You are on page 1of 6

MAHATMA GHANDI

Nama sebenar Mahatma Ghandi ialah Mohandas Karamchand Ghandi (18691948) lahir dalam keluarga Vaisya di Gujerat telah dipengaruhi oleh doktrin Jainisme,Buddhisme dan Hinduisme mengenai ahimsa (menolak kekejaman). Beliau belajar undang-undang di England dan pergi ke Afrika Selatan sebagai peguam kepada seorang pedagang Islam Gugerat. Beliau melihat diskriminasi perkauman yang berlaku lalu menetap di situ untuk memperjuangkan hak asasi orang India. Di Afrika Selatan,beliau mengembangkan tindakan baharu satyagraha (kuasa kebenaran).Sejak dipenjarakan, beliau menukar cara kehidupan dari segi makanan, pakaian dan menubuhkan ashram. Beliau kembali ke India pada tahun 1915, memulakan perjuangannya menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British pada tahun 1917. Secara beransur-ansur,beliau cuba melibatkan rakyat dalam pergerakan kemerdekaan dan pada tahun 1919, beliau melancarkan pergerakan satyagraha pertama menentang Rowlatt Bill. Pada tahun 1920,beliau mengisytiharkan swaraj (pemerintahan sendiri) dan kemudian menjalankan beberapa kempen satyagraha sehingga mencapai kemerdekaan India pada tahun 1947. Pada 30 Januari 1948,Ghandi dibunuh oleh N.V.Godse, seorang pelampau Hindu kerana melindungi dan menyokong Islam. Tujuan Ghandi adalah untuk mencapai swaraj dan menegaskan penghormatan kepada tenaga buruh manual seperti yang terkandung dalam pemikiran Tolstoy dan Ruskin. Cara-cara yang digunakan bagi mencapai tujuan ini adalah dengan menegaskan hubungan tujuan dan cara, iaitu berdasarkan satya (kebenaran), ahimsa (menolak kekejaman), tapasya (mengawal dan menyeksa diri sendiri).

Pengaruh beliau meluas kerana berdamping dengan rakyat miskindan bertaraf rendah, keberanian diri serta kerja beliau yang konstruktif untuk membantu golongan miskin.

Beliau memperkenalkan cara baharu dalam mengatasi konflik dan memberi definisi baharu bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa.

SIDHARTA GAUTAMA BUDHA


Beliau ialah Siddhartha Gautama Buddha.Pengasas Doktrin Buddhisme.Siddhartha (566 S.M.) ialah nama yang diberi oleh ibu bapanya,Gautama pula ialah nama keluarga (gotra), manakala Buddha pula menandakan seseorang manusia yang mencapai kesedaran kerohanian yang sempurna. Suddhadana,iaitu pemerintah suku kaum Sakya di Kapilavastu (di kaki Gunung Himalaya) merupakan bapa kepada Siddhartha.Ibunya bernama Mahamaya. Suddhadana telah mengasingkan Siddhartha yang membesar di istana dalam keadaan yang penuh mewah tanpa mempedulikan kesengsaraan mnusia disekelilingnya. Apabila beliau dapat mengetahui hal-hal kehidupan, beliau telah mencari kebenaran untuk mengatasi pelbagai penderitaan hidup.Siddhartha berkahwin dengan Subhadrata (sepupunya) dan memperoleh seorang anak lelaki. Ketika berusia 29 tahun, keinginannya untuk mencari kebenaran menyebabkan beliau meninggalkan hidup mewah di istana dan keluarganya,lalu mengembara selama enam tahun berikutnya. Ketika berusia 35 tahun, beliau memulakan pertapaan di bawah pokok Pipal di pinggir Bandar Gaya yang diperintah oleh pemerintah Magadha bernama Bimbisara. Pada hari 49 pertapaan,Siddhartha mengetahui serta sedar mengapa dunia ini penuh dengan penderitaan,iaitu angkara Mara (syaitan) yang telah sedaya upaya menggagalkan pertapaan Siddhartha, tetapi tidak berjaya. Kini Siddhartha merupakan seorang Buddha (manusia yang memperolehi ksedaran kerohanian yang sempurna) telah sampai ke taman rusa di Banares di mana Buddha menyampaikan ajaran pertamanya. Terdapat banyak cerita yang menarik tentang ajaran Buddha.Salah satu daripadanya yang popular ialah cerita tentang seorang wanita yang kehilangan satu-satunya anak lelaki, memohon pada Buddha supaya menghidupkannya semula.

Buddha melarang para pengikutnya daripada melakukan sebarang perkara sihir dengan menggunakan perkara luar biasa yang diperoleh daripada pertapaan.

Buddha meninggal dunia setelah mencapai parinirvana (final blowing out) di bawah sebatang pokok Sal di pinggir Bandar Kusinagara ketik berusia 80 tahun.

Rujukan: Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros.Buku Teks.Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). OXFORD FAJAR.

You might also like