You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN mukasurat

1. 2. 3. 4. 5.

Pengenalan Perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial Penjagaan kesihatan Amalan gaya hidup sihat. Soal selidik

1.

Pengenalan

Kelahiran setiap manusia ke muka bumi ini adalah merupakan satu rahmat daripada Allah S.W.T. Setiap insan akan melalui proses pembesaran bermula daripada zaman kanakkanak, remaja dan dewasa sehinggalah mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Setiap manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini dan berperanan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berlandaskan kepada Al Quran dan hadis. Setiap individu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai kehidupan bermula daripada alam kanak-kanak, alam remaja dan seterusnya ke alam dewasa.

Alam remaja adalah merupakan satu peringkat yang sangat penting dalam pembangunan manusia di mana ia akan membantu mencorak kehidupan di masa hadapan. Alam remaja merupakan satu proses peralihan daripada zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Setiap individu akan mengalami tempoh peralihan yang berbeza bergantung kepada tindak balas hormon di dalam tubuh badan. Menurut definisi yang dibuat oleh Organisasi Kesihatan Sedunia ( World Health Organization, WHO), remaja boleh dikategorikan sebagai golongan yang berada dalam peringkat umur bermula daripada 12 tahun sehinggalah ke 24 tahun. Alam remaja adalah waktu yang amat kompleks. Seringkali, perubahan yang berlaku kepada remaja akan menimbulkan masalah sekiranya tidak ditangani dengan baik. Pada peringkat umur ini, golongan remaja adalah sangat berisiko untuk terjebak dengan gejalagejala yang tidak sihat seperti seks bebas, merokok dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Masalah-masalah ini timbul apabila berlaku perubahan pada diri, perubahan mental dan percubaan-percubaan dalam hidup. Remaja adalah golongan yang baru terbuka mindanya, justeru itu, mereka akan lebih cepat terpengaruh dengan anasir-anasir sama ada baik ataupun buruk. Ia juga merupakan tempoh yang menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan berlakunya tekanan jiwa kepada individu. Apabila melangkah di alam remaja, seseorang individu itu akan mempelajari cara cara menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. Ia bermula dengan proses penyesuaian pada bentuk dan perasaan yang ada pada tubuh dan kemudian penyesuaian dengan manusia dan situasi yang berlainan. Selepas itu,barulah mereka akan melangkah ke alam dewasa.

Remaja akan berminat dan tertarik untuk mencuba sesuatu yang baru. Kadangkala perbuatan mereka adalah bertentangan dan melanggar etika dan norma sosial masyarakat. Ini akan menjadi sesuatu yang merbahaya di dalam hidup remaja terbabit yang mana kadangkala akan mempengaruhi rakan sebaya. Contohnya terjebak dengan gejala pengambilan dadah, merokok dan sebagainya. Pada masa kini, satu fenomena yang biasa kita dengar ialah pertelingkahan di antara remaja dan ibu-bapa. Perkara ini berlaku akibat tidak ada komunikasi kerana adanya jurang generasi. Hal ini menyebabkan berlakunya kes-kes remaja lari dari rumah dan ia menjadi satu fenomena yang menjadi fokus permasalahan remaja masa kini. Remaja menurut Kamus Dewan Bahasa, Edisi Ketiga, ialah seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin. Setiap kanak-kanak yang telah menempuh alam remaja akan mengalami beberapa perubahan daripada segi fizikal, mental, sosial dan emosi. Ini adalah merupakan satu pengalaman yang berbeza dengan alam kanak-kanak. Proses peralihan yang ditempuhi adalah berbeza di antara golongan lelaki dan perempuan. Perubahan boleh berlaku sama ada lebih awal atau lebih lewat. Secara amnya, perubahan bentuk tubuh, emosi dan psikologi mula berlaku pada usia 11 tahun dan berakhir pada usia 19 tahun. Kadar pertumbuhan remaja adalah tid sama dan remaja tidak perlu ak merasa rendah diri atau malu sekiranya lewat mencapai tahap akil baligh.

Golongan remaja akan mencapai proses akil baligh yang berbeza setelah mencapai tahap kematangan. Akil baligh boleh didefinisikan sebagai satu peringkat dalam kehidupan seseorang di mana fizikal tubuh badan berubah daripada seorang kanak -kanak kepada seorang dewasa. Perubahan-perubahan yang berlaku termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'. Ia disebabkan tindak balas bahan kimia di dalam tubuh badan yang dinamakan hormon. Pada tahap mencapai akil baligh, kelenjar pituitari yang terdapat di dasar otak mula mengeluarkan hormon yang akan merangsang pertumbuhan tubuh badan seorang remaja. Salah satu hormon yang paling penting bagi seorang remaja lelaki adalah hormon testosteron. Hormon ini memainkan peranan terhadap pembentukan ciri-ciri kelelakian seperti pertumbuhan bulu di muka, dada, kawasan ari-ari, ketiak dan di kaki. Golongan remaja lelaki akan mengalami ihtilam (mimpi basah) manakala perempuan akan mengalami kedatangan haid.

Adalah penting bagi remaja untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan yang sepatutnya bagi memudahkan mereka menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku. Mencecah alam remaja adalah sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang

membebankan. Remaja yang berilmu akan membawa haluan diri ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan sebagainya.

2.

Perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial 2.1 Perubahan Fizikal Ini adalah peringkat di mana remaja lelaki dan perempuan akan mengalami perubahan

dari aspek zikal iaitu pembesaran dan perubahan bentuk tubuh badan . Perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan. Kadar tumbesaran adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar tumbesaran juga adalah berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Perubahan akil baligh bagi remaja awal ialah peningkatan besar dalam ketinggian. Perubahan akil baligh juga selalunya didahului oleh pertambahan lemak badan, ada remaja awal menjadi gemuk dan pendek pada masa ini. Kedua -dua lelaki dan perempuan mempunyai lemak dalam tempat dada. Lemak di dada perempuan akan kekal, manakala lelaki pula tidak, ia hanya satu peringkat perkembangan sahaja. Perubahan juga berlaku pada saiz otot dan tulang di mana ia mula berkembang. Lemak yang berlebihan di badan lelaki akan hilang, manakala lemak di badan perempuan akan kekal pada bahagian tertentu.Pada waktu awal remaja, bahagian badan yang berbeza berkembang dengan kadar yang tinggi. Proses perkembangan fizikal remaja akan selesai dalam 10 tahun bermula daripada proses permulaan akil baligh. Jenis hormon lelaki dan hormon perempuan adalah berbeza bagi kedua-dua jantina. Lelaki mempunya hormon bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon yang terpenting iaitu hormon testoterone berbanding dengan perempuan, manakala perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan apa yang dimiliki oleh lelaki.

a.

Perubahan Aspek Fizikal Remaja Perempuan Antara perubahan yang akan dialami oleh remaja perempuan ialah berlakunya

pembesaran di bahagian payudara dan bentuk punggung yang melebar. Ini akan lebih menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan yang ada pada remaja. Pada ketika ini, bulu akan tumbuh di bahagian ketiak dan juga di bahagian ari-ari. Golongan perempuan juga akan didatangi haid pada setiap bulan. Waktu haid pertama mungkin berlaku pada awal umur 9 atau lewat umur

16 . Wakt

hai

pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian

dewasanya dan semasa dia diuruskan untuk menyimpan jumlah min imum lemak badan. Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 50 kil gram. Perubahan suara kepada suara yang lebih matang dan permulaan tumbuhnya jerawat terutamanya di wajah adalah tanda-tanda bahawa kanak-kanak perempuan telah menempuh alam remaja dan mencapai tahap akil baligh.

Perubahan Fi i al Perempuan

Buah dada (payudara) mula membesar. Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar dan menunjukkan ciri-ciri kewanitaan Ciri-ciri Perubahan Jerawat mula tumbuh. Didatangi haid. Perubahan suara yang lebih matang. b. Perubahan Aspek Fi ikal Remaja Lelaki.

Perubahan Fi ikal Lelaki

Suara menjadi garau. Misai dan janggut mula tumbuh. Ciri-ciri Perubahan Bahu dan dada menjadi bidang. Jerawat mula tumbuh.

Mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman mimpi yang menunjukkan remaja tersebut telah akhil baligh. Zakar dan buah zakar mula membesar. Bagi golongan lelaki, perubahan-perubahan yang berlaku adalah berbeza dengan golongan perempuan. Pada kebiasaannya, remaja lelaki akan mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga keluar air mani. Perubahan juga dapat dilihat pada fizikal zakar dan buah zakar, di mana saiznya semakin membesar. Pembesaran juga berlaku kepada fizikal tubuh badan iaitu di bahagian dada dan bahu yang menjadi semakin bidang. Remaja juga akan mula ditumbuhi janggut dan misai yang lebih menunjukkan ciri-ciri kelakian. Terdapat persamaan dengan perubahan yang berlaku kepada golongan perempuan seperti perubahan pada suara dan tumbuhnya jerawat. Di peringkat ini, adalah penting bagi remaja untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Remaja perlu menjaga penampilan diri, khususnya golongan perempuan kerana kepentingan menjaga kebersihan diri adalah diutamakan. Ini adalah untuk mengelakkan golongan remaja menghidap sebarang penyakit dan juga mengelakkan mereka merasa rendah diri kerana tidak pandai menguruskan diri. Nasihat dan panduan boleh dipe rolehi daripada ibu-bapa, guru-guru, ahli keluarga dan rakan-rakan yang lebih dewasa. Ada perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina. Tetapi kebanyakan perubahan adalah spesifik antara seks. Akil baligh merujuk kepada pencapaian kematangan seksual pada lelaki dan perempuan. Tanda permulaan akil baligh perempuan merujuk kepada waktu haid yang pertama, manakala bagi lelaki pula merujuk kepada pancaran air mani. . Anatomi Organ Reproduktif. Setiap remaja lelaki dan perempuan mempunyai organ reproduktif mereka tersendiri. Di antara organ reproduktif bagi perempuan ialah ovari, salur fallopian, uterus, lapisan dinding uterus dan faraj. Jadual di bawah menunjukkan organ reproduktif bagi seorang perempuan dan fungsinya.

ORGAN REPRODUKTIF PEREMPUAN 1 Ovari Salur fallopian

FUNGSI organ yang menyimpan ova. Mengawal pergerakan ova ke uterus. menyediakan suasana untuk ova tersenyawa melekat. tempat ova melekat selepas

Lapisan dinding uterus

Uterus

disenyawakan Menyambungkan organ

Faraj

reproduktif dengan bahagian luar tubuh.

Kepentingan mengetahui tentang o rgan reproduktif adalah penting bagi seorang perempuan. Ini penting terutamanya untuk penjagaan kesihatan dan kebersihan serta mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kehamilan sebelum nikah.

SISTEM REPRODUKTIF PEREMPUAN


Organ Reproduktif Perempuan 1.Tiub fallopian 2. Ovari 3. Lapisan uterus 4. Uterus 5. Vagina 6. Serviks

1 2 2 3 5 4 6

Organ Reproduktif Lelaki ORGAN REPRODUKTIF LELAKI 1 2 3 4 Zakar Testis Kelenjar prostat Urethra FUNGSI organ yang menyalurkan air mani dan air kencing keluar dari tubuh organ yang menghasilkan sperma mengandungi air mani. saluran yang mengalirkan air mani dan air kencing

2.2

Perubahan Remaja daripada Aspek Emosi, Mental dan Sosial. Selain mengalami perubahan zikal, remaja turut mengalami perubahan psikososial.

Kebanyakkan remaja ingin mencari identiti diri. Dalam proses pencarian ini, mereka mungkin akan terhanyut dalam khayalan sendiri. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran terutamanya rakan-rakan dan begitu juga daripada sumber media seperti televisyen dan internet. Kebanyakkan remaja ingin berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain khususnya ibu bapa (Mahmood, 2005). Mereka menganggap sebarang bantuan yang diberikan adalah seperti layanan yang diberikan kepada kanak -kanak. Ini selalu menimbulkan konflik di mana komunikasi yang salah akan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Remaja mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu perkara baru yang belum pernah dilakukan. Remaja juga mudah tetarik kepada remaja yang berlainan jantina. Situasi ini perlu ditangani dengan baik bagi mengelakkan mereka terjebak dengan anasir-anasir

negatif yang dapat merosakkan masa hadapan mereka. Pendidikan yang cukup terutamanya pendidikan agama, akan membantu remaja menghampiri perbuatan yang tidak berfaedah seperti melepak, menderhaka kepada ibu -bapa dan lain-lain. Remaja akan mengalami moodiness (perasaan bercampur baur) disebabkan oleh perubahan paras hormon estrogen (perempuan) dan hormon testosteron (lelaki). Mereka akan bersikap sensitif, agresif, murung, cuai, cepat memberontak dan emosional. Remaja akan mengambil kira tentang penampilan diri mereka, tentang apa orang lain kata dan fikirkan . Mereka lebih suka menyendiri dengan berkurung di dalam bilik dan merenung cermin. Pada peringkat ini, mereka tidak suka dikongkong oleh ibubapa kerana mengganggap diri mereka sudah dapat membuat keputusan.

Remaja gemar melakukan sesuatu perkara yang baru. 3. Penjagaan Kesihatan Selepas Akil Baligh 3.1 Permakanan

Permakanan seorang remaja adalah amat penting kerana remaja sedang mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dalam setiap aspek seperti fi ikal, mental, emosi dan intelek. Makanan yang sesuai diambil adalah makanan yang seimbang dari segi zat dan khasiat. Amalan pengambilan makanan berlemak, bergula dan bergaram secara berlebihn a akan menyebabkan remaja terdedah kepada risiko menghidap penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Permakanan .yang seimbang akan membolehkan remaja mendapat nutrien yang mencukupi bagi membantu proses pembesaran.

Gambarajah Permakanan Seimbang

Contoh Makanan yang Ti ak Menyihatkan Remaja perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera serta makanan ringan. Kedua-dua jenis makanan ini adalah bersifat merbahaya kerana mengandungi lemak yang berlebihan serta kandungan perasa tiruan yang tinggi. Pengambilan makanan segera perlu dielakkan atau dihadkan seminggu sekali kerana ia tidak membekalkan diet yang seimbang. Kebanyakkan remaja akan mengalami masalah kegemukan di kemudian hari kerana makan tersebut tidak mempunyai serat. Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula. Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres. Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi : i. ii. iii. iv. Tenaga makanan yang mencukupi Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. Kandungan fiber yang mencukupi Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan Protein adalah makanan yang membina badan. Protein membina sel-sel atau jaringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

3.2

Aktiviti Senaman dan Bersukan

Amalan melakukan aktiviti fizikal dan rekreasi seperti bersenam, bermain bolasepak dan sebagainya dapat menghindarkan remaja daripada serangan penyakit. Amalan bersenam dapat membantu kelancaran pengaliran darah serta menjadikan sistem pertahanan tubuh badan lebih kuat. Tubuh badan yang cergas akan membantu minda menjadi cergas. Aktiviti senaman dapat mengekalkan berat badan yang optimum. Kita perlu melakukan senaman sebanyak 3 kali seminggu pada kadar 30 minit bagi mengelakkan diri daripada mengal mi a masalah obesiti. Senaman dapat membantu memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan. Kawalan glukosa dalam tubuh dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat melambatkan proses osteoporosis. Aktiviti fizikal dapat juga meningkatkan tekanan darah dan menguatkan jantung. Setiap individu yang bersenam dapat mengurangkan tekanan dalam hidup, meningkatkan kepuasan kendiri dan seterusnya dapat menghilangkan risau. Dalam erti kata lain, mereka dapat merehatkan minda.

Senaman dapat membantu meningkatkan ke ergasan

3.3

Menjaga Kebersihan Diri

Perubahan yang berlaku secara fizikal di awal remaja akan menyebabkan remaja perlu mementingkan amalan menjaga kebersihan diri. Perubahan tindak balas kepada hormon lelaki dan perempuan akan menyebabkan berlakunya keadaan di mana bau badan seseorang remaja akan meningkat. Bagi seorang remaja lelaki, mereka perlu bercukur dan menjaga kemas janggut dan misai yang tumbuh. Bulu pada ketiak perlu sentiasa dicukur bagi mengelakkan masalah peluh dan badan berbau. Penggunaan deodoran yang banyak di pasaran dapat membantu mengurangkan masalah ini. Bulu pada bahagian kemaluan juga perlu dicukur untuk mengelakkan jangkitan kulat yang menyebabkan berlakunya penyakit kurap dan sebagainya. Dari segi pakaian, remaja lelaki perlulah menjaga penampilan diri, khususnya memakai pakaian luar dan pakaian dalam yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Pakaian perlu ditukar setiap hari terutamanya pakaian dalam dan stokin kerana ia sentiasa terdedah kepada keadaan lembab. Setiap orang perlu membersihkan badan dengan menggunakan sabun mandi, memberus gigi serta membersihkan bilik tidur pada setiap pagi. Apabila melangkah ke alam remaja, adalah perlu bagi seseorang untuk berdikari menguruskan diri dalam semua hal.

Penggunaan Tuala Wanita Apabila Didatangi Haid Bagi remaja perempuan, mereka perlu lebih memberi tumpuan kepada pengurusan kebersihan diri. Sudah menjadi lumrah, setiap orang perempuan ingin kelihatan cantik dan bergaya. Apabila didatangi haid, maklumkanlah kepada ibu atau saudara perempuan yang lain untuk mendapatkan panduan. Penggunaan tuala wanita penting apabila datang haid. Tuala wanita perlu ditukar dengan kerap untuk menjaga kebersihan. Sekiranya tidak dititikberatkan, golongan perempuan terdedah untuk mendapat risiko penyakit. Sama seperti remaja lelaki, kebersihan fizikal lain perlu dititikberatkan. Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan

shampoo dan disisir rapi dengan menggunakan sikat. Rambut yang bersih dapat menghindari masalah kutu dan kelemumur. 4. Amalan Gaya Hidup Sihat Setiap remaja perlu menjalankan kehidupan yang akan membawa kesan yang baik kepada dirinya, keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup seperti ini dinamakan sebagai gaya hidup sihat. Mencapai hidup yang sihat ialah situasi di mana remaja mencapai kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan intelek. Ia merangkumi proses perkembangan seorang remaja bagi menempuh kehidupan sebelum mencecah umur dewasa. Amalan gaya hidup sihat merangkumi penjagaan kesihatan, penjagaan makanan, penjagaan kebersihan dan penjagaan diri daripada terjebak dengan gejala sosial.

4.1

Jauhi Amalan Merokok

Remaja mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan kepada kesihatan. Sebagaimana yang di ketahui, tabiat

merokok memberi kesan negatif seperti risiko kepada kesihatan tubuh badan. Menurut Sallehuddin dalam Norlaila (1998), dari aspek fizikal, tabiat merokok boleh mengakibatkan bau rokok yang kurang menyenangkan kepada pakaian. Manakala dari aspek kesihatan pula, pada peringkat awal merokok boleh memberi kesan seperti seseorang perokok menjadi pelupa dan kurang selera makan. Manakala kesan jangka panjang dari

aspek kesihatan pula adalah boleh mengakibatkan penyakit kanser, mandul, gigi yang rosak dan sebagainya. Walaupun masyarakat kita sedar tentang bahaya dan risiko

merokok tetapi ia masih diamalkan sebagai satu tabiat oleh segelintir masyarakat pada hari ini.

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai(arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. 4.2 Jauhi Pergaulan Bebas

Setiap remaja akan mengalami perubahan daripada segi emosi. Setiap remaja akan tertarik kepada rakan berlainan jantina dan yang lebih teruk tertarik kepada rakan sejantina. Dalam peringkat umur awal remaja, pergaulan di antara lelaki dan perempuan perlulah mempunyai batasan-batasan tertentu. Pendekatan agama perlu dipatuhi sebagai panduan untuk remaja dalam pergaulan seharian. Akibat pergaulan bebas, pelajar akan terdedah kepada masalah sosial seperti melepak, berzina dan mengandung di luar nikah. Terdapat banyak kes di mana pelajar perempuan mengandung anak di luar nikah dan membuang bayi yang dilahirkan. Ini berlaku akibat mereka bergaul bebas dan ceteknya pengetahuan dalam bidang agama.

Gambar Pelajar Membuang Bayi

Bayi Yang Tidak Berdosa

BORANG SOAL SELIDIK Pengetahuan Tentang Alam Remaja dan Akil Baligh Tandakan x pada jawapan yang dipilih. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Soalan Saya telah melangkah ke alam remaja. Saya telah mengalami perubahan dari segi fizikal. Saya telah mengalami perubahan dari segi emosi, mental dan sosial. Saya telah mengenali bahagian organ reproduktif lelaki dan perempuan. Kebersihan alat reproduktif adalah penting. Saya tidak perlu menjaga kesihatan badan. Perempuan yang akil baligh boleh mengandung sekiranya bergaul secara bebas. 8. 9. 10. 11. Saya suka dikongkong oleh ibu bapa. Saya tidak perlu menjaga permakanan dan makan sesuka hati. Saya mengamalkan permakanan seimbang. Makanan ringan dan makanan segera adalah bahaya kepada kesihatan saya. 12. 13. 14. 15. Amalan senaman hanya membuang masa saya. Saya bersenam/berekreasi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu Rokok boleh menghilangkan stress. Saya merokok dan bergaul bebas dengan rakan-rakan. Ya Tidak

(3177 perkataan)

RUJUKAN Ahmad Nazri Mohamad. (2004). Perokok Masih Bongkak. New Straits Times (M) Berhad. Norlaila Hamima Jamaluddin (1998) Racun Rokok Jejas Kesuburan Perokok. Harian Metro m.s. 5. Mahmood Nazar Mohamed. 2005.Pengantar Psikologi:Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. DBP. Kuala Lumpur.

www.infosihat.gov.my

www.kesihatan.gov.bn

You might also like