You are on page 1of 15

Hutan Paya Bakau

Oleh : Ahmad Zhafri bin Md Noor

Pendahuluan
1. Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. 2. Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.

3.Lebih kurang 0.11 juta hektar hutan paya bakau di semenanjung Malaysia, 0.32 juta hektar di Sabah dan 0.17 juta hektar di Sarawak. 4.Boleh didapati di zon antara pasang surut yang berlumpur dan terlindung. 5. Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.

Hutan Paya Bakau Matang


1. Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.

Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Hutan paya bakau di Hutan Simpan Matang mempunyai pengurusan jangka panjang yang sistematik dan terbaik di dunia. Hutan paya bakau membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang.

Selangor ( Pulau Klang, Banjar Utara dan Banjar Selatan ) Johor (Pulau Kukup, Tanjong Piai dan Gelang Patah) Bahagian Pertama (Sungai Sarawak dan Sungai Saadong) Bahagian Keenam ( keseluruhan delta Sungai Rajang) Sabah ( bahagian pantai timur)

Contoh-contoh Hutan paya bakau Sungai Perak) Perak (Matang dan Kualadi Malaysia

Mempunyai pelbagai hidupan liar terutama haiwan avifauna

Apakah jenis biodiversiti / flora yang didapati

Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.

Mengapakah biodiversiti hutan amat bernilai?


1.Penting dalam industri perikanan ,pembentukan dan perlindungan kawasan sepanjang pinggiran pantai dan hasil hutan 2.Melindungi pesisir pantai dari terhakis 3.Menjaga keseimbangan alam 4.Menjadi habitat bagi haiwan-haiwan seperti Ini termasuklah udang putih (Penaeus merguiensis, P. indicus, P. vannemei), ikan kerapu (Epinephelus tauvina), ikan siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla serrata) dan belanak (Mugil spp.).

Kawasan ini juga digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah untuk bertelur dan berehat. Di samping itu, dugong, monyet pemakan ketam, biawak dan penyu turut menggunakan kawasan ini untuk mencari makanan. Hutan bakau turut menjadi habitat untuk beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan seperti harimau. Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara. Hutan bakau sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga berjaya menebus guna tanah dari laut dengan membentuk satu kawasan delta yang luas.

Apakah masalah yang didapati oleh hutan paya bakau akibat tindakan dan aktiviti manusia?
1.Pertanian 2.Perumahan 3.Skim akuakultur 4.Penebangan kayu untuk perabot dan peralatan 5.rumah 6.Pembinaan bandar.

Langkah-langkah Pemulihan dan Pemuliharaan


1.Dilindungi oleh santuari dan taman negara. 2.Peruntukkan undang-undang yang tegas 3.Penguatkuasaan oleh pihak berwajib 4.Mengadakan kempen sayangi paya bakau dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Sekian

You might also like