untuk membeli peralatan seperti besi, simen dan kayu. Walaupun begitu secara ikhlas beliau menguatkan hati dan semangat untuk menyegerakan pembinaan tapak surau. Masalah kewangan kita fikir kemudian. Mudah-mudahan usaha murni ini menjadi permulaan kepada kewujudan sebuah surau yang sempurna sebagai tempat anak-anak kita bersolat dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan di dalam surau tersebut. Pihak PIBG menyokong penuh hasrat pihak sekolah untuk mewujudkan kelas tingkatan enam dan asrama sekolah. Di daerah Marang, tingkatan enam hanya terdapat di SMK Tg. Lela Segara, SMK Pengkalan Berangan dan SMK Merchang. Oleh itu amat wajar Kementerian Pelajaran Malaysia / JPNT menubuhkan tingkatan enam di sekolah ini. Terlanjur bercakap tentang kemudahan

pendidikan, beliau memaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah menyalurkan RM 130 juta untuk pembangunan pendidikan rakyat negeri Terengganu. Pada tahun lepas (2009) kerajaan telah membelanjakan RM 30 juta mengagihkan komputer e-book kepada pelajar-pelajar tahun lima. Pada tahun ini kerajaan akan meluaskan agihan komputer kepada pelajar tahun lima dan empat dan kosnya dianggarkan berjumlah RM 50 juta. Sebagai pengerusi PIBG, beliau menyeru ibu bapa/penjaga supaya memberi kerjasama kepada program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Kepada ibu bapa/penjaga yang anakanak mereka tidak cemerlang juga sepatutnya hadir jika dijemput oleh pihak sekolah. Dengan kecaknaan ibu bapa walaupun anak-anak kita yang tidak cemerlang tetapi tidaklah lemah sangat jika mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Setidak-tidaknya apabila memasuki alam dewasa, mereka akan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Akhir kata, sebagai ingatan, beliau mengharapkan kerjasama daripada semua pihak khususnya ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan SMKSM. Semoga hasrat dan usaha murni pihak sekolah untuk merealisasikan visi SMKSM CEMERLANG MENJELANG 2010 akan tercapai.

13

UCAPAN Encik Latif bin Awang


Penolong Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT)
Beliau mengalu-alukan para hadirin/ hadirat dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang hadir dalam majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 tahun 2010. Anggaran kehadiran kali ini lebih kurang 50%, sepatutnya 60% 80% ibu bapa/penjaga mesti hadir. Beliau mendedahkan gejala sosial seperti merempit, merompak, merogol, penyalahgunaan dadah dan lain-lain yang berlaku dalam kalangan remaja dewasa ini terdiri daripada golongan yang tidak berilmu pengetahuan. Dengan kata lain, golongan remaja yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Dalam hal ini, jangan salahkan pihak kerajaan atau sekolah tetapi salahkan diri kita sendiri (ibu bapa).

Justeru jika ada ibu bapa yang memberi alasan bahawa anak-anak mereka tidak bersekolah atau tidak dapat memasuki IPTA/IPTS kerana tidak ada duit/wang, semua itu adalah bohong belaka. Mustahil! Yayasan Negeri Terengganu memberi bantuan segera cash moneykepada pelajarpelajar yang memasuki IPTA/IPTS iaitu RM 1000.00 bagi program ijazah, RM 750.00 diploma dan RM 500.00 bagi peringkat sijil. Walau pun begitu, secara jujur beliau memaklumkan ada juga ibu bapa yang benar-benar kesempitan atau tidak mampu berjumpa dengan beliau untuk meminta bantuan. Oleh itu, jika ada ibu bapa yang berada dalam situasi berkenaan bolehlah berjumpa dengan beliau secara peribadi. Beliau akan membantu setakat yang termampu. Secara jujur dan rasa prihatin terhadap kecemerlangan akademik anak-anak, beliau menyarankan agar pihak ibu bapa atau PIBG membentuk suatu pemuafakatan dengan pihak sekolah bagi membincangkan sebarang masalah atau merancang program kecemerlangan akademik demi untuk kebaikan anak-anak kita. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru dan memohon ibu bapa/penjaga supaya wajib hadir dalam setiap program perjumpaan ibu bapa dengan pihak sekolah. Hal ini penting sebagai tanda kecaknaan dan sokongan kita kepada anak-anak kita walaupun ana-anak kita tidak cemerlang. Kita boleh berbincang dengan pihak sekolah mengenai perkembangan akademik anak-anak dan merancang untuk kecemerlangan mereka.

Kerajaan negeri Terengganu telah menyalurkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan. Peruntukan sebanyak RM 130 juta (tahun 2010) oleh kerajaan negeri seperti yang dimaklumkan oleh YDP PIBG Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sebentar tadi, membuktikan kecaknaan pemimpin dan kerajaan negeri terhadap kecemerlangan pendidikan anak-anak negeri Terengganu.

14

Beliau juga mencadangkan supaya PIBG dan pihak sekolah menganjurkan ceramah motivasi atau bengkel keibubapaan untuk ibu bapa (khusus kepada ibu bapa yang anak-anak mereka tidak cemerlang) Dalam perjumpaan seperti ini ibu bapa boleh berkongsi pengalaman cara-cara mendidik anak-anak secara berkesan. Sebenarnya, pihak sekolah telah, sedang dan akan melaksanakan program dan rancangan melahirkan pelajar-pelajar cemerlang. Namun demikian, pihak sekolah tidak dapat melaksanakan semua program atau rancangan tersebut kerana keterbatasan peruntukan kewangan yang terhad. Oleh itu, jika pihak sekolah memohon sumbangan untuk membiayai program akademik pelajar, jangan tanya atau persoalkan untuk apa. Berilah sumbangan setakat yang kita mampu. Encik Abdul Latif bin Awang mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG SMKSM kerana memohon daripada pihak sekolah mengadakan perbincangan dalam mesyuarat AJK PIBG sebelum mengambil tindakan membuang pelajar. Setahu beliau, tidak ada mana-mana sokolah di Malaysia yang meminta pendapat AJK PIBG untuk membuang pelajar. SMKSM adalah sekolah pertama yang berbuat demikian. Beliau sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan PIBG SMKSM. Pihak AJK PIBG boleh membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar. Syabas juga diucapkan kepada AJK PIBG yang turun padang berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah. Itulah usaha murni PIBG yang perlu diberi sokongan oleh para ibu bapa. Sebelum mengakhiri ucapan, Encik Abdul Latif bin Awang menyampaikan salam YB Senator Dato Abdul Rahman bin Bakar Pegawai Pembangunan Parlimen Marang kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir dalam mesyuarat agung PIBG hari ini. Dengan sukacita, beliau memaklumkan bahawa YB Dato bermurah hati untuk menyumbangkan RM 2000.00 kepada PIBG SMK Seberang Marang. Beliau seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG SMKSM kali ke-7 2010.

15

Tarikh Hari Masa Pengerusi Kehadiran

: 23 Mac 2010 : Selasa : 11.00 pagi : Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku : Rujuk Lampiran

1.0 Ucapan YDP PIBG 1.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada mereka yang masih berada di dewan sehingga mesyuarat bermula. Beliau seterusnya meminta Setiausaha Kehormat PIBG untuk membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2008/2009 2.1 Setiausaha Kehormat PIBG, Encik Dzolfakar bin Daud membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Ahli mesyuarat diminta merujuk buku aturcara (muka surat 10-17). 2.2 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju agar minit mesyuarat yang lalu disahkan.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2008/2009 3.1 Laporan kewangan turut dibentangkan oleh Encik Dzolfakar bin Daud. Ahli mesyuarat diminta merujuk buku aturcara (muka surat 18-19). 3.2 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju agar Laporan Kewangan PIBG 2008/2009 disahkan.

4.0 Perkara-Perkara Berbangkit 4.1 Tiada perkara berbangkit yang dikemukakan oleh ahli mesyuarat.

5.0 Pembubaran AJK PIBG 2008/2009 5.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa AJK PIBG sesi 2008/2009 dibubarkan.

6.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2010/2012 6.1 Ahli mesyuarat sebulat suara melantik Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sebagai pengerusi sementara. Beliau memaklumkan bahawa pemilihan jawatankuasa pada masa akan datang akan dibuat dua tahun sekali. Oleh itu, jawatankuasa yang dipilih kali ini berkuatkuasa dari hari ini sehingga tahun 2012. 6.2 Encik Haji Hashim bin Muda mencadangkan agar semua jawatankuasa pada sesi yang lepas dikekalkan kecuali En. Bali bin Muda. Walau bagaimanapun, pengerusi memaklumkan

16

bahawa NYDP PIBG pada sesi yang lepas iaitu Encik Shabli bin Arshad telah bertukar dan tidak lagi bertugas di daerah Marang. Pengerusi meminta ahli mesyuarat memberi cadangan lain tetapi tiada. 6.3 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan di atas iaitu mengekalkan jawatankuasa yang lalu dan melantik NYDP PIBG yang lain. 6.4 Encik Azam bin Mohamad mencadangkan Encik Md Tahir bin Ahmad sebagai NYDP PIBG. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini. 6.5 Pengerusi meminta ahli mesyuarat mencadangkan 4 lagi AJK baru sementara 3 orang AJK dikekalkan dari sesi yang lepas iaitu Encik Jaafar bin Awang, Encik Azam bin Mohamad dan Puan Shahlini binti Embong. 6.6 Encik Jaafar bin Awang mencadangkan Encik Hashim bin Muda. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini. 6.7 Encik Jaafar bin Awang mencadangkan Puan Rohani binti Harun. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini. 6.8 Encik Dzolfakar bin Daud mencadangkan Encik Razak bin Abdullah. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini. 6.9 Puan Shahlini mencadangkan Puan Semek binti Merah. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini. 6.10 Pengerusi memaklumkan bahawa AJK dalam kalangan guru SMKSM akan dilantik oleh Pengetua. 6.11 Encik Jaafar bin Awang mencadangkan Encik Mohd Zubir bin Mamat sebagai pemeriksa kira-kira. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini.

17

7.0

Berikut adalah senarai AJK PIBG bagi sesi 2010/2012: : Tuan Pengetua SMKSM : Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku : Encik Md Tahir bin Ahmad : Encik Dzolfakar bin Daud : Puan Siti Rozi binti Daud

Penaung Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK (Ibu bapa): 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Encik Jaafar bin Awang Encik Azam bin Mohamad Puan Shahlini binti Embong Encik Hashim bin Muda Puan Rohani binti Harun Encik Razak bin Abdullah Puan Semek binti Merah Pemeriksa Kira-Kira : Encik Mohd Zubir bin Mamat Puan Kaniza binti Yong

8.0

Pembentangan dan Perbahasan Usul

8.1

Encik Dzolfakar bin Daud membentangkan usul yang dicadangkan.

8.2 Encik Jaafar bin Awang mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan kelas tingkatan 6 dan mendirikan bangunan tambahan untuk menampung pelajar tingkatan 6 tersebut. Beliau juga mencadangkan agar kemudahan asrama diwujudkan di SMKSM.

18

8.3 Encik Aminuddin bin Malik mencadangkan agar pihak sekolah memperbanyakkan program motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan di mana program ini perlu dihadiri oleh ibu bapa. Beliau juga mencadangkan agar kelas tambahan diadakan pada waktu malam. Pihak sekolah juga disarankan agar mengurangkan aktiviti sukan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. 8.4 Encik Azam bin Mohamad mencadangkan agar laman web sekolah diupgradekan untuk manfaat semua pihak. Beliau juga mencadangkan agar ceramah kesedaran kerjaya diadakan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM supaya pelajar tahu hala tuju mereka. Pihak sekolah juga disarankan menjemput pelajar cemerlang SMKSM untuk dijadikan ikon kepada pelajar-pelajar lain. 8.5 Encik Md Tahir bin Ahmad mencadangkan agar solat berjemaah zohor diadakan pada setiap hari agar pelajar-pelajar tidak meninggalkan solat zohor setelah pulang ke rumah dan pihak keselamatan menutup pagar ketika solat berjemaah diadakan. Pengerusi memberi respon bahawa SMKSM telah mengadakan solat jemaah zohor tetapi tidak menyeluruh disebabkan surau tidak dapat menampung semua pelajar. 8.6 Encik Musa bin Awang mencadangkan agar pihak sekolah dan PIBG membina tempat letak motosikal pelajar di luar kawasan pagar sekolah. Pengerusi memberi respon bahawa perkara ini perlu dibincangkan selanjutnya kerana kemungkinan berlakunya masalah seperti motosikal dicuri atau tayar dipancitkan. 8.7 Usul tambahan dibuat oleh Encik Azam bin Mohamad di mana beliau mencadangkan supaya mesyuarat AJK PIBG dibuat pada hari tidak bekerja. Puan Semek bin Merah pula mencadangkan agar mesyuarat AJK PIBG dibuat pada sebelah petang.

9.0

Ucapan Tangguhan

Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada hadirin dan memohon maaf sekiranya ada silap dan salah sepanjang beliau mempengerusikan majlis hari ini.

YDP PIBG menangguhkan mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 pada tahun hadapan.

Disediakan oleh,

(DZOLFAKAR BIN DAUD) Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Seberang Marang 2010/2012.

19

CADANGAN / USUL :

20

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seberang Marang bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
21

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK SEBERANG MARANG 21600, MARANG TERENGGANU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

PENERIMAAN

PERBELANJAAN

22

Disediakan Oleh :

Disahkan Oleh :

(SITI ROZI BINTI DAUD) Bendahari Kehormat, PIBG SMKSM

(KANIZA BINTI YONG) Pemeriksa Kira-Kira, PIBG SMKSM

23

KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SMK SEBERANG MARANG SESI 2010/2011

/ = HADIR 0 = TIDAK HADIR 0/ = TIDAK HADIR BERSEBAB

24

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SEBERANG MARANG KALI KE 7 2010


1 A. LATIF BIN SALLEH 2 3 4 5 ABD ROHIM BIN SULAIMAN ABD. RAHMAN BIN KASSIM ABDUL HALIM BIN ABD KADIR ABDUL MAJID BIN ABDULLAH ABDUL RASYID BIN ABDULLAH 37 CIK MINAH BT. MAMAT 38 DAUD BIN SETAFFA 39 DZOLFAKAR BIN DAUD 40 ESAH BT. ISMAIL 41 ESAH BT. MAT RAZI 42 ESAH BT. OTHMAN 43 FADHLINA BINTI MOHD 44 FAMI BT. ABU BAKAR 45 FARIDAH BT JUSOH 46 FARIDAH BT. AB. HAMID 47 FARIDAH BT. HARUN 48 FARIDAH BT. JUSOH 49 FARIDAH BT. MUDA 50 FATIMAH AINA BINTI ABDUL MAJID

6 ABDUL MALIK BIN MALIKI 7

8 ABDULLAH BIN ISMAIL 9 ABDULLAH BIN OMAR 10 ADAM BIN HARUN 11 AHAHLINI BT. EMBONG 12 AHAMAD JEFFRI BIN JAAFAR AISHAH BT. AWANG HITAM

51 FATIMAH BT. ABD. GHANI 52 FATIMAH BT. CHE KAB 53 FATIMAH BT. IBRAHIM 54 FATIMAH BT. MUSOFFA 55 FATIMAH BT. NGAH 56 FATIMAH BT. SAID 57 FATIMAH BT. SHAFEI 58 FAUZI BIN MOHAMAD 59 FAUZIAH BT. ISMAIL 60 FOUZIAH BT. IBRAHIM 61 GHAMELAH BT. PUTEH 62 GHAMUNAH BT. HAMZAH 63 GHAZALI BIN M. AKIL 64 HAMIZA BT. HAMID 65 HAMZAH BIN IBRAHIM 66 HAMZAH BIN KUNYALAM 67 HARUN BIN MOHAMAD 68 HASAH BT. ABD. RAHMAN

13 AHMADI BIN OTHMAN 14

15 ANITA BT. CHIK 16 ANITA BT. YUSOF 17 ASIAH BT. IBRAHIM 18 ASIAH BT. MAMAT 19 ASMA BINTI DOLAH 20 ASMADI BIN ABDULLAH @ HAMZAH

21 AWANG HITAM BIN MOHD 22 AYUP BIN AWANG 23 AZAM BIN MOHAMAD 24 AZIZAH 25 AZIZAH BT. ABDULLAH

25

73 HEMAS BT. HAMZAH 74 ISMAIL BIN ABDULLAH 75 ISMAIL BIN MOHD AMIN 76 JALAHA BT. JUSSOH 77 JAMILAH BT. AB. RAHMAN 78 JAMILAH BT. EMBONG 79 JASLINA BT. MAT AROFF 80 JUNAINI MUHAMAD 81 JUSOH BIN DERAMAN 82 KADIR BIN JUSOH 83 KAMALUDIN BIN TAHIR 84 KAMARIAH BINTI OMAR 85 KAMARIAH BT. ISMAIL 86 KAMARIAH BT. MOHD SALLEH

111 MARHAMAD BT. NORBIT 112 MARIAM BINTI YAAKOB 113 MARIAM BT. KHALID 114 MAS AYU BT. ISMAIL 115 MASLIZA BT. MOHAMAD 116 MASTURA BT. YUSOF 117 MAT ALI BIN SAFFIE 118 MAT ISA BIN JUNUS 119 MAZIAH BT. OMAR 120 MAZIHAH BT. ABDULLAH 121 MAZNAH BT. MOHD 122 MAZUKI 123 MAZURA BINTI MUSA 124 MD JENING BIN IBRAHIM 125 MD NOR BIN BAKAR 126 MD PAUZI BIN ABDULLAH 127 MD. KAMIL BIN MD. NOR 128 MINAH BT. HASAN 129 MOHAMAD AWANG 130 MOHAMAD BIN ISMAIL 131 MOHAMAD BIN SAID 132 MOHAMAD HUSSIN BIN MUDA MOHAMMAD HASNEZAM BIN ABDULLAH

87 KAMARUDDIN BIN AWANG 88 KAMSIAH BINTI RANI 89 KANIZA BINTI YONG 90 KASMANI BT. SALLEH 91 KELSOM BT. AWANG 92 KHAIRUDIN BIN JUSOH 93 KHALESOM BT. AWANG 94 KHALIJAH BT. OMAR 95 KHAMISAH BT. MD ADNAN 96 KHAMSAH BINTI JUSOH 97 KHATIJAH BT. MAHMUD 98 LATIFAH BT. CHOH 99 LIJAH BT. MAIDIN 100 LIMAH BT. IBRAHIM 101 M. NOR BIN ALI 102 MAHANI BT. ENDUT 103 MAHANI BT. OMAR 104 MAIMON BINTI ABDULLAH 105 MAIMON BT. KASIM 106 MAIMON BT. SALLEH

133 MOHAMAD ZAN 134

135 MOHD ARSYAD BIN KADIR 136 MOHD ASRI BIN MUDA 137 MOHD ASSRI BIN MAT NOOR

138 MOHD AZAM BIN ISMAIL 139 MOHD AZMI BIN SULONG 140 MOHD BIN BAKAR 141 MOHD BIN MA AT 142 MOHD BIN MAHMUD

26

149

MUHAMMAD NAJMI LIEW BIN ABDULLAH NADIAH BINTI MOHD SALIM

187 NORRIAH BT. HASSAN 188 189 NURULHADAH BT. ABD. GHANI NURULHUDA BINTI BAHARUDIN

150 MUSTAFA BIN OTHMAN 151

152 NGAH MUHAMMAD 153 NGAH BIN ABU BAKAR 154 NIK AMIR HISHAM 155 NIK BIN MUKHTAR 156 NOMAR ABD. RAHMAN 157 NOOR AINI BT. YUSOF 158 159 160 161 162 NOOR AZIZAH BT. YAAKOB NOOR KAMARIAH BT. ZAKARIA NOOR ROBIAH BT. AWANG NOORHAYATI BT. ABDULLAH NOORUL ADAWIAH BINTI JUSOH

190 OMAR BIN JUSOH 191 OTHMAN BIN ABDULLAH 192 PAUZIAH BT. NORBIB 193 RAMELA BT. A. BAKAR 194 RAMLAH BT. ISMAIL 195 RAMLAH BT. TAIB 196 ROBIAH BT. ARIFIN 197 ROGAYAH BT. YAHYA 198 ROHADA BT. IBRAHIM 199 ROHANA BT. MOHD NOOR 200 ROHANA BT. SALLEH 201 ROHANI BINTI NGAH 202 ROHANI BT. AWANG 203 ROHANI BT. HARON 204 ROHANI BT. HUSIN 205 ROHANI BT. IDRIS 206 ROHANI BT. OMAR 207 ROHAYA BT. OTHMAN 208 ROHAYATI BT. ABD. GHANI

163 NOR AMALIA BINTI KASIM 164 NOR AZIAH BINTI CHE ALI 165 NOR AZILAWATI BT. ISMAIL NOR KAMSIYA BINTI AWANG

166 NOR AZIZAH BT. YAACOB 167

209 ROKIAH BINTI SEMAN 210 ROKIAH BT. ADAM 211 ROMAH BT. HASAN 212 ROPEAH BT. ISA 213 ROSDIN BIN KHAYIM 214 ROSEMAZE BINTI RAWI @ CHE TEH

168 NOR LAILA BT. MOHD 169 NORA BIN SIDIK 170 NORAH BT. DOLLAH 171 NORAINI BT. NAIM 172 NORAINI BT. SULONG 173 NORAIZA BINTI ZUBIR 174 NORHAYATI BINTI ISMAIL NORHAYATI BT. MOHD

215 ROSIDAH BINTI RAMLI 216 ROSLAIMI BT. ALI 217 ROSLI BIN MAT HASSAN

27

225 ROSNANI BT. ADAM 226 ROSNANI BT. MOHD TAIB 227 ROSNANI BT. MOKHTAR 228 ROSNANI BT. NARUDIN 229 ROSNAWATI BT. OMAR 230 ROZIHA BINTI NIK MANSOR

265 SULONG BIN ISMAIL 266 SURAYA BINTI RAMLI 267 SURIA BT. ABDULLAH 268 SURIANI BT. CHE LAH 269 TENGKU NOOR KAMILAH 270 TG. SALMA BT. TG. HARUN 271 272 273 274 W. HAMIDAH BT. W. AHMAD WAN AHMAD MAZUDDIN BIN WAN OTHMAN WAN AHMAD BIN WAN DERAMAN WAN AHMAD JAFNI BIN WAN MUSA WAN ZULPANI BIN W. AHMAD WAN. ABD. RAHMAN BIN WAN SULONG

231 ROZITA BT. ABD. RAHIM 232 ROZITA BT. MANSOR 233 RUHANI BT. OMAR 234 RUHAYA BT. AWANG 235 SABIAH BT. OMAR 236 SAFIAH BT. ISMAIL 237 SAKINAH BINTI MAMAT 238 SALEHA BT. YASIM 239 SALINA BT. DERIS 240 SALINA BT. ISMAIL 241 SALMAH BT. CHUH 242 SAMSIAH BT. KADIR 243 SAPINI BT. MD. RAZALI @ YUSOFF

275 WAN MUSA BIN ABDULLAH 276 277

278 WOK BT. MOHD 279 YASIN BIN MUDA 280 YONG BIN ABDULLAH 281 YUSOF BIN BUNIYAMI 282 YUSOF BIN NORBIB 283 ZABIDAH BINTI ABAS 284 ZAHANI BINTI MOHD ALI 285 ZAIDAH BT. YUSOF 286 ZAIFAH BT DERAMAN 287 ZAILAN BINTI MUSTAFFA 288 ZAILANI BIN ZAKARIA 289 ZAIMAH BT. LONG 290 ZAIMAH BT. MAMAT 291 ZAIMAH BT. SULAIMAN 292 ZAINAB BT. AKIL 293 ZAINAB BT. KUNING 294 ZAINAL BIN ABU BAKAR

244 SARIPAH BT. ABDULLAH 245 SELAMAH BT. SALLEH 246 SELAMAH BT. YAHAYA 247 SEMEK BT. AWANG 248 SEMEK BT. MERAH 249 SENAH BT. JUSOH 250 SH. HALJAH BT. SYED EMBONG SHAMSIAH BINTI MAT DERIS SHAMSUDDIN BIN MOHAMMAD SHARIFAH ROZIMAH BINTI

251 SHAMSIAH BINTI MOHD 252

253 SHAMSIAH BT. MOHD 254 255

28

304

ZAKIAH BINTI MUHAAMMAD

305 ZAKIAH BT. SALLEH 306 ZALIFAH BT. YAACOB 307 ZALIHA BT. MUDA 308 ZAMAH BT. MUHAMMAD 309 ZENOM BINTI SALLEH 310 ZUBAIDAH BT. KASHIM 311 ZUL AIZAM BIN YASSIN 312 ZULKIFLI BIN YUSOFF 313 ZUNAIDAH BT. ABD RAHMAN

314 ZURAFINA BT. HASHIM 315 ZURAIDA BT. MUHAMAD 316 ZURIAWATI BT ZAKARIA

29

Sentuhan kreatif Hasnezam & Rosidah


30

You might also like