You are on page 1of 10

Integriti Guru

Konsep umum Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap intergriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004). Jika kita merujuk kepada maksud integriti menurut Kamus Dwibahasa DBP, 1985 integriti ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Rumusannya, integriti adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain (Institut Integriti Malaysia, 2004) Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Seorang guru yang

berintegriti juga tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam proses menyelesaikan masalah pelajar. Dari segi P&P pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai mida kelas pertama. Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani perwatakan guru mereka.

Isu berkaitan Integriti Guru Namun begitu, profesion guru yang dulunya dipandang tinggi kini mulai dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan wujudnya sebahagian kecil guru-guru di sekolah yang tidak mengamalkan integrity dalam kehidupan mereka sebagai seorang guru. Hal ini dapatlah digambarkan bak kata perumpamaan melayu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disini, kami bawakan isu integriti mengenai guru yang mencabul pelajarnya. Akhbar Harian Metro 25Februari Cikgu Terlampau Cikgu Cabul 12 Murid KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi doktor, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu. Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka. Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan, katanya. Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka. Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli. Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama, katanya. Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit. Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi. Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan, katanya. Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

Merujuk kepada keratan akhbar diatas, kesilapan guru tersebut ialah apabila dia memasukkan tangannya ke dalam baju pelajar perempuan. Walaupun, mungkin tujuannya baik iaitu bagi memastikan keadaan kesihatan para pelajarnya sebelum mengambil tindakan, namun tindakan guru itu sebenarnya boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual dan semestinya tidak menggambarkan seorang guru yang berintegriti. Kronologi lanjutan bagi isu ini, guru tersebut telah dibicarakan di mahkamah. Akhbar Harian Metro 4 Mac 2011 AMPANG: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mencabul 12 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu. Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan. Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes. Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya

penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja. Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

Punca dan implikasi isu Pendedahan kes seperti ini sebenarnya ada kebaikan bagi masyarakat untuk menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu dibendung segera dan semua pihak sebenarnya mempunyai peranan masingmasing untuk terlibat dalam mengatasi masalah moral ini. Kami melihat punca kepada masalah ini ialah kurangnya integriti dalam diri guru tersebut. Dan apabila kita merujuk kepada rumusan maksud integriti yang saya ceritakan di atas iaitu , integriti adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu, maka apabila seorang guru itu melakukakan perbuatan yang tidak bermoral, maka dia bolehlah diklasifikasikan sebagai seorang yang tidak berintegriti. Faktor kepada terjadinya perlakuan tidak berintegriti menurut isu ini boleh dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

Punca kepada isu

Faktor dalaman

Faktor luaran

Faktor dalaman kepada terjadinya perlakuan ini, ialah apabila guru itu tidak dapat mengawal emosinya dengan baik. Kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar tersebut melakukan kesalahan kerana tidak hadir perhimpunan, namun guru tersebut tidak sepatutnya terburu-buru dalam menghukum pelajarnya. Sewajarnya, dia memberi peluang kepada pelajarnya untuk membela diri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghukum. Seorang guru yang berintegriti sewajarnya mempunyai kemahiran mengawal emosi dengan baik. Selain itu, wujudnya konflik perbezaan bangsa juga menjadi antara faktor dalaman terjadinya isu ini. Guru tersebut berbangsa Melayu, manakala pelajar-pelajar yang tertangkap kerana ponteng perhimpunan itu semuanya berbangsa Cina. Maka, wujud provokasi dalaman antara guru tersebut dan pelajar-pelajar itu menyebabkan guru tersebut terburu-buru dalam menghukum mereka.

Bagi factor luaran pula persekitaran dimana guru tersebut menjumpai pelajar tersebut ponteng menjadi faktor kepada perlakuan guru tersebut. Sememangnya, kita maklum pelajar tidak sepatutnya berada di dalam kelas sewaktu perhimpunan berlangsung. Jadi, apabila guru tersebut menjumpai ada pelajar yang ponteng dan berada di kelas, mengakibatkan di hilang kewarasan dan melukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru yang berintegriti. Selain itu, bagi seorang guru disiplin juga sepatutnya dia tidak bersendirian dalam melakukan hukuman. Apabila dia melakukan hukuman secara bersendirian, tanpa kehadiaran guru yang lebih berautoriti dalam melaksanakan hukuman seperti guru besar, dan guru penolong kanan maka dia akan merasa megah untuk menghukum. Tambahan pula, apabila bilangan pelajar yang ditangkap bersalah adalah ramai menyebabkan guru tersebut berasa lebih ghairah, dan megah untuk menunjukkan kuasanya.

Implikasi isu

Implikasi kepada berlakunya isu ini kami telah bahagikan kepada 6 implikasi iaitu implikasi kepada pelajar (mangsa), implikasi kepada pelajar-pelajar lain, implikasi kepada guru itu (pemangsa/pelaku), implikasi kepada guru-guru lain, implikasi kepada profesion perguruan, dan implikasi kepada masyarakat.

Pelajar itu

Masyarakat

Pelajar lain

Implikasi isu
Profesion perguruan Guru itu

Guru-guru lain

Implikasi isu ini kepada pelajar-pelajar yang terlibat iaitu mangsa yang terlibat dengan isu ini ialah pelajar-pelajar itu akan berasa terancam kerana telah mengalami gangguan seksual daripada guru mereka sendiri. Ancaman ini boleh menyebabkan trauma kepada diri pelajar-pelajar itu. Kesan trauma yang berpanjangan mampu menyebabkan seseorang itu sentiasa teringat-ingat akan perlakuan buruk yang terjadi hingga boleh mengakibatkan mangsa trauma itu membuat perkara-perkara yang lebih buruk lagi seperti mengambil pil tidur, dada, dan alcohol untuk melupakannya. Implikasi isu ini kepada pelajar-pelajar lain pula akan menyebabkan pelajarpelajar yang lain akan memandang rendah dan serong kepada guru disiplin. Persepsi mereka kepada guru disiplin akan bertukar menjadi persepsi dan tanggapan yang negatif. Apabila perkara ini berterusan berlaku, guru disiplin akan sukar untuk melaksanakan tugasnya dalam mengawal disiplin sekolah.

Implikasi isu ini kepada guru itu iaitu pelaku yang terlibat kepada isu ini ialah dia sendiri telah meletakkan maruah dan kerjayanya dihujung tanduk. Walaupun isu ini masih dibicarakan di mahkamah, dan guru itu belum benar-benar disabitkan bersalah namun dia sebenarnya telah mengambil risiko terhadap masa depannya sendiri dengan perlakuannya yang terburu-buru. Implikasi isu ini kepada guru-guru lain pula apabila terjadinya isu ini ialah guruguru lain akan lebih berhati-hati sebelum menghukum pelajar. Bak kata bijak pandai, Orang yang bijak ialah yang belajar dan mengambil pengajaran daripada pengalaman sendiri, dan orang yang lebih bijak ialah orang yang belajar daripada pengalaman orang lain. Implikasi isu ini kepada profesion perguruan pula mengakibatkan profesion guru dipandang rendah oleh masyarakat. Hal ini kerana, seorang guru sepatutnya menjaga, mendidik, dan memberi tunjuk ajar yang terpuji kepada pelajar bukannya mengambil kesempatan terhadap pelajar. Perlakuan ini, boleh lah diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Implikasi isu ini kepada masyarakat pula, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada instutusi pendidikan. Apabila masyarakat mulai hilang percaya, guru menjadi semakin sukar untuk melaksanakan tugasnya dengan baik disebabkan masyarakat yang kurang percaya ini sukar untuk memberi kerjasama yang baik kepada guru.

Cadangan penyelesaian Antara cadangan bagi menyelesaikan masalah ini ialah apabila seorang guru disiplin ingin melaksanakan hukuman kepada pelajarnya dia perlulah mempunyai saksi disampingnya terutamanya guru yang mempunyai autoriti yang lebih besar seperti guru besar. Perkara ini penting diambil pusing bagi mengelakkan hal-hal berbangkit muncul dikemudian hari. Selain itu, sebelum seseorang guru itu menghukum pelajarnya wajarlah guru itu memberi peluang kepada pelajarnya untuk membela diri. Ini bagi membolehkan guru

itu menimbang baik-baik kesalahan pelajar sebelum menghukum disamping memberi keadilan kepada pelajar untuk menjelaskan keadaan jika wujud salah faham pada diri guru terhadap kesalah yang dilakukan pelajar. Selain itu, sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah ini, kami mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Kami juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan. Selain itu, kam turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru seperti ini ialah dengan menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru. Pandangan kami ini seiring dengan pendapat Dr. Mohamed Awang yang mengatakan untuk memilih guru perlulah dipilih daripada kalangan yang terbaik bukannya setakat tangkap muat sahaja. Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu pelajar patutlah mendapat layanan yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah. Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Selain itu, kami juga ingin mencadangkan agar diwujudkan jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Disiplin. Dengan wujudnya jawatan ini, pelaksanaan untuk menangani disiplin di sekolah bukan hanya cepat dan mudah dilaksanakan malah melicinkan prosedur berkenaan. Guru yang dilantik untuk menyandang jawatan ini pula perlulah seorang yang mahir tentang disiplin dan undang-undang disamping mempunyai

pengalaman yang luas mengajar di sekolah integriti. Pada pandangan kami, sudah tiba masanya jawatan itu diwujudkan bagi melancarkan lagi tadbir urus sekolah membabitkan soal disiplin pelajar seperti wujudnya jawatan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum. Dengan wujudnya jawatan ini, membolehkan wujud seorang guru yang fokusnya mengawal keadaan disiplin pelajar sahaja tanpa dibebani dengan tugasan lain, seterusnya membolehkan dia melakukan tugasnya dengan lebih integriti. Selain itu, pihak Institut Integriti Malaysia juga perlulah sentiasa mengadakan sesi ceramah kepada para guru dari semasa ke semasa bagi mengingatkan guru untuk sentiasa berintegriti dalam melaksanakan tugas mereka. Guru yang melanggar tatasusila dan tidak berintegriti perlulah menjalani sesi kaunseling khas dan dikenakan tindakan yang sewajarnya bagi membolehkan guru yang berkualiti dan berintegriti sahaja wujud di sekolah. Melalui cara ini, dengan wujudnya guru yang berintegriti di sekolah pastinya akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan unggul.

kesimpulan

You might also like