You are on page 1of 15

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN DICK DAN CAREY

DISEDIAKAN OLEH : AHSIAH AHMAD DAYANA ZAINAL ABIDIN ELSA HANA MUHAMMAD ILHAM HUSNA JAMALUDDIN

DEFINISI REKA BENTUK PENGAJARAN


 Reka bentuk pengajaran adalah proses sistematik bagi menterjemahkan prinsipprinsip umum suatu pengajaran dan pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN


 Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan.  Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus supaya dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran

PENDAHULUAN
Model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey berorientasikan sistem. -Model yang melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang dalam menghasilkan sistem pengajaran yang berkesan.

Model ini mengandungi sembilan langkah :


1. Kenal Pasti Matlamat Pengajaran 2. Buat Analisis pengajaran 3. Kenal Pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk murid 4. Tulis objektif prestasi

5. Bina item ujian rujukan kriteria 6. Bina strategi pengajaran 7. Bina dan pilih bahan pengajaran 8. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif 9. Semak semula pengajaran

Langkah 1. Kenal pasti matlamat pengajaran. Matlamat pengajaran boleh didapati daripada senarai matlamat pengajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.

Langkah 2. Buat analisis pengajaran. Matlamat pengajaran akan dianalisis untuk mengenal pasti kemahiran subordinat dan prosedur yang perlu diikuti untuk mempelajari sesuatu proses.

Langkah 3. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar. Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk merancang reka bentuk pengajaran.

Langkah 4. Tulis objektif prestasi. Objektif yang harus dikenal pasti ialah objektif subordinat yang akan membantu mencapai objektif terminal dan seterusnya matlamat pengajaran. Langkah 5. Bina item ujian rujukan kriteria. Item ujian akan mengukur sama ada pelajar boleh atau tidak menguasai kemahiran/pengetahuan yang ditetapkan dalam objektif pengajaran.

Langkah 6. Bina strategi pengajaran. Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai objektif terminal. Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran, persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti susulan.

Langkah 7. Bina atau pilih bahan pengajaran. Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.

Langkah 8. Penilaian formatif. Setelah selesai draf awal pengajaran, langkah berikut ialah menjalankan beberapa siri penilaian untuk mengumpul data yang boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran. Tiga jenis penilaian formatif iaitu penilaian individu, penilaian kumpulan kecil dan penilaian luar atau pemerhatian.

Langkah 9. Semak semula pengajaran. Data yang diperolehi daripada penilaian formatif boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang mungkin terdapat pada mana-mana langkah reka bentuk yang boleh menjejaskan pencapaian objektif pengajaran.

SEKIAN

You might also like