You are on page 1of 9

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Topik1 - Membentuk dan Membina Binaan


Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi ini, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan perhalusi agar hasilannya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud,iaitu objek nyata dan boleh dipegang. -mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil,licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. 1.1 BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG -bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan,atas dan bawah. -berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi -Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. -ditunjukkan dengan objek di hadapan lebih besar dan semakin kecil apabila ia terletak semakin jauh. -digambarkan melalui penggunaan warna yang terang bagi objek yang dekat dan kelihatan semakin kabur pada objek yang terletak semakin jauh. -Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentukbentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam. -Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya. 1.2 BENDA-BENDA ALAM DAN BUATAN MANUSIA -Benda-benda alam- manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, buah-buahan, hidupan laut, bungabungaan dan berbagai lagi yang sebahagian besarnya berbentuk organik. -Benda-benda buatan manusia seperti meja, kerusi, televisyen, rumah, kereta, almari dan berbagai lagi yang banyak menguasai bentuk geometri -manusia banyak menggunakan bentuk geometri yang simetri adalah untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan dari segi reka bentuknya. -kubus, silinder, piramid, kon, kuboid dan sfera. 1.3 TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1.3.1 Tingkatkan Daya Kreativiti -membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. Herbert Read (1958)

-June King Mc Fee yang mengatakan bahawa kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada -Carl Rogers pula mengatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan cirri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. -Viktor Lowenfeld, kreativiti itu adalah suatu naluri semula jadi sejak lahir yang digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Ia dapat dilakukan melalui keinginan dan naluri ingin bertindak. Tahap perkembangan Kreativiti menurut Viktor Lowenfeld 1. Kepekaan 5. Keupayaan Menganalisa 2. Fleksibiliti 6. Keupayaan Sintesis 3. Keaslian 7. Makna baru 4. Keterbukaan 8. Ketekalan organisasi Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanakkanak? 1. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak denganmerujuk buku-buku bergambar, bercerita,menonton filem, menayang slaid dan gambar foto. 2. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaa n dan kraf tangan. 3. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik danberketerampilan 4. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. 5. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan. 6. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat tempat strategik. 7. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar. 1.3.2 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan dilakukan untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. tema atau hal subjek yang penting. (a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk. (b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis -Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. -Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. (c) Aliran dan Tema Sejagat -jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman -Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian -Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri -Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku? (a) Pemerhatian dan Kajian Visual -Frank Barron dan Irvin Child, artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir, mengurus maklumat visual berbanding bukan artis. -Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahirankemahiran seni. -J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa berbanding dengan tukang dan pereka bentuk. (b) Perubahan Cara Bekerja Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan. (c) Penerokaan Simbol danMakna Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan membuat penyelesaian masalah,membuat inkuiri penemuan akan lebih memaknakan lagi hasil penerokaan kajian.

Pertimbangan untuk Membuat Penerokaan dan Eksperimentasi Bahan 1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula. 2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. 3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotakkotak,tisu, gam dan sebagainya 4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? 1. Memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek. 2. Memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia. 3. Memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran. 4. Memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan. 5. Memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar. 1.3.3 Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi
1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. 2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. 3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. 4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk. 5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. 6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. 7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. 8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. 9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. 10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. 11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. 12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.4 KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1.4.1 Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi -memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus belajar dan berkarya. -mengenal dan mengesan ciri-ciri objek tiga dimensi antaranya: 1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. 2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. 4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen. 5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan,kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh. 7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kriteria penghasilan:
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat tumbnail-print sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek. 3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang. 4. Pilih teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat di samping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kalidiaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

1.4.2 Mengenali Pelbagai Bentuk Asas BENTUK GEOMETRI BENTUK ORGANIK Kubus , kuboid , kon , Manusia , binatang , sfera , selinder , hidupan laut , tumbuhpiramid. tumbuhan , buahbuahan , dedaunan.

Topik 2 Arca
Pengenalan Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya (Gaunt 1966: 1). -seni arca di Malaysia asalnya berkaitan dengan magis yang digunakan oleh kaum asli bagi tujuan keagamaan dan perubatan. -Pengarca Malaysia terdiri daripada Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian Seng. Jenis-jenis Arca Arca tambahan Asemblaj Luakan Timbulan Binaan

Mobail Stabil Instalasi Land

2.1 KATEGORI ARCA - asal-usul pengkaryaan bersifat realis iaitu menampilkan objek patung manusia dan binatang sebagai suatu representasi mesej. - ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan ARCA ESTETIK ARCA BERFUNGSI Bahan peragaan/tatapan Boleh diguna pakai Sebagai hiasan sebagai alat permainan, dalam/luar bangunan tempat permainan Punyai makna yang kanak dan lanskap mendalam dan Sebagai alat ritual, pengetahuan yang penyembahan dan intelektual keagamaan Keperluan domestik

MEDIA PENGHASILAN ARCA 1. TANAH LIAT Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu digunakan untuk arca 2. GANGSA Gabungan tembaga, zink dan timah Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi Gunakan acuan untuk membentuk arca

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3. BATU Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir Sering kali batu digabung dengan logam 4. LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan 5. KAYU Media paling tuaMelalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu Banyak dipraktikkan oleh Masyarakat pribumi Malaysia 2.2 ALAT DAN MEDIA DALAM PEMBUATAN ARCA 1. Arca timbul-Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat,papier mashe, tanah liat, Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis,kikir pari, kertas pasir dan lain-lain. [Still Life With Musical Instruments oleh Jaques Lipchitz (891-1973)] 2. Asemblaj-Kayu, logam, batu, simen, bongkahbongkah, spare-part kenderaan,bahan kutipan, besi, roda dan sebagainya. [Bicycle Wheel oleh Marcel Duchamp (1887 1968), Perancis.] 3. Mobail-Besi, dawai, kertas, tali temali, kepingan logam, kad bod. [Horizontal Spines oleh Alexander Calder, 1942.] 4. Stabail-Simen, kepingan logam, plastik, spareparts kenderaan, besi,logam, papan dan sebagainya. [Homage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art oleh Jean Tinguely (1925-1991).] 2.3 TEKNIK PENGHASILAN 1. Arca timbul-Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh di buat secara: i. Acuan ii. Tampalan iii. Asemblaj iv. Binaan 2. Asemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan; i. Kimpalan ii. Binaan ii. Cantuman skru/paku iv. Gam

3. Mobail-Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang digunakan; i. Kimpalan ii. Gam iii. Skru iv. Ikatan 4. Stabail-Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan; i. Kimpalan ii. Skru iii. Ikatan iv. Acuan v. Binaan 2.3.1 Penyediaan Lakaran Idea Asas dan prinsip seni reka berdasarkan kepada perkara-perkara berikut; Menentukan subjek dan tema Menentukan alat dan media Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran2 kecil) Memilih salah satu lakaran yang terbaik Memperinci lakaran 2.3.2 Proses Membentuk Arca proses berikut merupakan urutan yang perlu dilakukan; Membuat model kecil/prototaip Membuat kerangka atau struktur Membuat arca yang sebenar Kemasan dan persembahan 2.4 PERSEMBAHAN HASIL KERJA 2.4.1 Ekspresi Diri Persembahan hasil kerja yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Bentuk arca menepati tema dan topik. 2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan. 3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. 5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan,kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 6. Asli, unik dan berketerampilan.

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

2.4.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut: 1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat tumbnail-print bertujuan untuk membuat pilihan yang terbaik. 3. Kaedah mengguna alat perlu betul dan mengikut peraturan. 4. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada,labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. 5. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat. 2.4.3 Apresiasi Apresiasi arca dilakukan berpandukan empat perkara berikut: 1. Tajuk dan tema yang sesuai 2. Alat dan bahan yang sesuai 3. Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan 4. Kesesuaian Secara keseluruhan

3.3 JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI a) HAIWAN Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung juga dinosaur, serangga dan singa laut b) BARANG PERMAINAN sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature). c) TUMBUHTUMBUHAN terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip. d) PERHIASAN/ BARANG PERMAINAN direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan. 3.4 ALAT DAN MEDIA 3.4.1 Kertas Origami - segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah - Saiz kertas 15sentimeter. - Media lain - fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Prosedur untuk Pemilihan Kertas: 1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat 2. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan. 3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek. 4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas computer merupakan kertas yang sesuai untuk origami. 5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik 6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan sepertiEaster Egg Basket, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas water colour yang sebenar. 7. teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan. 8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Topik3 Origami
. Seni melipat kertas ini dipanggil origami. . bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. . berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. 3.1 EJARAH ORIGAMI - kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkanpada abad pertama di China iaitu Tsai Lun. - Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. - orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan bentuk geometri pada kertas. 3.2 ORIGAMI DI BARAT - mula dikenali pada tahun 1920 apabila kertas ajaib oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku - 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain.

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

JENIS-JENIS KERTAS
1. KERTASWASHI Berkualiti tinggi daripada Jepun Buatan tangan dengan teknik yang istimewa Corak elegan seperti fabric broked Lebih mengekalkan keindahan model yang telah 2. KERTAS KERAJANG Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain Kadangkala bercorak timbulan dan licin Permukaannya berkilau dan berkilat 3. KERTAS SEPASANG Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik Spray adhesive untuk melekat pasangan kertas Origami dibentuk

3.6 SIMBOL DAN KAEDAH

3.4.2 Gunting - tidak digalakkan ketika membentuk origami. 3.4.3 Pisau Kraf Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. Sebelum mula memotong kertas, pastikan kad yang tipis diletakkan di dalam kertas supaya pisau yang digunakan tidak merosakkan permukaan kertas. 3.5 PROSES DAN TEKNIK PEMBUATAN MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG MUDAH DAN CEPAT
1. Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan 2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau 3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga 4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan 5. Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut 6. Segi empat tepat siap

Topik4 Asemblaj
4.2 Asemblaj 4.2.1PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN 1. Playa- Playar pemotong - Playar muncung - Playar pengapit 2. Gunting dawai/zing - gergaji besi 3. Ragum - ragum apit - ragum meja 4. Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam, besi dan bar besi 5. Pemotong besi - gergaji besi elektrik 6. Tujuk besi -Tukul kayu - Ganden kayu - Tukul kepala muncung 7. Gerudi elektrik + Pelbagai jenis mata gerudi 4.2.2 Bahan/Media 1.Aluminium 2.Plaster of Paris 4.Timah 5.Besi waja 7.Tanah liat

Tips2 utk melipat kertas:


1. Lipat di atas permukaan meja @ kayu yg keras. 2. Slb. Melipat setiap rekaan, pastikan kertas yg. Digunakan segi empat sama @ 2X1 segi empat sama. Tdk. Terlalu kecil,terlalu besar,terlalu tebal @ terlalu nipis. 3. Lipat dgn perlahan-lahan & tergopoh-gopoh,teliti dan kemas. 4. Lihat pd diagram & baca segala rahan. Lihat symbol, valley @ mountain dan bagaimana ianya bergerak langkah demi langkah. 5. Terus lihat ke hadapan utk hasilan mengikut illustrasi berpandu. 6. Utk. bentuk, jgn lihat langkah scr. berasingkan pandang langkah seterusnya, kemudian ke belakang, ke hadapan & seterusnya.

3.Besi 6.Bongkah Kayu

4.2.3 Proses Asemblaj Dilakukan . Kimpalan . Gam plastic . Tanggam . Ikatan . Jahitan .Menggunakan skru, bol dan nat

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

4.2.4 Penyediaan Lakaran Idea 1. Setelah dapatan kajian diperolehi, pengarca akan memilih alatalatan yang diperlukan untuk menghasilkan arca. Begitu juga dengan pemilihan bahan binaan arca asemblaj tersebut. 2. Sebelum menghasilkan karya, lakaran-lakaran kecil dalam konteks penjanaan idea dilakukan. Tujuan untuk memperoleh hasilan asemblaj yang berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. 3. Daripada beberapa lakaran/sketsa yang dijana tadi, pilih satu lakaran yang terbaik dan tinggi nilai estetikanya. Kembangkan idea dan buat perincian (details) untuk penghasilan karya pada saiz yang dirancang/sebenar. 4. Mengemaskinikan lakaran. Untuk memperoleh dapatan lakaran karya yang baik, buat beberapa pertimbangan dari pelbagai kemungkinan seperti penstrukturan reka bentuk, kesesuaian bahan dan alatan serta teknik. 4.2.5 Penjanaan Idea (Thumbnail-Print) 4.2.6 Pemilihan Lakaran Akhir utk. Penghasilan karya Asemblaj drpd Sketsa2 4.2.7 Proses Membentuk Asemblaj
Membuat model kecil atau prototaip-merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini di samping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan. Membuat kerangka atau struktur-kerangka sesuatu asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting untuk kawalan bentuk di samping menjadikan asemblaj lebih kukuh dan seimbang. Membuat asemblaj yang sebenar-Bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah binaannya sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar. Kemasan dan persembahan-Untuk mendapatkan hasilan yang baik, proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahan asemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan sebagainya akan menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.

4.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

4.3.1 Ekspresi Diri Cirri-ciri estetika: 1. Menepati Tema dan Tajuk . tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca . berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes,kegilaan idea dan lain-lain. 2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan . asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media 3.Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat . terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. . disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang. 4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik . mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. . Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik 5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan . digubah berdasarkan asas seni reka. . terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. 6. Asli, Unik dan Berketerampilan . tiada Ciplakan atau plagiat . suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap si pengkarya. 4.3.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran mengaplikasi alat, bahan dan teknik sering kali merujuk kepada lima perkara yang berikut: 1. Kesesuaian Tajuk, Tema dan Teknik yang Dikaitkan dengan Pemilihan Alat dan Bahan Pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan untuk menghasilkan asemblaj yang dirancang. Pemilihan alatan ada kaitan dengan pemilihan bahan binaan asemblaj. Tema menentukan kombinasi alat dan bahan serta bagaimana konsep gabungan (assemble) ke atas objek pilihan di susun atur. Teknik juga mempengaruhi terhadap pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat Thumbnail-print Bertujuan untuk Membuat Pilihan yang Terbaik Thumbnail-print dianggap suatu kemestian untuk mendapatkan hasil karya yang mapan dan menarik.

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Setiap thumbnail-print ditentukan oleh tajuk dan tema serta hal subjek. Sketsa thumbnail-print asemblaj mengambil kira asas seni reka seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Sketsa thumbnail-print asemblaj juga mengambil kira sebagai asas penghasilan model sebelum karya pada saiz yang sebenar diimplementasikan. Thumbnail-print menjadi sebagai rumus alat, bahan dan teknik yang akan dikaryakan. Sketsa membantu untuk pengesanan dalam konteks peragaan atau tempat pameran sama ada in-door atau out-door 3. Kaedah Mengguna Alat Perlu Betul danMengikut Peraturan Kemahiran penggunaan alat dianggap sangat penting kerana berkaitan dengan keberkesanan hasil, tema dan tajuk. Alatan yang bersesuaian dan mencukupi penting agar proses penghasilan berjalan dengan lancar dan terancang. Alatan digunakan pada tempat yang sesuai seperti bengkel, studio seni dan ruang kerja yang bersesuaian. Alatan diurus dan ditadbir selia dengan baik dan kemas. 4. Kemasan dan Peragaan Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada,labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Tapak asemblaj perlu mantap, stabil dan kukuh. Tekstura yang ditokok tambah pada asemblaj mungkin menjadikan arca ini lebih menarik dan anggun. Kepelbagaian dalam pemasangan bahan perlu mengambil kira rentak, pergerakan, kontra, keseimbangan, kadar banding dan kesatuan imej atau objek. Teliti semula tema dan tajuk asemblaj.

terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil. . Jean Tinguely. Lahir pada 1922- pengarca relief atau arca timbulkarya beliau banyak diperbuat daripada bahan terbuang seperti tayar besi, brek kereta api, enjin kenderaan dan enjin kilang. . Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania merupakan pengarca stabil yang lebih kepada free standing formkarya beliau banyak menggunakan pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan satah satah bentuk. 5.1 ALATDAN MEDIA PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN ARCA STABIL 1. Playar pemotong 2. Gunting dawai 3. Gergaji besi Gergaji kayu 4. Bahan pelekat -Masking tape & gam 5. Pisau pemotong 6. Gerudi elektrik PENGGUNAAN MEDIA UNTUK MENGHASILKAN ARCA STABIL 1. Kayu - Tunggul kayu, Kayu keras, Bongkah kayu 2. Batu marmar - Batu granit 3. Logam Besi, Timah, Tembaga, Aluminium 4. Plastik - Kepingan plastic & Bongkah plastik 5. Plaster of Paris- simen & simen putih 6. Bahan-bahan daripada spare-part kereta 7. Zink kepingan logam 5.1.2 Pengenalan Hal Subjek dlm Arca Stabil Sama ada bentuk stabil dipresentasikan secara abstrak atau realis, unsur keseimbangan bentuk menjadi pertimbangan utama. Keseimbangan adalah ciri utama arca stabil. Di dalam berkarya jenis arca ini, keseimbangan secara seimbang antara kiri dan kanan terhadap karya dipanggil simetri tulen. Manakala keseimbangan yang memihak sebelah kiri atau kanan dipanggil simetri tidak tulen. Seterusnya ruang dipertimbangkan kerana arca stabil banyak diperagakan di luar bangunan dan tanah lapang. Oleh sebab arca ini diperagakan secara out-door pemilihan bahan binaan menjadi pertimbangan yang mesti diteliti dan dipatuhi agar ketahanan arca terjamin dan tahan lama.

Topik5 Stabil
. Stabil berasal dari perkataan stabile yang bermakna statik, kukuh dan mantap. . Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. . Tapak arca (pedestal) kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif. . Alexander Calder- Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. membuat arca daripada besi. Kebanyakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

5.1.3 Pertimbangan Bahan yang Diperlukan untuk Membuat Arca Stabil Boleh Dirumus Seperti Berikut Pemilihan bahan untuk menghasilkan arca stabil 1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula : kepingan logam, besi, kayu, plastic, papan dll. 2. Benda2 drpd alam sekitar : buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dll. 3. Benda2 buatan manusia : manic, kotak2, tisu, gam, besi, paip, bahn kereta, bola dll. 4. Bahan2 terbuang drpd buatan manusia : kaki kerusi yg patah, papan yg. telah terendam. 5.2 PROSES KREATIVITI MENGHASILKAN ARCA STABIL 1. Memerhati mengenali & memahami btk. & ruang objek stabil. 2. Melakar sketsa2 utk mendapatkan penampilan imej yg terbaik & terancang. 3. Memilih satu sketsa yg terbaik dan releven dgn perancangan menghasilkan arca stabil. 4. Membuat proto-type. Diteliti & dibuat tinjauan secara mendalam. Menghasilkan arca stabil mengikut proto-type. 5. Membuat kemasan & menentukan ruang utk peragaan. 5.2.1 Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil
1. 2. 3. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca stabil. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan arca stabil. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan dan seterusnya memasang tapak (pedestal). Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk arca stabil. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di samping melihat kesannya. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi mengikut fungsinya.

5.3 PROSES MENGHASILKAN ARCA STABIL 1. Penentuan Hal Subjek- Hal subjek yang diambil

merujuk kepada alam semula jadi. Contohnya daun kering. Bentuk daun kering diteliti dan dieksplorasi terhadap bentuknya. Buat garisangarisan untuk binaan struktur arca pada peringkat seterusnya. 2. Proses Mereka Bentuk dan Menstuktur-Daun kering dikaji dan diteliti. Rentak liuk dan binaan daun dibentuk dan garisan-garisan mengikut struktur daun mula disurih. Bentuk daun dilihat dari pelbagai posisi dan rentak sehingga membentuk satu reka bentuk yang menarik dan tidak lagi mengikut ciri daun.
3. Proses Mencari Rentak @ Era Daun yg Seterusnya Digubah Menjadi Stabil -Rentak daun

yang dapat dikesan pergerakannya memudahkan untuk menstruktur bentuk dan binaan stabil. Aliran anak panah dilukis untuk memudahkan dapatan stabil yang baik. 4. Menstruktur-Dilakukan dengan melihat rentak objek dan aliran bentuk yang mempengaruhinya. Garisan dilukis sepanjang rentak mengikut bentuk. 5. Menstrukur dan Menghasilkan Rentak-Apabila penstrukturan dibuat, rentak akan mengikuti bentuk baru sebagaimana yang dirancang. Garisan imbangan simetri dilakar untuk menjadikan bentuk stabil lebih jelas dan menarik.
6. Menentukan Kerangka Bentuk dan Isi Padu (Volume)- Bentuk stabil semakin jelas dan

4. 5. 6. 7. 8. 9.

membentuk konsep seperti yang dirancang. 7. Stabil Telah Siap untuk Diperagakan-Stabil di atas dibuat menggunakan dawai mata punai dan kertas tisu yang digam menggunakan kanji. Apabila kerja melekatkan kertas tisu selesai, stabil dikeringkan dan seterusnya dicat.

10. 11.

You might also like