You are on page 1of 9

ADAB CINTAKAN NEGARA

PENDAHULUAN Sejak awal lagi Islam telah meletakkan antara kesempurnaan iman itu termasuklah dengan mencintai negaranya. Sabda Nabi,


Bermaksud: Cintakan tanah air itu sebahagian dari iman. (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim) Sesungguhnya kecintaan sebenar bagi setiap ahli masyarakat terhadap negaranya adalah melalui kersediaan memikul tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan serta memajukan negara ke tahap yang paling cemerlang. Tidak dapat dinafikan, kedatangan Islam telah membawa mesej yang jelas untuk menyeru umatnya agar membebaskan diri dari belenggu kejahilan yang bersifat merdeka, tidak terjerumus dalam keruntuhan akhlak serta tingkahlaku yang dimurkai Allah dan akhirnya akan membawa kepada kesejahteraan, keamanan dan kedamaian sesebuah negara. Seorang penyair Arab bernama Ahmad Syauiqi pernah berkata Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak Sehubungan dengan itu, menyusuri zaman Rasulullah SAW ketika membina Negara Madinah yang bersifat kepelbagaian itu adalah bukti jelas bahawa cintakan negara adalah adalah sebahagian dari tanggungjawab yang fardhu ke atas setiap muslim. Sifat menjaga, memelihara dan mempertahankan adalah kesinambungan dari rasa kasih dan sayang dan adab baginda terhadap negara. Seribu satu langkah dan strategi diatur melalui kaedah dan pendekatan digunakan asal sahaja negara Madinah terhindar dari sebarang anasir yang boleh memudaratkan negara. Adalah menjadi

tugas dan tanggungjawab setiap warga yang cintakan negaranya menghalang unsur negatif menyelinap masuk ke dalam pemikiran masyarakat. Firman Allah:


Bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti mereka (orang Yahudi dan Nasrani yang bercerai berai dan berselisih faham) sesudah datangnya keterangan yang jelas dan nyata (yang diberikan Allah. Surah Al Imran ayat 105

KONSEP ADAB CINTAKAN NEGARA Sebenarnya kita perlu memberi kefahaman kepada generasi hari ini agar menyedari bahawa mereka perlu meningkatkan kesedaran untuk menjadi warga yang benar-benar cintakan negara. Persoalan yang datang serta pertikaian terhadap apakah keperluan untuk cintakan negara pasti memerlukan jawapan yang jitu.Tentu sekali kita juga mengkhuatiri apakah kita akan gagal menyelami pemikiran generasi baru dalam usaha membangunkan kesedaran bernegara dalam diri mereka. Adab adalah satu istilah bahasa Arab yang berarti adab kebiasaan yakni menunjuk kepada kebiasaan, etiket, pola tingkahlaku yang dimaknakan juga sebagai adab kebiasaan atau pola tingkah laku dan boleh dianggap sebagai contoh atau model. Cintakan negara pula adalah sebuah aksi atau kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain berupa pengorbanan diri, empati, perhatian dan memberi kasih sayang, membantu , patuh dan rela melakukan apa pun yang diinginkan oleh objek tersebut. Rangkaikata Cintakan Negara lebih bersifat patriotisme yakni sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan tanah air tercinta.

Oleh yang demikian, dalam konteks negara Malaysia khasnya, adab cintakan negara adalah satu nilai mulia. Ianya terdiri dari rasa sayang serta rasa kebertanggungjawaban terhadap negara yang boleh dibina dan dipertahankan di kalangan ahli masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan berteraskan Perlembagaan Persekutuan secara teratur, praktikal dan berkesan. Walau bagaimanapun satu rumusan menyeluruh dan umum perlu diberikan terhadap konsep cintakan negara dari sudut pandangan Islam. Ia dapat dinyatakan sebagai, umat Islam yang beriman mesti mempunyai kesedaran untuk mempertahankan negara dan membangunkan negara ke arah kejayaan yang menjadi warisan dari satu generasi ke satu generasi. Dengan kata lain, segenap aspek pendidikan, pengukuhan intelektual, keterampilan , jati diri, daya budi dan setiap program mencintai negara perlu dijana untuk menyuburkan kesedaran bernegara dan mempertahankanya oleh setiap anak watan berkekalan.

PENGAJARAN DARI SIRAH NABI Rasulullah SAW adalah merupakan rujukan paling tepat bagi mencari, merangka dan menyusun pendekatan ke arah memahami keperluan adab cintakan negara, Firman Allah:

Bermaksud: Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam. Surah Al Anbia ayat 10

Kelahiran Rasullullah SAW adalah rahmat kepada seluruh alam . Rahmat yang terkandung dalam arahan, suruhan dan larangan adalah merupakan satu pakej yang tidak boleh dipisahkan. Demikian yang telah Rasulullah tampilkan sebaik menjadi ketua negara di Madinah.Sepanjang tempoh menjadi pemimpin utama di negara Madinah Rasulullah telah meletakkan asas ukhuwah yang kukuh di kalangan ahli masyarakatnya dan itulah yang menjadi teras keamanan dan kedamaian Negara Madinah dan kemudiannya di kota Mekah. Piagam Madinah adalah teras pembinaan negara yang merdeka, aman , damai dan makmur . Ia boleh dijadikan contoh dan panduan kepada mana-mana kelompok masyarakat yang sedang berusaha memupuk jiwa cintakan negara sebagai satu kemestian sekali gus membuktikan keunggulan Islam dan Rasulullah, dalam hal tadbir Negara. Baginda memperlihatkan satu persatu bagaimana adab-adab cintakan negara itu dapat diaplikasikan secara berkesan. Konsep pembinaan negara yang digubal melalui Piagam Madinah boleh dijadikan sandaran contoh khasnya kepada kita rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan bangsa. Sesungguhnya toleransi Rasulullah SAW bersama dengan orang bukan Islam di Madinah adalah asas kukuh kejayaan Madinah.

PIAGAM MADINAH Konsep Negara Islam yang diserlahkan melalui Piagam Madinah perlu diteliti untuk dijadikan pengajaran. Kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama kaum Ansar yakni penduduk asal Madinah terdiri dari orang Islam dan bukan Islam mampu berada di bawah satu pemerintahan yang diketuai oleh Rasulullah. Piagam Madinah memberi ruang dan peluang kepada setiap warga Madinah mengamalkan adab-adab untuk mencintai Negara mereka dengan ikhlas. Piagam Madinah telah digubal oleh Rasulullah pada tahun 622 Masehi dan merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam terdiri dari 47 perkara atau fasal dengan 23 perkara menyebut mengenai hubungan antara umat Islam bersama umat Islam iaitu antara kaum Muhajirin dan Ansar manakala 24 fasal yang berikutnya

membicarakan tentang umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu kaum

Yahudi.

Kandungan piagam Madinah adalah berbentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membina sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk terdiri berbilang kaum dan bangsa. Perkara utama di dalam piagam Madinah member penekanan kepada bagaimana untuk mengelakan pertelingkahan, permusuhan dan hasad dengki di kalangan ahli masyarakat yang berbagai di Madinah. Soal kerjasama dalam masalah ekonomi serta keselamatan semua warga negara Madinah dari serangan musuh khasnya keselamatan orang Yahudi (non Muslim), telah dalam rangka piagam tersebut digubal. PRINSIP PIAGAM MADINAH Sebagaimana negara kita Malaysia yang mengamalkan Rukun Negara sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia, piagam Madinah mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Sumber perundangan Rasulullah SAW adalah Quran dan Sunnah. Semua perkara dirujukkan terus kepada baginda. Kepada semua kaum yang ada di Madinah diberi kebebasab untuk bergerak dan tinggal di Madinah dengan aman serta mengamalkan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Dasar hubungan baik dan saling bantu membantu dijadikan teras dalam amalan bermasyarakat di kalangan warganegara selain hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara dipikul bersama. Prinsip dalam piagam Madinah sendiri memberi penekanan terhadap tanggungjawab individu dan pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial tanpa memilih kaum yang tertentu malah meliputi masyarakat bukan Islam yang menjadi warganegara Madinah/ Rasulullah telah memplopori dari segi unfang-undang keselamatan seperti qisas dan sebagainya semata-mata untuk memberi jaminan bahawa kehidupn yang aman, damai dan harmoni dapat dinikmati di bawah seorang pemerintah Islam. Pengajaran yang dapat diambil melalui fakta-fakta yang dinyatakan di atas sudah semestinya memberi satu harapan dan keinginan terhadap setiap warga Madinah tidak menjadi agenda utama Rasulullah

kira Islam atau bukan Islam untuk mempertahankan serta mengekalkan apa yang dinikmati hingga melahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap negara mereka.

NILAI KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA. Adab cintakan negara akan lahir dan berkembang pabila seseorang itu menyedari mengenai nilai kemerdekaan sebuah negara yang dihuni. Itulah merupakan nikmat tervesar kurniaan Allah yang wajib disyukuri dan dipertahankan dengan sungguh-sungguh .Hasilnya pasti bagi tahun-tahun mendatang bakal melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan dalaman dan luaran yang kuat mempertahankan kemerdekaan yang telah dapat dikecapi pada hari ini.

ADAB-ADAB CINTAKAN NEGARA 1. Menjaga nama baik negara dengan mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan

yang dimaksudkan adalah melalui segala usaha dalam semua bidang secara individu, berkumpulan atau organisasi yang besar menuju kepada satu misi dan visi iaitu kejayaan cemerlang seperti dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial atau politik yang stabil sehingga menjadi contoh dan sebutan negara lain. Firman Allah:

Surah Al Hujerat ayat 15

2.

Cintakan negara dengan tidak merelakan negara dirosakkan dan dibinasakan.

Kerosakan bukanlah diukur dari sudut fizikal sahaja.Membangun menjadi insan yang berguna kepada negaranya adalah antara adab yang secara tidak langsung menuju

kepada rasa cinta dan sayangkan negara dengan harapan menjadi contoh kepada warga yang lain agar mewujudkan komuniti masyarakat yang unggul dan kuat dan tidak dapat fikuasai oleh anasir-anasir yang ingin merosakkan negara.

Firman Allah:

Surah Al Baqarah ayat 193

3.

Sentiasa bersedia mempertahankan Negara sekiranya diancam oleh musuh dan

berusaha memajukan negara. Firman Allah:

Surah Al hajj ayat 39

4.

Meningkatkan semangat patriotisme dalam diri

Firman Allah

Surah An Nisa ayat 95

5.

Memelihara keamanan

Firman Allah:

Surah Al Anfal ayat 61 6. Berbakti kepada Negara dan melalui pelbagai sumbangan boleh diberikan

kepada Negara mengikut kebolehan dan kemampuan kita. Firman allah:

Surah Al Anfal ayat 60

-jaga nama baik negara dengan mencapai kecemerlangan ( Al Hujerat 15) -cinta kepada negara dengan tidak merelakan negara dirosakkan dan dibinasakan (al baqarah ayat 193) -mempertahankan negara sekiranya diancam oleh musuh berusaha memajukan negara(al hajj ayat 39) -meningkatkan perasaan patriotisme dalam diri (An Nisa ayat 95) -Memelihara keamanan (al anfal ayat 61) -Berbakti kepada negara. Pelbagai jenis sumbangan boleh diberikan kepada negara mengikut kebolehan dan kemampuan kita ( al anfal ayat 60 ) * Sumber : Pertahanan Negara Dari Perspektif Islam , 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadahri , J AKIM 2006, hlm.443 )

Baiklah, itulah fakta-fakta ringkas mengenai Piagam Madinah setakat ini. Untuk

huraian dan perbincangan lanjut, akan bersambung di bahagian 2 mahupun seterusnya. Islam adalah agama yang melindungi, agama untuk kesejahteraan. Tidak dianjurkan olehnya permusuhan. Malah peperangan bukanlah bertujuan untuk penindasan ataupun untuk penaklukan kuasa semata-mata, tetapi untuk mempertahankan diri yang teraniaya demi mempertahankan agama Allah di muka bumi..Kerana Allah s.w.t. telah menciptakan kita dari pelbagai jenis bangsa, kaum, warna kulit supaya kita mengenali antara satu sama lain dan sama2 menjaga bumi-Nya yang dipertanggungjawabkan ke atas kita..

Dalam sistem negara Islam sebenar, orang2 Kristian, Yahudi atau agama apa sekalipun selain Islam yang hidup dibawah pemerintahan Islam dikenali sebagaizimmi iaitu "orang yang dilindungi". Oleh itu, keselamatan peribadi dan keselamatan harta awamzimmi telah dijamin dan mereka bebas mengamalkan adat istiadat, upacara keagamaan mereka..

You might also like