You are on page 1of 1
Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar ‘menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Abli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara ‘memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani ‘masalah disiplin para pelajar. Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan menanamkan kesedaran kepada penonton, Program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini ‘membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai ‘moral diri, keluarga dan masyarakat. Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani ‘masalah ini, Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan ‘maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

You might also like