You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PERKAHWINAN WAHIDA & FIRDAUS MONTEREZ GOLF & COUNTRY CLUB AHAD, 6 MAC 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Sekiranya terdapat VIP yang berpangkat semasa majlis berlangsung, sila nyatakan nama satu persatu mengikut turutan berikut:

Yang Amat Berbahagia Tun .... Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri Dato-Dato Sri dan Datin-Datin Sri Dato-Dato dan Datin-Datin Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekelian.

Saya, Mohd Zulhilmi bin Ahmad, adinda kepada pengantin perempuan, bagi pihak keduadua ayahanda dan bonda saya ingin mengucapkan sekalung budi setulus hati dari kami sekeluarga di atas kesudian [sekiranya ada VIP dikalangan mereka yang berpangkat, nyatakan di sini], Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang hadir bagi menyerikan lagi majlis persandingan kekanda saya, Siti Norwahida dengan pasangannya Mohd Firdausbin Mohd Rasdi pada hari yang berbahagia ini. Budi baik semua akan kami kenang selama-lamanya. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada rombongan pengantin lelaki yang diketuai oleh [nyatakan nama ketua rombongan serta nama isteriketua rombongan] di atas kesudian untuk bersama-sama meraikan majlis ini. Tidak lupa saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada sekelian yang hadir di dalam dewan yang mulia ini. Saya bagi pihak keluarga menyatakan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan keberkatan limpah kurnia dan izin dariNya, kami telah menerima seorang lagi ahli dalam keluarga kami. bertambah ceria Semoga dengan kehadiran beliau, keluarga kami akan dan berbahagia untuk selamanya.

Saya memohon jasa baik daripada para hadirin sekelian, untuk sama-sama mendoakan supaya dilimpahkan keberkatan dan kebahagiaan serta dimurahkan rezeki buat pasangan mempelai hingga ke akhir hayat. Kepada kedua kekanda tersayang, bagi pihak ayahanda dan bonda serta semua ahli keluarga, di sini ada sedikit pesanan yang ingin disampaikan buat panduan kekanda melayari bahtera hidup bersama. Dengarkan dan hayatilah maksud kata-kata ini. Adat orang bersuami isteri, Pahit manis sama dirasa, Dalam surut ada pasangnya, Dalam susah ada senangnya, Dalam sempit ada lapangnya. Kalau sedikit, sesudu seorang, Kalau banyak, sesenduk seorang, Kalau untung, sama-sama timbul, Kalau rugi, sama-sama tenggelam. Kalau tebu, seruas seorang, Kalau nangka, seulas seorang, Payung satu, sama berteduh, Perahu satu, sama menyeberang. Makan sepinggan, Minum secawan. Duduk setikar, Tidur sebantal, Sama melangkah seiring sejalan. Mudah-mudahan.... Kasih abadi subur sentiasa, Dendam berahi sepanjang masa. Sayang kekal sampai kiamat, Cinta tak putus sepanjang hayat.

Kepada keluarga kami yang baru, iaitu Yang Dihormati Encik Mohd Rasdi bin ..... dan [nyatakan nama ibu mertua wahida] kami berharap agar dapatlah jua kiranya sama-sama memberikan teguran, panduan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada kekanda saya Siti Norwahida supaya menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik demi kebahagiaan rumahtangga yang mereka bina ini dan seterusnya akan mengeratkan lagi tali persaudaraan yang terjalin, di antara keluarga saya dan keluarga Encik Mohd Rasdi. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada pihak urusetia majlis, saudara mara dan sahabat handai yang telah sudi bertungkus-lumus bersama-sama, menjayakan majlis akad nikah yang telah berlangsung semalam serta juga majlis persandingan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada Pengurusan Montorez Golf & Country Club diatas segala kerjasama yang diberikan sepanjang majlis ini berlangsung. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang terlibat yang namanya tidak sempat saya sebutkan. Terima kasih daun keladi, ada rezeki berjumpa lagi.

Kepada para tetamu yang kami muliakan, jutaan terima kasih di atas cenderahati dan ucapan tahniah yang kami terima daripada hadirin sekelian yang amat kami hargai. Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung. Kami memohon maaf kalau Kuah terlebih garam Gulai terlebih pedas Manisan terlebih gula Nasi ada yang mentah Kami memohon maaf Kalau ada wajah yang tersalah pandang Kalau ada nama yang tersalah sebut Kalau ada gelar yang tersalah ucap, Kalau ada duduk disalah tempat

Saya dengan rasa rendah hati, memohon ampun dan maaf dan sebelum mengundurkan diri saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek bawa ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like