You are on page 1of 7

LAPORAN KURSUS NAMA KURSUS : KURSUS PENYATA KIRA-KIRA KEWANGAN MASJID TARIKH : 23-24 FEBRUARI 2005 TEMPAT : BILIK

SEMINAR, KOLEJ KOMUNITI LEDANG PENCERAMAH : PN MAHANOM BINTI ISMAIL PN HAMIDAH BINTI ABD RAHMAN CIK LATIFAH BINTI NEN

PESERTA Peserta peserta kursus adalah terdiri daripada bendahari masjid di ke semua masjid yang terdapat di daerah Muar

PENCERAMAH/PENSYARAH Kursus penyata kewangan ini telah dikendalikan oleh pensyarah di dalam bidang perakaunan di Kolej Komuniti Ledang, Johor

YURAN KURSUS Semua peserta yang terlibat dikenakan yuran sebanyak RM15.00 sahaja untuk bahan kursus, bayaran pendaftaran, makan dan sijil penyerta

PERJALANAN KURSUS

Kursus berjalan selama dua hari berturut turut iaitu pada hari rabu dan khamis. Kedatangan para peserta diambil pada setiap sesi kursus. Sijil penyertaan kursus adalah dikeluarkan oleh Kolej Komuniti Ledang kepada semua peserta

KESIMPULAN KURSUS

PERJALANAN KURSUS Secara keseluruhan, kursus penyata kewangan ini adalah berjalan dengan lancar. Penyampaian kursus oleh para penceramah turut menggunakan modul kursus seperti yang telah dilampirkan. Modul yang disediakan ini dapat membantu para peserta untuk lebih faham dengan lebih jelas terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah kursus. Selain daripada itu, modul ini juga dapat dijadikan panduan dan rujukan peserta selepas berakhirnya kursus

PENCERAMAH KURSUS Para penceramah telah dapat mengendalikan kursus ini dengan baik dan dapat menarik perhatian peserta dalam memahami ilmu perakaunan ini dengan lebih mendalam

KEMUDAHAN BILIK SEMINAR Semua peserta dapat menggunakan kemudahan yang terdapat didalam bilik seminar dengan selesa tanpa sebarang rungutan dan masalah.

Laporan disediakan oleh : En Mohd Yusri Bin Md Yusoff

LAPORAN KEWANGAN

LAPORAN KEWANGAN KURSUS PENYATA KEWANGAN MASJID FASA 1 Pendapatan Yuran pendaftaran peserta ( RM30 x 39 orang) RM 1170 RM

JUMLAH PENDAPATAN

1170

Perbelanjaan

RM

RM

Makan ( RM6 x 2 hari x 39 orang ) Yuran hasil ( RM 15 x 39 orang) Bahan bercetak

468 585 117

JUMLAH PERBELANJAAN

1170

KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK KURSUS PENYATA KEWANGAN MASJID FASA 1 PADA 23 FEB 24 FEB

Pada akhir program kursus penyata kewangan masjid, satu boring soal selidik telah diedarkan kepada para peserta bagi menilai perjalanan dan kesesuaian program yang telah dijalankan. Mereka diminta memberikan jawapan kepada beberapa item tersebut seperti berikut :Gred 1 lemah 2 memuaskan 3 baik 4 cemerlang

Sebanyak 39 borang soal selidik telah diedarkan A. ANALISIS KURSUS MENGIKUT SEGMEN DAN ITEM 1) ISI PENYAMPAIAN PENCERAMAH

BIL 1

ITEM Penyampaian isi kandungan mencapai objektif yang diharapkan Penceramah telah menyampaikan perbentangan dengan berkesan

1 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

2 4 (10%) 4 (10%) 3 (8%) 2 (5%) 0 (0%)

3 14 (36%) 15 (39%) 18 (46%) 14 (36%) 9 (23%)

4 17 (44%) 17 (44%) 14 (36%) 15 (39%) 24 (62%)

Kandungan kursus/ceramah telah disusun mengikut susunan yang sesuai

Peserta adalah dari kumpulan sasaran yang sesuai

Tempat ceramah/kursus sesuai dengan tajuk dan peserta

0 (0%)

Ceramah boleh didengar dengan jelas

1 (3%)

0 (0%)

15 (39%)

17 (44%)

Penceramah telah berinteraksi bersesuaian dengan tajuk

0 (0%) 0 (0%)

0 (0%) 2 (5%)

15 (39%) 15 (39%)

16 (41%) 16 (41%)

Masa dan tempoh ceramah adalah bersesuaian

2) PENGGUNAAN ALAT PANDANG DENGAR

BIL 1

ITEM Penceramah telah menggunakan alat bantuan yang sesuai dalam menyampaikan ceramahnya

1 0 (0%) 0 (0%)

2 2 (5%) 4 (10%)

3 20 (51%) 14 (36%)

4 14 (36%) 17 (44%)

Alat ceramah (nota, OHP, transperensi, model dan sebagainya) yang diadakan adalah bersesuaian dengan tajuk

3) PENYELENGGARAAN JAMUAN DAN MAKANAN

BIL 1

ITEM Jamuan yang disediakan

1 1 (3%)

2 3 (8%)

3 14 (36%)

4 15 (39%)

B) CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan maklumbalas yang dinilai melalui soal selidik yang telah diberikan kepada para peserta, terdapat beberapa cadangan dan usul yang akan dipertimbangkan untuk penambahbaikan kursus dimasa akan datang Diantara cadangan dan komen para peserta yang mendapat perhatian ialah : 1) Dibahagian pendaftaran memerlukan meja dan seseorang yang membantu dalam urusan pengisian borang pendaftaran 2) Menyediakan air mineral ataupun gula gula semasa kursus sedang dijalankan bagi mengelakkan peserta mengantuk dan keletihan 3) Proses pendaftaran dilakukan berdekatan dengan tempat kursus dijalankan bagi mengelakkan peserta tersesat dan berjalan agak jauh 4) Pengisian slot lawatan ke sekitar kolej pada hari pertama bagi sesi pengenalan untuk mengelakkan peserta menjadi asing berada di perkarangan kolej 5) Perubahan jadual kursus dimana peserta diberikan sarapan terlebih dahulu sebelum mamulakan kursus ekoran daripada ramai dikalangan peserta yang tidak sempat untuk bersarapan pagi 6) Tanda arah parking hendaklah diletakkan ditempat yang sesuai bagi mengelakkan kesulitan kepada para peserta meletakkan kenderaan mereka 7) Menyediakan seorang juruaudit dalaman bagi membantu masjid terpilih menyediakan penyata kira kira masjid dengan betul dan melihat keberkesanan kursus 8) Penyediaan wang sebanyak RM10 daripada para peserta ketika pendaftran bagi proses pembahagian gambar kenangan semasa berkursus 9) Penyediaan satu format rasmi oleh juru acara yang akan diberikan kepada wakil peserta untuk bercakap bagi mengelakkan berlakunya kesilapan protokol contohnya susunan pangkat sesuatu organisasi 10) Pada masa akan datang kursus yang diberikan hendaklah dimulakan dari pengenalan kepada asas akaun kerana terdapat segelintir peserta yang kurang pengetahuan mengenai bidang akaun C) RUMUSAN

Secara keseluruhannya,berdasarkan analisis yang dijalankan, para peserta berpuas hati dengan pengisian program dari aspek slot slot ceramah, penyediaan tempat kursus dan penyediaan makanan. Segala cadangan dan usul yang telah dimaklumkan oleh para peserta akan dipertimbangkan dan penambahbaikan akan dilakukan pada masa akan datang bagi melicinkan perjalanan kursus

You might also like