You are on page 1of 6

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALCROZE

Pengenalan

Emile Jaques-Dalcroze (1865-1950) merupakan seorang pemuzik berbangsa Swiss. Beliau adalah seorang professor muzik yang berkaliber, yang telah bertugas di Konservatori Muzik Geneva Switzerland. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Harmoni, Solfage dan Komposisi. Sebagai pendidik muzik, beliau telah

memperkenalkan banyak pembaharuan kepada pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali d an bukan sematamata secara teori. Beliau berpendapat bahawa latih -tubi pendengaran (aural training) adalah perkara terpenting kepada seorang pelajar muzik.

Falsafah Pendidikan Muzik Mengikut Dalcroze

Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah ber dasarkan kepada rasional berikut: a. Kanak-kanak mempunyai emosi. Pembelajaran muzik yang pertama adalah berkenaan bagaimana hendak menukarkan emosi muzik kepada bentuk bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik. b. Bahagian-bahagian anggota b adan dapat digunakan untuk menggambarkan emosi kanak-kanak. c. Emosi boleh dirasai melalui pelbagai peringkat pergerakan anggota badan (tindak balas otot) atau hanya berdiam diri sahaja. d. Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja menggambarkan perasaan mereka ketika itu. e. Pergerakan anggota badan akibat daripada cetusan emosi boleh dikaitkan dengan muzik. f. Kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan bergerak mengikut muzik sebelum belajar bermain alat -alat muzik.

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalcroze

Mengikut Dalcroze, beliau mencadangkan kaedah improvisasi secara kreatif dalam semua peringkat pengajaran dan pembelajaran. Konsep berirama juga dilakukan dalam semua perkara. Menurut beliau lagi, pendidik harus mengurangkan percakapan dan menggantikannya dengan arahan -arahan dalam bentuk irama dan melodi. Hal ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan peringkat pengajaran yang sistematik. Dalcroze menyatakan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun melalui langkah-langkah kecil adalah lebih mudah difahami daripada membuat pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan langkah -langkah yang besar. Mengikut Dalcroze, sesuatu pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan: a. Improvisasi atau Pengubahsuaian Improvisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan murid oleh objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi boleh dilakukan ke atas perkara -perkara berikut:

1. Bahan-bahan Muzik Dalcroze menggunakan semua jenis muzik. Oleh kerana muzik mempunyai pelbagai gaya mengikut tempat, zaman, dan jenis, maka pendidik perlu menggunakan kebolehan membuat improvisasi yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajarannya. 2. Alat-alat Muzik Pengubahsuaian boleh dilakukan kepada alat muzik. Sebagai

contohnya pendidik boleh membuang pic -pic yang tidak digunakan pada glokenspil agar mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik. 3. Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid mengenali not-not tersebut. Sebagai contoh, lima garis baluk boleh dikurangkan kepada tiga garis atau sebagainya. 4. Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa. Pendidik juga boleh menggunakan sesuatu tempat atau ruang di dalam bilik darjah.

5. Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak stabil akan menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid murid kepada keadaan yang leb ih sesuai dan bersedia untuk menerima pelajaran. 6. Pengalaman sedia ada Pengalaman sedia ada murid haruslah digunakan dengan maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang dijalankan bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang hendak diajar.

b. Pembelajaran Harus Bermula dari Konkrit kepada Abstrak Guru boleh menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan beberapa perkara yang melibatkan pergerakan yang perlu dilakukan sendiri oleh murid bagi membantu proses pe ngajaran dan pembelajaran.

c. Penggunaan Suara atau Anggota Badan Dalcroze memperkenalkan konsep pendengaran dalaman (internal hearing) di mana murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca notasi tanpa menggunakan sebara ng alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.

Aplikasi Pendekatan Dalcroze dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Dalcroze berpendapat bahawa lebih banyak masa perlu digunakan oleh murid untuk melakukan sesuatu aktiviti. Oleh itu, pendidik muzik seharusnya mengelakkan diri daripada banyak bercakap atau memberi arahan. Pendidik muzik juga harus merancang rancangan mengajar muzik dengan teliti agar setiap peringkat perkembangan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam mengimplimentasikan pengajaran dan pembelajaran, seseorang pendidik muzik haruslah menitikberatkan beberapa perkara seperti di bawah: a) Pengajaran di dalam beberapa kumpulan kecil . b) Beri peluang kepada semua murid untuk mencuba menyelesaikan masalah. c) Peka terhadap persekitaran kelas sama ada ceria atau sebaliknya. d) Latihan kemahiran dan pemilihan tempo harus dilakukan dengan menetapkan frasa agar murid dapat meningkatkan kefahaman ko nsep. e) Dengan menggunakan teknik demonstrasi,akan dapat membantu proses pemahaman murid.

Peringkat-Peringkat Pengajaran dan Pembelajaran

Di dalam teori yang dikemukakan oleh Dalcroze, terdapat tiga peringkat pengajaran dan pembelajaran yang utama iaitu; a) Mendengar dan Melihat Sebagai contoh, dalam menerangkan mengenai not krocet, pendidik haruslah memberi peluang yang sebaiknya dengan mendengar dan melihat bentuk not krocet dalam pelbagai keadaan.

b) Memberi Pengalaman Selepas sesuatu penerangan, murid harus diberi peluang untuk bermain atau membuat pelbagai aktiviti pergerakan berkaitan dengan not krocet. c) Menulis Setelah murid faham mengenai not krocet seperti nilai, dan rupa, baharulah murid meula belajar cara menulis not tersebut sambil membayangkan b unyi yang sepatutnya terhasil daripada apa yang ditulis atau dibaca oleh mereka.

Kegiatan yang Terlibat di dalam Pendekatan Dalcroze

Di dalam kegiatan yang terlibat berdasarkan pendekatan yang telah dikemukakan oleh Dalcroze, mengandungi beberapa kaedah dan perkara yang berkaitan. Antaranya adalah Eurhythmics iaitu pergerakan berirama, Solfege iaitu latihan dalaman dan yang terakhir adalah Improvisasi yang membawa erti kreativiti. Setiap satunya mempunyai erti dan pendekatan yang berbeza walaupun dibawa oleh tokoh yang sama iaitu Dalcroze. Eurhythmics Eurhythmics adalah pergerakan yang menyeluruh di mana ia melibatkan seluruh anggota tubuh badan dengan dibantu iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan akan menjadi alat muzik yang utama berdasarkan teori ini. Emosi manusia itu sendiri yang memainkan peranan sebagai alat muzik. Tidak memadai untuk semata-mata melatih minda, telinga atau suara, malahan seluruh tubuh badan perlu dilatih kerana ia merupakan bahagian penting yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan sekali gus. Selain itu, ia juga dapat menghidupkan serta memperti ngkatkan penggunaan pancaindera dan sentuhan perasaan yang berirama badan manusia. Di samping itu juga, ia dapat memantapkan pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada pergerakan yang bersesuaian dan kreatif, seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar muzik.

Menurut Dalcroze, berdasarkan kepada teori yang melibatkan pendengaran dan pergerakan seluruh anggota tubuh badan. Kemahiran mendengar addalah satu kemahiran yang terpenting. Pendengaran merupakan satu akt iviti dalaman yang boleh membawa kepada aktiviti luaran melalui pergerakan fizikal dan sentuhan.

Kemahiran Mendengar
Ransangan/tugasan

Perkembangan Kemahiran Mendengar Pernafasan- aktiviti menarik dan menghembus nafas. Denyutan jantung.

Pergerakan Fizikal Anggota badan lokomotor dan bukan lokomotor.


Pemahaman

Motor tactile.

Konsep Muzik

Perkembangan Deria Mendengar

Rajah 1: Perkaitan antara kemahiran

You might also like